Short Story - Si Lelaki Braces Itu Suami Aku!

By : Nur Hidayah

"Adel... orang minyak!" Beriya-iya Fatin gelakkan aku. Nabilla dengan Hidayah pun turut gelak sama. Sakan mereka berdua kenakan aku.

Almaklumlah, mereka bertiga ni duduk rapat-rapat aje dengan aku dalam kelas. So, bila dah dekat-dekat tu, nak bergurau pun senang. Lainlah dengan Dayana, Hawa dan Niesa. Nak bergurau pun payah, sebab jauh sangat.

"Kau ni Tin...! Eleh kau punya tu, muka dah siap sedia blur!" Aku tak mahu mengalah. Nak juga mengejek Fatin punya 'pujaan hati' dia tu.

"Sekurang-kurangnya dia putih. Kau tu? Orang minyak, hahaha!" Fatin masih lagi gelakkan aku. Aku dah pasang muka cemberut macam kena sembelit.

"Hahahaha, orang minyak pakai braces!" Hidayah pula yang kenakan aku. Nasiblah kalau ada kawan sekepala macam Fatin ni. Sakit hati aku mendengar mereka punya gurauan. Nasib aku sayang dorang ni... kalau tak, dah lama aku liku kepala ni seorang-seorang!

"Kau Dayah... Kau punya tu capang, kau senyap!"

"Capang-capang pun, dia tetap comel bagi aku... haha!" Hidayah dah gelak gaya minah gedik. Sabar ajelah aku. Ya Allah limpahkan aku kesabaran yang tinggi melayan kerenah kawan-kawan aku ni Ya Allah!

"Weh, orang minyak tu! Cepat baca selawat banyak-banyak!" Jerit Nabilla apabila terlihat Fattah lalu di luar kelas aku. Sempat lagi aku berbalas senyuman dekat Fattah, huahuahua!

Hilang sahaja Fattah daripada pandangan aku, terus mata aku menikam mata milik Nabilla, Hidayah dan Fatin yang sedang berselawat. Tak apa, habis dorang berselawat, siaplah aku kerjakan. Nasib korang berselawat tak main-main, kalau main-main dah lama aku terbalikkan kepala dorang ni!

"Dah habis?"

"Alhamdullilah... dah habis! Terbakar tak Fattah? Hahaha!"

"Korang ni jahatlah doh! Kau tu Atin, dahlah arnab sotong, arnab khinzir pula tu!" Aku dah pandang ke luar tingkap, merajuk dengan tiga orang sekepala tu.

"Hahaha, whateverlah Adel... Kita punya semua ada kelemahan, kita pun ada kelemahan. Dah-dah, toksah lah hang nak merajuk lagu tu... buruk beno rupanya!" Ujar Hidayah dalam pelbagai loghat.

Aku dah tak jadi merajuk. Saja aje nak merajuk, saja nak suruh dorang semua tu pujuk aku walhal aku tak merajuk pun. Tapi adalah rasa sakit hati tu sikit-sikit. Biasalah, kawan-kawan kan... tak sah kalau tak sakitkan hati.

"Tahu pun takut kalau aku merajuk..."

"Tak kata pun takut. Helehhh." Fatin dah buat gaya menyampah. Kami semua sama-sama tergelak.

Tapi, itu semua cerita dulu-dulu. Sekarang ni, masing-masing dah ada kerjaya. Bukan lagi berada di zaman remaja. Tapi berada pada zaman dewasa. Masing-masing dah sibuk dengan dunia sendiri, malah dah ada suami dan anak lagi. Tinggal aku dengan Dayana, Hawa dan Niesa sahaja yang belum rasa alam perkahwinan.

Sekarang ni, aku dah Fattah masih lagi seperti dulu. Bercinta. Well, dulu tu cinta monyet. Tapi sekarang, tidak lagi, sebab dia dah jadi tunang aku. Sebahagian hidup aku lah kiranya.

Teringat masa dulu-dulu, pada mulanya aku cuma minat aje dengan Fattah. Sebab dia dikategorikan ciri-ciri lelaki idaman aku lah jugak. Sebab dia pakai braces, huhu! Mula-mula aku cuma minat biasa-biasa aje. Kadang-kadang adalah terserempak, tapi masing-masing langsung tak lemparkan senyuman. Yelah, kenal pun tidak kan.

Lepastu, tiba-tiba aje ada hari itu kami berdua terserempak. Dan tiba-tiba jugalah Fattah senyum dekat aku. Aku pula dah rasa macam dunia berhenti berputar gitu. Hahaha. Dan malam itu jugalah, Fattah tegur aku dekat Facebook.

Wahhh, bila ingat-ingat balik masa perkenalan aku dengan Fattah, unik juga kan. Aku dah ketawa sendiri.

"Hoiii, makcik! Dok ketawa, menggeleng apahal?"

Terus aku terpandang suara yang menegur aku. Aku menggeleng tengok Dayana yang tengah duduk di depan aku. Entah bila dia masuk pun, tak tahulah. Itulah Adel... berangan lagi!

"Tak ada apalah. Yang kau ni, bila masuk?"

"Itulah, berangan lagi! Aku masuk nak dekat sepuluh minit tau, engkau langsung tak sedar? Ya Allah..." Dayana menggeleng.

Aku tersengih. "Kau nak apa ni datang bilik aku?"

"Jom lah lunch! Laparlah." Dayana mengusap-usap perutnya. Lapar sangatlah tu. Itulah, pagi tadi aku dah buatkan sarapan, tak nak makan. Rushing sangat pi kejar ke klinik. Bukannya ada appoinment pun dia hari ini. Aku siap masak nasi goreng lagi, boleh pula dia blah macam tu aje.

"Tadi aku ajak breakfast, kau tak nak..."

"Itu breakfast, ni lunch!"

Aku geleng kepala beberapa kali bila tengok Dayana yang macam orang tak makan setahun. Akhirnya, aku akur juga ikut permintaan Dayana. Aku bangun dari kerusi. Sebelum pergi makan, aku dan Dayana ingin mengajak Niesa dahulu.

Aku dan Dayana menuju ke bilik sebelah, yakni bilik Doktor Niesa kitaaa gitu. Hahaha. Tadi yang sempat breakfast cuma Niesa dan Hawa aje. Mana taknya, aku dengan Dayana satu kereta, terpaksalah tangguh makan disebabkan Dayana. Niesa hanya memandu seorang diri, jadi dia tak punya masalah pun kalau lambat ke tidak. Lagipun, klinik gigi tu adalah titik usaha dan peluh kami bertiga yang bertungkus-lumus buka klinik swasta sendiri.

"Assalamualaikum doc. Boleh kami berdua masuk?" Dayana menyapa di balik dalam nada memerli. Walaupun Niesa sedang ada patient sekarang ini. Tetapi Dayana tetap juga bergurau.

"Waalaikumussalam, ya-ya... Silakan."

"Doc... busy nampak?"

"As you guys see... busy lah." Kata Niesa, tangannya lincah sedang mengecek gigi patient tersebut.

"Doc, we want go to somewhere for lunch. Do you want to join us?" Soal Dayana, suaranya diperlahankan walaupun perlahan, tetapi aku rasa kami berdua cukup mengacau si Niesa dengan pesakitnya.

"Just go. I'm busy, I have something to do." Niesa membalas seraya tersenyum, tetapi hanya sekejap kerana tumpuannya hanya kepada gigi pesakit tersebut.

"Okay, if anything happen, just call me or Dayana." Balas aku. Mata aku pula yang sibuk memerhatikan tangan si Niesa yang ligat mencapai alat-alat untuk pengecek gigi.

"No need to worry about me. There are many staff nurse out there."

"Okay, bye Niesa. Sorry if we're disturbing you." Balas aku Dayana. Kami sama-sama keluar daripada bilik Niesa. Malas nak ganggu dan memaksa Niesa lagi. Sudah terang Niesa sedang sibuk sekarang ini.

"Makan mana?"

"Emmm, aku teringin nak makan nasi arab saba. Jom?" Cadang Dayana. Aku berfikir sejenak. Okay juga... dah lama tak makan mandy chicken!

"Okay, jom!"

Lagipun, Restoran Saba tu tak adalah jauh mana jarak dengan klinik aku ni. Adalah mengambil masa lima belas minit perjalanan. Alang-alang hari ini free, sekali-sekala keluar makan jauh-jauh apa salahnya. Well, aku, Dayana dan Niesa yang punya klinik gigi tu. So, tak ada siapa yang berhak marah pun kalau kitorang keluar balik lambat. Cehhh, teriak pulok. Hahaha!

"Naik kereta aku ajelah..." Ujar Dayana. Aku hanya mengangguk. Tahu-tahu sahaja yang aku malas nak drive pergi ke Setiawangsa. Hahaha, Dayana memang bijak!

***********

"Kau nak apa, Del?" Soal Dayana.

"Macam biasa... mandy chicken!"

"Okay... aku nak kabsah lah. Dengan Milo ais, kau?"

"Apple juices."

Masing-masing dah tahu nak makan apa. Dayana pun tekan button 'Order' yang sudah tersedia di setiap meja. Restoran Saba memang macam tu. Pelayan tak datang ke meja bila adanya pelanggan macam di restoran lain, tapi sebaliknya pelanggan yang kena tekan button barulah pelayan akan datang.

Selesai sahaja pelayan itu mengambil pesanan, aku dan Dayana pun memulakan bicara. Sementara tunggu makanan sampai, baik berborak dulu.

"Kau dengan Azzam, bila nak nikah?" Soal aku, prihatin.

Sampai sekarang, aku langsung tak tahu bila Dayana dengan Azzam akan bernikah. Sebab, Dayana dia nak rahsiakan dulu bila pernikahan mereka berdua. Kononnyaaa. Hahaha.

"Sebab tulah aku ajak kau keluar ni."

Dayana seperti nak meneruskan kata-katanya, jadi aku tak menyampuk. Hanya membiarkan Dayana yang ingin menuturkan kata-kata.

"Aku nak bagi kad kahwin ni. Insyaallah, dua minggu lagi kitorang nikah. Persiapan semuanya dah siap. Mak aku yang siapkan. Maklumlah, mak aku teruja bila anak sulongnya nak berkahwin." Ujar Dayana kemudian ketawa kecil.

Kad kahwin yang berwarna ungu dan kelabu itu, Dayana tolak ke depan aku. Aku mengambil dan lihat kad kahwin tersebut.

Uwaaaaaa, nak kahwin dah kawan aku seorang ni!

"Eh jap... wedding aku kan lagi tiga minggu?" Ujar aku. Dayana pula lagi dua minggu? Wah, dekatnya tarikh! Nasib baik tak sama.

"Eh, yeke? Nasib baik tak sama! Kalau tak, habis pening kawan kita nak kena datang dua wedding... Haha."

"Dulu beriya nak lupakan... sekarang dah jadi suami! Wooo..." Aku tersenyum mengejek. Kebanyakkannya kawan-kawan aku semuanya macam tu. Mula-mula semuanya nak lupakan lah apalah. Tapi tengok macam sekarang...

Nabilla dah kahwin dengan Ilham, ada anak lagi. Hidayah pula, kahwin dengan Fikri siap ada anak sepasang kembar lelaki dan perempuan lagi. Fatin dengan Ikhwan baru aje berkahwin. Tengok... semuanya nak lupakan, last-last melekat juga dorang semua tu.

"Dulu dan sekarang lain beb. Hahaha. Dulu, aku memang betul-betul lupakan dia. Sampai one day, mak aku suruh kahwin. Mak aku kata, kalau aku tak ada yang minat atau dalam erti kata lain... boyfriend, mak aku akan carikan aku calon suami. Aku pun ikutkan aje, sebab, apa yang terbaik untuk mak aku, terbaik jugalah untuk aku. Mak aku siap suruh berjumpa lagi dengan bakal suami aku, kononnya nak berkenalan dan kenal isi hati masing-masinglah..." Panjang lebar Dayana bercerita, Dayana seperti ingin menyambung, aku hanya menjadi pendengar yang setia.

"Rupanya... Azzam lah bakal suami aku. Dan paling tak sangka, mak aku dan mak Azzam bestfriend rupanya. Serius tak sangka. Mula-mula terkejut juga aku. Tapi malam tu... aku tengok dia macam ikhlas aje terima aku, terima seadanya. Aku pun dah terbuka hati jugalah nak terima dia. Last-last, melekat juga... Haha." Dayana ketawa kecil, aku pun turut ketawa sama.

Unik kisah percintaan kawan-kawan aku ni.

Memang unik. Tapi, kalau dah ditakdirkan untuk bersama, apa pun boleh terjadi semuanya dengan izin Allah S.W.T.

Elok aje makanan pun sampai lepas Dayana habis bercerita. Yang bestnya Restoran Saba ni, makanan dia penuh satu pinggan. Ikutkan, satu pinggan boleh makan dua tiga orang jugalah. Tapi lain aku dengan Dayana hari ini, pelahappp aje sampai habis! Disebabkan Dayana rushing gila pagi tadi, sampai tak sempat nak breakfast. Itulah sebabnya aku dan Dayana kelaparan.

Habis sahaja makan, aku dan Dayana terus aje ke kaunter nak membayar. Nak dekat seratus jugalah bill kami berdua. Almaklumlah, satu pinggan aje dah nak dekat RM50. Nampak mahal, tetapi berbaloi. Sebab nasi yang banyak lagi puas, ayam dia pun besar. Dahlah banyak, sedap lagi!

Ni kalau hari-hari pergi Restoran Saba, orang yang tak mengandung pun dikategorikan orang mengandung tau!

"Weh... jom pergi kedai buku tu jap!" Ajak Dayana. Aku hanya menurut. Lagipun, bolehlah juga aku membeli buku pasal Forensic Dentistry, sebagai ilmu tambahan. Alang-alang tu, aku nak juga beli novel. Maklumlah, weekend aku tidak akan lengkap jika tiadanya sebarang pembacaan.

Masuk sahaja ke dalam kedai buku itu, masing-masing diam dan sibuk mencari buku yang ingin dicari. Masing-masing khusyuk mencari buku.

Aku mengeluh. Kedai buku ni langsung tak ada jual bahan tentang medic tau. Yang ada cuma law aje. Heh, kecewa betul aku.

"Kau cari buku tajuk apa?"

"Aku cari buku keluaran terbaru, SUAMIKU PALING SWEET dengan SAYA KENAL SAYANG SAYA. Tapi tak ada... belum sampai lagilah tu. Kau?"

Aku mengeluh sebelum menjawab, "Nak cari buku Forensic Dentistry tapi tak ada."

"Kita pergi MPH nak tak?" Cadang Dayana.

Bulat mata aku pandang Dayana. "Habistu, klinik? Niesa?" Soal aku, bertubi-tubi. Bukan klinik sahaja aku risaukan, tapi Niesa juga. Buatnya ada ramai pula pesakit yang datang, tak pasal-pasal dia seorang aje yang buat kerja. Memanglah ada jururawat sama, tapi risaulah. Tak adillah kalau klinik tu dibuka oleh tiga orang tapi yang lakukan kerja cuma seorang sahaja.

"Tunggu... aku mesej dia. Kalau dia kata okey, kita pergi ajelah. Macam tak biasa." Dayana ketawa seraya menggeleng tengok aku yang risau macam Niesa tu anak kecil yang sedang berada di rumah seorang diri. Heh!

Sambil tunggu Dayana hantar mesej dekat Niesa, kami sama-sama menuju ke kereta. Bahaya kalau mesej di tengah jalan. Zaman sekarang, kejadian ragut banyak terjadi dekat sini. Bukan dekat sini sahaja, tapi di mana-mana. Jadi, kenalah berhati-hati daripada awal.

Masuk sahaja dalam kereta, Dayana pun bersuara.

"Dia kata okey. Pesakit tak ada pun."

Aku angguk. Biasalah, klinik swasta memang macam tu. Lagi-lagi klinik gigi. Orang sekarang mana nak dan rajin pergi ke klinik gigi. Orang takut nak cabut gigi adalah.

"But, we have a problem now."

"What problem?" Soal Dayana, mukanya berkerut.

"Aku mana tahu jalan ke MPH kat mana." Aku tersengih apabila melihat Dayana pasang muka geram sebegitu.

"Lain kali... bagitahu awal-awal. Kan dah susah nak kena tukar seat bagai." Dayana geleng kepala. Kami sama-sama keluar dan tukar tempat duduk.

"Sorry cik a.k.a bakal isteri Azzam!" Sempat lagi aku bergurau dengan Dayana.

*****************

Baru pertama kali aku jejakkan kaki ke MPH Shah Alam. Dan disebabkan pertama kalilah, aku dah mula jatuh cinta dengan kedai buku ini. Sebab, apa yang dicari, semuanya ada. Walhal, buku yang tak terfikir dalam otak aku untuk beli pun, aku nak beli. Sebab, banyak buku yang berguna untuk aku beli.

Lepas pilih buku pasal dental, aku terus ke tempat di mana letaknya buku tentang islamik. Kerja-kerja juga... menambah ilmu pun, menambah ilmu juga... yang penting, ilmu dunia akhirat pun perlu juga.

Lantas, aku capai buku 'Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan'. Sebab, buku ini bila dibaca sinopsisnya, terus aku tertarik untuk beli.

Aku tuju ke tempat di mana Dayana berada. Biasalah Dayana, kalau dah sampai kedai buku, mesti novel cinta aje yang dia tuju dulu.

"Cakkk!" Sengaja aku nak terkejutkan Dayana, tapi Dayana bolehlah pula dia buat tak tahu. Pandang pun tidak, apatah lagi nak melatah.

"Wahhh, khusyuknya kau!" Tegur aku bila tengok Dayana yang langsung tak layan aku.

"Ish, jangan kacau. Aku tengah pilih ni. Kusut, tak tahu nak pilih mana satu."

Aku tergelak apabila Dayana yang sedang khusyuk membaca sinopsis novel. Akhirnya, aku membiarkan sahaja Dayana memilih buku. Aku pula sibukkan diri mencari novel cinta juga, bolehlah weekend aku yang penuh dengan masa lapang tu diisi dengan membaca novel.

Selalunya, orang bila dah bertunang, akan keluar sama-sama, tak pun berhubung. Tapi, lain pula aku. Aku ni, nak telefon pun segan. Entahlah kenapa, dulu masing-masing berebut nak menelefon. Tapi sekarang, malu-malu pula. Maklumlah, dulu study tempat lain-lain. Terpaksalah menanggung rindu. Bila dah lama-lama tak jumpa, tiba-tiba dua-dua rasa janggal pula.

Macam mana boleh bertunang? Haaa... ini aku nak cerita!

Dulu, waktu raya masa aku berada di tingkatan dua, aku adalah ajak Hidayah, Nabilla, Adam dan juga Fattah ke rumah aku untuk beraya. Ada ajak yang lain-lain, tapi masing-masing busy. Last-last beraya lima orang aje.

Lepastu, masa nak keluar berjalan, kononnyalah nak tangkap gambar buat kenangan. Sebelum keluar tu, tiba-tiba aje Nabilla jerit dekat ibu aku.

"Makcik! Fattah tu bakal menantu Makcik!"

Terus terkejut aku waktu tu. Tak sangka Nabilla bagitahu ibu aku. Nasib baiklah ibu aku orangnya sporting, langsung tak kisah anaknya bercinta di zaman sekolah, tapi asalkan, tak buat perkara yang tak elok dan tak senonoh.

Teringat cerita dulu-dulu. Hesh... Rindu pula dekat Fattah.

"Dah habis pilih dah. Cukup sepuluh novel ni." Ujar Dayana. Bulat mata aku pandang bakul milik Dayana yang berisi sepuluh buah novel. Itu tak masuk lagi buku-buku medic dia tu.

"Kau ni hantu novel ke apa..." Ujar aku tak percaya.

"Hehehhh..." Dayana tersengih-sengih. Aku hanya menggeleng. Lantak kaulah Dayana, nak jadi hantu novel ke, mayat novel sekalipun, biarlah. Janji bukan duit aku! Hoho!

Aku dan Dayana pun menuju ke kaunter, nak bayar buku yang telah dipilih.

"Kau tak nak pilih lagi ke?" Soal aku kepada Dayana. Aku berjalan tak pandang ke depan, tetapi sebaliknya mengundur.

"Tak kot... Eh Del..."

Terus mati langkah aku apabila terasa seperti terlanggar seseorang yang berbadan sasa. Huwaaaa, tak berani aku nak pandang belakang. Kalau... dia gangster macam mana? Naya aku!

"Eh, Adel..." Aku pandang belakang. Suara macam aku kenal.

Gulp.

**************

"Eh, Adel... Beli buku ke?" Soal Fattah.

Aku pandang Fattah atas bawah. Apasal handsome sangat ni? Ishhh! Terus aku geleng kepala. Jangan... jangan pandang macam tu, nanti tergoda!

Terus aku pandang Fattah, buat muka tak suka.

"Taklah, cuci pinggan." Balasku sinis. Dayana yang berada di belakang aku, tergelak-gelak sakan. Tetapi suaranya dia kawal perlahan. Kau kawallah suara kau macam mana pun, aku dengar jugak Dayanaaa!

Fattah tergelak. "Nakal."

Aku buat muka bersahaja. Malas nak layan Fattah. Merajuk! Haha.

"Rindulah..."

Tak tanya pun?

Aku masih lagi diam tak terkata. Dayana yang berada di belakang, berdiri di sebelah aku.

"Aku bayar dululah Adel... tunggu kau, bila nak habis pun tak tahulah. Oh ya, lagi satu... kalau nak dating, pi lah tempat sweet sikit. Ini dekat kedai buku... hok aloh!" Ujar Dayana kemudian berlalu ke kaunter dengan sisa ketawanya.

Aku dah makin geram dengan Dayana, bercampur dengan geram Fattah. Tahu rindu, kenapa tak call aku? Saja buat aku tertunggu-tunggu panggilan dia!

"Tak rindu saya ke?"

Aku masih lagi bersahaja.

"Oh, saya cakap dengan kayu rupanya."

Makin panas telinga aku, makin bertambahlah merajuk aku! Kayu hek kau! Aku merajuk dengan kaulah, sebab itulah aku diam aje. Hishhh!

"Adel... say something. Awak belum bisu lagi kan?"

"Tulah awak... siapa suruh buat saya tertunggu-tunggu!" Balasku geram. Kalau boleh, dah lama aku pukul badan dia tu. Tapi aku sedar, masih belum halal untuk disentuh walaupun berlapik.

Dia tersenyum mengherot. "Rindulah tu..."

"Tak adalah, benci gila sampai merajuk macam ni haaa!"

"Lahhh, patutlah diam aje, merajuk rupanya sayang saya ni." Fattah buat suara manja dan suaranya seperti memujuk. Aku dah tersenyum. Saja buat kelakar.

"Haaa, boleh pun senyum. Terubat rindu saya tengok awak senyum tau."

"Awak pergi mana haaa? Seminggu menghilang, rindu tahu tak?" Tanya aku, masih lagi geram dengan Fattah.

"Saya busy... Sorry." Muka Fattah seperti merayu. Hishhh, inilah yang parah ni! Asal tengok dia buat muka comel aje, mesti aku mengalah. Heshhh.

"Lain kali, jangan buat lagi. Promise?" Aku hulur jari kelingking aku, supaya suruh dia berjanji.

"Janji," Baru sahaja dia nak berlaga jari kelingking dengan jari aku, aku terus mengelak.

"Tunggu halal dululah, baru boleh pegang." Aku jelir lidah. Saja aje nak kenakan dia tadi, tapi dia sahut pula cabaran aku. Heh!

Aku terus menuju ke kaunter. Dan... alamak! Macam mana aku boleh terlupa pasal Dayana ni? Parah, parah! Jangan-jangan Dayana tengah tunggu aku dekat luar. Kesian dia...

Pantas sahaja tangan aku mengambil telefon di dalam handbag aku, nak telefon Dayana. Elok aje nak on phone, tiba-tiba mesej masuk daripada Dayana.

Aku tunggu kau lama sangat weh! Aku balik dulu! Lagipun, kau ada Fattah kan? Suruh dia hantarkan kau balik, okay? -Dayana

Ahhhh, ingatkan Dayana tunggu aku berjam-jam, tapi sebaliknya lah pula. Dia tinggalkan aku adalah! Eiiii, Dayanaaa! Balik nanti, dekat rumah siaplah kau!

Elok aje Fattah pun berdiri di sebelah aku. Keningnya terangkat sebelah.

"Siapa tu?"

"Dayana..." Jawab aku.

"Oh..."

Aku pun bayar. Dalam kepala, ligat berfikir... nak cakap apa dekat Fattah nanti? Takkan nak cakap, aku nak tumpang dia, sebab Dayana tinggalkan aku? Ishhh, seganlah pula. Akhirnya, sampai keluar pun aku diam tak bercakap dengan Fattah yang aku nak tumpang dengan dia.

"Makan jom?"

"Kenyang lagilah. Tadi baru aje makan mandy chicken dengan Dayana."

"Emmm, nak balik dah ke? Saya hantarkan, jom?"

Haha! Tak payah cakap pun tak apa, awal-awal lagi Fattah dah ajak!

"Tak susahkan awak ke?"

"Susahkan apanya... future wife nak tumpang kereta, apa salahnya." Balasnya sambil tersenyum-senyum yang menampakkan barisan giginya yang tersusun elok itu. Huhu! Aku hanya mengikut langkahnya menuju ke kereta milik Fattah.

Aku baru aje nak buka pintu kereta, tiba-tiba tangan Fattah lebih pantas membukakan untuk aku. Ahhh, memang lelaki idaman aku! Memang daripada dulu lagi, aku nak suami yang bukakan pintu kereta untuk aku, tanpa dipinta. Mengada kan? Apa salahnya mengada dengan suami, kah!

Sepanjang perjalanan, kami berdua hanya terdiam. Langsung tak tahu nak cakap apa. Fattah pula lebih senang mendiamkan diri, supaya lebih senang untuk fokuskan kepada pemanduan. Ish, tak boleh jadi, bosan sangat ni!

Aku terus bukan radio. Elok aje lagu kegemaran aku, bermain di corong radio.

Baby, I'm preying on you tonight
Hunt you down eat you alive
Just like animals, animals, like animals-mals

Maybe you think that you can hide
I can smell your scent for miles
Just like animals, animals, like animals-mals
Baby, I'm

So what you trying to do to me
It's like we can't stop we're enemies
But we get along when I'm inside you
You're like a drug that's killing me
I cut you out entirely
But I get so high when I'm inside you

Yeah, you can start over, you can run free
You can find other fish in the sea
You can pretend it's meant to be
But you can't stay away from me
I can still hear you making that sound
Taking me down, rolling on the ground
You can pretend that it was me
But no

Baby, I'm preying on you tonight
Hunt you down eat you alive
Just like animals, animals, like animals-mals

Maybe you think that you can hide
I can smell your scent for miles
Just like animals, animals, like animals-mals
Baby, I'm

So if I run it's not enough
You're still in my head forever stuck
So you can do what you wanna do
I love your lies, I'll eat 'em up
But don't deny the animal
That comes alive when I'm inside you

Yeah, you can start over you can run free
You can find other fish in the sea
You can pretend it's meant to be
But you can't stay away from me
I can still hear you making that sound
Taking me down rolling on the ground
You can pretend that it was me
But no

Baby, I'm preying on you tonight
Hunt you down eat you alive
Just like animals, animals, like animals-mals

Maybe you think that you can hide
I can smell your scent for miles
Just like animals, animals, like animals-mals
Baby, I'm

Don't tell no lie-lie-lie-lie
You can't deny-ny-ny-ny
That beast inside-side-side-side
Yeah, yeah, yeah

No, girl, don't lie-lie-lie-lie
You can't deny-ny-ny-ny
The beast inside-side-side-side
Yeah, yeah, yeah

Yo...
Whoa...
Whoa...
Just like animals, animals, like animals-mals
Just like animals (yeah...), animals (yeah...), like animals-mals (yeah...)
Ow

Baby, I'm preying on you tonight
Hunt you down eat you alive
Just like animals, animals, like animals-mals

Maybe you think that you can hide
I can smell your scent for miles
Just like animals, animals, like animals-mals
Baby, I'm

Don't tell no lie-lie-lie-lie
You can't deny-ny-ny-ny
That beast inside-side-side-side
Yeah, yeah, yeah

No, girl, don't lie-lie-lie-lie
You can't deny-ny-ny-ny
That beast inside-side-side-side
Yeah, yeah, yeah
(Animals by Maroon 5)

Ini yang aku sayang radio era lebih ni. Selalu keluar lagu favourite aku. Fattah pun turut layan sama lagu Animals. Siap gerakkan kepala lagi.

"Emmm, Adel..."

"Ya?" Sahut aku apabila Fattah memanggil nama aku. Radio yang tadinya terpasang, terus Fattah tutup. Aku makin pelik. Elok aje nak dengar lagu Pompeii by Bastille, tiba-tiba aje dia tutup. Kacau...

"Wedding kita lagi tiga minggu kan?"

"Yup, kenapa?" Soal aku. Teruja? Gila tak teruja! Dah bertahun bertunang dengan Fattah, dan akhirnya aku dan dia bakal bernikah, siapa yang tak teruja?

"Dah bersedia?" Soal Fattah.

"Insyaallah." Balas aku.

"Alhamdullilah. Cuma..."

"Cuma apa?" Soal aku cepat. Selalu dalam novel, kalau ada perkataan cuma... tapi... ni, selalunya orang cakap macam tu ada makna. Haaa, ini yang risau ni. Fattah tak nak kahwin dengan aku ke?

Ishhh, cetek betul fikiran kau Izzatul! Tak payahlah nak terpengaruh dengan novel. Itu kan semuanya karut belaka? Haih!

"Cuma..."

"Cuma apa Fattah? Awak jangan buat saya risau boleh tak?!" Soal aku, kasar.

Fattah tergelak. "Risau sangat awak ni lah. Belum apa-apa dah potong cakap saya. Bagilah saya habiskan ayat saya, barulah potong sayang."

Gulp.

Jantung aku berdetak kuat. Sayang?

"Haa, haa! Ni apasal buat muka macam cicak kena cekik ni? Itu baru panggil sayang, belum panggil nama manja yang lain lagi..." Fattah terus mengusik aku.

"Ish, cepatlah cakap. Apa yang cumanya?"

"Ermmm, nanti mesti saya rindukan awak. Sebab, mak saya tak kasi kita keluar tiga minggu sebelum nikah sebenarnya. Darah manis katanya. Jadi, harini dah jumpa... apa kata, kita luangkan masa kejap?" Cadangnya.

Aku terkejut jugak. Tiga minggu tak boleh jumpa? Sebab darah manis aje? Sungguh karut! Tapi, aku turutkan ajelah. Bakal ibu mertua aku jugak.

"Nak pergi mana?" Soal aku.

Fattah dah tersenyum. Aku tak tahu apa makna senyumannya.

"Just wait and see."

Dan sekali lagi...

Jantung aku berhenti berdegup!

**************

"Adel... bangun, dah sampai." Aku terasa seperti ada orang yang menggoncang bahu aku.

"Ayah... Atul period, bagilah Atul tidur kejap. Weekend ni rugi kalau tak tidur lama-lama..." Balas aku dengan mata yang masih lagi tertutup rapat.

"Hahaha!" Aku terdengar seperti ada lelaki yang ketawa. Lelaki mana pula yang masuk dalam bilik aku ni?

Ini bukan suara milik ayah ni. Terus segar mata aku. Dan apa yang aku lihat kini adalah Fattah, bukannya ayah aku dan aku berada di dalam kereta dan bukan di dalam bilik aku! Uwaaa, malunya!

Aku pandang Fattah yang masih lagi dengan ketawanya.

"Dah-dahlah tu gelakkan saya!" Handbag aku, aku pukul badan bahunya.

"Ouch, sakitlah! Haha. Okay-okay. Funny lah awak ni."

"Banyaklah awak punya funny." Balasku, geram. Aku terus pandang keluar. Taman? Buat apa dekat taman permainan ni?

"Dah jom, keluar."

Aku hanya mengikut, walaupun dalam kepala jenuh memikir nak buat dekat taman petang-petang macam ni? Bukannya ada anak kecil pun yang dia bawa aku ke sini tu, kenapa? Pelik. Biarlah. Kot-kot dia nak feel macam budak-budak kot. Haha!

"Tahu tak kenapa saya bawa awak ke sini?"

Aku geleng. Walaupun kita saling mencintai... tapi kita tidak mempunyai hati yang sama, Fattah. Sebab itu lah saya tak tahu apa niat awak. Ish Fattah ni, soalan dia...

Aku hanya memerhatikan si Fattah menuju ke but keretanya. Aku hanya memerhati dia yang mengeluarkan tikar. Ehehhh! Nak buat apa pula dengan tikar tu?

"You must be curious what am I doing right now." Fattah tersenyum senget. Aku hanya tersengih tanpa bicara.

"Come," Fattah mengajak aku supaya duduk di sebelahnya. Aku hanya mengikut. Fattah, Fattah... Dating dekat taman juga dia ni.

"I just want to make a sweet memories from us." Ujarnya, tanpa dipinta. Aku masih lagi diam. Tak tahu nak cakap apa. Hanya membiarkan Fattah yang sedang khusyuk melihat awan. Aku pun lihat awan sama, sambil terduduk.

Tapi, kalau dalam TV... biasanya, pelakon akan berbaring sambil menghadap sesama sendiri sambil menikmati keindahan alam dan melihat awan. Tapi berbeza aku dengan Fattah, hanya terduduk bersila jaraknya pula lebih kurang 15cm.

"Adel... dah kahwin nanti, awak nak panggil saya apa?"

Aku pandang dia. Alamak! Tak terfikir pun lagi.

Memandangkan umur aku dengan dia, sama. Jadi, aku panggil ajelah 'awak saya'.

"Awak saya ajelah. Okay ke?" Soal aku balik.

"Erm, kenapa tak... abang?" Soal Fattah, matanya tepat memandang mata aku. Terus aku pandang ke atas awan. Lebih selesa begitu daripada terus dipandang oleh Fattah. Boleh mati katak aku kalau Fattah asyik pandang aje.

"Kitakan sama umur... Lagipun, saya tak biasa." Balas aku, tenang. Tenanglah sebab pandang awan. Kalau pandang dia? Berjam-jam juga nak habis ayat aku, asyik gagap aje!

"Awak kena juga biasakan. Kalau tak... awak kena panggil saya sayang." Terus mata aku pandang Fattah yang dah tersengih nakal.

Sayang? Alamakkk! Lagi tak biasa!

"Yelah bakal encik suami." Balas aku, tersenyum.

"Nanti, awak nak anak berapa?" Soalnya lagi.

WHAT?!!!

Pantas sahaja tangan aku ni mencubit lengan Fattah. Fattah menahan kesakitkan. Aku pula yang terkejut dengan perilaku aku sendiri.

"Sorry, sorry... Tindakan refleks tadi. Sorry." Ujar aku, serba-salah. Itulah, tanya lagi soalan yang macam tu, kan dah kena cubit.

"Garangnya awak ni. Mesti lebam lengan saya, boleh tahan 'ketam' awak." Balas Fattah, tangan sebelahnya menggosok lengannya yang aku cubit tadi.

Terus aku gelak.

"What so funny, my dear?"

"Harap badan aje sasa, tangan ada muscle, tapi cubit sikit pun dah sakit!" Aku masih lagi tergelak. Fattah yang berada di sebelah mahu mencubit pipi aku, tetapi cepat aku bangun dan berlari.

Haha! Tak pasal-pasal taman permainan ni riuh dengan suara aku dan Fattah yang berlari berkejaran. Terus terngiang-ngiang lagu Seiring Sejalan dalam pemikiran aku.

Seiring dan sejalan
Seindah bunga di taman
Bak burung nan megah
Kanda kupuja
Bahagia kita berdua
Berlari berkejaran
Lupakan segala duka
Di kota di desa
Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua...

"Haha, awak ni harap aje pendek! Tapi lari laju. Penat saya kejar." Fattah dah mula mengalah. Tergelak-gelak aku tengok dia yang termengah-mengah.

"Itulah, lain kali tahu makan aje, exercisenya tak ada!"

Aku kembali duduk di atas tikar milik Fattah. Fattah pun datang dekat dengan aku, duduk di sebelah aku seperti tadi yang ada jaraknya.

"Oh Adel... You're like a drug that's killing me." Ujar Fattah. Senyumannya menggoda.

Drug? Mengkhayalkan?

Terus aku teringat lagu Animals yang tadi baru sahaja aku dengar di corong radio di dalam kereta Fattah.

But we get along when I'm inside you
You're like a drug that's killing me
I cut you out entirely
But I get so high when I'm inside you...

Cuma bezanya, di sebelah aku bukan ANIMAL, tapi MANUSIA.

"Thank you, you really made my day!!"

Aku tersenyum sambil memandang Fattah. Siapa sangka, dating dekat taman itu tak sweet? Sweet apa!

"Oh Izzatul... I really can't wait for our wedding!"

Samalah dengan saya, Fattah! Huhu, gatal.

*******************

"Yeayyy, kawan aku dah kahwin!" Jerit Nabilla kegirangan. Aku menggeleng. Dah jadi mak orang pun... perangai macam budak-budak.

"Kau ni, dah jadi mak budak kot... tapi macam bukan mak budak." Ujar aku. Sekarang ini, aku sedang melayan tetamu-tetamu yang datang ke majlis aku. Fattah pula, sibuk melayan rakan-rakannya.

"Lepas ni... turn Hawa dengan Niesa ajelah!" Hidayah dah jeling-jeling dekat Hawa dengan Niesa. Hanya tinggal dua orang tu ajelah yang belum kahwin. Dayana pun, baru aje lepas merasai alam perkahwinan.

"Insyaallah..." Balas Hawa malu-malu.

"Hahaha, insyaallah lah. Doakanlah ya." Jawab Niesa pula. Tadi, yang jadi pengapit aku adalah Niesa. Pengapit Fattah pula ialah Rahmuni. Tapi, apa yang aku perasan, pengapit lebih sweet daripada pengantin. Yang pengapit pula lebih-lebih tersenyum bagai. Heh!

Aku ikut ketawa. Meriah betul bila adanya kawan-kawan aku ni. Semuanya kecoh-kecoh belaka. Daripada dulu sampai sekarang, perangai masih tak ubah. Aku tercari- cari, di mana kelibat Fatin... rasanya Fatin datang tadi dengan suaminya, Ikhwan.

"Eh, korang. Mana Fatin? Dia datang kan?"

"Tu... tengah pelahap sana tu!" Hidayah memuncungkan bibirnya ke arah Fatin yang sedang enak makan nasi minyak. Ewahhh!

Kami berenam terus menuju ke meja di mana Fatin dan Ikhwan duduk.

"Hoiii! Sedapnya kau makan kan? Langsung tak sedar aku kat sana tu." Aku menggeleng. Fatin pula tersengih-sengih.

"Lapar..." Balas Fatin. Perutnya yang sedikit memboyot itu aku perhatikan. Memang wajar pun dia lapar, berbadan dua kan...

"Mana suami kau?" Soal aku.

"Ada tu, dengan Anap and Fik. Tengah berbual." Balas Fatin, kemudian menyambung kembali menyuap makanannya. Alahai Puan Fatin. Layanlah pengantin ni dulu!

"Aku pula yang terasa lapar tengok kau makan!" Ujar Nabilla.

Semua memandang Nabilla.

"Kau ada isi lagi ke wehhh?!!!" Soal Hidayah teruja.

"Haah, anak kedua ke? Hebatnya Ahnaf Ilham!" Balas Fatin, dengan mulut yang penuh dengan nasi itu. Aku menggeleng tengok si bakal emak ini.

"Apa kes ni?" Soal Ilham, dia datang dengan anaknya yang berumur dua tahun lebih di dalam dukungannya. Ilham terus memeluk pinggang ramping Nabilla.

"Bini kau... berisi lagi ek?" Soal Dayana.

Ilham dan Nabilla saling berpandangan, kemudian memandang kami semua. Dan... angguk.

Wahhh, meriah betul ni! Bertambah lah lagi seorang anak buah aku! Huhu.

Elok aje tadi Ilham datang, datang pula Fikri dengan dua stroller, Ikhwan, Azzam, Rahmuni dan Izziqri. Masing-masing berdiri sebelah isteri dan tunang sendiri.

Aku tercari-cari di mana si Fattah, suami aku ni. Tadi, ada aje dia dengan kawan-kawan dia berbual. Ni, yang ada cuma kawannya sahaja, si Fattah langsung tak nampak. Pelik betul.

"Hidayah... nampak tak suami aku?" Soal aku, mata masih lagi melilau mencari kelibat si suami. Tadi ada aje layan kawan-kawan dia, tapi... entah hilang mana pulak.

"Entah, adalah tu, layan saudara dia kot..." Hidayah yang sedang menggendong anak lelakinya, cuba menenangkan aku. Betul juga tu. Tak semestinya dia layan kawan dia aje, kenalah juga layan saudara mara dan ahli keluarga yang lain. Mungkin adalah tu di luar kot...

Aku pandang semua wajah rakan-rakan aku. Nabilla dengan Ilham... dulu, jumpa dekat Taman Titiwangsa asyik bergaduh aje. Last-last, melekat juga. Ada anak lagi... Suka aku tengok dorang ni, bahagia aje, lagi-lagi nak tambah seorang anak lagi. Ilham pula jenis yang suka tunjukkan kemanisan di hadapan orang ramai. Hidayah dengan Fikri pulak... dulu jumpa dekat Taman Layang-Layang dengan Fikri, sedih aje kawan aku seorang ni. Kononnya Fikri tu dah kahwin. Padahal, Rayhan tu anak buah Fikri. Akhirnya, Fikri dengan Hidayah pun melekat. Dapat pulak anak kembar sepasang. Mesra betul Hidayah dengan Fikri, yelah, si Fik pegang Raisha, yang Hidayah pulak pegang Raykarl. Pasangan bahagia sungguh. Fatin dengan Ikhwan pulak... yang si Fatin manja dengan Ikhwan bukan main, siap suruh suapkan makan lagi. Yang Ikhwan pula tak habis-habis mengusap-usap perut Fatin. Dayana dan Azzam... pasangan baharu, tapi mesra bukan main! Niesa dan Rahmuni, masih dalam ikatan pertunangan. Hawa dan Izziqri pula masih dalam perkenalan. Aku dan Fattah?

Ermm, baru berapa minit Fattah tak ada, aku dah risau!

Wedding aku ni, memang aku sediakan satu meja khas untuk rakan pengantin. Satu meja, ada kawan aku dan pasangannya. Meja VVIP lagi. Meriah meja ni dengan rakan-rakan aku apabila bersama dengan pasangannya dan anak-anak mereka. Sekarang ni, ada tiga orang baby. Akan datang... dua baby. Aku?

Hehehe, baru kahwin Izzatul! Relaxlah. Biasalah tu, perempuan. Semua nak merasa ada anak, semua nak merasa menjaga anak. Macam aku jugalah.

Tiba-tiba aje bunyi muzik lagu For The Rest Of My Life. Terus sahaja mata aku pandang ke atas pentas, di mana letaknya pelamin aku dan Fattah. Aku ternampak kelibat Fattah di atas pentas sambil memegang mike.

"This song is for my wife, my lovely wife... Izzatul Hanani Bt Kamarul Nizar. I love you, sayang. Enjoy this song."

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
Oooooh
And there's a couple of words I wanna say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Until the end of my time
I`ll be loving you, loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of U
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife & my friend & my strength
And I pray we`re together in Jannah
Finally now I've found myself, I feel so strong
I guess everything was changed when you came along
Oooooh
And there's a couple of words I wanna say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Until the end of my time
I`ll be loving you, loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you

I know it deep in my heart
& now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I sing it loud that I will love U eternally

Aku lihat Fattah turun dari pentas dan menuju ke arah meja yang aku duduki. Meja VVIP rakan-rakanku. Fattah sedang menuju ke tempat aku. Dia duduk melutut di depan aku.

"I love you, Izzatul Hanani..." Ujarnya sebelum menyambung kembali nyanyiannya.

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Until the end of my time
I`ll be loving you, loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you

I know it deep in my heart

Oh my... Gugur air mata!

Fattah mencapai tangan aku, lalu dikucupnya.

"Sweetnya lahai pengantin baru kita ni!" Jerit Hawa.

"Kan... teringin nak macam tu jugak..." Ujar Niesa pula.

"Dah tu... kahwinlah!" Jerit Hidayah, yang lain cuma tergelak sahaja apabila dua-dua sudah merah mukanya.

Alhamdullilah... berkat doaku siang malam, akhirnya Allah pertemukan jua jodohku. Alhamdullilah, terima kasih Ya Allah. And... I love you Fattah!

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment