Ku Kunci Namamu Di Hati Teaser 1

By : Nur Hidayah

Perlahan aku cuba untuk membuka mata apabila terasa seperti ada tangan yang melingkari di pinggang aku. Aku pandang ke sebelah, kemudian aku tersenyum.
Bahagia?
Mestilah.
Suka?
Alhamdullilah, semestinya.
Orang baru menjadi suami aku, baru dua hari tetapi baru semalam aku dan dia baru dapat tidur bersama. Aku belai wajah dan rambut orang yang ada di sebelah aku. Aku belai dengan penuh berhati-hati sebab tak mahu orang di sebelah aku tidak terjaga. Sudah lama aku nak belay wajah tenang ini. Dari dulu lagi. Sejak aku mula suka dia. Dan sekarang, dah ada kebenaran, sudah halal lagi, bolehlah aku belay sepuas hati aku. Ceh…
Aku pandang jam di dinding. Awal lagi. Nak kejutkan dia pun, takut awal sangat pula. Baru pukul tiga pagi. Lagipun, biarlah dia berehat dulu, mesti semalam penat layan tetamu. Aku menolak perlahan tangan si dia yang berada di pinggang aku. Aku tersenyum.
Comelnya lahai dia menggeliat. Huhu!
Aku bangun mencapai tuala untuk membersihkan diri. Usai sahaja mandi dan mengambil wudhuk, aku berteleku di atas sejadah untuk solat syukur dan solat sunat.
Alhamdullilah, Allah makbulkan juga doa aku.

***
“Fik… bangun,” Aku mengejutkan si suami yang masih lagi tidur. Bahunya aku goncang lembut.
Masih lagi tiada respons.
“Fik, bangunlah. Mandi, dah nak masuk waktu subuh dah ni.”
Mata bundar itu perlahan-lahan dibuka. Dia pandang aku sambil tersenyum, pandangannya redup. Aku membalas kembali senyumannya.
“Bangun cepat.” Ujar aku sekali lagi. Dia angguk lalu duduk daripada pembaringan. Aku mula mengatur langkah untuk mengambil sehelai lagi sejadah untuk aku dan Fikri solat berjemaah bersama.
“Bila sayang bangun?” Soalnya.
Okey, sekali lagi… dia panggil aku sayang. Hati ini pun satu, dia panggil kau sayang aje pun, itupun nak malu nak berdebar lebih-lebih. Cis, bukan kau suka ke bila dia panggil kau sayang? Kan. Aku mengangguk, mestilah suka! Tapi, masalahnya apasal nak malu sangat ni? Ish. Aku menggeleng pula. Cuba membuang perasaan malu itu. Kena biasakan diri sebab sekarang aku dengan Fikri bukan lagi strangers ataupun tunang tetapi suami dan isteri.
“Sayang… angguk, geleng ni dah kenapa?”
“Hah?”
Fikri tergelak kecil.
“Mengelamun lah tu. Abang tanya, bila Hidayah bangun?” Soalnya sekali lagi. Aku cuma tersengih. Nak cover malu punya pasal.
“Pukul tiga tadi saya bangun. Nak kejut awak, tapi kesianlah pula, mesti awak penat. So, saya biar ajelah aku berdating atas katil.” Gurauku. Dia ketawa seraya menggeleng.
“Ada-ada aje sayang ni. Patutlah rasa tak best aje tadi. Rupanya tak ada bantal busuk.”
Aku jegilkan mata dekat Fikri.
“Hei, bantal busuk ni isteri awak tau!” Aku pura-pura marah. Marah manja, apa salahnya kan? Cewah kau, Hidayah!
“Lah, isteri saya ke?” Fikri tergelak kuat kemudian terus lari masuk ke dalam bilik air.
Aku cuma menggeleng kepala. Daripada dulu lagi, suka sangat kenakan aku. Haha. Apa-apa pun, aku suka bila dia macam ni. Tak adalah serius memanjang macam dulu. Ceh, kutuk suami dalam hati pula. Aisyyy…
Aku mencapai Al-Quran, sementara menunggu suami aku habis mandi.
“Sayang… baju abang mana?”
Eh? Kejapnya mandi.
“Kejap… terlupa pula dalam rumah ni ada suami.” Aku tersengih. Memulang paku buah keras. Hehe.
“Nakal eh? Cubit baru tahu.”
Aku jelir lidah. Tak peduli dengan kata-kata Fikri yang separuh mengugut itu. Eleh… cuba aje pun. Lainlah kalau dia kata nak silat aku, memang aku cabutlah. Jangan main-main, dia tu boleh tahan silatnya. Dapat naib johan tahu masa sekolah menengah.
Aku membuka almari. T-shirt warna merah dengan seluar trek warna hitam aku capai dan aku hulur dekat Fikri.
“Nah…”
“Terima kasih sayang…”
“Kasihmu diterima.” Jawab aku. Amboi, makin berani kau sekarang ya?
Sekarang ni, cuma ada lagi berapa minit sahaja lagi untuk masuk waktu subuh. Aku dan Fikri sudah pun bersiap-sedia duduk di atas sejadah memandangkan cuma tinggal satu minit sahaja lagi.
“Allahuakbar…” Dan hari ini, aku berjemaah dengan suami aku, berdua-duaan. Kalau semalam, ramai-ramai. Tapi, hari ini berdua. Alhamdullilah, apa yang aku inginkan dan impikan selama ini, Allah makbulkan juga.

***
“Awak ni, main tinggal aje kan? Bukannya nak letak balik sejadah ni dekat tempat dia balik.” Aku membebel. Saja aje, membebel. Nak tengok reaksi dia marah ataupun melenting ke kan. Memang menangis tak berlagu aku tahu nak bergurau pun tak boleh. Hehe.
“Hidayah lah yang letak balik. Pandai ambil, pandai simpanlah.”
Amboi…
“Eleh, patutnya pandai pakai pandailah letak balik.” Aku mencebik. Fikri tergelak. Aku jegilkan mata dekat Fikri yang tengah sedap landing atas katil itu. Amboi, semalam punya lama dia tidur, tak puas lagi ke? Aku yang bangun awal ni pun tak terasa nak tidur pun tahu.
“Abang kan ada isteri, isteri abanglah yang simpankan.”
“Cantik jawapan.” Aku menggeleng kepala. Okey, bagus… Ingatkan nak marah. Hehe, apalah kau ni Hidayah. Suka sangat nak bergurau. Daripada dulu lagi.
“Sayang, duduk sini kejap…”
“Kejap eh awak, saya nak tanggal telekung ni.” Ujar aku. Telekung aku tanggalkan di atas kepala. Kemudian aku lipat dan sangkut di atas ampaian.
Aku menuju ke katil.
Dup dap dup dap…
Apasal pandangan Fikri tu macam… seksi? Ishhh! Tak, tak! Jangan fikir lain. Rileks Hidayah, rileks. There’s nothing and just cool.
Aku duduk di bucu katil.
“Hai cik adik, jauhnya duduk. Meh sini meh duduk dekat cik abang. Alalala malu-malu pulak dia.”
Erk!
Dia tepuk-tepuk sedikit di tempat yang Fikri suruh duduk. Hm, ikut ajelah. Duduk aje dekat sebelah Fikri. Aku mendekati Fikri, kemudian duduk bersila di atas katil di sebelahnya.
Okey… mahu terlompat aku daripada atas katil ni bila Fikri tiba-tiba aje baring atas peha aku. Ish… bagilah salam dulu cik abang!
“Abang ada benda nak cakap ni…”
“Hm…” Aku belai-belai rambut Fikri. Keningnya juga aku belai. Haha. Malu tu semuanya aku dah buang semata-mata nak belai wajahnya. Wajah yang dah lama curi hati aku.
“Sayang sambung study ke nanti?” Soal Fikri.
“Sekarang ni, dah nak final. Jadi, ada exam. Lepastu, kena berkhidmat dekat hospital dua tahun. Lepastu habis dua tahun, berkhidmat dekat hospital besar pula, selama tiga tahun.” Ujar aku. Tangan tak habis-habis lagi membelai.
“Lepas lima tahun tu, ada sambung study lagi ke?”
Aku angguk.
“Alaaa…”
“Kenapa?” Soal aku.
“Berpisahlah kita nanti. Dah sah-sah sayang sambung master dekat luar negara, kan?” Fikri buat muka masam. Cis, apasal comel sangat suami aku ni?
“Nak buat macam mana… Dah Hidayah ambil surgery, dahlah surgery, lepastu neuro dengan cardio lagi. Memang lamalah. Tapi, awak jangan risau, saya memang nak sambung dan graduate dekat UKM aje.” Aku tersenyum, cuba menyedapkan hati si Fikri.
“Yelah tu…” Fikri tarik muncung.
“Eee, umur dah dua puluh lapan pun mengada lagi.” Aku tarik janggut si Fikri. Haha.
“Sakitlah…”
“Alololo, sakit eh?”
Makin galak aku tarik janggut Fikri. Hehehe. Nasiblah awak Fikri, ada isteri nakal macam saya ni. Nakal-nakal pun, isteri awak ni comel tahu? Cehhh, masuk bakul angkat sendiri! Perasan!
“Nakallah dia ni.” Aku baru aje nak tergelak, tiba-tiba mati bila ada sesuatu yang menyentuh bibir aku.
Glup!
“Haaa, berhenti pun jadi nakal.”
Aku dah pandang tempat lain. Tak nak hadap dia dah. Bukan tak sudi, tapi malu. Malu kalau low lagi tak apalah, ini dah tahap infinity dah ni!
“Haha. Hidayah…”
“Ya?”
“Boleh tak?”
“Boleh apa?”
“Panggil abang, abang? Sebab, sayang kan muda tiga tahun daripada abang. Abang pula lebih tua. Lepastu, abang ni kan suami Hidayah, jadi abang nak Hidayah panggil abang, abang.”
Fushhh, panjang betul ayatnya!
“Tapi Fik…” Aku baru nak sambung “tapi Fik, saya tak biasa sebab dengan abang sendiri pun ber ‘aku-kau’.” Tapi tak jadi sebab Fikri dah pasang muka cemberut macam kena sembelit seminggu tak melepaskan hajat. Cis, nak bergurau pun tak jadi sebab awal-awal lagi dia dah pasang muka masam.
“Alolo, merajuk pula suami orang ni.”
Fikri tarik muka. Dia pandang tempat lain. Eleh, merajuklah tu?
“Hidayah baru cakap tapi, dia dah merajuk sampai tak nak pandang. Orang tak cakap pun orang tak nak panggil dia abang. Eleh, merajuklah sampai esok. Orang nak pergi tolong ibu masak.” Aku nampak dia senyum. Tapi mata masih lagi menghadap tempat lain.
Baru aje nak gerak, tiba-tiba dia tarik tangan aku. Dah tak pasal-pasal aku jatuh di atas badan Fikri. Blergh! Hari ini aje, dah malu tahap berganda-ganda!
“Janganlah tinggalkan abang…”
“Hidayah nak tolong ibu masak aje pun. Bukannya nak pergi lari Amsterdam nak sambung belajar ke apa.” Aku mencebik. Fikri tergelak.
“Alah, biarlah ibu dengan Kak Salhana masak. Sayang duduk sini dengan abang. Lagipun, kalau kita turun lambat, tak ada maknanya dorang nak salah faham. Kitakan baru kahwin. So, bila baru kahwin tu faham-faham ajelah apa yang pengantin buat.” Fikri tersengih nakal.
Aku dah malu. Aku rasa, aku duduk di dalam bilik yang bersuhu sejuk, ada air-cond lagi. Tapi apasal membahang aje muka aku ni?
Terus aku cubit lengan Fikri.
“Gatal betullah abang ni!”
Pecah ketawa Fikri.
“Hidayah…”
“Ya?”
“Abang sebenarnya suka Hidayah panggil abang ‘Fik… manja gitu. Tapi, lebih manis kalau panggil abang.”
Aku cuma tersenyum.
Saya pun suka bila awak panggil saya ‘Hidayah’. Sebab… ‘Hidayah’ cuma untuk orang yang istimewa sahaja boleh panggil aku macam tu. Aku sentuh pipi Fikri. Hehe. Bahagianya, alhamdullilah.

***

“Amboi… awalnya turun? Apa pasal tak esok aje turun bawah?” Usik Kak Salhana. Aku pandang Fikri di sebelah, dah tersengih-sengih. Aku pula yang malu-malu bila Kak Sal cakap macam tu.
“Ikut nak turun esok, tapi Hidayah suruh turun juga ajak makan.” Fikri juga tak mahu mengalah.
“Jangan layan sangat budak ni, Hidayah.” Kak Sal muncungkan bibir kea rah Fikri. Aku hanya tersengih.
Mana boleh tak layan… Mestilah kena layan suami aku. Hahaha.
“Ibu masak apa?” Soal aku. Kalau aku turun awal, memang aku pasang niat nak tolong ibu masak sama. Tapi, disebabkan Fikri menahan aku, terpaksalah aku layan dia. Nanti tak pasal-pasal orang cop aku malas bangun awal pula.
“Bihun goreng dengan nasi goreng aje.”
“Oh… Mesti sedap ibu masak. Nak Hidayah tolong tak?” Soal aku, walaupun aku tengok ibu tu dah siap dah pun dia punya bihun goreng dengan nasi goreng, tapi aku tetap bertanya. Kot-kot lah aku ada kerja sikit.
“Pinggan cawan semua kakak kamu dah sediakan. Hm… Buatkan air boleh tak, Hidayah?”
“Bolehlah ibu…” Aku tersengih. Apa yang tak bolehnya? Bancuh air aje pun.
Aku pergi ke kabinet. “Air apa nak buat, ibu?”
Aku lihat ada macam-macam jenis air ada dalam kabinet ni. Macam dekat rumah aku juga, ada pelbagai jenis. Tapi, cuma tak ada white coffee aje.
“Kopilah… Hidayah minum kopi tak?”
Aku angguk. Walaupun berat nak angguk, tapi aku anggukkan juga. Malu nak mengaku sebenarnya. Nanti orang ingat aku ni tekak mengadalah pula.
Aku capai plastik yang berisi serbuk kopi itu. Aku tuangkan ke dalam teko. Letak air panas, gula dan… siap!
“Siap dah?” Soal ibu.
Aku angguk.
“Jom makan.” Ajak ibu, sambil tangan kanannya memeluk bahu aku. Aku hanya tersenyum dan berlalu ke meja makan. Teko yang berisi air kopi di bawa bersama.
“Rayhan mana kak? Rindunya dekat dia.” Ujar aku. Mata melilau mencari kelibat si Rayhan. Rindu betul dengan dia. Padahal baru semalam jumpa. Menipu sangat kan? Ceh, mana ada tipu. Betullah rindu.
“Eleh, semalam baru jumpa nak rindu. Rindu suami awak aje sudahlah.” Fikri muncung bibir. Aku hanya tergelak kecil.
“Gediklah Fik ni. Rayhan ada, tengah mandi kot dengan ayahnya.” Ujar Kak Sal. Aku hanya mengangguk.
“Cikguuuu!”
Haaa, panjang umur si Rayhan!
“Rayhan… Rindunya!” Aku cium pipi Rayhan bertalu-talu. Dahlah pipi gebu, putih pula tu. Comel lagi! Hm, tiba-tiba rindu Irfan lah pula. Hesy, aku ni. Semua orang nak rindu.
“Rayhan… mulai sekarang panggil cikgu, makngah, okey sayang?” Ujar Kak Sal tiba-tiba sekaligus menyoal si Rayhan. Aku pula dah tersenyum bila Rayhan pandang aku dengan senyuman manisnya itu.
“Okey, mummy!”
“Bagus anak mummy.”
“Semua dah ada, jomlah makan.” Ujar ayah pula. Aku yang tadi mendukung Rayhan, terus bawa dia duduk bersama di meja makan. Cuma, aku letak Rayhan di atas riba aku, bukan di atas kerusi. Macamlah tak biasa buat macam dekat Rayhan kan? Aku dekat tadika dulu dah banyak kali. Dah imun kata orang. Ceh…
“Rayhan… duduk dekat mummy sini meh? Kesian dekat makngah.” Ujar Kak Sal.
“Tak nak, nak makngah suap.” Rayhan tarik muncung sedepa.
Aku hanya tersenyum. Rayhan dengan Irfan lebih kurang aje… Dua-dua manja dengan aku. Haih… rindunya dekat Irfan.
“Tak apa kak, Hidayah dah biasa dah pun. Biar ajelah Rayhan ni.” Aku cuba menyedapkan hati Kak Sal.
“Betul ni?”
“Yep…” Aku buat gaya ‘peace’ dekat Kak Sal. Tergelak semua orang yang ada dekat meja makan sekarang ni.
“Abang nak nasi ke bihun?”
“Dua-dua tak nak!”
“Dah tu, nak apa?”
“Nak sayang…”
Pecah ketawa ibu, ayah, Kak Sal dan suaminya. Aku dah malu. Bahang aje rasanya muka sekarang ni. Hish… kot ya pun nak bersweet, tak payahlah depan orang ramai!
“Ni nak?!” Aku tunjuk penumbuk dekat depan muka Fikri. Sengaja nak bergurau kan. Rayhan yang pada mulanya tak faham pun, tiba-tiba aje tergelak.
Fikri tarik muncung.
“Bihun ke nasi?” Aku angkat kening. Kononnya malas nak layan rajuk dia tu. Haha! Yang lain sibuk dah makan, yang aku dengan Fikri tak habis-habis menyoal nak makan apa. Tak pasal-pasal Rayhan pun tak makan sama.
“Nasi…”
Aku mencedokkan nasi ke dalam pinggan. Baru aje nak cedok untuk masukkan ke dalam pinggan kedua, tiba-tiba Fikri bersuara.
“Eh, kongsilah dengan abang.” Bisik Fikri ke telinga aku yang ditutupi tudung.
“Haaa, malulah.” Bisik aku juga.
“Tak payah nak malu. Tengok, ibu dengan ayah pun bersuap, Kak Sal pun bersuap. Kita pun kenalah bersuap juga.”
Serentak itu aku terus pandang ibu, ayah, Kak Sal dengan suaminya.
Aku jegil mata dekat Fikri yang tersengih-sengih.
Mana ada bersuap!
Suap sendiri adalah.
“Kongsi dengan abang eh?” Soalnya lagi. Kali ni, bukan bisik. Tapi, boleh dengar semua orang. Kalau tak dengar, tak adanya dorang nak gelak.
“Ya…” Jawab aku.
“Rayhan nak bihun ke nasi?”
“Bihun lah…” Jawab Rayhan. Aku capai lagi satu pinggan, nak letak bihun untuk Rayhan pula.
“Makngah suap eh?”
Rayhan angguk. Fikri di sebelah pandang aku tak puas hati. Aku kerut dahi. Apa benda? Pandang macam nak telan aku pun ada.
“Why?”
“Sampai hati tak nak layan abang.” Bulat mata aku pandang Fikri.
Orang bukan tak nak layan… tapi biarlah si kenit ni dulu makan cik abang oi!
Aku buat tak layan dengan kerenah Fikri. Aku suapkan tiga suap untuk Rayhan, kemudian aku kalihkan pula pandangan dekat Fikri. Amboi… main kais-kais nasi aje. Merajuk lah tu?
“Cik abang… jom makan.” Aku senyum manis. Cuba memujuk si Fikri.
“Pergilah layan budak tu.”
Kak Sal yang tengok adegan kami berdua, terus tergelak kuat.
“Mengada lah kau ni Fik… Dahlah Hidayah, layan aje si Fik ni. Bagi Rayhan dekat akak.” Ujar Kak Sal.
“Tak apa ke kak?”
“Tak apa…”
Setelah Rayhan telah pun bertukar tangan, aku kembali ke tempat duduk aku.
“Meh sini Hidayah suapkan…” Aku capai sudu dari tangan Fikri. Tersengih-sengih dia. Eleh, sukalah tu. Aku pula yang terpaksa menebalkan muka tau.
“Fik ni manja bila beristeri.” Ujar ayah.
Aku tersengih aje, menutup malu. Lepas suap Fikri tiga kali, turn aku pula untuk makan. Penat layan dua orang, aku pula yang tak merasa lagi.
“Entahnya. Cepatlah ibu dapat cucu macam ni.” Aku yang dengar ibu cakap macam tu, terus tersedak.
Tapi, cepat-cepat aku cover. Kononnya tersedak sikit ajelah. Padahal tekak ni dah terasa pedihnya.
Suami Kak Sal, Abang Zu tersengih tengok Fikri. Fikri pula membalas senyumannya. Tak faham aku dengan men to men talk to each other ni.
“Haah kan! Cepatlah akak dapat anak buah. Rayhan pula nak dapat anak saudara… kan sayang?”
Rayhan cuma mengangguk. Mengiakan kata-kata ibunya. Aku dah malu. Haduh, macam mana ni? Aku rasa pagi-pagi sejuk, tapi apasal panas sangat ni?
“Boleh tak Hidayah? Bagi ibu dengan ayah cucu?” Soal ibu. Dia jongket kening. Gulp!
Aku tersenyum simpul.
“Insyaallah bu. Hidayah tak kisah.” Jawab aku.
“Fik lagi tak kisah bu!” Aku pandang Fikri tak berkelip. Amboi, selambanya dia? Yang malunya aku lah juga.
“Baguslah macam tu. Alhamdullilah…”


***

Alhamdullilah, teaser pertama dah siap. Tunggu teaser kedua pula. Oh, ya. Teaser ni, tak confirm lagi akan dimasukkan ke dalam novel ataupun tak. Teaser aku bagi pendek aje, kalau cerita bab baru panjanglah insyaallah. Tapi kalau teaser, dalam satu teaser boleh digabungkan dalam empat bab macam tulah. Sebab itulah teaser pendek. Haha. Panjangnya ayat gua. Kahkahkah.

2 comments: