Cerpen : He's Not My Type!

By : Nur Hidayah

“Kau ni, apasal? Datang bulan ke apa?” Soal Rizal, apabila melihat Amirul Firas ataupun nama glamornya, Miyyo yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik pejabatnya dengan muka yang masam. Dahlah muka masam mencuka, hempas-hempas barang lagi.
Rizal yang nampak perangai rakannya itu, terus menuju masuk ke dalam bilik Miyyo. Ni tak lagi dan tak bukan, gaduh dengan makwe dia lah tu.
“Kau tahu tak, Shylla ajak aku tidur dengan dia? Dia fikir aku ni social tahap tak ingat dunia ke apa? Lepastu, boleh pula nak ugut-ugut aku, nak bunuh diri bagai. Bengang aku.” Jelas Miyyo tentang perkara sebenar yang menjadi punca utama dia naik angin.
Rizal yang dengar penjelasan Miyyo, terus tergelak.
“Padanlah dengan muka kau, bro.” Ujar Rizal, tawanya masih lagi belum reda.
Miyyo yang terdengar Rizal gelak terbahak-bahak itu, terus mencapai pen di atas mejanya lalu dicampakkan ke muka Rizal. Tepat beb!
“Dan sekarang, padan muka kau sebab gelakkan aku.” Miyyo gelak sinis. Terus berhenti tawa Rizal.
“Dah habis gelakkan aku?”
“Belum, aku sambung dalam hati.” Ujar Rizal, tersengih-sengih. Eeeiii, ikutkan hati Miyyo, nak aje monitor computernya ini melayang ke kepala Rizal. Tapi, nasib baiklah, Rizal itu kawan baiknya.
“Woi, apahal kecoh-kecoh ni? Ini pejabat tau, bukannya pasar borong.” Celah Nazrin. Dia masuk ke dalam bilik Miyyo, tanpa kebenaran. Halah, kawan baik punya bilik, redah ajelah. Walaupun Miyyo tu bos mereka aje pun. Ceh.
“Ni haaa, gugur bulu ketiak aku dengar cerita Miyyo dooo. Ada ke patut Shylla ajak dia tidur? Pergh! Hebat ah minah tu. Confirm dah gilakan kau tahap tak ingat ni.” Cerita Rizal kepada Nazrin, Nazrin yang dengar pun, terus ketawa.
Manalah si Shylla tu gila tahap tak ingat dengan Miyyo? Miyyo tu, tengoklah apa yang dia ada. Macam-macam ada. Rupa? Haih, nenek-nenek dekat luar sana pun boleh nak buat jadi cucu menantu, apatah lagilah perempuan dekat luar sana. Harta? Gila tak ada? Habistu, dia jadi CEO syarikat ni. Heh.
Aku tak faham… apa yang kelakarnya? Aku punya sakit hati, dorang ni bolehlah pula ketawakan aku! Kurang asam boi punya kawan. Getus Miyyo dalam hati.
“Nahhh, padan muka kau Miyyo. Siapa suruh jadi player terhebat dekat Malaysia ni.” Ujar Nazrin sinis sekali, tepat kena dekat batang hidung Miyyo.
Miyyo yang dengar ayat Nazrin, terus terdiam walhal dia sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata Nazrin.
“Mereka cuma kepuasan aku aje. Kau apa tahu.” Ujar Miyyo, komputernya dibuka, konon-konon nak buat kerja, padahal malas nak layan dua ekor beruk dekat depan dia tu.
“Oh yeah? Yelah, dekat dunia ni, bolehlah kau puas-puas. Tapi, neraka sedang menanti beb.” Ujar Rizal, pedas.
Pergh! Menusuk dan masuk terus ke dalam hati aku. Ujar Miyyo dalam hati. Terasa juga dia dengan kata-kata Rizal. Ceh, kau terasa ke Miyyo? Kalau terasa, bertaubatlah brader!
“Betul tu. Lagipun, kahwin lagi best daripada layan perempuan keliling pinggang ni. Kalau dengan isteri, kau buatlah apa pun, sebab dah halal. Tapi kalau perempuan simpanan kau tu, ikutkan sentuh pipi pun dah haram okay. Bertaubatlah, Miyyo oi.” Ujar Nazrin, panjang lebar. Ikutkan, antara Miyyo, Nazrin dan juga Rizal, Nazrinlah yang paling tua di antara mereka berdua.
Oleh sebab itulah, cara percakapan Nazrin lebih matang. Maklumlah, Nazrin dah kahwin, dah jadi bapa dah pun. Haruslah percakapan matang kan. Kalau tak matang, memang sungguh buat malu!
“Berhentilah jadi anak saudara Don Juan, Miyyo weh…” Rizal menepuk-nepuk meja Miyyo, supaya menyedarkan Miyyo yang hanya buat tak endah dengan percakapan dua orang rakannya itu.
“Aku suka what I’m doing now, so anak buah Don Juan ke… Anak Don Juan sekalipun, suka hati akulah.” Ujar Miyyo.
“Boleh tak, kalau pembaris besi 60cm ni mendarat dekat kepala kau?” Rizal dah tak puas hati. Orang nasihat tu, cubalah dengar sikit. Ini tidak, keras hati tak sudah-sudah.
Miyyo hanya buat tak tahu. Rizal pandang Nazrin, dan Nazrin sekadar angkat bahu. Tak tahu dah nak buat si kepala batu depan mereka ni supaya berubah.
Nazrin angkat kedua belah tangannya, mengalah.
“Fine, suka hati kaulah. Kami berdua dah nasihat, it’s up to you nak dengar ke ataupun tidak. Tapi kan… kalau kena cahaya matahari pun kita dah kata panas, berpeluh bagai, inikan pula neraka. Renung-renungkan dan selamat beramal!” Ujar Nazrin, dia terus keluar daripada bilik Miyyo.
Lebih baik sambung kerja daripada layan si kepala batu itu!
“Kau? Nak bagi nasihat dan ceramah apa pula?” Tanya Miyyo sinis. Miyyo bukannya tak ambil peduli langsung dengan kata-kata kawannya, cuma, dia belum bersedia. Dia dah biasa dengan perangai, jadi nak tinggalkan pun dah jadi susah.
“Aku bukannya ustaz nak bagi ceramah, cuma…”
“Cuma apa?”
“Cuma, kalau Shylla pun dah menyakitkan hati kau, apatah lagi awek-awek keliling kau. Tak pening ke? Memanglah kau puas layan perempuan, sebab perempuan ni selalu ada time kau terasa nak dilayan. Tapi, kau tak fikir pintu neraka tu terbuka luas untuk kau kalau kau buat kerja-kerja tak senonoh macam ini?”
Miyyo hanya diam. Riak wajahnya langsung tak ambil peduli dengan kata-kata Rizal. Tapi, dalam hati, dia sedikit terasa dengan kata-kata Rizal.
Tiba-tiba aje telefon bimbit Miyyo berbunyi. Nasib baik suara Jason lagu Wiggle sedap, kalau tak, dengan Jason-Jason sekali dia bengang.
“Tu, honey Dina kau call. Aku dah nasihat, tapi kau tak nak dengar. So bye-bye lah Miyyo. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Lantas, telefon bimbitnya, dia capai dan terus menjawab panggil Dina.
“Hey baby…”
“Hai sayang…” Jawab Miyyo, mesra. Shylla nak ugut aku? Huh! Kirim salamlah aku nak makan dengan ugutan dia tu. Dia fikir aku ni jenis yang penakut ke apa?
“Biy, lunch dengan I jom?”
“Boleh aje honey. Dekat KLCC okay sayang?”
“After lunch I want to shopping okay?” Soal Dina, manja sekali. Miyyo yang mendengarnya pula, mudah dan cepat cair hati.
“Okay, anything for you my dear!” Ujar Miyyo. Tersenyum-senyum dia menjawab panggil Dina.
Lepas sahaja bercakap dengan Dina dalam telefon, Miyyo terus menyambung kerjanya. Hari ini, dia tak adalah sibuk sangat pun. Meeting pun, petang nanti.
Sedang dia sedang sibuk melukis pelan di atas kertas kerjanya, tiba-tiba Alya, setiausahanya masuk ke dalam biliknya setelah mendapat kebenaran daripada Miyyo.
“Yes?”
“Bos tak ada meeting harini.”
“Anything else?”
“Itu aje. Untuk esok pula… bos ada meeting dengan klien jam sepuluh pagi. Dan tengahari, bos ada lunch dengan klien terbesar, Datuk Amran. Lepastu, bos ada meeting lagi dengan klien pukul tiga petang dekat Grand Hotel.”
Serta-merta Miyyo duduk tegak. Esok? Dengan Datuk Amran? Hesy, seriau betul ni! Sudahlah ada deal dengan dia, projek besar lagi. Kalau gagap sikit aje, confirm Datuk Amran reject. Macam tak kenal dia tu, serius 24 jam! Getus hati Miyyo.
“Lagi?”
“Itu saja, bos.”
“Okay, you may go now.” Ujar Miyyo. Dia kembali sibuk dengan menyiapkan pelan. Ingat CEO duduk goyang kaki sahaja aje ke? CEO lagi sibuk adalah!
Dan lagi sekali, telefon bimbit Miyyo berbunyi. Keluar lagu Pompeii pula, dan pastinya, bukan Dina yang call. Sebab kalau Dina, confirm-confirm lagu Wiggle yang akan keluar. Ceh, caller rington pun set kan asing-asing!
Miyyo melihat skrin telefonnya. Suzy pula yang call…
“Hello…”
“Hai honey, where you’ve been now?” Soal Suzy, manja.
“I’m at my office. Why?”
“Dinner dengan I, malam ni jom?”
Serta-merta Miyyo mengukir senyuman. Rizal yang ingin fotostat kertas kerja, memandangnya dengan riak menyampah. Ikutkan hati Rizal, mesin fotostat tu nak aje dia pindahkan ke dalam biliknya, tak payah letak dekat depan bilik Miyyo. Tak payah dia nak hadap muka Miyyo yang tiap-tiap minit layan makwenya itu. Meluat. Lagi pula, Miyyo bukannya rajinkan diri pun nak fotostat, Alya juga yang kena. Jadi, lebih baik mesin itu dipindahkan ke dalam biliknya.
Itu lebih baik!
Daripada hadap Miyyo aje…
Bosan!
“Anything for you, sayang!” Ujar Miyyo.
“Okay, I’ll wait for you, honey. Bye.”
“Bye.”
KLIK!
Miyyo menggelengkan kepalanya sambil tersenyum menyenget. Rizal yang pandang dia tadi pun, dah blah. Malas nak hadap Miyyo lama-lama. Tak serik-serik kawannya seorang itu.
Miyyo memusingkan kerusi kerjanya ke kiri dan ke kanan.
Lunch dengan Dina… Dinner dengan Suzy. Esok pula, tukar orang lain. Maybe Shahira dengan Kyla ke? Lusa pula, tukar orang lain.
I love my life!


“Kau betul-betul jadi ke nak ke hotel tu, esok?” Soal Aina, untuk yang keempat kalinya. Syara Alina yang dengar pun, dah cukup serik sangat dah ni. Berapa kali Aina nak tanya pun, tak tahulah.
“Yelah, teman ayah aku meeting…”
“Tinggallah aku seorang dekat rumah ni…” Ujar Aina, sedih.
“Hek eleh, aku pergi pun dua minggu aje pun. Tak lama mana kot.” Syara cuba untuk memujuk rakannya itu. Ikutkan hati, berat juga dia nak tinggalkan Aina seorang diri dekat rumah ni. Bahaya betul. Zaman sekarang ni, macam-macam boleh berlaku. Nasiblah ada jiran yang baik hati. Makcik Zainab tu, memang selalu tengok-tengokkan kami berdua. Yang sebelah kanan pula, ada rumah bujang. Pun ramah juga mereka semua tu.
“Lagipun, jiran kita kan baik. Kalau ada apa-apa, kau jerit aje nama Faris, confirm dia datang!” Usik Syara. Macamlah dia tak tahu, Faris budak yang tinggal di rumah bujang sebelah ni, sebenarnya minat dekat Aina. Kalau tak, takkanlah hari-hari tegur Aina aje. Syara langsung tak tegur.
Siap tanya lagi, ada boyfriend ke belum, ceh!
“Tapi kan, ayah kau ada meeting takkan sampai berminggu-minggu?” Soal Aina pelik. Lagipun, meeting aje pun, takkanlah sampai dua minggu? Musykil juga Aina tu.
“Esok ayah aku nak meeting, lepastu ada pula dinner dengan syarikat dia. Ayah aku kan selalu sangat busy, jadi dia naklah spend time dengan aku lebih lama sikit. Lagipun, kan cuma tinggal aku dengan ayah aku aje…” Sedih pula cara percakapan Syara.
Memang dia dengan ayahnya sahaja yang ada. Ibunya dah lama meninggal sewaktu melahirkan Syara. Tak sempat Syara nak rasa kasih sayang seorang ibu, ibunya dah pergi dulu tinggalkan Syara. Dan sampai sekarang, ayah tinggal di rumah nenek Syara sahaja.
Sekarang ni, Syara tinggal dengan rakannya, Aina. Sebab, Syara mahu berdikari. Walaupun ditegah oleh ayahnya berkali-kali, Syara tetap juga nak tinggal dengan Aina. Biasalah, hati ayah mana yang tak lembut bila anaknya dah memujuk, kan?
Ramai juga yang suruh ayahnya kahwin waktu dulu-dulu. Yelah, Syara kan masih lagi kecil, bayi lagi. Mestilah mahukan kasih sayang daripada seorang ibu. Tapi, ayahnya tetap juga berkeras hati, tak nak berkahwin. Oleh kerana terlalu sayang dan cintakan arwah ibu Syara.
“Haish, tak payahlah nak sedih-sedih…” Aina menggosok perlahan belakang badan Syara. Cuba untuk memberi kekuatan dan berkongsi masalah bersama.
“Haha, tak adalah. Lagipun, esok aku nak enjoy habislah. Hehe.” Ujar Syara. Sedih dia, dia cuba untuk buang jauh-jauh. Yang penting sekarang ini, kita enjoy! Ceh, dah macam Nora Danish dalam cerita Puteri lah pula.
“Untunglah kau, aku ni, tunggu cuti sekolah barulah nak ada holiday. Sebab adik-adik aku tulah. Kalau aku tak free, tak bercutilah aku.” Aina mencebik. Syara cuma tergelak sahaja apabila melihat Aina mencebik.
Biasalah, Aina anak yang kedua. Abangnya yang pertama sudah pun berkahwin. Aina ni, Nampak aje macam lembut, tapi sebenarnya hati dia boleh tahan keras juga.
“Nanti…”
“Nanti?” Soal Syara, tak sabar. Main-main gantung ayat pula si Aina ni.
“Kalau ada mamat handsome ala-ala Mario Maurer ke, ataupun salah seorang ahli kumpulan exo kenankanlah dekat aku eh!” Aina tersengih-sengih.
“Gatal!”
“Halah, sekali sekala. Takkan tak boleh kot?” Ujar Aina, masih lagi dalam keadaan tersengih.
“Kau punya si Faris tu, nak sumbat mana?”
“Heyyy, aku dengan Faris nothing, tak ada apa-apa! Hesy kau ni…”
Syara tergelak-gelak tengok Aina yang mencebik. Hailahhh Aina… cepat tacing betul dia sekarang ni apabila diusik oleh Syara.
“Aku gurau ajelah. Tapi kan, kalau dia jodoh kau… okay kan?” Tersengih-sengih Syara menyoal Aina. Aina angkat kening.
“Kalau dah jodoh, kahwin ajelah…” Ujar Aina.
“Cecece…” Usik Syara lagi.
“Kau ni, asyik usik aku aje! Baik aku tengok TV, lagi bagus.” Aina mencebik. Dicapainya alat kawalan jauh. Astro HBO dibuka.
“Cerita apa ni?”
“Entahlah, layan ajelah. Bosan ni.” Jawab Aina. Nasib baik Astro HBO tayangkan cerita yang semuanya best-best. Kalau tak best, dah lama dia tak beli Astro.
“Kau pergilah, buat air ke apa… masak sikit ke. Laparlah.” Aina mengusap-usap perutnya. Lapar sangatlah tu.
“Amboiiii! Kau ingat aku ni superbibik kau?”
Tersengih Aina sebelum menjawab. “Kawan merangkap bibik.”
“Kurang ajar.” Tapi, Syara ikut juga permintaan rakannya itu. Mereka berdua memang tak makan lagi pun. Aina tu… macamlah tak tahu perangai dia. Ainalah yang paling malas sekali nak jejakkan kaki ke dapur. Kalau jejakkan kaki ke bilik tidur, memang dialah orang yang paling rajin sekali. Tapi, kalau bab kemas-mengemas, memang Ainalah orangnya. Sebab, Aina paling pantang kalau tengok rumah bersepah.
Untung betul Syara ada Aina. Kalau rumah berhabuk sikit aje, Ainalah yang tolong kemaskan semuanya. Bagus betul, kan? Haha!
Syara baru aje nak mengambil barang-barang di dalam peti sejuk, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Sebab itulah, telefon bimbit tidak boleh diletak di merata-rata, kalau ada orang telefon, dah jenuh nak lari pergi ambil telefon.
“Hello, assalamualaikum Sya.”
“Waalaikumussalam, ayah.” Jawab Syara. Ini kalau ayahnya telefon ni, mesti nak ingatkan dia pasal esoklah tu. Macam tak kenal Datuk Aslam, ayah si Syara tu.
“Esok jangan lupa ya, nak.” Datuk Aslam mengingatkan anaknya. Syara tersenyum mendengar peringatan ayahnya itu.
“Ayah… untuk ke sepuluh kalinya ayah ingatkan Sya tau.” Ayahnya tergelak.
“Sya kira ya? Baguslah kalau Sya ingat. Dah siap ke persiapannya?”
“Alhamdullilah, dah. Cuma tinggal nak pergi aje.” Tersengih-sengih Syara jawab. Ceh, Syara… macamlah ayah kau boleh nampak sengihan kau tu kan? Nampak sangat tak sabar nak pergi bercuti. Mana taknya, ayahnya selalu sangat sibuk, outstation sana, outstation sini. Inilah masanya nak luangkan masa bersama.
“Amboi, tak sabar nampak?”
“Yelah… rindu nak bercuti.”
“Okaylah, ayah ada kerja ni. Jumpa esok eh Sya. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
KLIK!
Telefon diletakkan di atas meja. Kemudian, Syara terfikir-fikir sendiri. Nak masak apa ni? Fikir Syara.
“Nasi goreng ajelah…” Ujar Syara. Syara mengambil bawang putih, bawang besar, ikan bilis, cili padi dan juga cili merah untuk dikisar. Setelah siap dikisar, bahan-bahan yang dikisar itu telah selamat masuk ke dalam kuali.
Kemudian, dia ambil pula sosej, ayam dan juga nugget. Sosej dipotong kecil begitu juga ayam dan dia masukkan ke dalam kuali bersama bahan yang dikisar tadi. Nugget pula, untuk digoreng.
Nasi, telur dan sayur semuanya dah masuk. Tinggal nak siapkan air dan makan aje. Air pula, dia malas nak susahkan diri. Dicapainya air sarsi, dia masukkan ke dalam jug, tambah air kosong dan ais, SIAP!!!
“Jom makan!”
Wahhh, Aina memang betul-betul BIG BOSS sekarang ini. Makan dan minum ada orang siapkan. Dahlah siapkan, makanan tu pula dibawa ke depan. Makan sambil hadap TV.
“Sedapnya…”
“Syara masak, semuanya sedap.”
“Eleh kau, poyo…”
“Sekali sekala haha…”
Suasana kembali senyap. Hanya bunyi suara orang bercakap di TV. Masing-masing sedang enak melayan cerita yang ditayangkan sambil menikmati hidangan tengahari mereka.
“Esok, aku nak gerak tengahari macam tu. Kau okay kan duduk seorang ni?” Soal Syara. Memulakan perbicaraan setelah agak lama mereka mendiamkan diri.
“Okay je…”
“Jangan rindu aku tau…” Tersengih-sengih si Syara tu.
“Choiii sangat!”
Masing-masing tergelak. Masa inilah nak bergurau, kan? Esok, Syara dah tak ada, dua minggu pula tu. Haiii, Aina… kau layan Faris ajelah jawabnya. Haha!


“Ikutlah… aku nak kena stay sana pulak tu. Tiga hari. Kan ada dinner dekat sana sekali dengan klien-klien.” Ujar Miyyo.
Masing-masing menggeleng tanda tak bersetuju dan tak mahu ikut Miyyo.
“Ikut ajelah…”
“Aku rasa, aku malaslah dooo.”
“Ikut ajelah aku, ke kau nak aku potong gaji korang berdua?”
“Potonglah, ada kami kisah?” Jawab Nazrin. Heleh, nak potong, potong ajelah. Bukannya gaji sebelum ni tak cukup, lebih daripada cukup adalah.
“Aduh, ikut ajelah. Aku ada deal dengan klien dekat Grand Hotel ni, jomlah pi… Nanti aku seorang aje, bosan kot.” Miyyo tak habis-habis memujuk kedua orang rakannya.
“Aiii, Miyyo kawan kita ni pun tahu bosan ke?” Sinis Rizal menanyakan soalan itu. Sikit pun Miyyo tak terasa. Ingat Miyyo ni jenis yang cepat terasa ke apa? Kirim salam, bro!
Kan, ingatkan tak reti-reti nak ingat bosan dah bila layan awek-awek dia tu.” Nazrin pula bersinis dengan Miyyo.
Bantal yang ada di atas sofa bilik pejabatnya, Miyyo baling ke muka dua orang rakannya itu. Tergelak-gelak si Rizal dengan Nazrin.
“Terasa? Oh my god…”
“Pleaselah nak terasa dengan korang.” Miyyo mencebik.
“Jomlah, ikut aku…”
Rizal dan Nazrin saling berpandangan, kemudian mengeluh.
“Fine…” Sama-sama menjawab. Miyyo tersenyum, lega.
“Nampak sangat tak nak kena potong gaji.”
“Kitorang ikut pun, sebab kesian kau aje. Yelah… Miyyo kan dah pandai bosan sekarang ni. Lagipun, kau asyik pergi seorang aje kan, mestilah penat. Itulah sebab kitorang ikut.” Jawab Nazrin. Tersenyum Miyyo mendengarnya. Terharu.
“Thanks lah kawan…”
“No problem. Belanja aku nasi minyak, tau!” Miyyo baru nak mengangguk, tiba-tiba tak jadi.
“Ceit, aku belum nak kahwin lagilah!” Bergema bilik pejabat Miyyo dengan tawa dua orang rakannya itu.


“Ayah, klien ayah tu, garang tak?” Soal Syara. Gemuruh juga dia walhal ayahnya yang nak kena deal dengan klien, bukannya Syara.
“Tak adalah, biasa aje… kot.” Tersengih-sengih ayahnya menjawab. Datuk Aslam sendiri pun tak berapa nak kenal dengan kliennya itu. Jumpa pun, belum lagi, lagilah nak kenal perangainya macam mana.
Umur pun… tak tahu!
“Ayah sure ke nak Sya ikut sekali ni? Yelah… mana tahu, klien ayah tu tengok Sya terus reject 100% ke macam mana? Haaa, Sya tak bertanggungjawab tau!”
Sebenarnya, Syara takut juga bila ayahnya suruh dia temankan Datuk Aslam pergi meeting sekali. Entah apa angin ayahnya, ajak teman meeting sama. Macam pelik pula bunyinya walhal Syara bukanlah dalam bidang arkitek ni, dia bidang penulisan adalah. Heh. Sungguh tak sesuai.
Alahhh, temankan aje pun. Bukannya suruh lukiskan pelan ke apa ke.
“Eleh, tak ada maknanya klien ayah nak reject bila tengok muka cantik Sya ni. Lagipun, kalau dia reject sebab Sya, ayah pun tak inginlah nak deal dengan klien macam tu.” Datuk Aslam mencebik. Tergelak-gelak Syara bila tengok ayahnya buat senaman mulut. Siap mencebik lagi.
“Dah sampai…” Ujar Datuk Aslam. Enjin kereta dimatikan. Syara dan Datuk Aslam sama-sama melangkah keluar dari kereta. Penyambut tetamu datang menyambut mereka berdua.
“Welcome here, sir… and miss. Thank you for choosing our Grand Hotel.” Syara dan ayahnya hanya tersenyum dan mengangguk. Beg mereka berdua, telah pun diambil oleh pelayan hotel tersebut. Syara memerhatikan sekeliling hotel. Wahhh, ini kalau buat wedding aku dekat sini, mesti best kan? Huhu, berangan betul kau Syara!
“Ayah… kita tinggal dua minggu kan? Macam mahal aje…” Ujar Syara. Contohlah kalau sehari RM1000, kalau empat belas hari? Uishhh, mahu bankrap kalau duit aku simpanan aku sendiri!
Manalah tak RM1000, tengok lampu hiasan pun dah tahu der! Ini belum lagi tengok bilik, dah confirm-confirm terbeliak mata, silap-silap terkeluar biji mata kot.
“Yelah, dua minggu. Alah, ayah dah book dah pun. Tak payahlah Syara nak risau.” Jawab Datuk Aslam, sambil memeluk bahu Syara.
“Ayah ni… kot ya pun nak bercuti sebab dah lama tak spend time sama-sama, tapi janganlah mahal macam ni. Membazir aje tau.”
“Biarlah, untuk anak ayah, ayah sanggup tau… Lautan pun ku sanggup redah jua…” Tersengih-sengih Datuk Aslam.
“Hesy, itu ayat orang bercintalah ayah…” Syara tergelak kecil.
“Haha. Dahlah, jom. Ayah nak jumpa klien dalam setengah jam ni. Are you ready, my dear daughter?”
“Ai aii captain!” Jawab Syara, persis dalam cerita Spongebob Squarepants. Alahai anakku, perangai Sya memang betul-betul sama dengan ibu. Datuk Aslam mengeluh. Arina… abang rindu. Ucap Datuk Aslam dalam hati.


“Kau apasal, bro?” Soal Nazrin, tergelak kecil dia bila tengok Miyyo yang dah macam cacing kepanasan. Daripada dalam kereta tadi, sewaktu dia memandu, Miyyo tak habis-habis duduk tak diam.
“Entah kau ni. Kot ya pun gemuruh nak jumpa dengan klien, tak payahlah begini punya action kau. Halah, macam tak biasa.” Rizal mencebik.
“Bukan pasal tulah…” Ujar Miyyo.
“Dah tu?”
“Aku nak terkencinglah!”
“Lah…”
Terus Miyyo menuju ke tandas. Sampai dah tak kisah langsung dua orang rakannya itu yang tengah gelak terbahak-bahak. Yang penting sekarang ni, hajatnya harus dibuang segera! Ceh.
“Sorry miss, where’s toilet?” Soal Miyyo. Inilah kali pertama dia jejak ke Grand Hotel. Sebelum ni, mana pernah lagi. Sebab itulah, dia tanya mana tandas. Kalau tak, dah lama dah dia buang hajatnya itu.
“Haaa? Errr…” Muka aku ni ada nampak macam pekerja hotel dekat sini ke? Huishhh, tak pun muka macam cleaner? Sebab itulah dia tanya aku mana tandas? Ceit! Apa kurangnya aku bergaya? Dress labuh warna maroon dengan shawl warna krim siap buat style half loose lagi. Eh, eh mamat ni.
“Saya dah tak tahan ni! Mana toilet?!” Miyyo terpaksa menjerit. Padahal dia bukannya marah pun, cuma dah tak tahan sangat dah. Keadaan memaksa dia supaya dia menjerit. Haha!
“Saya bukan…”
“Alaa lambatlah awak ni!” Terkedu Syara. Terus berlari lelaki yang menyoalnya tadi. Dan tepat-tepat pula ayahnya datang ke arahnya lepas check in hotel.
“Dah ke, ayah?”
“Sudah, jom. Kita pergi simpan barang dulu. Lepastu, terus gerak.” Ujar Datuk Aslam. Mereka berdua terus berlalu ke bilik mereka.
Soal yang lelaki tadi tanya pasal tandas tu, Syara dah tak ingat dah. Dah dibuang jauh-jauh. Mungkin, lelaki tu dah tak tahan agaknya. Sebab itulah dia tanya aku. Bukannya sebab muka aku ni macam pencuci tandas. Heh, berfikir positif!


“Puas?”
“Yeahhh, puas!” Tergelak-gelak Nazrin dengan Rizal tengok Miyyo yang bukan main tersenyum. Mana taknya, dah habis buang hajat!
“Dahlah, jom… Kang tunggu lama klien kita tu, membebel pula dia.” Ujar Rizal. Mereka mengorak langkah menuju ke tempat yang mereka janjikan.
Miyyo sempat lagi membetulkan rambut dan kotnya. Dan… sempat lagi bermain mata dengan wanita yang ada di sebelah mereka bertiga! Gilalah Miyyo… kalau dah namanya player, dekat mana-mana pun boleh jadi juga.
Ingatkan dengan perempuan tak cukup kain aje kau mengurat, dengan perempuan bertudung tutup aurat pun nak masuk line juga. Miyyo, Miyyo…
“Woiii, kerjalah! Tak payah nak tunjuk perangai player kau tu dekat sini.” Menjerit Nazrin tak agak-agak.
“Ish, kacau line ah. Kan dia dah blah.”
Rizal menjeling Miyyo. “Menyesal pulak aku teman kau.”
“Okay… okay! Aku tak bawa perangai buruk aku dekat sini. Puas?”
“Bukan dekat sini aje, di mana-mana dan selamanya jangan!”
“Ohhh, yang itu aku tak janji.” Tersengih-sengih Miyyo.
Rizal dan Nazrin menggeleng. Lantak kaulah Labu…
Dari jauh lagi, mereka bertiga sudah nampak seorang lelaki yang berumur dan bersama seorang gadis. Tersenyum mereka bertiga.
Senyuman pun berbalas.
Makkk, ini bidadari syurga ke? Walaupun, tak adalah lawa mana pun. Putih pun, tak juga. Cuma yang menarik perhatian ialah, matanya. Cantik… bibir pula berbentuk mungil. Tak lawa mana pun, tapi menyejuk mata dan hati apabila dipandang. Miyyo menggeleng perlahan. Gila ah… tadi baru aku berjanji dengan kawan-kawan aku, tiba-tiba sekarang ni terpikat pula! Halah kau Miyyo! Tak lawa mana pun kononnya… Tapi bukan main lagi kau puji dia bidadari!
Mamat ni, dah kenapa? Pandang macam… err! Tersenyum-senyum bagai. Lip tint aku comot ke? Ke, tudung senget? Tapi… macam familiar aje dia ni? Syara membalas senyuman lelaki itu. Walaupun senyumannya agak kelat oleh dek kerana pandangan lelaki itu.
“Assalamualaikum. I’m Datuk Aslam and this is my daughter, Syara Alina.” Datuk memperkenalkan dirinya dan juga anaknya.
Mereka berjabat tangan. Miyyo menghulur tangan kepada Syara, tetapi Syara hanya menunduk, sebagai tanda hormat.
Ceit… buat malu aku saja! Getus hati Miyyo.
“Waalaikumussalam. I’m Amirul just call me, Miyyo. And this is my partner, Nazrin dan Rizal.” Miyyo memperkenalkan rakan-rakannya kepada Datuk Aslam.
Sempat lagi Syara menilik tiga orang jejaka di hadapannya kini. Miyyo… Rizal dan Nazrin… Ceh, dah hafal nama dah Syara? Amboi!
Mamat depan dia ni, bolehlah tahan. Tapi, tengok muka pun dah tahu, confirm-confirm saudara-mara Don Juan ni. Tak pun, anak Don Juan! Mana taknya, tadi dialah yang tersenyum-senyum dekat Syara tadi. Ikutkan hati, nak aje bagi penyepak. Nasib baiklah dia tak bagi penyepak, kalau tak habislah projek ayah… Eh, jap! Projek ayah apa bendanya, projek dialah!
Dalam tiga orang mamat, Miyyo yang paling kacak. Tapi, disebabkan dia nampak macam gatal aje, memang Syara pangkahlah macam ultraman tu. Pangkah awal-awal!
Dan bermulalah sesi perbincangan di antara mereka semua… Syara hanya membatukan diri.


Selesai sahaja perbincangan, Datuk Aslam menjemput mereka bertiga untuk makan tengahari bersama. Memang adatlah kot, bila dah berjumpa klien tu, memang masing-masing akan ringankan mulut ajak makan bersama. Fikir Syara.
Ikutkan hati Syara, nak aje dia melepak dalam bilik hotel sekarang ni. Tengok tv pun bagus juga. Lagi-lagi hotel mahal macam ni, confirm punya ada bathtub. Bolehlah dia lama-lama dalam bilik air tu. Tapi, disebabkan ayahnya dah suruh temankan, Syara pun ikut ajelah.
“Makan di hotel atau di luar?”
“Hotel sahajalah… Lagipun, makanan di sini sudah tentu sedap.”
Cepat betul Datuk Aslam dan Miyyo mesra. Rizal dan Nazrin pula, bukannya banyak bercakap sangat pun. Mereka berdua tersenyum, Rizal dan Nazrin pun ikut senyum sama. Kalau mereka gelak, Rizal dengan Nazrin pun gelak sama. Walhal tak tahu apa-apa langsung apa yang dibincangkan. Hipokrit betul.
Dah kata suruh ikutkan… mereka ikutkan ajelah. Tak ada pun suruh tukang jadi jurucakap sama. Heh! Lagipun, sebelum mereka berdua datang ke sini, mereka tak study langsung pun. Itulah, yang tak tahu apa yang nak dibincangkan. Well, Miyyo lebih handal dalam bab ini. Nama pun bos kan.
Dekat sini, kalau VIP memang makanan akan disediakan sendiri oleh pelayan-pelayan di sini. Dah kalau nama VIP tu, dah confirm lah makanan pun baru masak punya, fresh dari dapur. Eh?
Syara mengambil tempat duduk di sebelah ayahnya. Dan, tiba-tiba sahaja Miyyo duduk di sebelah Syara sambil tersenyum, menggoda gitu. Syara membalas senyumannya, tetapi kelat sahaja.
Mamat ni… punya banyak tempat duduk, sebelah aku juga kau pilih. Getus Syara dalam hati. Kawan dia tu, pandai pula duduk sebelah Datuk Aslam. Yang Miyyo tu… haish! Memang anak Don Juan betul!
Di hadapan mereka kini, ada pelbagai jenis makanan. Syara memilih garlic bread bersama mushroom soup, ayahnya pula hanya memilih Carbonara Spaghetti. Miyyo dan Rizal memesan lamb chop dan Nazrin pula cheese burger.
“Diet ke?” Soal Miyyo apabila melihat Syara yang hanya memesan roti sahaja.
Syara menggeleng. “I don’t take heavy food too much.” Ujar Syara.
“No wonder…”
Syara langsung tak membalas. Walaupun dia tak tahu, apa maksud Miyyo yang sebenarnya. Apa yang no wonder? Heh!
“Makanlah banyak sikit. You’ll look more cutier.” Miyyo mengenyitkan matanya.
Syara angkat kening. “Encik Amirul… can you please stop talking and tolong makan aje jangan banyak cakap?” Syara dah mula rimas. Syara memang macam tu, kalau tak puas hati… memang main lepas aje!
“I like it when you’re mad.”
Syara mendengus.
“What’s going on guys?” Datuk Aslam tergelak apabila terlihat Miyyo dan Syara seperti bergaduh. Nampak sangat Miyyo yang mengusik Syara, kalau tak, tak adalah Syara nak angin satu oktaf.
“Miyyo… jangan buat hal.” Rizal menggumam perlahan, tetapi Miyyo dapat menangkap apa yang Rizal katakan. Dia langsung tak kisah apa yang Rizal cakap. Yang penting… dia nak Syara juga!
“Nothing Datuk. Anak Datuk ni haa… dia makan comot sangat. Saya tegurlah, tapi dia merajuk pula.” Miyyo kenyit mata dekat Syara. Syara memandang Miyyo dengan riak tak percaya.
Gila ke apa mamat ni… ataupun, baru aje keluar daripada Hospital Bahagia? Huh! Entah sejak bila dia merajuk pun, tak tahulah. And one more thing, bila pula aku makan comot?! Aku ni orang yang berdisiplin tahu!
“Hahaha. Korang berdua ni, tak sampai sehari berjumpa dah bergaduh. Entah-entah nanti melekat pula dua orang asyik bergaduh aje.” Ujar Datuk Aslam sambil tergelak. Rizal dan Nazrin ikut ketawa sama.
“Bagai pinang dibelah dua, gitu!” Nazrin tak habis-habis gelak, Rizal pun sama. Okey, nasib baik Datuk Aslam itu sporting orangnya. Kalau tak, memang dah lama disimbahnya hot coffee dekat muka Miyyo sebab berani kacau anaknya.
Syara mendengus.
“Ayah!”
“Apa?”
“Ayah jangan nak memandai eh. He’s not my type lahhhh…”
Miyyo tu ciri-ciri lelaki idaman dia? Heh! Setakat kalau muka kacak tu, baik tak payahlah kalau mulut dah mengalah gula. Manis lain macam. Sah-sah lah dia tu playboy!
“I’m not asking you weither he’s your type or not.” Gurau Datuk Aslam. Syara hanya menjeling. Benciiii, tak suka!
Suasana kembali senyap di antara mereka. Yang bunyi pun hanya sudu dan garfu sahaja dan juga suara-suara orang yang berada di tempat mereka berada. Dan juga muzik yang amat lovely pada saat kini. Iaitu daripada Ed Sheeran, Photograph.
Miyyo memotong lamb chopnya, lalu dengan selamba ‘badaknya’ dia letakkan ke dalam pinggan Syara. Syara pandang Miyyo, pelik.
“Makanlah. Tak elok tau makan sikit sangat. It’s not good for your health. Plus, I’m full now.” Ujar Miyyo seraya tersenyum manis.
“I don’t like meat.”
Miyyo seperti tak percaya. Mengada-ngada juga tekak Syara ni, heh!
“Habistu, makan apa aje?” Soal Miyyo.
“Perlu ke Encik Amirul…”
“Miyyo, please. Or you can call me abang.” Potong Miyyo, laju. Saja nak kenakan minah ni. Sejauh mana dia boleh layan kerenah Miyyo. Miyyo memang gila.
Syara dan buat muka menyampah.
“Fine. Encik Miyyo…”
“No, Miyyo aje. Tak nak encik.”
Syara dah mendengus. Menyampah betul dengan mamat ni!
“Perlu ke awak tahu saya makan apa?” Soal Syara.
“Yup.”
“Nahhh, I don’t think so. We don’t even know each other, so you don’t even need to know about myself.”
“Cepatlah, bagitahu. Kalau tak, saya bagitahu ayah awak yang awak syok dekat saya.” Ujar Miyyo. Syara rasa, macam nak aje hempuk kasut wedges yang dia pakai ni kena tepat-tepat dekat muka kacak dia tu. Tapi, nasib baik dia dapat bersabar.
“Huh… nak ugut-ugut orang pula. Menyampah betul. Fine… saya makan semua, kecuali daging. Sebab, kalau saya makan daging saya akan termuntah.” Ujar Syara, malas-malas.
“Oh, like that…” Miyyo mengangguk-angguk. Dia terus memanggil pelayan yang sedang lalu-lalang di situ.
Syara hanya memandang pelik ke arah Miyyo yang sedang berbisik dengan pelayan tersebut. Perlu ke, nak berbisik bagai? Kelihatan pelayan tersebut menggangguk-angguk manakala Miyyo pula tersenyum-senyum. Entah apa yang dicakapkan pun tak tahulah.
Garlic bread dan juga mushroom soup sudah pun habis. Bukannya banyak mana pun roti itu. Supnya pula, sikit sahaja. Cepatlah dia habiskan. Syara sudah pun selesai mengelap mulutnya, tiba-tiba datang pula lagi makanan iaitu chicken chop, chicken ball dengan salad.
“Nah, it’s for you.” Ujar Miyyo kepada Syara. Terbeliak mata Syara. Kau nak suruh aku gemuk ke apa? Rungut Syara dalam hati.
“Wah, baiknya Miyyo…” Puji Datuk Aslam. Tak sangka pula dia, Miyyo tu ambil berat tentang anaknya. Memang calon menantu terbaiklah, Miyyo ni!
“Baiklah sangat. Baik ada maknalah tu.” Nazrin tersenyum, sinis.
“What do you mean by?” Soal Datuk Aslam.
“Nothing, Datuk.” Nazrin menggeleng kepala. Macamlah Nazrin tak kenal dengan perangai Miyyo tu. Baik, baik ada maknalah tu. Mesti nak jadikan Syara tu teman keliling pinggang dia.
Buat hal betul Miyyo ni… Syara tu nampak baik, langsung tak nampak macam perempuan-perempuan yang mendampingi Miyyo. Miyyo ni pun satu, kerja tu, kerja ajelah. Sempat lagi nak menggatal.
Syara langsung tak makan apa yang ada di depannya sekarang ini. Gila… aku dah kenyang, suruh aku melantak lagi! Ingat perut aku ni, perut ikan buyung ke apa?
“Apasal tak makan?”
“Suka hatilah sayalah.” Balas Syara, langsung tak pandang muka Miyyo.
Perempuan ni susah nak tackle ni. Tapi tak apa, aku akan buat hati dia yang beku tu jadi cair. Tengoklah, Syara!
“Penat tau saya order banyak-banyak…”
“Saya tak suruh pun. By the way, awak order aje bukannya awak yang masak nak penat bagai.” Balas Syara bersahaja. Miyyo mengetap bibir. Terasa juga Miyyo. Orang buat baik, tapi dibalasnya buruk macam ni. Sekurang-kurangnya makanlah sikit chicken chop tu.
Tapi apabila melihat wajah Miyyo yang seperti kecewa itu, Syara tak sampai hati untuk tidak menjamah makanan yang dipesan oleh Miyyo. Syara mengambil pinggan yang berisi chicken ball dan salad.
Miyyo tersenyum gembira. Nahhh, bagus betul perempuan ni. That’s why I like you, Syara!
“So… kamu bertiga stay ataupun ulang-alik dari rumah ke hotel?” Soal Datuk Aslam. Masing-masing sudah sedia maklum, yang mereka ada dinner pada malam esok. Cuma Syara sahaja yang terkejut beruk.
Gilalah… tak pasal-pasal aku kena hadap lagi mamat Don Juan ni! Syara mencebik. Bengang pula dia.
“Stay aje Datuk. Save money katakan.” Miyyo tergelak kecil.
“Oh hahaha. Baguslah macam tu. Malam ni, bolehlah kita dinner sama-sama.” Terkejut Syara. Terus Syara pandang ayahnya yang sudah tersenyum-senyum itu. Senyum… tapi ada makna mungkin?
Ah, memang taklah aku nak pergi malam ni!


“Aku tak boleh bro, anak bini aku siapa nak jaga? Mamat sebelah rumah aku? Banyak cantik muka kau. Lagipun, anak bini aku perlukan kasih sayang yang sepenuhnya dan aku mestilah kena…”
“Ah kau! Aku baru tanya soalan nak stay ke tidak kau dah membebel panjang. Belum lagi memaksa kau tidur sini. Kot ya pun nak jaga anak bini, tak payah nak membebel macam mak nenek.” Balas Miyyo sedas. Sakit telinganya dengar. Adak e patut dia membebel dekat depan public ni. Buat malu aje. Orang tengok pun konpius, sama ada lelaki ataupun perempuan si Nazrin ni.
“Hahaha. Sorry bro. Saja aje membebel nak tengok reaksi kau sama ke tak bila kau kena membebel dengan awek kau waktu kau tak boleh teman dorang hangout.” Pergh! Nazrin kalau nak memerli, memang nombor satu! Sentap terus Miyyo.
Daripada hati keras terus jadi lembut beb!
“Okey. Baliklah kau. Anak bini dah tunggu.” Balas Miyyo. Malas nak layan. Ada aje mamat ni nak bebelkan. Nasib baik mamat seorang di sebelah ni tak menyampuk. Maklumlah tengah bercakap dengan maknya di telefon. Tak dapat baliklah katakan.
Apa, ingat anak bujang semua duduk dekat rumah bujang berdikari ke? Tidak bagi Rizal. Selagi masih bujang inilah masanya untuk dia bermanja dengan maknya. Kalau dah kahwin nanti? Kena duduk berasingan pula kan.
“Thanks for today bro. Sedap makanan tadi. Huhu.” Balas Nazrin selamba. Nasib naik kereta berasingan. Mahu jalan kaki jugalan Nazrin kalau nak balik nanti.
“Ceit, aku tahu kau kalau bab makanan memang nombor satu.” Gelak mereka serentak. Rizal yang tengah berborak di telefon pun tiba-tiba gelak. Pehallah mamat ni?
“Okaylah bro, aku balik dulu eh. Petang dah ni.” Ujar Rizal. Miyyo hanya mengangguk. Rizal yang baru sahaja habis berbual dengan maknya di telefon terus bersalam dengan Nazrin.
“Bawak kereta elok-elok.”
“Okay bro. Take care. Jaga iman, jaga mata, jaga hati.” Ujar Nazrin sambil tersengih.
“Baik ustazzz.” Tak habis-habis mamat ni nak bagi ceramah dekat aku. Getus perlahan Miyyo dalam hatinya.
Selepas Nazrin beredar, Rizal dan Miyyo terus ke bilik hotelnya untuk berehat seketika. Tak sangka, inilah kali pertama mereka berjumpa dengan klien di hotel, dan sanggup bermalam di hotel untuk beberapa hari semata-mata untuk dinner pada esok malamnya.
Perjumpaan dengan klien kali ini pasti lebih seronok apabila dia berjumpa dengan Syara buat kali pertamanya. Wahhh, ini betul-betul cinta butalah.


“Eh, apasal tak siap lagi ni?”
“Mana pulak budak ni, lamanya…” Datuk Aslam sudah mula merungut. Lama betul Syara dalam bilik air ni. Tak sihat ke? Pengsan ke? Senyap aje langsung tak ada bunyi. Risau dibuatnya.
“Syara… Lama lagi ke?” Soal Datuk Aslam dari luar bilik air.
“Alamak ayah… Syara sakit perutlah pulak… Macam mana ni…” Balas Syara serba salah. Kalau tak sebab mamat tu, tak ada maknanya aku nak buat kerja macam ini tahu!
“Lahhh, anak ayah okay ke tak tu? Sakit sangat ke? Nak ayah bawak pergi klinik? Sembelit ke ataupun datang bulan?” Soal Datuk Aslam risau. Syara ni kalau sakit perut tu jarang-jarang sangat, tapi bila dah serang memang susah sikit nak baiknya. Mesti ada pantauan, salah makan sikit aje, makin teruk pedih di perutnya.
“Tak apa ayah, Syara okay. Just give a minute, nak buang…”
“Boleh ke tidak ikut ayah ni? Kalau Syara tak nak pergi pun taka pa, duduk rehat aje dekat dalam hotel…”
Yes!
Syara dah senyum-senyum. Berjaya. Tapi rasa serba salah pulak. Pertama, sebab tipu ayahnya. Kedua, sebab tak teman ayah terpaksa pulak Datuk Aslam pergi seorang diri. Ketiga, tak boleh nak tunaikan permintaan ayah gara-gara saudara Don Juan tu!
“Maaflah ayah… Syara betul-betul tak boleh nak teman malam ni. Sorry ya? Penat ayah tunggu tapi Syara tak pergi pulak…”
“Tak apalah nak, ayah tak kisah. Syara kan tengah sakit. Duduk dekat dalam hotel ya, kalau lapar telefon lah pihak hotel minta tolong hantarkan. Tak pun, telefon aje ayah, ayah belilah kfc ke dominos depan hotel tu. Okay Sya?” Panjang lebar Datuk Aslam berikan nasihat kepada anaknya. Haih anaknya yang seorang ni pun, tak nak keluar daripada bilik air ke?
“Baik ayah…” Balas Syara pendek. Sakit perut konon. Padahal terduduk ajelah berendam dekat dalam bath tub tak keluar keluar.
“Ayah gerak dulu ya,”
“Hati-hati ayah. Makan jangan sampai tercekik.” Sempat lagi Syara buat lawak, Datuk Aslam hanya ketawa kecil sebelum beredar. Selepas sahaja dengar pintu biliknya ditutup, terus Syara bersihkan dirinya. Bosan duduk lama-lama dalam bath tub. Dekat rumahnya pun sudah ada, saja hendak merasa suasana menggunakan bath tub di hotel. Mengada kau Syara.
Syara memakai pakaian yang simple. Seluar tight warna hitam, singlet hitam dan juga cardigan chiffon favourite dia. Rambutnya yang panjang disikat dan dia keringkan menggunakan hair dryer. Sambil itu, lagu Korea di telefon bimbitnya dia pasang dan Syara mula mengikut sedikit rentaknya.
“Ahhh, sedapnya katil ni.” Jerit Syara selepas dia melepaskan tubuh badannya di atas katil. Seronok betul bila dapat bercuti, selama ni asyik duduk di rumah sewanya dengan Aina. Kalau cuti pun, selalu tengok movie sambil makan Nachos.
“Ahhh Nachos…” Syara telan liur. Memang tak boleh betul dengar perkataan nachos, memang terliur habis. Siapalah yang tak suka nachos? Keropok lazat kemudian dicicah dengan sos cheese…
Wow…
Bayangkan sahaja sudah cukup terliur.
“Tak boleh jadi ni!” Syara dah mengeluh. Ayahnya baru sahaja dua puluh minit keluar. Orang dinner, mana ada kejap. Mestilah lama kan. Serius tak boleh jadi. Bayangkan nachos sudah cukup membuat perut Syara lapar semula.
Terus Syara capai kain panjang disarungkan ke badannya. Tudung pula dipakai dengan secara yang simple, tak perlu nak belit sana sini. Duitnya diambil dan dia terus keluar daripada bilik hotel.
“Miss, do you know where is the café or restaurant yang jual nachos?” Homaigod, Syara memang gila nachos. Jangan tanya. Pasal nachos, dia sanggup bertanya tanpa rasa segan silu, walhal boleh sahaja dia mencarinya.
Tapi sebab dah terliur, tanya lagi cepat!
“Oh ya ada! Awak tanya pada orang yang sepatutnya cik, because I really love nachos! Cik jalan keluar nanti ada nampak panggung wayang, dekat situ ada jual nachos. Itulah yang paling dekat sekali yang ada jual nachos.” Jawab pelayan tetamu itu dengan senyuman yang manis.
Wahhh! Serius tak sabar!
“Thank you so much!” Syara membalas kembali senyuman perempuan tersebut kemudian dia terus beredar. Nampak tak desperate sangat tu?
Bila keluar aje, Syara terus menuju ke tempat dia mahu tuju. Bagus betul hotel ini. Dekat dengan shopping complex, panggung wayang juga ada.
Dan yang paling penting, ada nachos!
Siapalah yang tak suka nachos? Ish, rugi!


Mula-mula ingat nak makan aje dekat hotel, tapi masalahnya memang betul-betul dah terliur sangat dah ni. Terus aje Syara lepak sekejap dekat mana-mana kedai makan di dalam shopping complex tersebut sambil menikmati makanan kegemarannya.
Tak cukup satu, Syara beli lagi satu dah dengan beberapa minit sahaja nachos itu habis.
“Balik hotel nanti mesti lapar balik… Baik aku beli lagi. Ahah!” Syara berbisik di dalam hatinya. Gila kau Syara… Untuk nachos, ulang kedai tiga puluh kali pun sanggup. Harga pun RM17 juga terbang. Tiga kali beli? RM41 beb melayang! Tapi sebab nachos sedap…
Duit melayang pun tak apa. Kah.
Dalam perjalanan pulang, baru Syara teringat. Dekat hotel ni ada pantai. Kalau pergi malam-malam ni, mesti seronok jugak. Bolehlah ambil feel sikit dekat tepi pantai nanti.
Amboi kau, ambil feel eh Syara! Sekali keluar ‘something’ baru kau tahu! Tapi tulah, Syara ni degil. Sebab nak feel, habis semua hilang ketakutan yang ada dalam dirinya.
Seronok jugak jalan seorang diri malam-malam buta ni. Dekat pantai ni pun, tak ada orang langsung. Lagi bertambah feel apabila nachos yang baru Syara beli tadi. Sedap mengunyah sambil tengok ombak laut.
“Berrkkk.”
Syara tergelak sendiri. Tak senonoh kau Sya. Nasib baik sendawa perlahan, kalau kuat malu okey bila mak mertua tengok.
Mak mertua apa, kau kahwin pun belum!
Itulah, orang suruh kahwin muda-muda, kau kata kahwin muda ni rumah tangga cepat runtuhlah, suami senang cari lainlah, macam-macam kau bagi alasan.
“Buat apa tu?” Tegur satu suara.
Alamak. Siapa ni? Nak paling ke tak?
Syara dah seram sendiri. Suara lelaki. Mesti bukan pontianak kot. Bukan bukan! Ish, sekali dia datang baru kau tahu!
Alah kalau lelaki… bahayalah, dahlah seorang dekat sini!
Dengan perlahan-lahan Syara cuba untuk melarikan diri. Baik cabut sebelum kau diapa-apakan.
“Hah, tak payahlah you nak larikan diri daripada I. I tahu you nak lari.”
Syara berpaling ke belakang.
Kau lagi?!


To be continue. Part last dah bosan. Idea dah habis, pergi mana tah. Masa nak buat dulu bukan main banyak idea, sekali dah buat hilang macam tu aje. I’m terribly sorry if this novel doesn’t satisfied to you guys huhu.

No comments:

Post a Comment