Cerpen : PMR Tunang, Kahwin Lepas SPM! 3

Alhamdullilah, hari ini hari terakhir aku sebagai pelajar Tingkatan Lima. Hari terakhir aku berada di kelas Lima Ibnu Majjah. Dan hari terakhir aku menjadi pelajar di sekolah menengah.

Dan alhamdullilah... Dah habis SPM!

Aku terpandang jari manis aku. Ada cincin yang dipilih oleh Firdaus, sebelum kami bertunang hari itu. Tak sangka, Firdaus dah bertunang dengan aku, nak dekat dua tahun dah. Alhamdullilah, hubungan kami, sampai tak bercerai-berai. CEH! Macamla dah kahwin.

Dan...

Kahwin lepas SPM!

"Alhamdullilah, and now we're freeeeeeeeeeeeeee!" Jerit semua kawan-kawan aku, kegirangan.

"Alhamdullilah, dannnnnnnn kahwinnnnn!"

Semua diam.

Opsss.

Terlepas pula.

Baru aku sedar, semua orang tak yang aku akan berkahwin selepas SPM. Yang tahu pun cuma Farissa, Arissa, Nurin dan Farha. Yang lain, semua tak tahu. Budak kelas aku pun, aku diamkan aje. Lagilah cikgu-cikgu dan budak-budak lain.

"Siapa yang kahwin?"

Haaa sudah. Si bencana dalam hidup aku sudah pun muncul!

"Tak ada siapa pun lah haha." Aku gelak. Cuba 'cover' ayat yang terlepas daripada mulut aku yang tak reti nak bekerjasama ni.

"Oh, ingatkan awak yang kahwin." Ujar Ikmal, si bencana hidup aku. Haha!

"Alah, kalau dia kahwin pun, kenapa? Dia kan hot gituu..." Arissa cuba membela aku. Yang Farissa pula, mengangguk aje. Memang kembar ni sekepala betul.

"Mana boleh. Sebab Firsya kan girl aku."

Euwww. Gelinya!

"Sejak bila aku jadi girl kau." Mata pandang atas, tangan atas bahu. Menyampah!

"Apa, tak dengar?" Soal Ikmal.

"Tak ada apalah." Aku malas nak layan Ikmal. Aku terus berlalu meninggalkan Ikmal di belakang yang terpinga-pinga.

"Ehh, Na..."

Aduh... Menyibuk betullah!

Aku teruskan perjalanan, malas nak pandang belakang lagi. Nanti bila pandang belakang, tak pasal-pasal budak tu bencanakan hidup aku pula.

"Firsya!"

"Fir!"

"Sya!"

"Ishhhh, apa?!" Soal aku kasar. Mana pulalah pi Arissa, Farissa, Nurin dengan Farha ni? Kalau tak... Pasti mereka selamatkan aku! Ni tinggal sorang je... payahlah!

"Balik dengan saya jom?"

Like seriously? Balik dengan kau? Oh, no! Tak nak aku. Naik motor kot. Buatnya dia pacut laju, aku kang terbagi pula pelukan free. Ish, neverlah! Even dia bagi aku tumpang kereta mewah dia sekalipun, aku takkan sesekali terima pelawaan dia. Never say NEVER!

Kan... dah terkeluar laju Justin Bibiaq ni.

"Eh, tak apalah." Aku masih lagi berlembut. Malas nak malukan dia depan orang ramai. Kalau dia dah melampau, baru aku lawan. Lagipun, aku bukannya jenis yang suka tempias orang.

"Jomlah..."

"Tak apa." Aku masih lagi bersenyum. Nampak muka dia yang hampa tu.

Sorrylah Ikmal... I'm taken now! Kau datang lambat sangat.

"Alahhh, sekali je. Lagipun, motor saya bukannya cabuk pun. Motor superbike lagi..."

Ada aku kisah? Superbike ke... Lowbike ke...

"Haaa, tu tunang saya sampai. Bye!" Aku terus meninggalkan Ikmal yang terpinga-pinga lagi.

"Siapa tunang hang? Aku?" Haha! Dah agak. Mesti dia keliru dan pelik punyalahhh.

"No lahhh. Of course lah Firdaus. Kau datang tepat pada waktunya!"

"Dah tu, awat hang kata dekat mamat si muka hampa tu yang aku ni tunang hang?" Biasalah... sepupu aku ni, kalau tak puas, memang akan ditanya bertalu-talu. Dan aku pun terpaksa menjawab...

"Dah dia ajak aku naik motor dengan dia, memang taklah!"

"Hahahahaha. Nasib aku datang tepat pada waktunya." Haikal gelak. Aku pun gelak sama.

"Mimpi apa kau jemput aku ni?" Soal aku. Kereta pun sudah berlalu pergi meninggalkan perkarangan sekolah.

Bye-bye sekolah... Jumpa lagi tahun depan!

"Mak hang suruh, aku ikut jaaa."

"Baguih betul. Tepat pulak tu!"

"Tulah. Kalau dak, hang terpaksa lah peluk dia time atas motor. Yelah, superbike kot! Mestilah pacut laju-laju." Haikal menggeleng.

Nasib, nasib...

"Aku laparlah." Ujar aku bila aku dan Haikal mendiamkan diri.

"Nak makan mana?" Soal Haikal, dia memandang aku sekilas.

"Secret recipe jom." Aku tersengih. Alang-alang keluar dengan Haikal, baik aku ajak dia makan... lepastu shooping!

Maklumlah... Haikal kerja kapal, mustahil tak ada duit!

"Dah lapaq tu, makanlah yang sedap dan mengenyangkan sikit!"

"Biarlah. Aku dah lama tak pekena chocolate indulgence ni... Blueberry cheese cake... Oh my... Terliur doh!" Aku mengcengkam bahu Haikal. Lapar sangat ni bila bayangkan cake favourite aku!

"Ish, sakitlah... Okaylah, disebabkan hang baru sahaja free, aku belanja hang!"

Wow... Dapat green light ni!

"Betul kau belanja aku apa yang aku nak?"

"Ya, ya..."

"Tak menyesal?" Soal aku, mendapat kepastian.

"Tak..."

Yes, green light lagi!

"Okay, sayang kau double triple!" Aku kegirangan.

Elok sahaja dapat parking... Kalau tak, memang payah betul nak cari park dekat KLFC ni. Haikal pergi ke KL Festival City pun sebab dekat situ aje yang aku minat nak pergi. Sebab, dekat situ banyak barang dan tempat makan yang best-best. Kalau dekat Giant Batu Caves, lagi susah nak dapat parking... Lagipun, dekat situ kurang tempat bershopping!

Ceh, memilih betul aku!

Sampai aje dekat restoran Secret Recipe, aku terus pilih 4 jenis cake untuk aku. Haikal pandang aku dengan pandangan terkejut.

"Apa? Kata tak menyesal nak belanja budak baru free daripada SPM..."

"Bukan tu."

"Dah tu?"

"Banyaknya hang makan!" Aku tergelak. Dia pun gelak sama.

"Aku dah bertahun tak telan benda ni. So, biar lah..."

"Aku pun makan sejenis je. Hang sampai empat!"

Lagi... dah-dahlah tu cakap yang aku ni makan banyak. Aku laparlah!

Last-last, aku diam je. Haikal pula, sibuk dengan Iphone 5 dia tu. Aku pula, menyibukkan diri main Virtual Piano dekat tablet milik Haikal. Ni kalau phone aku... dah lama aku berchat dengan kawan-kawan aku!

Air yang aku dan Haikal order, sudah pun sampai. Aku order aku favourite aku, apple juices, Haikal pula fresh orange sahaja. Selang beberapa minit, sampai pula cake yang kami pilih tadi.

"Ermmm, sooooo sweet. Sedapnyaaaa..." Terpejam-pejam mata aku menikmati kek chocolate indulgence di depan aku ni.

"Gila. Makan pun bernafsu."

"Aishhh, aku menikmati bukan bernafsu!" Nak ajeee aku baling garfu ni tepat dekat kepala Haikal. Fikiran tu tak boleh ke positif sikit?

Sebenarnya, aku kurang senang dengan pekerja Secret Recipe dengan customer dengan sini. Asyik pandang aku lain macam aje... Apa, dia fikir budak sekolah dating ke? Haihhh, ni sepupu akulah. Ke... mereka fikir yang aku ni harap je kurus keding, tapi makan banyak. Macam tu? Ishhh, kalau mereka fikir macam tu... memang taklah aku nak datang sini lagi! Biarlah orang nak makan banyak ke sikit ke...

Janji aku yang membeli, bukannya aku mencuri pun. Lagi satu, tak perlu lah nak terkejut sangat. Aku memang kaki makan kek!

Lepastu, habis sahaja indulgence, aku makan kek seterusnya. Favourite aku, blueberry cheese cake. Dah habis yang itu, aku makan pula Tiramisu, habis tiramisu, aku makan kek yang terakhir iaitu hi-fibre cheese cake. Dah tiga jenis ada kalori banyak, yang keempat aku aku ambillah berzat sikit kan.

"Berkkk." Sungguh tak sopan aku ni. Tak apalah, memang perangai aku lagu ni. Apa Haikal nak fikir, lantak pi kat dialah...

"Teruk betul. Kesian dekat Firdaus wehhh."

"Apahal pula?"

"Dapat isteri tak senonoh lagu ni!"

Aku pandang tajam dekat Haikal. Garpu yang aku pegang, selamat mendarat ke kepala Haikal. Yes! Gelakkan aku lagi.

"Haaa, apahal berhenti? Gelak lah lagi. HAHA HAHAHA!" Aku memerli Haikal. Masam mencuka aje wajah dia. Haha! Padan muka.

"Kurang asam punya sepupu, bergurau pun tak boleh!" Haikal menjeling aku.

"Geliii, nak merajuk-merajuk pula kauuu. Euw." Mata pandang atas, tangan atas bahu. Menyampah!

"Dahlah. Cepat habiskan. Aku nak bayar, lepastuuu chow!" Haikal bangun dan terus membayar tanpa sempat aku nak cakap dekat dia something...

Dia datang balik dekat aku.

Okay, now talk to him, Firsya!

"Aku nak shopping dulu, baru balik!" Okay, itu hajat aku yang sebenarnya. Haha! Muka Haikal yang putih lagi kacak, terus bertukar macam cicak kena cekik. Haha!

"Haduhhh ni yang malas ni."

"Aippp, tak baik merungut bila dah janji!"

"Aku janji nak belanja hang makan aje."

"Kau cakap pun yang kau nak belanja aku makan je... Kau kata, kau nak belanja aku... Haaa, lain maksud dia tu!"

Haikal tiru gaya aku... gaya menyampah aku. Hish!

Aku pula jeling Haikal.

"Ish, cepatlah! Kau ada masa sejam untuk bershopping. Kalau lambat, aku tinggal!" Haikal memberi amaran. Ohhh, sejam... Mana cukup bagi aku! Tapi, dah Haikal nak belanja kan... Terima ajelah. Selalunya aku shopping nak dekat tiga jam kot! Boleh. Tapi dengan syaratlah.

"Boleh, tapi kau kena ikut."

"Alaaa, penatlah teman kau bershopping."

"Jangan merungut bila dah berjanji!"

Akhirnya, terpaksa jugalah Haikal ikut aku. Yesss!

Macam-macam kedai aku pergi. Kedai baju, kasut, handbag, accessories, dan lain-lain. Termasuk juga baju untuk lelaki.

Baju lelaki, aku nak belikan untuk Firdaus, birthday dia nak dekat dah. Lagi dua bulan, bulan Januari.

Aku belikan baju kemeja, seluar slack, tali pinggang dan kasut. Sepasang untuk dia. Bolehlah dia pi University pakai baju yang aku bagi ni. Tapi hadiah untuk Firdaus, aku guna duit akulah! Tak main guna duit orang lain.

Dah boleh bayang macam mana sukanya dia terima hadiah daripada aku. Ceh!

Oh, ya. Waktu birthday dia tu, insyaallah kami dah jadi pasangan suami isteri! Ah, tak sabarnya!

***************************

"Ya, maaaaaaaaaaa." Aku menyahut dari dalam bilik.

"Ada orang call!" Jerit mama lagi.

Call siapa? Awatnya tak call handphone aku sahaja? Aishhh, kacau orang nak melepak ajelah. Baru nak habiskan cerita Awak Suka Saya Tak?

"Hello, assalamualaikum. Who's there?" Aku menjawab panggilan.

"Waalaikumussalam. Amboi, tunang sendiri call pun tak boleh ke?"

Eh, tunang? My Firdaus!

"Laaa, awak ke. Kenapa tak call guna handphone saya aje?" Soal aku.

Lebih tepat lagi pertanyaan aku... 'Kenapa call rumah? Tak bolehlah kita nak berdating!'

"Dah awak off phone... Tsk... tsk..." Ceh, merajuk pula dia!

Aku tepuk dahi. Lahhh, patutlah. Aku lupa nak on phone balik tadi. Maklumlah, phone aku banyak sangat rahsia pasal Firdaus. Banyak aku tulis pasal dia dekat dalam phone aku. Nanti kalau mama cek... Malu pula!

"Okay, okay, call saya guna phone eh... Saya nak on ni..." Ujar aku.

"Okay, sayang! Assalamualaikum."

Tettt... tettt...

Waalaikumu...salam...

Sayang?

Ya Allah, gugur jantung!

Aku terus naik ke atas, cepat-cepat aku buka balik telefon bimbit aku.

Lagu Lights yang dinyanyikan oleh Selin The Voice Kids berkumandang di telefon bimbit milik aku. Aku melihat nama pemanggil. Serta-merta bibir aku mengukir senyum.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Suasana jadi diam dan sepi seketika.

"Ehem..."

"Ehem..."

Sama-sama tergelak. Dah tak tahu nak cakap apa sangat dah ni. Sampai berdehem pun sama-sama, serentak lagi. Haha!

"Exam okay?" Soal Firdaus.

"Alhamdullilah, cuma..."

"Cuma?"

"Rindukan awak je." Jawab aku, lepastu aku menyesal pula bila cakap macam tu. Terlepas!

"Nakalnya awak. Hahaha!" Firdaus gelak. Aku pun gelak sama.

"Nanti, kita akan diijabkabulkan, minggu depan."

Oiittt, minggu depan? Kenapa aku tak tahu pun?

"Saya tak tahu pun..." Luah aku.

"Mereka tak nak bagitahu awak awal-awal, sebab awak kan SPM... Your family suruh saya bagitahu awak lepas habis SPM. So, sebab tulah saya kasi tahu."

Laaa, sebab tu aje pun sampai tak bagitahu aku langsung?

"Sampainya hati..." Sebak.

Takkan baru sekarang nak bagitahu? Bagi aku, benda ni patut bagitahu aku awal-awal, sebab ini adalah menentukan hidup aku. Sudahlah dulu paksa aku bertunang, sekarang aku nak menikah pun, seminggu sebelum nikah baru nak kasi tahu.

"Wakkk, janganlah macam tu. Mereka just tak nak awak terganggu aje. Don't worry, segala persiapan semuanya saya dah settle kan. Awak cuma perlu tunggu saya sarung cincin aje. Then, we'll be a husband and wife."

Aku tergelak. Boleh pula kata aku cuma kena tunggu dia sarung cincin aje. Haihhh Firdausku...

Sedikit sebanyak aku terpujuk dengan kata-kata Firdaus.

"Lain kali... Jangan berahsia dengan saya lagi tau!" Aku memberi amaran kepada Firdaus.

"Ini ancaman ataupun ugut?"

"Amaran keras!" Dia gelak.

"Awak tak kisah ke kahwin dengan saya? Ermmm, I mean, saya ni tak cantik macam perempuan lain... Tak sopan macam perempuan melayu terakhir, tak pandai masak..."

"Fir, kalau dah tertulis saya dan awak, maknanya jodoh saya dengan awaklah. Kalau Allah dah tetapkan saya dengan awak kahwin awal, maka berkahwin jugaklah. Sebab, Allah yang tetapkan, yang takdirkan kita. Awak tak pandai masak? Tak apa... Asalkan awak berusaha, tak cantik? Saya bukan ukur dari segi kecantikan dari luaran... tapi dalaman, your heart. Tak sopan? Siapa kata tak sopan? Awak menjaga maruah, aku menutup aurat, menjaga tingkah laku, menghormati ibu bapa itu sopan dah bagi saya..." Panjang lebar Firdaus menuturkan kata. Aku pula...

Terharu beb!

"Tapi kita kan still belajar... Saya baru habis SPM, awak pula baru sembilan belas tahun..."

"Fir, it sounds like you're afraid to getting married."

Berat aku nak mengaku. Tapi... memang betul pun. Memang alam perkahwinan, bercinta selepas bernikah itu indah... Tapi, aku yang muda, yang tak tahu apa-apa ni, bolehkah membahagiakan bakal suami aku? Tunang aku sendiri? Iaitu... Firdaus?

"Saya bukan apa... Saya cuma takut awak tak bahagia dengan saya." Luah aku, setelah lama kami terdiam.

"Belum kahwin lagi... Saya rasa... saya dah bahagia. Awak tak ada, saya selalu rindu. Bila awak ada, rasa macam dunia ni saya yang punya. Rasa macam saya mempunyai tunang seorang bidadari yang turun daripada syurga..."

Hamboi ayat dia!

"Amboi ayat awak. Ni mesti budak sastera kan..." Aku gelak.

"Ceh, mana tahu? Tapi apa yang saya cakap tadi, ikhlas dari hati tau..."

"Yelah Firdaus oiii..."

"Fir..."

"Ya?" Aku menyahut. Suasana kembali sepi. Tak tahu apa lagi nak cakap.

"Awak sudi ke terima orang sebagai suami awak?"

Hishhh, soalan apa ni? Mestilah SUDI! The answer is YES, sebab kau terlalu baik untuk akulah!

"Insyaallah, Firdaus." Jawab aku, tenang.

"Orang tak mampu nak bahagiakan awak... Orang kerja pun tak ada lagi, masih lagi belajar. Tapi, apa yang orang boleh cakap ialah, kita boleh dapat anak seorang setahun! Hahaha!"

Hamboiiihhh, ni yang malu ni...

"Merapu meraban betul awak ni!" Marah aku. Belum apa-apa lagi, dah sebut pasal anak. Hadushhh.

"Dengan bakal isteri, why not kan?"

"Gatallah awak ni, benci..."

"Jangan benci, nanti awak lebih cintakan saya... Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena..."

"Aishhh budak sastera nilah!" Aku gelak sakan. Dah kalau nama budak sastera tu, memang budak sasteralah. Ada sahaja ayatnya yang jiwang keluar daripada mulut tu.

"So, sayang..."

Sayang? Oh, my... pengsan juga aku nanti!

"Selama seminggu ni, our family tak kasi kita berjumpa. Jadi... saya nak awak wish luck untuk saya."

"Eh, kenapa pula tak boleh berjumpa? Dah untuk apa wish luck?" Soal aku penuh kehairanan.

"Sebab dorang cakap darah kita tengah manis, tak elok. Wish lucklah untuk saya..."

"Ohh begitu. Nak buat apa wish luck? Awak ada trial ke?" Soal aku lagi.

"Bukan tu..."

"Habistu?"

"Wish luck untuk saya ucap akad nikah dengan sekali lafaz!"

Buurrrr! Tersembur air yang aku minum. Terkejut! Ingatkan wish apalah tadi.

"Are you bathing right now?" Soal Firdaus, suaranya pelik.

"Eh tak, tak..."

"So, nak wish tak?" Hishhh Firdaus ni. Masih juga nak tuntut dia punya wish. Okay... Aku fikir sejenak dulu...

"Ehemm, ehem. Semoga berjaya untuk melafaz akad nikah dengan sekali lafaz sahaja wahai bakal suamiku. Goodluck and... Jumpa awak nanti, future husband! I'll miss you, bye assalamualaikum!"

Klik!

Aku terus padam dan matikan telefon. Malu sebenarnya... Boleh pula ayat itu yang terkeluar daripada mulut aku. Dia minta wish je... Tapi aku pula melebih-lebih. Hahaha!

Tiba-tiba phone aku berdering lagi, menandakan ada mesej yang masuk.

Aku senyum bila melihat si penghantar mesej itu adalah Firdaus.

So sweet bagi wish kat saya. Thanks for the wish my dear. Tak sempat orang nak cakap apa, dia dah off. Goodnight wak, sweet dreams. Mimpi saya ya. Assalamualaikum sayang. -Firdaus.

Aku senyum. Pasti saya akan mimpi awak punyalah! Hahaha aku tergelak sendiri. Haihhh, mabuk cinta betul. Mabuk Firdaus!

*************************

Aip aip, cerita ni belum tamat lagi. Buat sementara ni, cerpen Ku Kunci Namamu Di Hati (KKNDH) berhenti sekejap. Rehat dulu... Sebab nak bagi laluan untuk (PMRTKLSPM) dulu. Lepastu, sambung cerita Musuh dan Jodoh (M&S) yang dah lama terbengkalai. Then, sambung pula cerita Ilham dan Nabilla (I&N) dan kemudiannya yang terrakhir... Lelaki Pilihan Aku Epilog (LPA). Fuhhhh banyak gila! Tapi tak apa, memang favourite aku menaip, aku sanggup. Lautan ku sanggup redah. Cehwah.

16 comments:

  1. Bile nk sambung citer ni.. lama tunggu

    ReplyDelete
  2. Salam alaik..

    Saya suka jalan citer nii..

    Menarik..

    Kalau awak tak keberatan, boleh tak saya nak minta nombor whatapp awak..??

    Sebenarnya, saya nak minta tlong awak hntar smbungan .cerpen yang menarik ni di whatapp saya..

    Hihi..
    Saya tau perkara yang saya buat ni merapu meraban..

    Tapi disebabkan saya jarang baca cerpen online, saya terpaksa buat mcm nii..

    Takde alternatif lain dh.. huhu..

    Citer ni best sngatt..

    Rugi tak baca habihhh..
    Hihi..

    Takpun, awak hntar je kat nombor whatapp saya nii..

    0199268646


    Hihi..sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, hai emma :) Cerpen ni saya tengah siapkan. Btw pasal ws tu, saya tak dapat carilah no. awak. Sorry.

      Delete
  3. Whatapp saya haritu ada masalah skit..

    Tapi skrang dah ok..

    Takpe, maaf menyusahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak apa, btw no awak dah boleh kan? cerita tu dah nak siap :)

      Delete
    2. Dh boleh.. so bila nk send huhuu

      Delete
  4. Best ! Awak, bila sambungannya. beat sangat nii.. ����

    ReplyDelete
  5. Lama lg ke nak publish smbungan dia ni...x sabar dah nak bc

    ReplyDelete
  6. Awak... sambung please 🙏🙏

    ReplyDelete
  7. Hye writer..dah ada sambungan citer x? Pls upload it..best sgt cerpen nie..

    ReplyDelete
  8. Bole lh layan teruskan.....

    ReplyDelete
  9. Bole lh layan teruskan.....

    ReplyDelete
  10. Kenapa tak buay group cerpen dekat ws awak? :)

    ReplyDelete
  11. Sis update la lagi dh lama sgt kita nunggu comebacknya.pmr tunang kawin lps spm jangan ending selagi belum ending hihihuhu .layanla saya ����

    ReplyDelete