Cerpen : Pabila Rindu Menjelma

By : Nur Hidayah


"Dah siap barang untuk ke England?" Soal ibu. Aku hanya mengangguk. Mata masih lagi tertancap pada skrin televisyen. Cerita Secret Door lebih menarik perhatianku, kini.

"Hanis Dayana... ibu cakap tu, balaslah. Jangan dok angguk angguk geleng geleng aje." Ayah pula bersuara. Aku hanya mendengar, tapi keluar telinga kiri pula.

"Dah pack dah, don't worry..."

Tujuan aku ke England, adalah untuk menyambung belajar. Memandangkan, hanya tinggal aku sahaja yang belum berkahwin dan masih belum mempunyai anak, aku terpaksalah belajar seorang diri ke England. Sanggup aku berjauhan daripada family semata-mata ingin membanggakan ibu dan ayah aku.

"Okay ke Hanis pergi seorang diri? Ibu risaulah..."

"Don't worry and think too much lah ibu... Hanis okay. Lagipun, Hanis nak pergi belajar, bukannya nak berpindah ke England selamanya pun..." Jawab aku, berseloroh. Cuba menenangkan ibu yang seperti risau dengan aku yang pergi ke England seorang diri.

"Risaulah ibu..."

"Awak ni, Hanis nak belajar aje pun. Biarlah dia berdikari. Pandai-pandai dialah nak buat apa dekat sana tu nanti." Ayah menyampuk. Aku tunjuk thumbs up ke arah ayah. Dan ayah membalas kembali dengan sengihan lebar.

Yeahhh, ayah memang geng aku!

Bukan apa, aku dari dulu lagi memang nak study ke luar negara. Sebab, bagi aku, kalau nak sambung ke Master ataupun PhD, mestilah lanjutkan pembelajaran ke luar negara. Memandangkan aku dah habis tugas selama beberapa tahun di hospital Malaysia, jadi aku membuat keputusan untuk fly ke England. Walaupun aku ada klinik sendiri, yang diusahakan oleh aku, Izzatul dan Niesa, aku memang nekad nak ke England juga, untuk sambung belajar. Memang hasrat aku itu daripada sejak aku di bangku sekolah lagi.

"Hanis seorang aje... dahlah perempuan, anak sulong ibu pula tu."

"Daris kan ada, bu?" Ujar Daris yang entah dari mana. Dulu, Daris waktu kecil-kecil comel aje. Pipi tembam, gebu lagi. Tapi sekarang dah besar, handsome pula rupanya.

Sekarang ini, adik aku yang kedua dan ketiga masing-masing sambung belajar di University Shah Alam. Belajar sama-sama, tinggal pun hanya bersebelahan aje. Adik aku tu, masing-masing keras kepala nak tinggal dengan rakannya sahaja walaupun ibu menghalang. Tak macam aku, yang hanya mengikut kata ibu dulu sewaktu aku masih belajar di Malaysia.

Sebab itulah, sekarang ni ibu susah betul nak lepaskan aku. Kalau dalam Malaysia, bolehlah lagi. Tapi ini England... ibu mana yang tak risau?

"Daris dekat Malaysia, bukannya England." Ibu mengeluh.

"Alah bu... Tiket dah book pun. Dah lambat dah nak tarik balik."

Tiket dah beli, barang pun dah pack. Yang cuma tinggal adalah, tuannya bersiap sedia nak fly aje! Kalau nak tarik balik... memang rugilah even cuma naik flight kelas ekonomi aje pun. Ekonomi tak ekonomi pun, kalau dah beli tu, jangan membazir!

"Sudahlah awak tu... Hanis pergi belajar tiga tahun aje pun. Tak lama." Ayah menyampuk lagi. Ayah memang begitu, suka mendiamkan diri. Bercakap apabila perlu sahaja.

"Apa kata... ibu carikan Hanis bakal suami?" Ibu bercadang.

Mata aku yang sedang tertancap pada skrin televisyen tadi, terus bulat mata aku pandang ibu. What?!!! Bakal suami?!

Oh no, mencari suami ataupun dalam erti kata lain... berkahwin! Langsung tidak ada di dalam to-do-list aku sebelum bergelar doktor.

No, no, no...

"Ibu... Hanis tak nak berkahwin lagi..." Ujar aku, penuh mengharap agar cadangan ibu tadi, ibu cuma bergurau sahaja.

"Hanis bukannya muda lagi... dah nak dekat tiga puluh tahun dah. Bilalah anak sulung ibu ni nak berkahwin?" Soal ibu, mata ibu pandang mata aku.

Aku dah nak menangis. Sudahlah nak berpisah dengan family bila terbang ke England nanti. Lepastu, ibu suruh pula aku berkahwin. Uwaaaaaa!

"Betul tu, Hanis nak ke orang gelar Hanis... Andartu?"

Haaa, ayah seorang yang bercakap apabila perlu itu pun dah cakap macam tu. Maknanya, ayah sokong ibu 100% lah ni! Aduhhh, aku pandang Daris, supaya Daris membantu aku. Tapi, sebaliknya lah pula...

"Itulah kak, adik teringin nak abang ipar!"

Kurang ajar punya adik!

"Tengok, semua sokong Hanis kahwin. Hanis setuju ke tak ni dengan cadangan ibu?" Soal ibu, muka ibu seperti mengharap. Aku pula tak berani nak menggeleng apatah lagi membantah.

"Kalau setuju... baguslah. Hanis ada sesiapa ke yang Hanis kenal? Suka ke? Ataupun... boyfriend?" Soal ibu, bertubi-tubi.

Kepala otak aku masih lagi berfikir. Nak terima ke tidak? Kalau tak terima, takut derhaka pula bila tak dengar cakap ibu sendiri walhal benda yang ibu suruh buat itu adalah benda yang wajib oleh umat islam supaya mendirikan masjid. Kalau terima... tidak... Sungguh aku tak pernah berfikir pasal kahwin!

"Hanis... ibu tanya ni."

"Err, tak ada bu." Jawab aku, pantas. Memang betullah aku tak ada sesiapa pun. Nak kata minat... Huh! Memang taklah nak bagitahu ibu walhal aku adalah minat seseorang. Tapi itu dululah, waktu aku zaman sekolah. Heh, cerita lama! Jangan disebut, kang tak pasal dia muncullah pula.

Hish, simpang empat puluh empat malaikat!

"Haaa, bagus! Ibu ada kenal seorang lelaki ni. Dia sesuai dengan Hanis. Tinggi, putih, berbadan sasa. And yang paling penting... single! Muka dia dengan Hanis pun nak sama aje." Balas ibu, ceria.

"Yelah ibu. Kalau dia tak ada gigi pun, Hanis terima ajelah. Mana yang terbaik untuk ibu, terbaik juga untuk Hanis..." Balas aku walaupun kata-kata aku tadi 100% tak setuju.

Suami yang tak ada gigi? Heh, mengarut betul kata-kata aku tadi!

"Bagus. Macam inilah anak ibu..." Ibu datang ke arah aku, dan terus memeluk aku. Aku terpaku seketika. Gembiranya ibu?

"Macam ni lah. Ibu bagi Dayana fikir dulu sehari. Esok, ibu tanya balik." Ibu memberi kata putus. Aku yang dengar cuma mampu mengeluh.

************************

"Korang... aku kena kahwin." Ujar aku, kepada keenam-enam rakan aku. Rata-rata mereka semuanya dah masih dalam status bertunang. Cuma aku dah Hawa sahaja yang masih single.

"Lahhh, kahwinlah best! Apasal kau macam tak suka aje?" Soal Hidayah.

Aku pandang Hidayah. "Aku tak nak kahwin kalau belum habis study lagi!"

Terkejut semua orang yang ada di rumah tu. Rumah tu adalah rumah sewa kami bertujuh. Memandangkan Nabilla, Hidayah dan Fatin dah berkahwin, tinggallah empat orang sahaja yang duduk di dalam rumah ini. Tapi, bila weekend sahaja, Nabilla, Hidayah dan Fatin pasti akan datang ke sini. Untuk meluangkan masa bersama. Walaupun status dah berkahwin, ianya tidak menjadi penghalang untuk kami semua melepak bersama.

CEH!

"Kau tahu tak... kalau kau sambung PhD, umur kau dah tiga puluh lebih? Then, waktu tu kau baru nak kahwin? Oh, come on! Kahwin ajelah, ikut ajelah cakap ibu kau tu... Maybe ada yang terbaiknya kenapa dia cakap macam tu. Lagipun, rugi kau kahwin lambat... Kan Dayah, Fatin kan?" Ujar Nabilla yang sedang menggendong Danish.

Air oren di depan aku, aku ambil dan aku telan dengan rakusnya. Terasa juga bila Nabilla cakap macam tu. Seolah-olah aku ni tua sangat bila dapat gelaran doktor nanti.

"Haah... rugi kau lambatkan kahwin ni. Memanglah kalau cakap pasal kahwin cepat aje... orang fikir kita ni gelojoh lah, gopoh lah. Tapi, jangan fikir sangat pasal tohmahan manusia. Biasalah, manusia... Kita nak bina masjid ajepun, takkan salah kot? Lagipun, tak rugi pun kalau kau kahwin awal... best lagi ada. Kau tahu tak... kalau aku tahu Fik tu jodoh aku, memang dari awal lagi waktu kita sekolah lagi aku dah ajak dia kahwin. Tengok aku dengan Nabilla... bahagia aje, ada anak lagi. Tengok Fatin pula... dah kahwin dah!" Panjang lebar Hidayah berkata-kata.

Aku yang tengah potong bawang, terus terhenti dan terus mata aku pandang Fatin. Kelihatan Fatin mengangguk.

"Betul tu. Aku pun bahagia aje, tak ada pun menderita bila kahwin. Best lagi adalah. Lagipun Dayana... antara cita-cita dan membina masjid, mana satu lagi penting? Haruslah membina masjid... kahwin. Kau tahu kan, syaitan akan goyah apabila umat islam mendirikan rumah tangga?"

Aku angguk.

Memanglah, syaitan dia takut bila umat islam mendirikan masjid. Syaitan kan tak suka bila umat islam membuat pahala. Tapi masalahnya... aku tak nak kahwin! Aaaaaa, serabut.

"Kau tahu tak Dayana... bila aku tengok Nabilla dengan Hidayah ni kahwin, ada anak... aku pun rasa nak kahwin sama tau. Rasa macam, perkahwinan aku lagi dua bulan tu, nak aje cepatkan jadi dua minit tau!" Ujar Izzatul, yang sedang menggendong Raykarl, anak Hidayah.

"Hamboihhh!" Aku dah tergelak-gelak apabila tengok Izzatul yang dah tersengih-sengih.

Betul jugak cakap Izzatul tu. Mana taknya, setiap kali Nabilla dengan Hidayah datang, mesti akan bawa anak-anaknya. Dan dari situlah, aku nampak betapa bahagianya mereka berdua. Fatin pula, dengan perutnya yang tak berapa nak memboyot tu, pun boleh nampak yang dia pun tengah bahagia. Kalau tak bahagia... tak adanyalah kawan-kawan aku tu dah jadi mak, kan?

Sedikit sebanyak, hati aku terbuka juga untuk berkahwin.

Sebab, bila tengok wajah rakan-rakan aku bila cerita pasal anak, muka dorang berseri-seri. Memang kalau dah seri tu, memang nampak sangatlah tengah bahagia kan. Aku tengok Fatin... walaupun kandungan baru berapa bulan, tapi muka dia bahagia yang amat. Sampai aku pun nak juga merasa mengandung... melahirkan dan nak punya anak!

"Assalamualaikum...!"

"Assalamualaikum...!"

Aku ada dengar orang lelaki memberi salam. Terus aku menuju ke tingkap. Tudung di kepala sudah pun aku sedia dari awal. Kerana aku tahu, pasti suami Nabilla, Hidayah dan Fatin aku ke rumah ini. Aku pandang ke luar tingkap. Sah, memang betul pun!

Mereka bertiga tu, isteri pergi jumpa kawan sekejap pun, tak boleh. Padahal mereka bertiga pun jumpa kawan dorang jugak. Tapi, apa nak buat, dah suami sayangkan isteri kan.

"Ya, waalaikumussalam!" Jawab aku dan Hawa serentak.

Yang lain, semuanya ada dekat dapur. Nak masak katanya. Dah lama tak spend time sama-sama, jadi hari ini spend time lah lama sedikit sampai malam kan.

"Aiii, aku rasa tak sampai sejam pun bini korang lepak sini, dah nak jemput ke?" Aku bertanya, sinis. Seorang demi seorang aku pandang. Pintu pagar aku masih lagi buka kuncinya. Hawa di sebelah hanya membatu. Sibuk layan handphone, mesej dengan Izziqri agaknya.

Ketiga-tiga mereka tersengih.

"Aku ada anak aku, takkan dia seorang aje nak jaga..." Ujar Ilham.

Fikri mengangguk. "Aku lagilah, ada anak kembar. Kesian Dayah..."

Ikhwan pula mengangguk. "Bini aku mengandung. Bahaya tinggalkan lama-lama..."

Aku menggeleng. Yelah, apa pun alasan korang, lantaklah. Janji, sayangkan kawan-kawan aku eternally. Never hurts their feelings.

"Sebenarnya, kitorang nak lepak lama sampai malam ni. Bini-bini korang semuanya ada, dekat dapur tu haaa. Pi lah masuk." Pintu pagar aku buka. Aku bergerak ke tepi, memberi si tiga beruk ni masuk ke dalam kawasan perumahan kami bertujuh. Haha! Beruk pun bolehlah.

Aku terus tutup pintu pagar, tanpa menguncinya. "Hawa... asyik hadap phone aje!" Marah aku. Langsung tak pandang kiri kanan atas bawah. Tadi masa keluar pun, tak pandang pun siapa yang datang.

"Tengah layan Clash of Clans ni..."

Heh!

Oho!

Aku fikir dia tengah layan Izziqri, tapi sebaliknya lah pula. Apalah bendalah Hawa ni. Dah besar macam ni pun masih lagi layan COC macam game tu suami dialah pula. Langsung tak nak lepaskan.

Aku dan Hawa pun masuk ke dalam rumah. Pintu rumah aku biarkan sahaja terbuka, tetapi grill aku kunci. Selesai sahaja meletak kunci ke tempat yang sepatutnya, terus aku menuju ke dapur. Nak tolong kawan-kawan aku memasak.

Riuh rendah dapur rumah itu dengan suara suami Fatin yang menghalang Fatin buat kerja rumah. Suara anak Hidayah dua orang tu dan juga suara rakan-rakan aku yang sedang berbual-bual. Macam-macamlah.

Raykarl yang berada di dalam pangkuan Izzatul, terus menangis teresak-esak. Diikuti oleh Raisha pula. Biasalah, kembar kan. Seorang lapar, seorang lagi pun nak lapar sama.

"Dahlah Hidayah... pergilah jaga Raykarl dengan Raisha. Lapar agaknya." Aku terus merampas sudip dari tangan Hidayah.

"Erm, sorry Dayana tapi aku terpaksa! Thanks." Hidayah terus berlari mendapatkan anaknya dari tangan Izzatul. Hidayah menuju ke biliknya, diikuti oleh Fikri yang menggendong Raisha.

"Yang... tak payahlah buat kerja ni! Nanti penat..."

"Nak buat juga. Kesian dorang,"

"Tak payah... biar abang buatkan."

"Ahhh, abang tu lelaki, duduk diam-diam. Biar perempuan buat kerja."

Aku menggeleng bila tengok si Fatin dan Ikhwan bergaduh. Berebut pisau lagi. Ish, bahaya betullah dorang berdua ni! Nak bergaduh manja, pergilah tempat lain asalkan jangan dapur.

"Hoiii! Bergaduh pulak! Baklah biar aku yang buat. Korang berdua pi main jauh-jauh. Berebut pisau pula. Bahaya tahu tak? Dah, dah pergi naik atas. Kau Ikhwan... dodoikan Fatin, suruh dia tidur!" Marah Izzatul. Aku yang tengah memasak, terus tergelak.

Aduhhh, Adel ni pun satu... Kalau nak menghalau pun, tak payah lah sampai macam tu sekali! Hahaha, aku dengan Niesa tak habis-habis lagi tergelak.

"Tengok yang... kawan ayang pun suruh abang dodoikan ayang. Jomlah." Fatin mengikut sahaja apabila tangannya ditarik oleh Ikhwan.

Hilang sahaja Fatin dan Ikhwan, terus senyap keadaan dapur itu. Aku pandang belakang.

"Eh, mana Atin?" Soal aku, pelik. Suaminya pun tak ada. Patutlah senyap aje dari tadi. Masa aku masuk tadi, bisinglah jugak dua orang tu, bermain dengan Danish. Ni tiba-tiba aje lesap.

"Tidurkan Danish. Danish penat main tadi." Balas Hawa, tangannya masih lagi memegang handphone. Bercakap pun tak pandang aku, tapi pandang phone. Hehhh Hawa!

"Hawa, tolonglah! Asyik main phone aje." Niesa dah mula nak membebel.

"Haaa, yelah-yelah. Kacaulah, saya baru aje nak naik level 45." Hawa dah merungut. Aku dan Izzatul tergelak. Nasiblah kalau ada kawan yang sosial macam tu kan. Siang main game, malam berwhatsapp.

"Amacam Dayana? Bahagia kan dorang tu?" Soal Izzatul.

Aku tak membalas walhal aku tahu, sebenarnya Izzatul pancing aku supaya terima sahaja tawaran ibu aku tu. Suruh aku berkahwin juga.

"Kan... nampak bahagia kan dorang tu, Dayana?" Soal Niesa pula. Aiii, ramainya geng ibu ni!

Aku angguk. "Ye, ye... bahagia yang amat sangat! Sampai aku pun nak kahwin juga." Balas aku, aku cover suara aku supaya nampak tak ikhlas walaupun jauh di sudut hati aku, aku mengiakan kata-kata aku.

*************

Kami mula makan malam lepas Maghrib. Sebab, tadi pun masa sesi memasak mula lepas Asar, itupun nak dekat Maghrib. Sebab itulah terus ke makan malam aje.

Menu hari ini nampak sedap, tengoklah siapa yang masak! Aku, Izzatul, Niesa dan Hawa. Huhu! Teriak pula, tapi memang benda betul. Kehkehkeh. Ada kangkung belacan, sotong kunyit, sotong goreng tepung, tomyam, ikan masak tiga rasa dan ulam-ulaman serta belacan. Airnya pula air botol sahaja. Dah tak ada masa nak buat air jus bagai, pakai air Minute Maid Pulpy aje.

"Wahhh, sedapnya!" Ujar Fatin. Fatin yang berbadan dua tu, memang semuanya nampak sedap.

"Halamakkk, sotong goreng tepung! Sedapnyaaa!" Ujar Hidayah pula.

Semua dah mula mencedok nasi dan mula melayan suami sendiri. Ceit, bahagianya dorang. Apasal aku rasa macam... aku pun nak kahwin sama ni?

"Dayana... cuba kau tengok Ikhwan layan Fatin tu. Sweet kan? Bestnya kahwin Dayana..." Bisik Izzatul ke telinga aku yang ditutup oleh tudung Syria.

Ye Adel... Aku tahu kau sedang pancing aku!

"Hm..." Balas aku acuh tak acuh. Sotong goreng tepung ni lebih menarik perhatian aku. Percakapan Izzatul, langsung aku tak endahkan.

Habis sahaja makan, Nabilla, Hidayah dan Fatin terus pulang ke rumah mereka sendiri. Yang tinggal sekarang ni adalah aku, Izzatul, Hawa dan Niesa. Almaklumlah, hanya kami berempat sahaja yang belum berkahwin, belum mendirikan rumah tangga.

Baru sahaja nak on TV, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Assalamualaikum Dayana..."

"Waalaikumussalam ibu." Jawab aku. Aku dah boleh agak kenapa ibu telefon aku malam-malam buta kalau tak tanya pasal jodoh aku.

"Dayana balik ke tidak malam ni?"

"Tak kot. Sebab dah malam dah. Esok pagi, insyaallah Dayana balik lah." Ujar aku. TV yang aku nak on tadi tiba-tiba aje Izzatul tolong bukakan.

Biasalah aku dengan Izzatul, memang layan cerita Korea aje. Lagi-lagi aku, kalau ada Lee Min Ho dekat kaca TV, memang tak tidur malam aku!

"Hm, elok sangatlah tu. Dayana dah tahu keputusannya?"

"Err, dah ibu."

"Macam mana? Terima ke tidak? Kalau setuju... ibu nak bagi gambar dia ni. Lagi satu, hari Sabtu ni bolehlah Dayana jumpa dia. Untuk berkenal-kenalan dulu. Okay?"

Berat untuk aku terima cadangan ibu tu.

*****************

Berdebar?

Sememangnya!

Aku perhatikan diri aku di cermin kereta. Membetulkan tudung Syria di kepala aku. Jubah hitam elok terletak di badan aku. Aku memang macam ni, memang pakai Syria aje. Leceh nak pakai shawl, nak kena belit banyak kali. Lagi-lagi kalau aku pakai sendiri, agaknya tercekik leher aku sebab aku mana tahu pakai shawl. Heh.

Walaupun ditegah oleh ibu beberapa kali kerana pakai aku yang terlampau simple, tetapi aku tetap juga berkeras. Aku siap ugut ibu lagi.

"Kalau ibu paksa Hanis pakai dress tu, Hanis ubah fikiran! Haa, ibu nak Hanis ubah fikiran ke... pakai aje jubah ni?" Aku mula ugut ibu. Bukan apa, aku malas nak melawa. Pergi dinner aje pun. Walaupun dinner tu di hotel five star malah ten star sekalipun, aku nak pakai apa pun suka hatilah. Janji menutup aurat.

"Yelah... demi nak tengok anak ibu ni kahwin, tak apalah. Suka hatilah Dayana nak pakai apa pun. Tapi, nanti jangan malu pula. Jangan kata ibu tak beritahu pula."

Dan sekarang ini, sekali lagi aku memerhatikan diri aku di cermin milik kereta aku. Patutlah ibu beriya sangat suruh aku pakai dress dengan shawl bagai, rupanya... dinner dekat hotel kot! Agak-agaknya... aku diterima tak masuk ke dalam hotel ni? Hotel ni aku tengok, lebih mahal daripada five star adalah. Menyesal pula tak tengok dulu alamat tu tadi. Main pandu aje. Haih.

Dengan lafaz bismillah, aku pun keluar. Tak apa, kalau lelaki tu tak suka cara aku berpakaian yang totally 100% menutup ni, memang aku pun totally 100% reject him!

Aku masuk ke dalam hotel. Seperti di dalam mesej daripada ibu, meja nombor... 2. Aku pandang si perempuan yang menyambut tetamu ini. Dia memandang aku atas bawah. Aku pula jongket kening. Apa dia fikir pakai murah macam ni, tak boleh masuk hotel ke?

"Yes miss, can I help you?" Tanyanya, sinis.

"Yeahhh, can you please show me... where's the table number two?" Soal aku.

Perempuan itu agak terkejut, dan sekali lagi dia memandang aku atas bawah. Kemudian dia memaniskan wajahnya. Aku pula yang teragak-agak, tadi bukan main jelek tengok aku... sekarang ni, senyum manis pula? Heh!

"Come," Ajak perempuan itu. Aku hanya mengikut sahaja.

Aku lalu di dalam sebuah tempat makan yang amat santai. Lagunya pula juga romantik. Aku fikir, inilah tempat yang sepatutnya aku jumpa si bakal suami aku. Rupanya tidak apabila perempuan tersebut meneruskan perjalanannya ke suatu tempat. Wahhh, tempat ni lebih romantik.

Tempatnya di tepi laut, siap ada piano lagi. Pemain biola juga turut ada. Mejanya juga ajak jauh dan suasananya lebih romantik apabila ditambah dengan lagu korea From Beginning Until Now yang dimainkan oleh seorang lelaki. Aku tertarik dengan si pemain piano tersebut. Jari jemarinya pasti lembut kerana setiap bait yang dimainkan, sangat sedap di telinga aku.

"There you are, miss." Perempuan itu tersenyum.

Aku membalas senyumannya. "Can I ask you something?"

"What?"

"There might be someone else, do you know who it is?" Soal aku, mata melilau mencari kelibat lelaki yang ibu aku suruh kahwin tu. Lagipun, aku tak kenal siapa orangnya. Walaupun ibu suruh aku lihat gambarnya, tapi aku membantah.

"I think... that guy who's playing the piano. His name is Azzam." Perempuan itu menunjukkan ke arah lelaki yang berbadan sasa yang sedang bermain piano. Dari belakang memang nampak handsome oleh kerana badannya yang sasa, tangan yang bermuscle. Mana-mana perempuan pun pasti akan tergoda oleh kerana tubuh badannya.

Belum tengok muka lagi. Kalau gigi tak ada, macam mana?

Ceit, itu semua tak penting! Yang penting... hati.

"Okay, thank you." Ujar aku, memberikan senyuman seikhlas yang mungkin.

"Okay, enjoy the night." Sempat lagi si perempuan itu berbisik ke telinga aku, kemudian matanya memandang ke depan yang sudah pastinya aku tidak pasti siapa yang dia pandang. Pelik betul minah ni, nak makan aje pun... tak payah beriya nak enjoy bagai.

"Thanks anyway." Balas aku, senyum. Hailahhh mulut, manis betul kau hari ini kan?

Elok aje perempuan itu beredar, tiba-tiba muncul satu suara. "Ehem, ehem."

Aku pandang belakang.

Oho!

Him or not him?!

***************

And the answer is, HIM!

Aku terpaku. Mata terus menerus memandang di pemilik mata orang yang berada di depan aku. Uwaaa, handsomenya hang!

"Hello... there's something at my face?" Azzam menepuk tangannya ke muka aku.

Aku dah tergeleng-geleng kepala, mula sedar. Haishhh.

"Err, no." Balas aku, tergagap-gagap. Dia senyum.

"Suka tak?" Soalnya, pendek. Cukup untuk aku tidak memahami apa yang dia cakapkan.

"Apa yang suka?"

"Sayalah..."

Heh, gila kau! Perempuan mana yang tak suka lelaki berbadan sado macam ni? Capek pun kalah do! Teringat zaman sekolah dulu, senior form five aku, Capek memang berbadan sado. Kalau nak dibandingkan Azzam dengan Capek dulu, memang macam lidi dengan bantal kot. Tapi sekarang... entah-entah Azzam yang lebih sado!

Tapi... takkan aku nak cakap yang... aku suka dia kot? Heh, never! Jatuh saham aku depan lelaki ni kot.

"You and me are just like a strangers, how can I tell you that I'm liking you?" Soal aku. Masih berpura-pura walhal aku kenal dia, sangat sangat kenal!

Dia tersenyum, sinis kemudian mengherot. Menggoda sangat jika diperhatikan oleh setiap wanita.

"Are you sure?"

"Totally 100% sure!" Jawab aku pantas.

"Bukan ke dulu... awak pernah suka saya? Hmmm, saya ingat lagi, awak pernah jumpa saya and you jumped like a child sebab terlalu happy. Ingat lagi tak?" Soalnya, keningnya diangkat, mukanya seperti confident dengan apa yang berlaku sewaktu zaman sekolah dulu-dulu.

"Bila eh?" Aku jongket kening, masih lagi berpura-pura.

How plastic, Dayana!

Azzam dah mula pasang muka bengang. Bengang dengan aku mungkin kerana buat-buat lupa apa yang terjadi waktu zaman sekolah dulu.

Sorry... aku malu nak mengaku sebenarnya. Ego? Biaq pi lah!

"Masa awak tingkatan dua, saya tingkatan tiga. Waktu awak bertugas dulu, saya selalu ada lalu sebelah awak. Masa dalam perpustakaan dulu, ingat lagi tak? Saya duduk belakang awak aje. Ingat?"

Aku jongket kening lagi. Lalu aku memetik jari. "Oh, awak yang baju purple tu kan? Haaa, ingat! Apa nama awak eh?" Soal aku, buat-buat tak tahu.

"Dayana... awak memang sengaja kan? Muka awak memang tak pandai menipulah."

"Or... awak kena amnesia? Kalau awak kena amnesia, saya akan bawa awak jumpa dengan Firas, dia tu pakar neurology terbaik dalam dunia ni. Jom, saya bawa..."

Aku dah mula gugup. Itulah... plastik sangat. Kan dah kena!

"Okay fine!"

"Tahu pun nak mengaku." Dia senyum mengherot.

Aku cepat-cepat ubah topik. "Err, kenapa awak terima bila mak awak suruh awak kahwin dengan saya?" Soal aku, sedikit gugup.

Dia tersenyum meleret sebelum menyambung.

"Sebab, orang yang mak saya nak jodohkan tu... cantik, baik... lawa. Sebab itulah saya terima."

Aku mencebik.

Habistu, kalau gigi aku tak ada, agak-agak dia terima tak?

Hek eleh!

Aku baru nak menyambung, tiba-tiba dia terlebih dahulu memotong. "Tapi, itu bukan alasannya. Pokoknya, saya terima awak seadanya. Memang mula-mula, saya susah nak terima juga bila mama saya nak carikan jodoh untuk saya. Sebab, saya masa tu langsung tak terfikir nak berkahwin. Yang saya fikir... work, work and work. Tapi, bila mama saya tunjuk gambar, saya terus... terbuka hati nak berkahwin. Yelah, siapa sangka, orang yang minat saya dulu, adalah orang yang mama saya berkenan. Waktu saya tengok gambar awak tu, terus tersenyum. Terus teringat zaman dahulu..."

Heh, sejak bila baru balik daripada Indonesia ni? Siap berpokok bagai lagi! Aku dah tergelak dalam hati.

Dia menarik nafas, kemudian menyambung. "Malam tu, saya terus buat istikharah. Minta petunjuk daripada Allah. Akhirnya, saya dah tahu jawapannya. Allah dah tunjukkan segalanya, malam tu. Jadi... saya buat keputusan untuk terima awak, seadanya... Nur Hanis Dayana."

Dia senyum, ikhlas. Cukup buat hati aku ni yang keras seperti batu, tetapi boleh cair apabila melihat senyumannya. Ayatnya pula... ikhlas.

"Awak pula, kenapa awak terima saya?" Soalnya.

Aku agak terkejut dengan soalan yang keluar daripada mulut Azzam. Tetapi aku cuba untuk berlagak tenang. Berlagak seperti biasa.

"Saya terima sebab saya nak ibu saya bahagia tengok saya. Dan saya tahu, apa yang terbaik untuk ibu saya, terbaik jugalah untuk saya." Ujar aku, tenang. Tapi hanya di wajah aku sahaja yang tenang. Dalam tidak, oleh kerana melihat senyumannya yang menggoda, hati aku terus gugup.

"Oh my god... Saya tak sabar nak tunggu waktu akad nikah. I can't wait for our wedding, having a child..."

Aku dah malu. Yang kalau dia kata... tak sabar nak kahwin tu, tak apalah juga. Ni yang... having a child. Oh my! Malu okay!

"I like it when you're blushing."

Terus aku pegang muka aku, blushing ke? Malunya! Dia tergelak-gelak dia tengok aku yang seperti kelam-kabut. Aku menjelingnya.

Tiba-tiba, aku teringat akan sesuatu.

"Tapi, saya kena pergi England..." Ujar aku, sayu. Baru aje nak mulakan percintaan aku, tapi aku terpaksalah pula pergi ke England. Dan sudah pastinya, aku akan tangguhkan perkahwinan kami berdua.

Dia tampak seperti terkejut. "Be... berapa lama?" Soalnya.

"Four years..." Jawab aku, perlahan sahaja suara aku.

"Lamanya..."

Aku angkat bahu.

"Degree?"

"Nope, Master."

Dia mengeleuh. Suasana jadi sepi, yang menjadi bisingnya adalah bunyi ombak sahaja. Terus aku rasa macam berat pula nak fly ke England. Kalau dulu, bersemangat sangat sebab memang impian aku nak sambung belajar ke luar negara menjadi kenyataan. Tapi sekarang...

Tiba-tiba hati ini jadi berat.

"If you said so... Before you're going to England, I will make this night a very memorable night, a special night." Ujarnya, tersenyum.

Aku angkat kening.

"Come," Ajaknya. Aku tak faham, tapi hanya mengikut sahaja. Aku ikut dia sampai ke piano yang dia baru main sebentar tadi.

Azzam duduk di atas bangku di hadapan piano. Aku pula berdiri terpaku. Tak tahu nak buat apa. Dia senyum sebelum menyentuh piano tersebut.

Oho!

Favourite song!


"Saat terdiam ku lihat satu senyummu 
Tatap matamu buatku selalu tersenyum 
Indah tingkahmu kuatkan selalu hidupku
Terbang bersama satu mimpi di hatiku lagi lagi lagi dan lagi

Saat ku tatap satu lugu di hatimu 
Bahwa mimpiku akan selalu kepadamu
Biar ku petik satu bintang di wajahmu 
Akan ku bawa terbang bersama hatiku lagi
Kan selalu di hatiku, kan selalu di hidupku 
Kan selalu ada di jalanku, pikiranku, selamanya

Seperti nafasku yang tak akan terhenti 
Aku kan ada, selalu ada untukmu 
Meski dunia tak bisa untuk kembali 
Namun cintaku selalu ada untukmu

Saat ku tatap satu lugu di hatimu 
Bahwa mimpiku akan selalu kepadamu 
Biar ku petik satu bintang di wajahmu 
Akan ku bawa terbang bersama hatiku lagi
Kan selalu di hatiku (di hatiku), kan selalu di hidupku 
Kan selalu ada di jalanku, pikiranku, selamanya

Seperti nafasku yang tak akan terhenti 
Aku kan ada, selalu ada untukmu 
Meski dunia tak bisa untuk kembali 
Namun cintaku selalu ada untukmu
Selalu merekah namamu yang indah 
Buat cinta abadi selamanya, untuk selamanya..."

"And I will miss you, Dayana..." Ucapnya, penuh syahdu.

Ibuuuuuu, nak kahwin sekarang!

****************

"Passport tak tinggal kan?"

Geleng.

"Laptop semuanya ada?"

Angguk.

Ibu, ayah dan adik-adik aku semuanya mengeluh tengok aku yang seperti tak ada semangat nak pergi ke England.

"Hanis ada tertinggal apa-apa ke? Apasal monyok sangat ni? Bukan ke Hanis juga yang beriya-iya nak study luar negara?" Soal ayah, ayah memegang bahu aku.

Sekali lagi, aku geleng.

"Hanis betul ke okay ni? Ibu, ayah dengan adik-adik ni tak boleh lama tau. Kejap lagi, nak hantar adik pulang asrama. Dorang kan ada kelas..." Ujar ibu.

Aku hanya angguk sahaja.

"Hm, dahlah, ibu tak boleh lama ni. Jaga diri elok-elok, jangan tinggal solat. Selalu baca Al-quran. Jangan lupa Allah, ibu, ayah dan adik-adik dekat sini. Kawan-kawan pun jangan lupa juga. Dah, ibu pergi dulu..."

Aku bersalaman dengan semua ahli keluarga aku. Lepas sahaja daripada berpelukan, ibu, ayah dan adik-adik aku pun beredar. Aku hanya pandang mereka dengan pandangan sayu.

Mana Azzam ni? Semalam kata nak datang, nak ucapkan selamat tinggal untuk aku. Aku dahlah nak gerak dah ni... Dia boleh pula tak datang. Bertambah-tambahlah sedih aku.

"Kau okay ke tak ni?" Soal Nabilla, dia mengambil tempat di sebelah aku.

Ibu jari dan jari telunjuk aku satukan, menunjuk gaya 'ok' kepada Nabilla.

"Apasal awak monyok sangat ni?"

Aku hanya angkat bahu.

"Ya Allah... aku tahu kau sedih, tapi janganlah membisu macam ni." Ujar Hidayah pula.

"Haa, entahlah. Tak tahu kenapa berat sangat hati ni nak pergi England." Ujar aku, yang lain semua terkejut bila aku cakap macam tu. Iyalah, dulu aku yang beriya nak pergi England, sekarang ni, tiba-tiba cakap berat hati pula.

"Kau jangan... kau cuma tinggal tujuh minit aje lagi ni, takkan nak lepaskan peluang macam tu aje?" Tanya Izzatul.

Aku angkat bahu.

"Dahlah awak, awak kan kata nak study. Dah dapat peluang macam ni, grab ajelah..." Ujar Hawa pula.

"Entah Dayana, dahlah tu. Jangan ikut kata hati sangat..." Ujar Niesa pula.

Semua tak tahu, yang sebenarnya aku berat nak pergi ke England adalah kerana tak mahu berpisah dengan Azzam. Baru aje semalam aku dengan Azzam ucap selamat tinggal, itupun dalam telefon. Dan lebih berat lagi, bila teringatkan malam pertama kami berjumpa haritu.

Uwaaa, rindunya.

"Dahlah Dayana... kau dah kena gerak ni, nanti tertinggal flight pula." Hidayah menepuk-nepuk bahu aku. Menyuruh aku bangun dan bersiap sedia untuk beredar.

"Kau memang serious tak tertinggal apa-apa ni?" Ujar Fatin. Tadi ibu dah tanya, ini Fatin pula tanya. Haihhh, banyak kali aku kena hadap dengan soalan yang sama tu. Penat aku nak menjawab.

"Dah... Cuma..."

"Apa?" Sangkal Niesa, laju.

"Belum peluk korang lagi..." Ujar aku, sedih.

"Halaaaa so sweet."

Semua datang memeluk aku. Aku peluk Nabilla, Hidayah, Fatin, Izzatul, Niesa dan Hawa dengan erat. Susah aku nak lepaskan, macam susah jugalah waktu aku nak lepaskan ibu tadi.

"Huwaaa, nanti aku mesti rindu kau. Tinggallah berdua aje yang uruskan klinik tu." Ujar Izzatul, dalam tangisan.

"Haha, aku pergi empat tahun aje. Pejam celik, pejam celik, balik dah. Okaylah, got to go. Jaga diri eh korang. Atin... jaga Danish tu, semoga tambahlah lagi seorang eh. Haha. Ilham, jaga kawan aku tu! Hidayah... nanti aku mesti rindu nak dengar gelak monyet kau, haha. Jaga Raykarl dan Raisha tu tau and Fik... jaga Hidayah, penat dia lahirkan anak kembar untuk kau. Haha. Fatin... semoga senang nak bersalin nanti, and Ikhwan, jaga Fatin... dia tengah mengandung tu. Adel... Niesa... Nanti aku mesti rindu korang, mesti punyalah! Jaga klinik kita tu elok-elok tau. Fattah, jaga tunang kau tu, jangan sampai dia dikebas orang lain pula. Rahmuni... cepat-cepatlah ajak Niesa kahwin, haha! And Hawa... nanti mesti rindu, sebab tak adalah bantal peluk lagi malam-malam. Haha! Izziqri, Hawa ni baik tau. Cepat-cepatlah ajak dia tu kahwin. Haha, bye korang. Assalamualaikum." Panjang lebar aku memberi nasihat kepada semua rakan-rakan aku.

"Bye Dayana... elok-elok tau dekat sana..."

Aku hanya melambai tanpa memandang ke belakang, takut nanti aku menangis pula. Tak mahulah menangis depan mereka semua. Malu.

Bye Malaysia, bye Azzam. Hye England.

***************

Kalau boleh, aku nak balik Malaysia juga hari ini!

Tapi, tak boleh. Sebab, aku masih lagi dalam flight. Dahlah dalam flight, baru berlepas lima minit pula tu. Sepuluh jam pun belum sampai lagi, aku dah rindu Malaysia. Atau lebih tepat lagi, aku rindu Azzam. Cis, dulu punyalah benci dia, akhir-akhir rindu pulak. Gediknya aku ni.

"Hm, nak balik Malaysia..." Aku pandang ke luar tingkap. Merungut pula aku ni.

Tak boleh jadi ni! Aku terus ambil handbag aku, nak mengambil novel untuk dibaca supaya hilang rasa bosan aku. Nasiblah, tak ada novel baru. Baca ajelah novel yang dah berkali-kali aku baca.

"Haduh, bosannya... Asyik hadap novel sama aje." Aku mengeluh.

Kemudian, Iphone 5s pula aku ambil dari dalam handbag aku. Dengar lagu pun bagus juga, hilanglah sikit rasa bosan ni. Nak whatsapp, tak boleh, sebab sekarang tengah ada atas awan. Hadushhh.

Lagu Relakan Jiwa daripada Hazama bermain di dalam telefon bimbit aku.

"Ahhh stressnya, lagu pula lagu sedih. Hishhh." Sekali lagi, aku mengeluh.

Aku lihat jam telefon bimbit aku. Baru dua puluh minit berlalu. Kenapalah terasa macam lama sangat berada di atas awan biru ni? Hm.

"Lambatnya masa nak berjalan..." Dan untuk yang kali ketiganya, aku mengeluh lagi.

"Sorry... Can you please stop complain?" Aku ada dengar suara lelaki yang menegur aku.

Pelik, bukan sit sebelah aku tadi, perempuan ke? Takkan perempuan tu berubah jadi lelaki kot? Ataupun, perempuan mempunyai suara lelaki? Ke... maknyah ataupun pondan?

Hish, nauzubillah...

Terus aku pandang penumpang di sebelah kiri aku.

Dia senyum senget sambil mengenyitkan matanya.

Dan aku... melopong.

*********************

"Tutuplah mulut tu walaupun tak ada lalat dekat atas awan dalam flight ni..." Ujarnya.

Aku menekup mulut aku.

"Suka?" Tanyanya.

Aku senyum. "Sejak bila awak dekat sini? Sama flight lagi... awak rancang eh?" Soal aku, pelik juga, tiba-tiba aje ada dekat sini. Tadi, rasanya langsung tak ada pun dia.

"Sebab, kita bagai magnet yang saling melekat di antara satu sama lain..." Ujar Azzam.

Aku mencebik.

"Poyonya jawapan..."

Dia hanya tersengih seperti kerang busuk. Aku masih lagi tak berpuas hati dengan jawapannya. Apa bendalah... Kononnya ada magnet yang saling melekat konon. Kalau tak adanya sesiapa yang merancang, tak adalah nak melekat!

"Cepatlah cakap, siapa rancang?"

"Rahsialah..."

Aku dah makin panas. Orang tanya elok-elok, dia boleh pula main-main. Ingat dia fikir sekarang ni ada dekat pertandingan main teka-teki ke apa? Ataupun pertandingan main tarik tali? Main gantung-gantung ayat pula!

"Kalau tak nak bagitahu... saya pecah tingkap ni, saya terjun. Haaa, saya terjun kang, terjun eh..." Aku mula mengugut Azzam walaupun aku sendiri pun tak tahu apa yang keluar daripada mulut aku. Gila... aku tak adalah hilang kewarasan sangat sampai nak pecah cermin tingkap lepastu terjun pula. Tak pasal-pasal family aku kena bayar ganti rugi pula...

Lagi pula, aku nak hidup lama bersama tersayang! Heh.

"Eleh, macamlah saya termakan dengan ugutan awak tu. Pirahhh." Aku fikir, Azzam akan takut dengan ugutan aku, tapi sebaliknya lah pula. Dia siap jelir lidah lagi.

"Fine... sampai bila-bila saya takkan cakap dengan awak!"

Aku dah mula rasa nak merajuk. Heleh, merajuk sikit aje, sebab dia tak nak bagitahu. Padahal, aku bukannya merajuk sangat pun, saja nak paksa dia bagitahu aku, siapa yang rancang sebenarnya.

Dia garu kepala.

"Ala, Dayana... janganlah..."

Aku diam, dan membatukan diri sepanjang perjalanan ke England.

*************

"Marah?"

"Merajuk?"

Dua kali dia tanya, dua kali aku membatukan diri. Angguk tak, geleng pun tidak juga, Aku hanya buat muka selamba. Muka tak ada perasaan. Biar dia tahu, aku ni tacing sebenarnya! Heh.

"Janganlah merajuk, sayangku..."

Sayangku, sayangku, sayangku!

Kalau tak nak aku merajuk, bagitahulah perkara yang sebenarnya! Ingat aku suka ke diperbodohkan macam ini? Benci lagi ada!

Sebenarnya, aku pun tak tahu nak tuju ke mana sekarang ini. Nasib juga Azzam berada di sebelah. Sekarang ini, aku berada di airport England. Mata aku melilau, kot-kot lah ada manusia Islam ataupun bangsa Melayu dekat sini, bolehlah aku tumpang tanya ke...

Nak tanya manusia sebelah aku ni...

Ish, memang taklah!

Sekarang kan tengah layan merajuk. Huhu.

"Dayana... saya nak pergi tandas kejap! Tunggu tau?" Ujar Azzam. Aku pula mengambil duduk di kedai kopi di airport tersebut. Ikutkan malas nak layan, nak aje tinggalkan si Azzam ni. Tapi, nanti aku juga yang susah. Aku langsung tak ada sesiapa dekat England ni!

"Do you want to take any order, miss?" Soal salah seorang pelayan lelaki yang mungkin sahaja anak England tersebut.

Aku tersenyum manis, membalas senyum lelaki tersebut. "No, thanks." Jawab aku pendek.

Dia hanya mengangguk dan berlalu pergi. Aku memandang jam tangan aku sekilas. Ceittt! Masa dekat sini dengan Malaysia mana sama, gilaaa! Aku ni pun satu, bukannya nak setkan awal-awal waktu dekat England ni. Hesyyy...

"Dayana..." Aku terasa seperti ada orang yang mencuit bahu kananku. Lantas aku memandang ke kanan aku. Ehhh... tak ada orang pun?

"Dayana..." Lagi sekali, aku rasa macam ada orang yang mencuit bahu aku, tapi kali ini adalah belah kiri. Aku terus toleh ke kiri. Tak ada juga!

Ni bengang ni, nak bergurau senda pula! Aku terus bangun dari kerusi, dengan kasar. Terus pandang ke belakang.

Aku melopong sebentar.

Gila! Selama ni, aku tengok dalam televisyen aje lelaki melamar perempuan di airport ataupun di khalayak ramai. Tapi kali ni... aku sendiri yang rasa!

Aku hanya pandang sahaja lelaki yang sedang melutut di depan aku, sambil memegang sejambak bunga teluki warna putih. Warna dan bunga favourite aku lagi!

"Azzam... malulah saya, orang tengok. Kitakan dekat negeri orang ni..." Ujar aku, separuh malu ataupun lebih tepat lagi, nak menutup rasa debaran yang membara di dalam hati ini.

"Forget about them. This is about us, just me and you." Ujar Azzam.

"Err, dahlah, bangun... bangun..." Aku pula dah rasa muka ni membahang. Azzam yang buat perangai, aku pula yang rasa malu terlebih.

"Tak nak. Selagi awak tak maafkan saya, selagi tu saya akan melutut."

"Kalau awak degil, awak melututlah sampai esok. Saya nak blah dulu. Byeee..." Apa bendalah Azzam ni? Nak ugut aku konon. Heh, tengok oranglah dululah. Awak salah oranglah, Azzam! Aku memang tak makan lah ugut-ugut ni, aku yang mengugut lagi ada!

"Haaa... okay, okay." Azzam terus bangun daripada melutut di depan aku. Aku tersenyum, puas!

"Dayana... jom balik Malaysia?"

Sekali lagi, aku melopong!

Aku baru sampai England tak sampai setengah jam, dia suruh aku balik Malaysia balik? Perghhh! Duit aku melayang macam tu aje kot!

"Sebab... saya rindu awak. Saya nak, awak sentiasa ada dengan saya. Boleh?"

Ikutkan hati, memang nak aje aku terus tinggal sini, sebab Azzam ada di sisi aku! Ceh...

"Habistu, saya punya Master? Study? Biarkan macam tu aje ke?" Soal aku, laju. Sedih pulalah nak tinggalkan England. Nanti nak kena cancel semua aku punya pendaftaran. Lepastu, cancel Master...

"Lepas kita kahwin, awak sambung study. Lepastu, saya tinggal dengan awak dekat England sampai awak habis study. Okay?"

Gila ke apa...

Tapi...

Aku sendiri pun tersekat di antara nak balik ke Malaysia, ataupun sambung aje Master tanpa berkahwin.

Mana satu ni?!

*******************

Akhirnya... aku pilih untuk balik ke Malaysia juga.

Macam yang Azzam kata, aku sambung belajar lepas aku kahwin dengan dia. Tapi, itu kata Azzam. Kata aku pula... aku akan berkhidmat di Malaysia di klinik aku, Izzatul dan Niesa yang sama-sama berusaha untuk memiliki klinik sendiri. Azzam pula... dia tak jadi nak berkhidmat di England oleh kerana aku yang tak jadi nak sambung belajar.

Dan, akhirnya...

Kahwin juga aku!

"Melekat juga kau, akhirnya..." Ujar Izzatul.

"Entahnya, dulu beriya tak nak kahwin, pirahhh..." Niesa pula mengusik aku. Aku sekadar tersengih. Kalau dah jodoh, takkan nak tolak pula kan? Lari lah hingga ke hujung dunia sekalipun, kalau dah dia jodoh aku, dia tetap juga jodoh aku.

"Cepat-cepatlah bagi saya anak buah tau..." Hawa mengusik, kemudian tergelak kecil.

Aku mencebik.

"Baru kahwin, dah nak bagi anak? Hamboiiihhh!" Semua tergelak.

"Tapi kan... macam mana kau orang boleh terlekat eh?" Soal Fatin. Aku dan Izzatul berpandang seketika. Izzatul sahaja yang tahu cerita aku, sebab aku yang cerita dekat dia. Haha.

"Mak aku dengan mak dia, bestfriend. Kau faham kan bila mak-mak bila dah berjumpa, mesti nak lekatkan anak dorang, kan..." Ujar aku, tersengih.

Terima kasih jugalah dekat ibu aku, kalau tak... tak adalah aku berkahwin dengan Azzam sekarang ini!

"Tahniah lah... akhirnya, kau dengan Azzam jugak!" Jerit Nabilla, gembira.

"Tu... hubby kau datang. Amboi, baru berpisah dua minit, dah datang cari bini! Anyway, selamat pengantin baru, kawan!" Ujar Hidayah, tersengih-sengih.

"Terima kasih, terima kasih... haha."

Aku tengok Azzam datang dekat dengan aku, siap tersengih-sengih lagi.

"Sayang... jom, balik?"

Aku kerut dahi.

Apa pasal cepat sangat? Majlis belum habis lagi kot.

"Buat apa?"

"Jomlah... tengok kita punya syurga. Lagipun, abang dah bagitahu dekat family kita tadi, kita nak balik." Azzam tersengih-sengih. Aku pula makin pelik tengok dia ni. Tak boleh ke kalau tunggu lepas habis majlis nanti?

"Majlis kan belum habis?" Soal aku, tak puas hati.

"Halahhh, balik ajelah. Majlis dah habis dah pun, tinggal catering nak mengemas aje. Apalah kau ni Dayana. Pi lah balik." Hidayah menyampuk, yang lain pula mengangguk.

Ceit, sejak bila pula mereka ni semua dengar aku cakap dengan Azzam ni? Heh!

"Jomlah..." Ajak Azzam lagi.

Aku terdiam seketika. Nanti apa pula orang lain fikir, pengantin cepat betul nak balik rumah. Nanti orang fikir, gelojoh pula. Haduh! Belum pun sempat aku nak membalas, tiba-tiba aje Azzam tarik tangan aku. Diheretnya aku masuk ke dalam kereta Audi 6 miliknya.

"Hesyyy, kot ya pun nak balik, janganlah heret laju sangat. Sakit kaki ni tau. Dahlah pakai heels." Aku dah mula merungut.

Azzam tersenyum, herot. "Nanti balik, abang urutkan." Dia kenyit mata.

"Tak payahlah... sakit sikit aje."

"Tak payah degil, nanti abang urutkan."

Kereta terus dipacu, laju.

**********************

"Macam mana? Okey ke tidak?"

Perghhh! Ini rumah ke, istana der?

Dahlah rumah macam istana, lepastu penuh dengan warna ungu lagi! Sukanya!

"Gila tak okey! Sukanyaaaa..."

Azzam tersenyum, dia menarik aku ke dalam pelukannya.

"Tak sangka kan, Dayana terima abang. Lepastu sanggup tangguh master semata-mata untuk abang."

"Elehhh, itupun sebab abang yang paksa." Aku jelir lidah.

"Tak kisahlah, janji, Dayana milik abang. Abang memang betul-betul tak boleh pisah dengan sayang. Rindu tau..." Ujarnya.

"Gedik..."

Alhamdullilah, hati aku yang jadi keras, terus jadi lembut macam bantal. Daripada tak nak kahwin, terus dah kahwin. Siapa sangka, hati yang keras bisa dilembutkan? Dan, siapa sangka, orang yang kita suka dulu, jadi milik kita. Alhamdullilah, syukur.

-Tamat-

No comments:

Post a Comment