Cerpen : Ku Kunci Namamu Di Hati 10

By : Nur Hidayah

"Haah! Fikri pakwe Hidayah!"

Oh, Anis! Kau memang sahabat aku dunia akhirat!

"Nonsense. Aku pun tak dapat, takkan orang lain senang sangat boleh dapat?!"

Tangan atas bahu, mata pandang atas. Menyampah!

"Eh, biarlah dia nak suka siapa pun. Kau sibuk kenapa?" Soal Anis. Memang bagus betul Anis ada dengan aku. Adalah orang nak backup aku dengan mamat poyo ni.

Tak pasal-pasal... Semua orang dalam dewan ni, tengok adegan betapa 'mesranya' aku dengan Faiq. Huh!!! Bikin malu sahaja.

Faiq Shah... Menyampah betul aku. Kalau dulu, aku adalah cakap elok-elok dengan dia. Bertolak ansur. Tapi sekarang... No way! Kalau dah tak suka tu, MEANS I DON'T LIKE! Memang dia takkan pernah faham bahasa agaknya. Banyak kali kot, aku cakap dengan dia, aku tak suka dia. Kalau setakat kawan, tak apalah. Tapi... Lebih daripada tu, aku tak boleh. Ada sahaja jawapan dia.

"Cinta tu boleh tumbuh, kalau awak usahakan."

"Saya tak boleh anggap awak sebagai adik or kawan sahaja."

"I love you more and more." Yang ni... Rasa nak muntah! Dahlah masa tu, dia nak pegang tangan aku, nasib baik aku sempat mengelak. Kalau tak... Elok sahaja lima jari aku ni mendarat ke pipi dia.

"No... Kau Dayah... Kau milik aku seorang!" Faiq terus keluar dari dewan.

Badmood?

Kisah pula aku?

Marah?

Ada aku kisah?

"Selamat ada mulut pedas sebelah aku ni..." Aku mengucap alhamdullilah, tangan aku angkat ke atas.

"Eh, Faiq! Kelas dekat sini, bukan luar!"

Elok sahaja Faiq keluar, muncullah Mr. Faez pun masuk. Nasib sahajalah Mr. Faez ni bukan jenis yang panas baran ataupun suka marah pelajarnya.

"Ok, class! We have a pop quiz for next week. So, I want all of you study and read chapter four until six!"

Mak oi..... Semua terkejut! Kuiz aje kot, tapi masuk sampai tiga bab. Minggu depan pula tu. Aku ni dahlah jenis blur, aku rasa bukan aku seorang aje, dorang pun sama.

Medic kot... Tough ok!

"Ok?!" Jerit Mr. Faez apabila semua senyap, terkejut dengan kuiz minggu depan.

"Ok lah..." Jawab aku perlahan.

Insyaallah lah boleh. Kita ingat Allah, Allah ingat kita. Insyaallah, Allah akan bantu.

Teringat pula ayat aku dekat Fikri masa sekolah dulu-dulu. Ceit, aku memang gatal betullah dulu kan. Haha!

Tiba-tiba aje tangan ni rasa gatal nak mesej Fikri.

Aku pandang ke depan, memandang Mr. Faez. Takut juga kalau dia marah aku, aku mesej dengan someone masa kelas dia. Bila tengok dia tengah menulis sesuatu di whiteboard, cepat-cepat aku menaip sesuatu untuk Fikri.

Kalau kita ingat Allah, Allah ingat kita. Buat kerja elok-elok, jangan asyik mengelamun je. Solat jangan lupa, breakfast, lunch, makan petang, makan malam jangan tinggal. Kalau ada masa lapang, bacalah Al-Quran :) -Hidayah

SEND!

Aku tersenyum sendiri.

"Berlovey-dovey pula kauuu." Anis berbisik.

Aku angkat bahu. "Saja."

"Dah, fokus dekat Mr. Faez tu. Fokus pada pembelajarannya, bukan mukanya! Dia suami orang tau..."

"Ish, tak kuasa mak! Aku dah ada orang lainlah.. Orang tu dah cop hati aku ni tau." Tangan aku, aku letakkan di dada aku.

"Fikri, tahu sangat!" Anis mencebik.

"Eleh, kau punya tu, Ikhwan!" Aku pula mencebik.

"Bakal tunang aku, bulan depan."

What?!!!

"Tahniah!" Aku menjerit.

Semua mata pandang ke arah aku dan Anis, Anis pula, bulat mata dia memandang aku. Mr. Faez pandang aku... pun terkejut sama!

Ops...

"Sorry..." Aku tersengih, dan kemudiannya aku duduk.

"Bergema suara awak, Hidayah." Semua orang tergelak, aku sengih sahaja.

Aduhhh, nasib semua orang tahu yang aku ni gila-gila! Perangai aje gila-gila, tapi aku bukannya gila. Tengok aje aku macam ni... Tapi dalam hati ada taman. Ceh!

"Kau ni, suara tu tak boleh kuat lagi?"

"Ikutkan nak pakai mike, nak pakai speaker, biar pekak kau duduk sebelah aku!" Haaa ambil kau Anis! Kau berloyar buruk dengan aku, aku lagi berloyar buruk dengan kau!

******************

"Terima kasih kerana ingatkan."

"Not a big deal. Macamlah awak tak kenal saya, ayat itu aje yang saya ulang!"

"Alah, ulang ke tak ke, janji saya suka ayat tu!"

Suka ayat ke... Suka orangnya? Ceh! Aku pula yang terlebih perasan.

"Lagi-lagi orang tu yang sampaikan."

Baru fikir... Dia dah sebut. Agaknya, kalau aku ajak dia kahwin esok, dia nak tak? Haha!

"Makan dah?" Soal aku.

"Belum lagi, ingat nak makan dengan awak, free tak?"

Aku cepat mengangguk. Ewah Hidayah... Makin gatal kau sekarang ya? Ni kalau Nazmi dengan Ashraf tengok aku ni, mesti dah tariknya rambut aku ni. Gatal sangat.

"Free, tapi saya nak balik rumah dulu."

"Kenapa?"

Malu pula nak cakap. Tapi, aku lepaskan aje! Tak payah nak cover sangat lah kan.

"Tadi pagi kan bangun lambat, so mandi pun, mandi kambing je..."

Dia gelak.

"Jahat, gelakkan orang pula."

Dia gelak lagi.

"Anything for you sayang. Nak saya ambil pukul berapa?"

Sayang? Lagi!

"Eh, tak payahlah awak nak ambil saya, saya boleh naik kereta sendiri. Bukannya saya jalan kaki pun. Kalau saya jalan kaki, boleh saya tumpang awak."

Lagipun, aku tak biasa kot naik kereta berdua-duaan dengan lelaki. Walaupun lelaki itu ialah Fikri. Memang nampak baik, tapi kalau dah adanya tanduk dua tu, apa-apa benda tak elok pun boleh jadi!

"Okay... Pukul berapa?"

"Satu, boleh?"

"No hal lah..."

"Eh, jap!"

"Apa?"

"Tak busy ke?" Soal aku. Jurutera macam dia... Nonsense lah kalau tak busy! Setahu aku, jurutera semuanya busy, sampai balik rumah pun, laptop kena ada sama. Malam-malam, mesti kena pekena coffee, nak buat kerja.

"Kalau saya cakap tak, memang menipu sangatlah... Tapi, nak keluar dengan yang tersayang, apa salahnya..."

"Eh, kalau awak busy, tak payahlah keluar dengan saya. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan bos awak pula. Saya boleh makan seorang jelah, macamlah tak biasa."

Fikri gelak.

Aku pelik. Apahal dia gelak?

"Caring betul awak kan... Jangan risaulah, bos saya tu baik orangnya."

"Oh, mesti handsome kan?" Gurau aku. Dah nama pun bos... Mestilah kebanyakannya tua! Haha!

"Handsome, awak pun dah tersangkut dengan dia."

"Haa?"

Apa ni? Fikri ni cakap berbelit-belit lah! Aku bukannya lawyer nak faham bahasa belit-belit ni. Aku doktor. Apa itu panadol, antibiotik... Aku tahulah!

"Petang ni ada kelas tak?" Soalnya. Tukar topik pula dia.

"Tak ada, kawan saya yang lain, semuanya ada kelas. Saya seorang ajelah, sebab pensyarah batalkan last minute."

"Okaylah kalau macam tu. Nanti, mesej dekat mana and pukul berapa."

"Okay..."

"Hidayah..."

"Ya?"

"Bawak elok-elok tau..."

"Okay."

"Jangan drift macam pagi tadi lagi..."

"Hish, ya ya..."

"Pakai seatbelt."

"Aish, orang tahulah..."

"Drive nanti, jangan asyik ingat saya je..."

"Okk... Aik? Kalau saya ingat awak, kereta tu tak berjalan, tapi ke longkang!"

Fikri gelak.

"Perasanlah awak ni." Ujar aku, aku pun gelak sama.

"Kalau ada yang mengorat, jangan dilayan kecuali..."

"Kecuali awak, kan?"

"Yup!"

Kami sama-sama gelak.

"Awak pun sama, drive elok-elok. Assalamualaikum."

"Ya Yahhhhh. Sayang awak kerana Allah. Waalaikumussalam."

Sayang awak kerana Allah?

Oh my...

Sayang kau kerana Allah juga!

***********************

Sampai sahaja di rumah, aku terus naik ke atas, ke dalam bilik. Aku pandang jam sekilas, baru pukul 11.30 pagi... Awal lagi! Kira-kira satu setengah jam lagi kot. Takkan awal sangat aku nak bersiap?

Lepas sahaja mandi dan memakai baju. Baju pula, aku hanya pakai yang biasa sahaja. Hanya singlet warna hijau dan kain labuh warna hitam. Aku terus turun ke bawah. Nak makan, tapi tak ada selera pula. Dahlah pagi tadi langsung tak makan. Tak apalah, perut aku belum meragam lagi.

Aku menukar siaran. Langsung tak menarik perhatian, last-last aku buka cerita Mat Tudung sahaja. Malas dah nak tukar itu, tukar ini. Buka CD lagi bagus. Nasib Dayana ni jenis yang kaki beli DVD. Senanglah aku nak tengok movie.

Terbahak-bahak aku ketawa bila part Fizz Fairuz jadi Johana. Part yang paling best bila Fizz Fairuz terjatuh sebab pakai high heels. Gila kelakar dia jatuh! Dah nak terjatuh tu, boleh pulalah cover cun, cover ayu lagi. Haha!

Aku pergi ke dapur sebentar, untuk membasahkan tekak yang terasa kering. Nak makan? Tak rasa lapar lagi kot... Itulah sebab kenapa aku boleh kena gastrik. Asyik tak makan aje. Aku membancuh air teh o, kegemaran aku. Ada air coklat, tapi tu kesukaan kawan-kawan aku lah. Yang aku ni, jenis tak makan coklat sangat. Aku ni memilih betul. Air teh pula, mesti kena Earl Grey teh!

Aku kembali ke ruang tamu. Rasa macam ada orang memberi salam. Tapi pada mulanya, aku hanya buat tak tahu, tapi bila dia seru nama aku... terus aku capai tudung, dan cardigan yang ada dalam bilik bawah. Bilik persimpanan baju antara kami bertujuh.

Aku dengar lagi ada orang seru nama aku.

"Hidayah, I know you're in there!"

Aku perhatikan di luar tingkap.

Ah....

Faiq!

Aku terpaksa juga keluar bila dia dah seru nama aku untuk keberapa kalinya. Menyesal pula letak loceng dekat rumah ni, memekak aje! Sudahlah Faiq tekan macam nak jahanamkan loceng rumah aku ni... Haih, sakit telinga aku!

"Tak reti nak bagi salam dulu ke?"

Aku renung Faiq dalam-dalam. Faiq tersenyum menyenget. Gatal! Menyampah aku. Fikir menggoda lah dia buat macam tu? Kirim salam!

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Aku pandang Faiq atas bawah. Apahal bertuxedo di siang hari ni? Nak kata ada meeting or something, aku tak rasa Faiq tu orang terhormat. Haa entahlah... Nak kata pi dinner, apahalnya? Sekarang baru pukul 12 tengahari! Tapi, jarang pula orang pakai tuxedo waktu tengahari macam ni. Pelik Faiq ni!

"Eh, jangan masuk!" Larang aku.

Berangan punya pasal, elok sahaja Faiq dah masuk dalam perkarangan rumah aku. Aduhhh, apahal aku bodoh sangat tak pi kunci pagar ni?!!! Ya Tuhan!!!

"Too late." Balasnya, sambil tersenyum menang.

Aku cuba untuk menutup dan mengunci pintu, tetapi tangan sasa milik Faiq lebih kuat menahan daripada tangan aku. Tenaga perempuan, payahlah nak lawan. Allahu... Selamatkan aku!

"Lepaskan akulah!" Aku merentap bila Faiq memegang kuat tangan aku.

"No way. Kau milik aku. Bukan milik Fikri."

Aku tersenyum sinis. "Kau siapa nak tentukan jodoh aku?" Soal aku kasar.

"Tak kisahlah siapa pun aku, yang pentingnya kau milik aku. Muktamad." Dia tersenyum lagi, senyum setan!!!

Wajahnya makin mendekat dengan aku. Gunakan kuasa kau... Gunakan kuasa kau Hidayah...

Aku menyepak sekuat hati perut Faiq, tapi langsung tak berjaya. Aduh, silap orang! Faiq bertubuh sasa, mana nak rasa sepakan aku. Harap aje aku ni ada taekwando.

"Sekali kau lawan, lagi teruk aku buat kau."

Amaran keras, dia bisik dekat telinga aku. Aku makin takut. Ya Allah, selamatkan lah aku... Aku kalau dah takut, memang payah dah nak berlawan.

Wajahnya makin dekat.

Aku menjerit. Tapi, langsung tak ada yang datang membantu. Makin kuat aku jerit, makin kuat Faiq tampar aku. Biarlah rasa sakit sekalipun, yang pentingnya, maruah aku terjaga!

Tangan aku yang dia pegang, dia rentap makin kuat. Dia sandarkan aku di muka pintu. Dia berdiri di hadapan aku, dia menghalang aku daripada keluar.

Ya Allah...

Hidayah, mana pergi kuasa kau?!!!

Aku sepak sekuat hati 'kelemahan' lelaki. Dia menjerit kesakitan.

"Ahhhh!"

Aku berjaya melepaskan diri, baru sahaja ingin berlari, kaki aku dipegangnya kuat. Aku terjatuh ke bawah.

"Kau nak lari mana haa?"

Fikri... Selamatkan saya...

Aku berdoa dalam hati, berharap dia muncul apabila aku sebut nama Fikri.

Aku pejam mata, sudah tidak larat lagi apabila ditampar kuat oleh Faiq. Badan aku lemah. Aku sudah tidak ada tenaga. Tangan aku memukul dada Faiq, tetapi langsung tak ada rasa sakit apabila aku memukulnya.

Fikri, selamatkan saya...

Mata aku terpejam rapat, sudah tidak mampu lagi untuk aku buka. Tetapi masih lagi boleh dengar suara Faiq menjerit. Tangannya tak habis-habis menampar aku.

"Don't you ever touch my princess!"

Fikri... Alhamdullilah, Allah dengar doa aku!

Tubuh aku makin lama, makin lemah. Mata aku, aku buka sedikit, ingin melihat apa yang berlaku. Tapi, 10% daripada 100%! Kabur sahaja pandangan aku. Padah tak makan! Tenaga pun tak ada!

"Fikri..." Aku memanggil namanya. Aku mahu lihat wajah itu. Terima kasih kerana selamatkan saya!

Fikri meletakkan kepala aku di atas pehanya. "Hidayah..." Fikri... Fik..ri... menangis?

"Terima kasih datang selamatkan saya..." Ucap aku.

"Jangan tinggalkan abang, sayang."

Abang? Sayang?

Mata aku makin kabur!

"Hidayah!!!"

Aku makin lemah!

*********************

"Hidayah, dengar cakap saya. Sebut apa yang saya sebut. Ingat, Allah... Allah... Allah..."

Aku buka mata perlahan.

Fikri... Wajah yang aku sayang. Orang yang menangis kerana aku!

"Allah... Allah... Allah..." Suara aku tidak keluar, tenaga masih juga tak ada.

"Hidayah... Awak selalu pesan, kalau kita ingat Allah, Allah ingat kita. Jadi, ingatlah Allah selalu. Insyaallah, Allah akan bantu awak supaya pulih secepat yang mungkin." Ujarnya.

"Fik... Sakit." Ujar aku. Kepala aku berat. Mata aku berpinar-pinar. Tak tahan dengan sinaran cahaya lampu.

"Hidayah... Jangan tinggalkan saya..."

"I won't." Suara aku tidak kedengaran, seperti berbisik. Tapi aku yakin, Fikri pasti dengar!

"Hidayah, tolong jangan tinggalkan abang sayang. I love you more than you love yourself. Please, sayang... Jangan tinggalkan abang... Ingat Allah... Kuat sayang, kuat!"

Mata aku kabur lagi...

***********************

Aku ada dengar suara orang mengaji. Suaranya seperti menahan tangisan. Suaranya sangat merdu, sampai boleh buat aku rasa tenang.

Aku kenal suara ni.

Fikri...

Aku buka mata perlahan-lahan.

"Fikri... Sakit." Ujar aku. Kepala aku masih lagi terasa berat. Mata aku pun rasa benda yang sama. Susah untuk aku buka seluas-luasnya.

Fikri hanya tersenyum.

"Saya kenal sayang saya. Dia kuat. Kalau dia boleh bertahan selama lapan tahun untuk cintanya, pasti sayang saya akan tahan ujian daripada Allah. Ingat, sakit itu boleh mengurangkan pahala."

Dia memberi semangat kepada aku.

Aku cuba untuk senyum, tapi susah! Akibat ditampar oleh Faiq, mulut aku, mata aku, semuanyalah rasa sakit dan pedih!

"Fikri... Jangan tinggalkan saya."

"Saya takkan tinggal sayang saya. Hidayah... Kuat sayang kuat..."

Kabur lagi!

*******************

Mata aku cuba buka perlahan-lahan.

Lamanya aku tidur...

Lamanya kepala aku terasa berat!

"Fik..." Aku seru nama dia.

Dia tersenyum.

"Sayang... Allah ada dengan sayang. Sayang jadi kuat ya? Cepatlah sedar, abang rindu sayang abang. Sayang abang yang kuat, yang ganas, yang gila-gila..."

"Please wake up... I love you, Hidayah..."

Berat lagi kepala aku ni!

"Say, Allah... Allah... Allah..."

Aku hanya mengikut. Tapi, dalam hati. Kerana suara aku langsung tak terkeluar.

"Allah, Allah, Allah..."

Aku sebut lagi.

"Sayang... Cepat sedar. Abang sayangkan Hidayah. Tolonglah bangun untuk abang. I know you can."

"Jangan tinggalkan abang... Abang sayangkan Hidayah. I want you to be my wife... Please wake up..."

Lagi sekali... Kabur!

*************************

P/S : Dapat jugak aku sambung. Exam dah habis! Aku tunggu lama gilooo, mano Pateng ni tak sambung-sambung lagi novel dia. Rindu bebenau ni... Hahaha, amik kau, bercampur aduk bahasa aku. Loghat, Kedah semua ada!

1 comment:

  1. It should be sakit itu boleh mengurangkan dosa not mengurangkan pahala..

    ReplyDelete