Cerpen : Ilham Dan Nabilla 1

By : Nur Hidayah

"Cepatlah sikit!" Marah Izzatul kepada aku. Tak faham betul aku... Sekarang ni bukannya tengah marathon pun... Aku hanya biarkan sahaja Izzatul membebel di depan. Aku di belakang, masih lagi slowww punya.

"Uish, sekali aku tinggalkan kau, baru tahu!"

"Yelah, aku pecut ni ha!" Aku terus pecut apabila Izzatul tak habis-habis membebel. Lagi-lagi dah mengugut, kata tinggalkan lah apa lah... Tahulah aku ni tak bawa kereta sendiri, aduhhh menyesal pula aku tak drive tadi!

Bedebukkk!

"Hoi!"

Aku terkejut, terkedu. Cepat sahaja aku bangun daripada pembaringan aku yang menghempap seorang mamat. Macam aku kenal...

Ilham!

"Ilham..." Seru aku. Mamat ni... Aku rindu gila dengan dia! Lepas aje dia habis SPM, aku terus dah tak jumpa dia. Tapi sekarang... Hm, jodoh tak ke mana!

"Pahal? Lain kali, lari tu janganlah laju sangat..." Ilham mengibas-ngibaskan punggungnya yang berpasir.

Aku tersenyum. "Saya berjoging, bukannya lari marathon pun... Nama pun, lari... Mestilah laju. Mana ada lari, slow macam kura-kura." Jawab aku, rileks.

"Spoil kan mood aku jelah!"

Aku tak tahu nak gembira ke benci. Gembira sebab dapat jumpa dia lepas bertahun-tahun lamanya menanggung rindu. Benci pula... Sebab ada Izzati, makwe tua dua tahun daripada dia tu! Spoil kan mood aku aje! Dahlah ber 'kau-aku' dengan aku, langsung tak ada perasaan simpati dekat aku yang menaruh harapan dekat dia, bertahun-tahun...

"Kau ni, nak joging pun tengok lah depan. Tak payahlah sampai nak langgar pakwe aku!" Jerit Izzati, sambil menolak aku dengan kasar.

Tak apa... Sabar.

"By the way, ke kau sengaja nak menggatal? Lepastu buat pulak drama dengan pakwe aku..." Izzati buat muka menyampah.

Tak... Ni tak boleh nak sabar!

"Eh, sorry sikit! Saya ni bukannya minah gedik yang nak buat drama bagai dekat sini. And one thing... Aku bukan perempuan gedik yang nakkan pakwe yang kaya, handsome... Oh ya, lagipun aku ni sedar diri... Aku tak suka lelaki lebih muda daripada aku."

"Kurang ajar..." Izzati mahu menampar aku. Aku hanya menutup mata, menutup mata tak bermakna aku lemah!

"Darling, stop it." Ilham menghalang. Wah, wah! Hero menahan lah...

"Kau boleh blah sekarang." Ilham menghalau aku. Okay, tak apa...

"Tak apa... Ada jodohlah tu, lepas bertahun tak jumpa... Tiba-tiba jumpa pulak..." Aku tersenyum.

Opsss...

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...

Ehem.

"Sorry, buat pekak jelah apa yang saya cakap tadi. Sorry for make your mood being spoiled. Enjoyed your life... With your... Em, makwe tua awak ni!" Sengaja aku berpesan, dalam nada perli.

Baru dia tahu... Aku sakit hati tengok makwe tua dia ni!

"Wohoooo, apahal muka macam tahan berak aje ni?" Izzatul yang baru lepas berbual dengan Fattah di dalam telefon, tiba-tiba menegur aku.

"Dah, jom balik!"

Aku pasang muka cemberut. Aku pandang ke belakang.

Euwww.

Gelinya!

Aku lihat Izzati sedang memeluk pinggang Ilham, manakala Ilham pula sedang mengelap peluh Izzati. Mak oiii, mesra dah macam orang berkahwin.

Macamlah aku tak tahu... Yang Izzati tu ada pawe lain, skandal. Lebih kaya daripada Ilham. Aku kan kaki stalker, haruslah tahu pasal minah ni.

You're so fake Izzati!

*******************

"Pehal?"

"Aku jumpa pujaan hati aku..."

"Ilham?"

Angguk.

"Wahhh, jodoh panjang tuuu." Izzatul tersenyum.

"Memanglah, tapi..."

"Kenapa?"

"Dia dengan makwe tua dia tu!!!" Jerit aku. Bengang. Ingatkan, bila dah jumpa aku akan gembira, tapi tidak sama sekali. Sakit hati adalah! Sudahlah bermesra macam orang dah berkahwin. Nak termuntah aku tengok kemesraan yang dibuat-buat oleh Izzati tu.

"Izzati tu kan... Ehem... Tahu-tahulah jelah apa yang aku nak sebut. Selalunya, orang jahat takkan pernah menang. Aku yakin, suatu hari nanti mesti rahsia Izzati terbongkar juga." Terang Izzatul, cuba meyakinkan aku.

"Tapi aku peliklah."

"Awat?"

"Macam mana... Ilham kesayangan aku tu tak tahu rahsia pasal awek dia?"

"Geliii aku dengar. Emm, entahlah aku pun tak tahu. Mungkin, kau ni kaki stalker, macam spy. Sebab tu lah kau seorang je yang tahu. Tapi Ilham tak tahu."

Aku angguk. Betul juga cakap Izzatul. Aku ni kaki stalker, kaki spy orang. Dah memang kerja aku macam tu, part time tak bergaji lagi. Ceh!

"Woiii, hot story nampak!" Hidayah dan Fatin datang menjerkah kami.

"Mak kau meletop!" Aku melatah. Latah aku disambut ketawa oleh mereka bertiga. Aku memandang mereka dengan pandangan yang bengang.

Sudahlah bengang dengan Ilham tu... Ni bengang pula dengan tiga orang sekepala ni!

"Kau terlambat lah panggg..."

"Apa pang, pang? Pang nak?" Hidayah menunjukkan lima jarinya, penampar.

Aku, Izzatul dan Fatin tergelak. "Elehhh, malu-malu pula. Padahal sukaaa..." Fatin tersenyum mengejek.

**********************

"Cik Nabilla, boleh masuk sekarang."

Aku mengangguk dan tersenyum. Aku mengikut langkah seorang gadis tinggi lampai ini. Pakaiannya agak seksi, tapi sopan santun juga. Kalau pakai baju kurung, pasti manis.

"Thanks." Ucap aku.

"Welcome, by the way, I'm Kila. Goodluck eh!" Kila menunjukkan thumbs upnya ke muka aku.

Aku melangkah dengan penuh berdebar. Aku lihat orang yang mahu interview aku tu... Hm, nampak tua... Entahlah, sebab dia pandang belakang, menghadap bangunan KLCC. Aku tak boleh nak tilik muka bos aku. Tapi rasanya... Tua.

"Assalamualaikum." Aku memberi salam. Berapa lama lagi aku harus tinggal di sini? Seminit dah aku meneliti ruang bilik bakal bos aku ni. Ceh...

"Waalaikumussalam."

Aku tersenyum. Kan... Tua! Hahaha, sempat lagi kutuk bos dalam hati.

"Saya Nurfatin Nabilla, and this is my..."

"DITERIMA!" Jerit Tuan... Em, entahlah nama dia pun aku tak tahu. Aku langsung tak perasan nama bos aku ni, sebelum aku masuk ke bilik dia.

"Hah?" Blur.

"Awak diterima."

"Tapi... Tuan belum tengok lagi saya punya..."

"Tuan Malek. Saya terima awak, as my Personal Assistant."

PA? Wah, aku fikir aku akan dapat kerja kuli aje. Tapi tulah... Rezeki tuhan.

"So..." Aku lihat dia yang senyum menyenget. Dah gaya macam.. Err.. Lelaki gatal.

Badan aku dah mula rasa seram sejuk. Sudahlah pintu bilik ini tertutup, tapi nasib lah tak terkunci. Ya Allah, apalah bos aku ni nak buat ni?

Aku makin rasa takut bila Tuan Malek datang ke sebelah aku. Dia duduk di atas mejanya, sambil merenung aku dengan pandangan yang gatal.

"Tuan, apa Tuan nak buat ni?" Soal aku, cemas apabila Tuan Malek mengangkat tangan seperti mahu menyentuh bahu aku.

"Just relax. I'll be a gentle... Kalau you tak percaya, you can ask all of my staff. Mereka semua dah merasa..."

Aku mahu lari segera. Tetapi tangan aku pantas ditarik oleh Tuan Malek.

"Lepaskan akulah!" Jerit aku, kuat. Orang-orang di pejabat hanya memerhati, seperti tak mahu ambil campur urusan aku dan Tuan Malek.

Allah, selamatkan aku!

Allah... Apa kejam sangat orang di dalam pejabat ni?

"Lepaslah!" Jerit aku lagi, apabila Tuan Malek memegang erat tangan aku.

Tangan aku dikucupnya. Aku pula meronta-ronta mahu melepaskan diri. Tetapi, makin kuat pula dia menarik aku. Tuan Malek membawa aku ke dalam pelukannya.

"LEPASKAN AKULAH!" Jerit aku. Muka aku ditamparnya, bertalu-talu.

"Kau jerit lagi, lagi teruk aku buat kau." Tuan Malek tersenyum sinis.

"Ahhh, lepaskan!!!" Aku meronta-ronta minta dilepaskan.

"Haha, you'll be mine, dear." Tuan Malek mahu mengucup bibir aku. Aku menutup bibir aku dengan tangan aku.

"Lepaskan dialah, orang tua!" Jerit seorang lelaki.

Aku sudah tidak mahu melihat apa yang terjadi di hadapan mataku kini. Aku menutup mataku, rapat. Aku jadi makin takut apabila ada bunyi tumbukan.

Aku sudah tidak bermaya kerana ditampar kuat oleh Tuan Malek.

Gelap...

********************

To be continued. Cehhh speaking.

1 comment: