Ku Kunci Namamu Di Hati Bab 17


"Kenapa mesti lambatkan?"

"Kau nak bina masjid, benda yang halal bukannya haram. Kenapa nak lambatkan?"

"Benda yang elok kenapa mesti lambatkan?"

Aku terdiam apabila semua bertanyakan soalan yang sama.

Aku tak ada jawapan yang bernas...

Aku pandang Fikri, dia hanya menunduk.

"Jawab ni ayah tanya!" Serentak aku pandang ayah. Muka ayah merah, menahan marah. Mestilah ayah marah kan... Tak ada ribut, tak ada angin, aku tiba-tiba sahaja nak lambatkan pernikahan.

Tapi...

Sama ajelah dengan mereka.

Tak ada ribut, tak ada angin, tiba-tiba nak cepatkan pernikahan.

"Orang..." Kelu. Aku tak ada ayat yang nak aku sampaikan. Jawapan apa yang harus aku bagi? Takkan nak jawab... "orang belum bersedia nak dirikan rumah tangga." Memang tak logik sangatlah kan.

"Fik takkan paksa kalau dia tak nak." Fikri bersuara, wajahnya masih lagi menunduk. Pasti dia malu... Ya Allah, apa aku buat ni?

Sekarang, baru aku sedar!

Dia menangis! Dia menangis sebab kau nak lambatkan pernikahan, can't you see that Hidayah?!

"Orang rasa... orang dah ubah fikiran!"

Dan sekali lagi, semua mata merenung tajam dekat aku. Seperti singa kelaparan, cuma Fikri sahaja yang masih lagi menunduk. Aku boleh nampak titik jernih jatuh dari matanya.

"Kau ubah apa pula kali ni?" Ashraf memandang aku tak puas hati.

"Orang ikut cakap mak dengan ayah. Kalau nak nikah esok pun, orang ikut juga!" Aku senyum.

Semua menghelas nafas lega.

Macam tu lah aku. Tak ada pendirian yang teguh. Buat sesuatu tak fikir dahulu. Macam tadilah... nak lambatkan kononnya rasa tak sedap hati.

Ahhh, itu semua setan yang menghasut!

Fikri tersenyum. Dia memandang aku, aku boleh baca fikirannya. Seperti mengucapkan tanda terima kasih dekat aku. Aku membalas senyumannya.

"That's my sister..." Nazmi tersenyum.

"Sorry... tadi orang fikir yang bukan-bukan. And I'm really really sorry. Orang menyesal cakap macam tu tadi. Sedangkan, orang dengan Fikri nak mendirikan masjid, benda yang elok... Tapi disebabkan orang ikut kata hati, semuanya musnah... orang menyesal cakap macam tu tadi... Maaf mak, ayah dan... Fikri." Ujar aku, sayu.

Kalau aku tak ikut kata hati tadi, mesti Fikri tak menangis sebab aku!

Susah nak cari lelaki yang menangis sebab perempuan. So, bila dah ada depan mata takkan kau nak lepaskan Hidayah?

He loves you eternally...

Teringat kata-kata abang.

Patutlah abang beriya-iya marah aku tadi. Mak dan ayah pun sama. Mungkin ini adalah pilihan yang terbaik untuk aku, dan boleh membuatkan mereka tersenyum melihat pilihan aku.

"Jangan salahkan diri sendiri... Dah-dah, perkara tu dah lepaskan. Hidayah pun dah ubah fikirkan. Nilah anak dara ayah Fik... Kejap itu, kejap ini. Buat something tak fikir dulu. Tapi, cepat aje dia ubah fikiran..." Mata ayah melirik dekat Fikri.

Aku tersipu malu.

Semuanya dah selesai...

Kalau aku terlampau ikutkan kata hati tadi, silap-silap tunang pun tak jadi... Ishhh! Jangan sebut dah! Let bygone be bygone. Forget the past.

"Eh dah jomlah... Tunggu apa lagi." Mak sudah mula mengangkat.

"Eh jap..." Semua yang bangun, memandang aku.

"Apa lagi dik? Jangan kata kau nak..."

"Eh apanya... Aku nak tukar baju dululah. Takkan nak pakai baju muslimah aje? Takkan Fik nak pakai kain pelekat dengan T-shirt aje?" Soal aku, angkat kening.

Semua tergelak.

"Dah pi, kamu berdua pi tukaq baju cepat. Kita ni dah tak ada masa sangat dah ni. Pi tukaq lekas!" Arah mak tegas, aku dengan Fikri cepat-cepat naik ke atas.

Hahaha, macam budak-budak!

*****************************

"Bagai pinang dibelah dua. Baju pun sama warna."

Uishhh, mak ni kalau puji memang melambung-lambung!

Masa aku tukar baju tadi, aku main pilih aje kot. Aku pilih blaus berwarna emerald green, macam biasalah... warna kegemaran aku. Kemudian, kain labuh berwarna hitam dan tudung berwarna coklat.

Aku hanya memakai lip gloss dan bedak sahaja. Malas nak make-up tebal-tebal. Dan aku ni memang tak suka pakai make-up, rasa macam semak sahaja muka ini. Biarlah natural, lagi senang.

Keluar sahaja daripada bilik, Fikri pun baru keluar juga.

Sama-sama pandang baju yang dipakai. Aku pandang baju Fikri, Fikri pandang baju aku. Dan sama-sama terpaku sekejap.

Capek punya pasallah ni... Boleh pulalah dia hantar baju warna emerald green dekat Fikri. Dahlah warna tu, warna favourite aku. Tak pasal-pasal dah sama.

Nanti bila dah sama, mesti semua bising...

"Eh, sedondon sangat..."

Ini yang malas nak dengar ni... Aku bukan tak suka bila orang puji, tapi masalahnya aku ni pemalu sangat! Selama ni tak malu pun...

Ceh, poyo...

"Lah, sama..." Fikri tengok baju aku, kemudian dia tersenyum.

"Kebetulan je..." Ujar aku.

"Tunang nanti, nak pilih warna apa? Kalau saya... nak warna merah."

Mak aiii...

"Awak ingat ni majlis Tahun Baru Cina?"

Dia sengih.

"Emm, warna putih lah, okay tak?" Soal dia.

Aku hanya mengangguk, tanda setuju.

"Woiii, lamanya korang berdua dekat atas!" Jerit Ashraf.

Serentak itu, aku dengan Fikri pun turun ke bawah. Lupa pula yang aku dengan Fikri sepatutnya nak kena pergi beli barang pertunangan. Fikri lah ni, soal pasal tunang. Aku pun dah lupa ada yang sedang menunggu dekat bawah.

"Coming!"

Aku turun ke bawah dan diikuti oleh Fikri di belakang. "Haaa, sedondon betul korang ni!"

Kan dah kata...

Mesti ada yang cakap kami berdua ni sedondon lah. Aku tersipu-sipu. Hishhh, Hidayah! Sejak bila kau pandai tersipu-sipu ni?

"Terima kasih dekat Capeklah... Kalau tak, tak sedondon kitorang hari ni."

Hamboihhh Fikri? Menyampah betul! Tak ada maknanya lah nak berterima kasih. Sebab Capek lah, aku dengan dia sedondon. Haishhh, kalau tak kerana mak dengan ayah tengah rushing sekarang ni, dah lama aku naik ke bilik balik, lepastu tukar baju warna lain.

"Dah jom. Kita dah lambat dah ni."

Aku mengangguk. Kami semua keluar dari rumah. Semua orang ikut, termasuk jugalah anak-anak buah aku. Irfan pun ada sama. Jadi, tak perlulah aku awkward sangat dalam kereta nanti.

"Mak dengan ayah naik dengan Nazmi. Ashraf dengan family dia, and dikkk... Kau dengan Fik tau! Kalau awkward sangat... Ambiklah anak aku ni haaa."

Haduhhh, benda yang aku nak elak jugalah yang mendatang!

"Orang naik dengan mak tak boleh ke?" Soal aku. Sudahlah aku berdua aje dengan Fikri... sungguh tak adil!

"Sorry, kereta aku full!"

Mak... Ini memang dugaan ke ataupun abang aku sengaja aje ni?

Tangan atas bahu, mata pandang atas, menyampeeeeehhhh!

Kunci kereta Myvi milik aku, aku hulurkan kepada Fikri. Biar dia yang drive, sebab, abang dah amanahkan aku untuk ambil Afrina daripada dia dan isteri dia. Jadi, driver I harini Fikri ok! Hahaha.

Nazmi menghulurkan anaknya, Afrina yang masih berumur sebelas bulan. Nasib lah ada anak kau kan, kalau aku berdua aje dengan Fikri... watch out Nazmi!

"Alololo Afrina yaaa... Daddy buli makcu, kesian makcu tau..." Aku mengadu dekat Afrina.

Semua orang sudah pun mahu bergerak, cuma aku sahaja lagi masih tercegat dekat depan pintu kereta. Tak masuk-masuk lagi. Sebab utama aku tak nak masuk lagi ialah, aku tak pernah naik satu kereta dengan lelaki yang bukan muhrim. Kedua, aku akan rasa janggal, ketiga, aku pasti akan rasa berdebar apabila hanya berdua dengan Fikri.

Walaupun aku tahu, adanya Afrina.

Tapi masalahnya, she's eleven months kot, mana tahu apa-apa!

Lagi satu masalah, aku takut juga... kalau-kalau Fikri bawa aku lari. Haaa, tak ke naya tu? Aku dah selalu jugalah baca novel, tak pun drama dekat tv. Selalu sangat... lelaki tu nampak aje baik, tapi bila berduaan dalam kereta, dia bawanya lari entah ke mana... Huishhh, seriau nih!

Hidayah... mana kepercayaan kau dekat Fikri?

Trust him!

InsyaAllah, dia tak akan buat apa-apa. Kalau dia betul cintakan kau, dia akan halalkan kau dulu, baru dia buat ikut suka hati dia. Dan kalau dia cintakan kau, dia takkan buat yang tak elok dekat kau. Trust him... Percayakan Fikri...

"Yahhh, awak nak ada red carpet baru nak masuk ke? Ke nak saya yang dukung? Kalau nak... boleh aje. Jom..."

"Ehhh! Saya tahulah nak masuk! Dah tepi!" Aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta apabila Fikri sudah datang mode mengusik dia tu.

Bukan mengusik...

Tapi mode gatal!

"Macam tulah girl saya..."

Aku jeling dia. Dia tersengih.

"Cepat sikit... Kita dah tertinggal dah ni." Aku mula nak membebel. Afrina yang berada di pangkuan aku, aku bermain dengannya.

"Ya Hidayah... Saya tengah kejar kereta family awak ni."

"Kita nak pergi mana? Awak tanya dorang tak?"

Fikri pandang aku sekilas, angkat bahu. Aku mengeluh... Kalau beritahu awal-awal, tak adalah nak kena rushing kejar kereta, nak kena potong sana, potong line sini. Masalah betul abang aku ni... yang aku pun satu, kenapa tak tanya dulu sebelum dorang bergerak?

"Tak apa, kita speed je! Macam yang awak buat masa bangun lambat dulu..."

Aku jadi malu sendiri. Teringat pula beberapa bulan yang lepas, masa tu aku dengan kawan-kawan aku semuanya bangun lambat, disebabkan tengok cerita Titanic dengan Romeo and Juliet... last-last, semua bangun lambat nak ke kelas. Dan terpaksalah aku speed, takut pensyarah marah punya pasal.

"Jealousnya..."

"Kenapa pulak?" Aku angkat kening. Tiba-tiba aje cakap dekat aku, yang dia jealous. Padahal... tak ada pun mana-mana yang aku tengah layan sekarang ni.

"Awak main-main mata dengan Afrina..."

Aku jeling Fikri tajam. Fikri tergelak, boleh pulalah dia main-main sekarang ni!

*****************************

"Yang ini okay?"

Aku geleng.

"Ini?"

Aku geleng lagi.

"Ni lawa tak?"

Lagi sekali, aku geleng.

"Hang ni! Penatlah mak nak memilih. Hang pilih lah sendiri." Mak akhirnya mengalah. Aku tersengih.

Bukannya apa... pakaian tunang yang mak tunjuk tu... macam pakai wedding. Aku nak simple aje time tunang. Tak nak elegant lagi, tak nak mahal-mahal lagi. Tunang aje pun. Kalau nikah tu... aku fahamlah kalau mak nak elegant, maklumlah, aku ni seorang sahaja anak dara mak, dan akulah orang yang terakhir yang nak tengok aku kahwin.

"Ni lah, simple je!" Aku menunjukkan baju berwarna krim yang aku pilih dekat semua orang, Fikri pun tengok aje baju yang aku pilih.

Simple je... Manik cuma ada di pergelangan tangan dan di pinggang. Kemudian, tudungnya pula, tudung halfmoon shawl berwarna krim. Sebab, aku ni memang tak pandai pakai tudung bawal... even aku ni nak gila-gila pakai tudung bawal. Tapi, bila aku pakai, mesti tak menjadi! Tudung bawal dengan aku... bukan berkawan baik.

"Tapi..."

"Awatnya?"

"Orang nak warna putih!"

Aku tersengih. Warna krim... Euw! Itu bukan Hidayah kalau pilih warna krim! Tak minat kot dengan warna krim, aku memang warna putih aje. Krim, krim ni... kirim salamlah!

"Okay apa warna krim!" Fikri menyampuk.

"No, no. Yang nak pakainya, saya! Lagipun, saya tak minat warna krim." Aku sengih. Warna krim ni... aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak suka warna krim. Nak kata warna krim cepat kotor... helehhh! Warna putih dua kali ganda lebih cepat kotor daripada warna krim.

"Up to you lah dik. Janji, jadi kahwin."

Haaa, yang ini aku suka! First time abang menyebelahi aku! Huyeahhh!

"Dik... akak nak warna putihlah, ada tak?" Soal aku, kepada pekerja yang berada di dalam butik tersebut.

"Ada kak..." Adik itu tersenyum sambil menunjukkan aku arah untuk pergi ke tempat letak baju seperti yang aku minta. Aku hanya mengikut.

"Ni..."

"Okay, thanks..."

Aku meneliti baju-baju di hadapan aku kini. Wahhh, rambang mata lah pula! Semuanya simple-simple belaka, harga pun... tak adalah beribu-ribu. Cuma beratus sahaja. Aku meneliti satu persatu warna-warna baju tersebut...

"Emerald greeeeeeeeeeeeeeeeen!" Jerit aku, adik sebelah aku ni pun terkejut sebab aku menjerit. Aku hanya tersengih, malu.

"Kau ni nampak baju warna emerald je... mesti macam nampak hantu!" Sekali lagi aku tersengih.

"Orang nak warna emerald green... boleh tak?" Aku cuba untuk membodek semua orang yang berada dekat situ.

"Nanti wedding nak warna emerald green lagi... Tak payahlah." Dengar aje ayah cakap macam tu, terus panjang muncung aku.

"Merajuk pula dia... Alah awak, wedding kita nanti... kita pakailah emerald green eh. Sekarang ni, kita dengar cakap mak dengan ayah." Fikri cuba untuk memujuk aku.

Hm, okaylah...

Selamat tinggal emerald green...

Maaf, aku terpaksa pilih warna putih!

"Mak, ayah... Kitorang jalan-jalan dulu, boleh tak?" Soal Nazmi, Ashraf pun sama.

"Jalanlah, bawak anak-anak sekali..." Ujar ayah.

Yang tinggal sekarang ni, cuma aku, Fikri, mak dan ayah. Lepas ni, aku nak balik!!! Tak nak dah pergi mana-mana. Saja aje tau abang-abang aku ni, saja tinggal aku dengan Fikri dekat sini... Lepas ini, mak dengan ayah pula... Dan lagi sekali, aku dengan Fikri berduaan! Macamlah aku tak tahu apa perancangan dorang semua. Hishhh...

"Muktamad eh baju ni?" Soal mak lagi. Aku hanya mengangguk. Muktamad gilalah! Sebab, baju ni memang menepati piawaian citarasa aku. Manik pun tak terlampau banyak sangat, cuma ada dekat pergelangan tangan dengan pinggang sahaja. Dekat halfmoon shawl yang aku pilih ini pula, mempunya manik di atas kepala. Simple but elegant! Harga pun tak adalah mahal seperti yang aku jangkakan.



Aku pelik...



Apa function Fikri ikut sama? Haha!



"Dik... nak baju ni eh..." Ujar mak, kepada 'adik' penjual ni.

"Sorrylah puan... Baju ni ada orang punya, tapi kalau nak tempah, dalam empat hari baru boleh siap." Dengar sahaja adik tu cakap, terus muka aku berubah jadi cicak kena cekik.

Mak! Empat hari? Tunang kira-kira... adalah dalam enam ke tujuh hari! Sempatlah kot...

"Hm, macam mana ni?"

"Tempah ajelah." Jawab mak, tenang.

Seorang perempuan datang ke arah aku, dia membawa pengukur pinggang. Aku hanya diam seperti patung cendana apabila perempuan itu mengambil ukur saiz badan aku.

"Mak dengan ayah pergi jalan-jalan dululah eh? Fikri, jaga Hidayah elok-elok..." Pesan mak.

Aku hanya mengangguk. Faham betul dengan keluarga aku ni... Kalau pergi mana-mana shopping mall aje, mesti suka tinggalkan aku seorang tau. Aku tahulah aku masih lagi membujang. Huhu!

"Itu ke bakal tunang cik?" Soal perempuan itu.

Aku pandang dia pelik. Sibuk nak tahu hal orang. Tak apa, kita layankan aje!

"Haah, dialah bakal tunang saya." Aku maniskan muka. Dia membalas senyuman aku.

"Seorang handsome, seorang lagi cantik. Sepadan sangat. Secocok betul. Tengok mata dia tu, tak pernah lekang daripada pandang cik..."

Terus aku pandang ke belakang, pandang Fikri. Tak ada pun dia pandang aku... Fikri tengah pandang buku koleksi baju pengantin adalah... Saja tau perempuan ni, tipu pula dia...

"Eh, dia pandang buku tu adalah... awak silap ni."

"Sheila... Panggil saya Sheila. Betul, saya tak tipu. Mungkin bila cik pandang, dia terus toleh tempat lain. Biasalah lelaki... malu tapi mahu."

"Ada-ada ajelah Cik Sheila ni..." Aku tersenyum, Sheila yang berada di sebelah aku ni pun, tersenyum sama.

"Handsome bakal tunang cik... Mesti kaya kan?"

Amboi Sheila oi! Yang hang dok puji-puji tu, bakal tunang dan bakal imam aku tau? Terbakar dah hati ni bila dengar orang lain memuji. Aku ni... daripada dulu lagi cemburu buta. Haihhh!

Aku masih lagi mampu maniskan muka.

"Cik Sheila... handsome ke kaya ke... tu semua tak penting, yang penting hati! I'm looking for a good man, a good dad for my child. Kalau setakat handsome sahaja, tak bawa ke mana pun. Kalau kaya... sekali Allah tarik harta tu, habis semuanya juga kan?"

Sheila kelihatan mengangguk-angguk.

"Saya suka cara awak... Maklumlah, zaman sekarang ni, semuanya pilih yang handsome, tough, kaya. Yang beriman tu dah tak kira, yang penting kaya aje dorang pilih..."

Aku membalas. "Memanglah ada, tapi tak semuanya." Aku senyum. Aku faham benar dengan fikiran si Sheila ni... Maklumlah, zaman sekarang, nampak aje terus nak mengata.

Aippp, aku tak kata Sheila!

Aku cuma memberi contoh, cehhh!

"Macam mana cik boleh kenal dia?"

Aku rasa Sheila ni kan, kalau buat kawan... confirm aku pun terikut-ikut perangai dia yang terlampau sporting dan mengambil berat ni.

"Panggil saya, Hidayah aje. Saya tak biasa cik-cik ni... Oh ya, saya kenal dia dari sekolah menengah lagi." Jawab aku, tenang.

"Ohhh, macam itu ceritanya. Masa tu, awak dah ada feeling dah ke dekat dia?" Soal Sheila lagi.

Nak cerita ke tak? Aku pandang Sheila ragu-ragu. Muka Sheila seperti mengharapkan yang aku menceritakan kepadanya.

"Ceritalah... saya tak cerita dekat orang lain punya. Trust me."

Tengok sahaja muka Sheila yang penuh berharap ni, aku mengeluh. Nak cerita tapi... malu pula. Tak cerita nanti, Sheila pula menangis tak berlagu tiga hari tiga malam. Akhirnya, aku buka juga cerita aku sepuluh tahun yang dulu.

"Masa saya tingkatan satu, dia tingkatan empat... Waktu tu, saya langsung tak kenal dia, pandang sebelah mata pun tak... Sebab, langsung tak jumpa dia!"

"Lepastu?" Sheila sudah tak sabar.

Aku tersenyum. "Bila dah nak dekat akhir tahun... waktu tu kelas saya sepatutnya dekat tingkat bawah, tapi disebabkan form five nak SPM, kelas saya terpaksa tukar ke atas. Masa tu, saya tengah berborak dengan kawan-kawan saya... saya ni pula, jenis yang boleh perasan kalau ada orang pandang saya."

"Lagi? Ceritalah semuanya, saya tak sabar ni. Saya memang suka betul love story. Kalau ada pelanggan aje, saya memang tanyalah dorang punya love story."

No wonder...

Patutlah dia beriya-iya tanya aku.

"Saya pun pandang kiri, kanan, depan. Langsung tak ada mata yang pandang saya. Lepastu, saya pandang lah tingkat atas, perpustakaan. Dan... saya nampak dia, tengah tenung saya. Saya pun tenunglah dia. Sama-sama tenung. Sampai dia hilang dari pandangan, saya pun sambung berborak dengan kawan-kawan saya. Dalam tiga saat, tiba-tiba dia ada dekat tangga, nak turun gerak ke kelas dia. Saya pandang dia, dia pun pandang saya. Saya peliklah, kenapa dia pandang saya macam saya ni pesalah?"

Aku berhenti, menarik nafas.

"Waktu tu, awak tak ada rasa apa-apa ke?" Soal Sheila.

Aku geleng.

"Waktu tu, dia pandang pun, saya langsung tak ada rasa apa-apa. Lepastu, adalah dalam sebulan nak cuti sekolah, saya tiba-tiba aje mimpi dia. Bangun esok, tiba-tiba dada ni berdebar. Dan start daripada hari itulah, saya mula sukakan dia."

"Lagi? Masa dia form five, awak form two, apa jadi?"

Aku senyum. "Adalah, rahsia. Cuma... selama saya jumpa dia, hati saya akan berdebar. Waktu saya tingkatan dua, saya ada banyakkk sangat kenangan dengan dia. Seolah-olah Allah dah rancangkan kesemuanya di antara saya dengan dia. Tapi, cuma satu aje yang saya sedih... Dia dah punya, dia ada teman suka sama suka. Saya redha je waktu tu... Biarlah saya pendam cinta saya, yang pentingnya saya dah berdoa dekat Allah masa tu. Saya yakin dengan ketentuan Allah. Tapi, kalau dia bukan milik saya, saya redha. Sebab Allah lebih mengetahui." Aku sengih.

Sheila mengangguk, mungkin mula faham dengan situasi aku. Aku tak nak lah cerita kesemuanya dekat orang yang baru aku kenal. Lagipun, dengan kawan baik aku sendiri pun aku tak buka cerita. Sebab... aku nak ceritakan dekat anak-anak aku nanti. Ehehhh!

"Thanks for tell me your love story. Sangat menarik... selalu yang saya dengar, semuanya mula bercinta time dah bekerja. Tapi awak... cinta itu dipendam. Unik."

Aku tersenyum.

Sheila menghulurkan kadnya. "Ni kad saya. If you don't mind, kawan dengan saya nak? Saya suka kawan dengan awak... sporting. Tak macam customer saya yang dulu, orang minta cerita, dia jeling pula." Sheila memuncung panjang.

Aku mengangguk seraya tersenyum. Baik betul Sheila ni... Aku melihat kad yang diberi oleh Sheila... Birthday dia... ehhh!

"Lahhh, adik lah ni?"

Sheila angkat kening, tak faham dengan pertanyaan aku.

"Saya dua puluh tiga, awak baru nak lapan belas? Wahhh, berdikarinya awak kan. Cari duit sendiri." Aku ikhlas memuji Sheila.

Sheila tersipu-sipu malu. "Ni memang minat saya dari dulu. Saya memang minat sangaaaaat nak jadi fashion designer. Sebab tu lah... saya kerja dekat sini. Sebagai permulaan." Sheila tersenyum.

"Tak apa, mula dari bawah dulu. Akak percaya, lama-lama nanti mesti adik berjaya punyalah. Akak doakan yang terbaik untuk adik."

Wahhh Sheila ni. Aku ingatkan dia lebih tua ataupun seusia dengan aku. Muka dia... Ya Allah matangnya! Rambutnya hanya dilepaskan tanpa diikat, lebih nampak matang. Rupanya... lahhh, baru lapan belas! Masuk lapan belas pun belum!

"Terima kasih kak... saya pun doakan akak bahagia dengan pilihan akak." Sheila tersenyum.

"Terima kasih dik. Eh, bila boleh ambil eh baju ni? Bayar sekarang ke... time dah ambil nanti?" Soal aku bertubi-tubi.

"Erm, hari ni... Khamis, so boleh ambil hari Isnin. Akak kena bayar sekarang." Ujar Sheila, dia maniskan wajahnya.

"Okay..." Aku menghulurkan kad kredit yang ayah berikan kepada aku. Ikutkan... aku nak aje bayar semuanya pakai guna duit aku. Sebab, aku tak nak susahkan mak dan ayah. Tapi tulah, ayah dah tegah habis-habisan, guna duit dia juga... Aku pun ikut ajelah. Tak nak kecilkan hati mak dan ayah punya pasal.

"Ada masa nanti, kita keluar okay?" Aku sengih. Nombor telefon aku, aku sudah berikan kepada Sheila. Sheila hanya mengangguk.

"Terima kasih kerana membeli. Bye kak, assalamualaikum."

"Bye, waalaikumussalam." Aku masukkan kad kredit dan dompet aku ke dalam handbag. Ingin cepat-cepat beredar dari situ, dan... balik!

Ehhh...

Ya Allah!

Sedap bercerita punya pasal...

Aku tersenyum.

"Letih sangat agaknya." Aku senyum apabila melihat wajah itu sedang tidur. Suci sahaja wajahnya ketika dia sedang tidur. Comel...

"Tidurlah dulu sayangku. Nanti saya kejutkan." Aku tepuk lembut bahunya. Seperti mendodoikan bayi yang sedang tidur. Ahaks.

********************************

Yeay, hiatus balik lepas ni! Hahaha. Exam, exam!!!

Ada lagi tiga bab nak habiskan... lepastu, mungkin dah tak di update dalam blog ni lagi dah. MUNGKIN ajelah. Sebab laptop aku sekarang ni tengah problem. Dok cari mana pi microsoft word, tak jumpa-jumpa pun! Sedih aje.

4 comments: