Ku Kunci Namamu Di Hati Bab 16


"Weh dah siap ke be.... erkkk..."

Serentak itu, aku dan Fikri berpaling memandang Ashraf.

"Laaa, patutlah lama lain macam. Rupanya korang berdrama dekat sini kan."

Aku dan Fikri cepat-cepat menggeleng. Apa benda yang buat dramanya? Fikri duduk atas kerusi, aku duduk melutut, saling berpandangan dan...

Lahhhh! Patutlah...

Tangan aku ni terpegang peha Fikri. Cepat-cepat aku lepaskan tangan aku. Nasib Fikri pakai seluar panjang dan menutup seluruh tubuh kakinya.

"Aku cuma kejutkan ikan jaws ni ha, boleh pulalah dia tertidur kan..." Mata aku, aku jeling Fikri.

Fikri tersengih. "Tertidur lah."

"Dah, dah... Jom makan. Mak dengan ayah tunggu korang lama tau. Ingatkan dah cabut lari pergi pejabat agama, nak nikah..."

"Banyaklah kau." Aku jeling Ashraf.

Ashraf membawa hidangan nasi lemak itu ke depan. Aku memegang teko air earl grey dan air koko, manakala Fikri pula membawa sambal sotong dan sambal tumis.

"You're so naughty my girl," Dia membisik. Aku pandang Fikri, dia kenyit mata.

Aku pandang depan dan mempercepatkan langkah. Malu bebbb!

Kalau aku tahu dia tak tidur mati tadi, dah lama aku tak buat aksi nakal aku tadi tu tau. Yang aku ni pun satu, pergi letak ibu jari dia dekat mulut dia tu dah kenapa? Lepastu ambil gambar buat kenangan pula tu. Ishhh, kan dah kantoi!

"Wahhh, nampak berselera betul." Ujar ayah.

Aku tersengih.

"Tengoklah siapa yang tolong dia masak."

Ehhhh?

Aku pandang Fikri.

"Tengok siapa yang masaklah." Aku tak mahu kalah juga dengan Fikri. Aku dengan Fikri berpandangan tak puas hati.

"Haa, haa... Jangan nak bergaduh. Tak kisahlah siapa masak pun, makan ajelah." Mak bersuara.

Seketika kemudian, kami berdua tersengih...

"Gurau manja mak..." Fikri senyum.

Aku mencedokkan nasi ke dalam pinggan aku. Fikri di sebelah aku hanya memandang. Aku hanya buat tak tahu. Sepatutnya, aku makan dengan Irfan. Tapi disebabkan semalam Irfan tidur lambat, bangun pun lambatlah.

Baru aje nak suap, tiba-tiba mak bersuara...

"Layanlah bakal suami kamu tu... Tengok dia buat muka seposen."

Aku pandang Fikri di sebelah. Haloohhh, ambil nasi tu, cedok sendiri. Lepastu letak sambal, telur, ikan bilis. Kalau nak sambal sotong, letaklah dalam pinggan tu. Apa yang susahnya? Saja tau Fikri ni...

"Ambillah sendiri." Ujar aku.

Ayah menggeleng. "Cuba praktis, nanti dah jadi suami isteri tak adalah kekok sangat."

Fikri di sebelah menjelir lidah dekat aku.

Nak tak nak, aku kena juga mengalah.

"Fikriii awak nak lauk apa?" Soal aku, yang dibuat-buat suara manja.

"Emm, nak semua."

Aku letakkan nasi di dalam pinggan Fikri. Nahhh, ambil kau! Sikit punya banyak aku letakkan. Fikri pandang aku tak puas hati, aku balas dengan senyuman kemenangan.

"Makanlah, awak kan suka nasi lemak. Kalau nak tambah, cakaplah ya."

Mak dengan ayah, abang-abang pun senyum tengok kami berdua. Padahal lakonan aje pun. Ikutkan hati, aku malas nak layan Fikri. Kalau suami aku, baru aku layan 100% punyalah.

Tapi ni belum lagi...

Sebab, aku tak nak kemanisan itu hilang apabila selepas bernikah.

Jadi, sebelum bernikah ni, aku naklah juga berkerek dengan Fikri. Haha!

***********************

Kan dah kata... Ashraf mesti tambah lima enam kali punyalah. Sebab, sambal sotong memang lauk kegemaran abang aku.

Fikri pun sama... Aku ingatkan dia tak boleh habis nasi yang letakkan dekat dalam pinggan dia. Sebab, aku letak banyak gila kot. Last-last, dia pun sama dengan Ashraf. Dua kali lima aje.

"Gila sedaplah dik..."

Aku tersengih mendengar pujian Nazmi.

Kembang kempis hidung aku ni.

"Fik pun tambah sampai tak ingat dunia." Kak Nadia bersuara.

Fikri tersengih.

"Lepas ni Fik mesti bertambah sado..." Ashraf melirik ke arah Fikri.

"Ehh, mestilah. Tengoklah bakal isteri dia siapa..." Mata Fikri melirik dekat aku.

Aku tersipu-sipu malu.

Ceh, sejak bila aku tahu malu-malu kucing ni? Haha!

"Dah kenyang kan... Sekarang ni, kita pi beli barang tunang depa pulak..." Ujar mak.

Ayah mengangguk.

"Nikah terus tak boleh ke mak?"

Makkk oiii! Gila tak malu soalan Fikri ni!

"Awak jangan nak mengada." Aku memberi jelingan tajam dekat Fikri. Fikri tersengih nakal.

"Kalau dah gatal sangat... Hangpa tunang seminggu je, lepaihtu nikah teruih."

Yang itu aku setuju... tapi, tak kena rushing sangat? Hari ini dah nak cari barang pertunangan, lepastu esok lusa saudara dah nak datang sebab nak persiapan majlis.

Minggu depan tunang, lepas tunang nak kena nikah pula.

Mak kauuu, rushing sangat tu!

"Tak ke rushing sangat?" Soal aku, setelah agak lama aku mendiamkan diri.

"Dak aih, hang toksah dok pikiaq soal rushing ke dak. Saudara kita kan ramai..."

Tapi... aku tak nak susahkan saudara aku!

Sebab yang kahwinnya aku... Lepastu, yang jadi rushing nya adalah saudara-mara aku. Kesian pula dekat saudara-mara aku nak buat itu ini. Nanti, yang penatnya mereka semua, aku cuma duduk atas pelamin aje.

Tapi... bukan ke pengantin tak payah buat kerja?

Ishhh Hidayahhh...

Hishhh, apa pula fikir orang lain nanti.

"Pasal tunang ke nikah ke, biar kami selesaikan. Well, kami cuma ada seorang aje adik perempuan dan inilah kali terakhir buat kenduri." Nazmi bersuara.

Bukan tak nak tapi...

Entahlah, the problem is... bukan pasal rushing yang aku fikirkan!

I don't know what I'm thinking...

Kenapa mesti rasa gelisah lain macam?

"Yup, kau cuma perlu duduk atas pelamin dan... relax." Ashraf pula bersuara.

"Yelah Hidayah. Ayah tak sabar nak tengok anak dara ayah ni kahwin."

Ishhh, semua mengharap aku bernikah dengan Fikri cepat-cepat...

Kenapa hati aku ni rasa lain macam ni?

Aku pandang Fikri.

Fikri pun pandang aku, dia seperti faham apa yang aku fikirkan. Fikri memandang aku dengan penuh berharap, supaya aku menunaikan permintaan keluarga aku.

Ohhh hati! Kenapa ni?

Hati aku ni, sekali rasa tak sedap, memang ada benda yang tak kena.

Ya Allah... risaunya.

"Kalau... kita lambatkan majlis nikah enam bulan boleh?"

Semua mata merenung, memandang aku, tepat dekat mata aku.

Alamak... apasal semua tenung aku macam nak makan aje ni?

Mata Fikri berkaca...

No comments:

Post a Comment