Cerpen : Ilham & Nabilla 2

By :  Nur Hidayah

"Dekat mana ni?" Soal aku, dalam keadaan mamai. Aku dapat merasakan, aku bukan berada di rumah aku. Ya, pasti. Bau pun dah lain, apatah lagi rasa katil.

Mata aku berat untuk dibuka, tapi aku gagahkan juga untuk aku buka untuk melihat keadaan sekeliling. Dan di mana aku berada.

"Awak dekat hospital." Mata aku yang kuyu, terus aku terbeliakkan. Aku merasa kepala aku.

Selamat...

Masih bertudung.

"Don't worry, saya tak apa-apakan awak pun. Cuma tadi..."

"Tadi apa?" Soal aku, laju. Gelabah kot!

"Ermmm, tadi... Ermmm..." Ilham tersengih nakal. Aku dah rasa tak sedap hati, boleh pulalah dia main-main gantung ayat dengan aku. Ingat ni apa, sukaneka main-main tarik tali?

"Ish apanya?!" Aku dah makin gelabah.

"Tadi saya dukung awak... Awak pengsan tadi. I was panic, saya terus dukung awak dan bawa awak ke hospital."

Aku rasa, muka aku ni dah merah dah kot. Malu gila bila lelaki dukung aku... lagi-lagi mamat yang dukung aku ialah... my crush!

"Err, saya bukannya koma apa pun! Dahlah saya nak balik." Aku terus mencabut tape yang berada di tangan aku, selimut yang menyelimuti badan aku, aku terus campak ke bawah.

Lantaklah, pandai-pandailah nurse ataupun pembantu dekat sini uruskan. Yang penting sekarang... aku perlu tanam muka aku! Ceh, kalau boleh tanam muka ni, dah lama aku masukkan dalam pasu tanam. Nak tahan malu punya pasal.

"Eh, eh! Suka-suka awak aje kan. Nanti awak pengsan lagi, siapa susah?" Ilham menghalang aku daripada keluar daripada pintu bilik.

"Tak perlulah Encik nak risau. Please think and take care about your girlfriend, not me." Ujar aku, dalam nada memerli. Lantak kaulah lembut, kau nak terasa pun biaq pi lah!

"Tapi... depan saya sekarang ni awak, bukannya girlfriend saya. Lagipun... saya nak take care pasal awak je."

Lelaki, adalah ajelah yang dia nak mengayat! Tapi aku pelik juga... dia macam tak kisah pun dengan awek tua dia tu. Ilham depan aku, dah macam tak sama dengan Ilham yang dulu aku jumpa dia semasa joging haritu. Ilham yang haritu... seperti singa kelaparan. Tapi Ilham yang depan aku seperti... kucing jantan gatal!

Daripada tadi sengih-sengih macam kerang busuk!

"Terima kasih lah tolong saya tadi, kalau tak... tak tahulah apa nak jadi. Tapi... saya rasa, awak dah boleh pergi. Lagipun saya dah okay, tak perlu kot nak ambil berat lagi. Terima kasih lagi sekali. Saya amat menghargainya. Bye, assalamualaikum."

Aku terus buka pintu dan... keluar! Aku pergi ke kaunter, nak chect out. Lepastu... blah dan aku dah tanamkan dalam hati...

Sumpah tak nak pergi lagi hospital ni!

Sebab nanti... aku takut aku akan ingat kembali kenangan aku dengan Ilham sebentar tadi. Lepastu bila dah ingat tu, mulalah nak... rindu bagai kan. Benci.

Aku bukannya apa. Ikutkan hati... nak aje stay dekat hospital tu, biar tak payah keluar langsung dah. Tapi masalahnya... hati aku ni haaa... mak engkoooo! Berdebar tak tentu arah kot. Itu yang apa aku cakap, main lepas aje. Ikutkan nak cakap...

"Terima kasih sebab jaga saya. I'm really appreciate it. Kalau boleh, saya nak stay lama-lama. Jangan tinggalkan saya okay?"

Itu yang aku nak cakap...

Ikut kata hati, badan binasa.

Tak apalah, kalau ada jodoh... We'll meet again!

See you, Ahnaf Ilham!

*************************

"Dapat kerja tak?" Izzatul nampak aku dekat muka pintu, terus tanya. Bukan nak jemput masuk dulu, lepastu bagi air ke... Penat tau.

"Exactly not!" Aku hempaskan punggung aku di sofa.

"Aikkk? Dengan keputusan kau yang begitu mahaaa hebat, macam mana boleh tak dapat?" Soal Hidayah, pelik.

"Panjang ceritanya." Jawab aku.

"Pendekkanlah." Dayana mengambil tempat di sebelah aku, memaksa aku membuka cerita kepada mereka semua.

Aku hela nafas.

"Ikutkan dah dapat tapi..."

"Tapi?"

"Bos aku tu miang, dahlah tua, tak sedar diri!"

Semua saling berpandangan. Tak percayalah tu. "Dia..."

Aku dah mula nak menangis apabila teringat kejadian yang menimpa aku tadi. Kalau tak kena Ilham... pasti aku sudah hilang segalanya sekarang ni.

"Apa?" Soal Fatin, tak sabar.

"Dia, hampir nak rogol aku... Nasib baik ada..." Ayat aku terhenti apabila semua orang datang memeluk aku.

"Sabarlah Ila... mungkin rezeki kau dekat tempat lain. Sabar ajelah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya, dan apa yang tidak baik untuk hambanya. Jadi, sekarang ni kau masih trauma lagi ke? Cuma... siapa selamatkan kau tadi?"

Seorang demi seorang melepaskan daripada pelukan. Cuma, Izzatul sahaja yang masih memeluk bahu aku, memberi aku semangat dan kekuatan mungkin.

"Ilham..."

Satu nama, satu perkataan dah berjaya buat kawan-kawan aku mata terbeliak macam nampak lembaga dekat aku.

"It's up to you guys to believe it or not... tapi apa yang aku boleh cakap ialah... memang benda betul dia yang selamatkan aku."

"Then, apa terjadi?"

"Aku masuk hospital... tapi, aku sempatlah cakap terima kasih dekat dia before I leave. Aku buat macam tu pun... sebab nak hilangkan debaran dekat dalam hati aku ni. Biasalah, aku kalau berdebar, entah apa yang aku cakap, aku tak fikir apa aku cakap. Main lepas aje."

"Ish, lain kali main lepas cakap lagi! Kan dah terlepas peluang!" Hidayah menggeleng kepala.

Hidayah memang... daripada zaman sekolah lagi, memang sokong aku 100% dengan Ilham. Kata muka samalah... secocok lah... perangai sotong samalah... macam-macam. Dulu, kalau aku benci aje... mulalah Hidayah bagi aku hujah beribu-ribu perkataan, suruh aku sukakan Ilham balik. Serius, dia suka menghasut aku, supaya jangan benci Ilham.

Tengoklah sampai sekarang...

Aku still lagi sukakan dia.

Ish!

"Kalau tak... memang tak tidur malam kau bila dia sentiasa di sisi." Niesa mengusik aku. Aku mencebik.

"Korang ni... ke situ pulak. Bukan nak care pasal aku yang baru habis trauma ni!"

"Gila tak kisah... tapi, aku tahu, kau lebih trauma dengan Ilham. Dia kan selamatkan kau... Ceh!" Fatin pula yang mengusik aku.

Bencikkkk!

Semua menyebelahi Ilham. Siap back up lagi.

"Eh, tapikan... macam mana dia boleh ada dekat pejabat tempat kau minta kerja tu?" Dayana menyoal, dia mengetuk-ngetuk lembut dagunya, sedang berfikir.

Aku angkat bahu. Tak tahu.

"Allah dah rancang... yang dorang akan bertemu lah tu. Well, ada jodoh ni!" Hidayah tepuk tangan, diikuti oleh orang lain.

"Tapi bagus juga... Hahaha!" Aku tergelak.

Siot gila... Gila tak nak kalau kata-kata kawan aku tu ada benarnya? Aku, daripada sejak tingkatan dua sampai sekarang, umur aku dah dua puluh lima tahun. Masih lagi menaruh harapan dekat Ilham. Gila tak nak... kalau Ilham betul-betul jodoh aku? Tak adalah cinta aku ni, bertepuk sebelah tangan. Kalau betul... alhamdullilah! Allah perkenankan doa aku.

Kalau salah...

Tak apa, aku pasrah. Terima dengan rela walaupun terpaksa.

Aku akan bahagia kalau dia bahagia, even dengan girlfriend dia yang tua dua tahun tu. Ataupun dengan orang lain ke...

Aku pasti, Allah tahu mana yang baik, dan mana yang buruk untuk hambanya!

Jadi, aku harus rela...

"Tak apalah Ila... InsyaAllah, jodoh kau dengan dia. Yang pentingnya sekarang ni... family kau tahu ke tak pasal kau? Kau punya bos miang tu, dah masuk penjara ke belum?" Bertubi-tubi Izzatul menyoal aku.

Aku hela nafas.

"Jangan bagitahu family aku... pasal Tuan Malek tu, aku tak rasa dia akan masuk penjara..."

"Kenapa pula?"

"Dia tu, dah banyak kali tidur dengan staff dia. Takkanlah pasal kes aku, tiba-tiba dia nak masuk jail? Macam tak logik..."

Semua ternganga, terkejut apabila aku memberitahu yang Tuan Malek pernah tidur dengan semua staff dia.

Kalau aku pun... masa Tuan Malik bagitahu aku tadi, gila aku tak terkejut. Terkejuk beruk lagi. Mana taknya... semua staff dia kot. SEMUA. Kalau seorang, aku fahamlah lagi. Ini semua.

Aku yang belum pun start kerja ni... baru aje minta kerja, tak sampai seminit pun, dah nak kena ngap... Kalau dah mula kerja, aku pun tak tahulah apa benda nak jadi.

"Apa benda yang tak logiknya... Tak logik kalau tak ada yang buat report!"

Sekali lagi, aku hela nafas.

Aku bukan nak ambil endah tak endah benda-benda macam ni. Tapi, bila ingat balik... serius seriau gilalah! Aku memang gila-gila nak buat report punya. Tapi, entahlah... tak tahu kenapa, aku rasa macam... baik tak payah buat police report.

Aku rasa, dah malas dah nak fikir benda macam ni.

Nanti aku terlebih trauma pula.

"Malaslah nak fikir..." Aku bangun, ingin menuju ke atas. Nak bersihkan diri, solat dan... tidur.

"Pergi mana?"

"Bunuh diri."

Semua mata terbeliak, aku tahan gelak, dalam hati dah ketawa terbahak-bahak dah aku.

"Woihhhh kau ni, tahulah trauma! Tapi janganlah buat kerja gila!"

"Entahnya, kitorang sayang kau kot! Janganlah disebabkan benda macam ni, kau buat kerja tak masuk akal. Think first beb. Allah uji kau aje, janganlah sampai nak putus asa. Ilham tahu ni... tak tidur malam dia fikirkan kau! Allah dah selamatkan kau... kira okaylah tu. Janganlah..."

"Woi, woi! Aku bergurau ajelah, korang dah bagi hujah beribu-ribu panjang. Huh!" Aku dah ketawa terbahak-bahak. Semua pandang aku, tak puas hati.

"Peace," Aku lari naik atas.

"Ilaaaa! Kurang ajar!" Aku sambung tawa dalam bilik, cepat-cepat aku kunci pintu apabila semua datang menyerang aku.

******************************

Aku menyisip kopi di hadapan aku kini.

Novel Paranoid, aku baca dengan penuh teliti. Khusyuk betul baca novel Fixi, orang yang lalu-lalang di kedai Oldtown White Coffee aku buat tak endah. Lebih menarik perhatian aku kini ialah... Paranoid.

Lepas sahaja daripada kejadian semalam, aku terus tidur, malas nak fikir panjang-panjang dah. Dan aku menyumpah dekat diri sendiri, tak nak pergi dah pejabat itu lagi. Buat sakit hati, sakit dada, sakit perut, sakit kepala. Semua jenis sakitlah.

Khusyuk baca, sampai aku tak sedar ada orang depan aku. Aku buat tak endah. Nak duduklah tu. Tapi, aku biarkan aje.

Gamble.

Tapi bila dia tanya...

"Okay dah? Boleh saya duduk?"

Aku pandang orang depan aku ni.

Makkk, Allah betul-betul makbulkan doa aku!

**************************

Seronok betul buat novel sampai aku tak study langsung. MasyaAllah... hahaha, apa-apa pun, enjoy lah cerpen ni :D

No comments:

Post a Comment