Cerpen : Ilham & Nabilla 4

By : Nur Hidayah

Aku tinggal dekat kampung selama tiga hari. Hari ini, dah nak masuk dua hari aku menetap di kampung. Esok hari terakhir, dan aku dah boleh balik. Ilham pula, tak habis-habis nak stay dekat kampung aku lama-lama.

Kau tak kerja ke apa...

Selama dua hari ini jugalah, hubungan aku dengan Ilham makin rapat. Disebabkan kata-kata Ilham sewaktu di dalam kereta haritu...

"Saya mencari cinta yang tulus... orang yang setia. Tak kisah rupa paras, tapi yang pentingnya hati."

Aku terdiam. Kereta aku, suka-suka hati aje aku parking dekat tepi jalan raya highway PLUS ni. Sekali polis datang... naya weh. Terus ake gerakkan kereta, dalam keadaan perlahan sahaja aku memandu. Aku pandu pun, ambil port di belah kiri. Nanti keluar lagi ayat Ilham... mahu nazak kitorang. Kereta yang aku pandu bukan ke depan, tapi ke gaung pula...

"Saya dah lama tahu pasal dia. Dan saya tahu... awak pun tahu kisah sebenar my ex-girlfriend."

Memang tahu pun!

Kalau kau dah lama tahu... kenapa sekarang baru nak clash? Kenapa?! Aku dahlah sakit bila tengok kau sakit. Kena tipu hidup-hidup dengan makwe kau tu. Aku sedih, kalau kau sedih.

"Awak tahu tak... Dia tak pernah buat macam yang awak buat. Awak bagi saya coklat... teddy bear, surat dan sebagainya. Saya rasa... dihargai. Tapi, ex saya tu... saya yang selalu bagi dekat dia, tapi, ini yang dia balas..."

Aku tahu, mesti dia kecewa kan.

Oh, Ilham... Sabarlah! Kalau kau suami aku, dah lama aku peluk kau, memberi semangat dan kekuatan. Tapi masalahnya, you're not my husband yet!

"Sebenarnya... daripada dulu lagi, saya keliru dengan perasaan saya. Sebelum tidur, saya tak ingat dia... tapi AWAK. Saya sendiri pun keliru, saya sedang berpacaran dengan siapa sebenarnya?"

Aku diam lagi. Memberi ruang untuk dia meluahkan segala-galanya.

"Setiap malam... saya mimpi awak, bukan dia. Lagilah bila awak bagi saya macam-macam, rasa terharu gila... Rasa dihargai. Rasa... macam-macamlah yang saya rasa. Lama-lama cinta tu datang dengan sendirinya."

Aku masih lagi diam, fokus kepada pemanduan.

"Dan sampai sekarang, cinta tu tak pernah pudar. Saya dengan DIA sepatutnya dah lama tak ada apa-apa, sebab saya cintakan orang lain, bukannya dia. Tapi, disebabkan saya tak nak sakiti hati dia, saya... sanggup teruskan hubungan kami. Tapi, bila dapat tahu dia dengan orang lain, saya rasa... saya ni bodoh sangat cintakan orang yang tak cintakan saya. Saya terus jadi... rindukan awak."

Dia hela nafas.

Kemudian dia menyambung, "Siang malam saya doa, supaya Allah temukan saya dengan awak. Kalau betul awak jodoh saya... maknanya saya akan berjumpa dengan awak. Itu doa saya. Dan, sekarang... Allah betul-betul dah makbulkan doa saya. Saya dah buat keputusan untuk..."

Dia berhentikan ayatnya dan membetulkan suaranya.

"Will you marry me?"

Aku berhentikan kereta lagi. Tapi kali ni, betul-betul di hadapan rumah mak aku. Aku sendiri pun terkejut dengan apa yang keluar daripada mulut Ilham. Aku belum pekak lagi rasanya...

Terus dada aku berdebar.

Ilham membuka sebuah bekas kecil dan...

Ya Allah!

Terus keluar air mata aku.

Rupanya, cinta aku tak bertepuk sebelah tangan... Terima kasih Ya Allah, engkau makbulkan doa aku selama ni.

"Menungkan apa tu?"

Aku pandang belakang. Tersenyum dekat ibu yang sedang berdiri di belakang aku. Dia mengambil tempat di sebelah aku. Sama-sama menikmati kepekatan malam, melihat bulan dan bintang di langit.

Sungguh indah ciptaan Tuhan...

"Eh ibu, tak ada apa-apa pun..." Aku senyum.

Kami sama-sama diam.

"Ibu tengok... Ila sesuai sangat dengan Ilham." Aku pandang ibu, tak percaya. Ceh ibu... macam terima aje?

Ahaks.

"Kawan aje ibu..." Ujar aku, malu-malu. Ibu pandang aku, macam pandang mengusik.

"Kawan apanya... kalau begitu mesra. Main hujan sama-sama dekat sawah padi... awal pagi lepas subuh terus keluar nak tengok matahri terbit... Petang-petang tengok laut sama-sama... Makan pun duduk berhadapan. Macam... pinang dibelah dua."

"Ibu ni... kesitu pulak."

"Malu pulak lah Ila ni... Kalau Ila nak kahwin, ibu izinkan. Lagipun, ibu tahu, Ilham betul-betul cintakan Ila. Kalau tak... tak adanya dia paksa ibu ni terima dia sebagai menantu..."

Ehhh, biar betul?!!!

"Ibu ni, Ila nak kerja dulu..."

"Ila... ibu teringin nak tengok anak dara ibu ni kahwin... Tunggu abang kamu tu kahwin, memang tak bercucu lah ibu tau."

Aku tergelak.

Abang aku ni pun lah... Sepatutnya, dua-dua abang aku ni dah kahwin tau... Tapi disebabkan dua-dua tak nak kahwin sebelum aku kahwin. Katanya, nak tengok adik perempuan kahwin dulu, lepastu barulah dia nak kahwin.

Masing-masing dah ada calon. Disebabkan tunggu aku lama sangat... dua-dua ni pun dah bertunang. Cuma nikah aje belum. Haihhh. Ni aku bawa balik Ilham ni, dah tak pasal-pasal semua orang ingat aku bawa balik bakal suami... Alahai.

"Ibu rasa... Ilham tu memang betul-betul serius lah dengan Ila. Kalau tak, kenapa dia paksa ibu? Lepastu dia kata... dia memang cintakan Ila sejak Ila tingkatan dua lagi."

What?

Biar betul?

Weeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

Sukanya. Hahaha.

"Dia bergurau kot..." Aku cuba untuk berdalih, tak mahu suka terlebih-lebih. Takut nanti, adalah benda yang tak kena...

"Ibu tak yakin dia bergurau." Ujar ibu, serius.

Aku pula yang rasa sesak nafas. Ilham ni... kenapa eh dia tiba-tiba serius dengan aku? Sebenarnya, aku risau juga... kalau dia terima aku pun, sebab nak tak nak bekas makwe dia tahu yang Ilham sebenarnya boleh hidup tanpa bekas makwenya.

Ataupun... dia cuma nak hilangkan rasa kecewa dan sakit hati. Sebab itu dia gunakan aku... Hishhh, apa aku ni fikir benda dan perkara tak elok pulak ni?

Dah, dah. Stop thinking negative about him.

"Dah, masuk tidur. Jangan tidur lambat sangat tau." Pesan ibu, dia menepuk lembut peha aku, kemudian berlalu meninggalkan aku keseorangan.

Aku hela nafas.

Bintang-bintang di awan lebih menarik perhatian aku. Tiba-tiba rindu Ilham pula... even Ilham ada dekat rumah aku pun, aku boleh rindu dia. Ini kalau berjauhan... huishhh, entah apa nak jadi.

"Ingatkan orang la tu..."

Sekali lagi, ada suara yang menegur. Aku pandang belakang, sekilas kemudian tersenyum ke arahnya.

"Perasanlah awak ni." Dia mengambil tempat di sebelah aku, tetapi jaraknya jauh sedikit dari aku.

"Eleh, mata awak memang tak pandai menipu. Saya tahulah... kalau tak, kenapa saya tak boleh tidur? Rasa macam ada orang rindu... dan pastinya orang yang rindu saya mesti awak."

Aku jeling dia, kemudian menunjukkan lidah aku.

"Amboi ayat."

Kami sama-sama diam. Menikmati keindahan malam, sambil menikmati bulan dan bintang di langit. Aku ni... daripada tadi lagi dok tengok bulan dengan bintang. Haish.

"Saya tahu apa yang awak fikirkan."

Aku pandang dia tak berkelip. Dia tahu apa yang aku fikirkan? Gilalah... Ilham ni ada kuasa veto ke apa sampai boleh tahu apa yang aku fikirkan?

"Saya tak macam yang awak fikirkan. Saya betul-betul ikhlas mencintai awak." Ujarnya, dia memandang aku. Pandangannya betul-betul redup.

Aku tersenyum, angkat bahu. Tak tahu nak balas apa.

"Tak nak cakap something?" Soalnya, tersenyum.

"Cakap apa?" Soal aku balik.

"Cakaplah... I LOVE YOU ke, I MISS YOU ke... or something." Dia tersengih gatal. Aku menjelingnya.

Aku masih lagi senyap dan diam. Tak tahu nak cakap apa. Lidah ni terasa berat untuk berkata-kata. Rasa macam... janggal.

"Nur Fatin Nabilla... awak masih lagi belum jawab soalan saya."

"Soalan apa?"

Aku tengok, dia ada mengeluarkan sesuatu di dalam poket seluar trek milik abang aku. Aku hanya memerhati sahaja gelagatnya.

Oh my..............

Boleh tak, nak menangis sekarang?

Tak payah jawab pun, aku dah menangis!

"Saya tak cakap apa pun, awak dah menangis... HAHA." Dia gelak.

Aku tersengih, menahan malu.

"So... will you marry me?"

Perlahan-lahan aku mengangguk, mengiakan pertanyaan Ahnaf Ilham. Aku nampak, dia sedang tersenyum bahagia. Dia mengambil cincin di dalam bekas tersebut, nak pakaikan dekat jari manis aku.

"Aippp, tunggu sah dululah." Aku rampas cincin dari jarinya, dan aku pakaikan cincin tersebut di jari manis aku.

Dia tersengih, kemudian menyoal. "Tapi, kenapa awak menangis?"

"Awak ni... dah ada yang melamar, gila tak menangis. Lagi-lagi bila... orang yang melamar itu adalah, orang yang suka dan cinta selama beberapa tahun. Cinta yang saya pendam. Saya fikir... selama ni saya bertepuk sebelah tangan. Tapi, rupanya Allah makbulkan doa saya dan... jawapan dia hari ini, awak dah melamar saya." Jawab aku, tenang.

Aku lihat dia tersenyum, menampakkan giginya yang tersusun rapi dan putih.

"Alhamdullilah. Allah pun makbulkan saya supaya bertemu semula dengan orang yang pernah suka dan minat saya, dan orang yang pernah buat saya tak tidur malam." Dia tersengih.

Aku tergelak kecil, menahan malu.

"Oh Fatin, you're so cute... rasa nak cubit-cubit aje pipi awak tu tau." Aku mengelak apabila dia cuba untuk mencubit pipi aku.

Kami sama-sama tergelak.

Tiba-tiba terdengar ada orang tepuk tangan. Serentak aku dengan Ilham pandang ke belakang.

Laaa...

Jahatnya...

"Aippp Anap oi! Kalau nak cubit pipi adik aku, kena kahwin dululah brother..." Abang aku yang pertama, tiba-tiba menerjah kami berdua.

Aku pula jadi malu sendiri. Tak sangka pula kami berdua diperhatikan. Ada ibu, ayah, dan abang-abang aku.

Hishhh...

"Yeay, adik aku nak kahwin!" Jerit abang aku, Firhan.

Suka lah tu aku nak kahwin. Lepastu, turn dia pulak kahwin kan. Itulah pasal yang dia suka sangat tu. Haha.

Alhamdullilah...

Terima kasih Ya Allah!

Aku dengan Ilham saling berpandangan dan saling berbalas senyuman.

*************************

"Eh, eh pengantin ni! Jalan tu peganglah tangan... tak payah nak awkward sangat. Hish... Senyum sikit, tengok Anap tu... dia tak awkward pun." Hidayah membebel dekat aku.

Aku pula... terpaksa dengar cakap pengapit sebelah aku ni. Hidayah, dia memang. Kalau kawan kahwin... memang dia cop semua, dia nak jadi pengapit. Aku pun pi terima dia jadi pengapit aku, kan dah kena berleter...

"Ciumlah pipi dia..." Hidayah mengusik.

"Hoi! Agak-agaklah." Aku membisik ke telinga Hidayah.

Aku dengan Ilham, jalan beriringan sambil berpegang tangan. Seperti yang Hidayah suruh. Suruh pegang tangan, yang aku pula dia suruh peluk lengan dia. Macam-macam makcik sebelah aku ni membebel...

Sampai sahaja di atas pelamin, aku pun duduk dengan ayunya. Alahai... kali kedua jadi ayu. Semalam, first aku jadi ayu, duduk bersimpuh. Selama ni, aku main duduk aje, tak bersimpuh pun. Kangkang lagi ada. Ahaha!

Aku perasan, yang Hidayah dengan Fikri asyik pandang, lepastu senyum-senyum... Eleh, ni siapa yang jadi pengantin ni? Aku dengan Ilham ke, Hidayah dengan Fikri?

Choihhhhh sangat!

"Sayang bahagia?" Soal Ilham.

Aku mengangguk, "Mestilah bahagia apabila cinta sudah pun terbalas." Jawab aku, tenang.

"Abang pun bahagia... lagi-lagi orang yang curi hati abang tu dah jadi milik abang sekarang ni."

Aku tersenyum memandang dia.

"Eh, eh. Nak sweet dekat dalam bilik tau. Dekat sini, tumpukan dekat tetamu-tetamu korang..." Fikri mencelah. Hidayah pula tergelak.

"Eleh, korang tu, dok bermain mata. Aku sebenarnya confused, aku pengantin ke... kau dengan Hidayah yang pengantin?" Ilham memerli Fikri.

Hidayah tersengih. "Kalau aku pun pengantin apa salahnya. Haha!"

Aku menjeling Hidayah. "Gatal gilaaa."

Pengantin pun sempat berbual kan... hahaha. Habis sahaja persandingan, masa untuk aku dan Ilham makan beradab pula. Macam biasalah, pengapit mesti ada di sebelah aku dan Ilham. Tapi masalahnya sekarang ni...

Sepatutnya pengapit aku, Hidayah sebelah aku. Tapi lain pula jadinya. Hidayah pi duduk sebelah Fikri. Fikri sebelah Ilham. Dah tak pasal-pasal mak aku sebelah aku. Alahaiii...

"Biarkan dorang tu nak berloving. Yang penting sekarang ni... kita kena lawan dorang." Ilham mengenyitkan matanya. Aku jadi malu. Entah apalah Encik Ahnaf Ilham ni nak buat dekat aku...

HAHA.

Datang pulalah beberapa orang photographer, nak ambil gambar kami berdua. "Pengantin, sama-sama suap!"

Aku dan Ilham ikut sahaja apa yang dikatakan oleh si photographer.

"Okay!"

"Nice shot!"

"Good!"

"I love it!"

Ceh... ayat last tu, dah macam trademark McDonald pula. Bising betul photographer ni... Ambil ajelah gambar, buat kerja kau. Tak payah nak bising sangat. Haha.

"Sayang... I'm really really really in love with you..." Bisiknya penuh syahdu.

Alahai encik suami... janganlah sweet depan tetamu. Malu!

*******************************

-TAMAT-

*******************************

Tamat dahhh cerita cerpen ni. Ahahaha, semoga terhibur lah ya.

p/s : Makin seronok buat novel sampai tak hengat dunia nak baca buku. Hahaha, apa-apa pun, doakan kami berdua supaya berjaya dalam exam akhir tahun. Cewahhh.

No comments:

Post a Comment