Cerpen : Ku Kunci Namamu Di Hati 12

Hari ini, hari pertunangan Fatin a.k.a Anis dengan Ikhwan. Aku, sebagai pengapit Anis. Sepatutnya yang menjadi pengapit Anis ialah kakaknya sendiri. Tapi disebabkan perut kakaknya yang boyot tu, tak jadi lah dia nak jadi pengapit. Tunggu masa aje nak terkeluar baby tu. Akulah yang menjadi pengganti kakak Anis. Tapi tak apa, aku suka! Aku memang suka gila bab-bab jadi pengapit ni.

Majlis kahwin Adel nanti... Aku yang jadi pengapit. Majlis tunang Anis ni pun, aku yang jadi pengapit. Wah... sukanya!

"Berangan aje kerjanya. Tu, si sayang kau telefon."

Aku tersentak daripada lamunan. Lantas, skrin telefon aku pandang. Kemudian aku mengambil dan terus menjawab tanpa membuang masa. Kesian orang di sana menunggu lama. Huhu!

"Assalamualaikum, sayang..."

Uishhh, ni yang nak pengsan ni!

"Waalaikumussalam. Kenapa?"

"Dah mula ke majlis tu?" Soalnya.

"Belum lagi, kenapa tak sampai lagi ni?" Soal aku pula. Sepatutnya... Fikri dah lama sampai. Sebab, dia pun kena jadi pengapit juga. Anis lah ni... Orang time majlis bersanding aje yang ada pengapit, tapi time bertunang pun dia nak pengapit juga. Bukannya jadi raja sehari lagi pun.

Banyak kali kot aku dan kawan-kawan aku bertengkar pasal benda ni. Bertunang pun macam dah bernikah! Sampai nak ada pengapit bagai. Tapi... I on aje you!

"Tak pernah dibuat orang!" Adel marah. Yelah, dia bertunang dulu pun, dia tak guna pun pengapit. Tapi Anis je... yang lain macam sedikit!

"Orang tak pernah, sebab tulah aku nak buat!"

"Kau ni... habistu Ikhwan setuju ke idok?" Soal aku.

"Dia kata... For my lovely bride-to-be, anything I'll do!"

"Euwww, tak pernah nak cakap benda yang korang bincangkan okay. Geliiii." Niesa menahan geli, begitu juga Nabilla.

"Biarlah..."

"Tapi, mesti orang lain pelik bila majlis pertunangan kau ada pengapit!" Adel masih tak berpuas hati.

"Watlek je... Itu majlis aku, dorang nak mengumpat, biarlah dorang. Asalkan aku happy ada pengapit waktu aku bertunang."

"Tapi, wedding kau nanti ada jugak pengapit, lagipun kau bertunang sebulan aje pun!" Kini, Dayana pula bersuara setelah lama diam perhatikan pergaduhan Anis dan Adel. Bukan gaduh... lebih tepat lagi ialah, Adel bangkang habis-habisan kot.

"Ishhh, bisinglah korang ni, pengapi aje pun... Biarlah Anis, majlis dia... Dia nak ada flower girl or boy pun, biaq pi kat dia lah..." Aku cuba untuk meleraikan sesi bangkang membangkang di antara mereka semua.

"Suka hati kau lah..."

"Yesss! Semua dah setuju, yuhooooo!" Jerit Anis kegirangan.

"Kanak-kanak ribena betul..." Hawa menggeleng bila tengok aksi kebudakan Anis. Dah nak jadi tunang orang dah pun... Still ada perangai budak dia tu.

"Yanggg, mengelamun apa sampai saya panggil tak menyahut ni?"

Aku tersedar daripada lamunan.

"Heheh, tak ada apa."

Aku memandang sebelah bila Anis dok sibuk menyiku aku, tersengih-sengih dia. Uishhh, sibuk aje!

"Saya sesat ni..."

"Lahhh, kuarters guru pun, awak tak jumpa ke?"

"Bukan tu..."

"Dah tu?"

"Saya cari Blok K, sampai sekarang tak jumpa..."

Jahat tak kalau aku gelakkan dia? Tak jahat kot, sebab aku memang dah gelakkan untuk dia dah pun! Ada pula kata yang dia boleh sesat, tak tahu blok K dekat mana. Guard kan ada? Awat tak tanya bang oi?

"Guard kan ada. Haha kelakarlah awak ni."

"Ish, saya tak nak guard yang tunjukkan."

"Mengadanya. Habis tu, nak siapa yang tunjukkan? Monyet?"

"Ermm... Apa guna kalau ada buah hati, tapi dia tak datang tolong jemputkan?"

Ohhh... Buah hati eh? Makin mengada-ngada pula dia sekarang kan? Irfan pun kalah tau!

"Ada-ada ajelah. Okay, dekat mana sekarang ni?"

"Depan pondok guard."

Ish, Fikri ni! Dah guard depan mata, tanya ajelah! Nak juga aku ni turun bawah daripada tingkat 3, lepastu start enjin bagai, jemput dia. Tapi tak apalah, dia punya pasal kan... Lautan sanggup ku redah! Ecewahhh.

"Tunggu situ! Jangan merayau mana-mana."

"Of course tunggu. Sebab nak tunggu bakal isteri jemputkan..."

"Ish dahlah, duduk diam-diam. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam Yahhh." Klik!

Aku pandang Anis di sebelah yang sedang ber touch up oleh Adel. Semua kawan-kawan aku tak suka make-up, tapi disebabkan mak Anis yang paksa Anis pakai makeup sikit, tu yang Anis ber touch up tu. Kalau tak... Tak kuasa!

"Teman-temanku... Aku kena jemput someone lah... Be right back!"

"Fik letewww. Cecececehhh, kawan kita dilamun cintalah..."

"Ish, mana ada!"

Aku terus keluar daripada bilik bakal-pengantin, bilik Anis. Dan terus menuju ke ruang tamu. Nak meminta diri dulu sebelum keluar.

"Mama... Dayah keluar kejap tau? Nak jemput seseorang..."

Mama Anis, aku panggil Mama. Memang semua kawan rapat, buat mak orang macam mak sendiri. Haaa, best kan kitorang? Haha!

"Yaa... Jangan lama-lama sangat tau."

"Bereh boh!"

Aku terus keluar. Rasa macam tertinggal sesuatu...

Mak oi!

Kunci kereta tertinggal...

Jauh tu nak jalan kaki sampai ke pondok guard!

Tak apa... Terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah... tak perlu undur! Malas aku nak masuk dalam balik. Sesak kot.

Lantas, aku terus turun ke bawah. Jalan dengan penuh berhati-hati. Kot-kot ada kereta yang bawa laju, tak pasal-pasal baju aku ada extra corak pula kang. Ada extra lumpur.

"So sweet... Jalan kaki sama-sama?"

Aku pandang Fikri atas bawah. Hijau? Oh my... Sama!

"Puas dah tilik muka orang? Amacam, handsome tak bakal suami?"

"Ish, perasannya!"

Aku kalihkan pandangan ke tempat lain. Malu pula bila Fikri tenung aku dalam-dalam macam tu. Bukan tenung macam nak terkam orang... tapi tenung macam... entahlah. Senyum lain macam aje dia ni.

"Jalan kaki sama-sama jom? Baru sweet."

"Banyak cantik! Saya dah penat ni, jom naik kereta awak!"

"Alaaa, baru nak feeling lama-lama sikit. Jomlah..."

Aiii, merajuk? Tak apa, aku tak pandai merajuk, tapi pandai pujuk!

"Dari pekan sampai ke Ijok, alahai comelnya dia merajuk!" Aku kerdipkan mata dekat dia. Ceit, nampak macam gedik pula... Tapi biarlah, ada pakcik guard ni tengok pun, aku lantakkan aje. Macamlah pakcik ni tak pernah bercinta kan?

"Fikri memang comel bila merajuk, pandai dia pujuk!"

"Ambil kelapa perah santan, sumpah perasan!" Aku jelir lidah.

Dia gelak.

"Silakan tuan puteri." Fikri membuka pintu untuk aku. Aku pula rasa malu. Aku bukan raja pun nak buka pintu sampai orang yang tolong bukakan. Aku Hidayah. Manusia biasa aje.

"Saya bukan rajalah. Saya boleh buka sendiri. Ada tangan lagi, belum cacat."

"Saja... Nak layan tuan puteri kesayangan Fikri ni..."

"Lebih-lebih pula dia." Aku tersenyum dan terus masuk ke dalam kereta.

Tak sampai seminit pun, kami dah pun muncul di depan muka pintu.

"Assalamualaikum..." Aku memberi salam sebelum masuk.

"Lahhh, aku ingatkan siapalah 'someone' yang dok sesat tu. Rupanya kau Fik!" Capek terkejut aku. Aku hanya buat tak tahu, aku cuma melayan tetamu sahaja.

"Entahnya. Dan-dan ajelah lupa alamat dekat mana. Poyo!" Hazim pula bersuara.

Aku bercekak pinggang dan memandang Fikri.

"Ohh, sesat eh? Saja je kan awak ni. Orang dahlah penat tau. Eiiii." Ikutkan hati... nak aje cubit-cubit lengan dia yang sasa ni. Biar jadi kempis, keding. Haha, kejam sangat pulak.

"Alololo, sorrylah. Saja je nak orang tu teman saya..."

"Banyaklah awak."

"Sorry lah eh?"

"Naik lorilah."

"Alaaa. Ermmm..." Tiba-tiba Fikri keluarkan phone daripada poket baju melayunya. Aku hanya memerhati gelagat Fikri.

Lahhhh, apahal pula Fikri pasang lagu gwiyomi time majlis Anis ni? Ya Allah...

Tiba-tiba rasa nak tergelak. Makcik-makcik, pakcik-pakcik, semuanyalah, yang ada dalam bilik tu pun, keluar sama. Tengok apa Fikri buat.

Dah... dok pi buat gaya gwiyomi depan aku pula!

Malu!

Last-last... Semua tergelak, aku pun sama gelak. Apa bendalah Fikri ni! Nak pujuk aku, tapi dengan masa tak kena kot. Ada pula pujuk aku depan orang ramai. Aduhhh, orang tak merajuk pun lah wakkk!

"Makcik tengok... Kamu berdua ni sesuai sangatlah!" Ujar seorang makcik.

"Tengok... Makcik ni pun sokong kita tau, jom tunang jom?" Fikri mengenyitkan matanya. Aku pula jadi malu sendiri.

Aduhhhh! Janganlah buat drama depan orang ramai ni...

"Eh, eh! Ni majlis aku ke... Majlis korang?" Anis cekak pinggang.

Semua ketawa, termasuk aku.

"Tak apakan... kalau aku dengan dia pun nak bertunang sama. Kan sayang kan?"

Melebih Fikri ni...

"Gelilah Fik ni..." Capek dan Anap menahan geli bila tengok Fikri jadi jiwang.

"Apa salahnya, majlis ni ada dua orang bertunang!"

Haaa... Mak pula menyampuk!

"Hishh, mak ni..."

"Mak pun bagi green light..." Ahhh, muka aku dah panas ni! Malu! Dahlah ramai orang tengah menyaksikan drama aku dengan Fikri.

"Woiii, nak buat drama dekat tamanlah! Ni rumah aku pun boleh jadi korang berdua ni." Anis menggeleng.

"Dah, awak pergilah buat apa yang patut. Saya nak siapkan bakal tunang orang tu." Aku muncungkan bibir dan tunjuk ke muka Anis.

Aku baru sahaja nak pergi, tiba-tiba Fikri panggil lagi.

"Eh Yahhh..."

"Apa?" Aku pandang Fikri.

"Jangan lama-lama, nanti rindu."

Bulat mata aku pandang Fikri. Aku jeling dia, suara tu tak boleh kuatkan lagi? Biar satu dunia tahu... Hishh..

"Amboi! Sedap kau orang berdating kan..."

"Mana ada..." Aku menafikan.

Aku duduk di atas kerusi meja solek. Touch up sedikit. Maklumlah, pengapit pun nak juga jadi lawa. Ceh!

Aku memakai sedikit bedak, dan secalit lip gloss. Maskara ke... celak ke... tak mainlah! Aku langsung tak minat benda-benda macam tu. Buat semak dan berat muka je...

"Cepatlah siap, dah nak mula ni..."

"Aku dah lama siap dah wei. Tunggu si pengapit tu je haaa.. Sedap dating kat luar!" Kalau boleh, nak aje aku seletepkan mulut sorang-sorang. Tak habis-habis perli aku!

Dalam dua minit menunggu, akhirnya, Anis sudah pun menjadi tunang orang. Sudah menjadi separuh milik Ikhwan. Belum sepenuhnya lagi. Tunggu dah nikah, baru sepenuhnya.

"Tunang orang dah diaaa..." Ujar kakak Anis.

"Haha. Akak pun dah nak jadi mak orang dah..."

Aku hanya tersenyum melihat adik-beradik berbicara.

"Jadi menantu yang solehah untuk umi, ya sayang?" Bakal ibu mertua Anis, memegang erat tangan Anis. Anis mengangguk dengan pertanyaan uminya.

"Insyaallah umi." Ujar Anis.

Aku pula... Macam bahagia aje jadi tunang orang ni! Aku dengan Fikri... bila? Ceh!

"Pengantin lelaki... boleh masuk untuk sesi bergambar!" Jerit mama Anis.

Aku pula, berjalan ke tepi sikit untuk memberi laluan kepada Ikhwan dan Fikri. Sibuk ajelah Fikri ni... Aku nak keluar, malas nak ganggu sesi bergambar Anis dengan Ikhwan.

"Yahhh, kita pun ambil gambar sekalilah."

"Haah, pengapit pun ambil gambar sama."

"Ya, pengapit pun ambil sama! Ermmm, sepadan lah korang ni." Amboiiii photographer mana diorang cilok ni? Pandai pula dia nak kenenkan aku dengan Fikri!

Tak jadilah aku nak keluar...

Mula-mula, biar pengantin dulu yang mengambil gambar. Ada macam-macam gaya. Anis pula... buat gaya merajuk, yang Ikhwan pula pujuk Anis. Kemudian, Anis dan Ikhwan saling berpandanganlah... Macam-macam gaya romantik yang si photographer ni suruh buat. Anis dan Ikhwan, ikut aje...

"Okay next... Pengapit pula duduk sebelah pengantin."

Permintaan si photographer ni, aku ikut aje... Okaylah duduk sebelah pengantin, daripada pengapit duduk sebelah pengapit... Haaa kau, tak menjadi gambar tu kang disebabkan oleh muka aku yang merah menahan gugup!

"Nice shot!"

"Love it!"

"Good!"

"Okay, nice!"

Banyak betul photographer ni membebel. Padahal, aku senyum aje pun. Tak ada buat gaya apa-apa pun. Sebab, aku memang malas nak bergaya dalam bergambar.

Tadi, masa si pengantin ambil gambar, tak adalah pula nak membebel... Hish...

Macam-macam gaya yang kami berempat buat. Ada yang aku berdiri sebelah Fikri... Ada yang Anis berdiri sebelah Ikhwan... Macam-macamlah. Ada saling berpandangan... Dan lain-lain. Penat nak terangkan, sebab banyak sangat gaya. Tapi, aku memang ada dua aje gaya, senyum biasa dan sengih. Tu ajelah. Malas nak buat muka lebih-lebih.

"Comel dia senyum." Ada terdengar seperti ada yang membisik. Lantas aku toleh ke kanan.

Dia mengenyitkan matanya!

Nak pengsan boleh tak? Hish...

"Lepas ni... Hidayah dengan Fikrilah pula, minggu depan!" Capek bersuara.

Ehhh, minggu depan?

"Merepek apa ni..." Aku gelak, mungkin Capek cuma bergurau...

"Eh, Fik cakap... Hidayah dengan Fik minggu depan, kan Anap, Ajim, Amirudden, Zul kan?"

FIKRI!!!

****************************

BERSAMBUNG.

No comments:

Post a Comment