Cerpen : Ku Kunci Namamu Di Hati 4

By : Nur Hidayah

"Sedap kau dating kan..."

"Apa?" Soal aku, tidak faham dengan ayat Ashraf dan Nazmi.

Aiii, dua-dua jongket kening ni.. Dah kenapa?

"Kau dengan ehem-ehem, siap bawa Irfan lagi. Ececeehhh." Nazmi tersenyum menyenget.

Aku pula semakin tak mengerti, "Hish, apa kau orang ni? Cuba statement tu kasi bagus sikit. Tak adalah aku nak blur!" Aku menjeling.

"Kau dengan Fikri lah! Sedap dating kau orang kan..."

Aku ingat lagi, masa aku temankan Irfan pergi beli mainan dia. Yang aku ni asyik bergaduh aje dengan Fikri. Aku nak bayar, dia pun nak bayar. Aku pilih mainan itu, dia pilih mainan ini. Semuanya dia nak tambah, walhal duit aku tak adalah banyak mana.

"Ish, pokai duit awak tau." Ujar aku apabila melihat Fikri tak habis-habis letak barang mainan milik Irfan di dalam troli. Dah nak penuh dah troli ni dengan mainan Irfan dan Rayhan Cukup rasanya stok setahun.

"Tak apalah, apa salahnya nak belanja anak buah sendiri..."

"Hah?" Aku blur.

"Tak... Apa salahnya nak belanja anak, alang-alang tu saya belanjalah anak buah awak sekali..." Ujarnya. Aku mengangguk tanda mengerti.

"Ish, dah, dah! Membazir jelah!"

"Mana ada!"

"Yelah, membazir. Kita bukannya nak pergi luar negara pun sampai beli mainan sampai stok sepuluh tahun!"

"KITA?" Fikri jongket kening.

Aku berdebar. Main jongket kening pulak....

"LETAK BALIK!" Aku kecilkan mata ke arah Fikri. Kononnya marah lah tu.

"Kalau tak nak?" Okay, menguji kesabaran betul orang sebelah aku ni...

"Irfan, jom balik! Lain kali ajelah kita beli..."

"Ok ok saya letak balik." Dalam hati, aku dah ketawa berdekah-dekah dah. Tahu pun takut! Senang je nak ugut Fikri rupanya, hahaha!

Lepastu, masa nak bayar, kami bergaduh lagi.

"Saya bayar!" Aku terus menolak tangan Fikri bila Fikri mengeluarkan not RM50 lima keping di dalam dompetnya.

"Eh, saya bayar!"

"Saya bayarlah! Tadi awak dah belanja makan, sekarang saya lah pula yang bayar,"

"Degil lah awak ni. Saya kata saya bayar, saya bayarlah!"

"Saya bayar, Fik. Awak duduk diam aje. Kunci mulut tu." Aku keluarkan kad kredit aku. Kali ni, Fikri pula yang menolak tangan aku daripada membayar.

"Hidayah, awak tu perempuan. Lelaki lah yang kena keluarkan duit."

"Saya bukan perempuan yang suka kikis harta orang lain." Aku terus terang.

"Ish, takde-takde, saya yang bayar!"

"Saya bayarlah Fikkkkk."

"Saya bayarlah Yahhhhh."

Irfan dengan Rayhan pula, pandang aku dengan Fikri dengan pandangan pelik. Mesti diorang pelik, asyik-asyik bergaduh aje makcu dia dengan daddy dia ni.

Aku rasa, minah cashier depan aku ni pun pening tengok pergaduhan kami berdua. Berebut-rebut nak bayar. Tapi sampai sekarang, tak bayar-bayar juga.

"Err, bang. Siapa yang nak bayar ni? Ramai niiii..." Minah cashier depan aku ni tersenyum malu-malu.

Euwww, abang? Aku pun tak panggil Fikri, ABANG OK!

Dahlah tadi, jeling-jeling aku. Tapi dengan Fikri, elok aje kau nak bersenyum. Dasar cashier gatal. Hahahaha, HOT juga mamat capang berjanggut ni. Hehe!

"Haa, nah!" Fikri menghulurkan duit kepada cashier itu. Aku pula menjeling Fikri. Tak apa... Tadi aku dah menang, sekarang ni dia pula yang menang. Adillah lah tu. 1-1.

"Lain kali, saya tak nak keluar dengan awak dah. Asyik awak je keluarkan duit.." Ujar aku. Aku segera mengambil beg plastik.

"Eleh, saya akan pastikan saya dan awak boleh keluar sama-sama." Ujar Fikri.

Pelik.

"Apa maksud awak ni? Awak tak kesian ke dekat isteri awak?" Soal aku, sedikit marah. Ni kalau kau jadi suami aku Fikri... Lepastu kau buat pula perangai macam ni dekat perempuan lain... Memang, erghhhh!

Mengeluh.

"Tak ada apalah. Jomlah balik."

Fikri terus berlalu meninggalkan aku.

"Hish, apanya. Aku cuma nak belanja dia makan je... Sebab dia temankan anak kau dekat hospital tadi. Last-last aku yang dia belanja, bukan aku yang belanja dia... So, kami bukan berdating!" Terang aku.

"Untunglah, melepaskan rindu bersama yang tersayang!" Nazmi yang mendukung anaknya, Shairah tergelak-gelak. Anaknya pun ikut sama senyum. Amboiii.

"Eh, cop cop!"

"Apa?"

"Apa?" Tanya abang-abang aku serentak.

"Macam mana kau boleh tahu, Ami?" Soal aku, pelik. Ni mesti...

"Aku yang cerita." Dah agak!

"Apasal kau bagitahu?" Aku berbisik ke telinga Ashraf. Ni yang tak suka ni... Kata nak simpan rahsia aku, tak nak bagitahu sesiapa. Tapi, ni dah dikira melanggar janji!

Ashraf cuma tersenyum.

"I heard it, Dayah. Memang patut pun Ashraf cerita dekat aku. Sekarang ni, kau dah boleh kahwin dah pun. So, segala rahsia kau, apa salahnya kalau nak kongsi bersama. Mak dengan ayah pun dah tahu." Terang Nazmi.

"Hah?" Aku melopong. Ah, malunya!

"Kau cerita semuaaaanyaaa pasal Fikri ke? Pasal mimpi aku pun?" Tanya aku.

Ashraf mengangguk. "Oh ya, dia pun jadi tukang cerita juga." Ashraf menunjuk jari telunjuknya ke muka Nazmi.

Aku pandang mereka kecil besar kecil besar aje.

"Don't worry, aku terima dia, jadi adik ipar aku." Nazmi tersenyum mengusik.

"Ish, neverlah!" Kepala aku gelengkan. Tangan kiri dan kanan aku gawangkan ke kiri dan kanan.

"Apahal pulak?"

"Dia dah kahwin lahhh, sebelah dia tu, anak murid aku. Rayhan. Tulah anak dia." Terang aku.

"Yeke? Tapi dia cerita dia tak ada..."

"Shhh!" Nazmi terus menghalang Ashraf daripada terus berkata.

Aku pandang mereka pelik. "Apasal korang gelisah semacam aje ni?"

"Haha NOTHING." Jawab mereka serentak. Muka mereka yang nampak gelisah, aku biarkan sahaja.

"Oh ya. Macam mana korang boleh tahu yang aku ni pergi keluar dengan mamat janggut, capang, astro, wifi, telinga kua..."

"Wooo, stop hina dia lah dik... Kau hina dia pun, kau still suka dia kan? Mengaku jelah..." Aku dah mula cuak.

Gila tak suka... Haruslah perasaan cinta tu ada lagi, tapi yang menjadi masalahnya sekarang ni, si Fikri tu dah ada isteri! Mana mungkin aku akan menaruh harapan lagi pada Fikri. Memang nonsense gila lah. Aku ni bukannya jenis yang sukakan suami orang, ataupun orang yang dah jadi milik orang. Senang cerita, aku bukan perampas!

"Euww, mana ada orang nak suka si capang tu."

"Jangan main ludah, nanti kau jilat balik..."

"Hish, apa kebendanyaa, dia dah ada isteri lah berapa kali nak bagitahu..."

Aku sudah mula rimas. Dia orang berdua ni, kalau tak bangkitkan isu pasal Fikri, tak boleh ke? Aku bosanlah!

"One day, you'll know the true."

Aku pandang mereka pelik. Apa benda lagi yang salah? Ada benda lagi ke yang perlu aku tahu? Tolonglah... Jangan buat kepala aku berpuzzle.

"Apa maksud korang?" Soal aku, penuh tanda tanya.

"One day, kau tahulah... Okay, bye adikku sayang!" Jerit Nazmi dan Ashraf serentak. Mereka terus keluar daripada bilik aku dan meninggalkan aku dalam keadaan yang berpuzzle dalam kepala otak.

Something wrong somewhere...

**********************

"Hahahaha, gila kelakar Yaasin ni." Aku ketawa berdekah-dekah, Atin, Anis, Adel, Dayana, Nisa dan Hawa pun ikut sama ketawa bila tengok part Yaasin belasah orang dalam cerita Abang Long Fadil.

Mana taknya, orang kalau nak belasah orang, belasah lah betul-betul. Yang lain semuanya belasah teruk-teruk. Tapi lain pula Yaasin, tak habis-habis dengan dua jarinya tu. Lepastu boleh pula dia geletek ketiak mamat ni, dahlah geletek, lepastu kentut pula. Haha!

"Gila rare. Kalau nak bagi orang pengsan, kentut ajelah. Haha!" Aku ketawa lagi. Tak payah susah-susah nak ambil kayu belasah orang, pakai kentut aje. Confirm pengsan!

"Handsomenya Kamal Adli..." Dua-dua tangan Adel, dia letakkan di dagunya.

"Eh, eh. Kamal Adli is mine!" Anis menjeling Adel di sebelah. Aku ketawa melihat perangai mereka berdua. Dah ada pakwe dah pun...

"Korang ambil Zizan jelah..." Dayana bersuara, sambil tergelak.

"No no no. Zizan milik Emma Maembong."

"Eh, eh. Si Ikhwan dengan Fattah kau tu nak letak mana?" Soal aku, dalam keadaan memerli.

"Heheh, Ikhwan tetap di hati." Anis tersengih, gatal.

"Fattah aku pula, dalam hati, dalam otak, dalam fikiran semua dalamlah..." Adel tersengih juga, gatal.

"Gelinyaaaa aku dengar." Aku mencebik.

"Eleh, awak kan ada capang." Hawa yang tadi diam, tiba-tiba bersuara.

"Dia dah ada isteri!" Jerit aku.

"Haaaa?!" Semua melopong, kecuali Anis.

"DIA DAH ADA ISTERI!"

Dan.... "Hah?!" Melopong lagi.

"Ish, Anis, ceritalah!" Aku terus bangun dari duduk. Tidak betah lagi duduk di situ. Aku tak mahu isu Fikri dibangkitkan. Aku mahu lupakan Fikri.

"Macam ni..." Aku dengar Anis mahu buka mulut untuk bercerita.

Sejak daripada kejadian pergaduhan aku dengan Fikri tempoh hari, aku terus tak jumpa Fikri lagi. Terjumpa dia mana-mana pun, tak ada. Dia terasa ke dengan aku? Baguslah kalau terasa. Biar dia sedar, yang dia dah ada isteri!

Pap!

Segera aku tutup pintu. Tak mahu dengar lagi nama Fikri! Biarlah kejadian dua hari yang lepas, menjadi kenangan terakhir aku dan Fikri.

Pergilah Fikri...

Pergi jauh-jauh...

Jangan pernah datang lagi!

*************************

"Cepatlah Anis!" Aku jerit, kuat.

"Kau jalanlah dulu." Anis termengah-mengah. Dia berhenti seketika untuk mengambil angin. Aku pula melompat-lompat, sebagai senaman ringan.

"Alaaa, cepatlah." Aku memujuk Anis. Juga masih dengan suara yang kuat.

"Hish, yelah!" Anis berlari ke arahku.

Aku pula, semakin galak mengusik Anis. Sengaja aku berlari, bagi Anis penat nak kejar aku. Aku berlari tanpa pandang ke depan. Sambil berlari, tergelak-gelak aku tengok Anis muka yang cemberut tahan berak, dengan termengah-mengahnya.

"Hidayah!" Jerit Anis. Tetapi jeritan Anis langsung aku tak mengerti.

Makin laju pula aku lari, juga masih pandang ke belakang tanpa memandang depan.

Bedebukkkkk!

"Aduhhh..." Aku mengaduh kesakitan.

Kepala aku pegang dan urut perlahan-lahan. Kalau jatuh kuat tadi, mahu benjolnya kepala aku ini. Aku pandang ke depan, rasa macam ada orang memerhati aku...

"Fikri?"

Dan... Senyum.

Tapi, senyuman dia langsung aku tak balas.

Asal nak lupa aje, mesti muncul! Benci betullah.

"Lain kali, nak berlari ke berjalan ke, mesti tengok depan. Mana ada orang bawa kereta reverse ke belakang." Dia senyum. Aku menjeling.

"Apa kena mengena berjoging dengan bawa kereta?" Soal aku, dalam keadaan memerli.

"Tak ada, tapi bagitahu aje."

"Apa senyum-senyum? Suka lah tu tengok orang terjatuh." Aku jeling.

"Ehem-ehem." Anis berdehem.

"Uhuiiii, sampai depan dah kau?" Aku perli Anis. Anis pula menjeling.

"Hai, aku Fatin Hanisah, panggil aje Anis! Ni Hidayah, kenal kan? Haruslah kenal kalau dah tersenyum-senyum tu haaa kauuu. Dia ni single lagi, nak ngorat ke? Sebab daripada tadi, aku tengok kau asyik tersenyum aje. Aku nak bagitahu... Kalau nak ngorat dia, ngorat mak bapak dia dulu eh. Lepastu, kahwin. Haaa lepastu, kau nak tenung dia sampai terkeluar biji mata dia pun tak apa."

"Ish, apa kau ni!!!" Aku jeling Anis.

"Haha, i will." Fikri kenyit mata dekat aku.

"Hahaha kelakarnya, orang tak nak kahwin dengan suami oranglah. Dahlah, jom balik Anis!" Aku terus tarik tangan Anis.

"Kau ni, mulut tu jagalah sikit! Kalau ada isteri dia..."

"Wooo wooo, mulut aku, biarlah." Anis terus potong cakap aku.

Anis ni... Kalau boleh, dah lama dah aku rasa nak aje cekik-cekik dia tadi, lepastu ambil pisau potong mulut dia. Biar tak boleh cakap dah. Haaa, nampak sangat aku ni kejam dengan kawan baik sendiri.

Aku jeling Anis. Anis buat muka selamba.

"Dah, balik!" Jerit aku dalam kereta milik aku, Myvi putih.

"Eleh, jerit-jerit pula dia. Kau nak balik, baliklah. Bukan aku yang drive." Anis jelir lidah.

"Ahh stress. Aku nak lupakan, mesti dia muncul."

"Jodoh kau dengan dia lah tu."

"DIA DAH ISTERI!!!"

Bergema kereta Myvi aku dengan suara milik aku.

"Woiii, pekak telinga aku ni!"

"Hahaha, dah ah, jom balik." Aku tergelak dengan muka cemberut Anis.

******************

No comments:

Post a Comment