Ilham & Nabilla -Epilog-

By : Nur Hidayah

"Yang ini, okay tak?"

Geleng.

"Yang ini?"

Geleng lagi.

Hishhh, kalau pilihan terakhir aku dia geleng jugak... memang rasa macam nak aje debik tau! Nasiblah kau tu suami aku, kalau tak... dah lama aku cincang halus macam daging cincang, untung-untung boleh buat kuah spaghetti!

"Ini?!" Soalku, geram.

Lagi sekali, dia menggeleng.

"Ish abang ni! Asyik-asyik geleng, geleng... Orang debik baru tahu!"Aku menunjukkan penumbuk di hadapan muka Ilham, Ilham cuma menjelir lidah.

"Selalu sangatlah orang bagi blender, seterika, pinggan mangkuk bagai untuk hadiah orang lain, apa kata kita beli lain daripada yang lain pulak?" Soal Ilham, cuba memberi idea yang bernas.

Aku menjelingnya, "Yelah, lain daripada yang lain tu, apa bendanya?" Soal aku.

"Hm... laptop?"

Terbeliak mata aku pandang orang depan aku ni. Okay... nasib baik kau suami aku! Gila apa, nak bagi diorang berdua laptop? Agak-agaklah, seorang jurutera, seorang lagi doktor. Confirm-confirm dua orang berdua tu dah ada laptop dah.

"Erm... baju tidur lah?"

Makin terbeliak aku tengok Ilham yang sudah tersengih-sengih tengok aku.

Gila punya suami!

"Untung-untung diorang boleh first night dengan pakai baju tidur tu?" Ilham masih lagi tersengih.

Aku menampar kuat bahu Ilham. "Abang gila ke?" Aku jeling dia, menyampahhhhh!

Ilham terus memeluk pinggang aku, erat. Malu pula apabila menjadi tontonan orang ramai. Hishhh, suami aku ni, nak romantik dekat siniii jugak!

"Abang gurau jelah sayang." Dia mencuit hidung aku.

"Erm, kita nak beli apa ni?" Soal aku, sekadar menutup rasa debaran di dalam dada.

"Memandang dorang tu kawan kita... kita belikan banyak sikit. Set pinggan mangkuk, sudu, garfu dengan cawan gelas sekali kita beli... haaa okay tak?"

Hek elehhh! Tadi aku tunjuk pinggan mangkuk dia geleng, lepastu tiba-tiba dia pula bagi idea beli barang lain daripada yang lain.

Yelah, LAIN DARIPADA YANG LAIN SANGAT!

"Okaylah tu, tak payah pening-pening dah." Aku terus ambil set pinggan mangkuk, cawan, gelas sekali dengan sudu garfu lagi. Ada warna hijau, warna kesukaan Hidayah, dan merah, warna kesukaan Fikri. Lagi satu set pula... Warna biru kesukaan Fatin, dan turqoise kesukaan Ikhwan. Alang-alang aku belikan untuk Hidayah dengan Fikri, baik aku belikan untuk Fatin dengan Ikhwan sekali. Yelah, dorang nak berkahwin tahun depan, tak adalah lama sangat. Baik beli aje terus. Tak payah susah-susah ulang-alik ke IKEA.

"Dah?"

"Dah." Aku angguk.

"Tak nak tambah untuk set rumah kita ke?"

Aku geleng, "Kat rumah pun dah berlambak dengan hadiah pinggan mangkuk kita haritu. Rasanya... cukup kot. Tak payah tambah dah."

"Okay, jom." Ilham menolak troli, tangan kanannya memeluk bahu aku.

Oh my...

How sweet!

****************************

"Selamat pengantin baru, nyet!" Aku gelak dengan kata-kata aku sendiri.

Teringat masa zaman sekolah dulu... Dulu, semua berangan berkahwin dengan orang yang kami semua suka. Pejam celik pejam celik... dah jadi kenyataan. Alhamdullilah.

"Aippp, itu cerita waktu dulu-dulu!" Hidayah memarahi aku.

Teringat dulu, selalu ejek Hidayah monyet. Yang lain, selalu ejek aku sotong. Uishhh, rindu betul zaman sekolah-sekolah dulu!

"Eh, eh! Alang-alang dah ada semua sekali ni... apa kata kia semua photoshoot nak tak?" Cadang Hidayah.

"Kau photoshoot dekat mana aje?"

"Dekat Taman Layang-Layang. Sebab... dekat situlah first meet kitorang. So, nak dijadikan kenangan, photoshoot lah dekat situ. Jom, ikut? Aku nak, dayang-dayang aku ikut..." Hidayah tersengih.

Faham! Faham betul maksud Hidayah. 'Dayang-dayang' tu maksudnya... aku, Izzatul, Hawa, Dayana, Niesa. Dan juga pengapuit Hidayah, Fatin.

"No hal lah... Aku memang minat betul dengan photoshoot-photoshoot ni!" Izzatul bersuara.

"Alamakkk, akulah yang penat nanti! Korang photoshoot, aku pulaklah tak sempat nak senyum dok asyik angkat kain Dayah aje!"

Kami semua tergelak.

"Dia dah ada hubby, biarlah hubby dia pegangkan..." Niesa mengusik.

"Elelele.... Cecece...." Dayana dan Hawa dah mula nak mengusik, ikut Niesalah, siapa lagi!

Bergema ketawa kami semua apabila melihat Hidayah yang malu-malu. Merah mukanya. Ceit, Hidayah dah pandai malu-malu kottt!!!

*********************

Macam-macam gaya yang kami semua buat. Tapi... memang tak boleh kalah dengan pengantin lah kan. Sebab majlis dorang kan, mana boleh menang!

Tapi... apa yang aku tengok, yang lebih-lebihnya bukan pengantin, tapi pengapit-pengapit pengantin. Macam Fattah dengan Izzatul... Aku dengan Ilham... Niesa dengan Rahmuni... Dayana dengan Azzam... Hawa dengan Izziqri... Fatin dengan Ikhwan... Kami semua pula yang lebih-lebih ambil gambar dengan pasangan masing-masing. Haha!

"Apasal korang yang berlebih-lebih ni? Aku nak bergambar... sorang-sorang panggil cameraman tu, tangkap gambar korang. Hishhh, kacau!"

"Haha! Lain kali... ajaklah kitorang photoshoot sama lagi..."

Hidayah menjeling, bengang lah tu. Haha!

"Yang... jom lah pi tempat lain..."

"Hah? Pergi mana? Kita belum habis photoshoot lagi kan..."

"Alah, biar ajelah Fik photoshoot dengan Dayah aje. Kita ni... jomlah buat hal lain." Dia kenyit mata dekat aku. Aku hanya mengikut sahaja apabila Ilham mula menarik lembut lengan aku.

"Sayang ingat tak... dulu sayang selalu bagi abang coklat... teddy bear, surat?"

Aku angguk.

Mana boleh tak ingat! Kenangan tu!

"Dulu... sayang yang bagi. Sekarang ni..."

Aku kerut dahi, main gantung ayat pula!

Dia tersenyum, meleret.

Aku pula makin panik. Jangan... dia buat hal depan orang ramai ni, sudahlah! Kang tak pasal-pasal jadi tontonan orang ramai pula kalau dia buat... aishhh jangan! Ilham ni bukannya boleh tentu sangat apa yang ada dalam kepala otak dia tu. Sekali dia kata dia nak buat... memang dia buat betul. Weh, naya...

"Jangan risau, abang takkan buat dekat public. Dalam bilik aje. I know what you've been thinking." Dia tersenyum, mengherot.

Aku dah jadi malu sendiri.

"Dulu... sayang yang bagi. Sekarang ni... biar abang pula yang bagi." Dia menyambung ayat yang tergantung tadi.

Sekali lagi... aku kerut dahi.

"Tutup mata dulu."

Aku hanya menurut, tak banyak cakap.

Tiga saat kemudian, dahi aku terasa hanya dengan kucupan lembut oleh Ilham. Aku hanya biarkan sahaja. Tak membantah, tak tahu kenapa... susah nak membantah bila Ilham buat sesuatu.

Aku buka mata apabila dahi aku sudah dikucupnya. Dia tersenyum melihat aku. "Bukan tu aje hadiahnya tau..."

"Ada lagi ke? Ingatkan yang tu aje..." Aku tersengih.

"Ish, yang tu aje mana cukup." Dia mencuit hidung aku.

Ilham menyeluk poketnya, tangan aku dia pegang erat. Aku hanya tersenyum memandang Ilham. Tiba-tiba sahaja Ilham menyarung cincin permata di jari manis aku.

Terharu...

"Abang tahu... hadiah ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan hadiah sayang. Hadiah sayang paling bermakna. Iaitu... kasih sayang, dan CINTA."

Lagi sekali, aku terharu! Aku hanya terdiam apabila melihat Ilham yang seperti mahu berkata-kata lagi.

"Tiada apa yang berharga dengan cinta sayang kepada abang." Ilham memegang tangan aku, kemudian di kucupnya.

Ya Allah...

Apasal aku moody sangat ni? Air mata aku tiba-tiba meleleh!

"Lahhh... abang tak buat cerita sedih pun! Janganlah nangis yang..." Ilham terus memeluk aku. Terasa hangat apabila berada di dalam dakapannya. Dan... rasa lebih selamat.

Aku yang berada di dalam dakapannya, tergelak. "Abang ni, apalah... ini namanya, air mata kegembiraan tau! Bukannya kesedihan." Aku masih lagi tergelak.

"Ohh ya ke..." Ilham tersengih.

Tangan Ilham melingkar di bahu aku, manakala tangan aku melingkar di pinggangnya. Masing-masing menikmati keindahan tasik Taman Layang-Layang di hadapan kami.

Diam...

"Aiii pengantin lama ni! Patutlah cari tak jumpa, kat sini korang ya... Jom, Dayah dengan Fik ajak bergambar dengan kawan-kawan."

Aku yang tengah melentokkan kepala di atas bahu Ilham, terus mengangkat kepala dan memandang ke belakang. Potong stim betullah Niesa ni!

"Ye Cik Niesa, we're coming. Jom yang..." Ilham mula bangun, diikuti oleh aku. Ilham memegang tangan aku, aku hanya menurut. Heh, seronok betul bila dia pegang aku. Huhu!

"Haaa, pengantin lama berdating rupanya. Patutlah tak ada. Dah-dah, cepat berdiri sebelah aku." Hidayah yang kelihatan dari jauh, menjerit memanggil aku.

Hidayah, Hidayah... Kau daripada dulu sampai sekarang, kalau bab menjerit nombor satu! Memang sesuai betul orang gelarkan dia monyet, memekak aje! Hahaha. Sempat aku kutuk si pengantin baru ni, heh!

Aku pun melangkah, munuju ke arah Hidayah. Ilham pula menuju ke arah Fikri. Tiba-tiba kepala aku berat lain macam, tapi aku gagahkan juga, demi wedding kawan, aku tak mahu buat hal.

"Okay... senyum!" Jerit photographer. Aku pun senyum, tapi aku rasa senyuman aku tak berapa nak manis, disebabkan kepala yang terlampau berat ni.

"Eh, Atin kau kenapa..."

Gelap.

**************

"Abang..." Seru aku apabila ternampak Ilham yang sedang duduk sebelah aku sambil tersenyum-senyum.

"Ye sayang, abang ada ni." Ilham mengusap kepala aku yang ditutupi dengan tudung.

"Eh, semua ada..." Aku tersenyum apabila terpandang semua orang yang ada di dalam bilik wad aku. Ada ibu, ayah dan abang-abang aku. Izzatul dan Fattah, Fatin dan Ikhwan, Niesa dan Rahmuni, Dayana dan Azzam dan juga Hawa dengan Izziqri.

No wonder...

Hidayah dengan Fikri pun ada, masih dalam pakaian pengantin! Alah kesiannya dorang berdua, aku dah berjanji dengan diri sendiri, tak nak susahkan wedding Fikri dan Hidayah, tapi tiba-tiba pula tumbang tadi.

Nak kata tak makan, menipu sangatlah... Tadi nasi minyak banyak aku pelahap! Almaklumlah, wedding kawan sendiri, aku pun sental ajelah memandang aku dah lapar. Nak kata... kurang tidur, ishhh menipu sangat! Aku hari-hari tidur dengan Ilham, siap peluk lagi, lena aje!

"Sorry Dayah, Fik... aku tiba-tiba pening pulak... Sorry again, kalau tak, meriah korang punya wedding. Tapi disebabkan aku, korang terpaksa buat wedding korang dekat hospital pulak..." Ujar aku, sebak.

Uishhh apa emosi sangat ni?

"Ehhh, tak apa! Kau menceriakan lagi wedding aku adalah! Kan Fik?" Hidayah dah tergelak-gelak, yang lain pun ikut sama.

"Itulah, aku pun terover excited kot!" Ujar Fatin diikuti oleh Izzatul. Yang lain hanya mengangguk.

"Tak sangka... ibu dah nak timang cucu."

Aku dah kerut dahi. "Maksud ibu?"

"You're pregnant!" Hidayah yang over.

Aku melopong, dalam erti kata lain, gembira!!!

"Patutlah sayang makan banyak sangat tadi, rupanya berisi..." Ilham mengusap perut aku. Aku pula yang jadi malu. Agak-agaklah, public kot!

"Nak habis nasi minyak aku kau sental weh..." Ujar Fikri, yang lain ketawa terbahak-bahak.

"Haha itulah pasal. Terkejut juga aku, selama ni kau makan mana nak habis. Tapi harini, pinggan sepenuh tidak pun, kau habiskan. Siap tambah lagi. Tahniah Atin!" Hidayah datang memeluk aku.

"Tahniah Atin. Semoga menjadi ibu yang baik yaaa." Fatin memberi nasihat.

"Nanti kalau nak terberanak, roger-roger aku tau. Excited nak dapat anak buah!" Ujar Izzatul.

Heh, Izzatul. Aku nak beranak tak ada masa lah aku nak pegang telefon bimbit roger-roger kau!

"Apalah kau ni Izzatul... belum apa-apa kau dah cerita pasal beranak..." Ujar aku, sedikit malu.

"Kitorang excited wehhh!" Dayana dah bertepuk tangan, tak sabar sangat nampaknya. Padahal perut aku tak pun kelihatan lagi, masih lagi kempis.

"Lepas ni, kalau sayang nak apa-apa, cakap aje dengan abang. Jangan buat kerja berat-berat, jangan banyak jalan... Banyak tu biar banyak-banyak, biar anak kita keluar comel macam mummy dia!" Ilham ketawa kecil.

"Haduhhh, aku pulak yang rasa nak ada anak!" Ujar Fikri tiba-tiba. Serentak itu, kami semua berpaling memandang Hidayah sambil tersenyum penuh makna.

"Mintak dekat Dayah..." Balas Ilham, aku pula dah angkat-angkat kening gaya double jerk.

"Sayang... nak anak berapa?" Soal Fikri, memandang Hidayah. Hidayah dah mula sorok muka di belakang Fikri. Hahaha alahaiii pengantin baru ni!

"Jangan buat malu Fik..." Dalam menyorok tu, sempat juga Hidayah berbisik dekat Fikri. Semua yang ada, tertawa dengan gelagat pengantin baru itu.

Alahaiii, malu-malu kucing pula kawan aku seorang ni!

"Aku pula yang rasa nak kahwin sekarang!" Ujar Fattah dan Ikhwan serentak.

"Jom Fatin, kahwin!!!" Ajak Ikhwan, aku dah ketawa tengok mereka ni semua. Alahai, sepatutnya hospital mesti kena berada dalam keadaan senyap dan sunyi. Tapi berlainan pula bilik wad aku ni. Riuh rendah aku.

Aku memerhati semua orang yang ada di situ. Masing-masing ada yang tergelak, tersenyum gembira kerana aku dah 'berisi'. Aku pandang Ilham, Ilham pun memandang aku. Membalas kembali senyuman aku. Kami sama-sama berpegang tangan. Ilham mengusap tangan dan kepala aku.

Hari ini, macam-macam terjadi. Kenangan yang paling manis banyak berlaku pada hari ini. Pertama, aku pengsan pada waktu perkahwinan Hidayah dan Fikri. Kedua, I'm PREGNANT!

Alhamdullilah!

***************

"Sayang... memandang kita tak tahu apa jantina baby kita, kita beli lelaki dengan perempuan punya baju sekali. Okay?" Ilham yang memeluk bahu aku, bertanya sambil mata khusyuk sedang memerhati baju-baju baby yang kiut-miut.

Hari itu, adalah aku dengan Ilham pi jumpa doktor. Biasalah, tiap-tiap minggu Ilham keraskan aku supaya jumpa dengan doktor buat check-up. Aku pun turutkan aje. Well, Ahnaf Ilham kan, mana boleh membantah!

Lepastu, bila dah jumpa tu, dah masuk berapa bulan mestilah nak tahu apa jantina baby. Tapi, bila dah scan, langsung tak dapat detect anak aku bayi lelaki atau perempuan. Doktor pun pening. Dah doktor tak boleh nak detect, aku pun pi lah jumpa dua orang kawan surgeon aku tu. Fatin dah Hidayah.

And the answer still same! Tak dapat nak detect, bayi aku ni pemalu sangat agaknya. Sampai dok sorok apa jantina dia. Alahai baby, malu-malu pula anak mummy ni kan? Hiks.

"Tapi kan... abang rasa, baby kita perempuan lah, sebab mummy dia manja lain macam." Ilham buat muka seperti melayan bayi kecil, sambil mencubit pipi aku.

Aku tepis tangan dia, malu. "Samalah macam daddy dia. Suka melekat dengan mummy dia 24 jam, macam ada gam gajah sampai melekat tak boleh nak dicabut." Aku menjeling ke arahnya, Ilham tersenyum herot.

"Manja dengan mummy apa salahnya, kan baby?" Ilham mengusap-usap perut aku. Aku ketawa dengan perilaku Ilham.

"Abang, macam mana ni? Nak beli ke tak? Kang kalau tersalah beli, membazir pula..."

"Alah, beli aje. Nanti kalau keluar perempuan, ada extra baju lelaki. So, yang extra tu, kita berusaha lah lagi, untuk yang kedua..." Ilham mengenyitkan matanya.

Aku tampar kuat perut Ilham. "Gatal!"

Ilham ketawa melihat aku. Aku pula sekadar tersenyum memandang dia. Alahai, daripada tadi asyik bergurau aje, sampai sekarang tak pilih-pilih lagi barangan baby!

******************

"Sedar tak sedar, kau tinggal lagi seminggu aje lagi kan..." Ujar Fatin, Niesa mengangguk tanda setuju. Sekarang ni, hanya ada Fatin, Niesa, Hidayah sahaja yang ada di rumah aku. Yang lain, semuanya busy dengan kerja masing-masing. Tak dapat cutilah, sebab kawan-kawan aku semua dan set nak cuti time aku bersalin nanti. How sweet!

Hidayah yang berada di sebelah aku, mengusap-usap perut aku. Ambil aura katanya! Hahaha.

"Itulah pasal, kejap je masa..." Aku membalas sambil tersenyum.

"Sedar tak sedar, orang kita suka dah jadi milik kita..." Ujar Niesa. Aku tersenyum mendengarnya. Teringat dulu, dulu punyalah banyak fikir... dia bukan milik aku... dia bukan jodoh aku... macam-macam fikir. Sampai satu masa, semua dah nekad nak lupakan.

Last-last, tak dapat lupakan juga. Akhirnya, masing-masing bertungkus-lumus berdoa. Sebab, doa itu adalah senjata utama umat Islam. Dan akhirnya, Allah makbulkan doa kami semua. Alhamdullilah, terima kasih Ya Allah.

"Alhamdullilah..." Fatin mengucap syukur.

"Eh, awalnya suami kau balik?" Soal Hidayah apabila terdengar alarm kereta, milik suami aku. Aku sekadar tersenyum. Ilham kan...

Macam tak kenal dia, tengoklah dia masuk pintu rumah ni, mesti tanya aku okay ke tak. Kalau salah, aku berani kerat jarilah!

"Assalamualaikum. Sayang okay harini? Ada pening ke? Muntah or loya?"

Kannn dah kata! Selamat aku daripada kerat jari. Hehhh!

"Waalaikumussalam. Dia okay aje, well tengoklah siapa yang jaga dia." Niesa tabik dada.

"Tak berapa nak okaylah bang..." Ujar aku. Aku mengusap perut aku.

"Hah? Apa yang tak kenanya?" Ilham mengambil tempat di sebelah aku. Tetamu-tetamu aku dia buat macam halimunan, layan aku aje, tetamu tak layan.

"Nak pizza dengan chatime..." Aku lentok kepala dekat bidang dada suami aku. Tak tahu kenapa, tapi aku manja betul bila mengandung. Kata orang, pembawakan budak. Biasalah tu.

"Lahhh, kau mengidam rupanya. Lain kali bagitahu kitorang awal-awal, bolehlah kitorang belilah. Ek eleh Atin ni!" Sampuk Hidayah.

Aku tergelak.

"Macamlah kau tak tahu... dia tu nak bermanja dengan suami dia!" Ujar Fatin.

Macam tahu-tahu aje!

"Nanti abang beli okay?"

"Nak sekarang..."

Ilham menggeleng apabila tengok perangai aku. Aku kerdipkan mata aku, buat muka comel depan Ilham. Saja nak membodek suruh dia beli pizza dengan chatime. Aku dah terliur sangat ni. Sabar ya baby! Nanti daddy beli, kalau daddy tak beli... bila baby dah besar nanti, kita sama-sama kerjakan daddy okay?

"Erm, korang, kami balik dulu okay? Memandang di suami tercinta dah balik, kitorang pun pulang lah yaaa?" Ujar Niesa. Fatin dan Hidayah mengangguk.

"Alaaa, awalnya nak balik?"

"Tak apalah, kitorang nak bagi masa si suami isteri ni berbulan madu..." Niesa mengenyitkan matanya dekat aku. Aku menjeling.

"Hm yelah." Aku mengangguk, sedih.

"Lah sayang ni, dorang bukannya nak pindah luar negara pun. Esok-esok jumpalah lagi... Lagipun, abang kan ada?" Ilham memeluk bahu aku.

"Okaylah, byeeeee... Ilham, jaga kawan aku ni baik-baik!" Sempat lagi Hidayah, Fatin dan Niesa memberi pesan.

"Isteri aku, mestilah..."

"Bye, take care Atin..." Aku bersalaman dengan rakan-rakan aku.

"Bye, kirim salam dengan Zatul, Hawa dengan Dayana tau."

"Okay..."

Aku menghantar kepulangan kawan-kawan aku dengan pandangan mata sahaja. Hilang sahaja daripada pandangan aku, terus Ilham mengucup tangan aku.

"Tadi tak boleh nak buat macam ni... abang rindulah." Ujar Ilham tiba-tiba.

"Gediknya... abang baru kerja tiga jam dah menggedik nak rindu!"

"Sayang tak rindu abang ke?"

"Gila tak rindu." Aku dan Ilham sama-sama tergelak.

********************

"Abang..." Aku mengejut si suami yang senang enak dibuai mimpi.

"Mmm..."

"Abang...!" Seru aku lagi. Ilham bangun dan terduduk. Matanya terbuka sedikit, memandang aku.

"Kenapa sayang?"

"Air..." Aku menunjuk air ketumban yang ada di atas katil aku. Aku tak dapat nak cakap dengan betul-betul, sebab terlalu sakit.

"Lahhh yang, janganlah kencing dekat sini. Jom-jom abang bawa ke bilik air..."

"Eiiii abang! Ni air ketumbanlah!"

"Air ketumban?" Soalnya sedikit hairan. Astarghfirullahalazim... Kalau dia bukan suami aku, dah lama aku liku kepala dia! Air ketumban pun tak tahu ke? Ya Allah...

"Atin nak beranak lah abang! Sebab tu lah air ketumban pecah!" Jerit aku, bercampur baur dengan jeritan sakit yang melanda dalam diri aku.

"Ohhh... beranak... Haaa, beranak?!!!" Ilham mengangguk.

Ya Allah apa blur sangat Ilham ni! Aku menangguk, tak tahan, sakittt!

Terus sahaja Ilham mencempung badan aku. Aku pula seperti berperang dengan diri sendiri. Terlalu sakit. Macam inilah rasanya bila ibu melahirkan aku.

Sakit seperti bertarung nyawa. Ya Allah... selamatkan lah aku dan bayi aku...

**************

Masuk hari ini, sudah satu bulan usia Danish Furqhan bin Ahnaf Ilham, bayi aku. Betapa gembiranya Ilham bila aku sudah pun selamat melahirkan anak. Lagi bertambah gembira bila bayi yang keluar itu adalah bayi lelaki. Bukannya perempuan seperti apa yang kami jangkakan.

"Halaaaa so cute Danish ni!" Hidayah yang mendukung anak aku, tak habis menggomol pipi si Danish.

Aku hanya tersenyum bila rakan-rakan aku berebut nak dukung Danish.

"Tengoklah mummy dan daddy dia siapa..." Ilham tabik dada.

"Semoga menjadi anak yang soleh handsome boy!" Ujar Izzatul kepada Danish. Aku tersenyum memandang rakan-rakan aku.

"Atin... terima kasih bagi ibu dan ayah cucu..."

"Tak perlulah ibu nak berterima kasih. Sebab, kalau tak adanya ibu, tak lahirlah Danish..." Ujar aku, sebak.

"Dah, dah. Ini bukan timing untuk sedih. Senyumlahhh!" Ujar ayah, aku dah tergelak apabila ayah buat gaya seperti Nora Danish.

"Kau Fik... bila lagi?" Tanya Ilham, suara seperti mencabar Fikri.

Entahlah lelaki... biaq pi lah dua-dua orang tu!

Aku pandang sahaja bayi aku yang masih lagi dalam dukungan Hidayah. Hidayah ni pun satu, orang lain nak dukung, langsung tak bagi. Macam tu anak dialah pula...

"Memandang semuanya ada... aku nak buat pengumuman lah sikit ni." Fikri berdeham sebelum menyambung, Hidayah pula dah tersenyum-senyum.

Aku hanya biarkan Fikri menyambung bicara. Langsung tak dapat menangkap apa yang bakal keluar daripada mulut Fikri.

"Hidayah mengandung 2 minggu!"

"Wahhh, tahniah!"

"Alhamdullilah, tambah lagi seorang anak buah akuuu!" Jerit Fatin kegirangan.

"Hebat kawan aku ni!" Ilham menepuk-nepuk bahu Fikri.

Aku langsung tak faham apa yang Ilham cakapkan. Hebat apa? Lantaklah... men to men kan. Aku malas nak fikir dan malas nak masuk campur.

"Woooo, I think Danish wants his mummy." Ujar Hidayah panik apabila Danish dah mula merengek.

"Dia rimaslah tu dengan kau. Asyik gomol pipi aje..." Ujar Izzatul. Yang lain ikut ketawa dengan kata-kata Izzatul.

"Dia nak susu tu... Okaylah, kitorang keluar dulu. Tahniah ya..." Ujar Dayana.

"Jomlah keluar, lagipun biarlah ibu ayah dan anak berdating kan. Haha." Ujar Hawa pula.

Semua orang pun mula keluar daripada bilik tidur aku. Aku masih lagi dalam pantang, disebabkan itulah, Ilham langsung tak bagi aku banyak bergerak. Sampai nak turun bawah ke ruang tamu pun tak kasi.

Panas punggung aku!

Lama-lama boleh rentung kalau asyik terduduk aje.

Nasiblah ada Danish, tak adalah aku bosan.

"Sayang, abang geramlah tengok sayang ni!"

"Apasal pulak?" Soal aku, sedikit hairan.

"Makin berseri-seri malah makin bertambah comel! Eeee!" Ilham mencuit hidung aku. Aku ketawa kegelian.

Tiba-tiba sahaja Danish merengek. "Alolo anak mummy. Daddy kacau eh." Aku mendodoikan Danish yang berada dalam pangkuan aku.

"Daddy pulak..." Ilham tak habis-habis mencuit hidung aku.

Sama-sama diam sambil memerhatikan si kecil yang sedang tidur. Aku meletakkan Danish di tempat tidur khasnya, yang berada di sebelah katil kami berdua. Baru sahaja nak melangkah, tiba-tiba Ilham tarik aku.

"Thanks for our baby. Thanks for your love, sayang..." Ilham memeluk aku.

Aku tersenyum sebelum membalas, "Kita kena berterima kasih dekat Allah, bang..." Ujar aku.

"Kalau tak kerana sayang tengah pantang dan benda alah dekat dahi sayang ni, dah lama abang terkam tau!" Ujar Ilham tiba-tiba, nakal.

"Banyaklah abang!" Aku memukul kuat bahu Ilham.

Akhirnya, kami sama-sama tertawa. Bahagia apabila berada di alam perkahwinan. Terima kasih di atas kurniaanMu Ya Allah...

-TAMAT-
Alhamdullilah, habis juga I&N Epilog. Berbulan-bulan jugalah aku ambil masa nak siapkan cerpen ni. Busy students katakan hahaha. Padahal dah habis exam, menipu sangaaat. Hahaha, enjoy!

3 comments: