Cerpen : Ku Kunci Namamu Di Hati 13

By : Nur Hidayah

"Ingatkan marah..."

Semua orang mengurut dada.

Aku pula tersengih.

Memang aku jerit, ada nada marah ke?

Aku jerit nama Fikri, kegirangan adalah!

Gila tak girang, minggu depan kot! Tak payah minta green light dekat aku pun, aku pasti setuju punyalah!

"Minggu depan majlis depa pulak noh... Datanglah."

Aku dengar suara mak pula dekat dapur yang sedang tolong mak Anis. Haih mak, mak... Suara tu, tak boleh ke cover-cover sikit? Haha!

Aku perhatikan semua tetamu yang hadir. Semua ingin turun ke tingkat di bawah, di padang. Ada majlis Anis kecil-kecilan. Mak dan ayah pun dah turun. Yang tinggal cuma kawan-kawan pengantin perempuan dan kawan-kawan pengantin lelaki.

"Tapi, kenapa tak bagitahu saya dulu?" Soal aku, mata aku pandang wajah Fikri. Mata dia, aku tenung dalam-dalam.

"Bukan tak nak bagitahu awal-awal, tapi..."

"Dia kan gilakan kau, semua benda yang dia buat mana ada bagitahu sesiapa...." Anap bersuara.

Aku pandang Anap sekilas, dan kini pandang pula Fikri yang sedang tersengih. Aku menggeleng. Saja tau buat aku sedih, sebab semua tak tahu bagitahu aku. Pasal merisik tu pun, bukannya nak bagitahu dulu...

Tapi tak apalah, i love him more than i do!

Cehwahhh kau.

"Lain kali... jangan buat keputusan drastik sangat. Kesian kat orang tau, tak tahu apa-apa pun!" Aku jeling Fikri.

"Saya nak surprise je..."

"Banyak awak punya surprise. Ingat ini apa? Birthday party ke nak surprise-suprise?"

"Alololo, merajuk pula dia... Sorry lah..." Fikri kerdip mata dekat aku.

Ya Allah!

Cayaq nih!!!

"Aduhhh, aku jealous betul tengok Fik dengan Dayah ni. Terasa macam nak ada awek jugalah..." Ujar Capek.

"Imanina...." Panggil aku meleret. Saja aku seru nama Imanina. Mata aku pula, melirik ke arah Imanina, dan kemudian muka Capek.

"Oh yaa... Imanina... Capek. Sedap juga tu!" Haha! Fikri pun faham signal aku.

"Korang dah kenapa..." Imanina menjeling aku. Aku tersengih.

"Takkan tak faham kot... Kan, Anis, Adel, Nabilla, Dayana, Niesa, Hawa?" Aku kenyit mata dekat mereka semua.

Alah... Dulu, masa sekolah-sekolah dulu, aku dengan kawan-kawan aku selalu kenen-kenenkan Imanina dengan Capek. Dulu, Capek tak tahu yang kitorang buat macam tu. Imanina seorang aje yang tahu.

"Aku sokong!!!" Anis menjerit sambil menunjukkan thumbs upnya.

"Why not..." Capek tersengih.

Yes, ada chance ni nak kenenkan!

"Pek... Imanina ni... Uishhh dahlah lawa, pandai masak, yang pentingnya... sopan santun!" Aku menepuk-nepuk bahu Imanina. Imanina menjeling aku.

"Tulah Capek pun apa kurangnya... Pandai menggoda dengan pandangan dia tu!" Fikri pula bersuara.

"Hishh korang ni..." Imanina mengetap gigi.

"Hoi, hoi! Dah-dah. Ada ajelah drama yang korang buat... Cepatlah, semua orang dah turun tau, korang je belum. Pengapit I manaaa?"

"I'm coming! Haihh, tak payahlah nak buat gaya pondan nyah oi!" Tangan atas bahu, mata pandang atas. Menyampeeeeehhhh!

"Yahhh..."

"Apa?" Aku pandang Anis sekilas.

"Your dreaming comes true."

"What do you mean by?" Soal aku, pelik.

"Harapan kau, kau nak bahagiakan dia. Kau harap dia jodoh kau. And your dream comes true." Anis sekali lagi tersenyum.

Barulah aku faham, kemudian aku tersenyum.

"Yahhh, awak pijak kaki saya."

Lantas aku menoleh di belakang. Patutlah rasa macam tak sekata aje simen ni. Ingatkan kontraktor manalah yang salah buat kerja. Rupanya... Ya Allah! Dahlah aku pakai heels!

"Ehh sorry, sorry!" Aku terus angkat kaki aku. Muka dia menahan kesakitan. Fikri memegang kakinya yang terasa sakit.

Aduhhh, merah kot kaki dia!

"Korang ni, aku dahlah lapar! Kitorang gerak dulu okay? Hidayah, jaga kawan orang ni elok-elok tau!" Ujar Amiruddeen. Yang lain mengangguk dan pergi meninggalkan aku dengan Fikri berduaan di tangga.

Parah... kenapa mesti berdua aje?

Anis dengan yang lain-lain, dah lama ada dekat bawah.

Itulah Hidayah... Lain kali, mengelamun lah sampai besok! Orang dah sampai bawah pun, kau masih tak sedar. Sibuk dengan lamunan kau tu. Hishhh.

"Yahhh, sakitlah." Aduh Fikri.

Hidayah... Kau ambil jurusan medic, bukan jurutera! So, tolonglah Fikri!

"Sakit tak saya tekan?" Soal aku, mengambil kepastian.

Dia menahan sakit. Mukanya berkerut. "Sakit."

"Sakit lagi?" Aku tanya dia lagi. Aku tekan kakinya. Dan dia menahan sakit lagi. Mukanya berkerut. Uishhh, harap je ada silat, tapi sakit kena heels pun tak boleh tahan! Hahaha!

Perlahan-lahan jari-jemari aku mengurut kaki Fikri. Dan Fikri menahan kesakitan apabila jari aku menyentuh kakinya.

Kaki dia merah. Aduh, nampak sangat aku pijak kaki dia dah lama. Fikri ni pun satu... Kalau dah terasa kena pijak tu, jeritlah! Ini dok diam, lepastu tegoq punyalah elok. Aku ni pun kuat berangan. Hadushhh.

"Sakit lagi?"

"Much better." Dia senyum.

Dan... mata kami berdua bertaut.

Aku terasa seperti tangan aku disentuh. Hangat lain macam. Terus aku pandang tangan aku.

Dan, aku cepat-cepat lepaskan tangan aku.

"Fik, kita belum halal lagi." Ujar aku, tak berlapik. Aku ni, jenis bukan nak cover-cover. So, biarlah aku tegur dia tanpa berlapik.

 "Oh, sorry. Really really sorry. Tak sengaja." Fikri pandang tempat lain. Aku boleh nampak dia seperti menahan rasa malu.

"Lain kali, jangan buat lagi ehhh." Aku jeling dia.

"Yelah Yahhh."

"Okay, dah jom. Makan." Aku bangun daripada duduk bersimpuh di hadapan Fikri. Fikri pun bangun sama.

Kami sama-sama menuju di khemah, tempat majlis makan-makan pertunangan Anis dan Ikhwan. Tersenyum-senyum kawan-kawan aku pandang aku. Aku hanya menjeling.

Aku pandang meja yang tertulis 'Rakan Pengantin'. Hamboiii, dah macam wedding dah. Padahal baru bertunang!

Tapi... kenapa mesti rakan pengantin perempuan dan pengantin lelaki bercampur? Ada dua lagi tempat kosong dah... semestinya untuk aku dan Fikri!

Ya Allah... Tak nak duduk sebelah dia! Segan.

"Awak nak makan apa?" Soal Fikri.

"Eh tak apalah. Saya ambil sendiri."

"Up to you then," Dia senyum. Aku mengikuti langkahnya di belakang.

Banyaknyaaaa lauk!

Aku mengambil pinggan dan mengisi nasi di dalam pinggan. Hanya dua senduk. Kemudian, aku mengambil lauk asam pedas ikan pari, sotong goreng tepung dan sedikit keropok. Nampak tak banyak, tapi bagi aku ni dah lebih daripada biasa aku makan ni!

Kemudian, aku capai pula gelas. Mengisi air sirap di dalam gelas tersebut. Baru sahaja nak isi, tiba-tiba ada seseorang yang memotong barisan aku. Aku menjelingnya tajam.

"Peace," Fikri buat muka comel. Dan aku hanya menggeleng melihat perangai Fikri yang seperti kanak-kanak.

"Aiii, sikitnya makan?" Soal Nabilla.

Aku angkat bahu. "Ni pun banyak daripada biasa tau." Aku sengih.

"Ke sebab cinta hati kat sebelah?" Soal Nabilla tak berlapik.

Aku jeling Nabilla. Pertanyaan tak masuk dek akal Nabilla, aku buat tak endah. Bukan sebab dia pun aku makan sikit. Sebelum ni aku makan lagi sikit kot. Ni lebih banyak daripada biasalah ni.

"Hidayah, mak dengan ayah balik dulu. Sebab kejap lagi ada lagi wedding dekat Taman Melawati. Nak ikut tak?" Soal mak. Aku yang sedang mengunyah, hampir tercekik kerana teguran mak yang mengejutkan.

"Tak kot... I'm tired lah madam." Aku sengih.

Mak geleng kepala. "Fikri, jaga anak mak elok-elok. Mak balik dulu."

Amboiii mak...

Aku salam tangan mak, kemudian diikuti oleh Fikri dan kawan-kawan aku. Menyibuk je kot Fikri ni...

"InsyaAllah orang jaga bakal isteri orang ni, mak dengan ayah don't worry too much lahhh." Fikri tersengih nakal. Aku jeling dia.

Mak cuma senyum.

"Uhuk, uhuk!"

Sengaja betullah dorang ni... Sengaja dok batuk-batuk, menyampah betul!

Aku menghantar mak dan ayah dengan pandangan sahaja. Kemudian, aku terus menghabiskan baki-baki nasi di dalam pinggan aku. Lagi cepat habis, lagi cepat aku boleh beredar.

Sebab... setiap kali suap, dia mesti pandang.

Ishhh, tak selesa ceq mau makan hang tau dak!

"Awak ni jangan tenung saya macam saya ni pesalah boleh tak?"

Aku tenung dia dalam-dalam. Dia hanya tersengih nakal.

"Why not... saya pandang my future wife kan?"

Aku dah jadi malu sendiri. Saja je kot dia ni. Sekali aku simbah dengan air sirap ni, baru dia tahu. Muka aku dah merah menahan malu.

"Kalau awak pandang lagi, memang kirim salamlah saya nak jumpa awak lagi ya..."

Aku mengugut Fikri. Sebenarnya, aku malu apabila ditenung olehnya. Memang tak biasa. Aku memang gini, sekali kena tenung, memang aku tak berani nak pandang mata.

"Haaa okay okay. Saya tak pandang dah. Alah, nak pandang budak comel pun tak boleh."

"Makcu, mana atuk dengan toknek?" Soal Irfan, sambil memegang erat tangan aku.

"Haaalooohhh, macam mana budak kecik ni boleh tertinggal ni?" Aku kerut dahi.

Aku pandang Fikri, Fikri pandang aku.

Mak, ayahhhh! Cucumu tertinggal!

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi menandakan ada panggilan. Lantas aku mencapai handbag aku, aku lihat skrin telefon.

Haaa, mak!

"Assalamualaikum mak, Irfan ter..."

"Ha waalaikumussalam. Ni, pasal Irfan tu, malam nanti hantar dia balik rumah mak. Mak dah suruh Fikri hantarkan. Sebab malam kan, mak risau... Dah, mak dah sampai ni, assalamualaikum."

Klik!

Aduhhh mak, tak sempat nak cakap dah potong lepastu matikan talian.

Uishhh.

Aku terus toleh sebelah. Kelihatan Fikri tersengih-sengih memandang telefon bimbitnya.

"Irfan tak suka makan ikan, apa yang awak senyumkan?" Soal aku, dalam berpantun.

"Mak awak nama Halifah, rahsialahhhhhh..." Dia juga ikut berpantun, kemudian tersengih-sengih. Tak habis-habis dengan sengih dia tu!

"Alaaa, Irfan... Kita nak pergi mana ni? Sebab, malam baru makcu boleh hantar..." Aku mengangkat Irfan dan meletakkan dia di atas riba aku.

Tak sempat Irfan nak jawab, tiba-tiba Fikri dah rampas dia dari aku.

"Tak apa, kita pergi jalan-jalan dengan makcu. Nak tak?" Soal Fikri kepada Irfan. Aku hanya memerhati si 'bapak' dan si 'anak' ni berbicara.

"Yeayyy, keluar dengan pakcu!" Jerit Irfan keriangan.

"So makcu... Your mom amanahkan saya hantar awak malam ni. Jadi... tiada bantahan ya princess."

Aku jeling Fikri.

Mak... kenapa mak dok pi tinggal Irfan dekat sini?

Huaaaa....

Tak pasal-pasal kena balik dengan Fikri.

Awkward okay, awkward!

Baru aje cadang nak melepak dengan pengantin malam ni...

"Ya tuanku..." Aku pandang Fikri sekilas. Aku mencapai gelas yang berisi air sirap di atas meja aku. Nak basahkan tekak yang terasa kehausan.

"Afan duduk dengan makcu kejap, pakcu nak ambil something. Kejap eh sayang."

Amboiii, layan anak buah aku macam anak buah dia pulak! Bersayang-sayang bagai.

"Afan ni comotlah..." Aku mengelap bibir Irfan yang comot. Dasar budak kecil... Makan aiskrim mesti comot. Macam aku dululah, masa kecil-kecil dulu. Kalau makan aiskrim, tak sah kalau tak comot!

Dalam berapa minit sahaja, tiba-tiba Fikri muncul dengan semangkuk cendol bersama dua sudu. Aku pandang dia dan saling berbalas senyuman.

"Jom makan..." Pelawa Fikri.

Aku pandang Fikri dengan pandangan yang pelik. Makan? Ada semangkuk aje kot, dia ajak aku makan sama pula.

No... jangan lah dia suruh aku makan dengan dia sekali!

"Eh tak apa, awak makanlah. Saya dah kenyang." Ujar aku.

"Really? It seems like you want this cendol so badly."

Aku telan liur.

Memang nak pun....

Tapi kalau share, aku tak jadilah... He's not my husband yet!

"Tak apa... Saya boleh ambil sendiri." Aku senyum. Aku terus bangun, dengan Irfan sekali aku angkat.

Dia menarik lengan baju aku. "Duduk. Kalau tak nak kongsi dengan saya, tak apa, saya faham. Saya ambilkan untuk awak."

Dan beberapa saat kemudian, dia muncul lagi dengan semangkuk cendol untuk aku. Dia senyum memandang aku.

"Thanks." Ucap aku.

Aku menyuap satu sudu cendol.

Oh my...

Sedapnya!

Kemudian, aku suap pula untuk Irfan. Irfan pun suka cendol. Kalau ABC, lagilah dia suka. Memang kalau bagi dia makan ABC satu mangkuk besar, confirm habis punya!

"Nak lagi..." Ujar Irfan.

Aku tersenyum. "Aaaaaaa..." Aku menyuap Irfan siap dengan bunyi-bunyinya lagi tau.

Fikri yang berada di sebelah, pandang macam tak puas hati.

"Kenapa ni?" Soal aku apabila kelihatan Fikri macam tak puas hati tengok aku dengan Irfan saling bersuap-suap.

"Dengan saya tak nak share. Tapi dengan Irfan, boleh pula dia bersuap-suap kan."

Fikri tenung aku, aku tenung Fikri. Dan...

"Hahahahahaha!"

Ketawa aku meletus.

Apalah Fikri ni...

"Dengan budak kecil ni pun nak jealous ke? Kelakarlah."

Fikri tak habis-habis tenung aku. Tiba-tiba dada ni rasa berdebar apabila ditenung sebegitu oleh Fikri. Dan serta-merta ketawa aku terhenti.

"Saya bukan tak nak share... Tapi, awak tahu kan... we're not married yet."

Aku cuba untuk tenangkan Fikri yang sedang melanda 'kecemburuan'. Gilalah... Dengan anak buah, dengan budak kecil pun nak jealous. Ni kalau dah ada anak, kalau aku layan anak aku lebih ni, confirm dia jealous juga. Hishhh...

"Tapi kita kenalah biasa-biasakan."

"No way. Nanti bila dah kahwin, langsung tak ada rasa sweet sebab kita dah pernah buat sebelum nikah. Awak nak sweet sebelum ke selepas nikah?" Soal aku, menduga.

Dia senyum. "Mestilah lepas nikah."

Dan aku pun tersenyum sama. "That's my Fikri."

Hahaha! Gatalnya kau Hidayah! That's my Fikri eh... Nasib tak cakap 'That's my prince charming!'. Silap-silap pengsan kot dia. Ceh!

"That's my that's my... Geli ok! Daripada tadi lagi kitorang tengok drama korang."

Aku dengan Fikri pandang tepat-tepat dekat kawan-kawan Fikri. Kawan-kawan aku dah lama pergi ikut Anis bergambar. Aku aje yang ketinggalan zaman.

"Orang nak bersweet pun nak menyibuk."

Aku ketawa.

"Hahaha. Korang bergaduhlah ya. Orang nak pergi bergambar. Byeee, jom Afan."

Aku terus berlalu. Sibuk sangat layan Irfan dengan Fikri, kawan-kawan tinggalkan aku pun aku tak sedar. Huishhh, sampai hati tinggalkan aku.

Sadisnya...

Aku pun nak selfie juga!

"Hoi, selfie tak ajak!" Jerit aku, Irfan masih dalam dukungan.

"Sibuk dating aje, kitorang dah ajak dah. Kau watdekkk je." Balas Dayana.

"Entahnya, ingatkan nak selfie berdua aje kan. Sampai kitorang ajak buat tak endah aje." Adel memerli.

Cis... Bikin aku malu sahaja! Sudah-sudahlah tu memerli...

"Yelah-yelah. Jom selfieee!" Jerit aku dan semua rakan-rakan aku. Anis pun ikut sama. Tujuh sekawan kan... Buat itu ini mesti bersama! Ceh!

************************

"Makcu dah sampai..." Irfan menggoncang bahu aku. Aku terus tersedar.

Lahhh, tertidur rupanya.

Mak... Tertidur dalam kereta Fikri! Malunya!

"Setengah jam dah kita sampai. And you sleep like a baby."

Kan dah kata... Malu!

"Err, Afan jom masuk! Atuk dengan toknek mesti dah tunggu!" Aku terus membuka pintu kereta.

"Jom, masuk." Pelawa aku. Dah ada tetamu kan... gila tak ajak. Kesian si tetamu ni.

"Eh, tak apalah..." Tolak Fikri lembut.

"Erm... Apa perasaan ayah saya kan... bila bakal menantu dia tak nak masuk dulu sebelum balik." Aku sengaja ingin menguji Fikri. Dan yang lebih tepat lagi, aku nak ajak dia masuk!

"Yelah Yahhh. Saya masuk." Fikri mengalah.

"Hahaha. Yess!" Aku tepuk tangan.

Kami sama-sama beriringan masuk ke dalam rumah. Semua keluarga aku ada. Ada abang dan kakak ipar aku, anak buah aku pun ada. Wahhh, meriah gila!

"Assalamualaikum..." Aku memberi salam, Fikri pun sama.

Aku salam tangan mak dan ayah. Fikri ikut aje aku.

"Ehem, ehem." Ashraf berdehem. Nazmi pun sama. Aku jeling mereka berdua. Sibuk berdehem, dah kenapa? Tekak tu sakit sangat ke? Nak aku check? Huh!

"Hello brother..."

Amboiii Fikri! Layan abang aku macam kawan dia aje.

Rindu gila... Rasa macam nak tinggal rumah mak aje malam ni. Tak nak balik lagi dekat rumah sewa tu.

Baru aku ingat... esok tak ada kelas.

Alang-alang cuti seminggu, baik aku stay dengan family beberapa hari kejap kan.

And...

"Mak, orang tak balik rumah orang kot malam ni. Semua ada kat sini, rinduuuu kot. Nak tinggal kat sini dalam tiga hari tau." Pesan aku dekat mak.

"Tak ada kelas ke?" Soal ayah.

"Tak, cuti seminggu. Alang-alang cuti tu, orang nak stay kejap." Balas aku.

Fikri cuma mendukung Rizqin, bermain dengan Rizqin.

Oh my...

So sweet!

"Eloklah dik. Aku dah lama tak lepak dengan kau." Ujar Ashraf.

"Lahhh, pandai pula kau rindu aku?"

"Aku tak kata pun rindu. Aku kata dah lama tak lepak je... Haa maluuu..."

Aku jadi malu sendiri. Cis, nak kenakan abang aku last-last aku yang terkena balik!

Dah kalau nama 'law' atau 'peguam' tu, memang takkan menanglah kalau aku lawan dengan dia. Memang ada sahaja balasan dan bantahan dia. Kalau dia ajak aku lawan pasal ubat, apa itu brain cancer ke... haaa itu aku boleh!

Haha!

"Hidayah, pi lah buat air. Hishhh kamu ni." Ujar mak, mak memukul lembut peha aku.

Aku tersengih. "Yes boss!"

Aku menuju ke dapur. Membancuh air mangga, kegemaran aku. Kemudian, aku mencapai dulang, lapan gelas kaca, dan empat gelas plastik untuk budak-budak. Kalau budak-budak pakai gelas kaca, pecah habis... bising mak nanti.

Aku menghantar dulang minuman ke depan. "Jemput minum semua, Fik..." Aku hulurkan gelaskan kepada semua orang.

"Fik tak suka air mangga." Ujar Nazmi.

Aku terkejut. "Lah, tak suka ke? Awak nak air apa? Ada sarsi, hundred plus..."

"Eh tak, tak apa... Saya minum aje air ni." Fikri senyum.

Aku hanya mengangguk.

Aku suka air mangga, dia tak suka air mangga. Aku suka jam Rolex, tapi dia tak suka jam Rolex. Dia suka Cartier. Hishhh, banyak betul perbezaannya.

"Minumlah dulu, orang nak buat something dekat dapur kejap." Ujar aku. Meminta diri.

Sampai sahaja di dapur, aku selongkar semua kabinet. Nak cari bahan apa yang ada, nak buat dessert sikit. Kalau tak dessert, masak sikit-sikit pun bolehlah... asalkan ada makanan untuk si tercinta, Fikri. CEHWAHHHH.

Ada susu cair, cocktail... Tapi aku tak nak buat cocktail. Sebab, dah ada air mangga. Aku selongkar lagi kabinet dapur mak aku.

Hishhh, ni kalau mak tahu aku dok selongkar-selongkar ni, habis bising dia...

Ada tepung, oreo, cheese dan lain-lain. Dalam fikiran aku nak buat cheesecake oreo tapi takkanlah. Sebab dia memerlukan masa untuk sejuk, even tak bakar sekalipun.

Last-last... aku buat mee goreng aje. Ada dua bungkus mee, tomato, bawang, daun sup semuanya cukup. Aku selongkar pula peti ais. Ada ayam, udang, sayur-sayuran dan lain-lain. Okaylah tu...

Dan, sesi masak memasak pun bermula...

Tak sampai setengah jam pun, mee goreng aku dah siap. Sekejap aku buat. Ni pun, resepi mak, mak yang ajar aku. Lagipun, bahan-bahan semuanya mak dah siapkan. Sebab, mak memang suka prepair awal-awal, nanti bila nak masak, tak adalah terkial-kial nak buat itu ini.

That's why I love my mom!

"Jemput makan..." Aku meletakkan dulang di atas meja.

"Wahhh, Cik Hidayah masak..." Gurau ayah.

Aku sekadar tersenyum. Aku menceduk mee didalam mangkuk, dan memasukkan ke dalam pinggan. Seorang satu aku hulurkan.

Yang terakhir sekali, aku cedokkan ke dalam pinggan aku. Nak suapkan si Irfan, anak buah yang paling manja sekali dengan aku.

Yang lain, semuanya kecil lagi. Ratna, Hakeem dan Rizqin. Semuanya baby lagi. Yang paling besar pun, Irfan. Jadi, Irfan sahajalah yang pandai makan benda-benda ni semua.

"Bismillahirrohmanirrohim... Aaaaa." Aku nganga mulut, menyuruh Irfan menganga mulut sekali.

"Sedapnya kau masak Dayah..." Ujar Ashraf.

Ni yang nak kembang ni... Haha!

"Sedap tak Fik?" Soal Nazmi pula.

Aku sekadar mendengar perbualan di antara mereka. Tak nak menyampuk, tapi nak dengar. Haha!

"Sedap, tak pernah rasa sesedap ni... Nak tambah lagi." Ujar Fikri.

"Wohooo, bakal suami puji tu. Kembang tak dik?"

Boleh tak kalau pinggan ni aku baling melayang dekat dua ekor abang aku tu? Menyampah betullah. Suka betul kacau aku. Huh!

"Fikri, dah pukul berapa dah ni, esok tak kerja ke?" Soal ayah.

"Esok tak kerja pun ayah. Ambil cuti..." Balas Fikri.

"Kalau macam tu, tinggal ajelah dekat sini. Dah malam dah ni..."

Mak... tinggal sini?

Wehhh, tak nak!!!

**************************

Akan bersambung :D

No comments:

Post a Comment