Cerpen : PMR Tunang, Kahwin Lepas SPM! 4

By : Nur Hidayah

"Nanti dah kahwin, dah tak boleh dah nak manja dengan mama dan papa. Kalau nak sangat manja, dengan suami ajelah ya." Ujar papa kepada aku. Aku dah masam mencuka. Tak adalah mencuka sangat pun.

Terasa sikit aje, hehh.

Yelah, walaupun aku dah kahwin, tak semestinya hubungan keluarga aku dengan papa dan mama terus terpisah aje macam tu.

Manja tetap manja.

I'm their daughter, one and only! Hahaha.

"Haaa betul kata papa kamu tu, nanti kang jealous pulak orang tu dok asyik berkepit sampai suami pun tak layan." Mama pula bersuara kali ini.

Haihhh.

"Ayoyo. Mama dengan papa ni, apasal pulaklah dia nak jealous... Biarlah dekat dia kalau betul pun dia jealous. Bukan Sya bermesra dengan lelaki lain pun, Sya cuma manja dengan mama papa aje." Aku cuba mempertahankan diri aku.

"Hah, yelah. Suka hati kamulah. Jangan buat apa yang kamu cakapkan tadi sudahlah." Pesan papa, dia terus beredar keluar daripada bilik aku tanpa sempat aku mahu berkata-kata.

Sya dah ada suami. Mana boleh main kayu tiga.

Sambung aku dalam hati.

"Mama, dah start ke belum?" Soal aku, masih dalam perasaan yang agak nervous. Lebih nervous daripada waktu nak ambil SPM beb!

Seingat aku, waktu nak ambil soalan peperiksaan addmaths dengan biologi lah yang paling aku gemuruh. Sebab kedua-kedua pelajaran itu minat aku, dan aku tak mahu buat ala kadar. Tapi kali ni lebih gementar okey.

Maklumlah, nak melangkah masuk ke dunia alam perkahwinan.

Di mana, aku perlu kongsikan hidup aku dengan orang yang aku cinta. Cinta? Ihiks! Tersengih-sengih aku. Teringat pulak waktu aku masih dalam tingkatan tiga. Ni kalau buat novel ni... Mesti laku kisah hidup aku! Kah, perasan kau Firsya!

Dulu waktu mama dengan papa nak jodohkan aku dulu, aku tolak mentah-mentah. Tapi, disebabkan tak mahu lawan cakap dengan mama dan papa aku, aku terus terima tawaran mereka. Heh, tawaran? Haaa tak kisahlah tawaran ke ganjaran sekali pun, kalau tak kerana mama dengan papa dan jugak si ibu ayah Firdaus, mungkin aku dengan Firdaus tak akan disatukan pada hari ini.

Aku tergelak.

Dalam beberapa masa, saat, hari sangatlah kami bercinta. Tak sampai sebulan kenal pun. Jumpa pun jarang. Cinta jarak jauh lagi. Jauh ke? Rumah dekat aje, cuma masing-masing sibuk dengan sekolah dan pembelajaran. Mana ada masa mahu bercinta seperti orang lain.

Nak telefon pun, segan-segan. Cuma akhir-akhir selepas aku habis spm adalah juga selalu telefon. Yelah, aku pun sudah habis belajar, untuk sekolah lah. Dia pulak, adalah cuti sem. Bolehlah tu nak lepaskan rindu.

Aku tersengih-sengih lagi. Lama juga kan tahan rindu dengan orang tu? Haiii orang tu, dia pun berdegup macam aku jugak tak sekarang ni?

Semoga dia dapat melafazkan akad nikah dengan satu kali lafaz sahaja. Aminnn.

"Firsya..."

Aku tersenyum.

"Hei, Firsya! Ni apa anak dara ni! Itulah, orang dah kata semalam waktu dah habis majlis berinai terus aje masuk dalam bilik pergi tidur. Ini tak, degil!"

Mati senyum aku.

Aku dekat mana sebenarnya ni?

"BANGUNLAHHH!" Terkejut aku.

"Tersengih-sengih. Tersenyum-senyum dah kenapa? Tahulah tak sabar nak kahwin, tapi ni dah lambat dah ni. Apa pengantin siap lambat ni!" Aku tengok muka mama yang sedang marah.

Huaaa. Jahat punya mimpi. Aku mati-mati ingat aku nak dah kahwin. Rupanya belum! Tersengih-sengih aku pandang mama.

"Rilekslah mama..."

"Banyak kamu punya rileks! Ni dah pukul 8. Pengantin nak kena siap lagi, make-up lagi. Ingat pengantin perempuan ekspres macam pengantin lelaki?" Mama tak habis-habis lagi membebel.

"Sengih pulak! Pergi mandiii!!!" Jerit mama. Nasib baik pintu bilik aku ditutup. Dan nasib baik bilik aku kedap bunyi. Tak adalah terkejut orang dalam satu rumah ni.

Tapi, aku terkejutlah!

Sampai termimpi indah pun, tersedar macam tu aje. Baru nak sambung! Jahat betul mimpi ni, aku ingat dah nak kahwin dah. Siap berdebar, nervous semua ada. Rupanya, ek eleh!

***

"Ya Allah... Geli!" Aku tergelak. Hahaha! Serius tak tahan bila mak andam atau lebih tepat lagi ibu saudara aku sendiri tolong touch upkan muka aku.

Selama ni, bukannya aku tak pernah pakai make up pun. Adalah make up sikit-sikit. Apa itu blusher, bronzer semua aku tahu. Cumanya yang tak boleh nak tahan bila...

Ada orang lain yang make up kan!

You know that feel.

"Diamlah. Maksu nak buat apa-apa pun susah dah Sya asyik gelak sakan aje." Maksu dah mengeluh. Mana taknya, sekarang ni baru aje pakai concealer.

"Tak tahanlah maksu. Sya buat sendiri aje tak boleh ke?" Soal aku. Daripada lambat siap, baik aku buat sendiri. Senang sikit!

"Hei, pengantin duduk diam-diam eh! Jangan nak mengada. Baru geli sikit aje pun, dan melatah." Maksu ni betul-betul ikut perangai mama lah. Suka membebel. Haha!

"Hah, pengantin dah siap ke belum ni? Hailah anak mama ni, lambat dah ni!" Panggil mama di sebalik pintu. Mama mesti cari aku sebab aku dah lambat.

Alah, sekarang baru pukul 9.30 pagi. Pengantin lelaki pun sampai pukul 10 pagi kan...

"Awal lagi kan ma. Lagipun, Sya bukannya nak kena keluar pergi masjid ke apa pun, buat dalam rumah aje kan." Aku berkata rileks. Maksu yang tengah touch up muka aku, aku hanya biarkan. Lama-lama tak adalah geli sangat.

Mana taknya, maksu pakai tangan dia. Hahaha!

"Amboi. Memanglah, tapi kita ni kenalah on time. Kenalah siap awal. Menepati masalah sikit Sya oiii. Nanti kang malu aje bila orang lain nampak. Lagi-lagi keluarga si Firdaus tu haaa." Tudiaaa berdas-das mama balas. Padahal aku balas sikit aje pun.

Huhu!

"Akak ni pun satulah, kan Firsya tengah siap-siapnya ni haaa." Maksu bela aku. Hahaha, nasib ada maksu.

Mama terus mengalah.

"Yelah. Jangan lama-lama sangat. Orang dah tanya dah tu tak sabar nak jumpa pengantin perempuan." Kata mama dan terus beredar daripada bilik aku. Dalam erti kata lain, bilik pengantin.

"Nasiblah muka kamu ni tak ada jerawat. Flawless aje. Tak payah dah nak pakai bb ke cc cream ke. Cepat sikit." Kata maksu sambil tangannya ligat dok make up muka aku.

Aku ni perhatian ajelah muka aku. Flawless ke? Padahal akulah yang paling malas sekali nak pakai product kecantikan.

"Dah siap ke belum? Haii anak dara ni..." Mama geleng kepala apabila tengok aku yang masih lagi belum siap. Maksu baru sahaja buat eyeshadow dekat muka aku.

Katanya nak buat smokey eye lah apa lah, padahal aku nak nikah ajepun.

"Mashaallah Akak! Akak baru pergi tak sampai seminit lepastu dah datang sini balik dok tanya dah siap ke belum. Akak ni tak penat ke soal benda yang sama?" Aku hanya memerhatikan maksu dengan mama bertekak.

Haihlah adik beradik ni. Rileklah...

"Udah udah lah tu. Ni Sya tinggal nak pakai lipstik aje pun. Mama ni..."

Aku terus capai lipstik di atas meja solek bilik aku dan aku calitkan sedikit di bibir aku. Baru nak letak balik, tiba-tiba maksu bersuara.

"Eh eh! Apa ke sikit sangat lipstik tu? Kan maksu kata, maksu buat!" Marah maksu. Alah olok-olok aje.

Aku tersengih.

"Maksu sendiri umur 26 pun masih lagi solo. Awak tu 15 tahun dah ada tunang lepastu 17 dah kahwin. Untung awak ni tau jodoh sampai awal." Kata maksu.

Aku hanya terdiam. Kalau dulu aku tolak, tak tahulah apa yang akan terjadi pada saat ini. Dan pasti takkan terjadinya majlis pada hari ini.

Hebat perancangan Allah.

"Inshaallah maksu, nanti adalah tu jodoh maksu, jangan risau. Berdoa aje dekat Allah."

"Entah-entah jodoh maksu dengan ajal kot." Maksu tergelak sendiri.

Heeh maksu ni.

"Apa maksu ni... Cakap macam tu..."

"Apa salahnya ingat mati... Eh dahlah jomlah keluar, nanti lambat pula..." Kata maksu. Aku hanya menurut. Perlahan-lahan aku bangun. Yelah, baju mahal k! Bukan nak berlagak, tapi manalah tahu kan bila ada anak, aku boleh kasi anak aku pakai baju ni waktu dia nak nikah nanti.

Kah!

Berangan lebih. Kahwin pun belum lagi eh, berapa minit aje pun lagi.

Selamat tinggal dunia remaja, huhu!

***

"Alhamdullilah..."

Aku lihat, mama dan papa yang menangis. Padahal aku cuma berkahwin, bukannya tinggalkan mereka pun. Huhu, ni yang nak menangis sama ni!

Semua tadah tangan untuk membacakan doa. Aku panjatkan syukur di dalam hati. Alhamdullilah, selama bertunang banyak juga cabaran yang aku dengan Firdaus hadapi.

Tetapi, alhamdullilah harini kami sudah pun sah menjadi suami dan isteri.

Selesai sahaja doa habis dibaca, pengantin lelaki perlu menunaikan solat sujud syukur macam selalu yang dilakukan oleh pengantin lelaki di luar sana. Aku hanya memerhati si suami menunaikan solat. Entah kenapa, dalam hati masih lagi berdegup.

Walhal, akad nikah sudahpun dilafazkan. Dan aku pun sudah sah menjadi miliknya.

"Amacam dah jadi isteri orang dah kau kan..." Farha mencuit aku. Aku hanya tersengih.

"Lepas ni... Jangan lupa pula nak bagi aku anak buah eh!" Farissa tergelak-gelak. Aku terus jeling mereka semua yang sedang gelakkan aku.

Tak boleh kuat lagi ke cakap macam tu?

Aku bersarkastik di dalam hati. Nak marah pun tak boleh sebab hati aku teramatlah gugup apabila Firdaus datang menuju kepada aku setelah dia selesai menunaikan sujud syukur.

Ya Allah...

Relax, relax...

"Ehemmm." Aku menjeling kawan-kawan di sebelah aku. Mama pula sempat berbisik ke telinga aku, suruh aku lembutkan jarilah apalah.

Dan... Cincin tersebut sudahpun menjadi milik aku. Sudah tersarung di tangan aku. Aku perhatikan cincin yang berada di jari manis aku. Wahhh, lawanya okey! Ada corak diamond kecil di tengahnya. Simple and elegant. Tak ada banyak corak sangat...

"Hei makcik. Orang lepas sarungkan cincin kau salamlah tangan suami kau. Yang pi tenung cincin kau sampai nak terkeluar biji mata tu dah kenapa sistorrr..." Arissa tepuk bahu aku lembut. Terus aku terjaga dari lamunan.

Kelihatan si Firdaus hanya memandang aku sambil tersenyum.

Terus aku hulurkan tangan untuk bersalam dengan Firdaus dan cepat-cepat aku tutup mata takut-takut kalau si Firdaus tu cium dahi aku. Yelah, selalu dalam rancangan orang kahwin-kahwin ke, lepas salam tangan suami biasanya si suami akan cium dahi isteri.

Berdebar hati aku.

Lama aku berdebar tapi bila aku buka mata aku, Firdaus cuma letakkan tangannya di atas kepala aku dan mungkin di dalam hatinya sedang berdoa.

Fuhhh semangat...

Lepas ni, macam biasalah bersalaman dengan mama dan papa dan semestinya ada drama kejap lagi. Salam-salam dengan tetamu, sesi tangkap gambar. Malam ni pula, majlis bersanding.

Lepas dah salam dengan semua tetamu aku terus berjumpa dengan kawan-kawan aku. Tak boleh lupakan dorang ni! Kalau mereka ni semua tak ada, aku pun rasa aku tak kahwin harini. Sebab aku kan dah pernah salah faham dengan Firdaus dulu.

Huhu!

"Weh... Dah kahwin janganlah lupakan kitorang..." Kata Farha. Aku lihat mereka semua menangis. Wahhh, ni baru aku kahwin aje tau!

Aku tergelak.

"Beb, kan kita dah janji nak apply u sama-sama? So, takmo sedih-sedihlah aku cuma kahwin okey bukannya aku pergi luar negara ke apa pun." Balas aku bersahaja. Tersengih-sengih aku tengok mereka ni semua bersedih.

"Yelah, lepas ni lepak lama-lama pun dah tak boleh. Sebab kau kena jaga orang baru..." Kata Nurin. Aku tergelak. Aku tahulah tanggungjawab isteri, aku belajar bab-bab agama ni walaupun tak pro langsung dalam agama. Hm...

"Tapi, aku tahu tanggungjawab seorang isteri. Tapi tak bermakna k aku nak keluar dengan korang pun tak boleh."

"Hah yelah, tu si sayang dah datang." Baru aku nak membalas, tiba-tiba bahu aku disentuh oleh seseorang dan serentak itu juga, mereka semua pergi tinggalkan aku.

Heeh... Blah macam tu aje?

"Awak... Kawan saya nak jumpa tu." Kata Firdaus.

"Oh, okey." Balas aku. Awkward gila beb! Gugup pun ada. Dahlah dia sentuh bahu aku. Tapi dia tampak relax. Hek eleh, mestilah dia relax buat apa nak gelabah macam kau kan?

"Jom." Dia terus pegang tangan, dan sempat lagi kenyit mata dekat aku. Aaaaaaaaa...!!!

Jangan pengsan dulu!

"Hah, inilah isteri lepasan SPM aku. Kenalkan, Nur Firsya Mohd Zakri. Ni kawan saya, Mat, Dudu, Kamal, Qhaleeq, dan akhir sekali Khai.

Oh... Aku angguk-angguk. Aku hanya senyum sebagai tanda perkenalan. Mat, Dudu eh... Apa ke pelik sangat namanya? Mat okey lagi...

Tapi Dudu...

"Hai Firsya! Cantiknya you ni! I is jealousss aaaa! Oh my god, oh my god!" Dudu menjerit tiba-tiba. Terkejut aku. Apekehei mamat ni?

Aku angkat kening.

"Serius ke ni kawan awak?" Bisik aku ke telinga Firdaus. Yang lain semua tergelak. Dudu pula tak habis-habis pandang muka aku. Hei, aku ni isteri oranglah...

Firdaus tersenyum sambil mengangguk. "Dia ni patah sikit, tu yang menggedik tu."

"Patah?"

"Lembutlah sayang." Oh. Tergelak-gelak aku dalam hati. Kang gelak depan-depan kang kena marah pulak. Jangan memain wooo, orang lembut ni kalau marah, kalau kena sekali penumbuk dia boleh masuk ICU okey!

"Hai Dudu... Terima kasih." Balas aku sambil tersengih. Orang puji kot, kembanglah! Eh, no no. Tak baik.

"Kau ni Dudu, gelilah siot." Kata Qhaleeq.

"Cubalah jangan nak menggedik sangat. Kau tu harap aje ada janggut, jambang tapi perangai masyaallah...! Sorry eh Sya, dia ni memang macam ni. Tapi kami tak kisah pun kawan dengan dia." Balas Khai pula. Aku hanya tersenyum.

"Biarlah kat aku. Alah, korang ni gedik sikit pun tak boleh." Habis muncung bibir si Dudu ni hahaha!

"Tak apa, tak kisah pun. Korang semua ni dah makan ke belum?" Soal aku, yelah majlis tadi baru aje habis kan, kot-kot lah si suami sebelah aku belum jemput makan ke kan...

"Eh, Sya. Dorang ni semua puasa." Balas Firdaus sambil tergelak. Pelik aku.

"Kepala hotak kau puasa, dah ada jemputan makan free ada ke patut kata kami puasa!" Mat membalas kata-kata si Firdaus tadi. Hahaha...

Macam-macamlah korang ni... Aku geleng kepala.

"Gurau pun tak boleh."

Aku tepuk bahu Firdaus. Ada ke gurau. Firdaus cuma tersengih-sengih tengok aku.

"Hah, kami dah lapar ni..."

"Eh, pergilah makan. Jemput, jemput..." Aku menunjukkan arah ke tempat untuk tetamu makan. Padahal sudah semestinya mereka semua tahu kan dekat mana tempat untuk menjamu selera. Tapi tak apalah, layan ajelah kan tetamu...

"Eh Sya!" Panggil Dudu, dengan lentok tangannya sekali. Aku tahan gelak. Selama ni tengok aje orang lembut dalam televisyen, takpun dalam instagram ke twitter, tapi bila dah ada depan mata ni... Hahaha!

"Ya Dudu..." Jawab aku. Yang lain semua dah gerak dulu. Lapar mungkin, dan aku hanya biarkan sahaja mereka berlalu sementara si Dudu memanggil aku.

"Siapa makeupkan you eh? Lawalah, I suka!" Kata Dudu bersahaja. Aku dah tak tahan, terus aku gelak, tapi aku masih lagi cover buat gelak ayu gitu.

"Maksu saya, she's a make up artists," Balas aku. Pendek.

"Oh, no wonderlah cantik macam ni."

"Haha, thank you." Dan kami pun berlalu ke meja yang diduduki oleh rakan-rakan Firdaus. Kebetulan pula meja rakan aku hanya di hadapan mereka. Dan terus aku panggil Firdaus untuk berkenalan dengan sahabat aku.

"Awak."

"Ya, Sya?"

"Saya nak kenalkan awak dengan kawan saya jugak." Terus aku pegang lengan bajunya dan bawanya ke meja rakan-rakan aku. Aku tahu mereka dah kenal, tapi apalah salahnya kenalkan lagi kan?

"Haaa engkorang sumeeee." Tegur aku dengan gediknya. Haha! Sejak kenal dengan Dudu, perangai aku pun dah macam dia.

Ops!

Terkutuk pula.

Sorry, Dudu. Huhu!

"Hah, pehal? Nak kenalkan lah tuww. Kitorang dah kenal dah pun." Sarkastiknya Nurin, bersama dengan sengihan sinis dia tu. Heh dia ni, kalah kot dengan mamat yang poyo dekat luar sana tu!

"Dah kenal takpelah." Balas Firdaus, dan sempat lagi aku sambung sebelum aku dengan Firdaus beredar.

"Jemput-jemputlah berkenalan dengan kawan Firdaus yaaa."

Aku tergelak-gelak.

Alah, sakat sikit aje. Kot-kotlah jugak ada yang melekat ke kan? Kawan-kawan aku pun semuanya good looking, dengan kawan si Firdaus lagi pun apa kurangnya.

Haha!

***

"Sya."

"Yup?"

"Bukakkan butang baju melayu saya ni kejap."

Aku angkat kening.

"Memang lepas kahwin ni terus jadi tak tahu nak bukak butang sendiri eh?" Sinis aku membalas. Saja bergurau, takkan tak boleh? Haha!

Aku pun masih lagi dalam berbaju nikah tadi. Belum pun sempat nak tukar, baru aje nak capai baju di dalam almari tiba-tiba aje si Firdaus suruh aku bukakkan butang baju melayu dia.

"Alah, lepas ada isteri ni teringin pulak nak bermanja. Takkan tak boleh?" Balasnya pula. Aku hanya tergelak. Menggedik betul laki aku ni heh...

Lepas aje buka butang bajunya, terus aku pergi ke almari aku. Nak ambil baju buat persalinan. Nak mandi semua, badan aku sekarang ni pun dah teramatlah melekit dan perlu dicuci.

"Awak nak mandi tak?" Tanya aku. Kalau dia nak mandi, aku suruh dia aje yang mandi dulu. Sebab, dia nak kena solat lagi. Aku ni spesies yang mandi sampai berjam-jam jadi alangkah baiknya kalau dia yang mandi dahulu.

"Boleh jugak." Balasnya pendek. Aku tak banyak cakap. Masih awkward.

"Err, awak nak pakai baju apa?" Soal aku. Dekat rumah ni, memang tak adalah baju lelaki. Kalau baju papa tu adalah.

"Ehhh, haahlah! Alamak, mesti semua orang cari saya ni. Sepatutnya kan saya balik rumah saya dulu. Malam ni kita bersanding. Eh, macam mana boleh terlupa ni?" Bebelnya seorang diri, tangannya ligat membetulkan kembali butang baju melayunya.

First time okey...

First time pengantin terlupa yang malam ni ada bersanding. Aku pun boleh terlupa sama padahal tadi terang-terang aku ingat pasal bersanding tu malam ni...

Nasib malam, kalau petang? Mahu tak rushing ke?

"Dah, dah cepat. Satgi marah pulak orang lain tunggu awak lama sangat."

"Okey sayang. See you tonight!" Dan aku hanya terdiam bila dia cium dahi aku. Cepat-cepat dia capai songkok yang berada di atas meja solek aku.

Ciss, bikin orang gugup saja!

***

Untuk bersanding pula, temanya berwarna kelabu lembut. Firdaus yang pilih warna ini. Macam tadi punya tema nikah, aku yang pilih warna iaitu warna krim.

Dan bersanding pula buat di hotel. Agak meriah jugalah majlis aku, walaupun sebenarnya aku hanya mahukan majlis yang agak simple, yang tak mengeluarkan bajet yang banyak dan tidak membazir. Tapi tulah...

Mama dengan papa dan juga keluarga Firdaus nak buat juga dekat dewan. Senang, dua-dua belah pun buat dalam satu perkahwinan.

Mana taknya, aku ni seorang ajelah anak mama dan papa. Yang si Firdaus pula anak lelaki bongsu. Dia cuma ada kakak sulongnya sahaja, itu pun dah berkahwin setahun yang lepas. Mestilah masing-masing nak buat majlis yang besar-besaran lah kan...

Aku hanya memegang tangan si Firdaus. Alaa yang macam selalu orang kahwin yang buat waktu berjalan nak ke pelamin tu... Huhu. Bagus jugak kan pegang tangan dia, sebab buat pertama kalinya aku pakai kasut heels. Maksu punya pasallah ni, kalau tak, tak hingin eh aku nak pakai kasut pembawa bala ni!

Mana taknya, kasut tinggi tahap berapa aku sendiri pun tak tahu, maksu pakai tak apalah dia memang jenis yang bergaya. Tapi aku? Setakat wedges tu mampulah edenn.

"Kau ni confirm tak buat practise sebelum kahwin..." Bisik Farha. Harini, Farha jadi pengapit aku. Manalah tahu nanti dia nak kahwin aku pulak jadi pengapit dia. InshaAllah kalau aku tak buyung lah waktu dia kahwin nanti.

Buyung? Kah! Jauh kau fikir.

"Dah sebelum kahwin aku jawab SPM! Sepak satgi." Balas aku, eleh Farha ni buat-buat lupalah pula. Sebelum kahwin kan exam. Lepas exam mestilah nak nak rehat, lepastu nak kahwin pulak. Mana ada masa sangat nak buangkan masa untuk rehat tu...

Huhu!

"Uuuu Puan Firsya marahlah!" Gurau si Farha. Sempat lagi dia dok tersengih, dan sempat juga aku hadiahkan satu cubitan untuk dia, heh padan muka!

"Kau ni apahal garang sangat ni?"

"Aaa, diamlah. Nak sampai pelamin dah ni." Aku tergelak kecil. Farha ni macam tak biasalah pula. Aku kan memang garang daripada dulu. Heh.

Bila dah sampai pelamin, macam biasa baca doa. Kemudian upacara yang baling daun tu. Aku sendiri pun tak tahu apa functionnya. Eh, bukan baling daun ke muka, tapi ke telapak tangan. Kalau baling ke muka, kesian penat maksu makeup kan, dah cayaq habih.

"Lawa malam ni." Puji Firdaus. Sempat lagi dia kerling sebelah tengok aku. Aku hanya tersenyum dalam hati dan ketawa kecil.

"Biasaaa..." Jawab aku. Haha! Tak malu punya badan. Orang puji sikit kau dah mengada nak mengembang. Nasib tu suami kau, kalau orang lain mahu cepat-cepat reject kau sebab terlebih masuk bakul angkat sendiri!

Kami berdua tak banyak cakap pun ketika di pelamin. Lebih tumpukan kepada penonton, dan mulut pun sudah tidak larat lagi untuk senyum. Kejap-kejap aku sengih, kejap aku senyum. Padahal tak adalah lama mana pun bersanding, cuma aku sahaja yang mengada lebih senyum sikit dah penat. Heh. Yelah dekat sekolah dulu pengawas, muka masam aje huhu!

Waktu makan beradab pun sama aje, tak banyak cakap. Lebih selesa untuk senyum, kemudian suap-menyuap di antara aku dengan dia, ambil gambar dan upacara memotong kek. Bunyi macam meriah aje, tapi serious aku dah tersangatlah penat sekarang ni. Daripada pagi ada nikah, lepastu malam pula bersanding takkanlah tak penat kan.

"Jomlah, salam tetamu.." Ajaknya. Aku hanya menurut. Tak banyak cakap, walaupun badan dah cukup letih tapi kena gagahkan juga sebab tanpa tetamu tak berjaya majlis aku pada malam ini. Hanya tinggal sejam sahaja lagi majlis akan tamat.

Daripada tadi lagi aku sibuk tercari-cari sepupu aku. Mana eh dia? Mamat ni suka tau, menghilangkan diri. Ke dia memang tak datang? Sudahlah waktu aku nikah tadi dia tak ada langsung. Sejak kerja kapal terus sibuk aje memanjang. Nak luangkan masa macam dulu waktu kecik pun dah tak bolehlah kan.

"Sya!" Panggil seseorang. Aku kenal sangat suara orang itu. Haaa! Baru nak dengar suara dia, tadi langsung tak nampak langsung muka mamat tu. Aku terus toleh ke belakang, Firdaus daripada tadi lagi memang dengan rakannya mengambil gambar bersama.

"Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh." Enam harkat aku bagi perli dekat dia. Tahu main terjah aje, daripada dulu lagi tak reti-reti nak bagi salam.

"Amboih, perli hang noh."

"Dah tu main masuk aje takde salam langsung." Aku tak mahu kalah.

"Alah puan ni..." Haikal garu kepala. Aku dah malas nak layan. Dahlah langsung tak datang majlis aku tadi, datang sekarang ni pun waktu dah nak habis.

Haikal ni sepupu aku yang paling aku rapat. Dulu waktu kecik-kecik, selalu sangat main sama-sama. Dia selalu datang rumah aku, memandangkan mak dengan ayah dia pun dah bercerai jadi akulah orang yang akan selalu berada di sampingnya. Ops...

Bukan maksud berada di samping yang pakwe makwe tu eh. Aku dengan dia dah macam adik-beradik. Tapi kekadang adalah jugak bergaduh, tapi biasalahkan... sedangkan lidah pun kita gigit. Huhu, kemain kau ayat, berperibahasa tak sudah.

"Ala sorry lah Sya. Aku ada kerja, kau tahu kan. Ni pun aku dah fly pagi tadi, baru aje sampai Malaysia maghrib tadi lepastu aku siap-siaplah ingatkan cepat, tapi rupanya aku lambat jugak..." Katanya sedih. Heh, hilang terus bahasa utara dia. Haha.

"Rilek lah bro... Aku tak marah kau pun lah! Kau ni aku baru nak sambung drama kau dah potong. Haih." Aku tepuk-tepuk bahunya, buddy lah katakan. Walaupun perbezaan umur di antara aku dengan Haikal dalam 8 tahun, tapi kami tetap rapat.

Aku bukannya tak ada langsung sepupu yang lain, ada aje. Tapi tak berapa nak rapatlah, dan jarang jumpa. Cuma Haikal seorang ajelah yang selalu jenguk aku bila dia ada masa free dan cuti untuk pulang ke Malaysia.

"Eh, suami kau mana?"

"Tuuu. Handsome kan?" Aku berbisik ke telinganya sambil tersengih-sengih, Haikal cuma tergelak, "Puih, aku ni kau tak pernah nak puji pun."

"Buat apa puji kau? Hari-hari tengok muka kau, muak tahu tak?" Aku jelir lidah. Puji Haikal? Tak payahlah, kalau dia sendiri dah tahu apa jawapannya. Kalau dia tak tahu memang dia serius nak kena tampar! Yelah, ramai perempuan nakkan dia kot, dia aje yang jual mahal.

Nasib Haikal straight orangnya...

"Aku balik ni, aku balik..."

"Eh kau nak ugut aku pulak! Baliklah kalau nak balik. Aku tak kisah pun, tapi kaulah rugi... Kau tengok makanan-makanan tu..." Tunjuk aku dan aku lihat Haikal seperti menahan liur. Haha! Takkanlah tak terliur!

Ada ayam golek, siap tengah bergolek-golek lagi tu haa. Huihh, memang terliur habislah Haikal sebab tu memang favourite dia. Dan ada pula chocolate mountain dengan marshmallow memang terliur habis lagi-lagi aku yang masih lagi budak-budak dan naif mestilah suka benda tu semua kan.

"Sengkek betul, aku baru nak ugut kau ugut aku balik."

"Tak payahlah kau. Dahlah pergi makan, satgi makanan dah habis baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah." Aku tergelak-gelak, apahal senget sangat aku malam ni?

"Apa ke teruk sangat peribahasa kau tu? Eh dahlah aku nak makan dulu, lapar kau tahu?!" Aku angkat kening, ada aku kisah? Makanan berlambak, pergilah makan!

"By the way..." Langkahnya terhenti, "Tu hubby hang dah sampai." Dan tiba-tiba Haikal tunjuk 'thumbs up' dekat Firdaus. Aku dah angkat kening. Apahal dorang ni? Sejak bila pulaklah jadi kamceng ni?

"Awak,"

"Yup?"

"Balik, jom?"

Aku angkat kening. Awal lagilah, belum pun habis kemas lagi dewan ni. Aku kalau boleh naklah tunggu mama dan papa dulu. Sebab, aku mungkin balik rumah Firdaus malam ini, tidur di rumah Firdaus.

"Eh, awal lagi kan?"

"Lah, lupalah tu. Kita kan nak ambil gambar dekat tasik titiwangsa." Jawabnya. Aku terkejut, bukan terkejut sebab apa, cuma...

"Saya mengantuk ni!" Kata aku, tak tahu malu. Dia dah tergelak-gelak tengok gaya aku yang macam budak-budak. Yelah, biasanya remaja kan suka tidur lambat. Aku baru pukul 10 malam dah rasa mengantuk. Bukannya aku tak biasa tidur lambat, biasa aje. Cuma disebabkan penatlah aku mengantuk sangat ni!

"Tak apalah sayang. Malam ni aje." Aku dah tersipu-sipu. Gedik betul kau!

"Haa haa tak payah nak mengedik tersipu malu kucing sangatlah, geli aku tengok." Muncul Haikal yang entah daripada mana sambil membawa dua pinggan nasi. Mak oi?!

"Kau mencekik ke apa?" Soal aku, boleh tahan terbeliak juga aku tengok dia bawa dua pinggan nasi, dahlah penuh satu pinggan, dengan lauknya lagi. Tak sangka aku badan gitu punya kurus tapi kalau bab-bab menyental kuat jugak eh mamat ni?

"Entahnya bro, terkejut aku. Kau tak makan lagi ke daripada tadi?" Kini Firdaus pula menyoal Haikal. Aku angguk, setuju dengan pertanyaan suami aku.

"Aku lapar... Sibuk ah korang." Dia dah macam malas nak layan aku, eh biarlah dia. Dia nak habiskan lebihan lauk-pauk dan segala makanan yang ada pun tak apa. Tak adalah membazir, haha!

"Ni kitorang nak pergi ambil gambar, nak ikut ke tak?" Firdaus mula mengambil tempat duduk di sebelah Haikal dan diikuti oleh aku. Penat dah berdiri pakai kasut ni, alangkah baiknya kalau duduk sekarang, sebelum aku tumbang sebab kaki dah tak tahan!

"Boleh jugak, sekali sekala menyampuk. Siapa lagi pergi?" Balas Haikal. Aku jeling dia, menyibuk aje nak menyampuk hahaha.

"Parents aku dan parents Firsya pun ada sama. Bila lagi kan nak bergambar satu keluarga. Majlis pun dah nak habis, kejap lagi geraklah kot." Balasnya.

Aku terdiam, tapi kan... "Kalau semua parents kita ikut, siapa nak handle semua ni?" Tanya aku sambil tunjuk keadaan sekeliling dewan hotel. Yelah, majlis dah nak habis, mestilah tuan punya majlis kena tunggu sampailah catering habis kemaskan satu dewan.

"Maksu awaklah, dia yang kata dia boleh handle."

Ohhh... Aku angguk sahaja. Serius penat, tak tahu dah nak balas apa kenyataan yang Firdaus keluarkan tadi. Kalaulah selepas majlis boleh balik rumah, memang aku tidur terus. Tak payah mandi pun tak apa. Penat sangat dah ni.

Rakan-rakan aku pulak semua dah pulang ke rumah masing-masing. Memang patut pun mereka balik, sebab dah malam dah. Kalau datang dengan family tak apa lagi, ni datang sendirian. Aku yang duduk di sebelah Haikal hanya memerhatikan sahaja mamat tu makan. Dia memang tak perasan ke aku tengok je dia makan? Punyalah khusyuk mamat ni.

"Saya nak pergi dekat ibu kejap." Ujar Firdaus.

"Eh, saya ikut." Kata aku, dahlah bosan dan penat, baik aku ikut sahaja ke mana suami aku pergi. Tak elok tinggalkan dia, hehehe.

Baru sahaja bangun, terus dia pegang tangan aku.

Gulp. Sumpah nervous!

"Amboi-amboi." Kata Haikal yang memang dari tadi sedang khusyuk makan akhirnya bersuara. Aku menjelingnya.

Tapi dalam hati, bukan main aku seronok!

***

"Sini kejap." Panggilnya.

Okay, sabar Fir sabar. Jangan gelabah sangat boleh tak?

Lepas sahaja balik daripada sesi bergambar dekat Tasik Titiwangsa tadi, terus sahaja aku suruh dia mandi terlebih dahulu. Sebab aku memang akan mandi berjam-jam. Kang tak pasal-pasal tertidur pulak mamat tu tunggu aku mandi. Nasiblah sesi bergambar tak lama. Apa yang disuruh oleh photographer, senang sahaja kami ikut.

"Ye. Nak apa?" Tanya aku. Aku baru sahaja lepas mandi. Tengah sikat rambut dan sapu losen di tangan, tiba-tiba sahaja dia panggil. Ingatkan dah tidur mamat tu.

"Sini." Dia tepuk-tepuk katil, tanda suruh aku baring di sebelahnya.

"Err..."

Tapi aku ikutkan juga permintaan dia. Jantung aku ni sumpah dah macam nak terlompat keluar daripada tubuh badan aku.

Aku terus baring di sebelahnya. Tiba-tiba je dia peluk aku. Part peluk tu memang terkejut, yang terkejut beruknya, dia pi peluk dengan kaki-kaki sekali.

Apa ingat aku ni bantal peluk ke?

"Jangan risau, saya tak apa-apakan awak. Saya penat, tidur jom." Katanya, mata dah terpejam. Aku pandang muka dia. Handsome, tapi jelas kelihatan muka penat di wajahnya.

Kesiannya... Ujar aku di dalam hati.

Secara tiba-tiba aku terbelai wajahnya, dan dia tersedar.

"Opsss, sorry. Tidur lah tidur." Terus aku kalihkan tangan aku, tak nak kacau dia tidur. Sebab aku tahu dia penat, takut dia marah pulak bila aku buat macam tu. Aku ni pun satu, pergi belai dia dah kenapa? Apa ingat dia kucing ke nak belai-belai? Kutuk aku sendiri.

Dia senyum sambil geleng.

"Belailah lagi. Saya lagi suka kalau orang belai saya, terus lena." Dahsyat! Memang perangai anak last macam ni eh? Manja betul!

"Macam budak-budak." Kata aku sambil tergelak. Dia hanya senyum sambil mata terpejam. Aku masih membelainya, sampailah aku sendiri pun tertidur sama.

***

MAAF!

Cerpen ni ramai yang suruh sambung, tapi tak sambung-sambung pun. Hehe, maaf sekali lagi. Harap korang enjoy dengan part 4 ni, walaupun dah terlalu lama korang tunggu untuk sambungannya.