Cerpen : Ku Kunci Namamu Di Hati 9

By : Nur Hidayah

Aku ingat lagi... Bila keenam-enam rakan aku semuanya ternganga mulut bila dapat tahu, orang yang buat aku jadi gila dan angau ialah Fikri.

"Kau jangan beb... Dia kan dah ada isteri?"

"Dia cakap, dia tak ada isteri."

"Lelaki, dah bosan yang lama, cari yang baru."

"Hish, apa ni bersangka buruk!"

Aku geleng kepala. Semuanya mengiakan kata-kata Adel, termasuk Anis juga. Ish kawan-kawan aku ni... Selama dorang kawan dengan aku, pernah ke aku menipu? Alahai...

"Tak adalah, lelaki kot. Lelaki semuanya..."

"Wooo, tak semua lelaki curang okay."

Aku terus potong cakap Nisa. Memanglah ada lelaki yang curang, main kayu tiga dan sebagai. Adalah ramai, tapi tak SEMUANYA!

Macam perempuan juga... Lelaki suka gelarkan perempuan "perempuan semuanya sama, semuanya nak harta." tapi, tak SEMUANYA ok! Aku ni, nakkan Fikri bukan sebab harta pun... CEH!

"Kitorang tak nak kau kecewa je..."

Alaaa so sweet kawan aku ni. Aku tersenyum.

"Tak apa, kalau berani Fikri tu tipu aku... Aku taekwando dia. Aku ni ada black belt tau!"

Semua ketawa. "Tak sia-sia kau masuk taekwando dulu... Tapi nasib baik bukan silat!"

Ops.... Lupalah!

Kalau aku taekwando dia, mesti dia silat aku balik!

"Kalau aku taekwando dia, aku kena silat daripada dia pulak!"

Ketawa lagi, kecuali aku.

Tak apa... Ada lagi satu cara!

"Kalau dah sama-sama melawan, bergaduh, memang berjodoh lah tu."

"Cisss, tadi macam tak sokong aku, sekarang ni, lainlah pula. Tak apa, aku gunalah kuasa mulut aku. Apa, ingat law aje boleh berlawan? Doktor tak boleh ke?"

Aku menuding jari ke arah muka aku.

"Siapa tak sokong kau dengan Fikri, secocok lah!"

"Bukan tak boleh... Tapi takut kau kaku bila depan dia!" Anis tergelak.

Cehh... Macam-macam tahu tahu aje yang aku mesti kaku bila tengok dia. Tapi tu, dululah... Sekarang ni, mungkin dah terbiasa sikit, cuma adalah rasa malu tu lagi.

"Oittt, ada yang call tu." Aku muncungkan mulut aku ke arah telefon bimbit milik Anis.

"Jantung hati aku call, Ikhwan." Anis tersengih.

Aku mencebik. "Geli gilaaa."

Anis terus berlari naik ke atas, masuk ke dalam biliknya. Anis memang... Kalau bab bergayut, memang nombor satu. Maklumlah, Anis dengan Ikhwan siap dah rancang nak bertunang lagi. Fattah dengan Adel pula dah nak kahwin hujung tahun ni...

Aku... On the way! Ceh.

"So, Del... Hujung tahun ni, aku cop nak jadi pengapit kau!" Aku bersuara apabila semua diam, melihat skrin televisyen yang menayang cerita Titanic.

Titanic...

Teringat perbualan aku dengan Fikri, semalam. Sweet juga bila Fikri bermadah, walaupun dia bukan budak sastera masa sekolah menengah dulu.

"Saya juga tak boleh jadi Jack untuk awak... Saya hanya Fikri. Tapi, Hidayah punya Fikri. Fikri punya Hidayah. Dan saya tak akan pernah jadi Jack, sebab saya tak nak tinggalkan Rose."

"Saya juga tak nak jadi Rose, sebab saya tak nak kehilangan Jack..."

Oh my...

Bikin hati ini kembang kempis sahaja! Fikri, Fikri... Dulu aku angau, sekarang pun aku angau sama. Memang Fikri pandai buat aku gilakan dialah!

"No hal lah. Lagipun, aku tak ada kakak nak jadi pengapit." Adel pula bersuara, mata masih memandang 'ke-sweetan' Jack dan Rose.

"Yeahhh! Korang jadi flower gila je, hahaha!"

"Flower girl cute apa." Niesa tak mahu kalah, Hawa pun sama. Yang Dayana pula... Tak habis-habis dok tersenyum bila tengok si Jack. Tahulah bayangkan Azam yang jadi Jack, ceh!

"Cute peee.." Nabilla pula mencelah.

"Eleh, sotong tu semuanya nak cute. Dahlah nampak itu ini, mesti jadi jakun. Memang sesuai sangat kau dengan Ahnaf!" Niesa ketawa, aku pun sama.

"Papepun, flower girl cute ke... Flower boy cute ke... Yang pentingnya, pengapit dia cun! Haha!" Aku pun tak mahu kalah juga. Padahal, aku bukannya lawa mana pun...

Ceh!

"Perasan 200%!"

Aku tergelak. Sama-sama tergelak.

************************

"Weh, ekspress lah! Dah lambat dah ni!" Dayana menjerit.

"Okay! Cepat!"

"Anis, Adel, Nabilla naik dengan aku!" Jerit aku.

Masing-masing rushing gila pagi ni. Tulah... Degil sangat. Semalam semua dah layan Titanic, dah habis Titanice, layan pula Romeo and Juliet.

Tidur pun pukul empat pagi... Lepastu, masing-masing bising tak boleh tidur. Semua pun study lah pagi tu, bila dah subuh, semua rasa mengantuk. Haihhh, setan menghasut betul! Lepastu, boleh pula semuanya tidur lepas subuh. Aku pun terikut sama. Nasib baiklah sedar pukul 7.15 pagi. Itu pun, tak cukup masa untuk 7 orang mandi, nak buat sarapan lagi, gosok baju... Kemas bag...

Jadi, sarapan kami semua postpone kan ke tengahari!

Baju pula, semuanya tak bergosok. Lantak kaulah labu... Kedut seribu je sejuta ke, pakai aje!

Mandi pula, semua mandi kambing. Seminit pun tak sampai!

Semua terpaksa pakai pashmina, sebab pashmina ajelah yang tak nampak berkedut sangat. Kalau pakai bawal, kang tak pasal tak habis-habis tengok cermin, sebab tak bergosok. Bentuk pun tak betul.

Sudahlah kelas pukul 8.30 pagi. Nasiblah... Kalau pensyarah semua marah. Nasib aku dengan Anis sama course, sama kelas harini. Aku adalah teman, tak adalah aku seorang aje yang kena marah. Ceh!

"Hawa dengan Niesa ikut aku! Cepat!" Hawa dengan Niesa, terus masuk ke dalam kereta Viva putih milik Dayana.

Aku, Anis, Adel dengan Nabilla, masuk ke dalam kereta Myvi putih aku.

Kalau tak, semuanya pandu seorang diri je. Tapi, disebabkan dah lambat sangat, semuanya nak jadi ekspress. Naik kereta pun, ada dua buah aje.

Ya Allah!

Pukul 8.00 pagi dah...

Redha, kalau aku kena marah sekalipun, aku redha...

Tapi kalau jalan jam... Aku rasa, memang payahlah! Silap-silap tak sampai University aku tu nanti. Nak belajar pun, entah-entah kelas dah habis. Ish... Takkanlah!

"Yah, cepatlah!"

"Aku dah speed dah ni!"

Tiba-tiba aje telefon milik ake berbunyi, menandakan ada mesej masuk. Nasib telefon aku, aku letak dekat sebelah, bukan dalam beg. Bolehlah aku suruh Nabilla tengokkan.

"Sotong, tengokkan phone aku jap, siapa mesej."

"Sotong, sotong tak main lahhh."

Nabilla mencapai telefon bimbit aku. Aku masih lagi memerhati ke depan. Sudahlah aku bawa laju, kang aku pandang tepi, bukannya terus kereta aku ni... Ke longkang!

"Drive safely sayang... Saya nampak kereta awak, lajunya! Ni mesti kes bangun lambat ni... Take care, belajar elok-elok tau."

"Euwwwwwwwwwwww!" Semua menahan rasa geli. Aku pula... Senyum sampai ke telinga! Dia nampak kereta aku? Ceh!

"Macamlah korang tak pernah bercinta, ada ayat sweet gitu."

"Tak adalah, capang tu setahu aku tak ada perasaan!"

"Haah, masam 24 jam!"

"Heshhh... Ni mesti Anap yang cakap kan?" Soal aku, aku pandang Nabilla sekilas.

"Haah. Dia kata, Fikri tetiba senyum macam kambing. Selalunya, dia tak ada perasaan. Masam mencuka jeeee..."

"Yelah, dia dah sangkut dengan aku. Haha!" Aku tergelak.

Okay, sempat lagi berbual time-time tengah rushing ni...

"Nasib sempat!"

Alhamdullilah, sampai...

"Bye korang!" Aku melambai Nabilla dan Adel.

Aku dan Anis, berlari beriringan. Bukan berjalan tau. Dah macam marathon dah ni. Tulah, dulu masa sekolah menengah, tak nak masuk acara 400m, kan sekarang ni lari tak sampai 400m pun dah mengah.

"Hello guyss..." Jerit aku.

Tanpa segan silu aku menjerit. Maklumlah, aku ni gila-gila sikit. Siapa tak kenal dengan perangai aku.

"Kau bernasib baik... Pensyarah tak sampai lagi!" Jerit Izzat.

Aku dengan Anis tersengih.

"Agaknya, kita Mr. Faez pun layan Romeo and Juliet macam korang jugak kot..." Hani, rakan sekelas aku dengan Fatin mengusik.

"Cisss, perli nombor satu!"

"Kau bawak kereta berapa speed?" Soal Fakhrul.

"100km!"

"Woooo, boleh masuk drift dah tuuu..." Semua terkejut dengan jawapan aku.

"Lepastu dia perlahankan, sebab pakwe dia suruh drive safely!" Anis yang tadi senyap, kini bersuara.

"PAKWE?!!! Pakwe Hidayah?!" Aku terpandang ke arah satu suara.

Duhhh...

Kau memang spoilkan mood aku pagi-pagi!

**************************

To be continued :D

No comments:

Post a Comment