Cerpen : Lelaki Pilihan Aku

By : Nur Hidayah

Khamis, 8/82014

Lelaki pilihan aku!

1. Beriman (Mesti ADA!)
2. Caring
3. Romantik
4. Pandai masak
5. Pandai buat lawak
6. Pandai pujuk
7. Manja
8. Handsome
9. Baik
10. Hormat orang tua
11. TAK PANDAI CURANG!

Fatin kembali menutup diarinya. Tersenyum-senyum dia menulis diari miliknya. Kata mamanya... Kalau nak cari calon suami, mesti kena ciri-cirinya dulu. Tapi, yang pentingnya mesti beriman!

Tapi, kata ayahnya pula... Tak handsome tak apa. Janji beriman. Kalau handsome tapi kaki playboy pun payah juga. Biar yang tak handsome, supaya dia tak pandai curang.

Haaa, macam-macam mama dan ayahnya pesan supaya cari calon lelaki yang baik. Sekali... Dia senaraikan semua sekali! Senang! Tak payah pening dah, kalau pening aje, cek buku, tengok apa ciri-ciri yang ada, apa yang tak ada.

"Ehem, ehem!"

Fatin pandang ke belakang. Dalam perpustakaan tadi, tak ada orang rasanya. Biasanya, kalau ada orang masuk perpustakaan, mesti akan nampak orang. Ataupun bunyi tapak kasut. Ni tak...

Fatin yang pandai ke belakang, terus menghadap kembali ke depan, memandang bukunya. Diarinya yang berada di atas, cepat-cepat dia masukkan ke dalam beg.

"Aiii, tak nak jemput saya duduk ke?"

Fatin menjeling, mata pandang atas, hati dah membara. Sabar ajelah!

"Perlu minta izin ke? Atas kerusi ni ada tulis nama orang lain ke? Ingat perpustakaan ni rumah saya eh? Nak jemput-jemput bagai. Nak duduk, duduk ajelah!" Marah Fatin.

"Wooo, that's why I like you." Ujar Aidil tiba-tiba.

"Eh, jarak dua kerusi!" Jerit Fatin apabila Aidil mengambil tempat di sebelahnya.

"Okay, asalkan saya dapat duduk dengan awak. Only you and me." Bisik Aidil, nakal.

"Wohoooo, ada drama di sini. Aku tak menyibukkan? Ahahaha, sorrylah Aidil. Aku potong drama korang berdua. Aku ni sebagai heroin pencegah maksiat kat sini." Hidayah yang datang entah celah mana, tiba-tiba datang menyibukkan diri.

"Nasib baik!!!" Jerit Fatin kegirangan, tapi dalam hati ajelah. Takkan nak cakap kuat-kuat? Mahu kena halau daripada perpustakaan ni nanti.

"Kau. Boleh. BLAH. Sekarang." Ujar Aidil sepatah-sepatah.

"Pakwe aku kata... Tak elok lelaki perempuan berdua-duaan. Walaupun di tempat public mahupun tempat sunyi!" Hidayah memberi ceramah.

Fatin pula tersenyum. Sengaja mahu cover, kalau ikutkan hati... Nak aje ketawakan Aidil sepuas hatinya.

"Menipunyaaa, kau mana ada pakwe!" Aidil menjeling.

Hidayah mencebik. "Ayah aku, pakwe aku." Hidayah tersengih.

"Ergh, kau ni menyibuklah!" Marah Aidil lagi.

"Kan aku kata... Tak elok berdua-duaan! Jadi, aku datang menyelamatkan kawan aku daripada kekacauan oleh makhluk yang tak pernah nak faham bahasa." Ujar Hidayah selamba.

"Apa kau kata?" Aidil soal dengan muka bengang.

"Lahhh, berapa tahun dah kau tak korek telinga, Dil? Ish, ish, ish..." Hidayah menggeleng.

Melihat muka Aidil bengang dan merah, terus pecah ketawa Fatin. Kuat. Sampai Hidayah pun ikut turut gelak sama, kelakar sangat Fatin gelak.

"Bye, byeeee!" Jerit Hidayah apabila melihat Aidil pergi meninggalkan mereka dengan muka yang merah.

"Kau memang perli tahap 100% lah!" Ujar Fatin.

"Aku perli bila mata aku tak sedap memandang aje. Contohnya, macam tadi. Sibuk menggatal! Orang tak suka tu, tak sukalah. Sibuk nak mengorat lagi. Kesian betul kawan aku ni, lawaaaa sangat sampai orang tergila-gilakan kau." Hidayah menggeleng.

Fatin senyum sampai ke telinga, bangga! "Kawan kau... Memanglah lawa!"

"Eeeiii, terlebih perasan pulak kau, nyah!" Hidayah ketawa dengan ayatnya sendiri.

"Tapi, kau memang penyelamat aku lah." Fatin senyum. Nasibbbb... Kalau tak ada Hidayah, mahu putus telinga dengar ayat romantik Aidil tu. Menggelikan!

"Huhu. Dah ah, study! Minggu depan trial. Gila tough ah medic ni..." Hidayah menggeleng.

Nak jadi doktor bukan senang... Lagi-lagi nak jadi isteri orang, pun bukan senang juga... Ceh!

*******************

"Buat aje bila orang suruh!"

"Dua puluh empat tahun baru!"

Fatin menggeleng. Prinsipnya... Tak nak bercinta sebelum dapat gelaran doktor. Sebab takut, kalau bercinta nanti... Tak fokus dekat belajar. Bila dah tak fokus tu, memang payahlah nak capai cita-citanya yang diimpikan selama ni.

"Dia lahirkan kau... Menatang minyak yang penuh... Jaga makan pakai kau sampai sekarang. Kahwin ajelah, dia teringin nak menantu kedua lah tu..." Hidayah memberi nasihat kepada Fatin.

"Kau janganlah buat aku bersalah... Tapi masalahnya, kau tahu kan prinsip aku?" Soal Fatin.

"Apa yang tak tahunya, tapi mak kau suruh kahwin, bukannya bercinta sebelum kahwin!" Marah Hidayah. Kalau mak Hidayah yang suruh kahwin... Hidayah tu on sahaja!

"Masalahnya, kau fikir bila dah kahwin selamanya jadi benci? Mesti akan tumbuh juga... Rasa.. Tu.. Ermm... Faham-faham jelah."

"Kahwin jelah! Lelaki tu dah masuk meminang dah kot. Kau cuma perlu say YES or NO sahaja."

"NO."

"Ahhhh, stressnya cakap dengan kau!" Hidayah terus mencapai popcorn di atas meja. Remote tv dicapai. Hidayah membuka movie hantu. Hidayah memang... Kalau stress aje, makan. Makan, makan, makan!

"Kalau stress, tak payah cakap!" Jerit Fatin.

"Okay, hashtag merajuk setahun!" Jerit Hidayah pula.

"Elehhh, geli geliman aku dengo!"

*******************

"Mama nak, Anis jumpa dia, petang ni. Muktamad!"

Itulah ayat terakhir mamanya, sebelum mamanya menutup telefon. Fatin mengeluh. Jumpa? Jumpa dia? Jumpa budak yang masuk meminang tu?

Ish, neverlah!

Tapi... Dah mama dia buat keputusan muktamad cenggitu, nak membantah pun dah tak boleh dah.

"Yah, teman aku pi dating!" Jerit Fatin dari atas.

Hidayah yang berada di bawah di dapur sedang membuat dessert, terkejut dengan jerita Fatin. "Dating? WAHHHHH."

Fatin berlari menuju ke dapur. "Petang ni, aku kena jumpa mamat tu lah. Mama aku suruh."

"Oh, really? Inilah masanya untuk kau terima dia ke takkk kann." Hidayah tersenyum nakal.

"Ek eleh kau ni. Tolong aku weh."

"Po dia?"

"Pilihkan baju, yang paling buruk sekali. Make-up kan aku jadi macam budak terencat!"

Hidayah melopong. Gilanya Fatin ni!!!

***********************

Fatin masih lagi menjeling. Daripada dalam rumah lagi, tak habis-habis lagi dengan jelingannya. Hidayah yang berada di sebelah sedang memandu kereta pula, tak habis-habis tersenyum.

"Apa pandang-pandang?" Hidayah soal, gaya gangster.

"Kau lah ni!!! Eiii!!!" Jerit Fatin, bengang. Kalau tak kerana Hidayah bawa kereta, dah lama dia cekiknya Hidayah tu!

"Apa? Jealous ke aku bawak kereta kau? Alahaiiii. Budak terencat mana pandai bawak kereta." Hidayah tergelak.

"Bukan tulah. Setakat bawak kereta, aku pun pandai!"

"Dah tu?"

"Aku suruh kau pilih baju paling buruk, tapi... Ni paling cantik adalah! Aku suruh kau make-up jadi budak terencat, tapi... Ni macam perempuan melayu terakhir dah tau! Rosaklah plan aku..."

"Haha, plan yang jahat, selalu gagal." Hidayah tergelak lagi.

"Eiiii, bencinya!"

"Budak terencat pun pandai benci-membenci?"

"Diamlah!"

Tak habis-habis lagi Hidayah ni gelarkan Fatin dengan 'budak terencat'. Tulahhh, lain kali dah 'normal' tu tetiba pula nak jadi budak terencat, dah kenapa....

Fatin mengambil telefonnya, ingin membalas mesej baru masuk oleh mamanya. Kata mamanya, mamat tu dah tunggu dia nak dekat setengah jam. Habis membebel mamanya dalam mesej tu.

"Cepatlah sikit!"

"Kau nak aku pecut ke? Ni pun dah 100 dah weh..."

Fatin kembali melihat skrin telefonnya. Malas dah nak bertengkar dengan Hidayah, alih-alih Hidayah juga yang betul. Hidayah menang, dia yang kalah.

Lagu Are We All We Are yang dinyanyikan oleh P!nk, bergema di telefon Fatin, menandakan ada call yang masuk. Segera Fatin mengangkat talian tersebut.

"Assalamualaikum."

"Yee maaa."

"Ya, nak sampai dah ni."

"Dia lelaki, kalau dia jenis setia, dia tunggu Anis. Tak kira lah berapa jam pun."

"Kalau dia jodoh Anis, maknanya dia belum balik lagi."

Klik!

Hidayah yang berada di sebelah, memandang Fatin pelik.

"Kau cakap apa dengan mama kau?" Soal Hidayah.

"Aku cakap... Kalau dia lelaki jenis yang setia, dia akan tunggu aku tak kira lah berapa jam sekalipun. Lepastu mama aku membebel... blablablablabla... Lepastu aku kata, kalau dia betul jodoh aku, maknanya dia belum balik lagi..."

"Kalau dia belum balik lagi... Kau nak terima dia ke?" Soal Hidayah.

"Hmmm, insyaallah." Fatin mengangguk. Tak tahu kenapa, tiba-tiba sahaja rasa gembira. Mungkin ada sesuatu yang gembira bila berjumpa dengan mamat tu nanti kot... Hm, entahlah.

Selang lima belas minit kemudian, mereka pun tiba di Taman Putrajaya. Mereka berdua tercari-cari mamat yang masuk meminang Fatin. Kata mamanya, mamat tu tunggu mereka di tasik.

"Assalamualaikum, Ikhwan ke?" Fatin memberi salam.

"Waalai..kumu..salam." Jawab Ikhwan, gagap.

"Wehhh, dia gagap!" Bisik Fatin.

"Tak nak!" Jerit Fatin lagi. Fatin ingin melangkah pergi, tapi cepat sahaja Hidayah menarik lengan Fatin.

"Dia gagap, sebab tengok kecantikan kaulah bengong!" Jerit Hidayah, separuh berbisik.

Hidayah kembali memandang depan. Dan... Matanya terus terpaku ke arah mamat sebelah Ikhwan ni. Gila handsome beb!

"Dah lama sampai?" Soal Fatin, ingin memastikan cakap Hidayah tu adalah salah.

"Emm, lamalah juga. Tapi tak apa, saya tak kisah pun kalau tunggu lama-lama. Sampai besok pun tak apa..." Jawab Ikhwan.

"Hehehe, korang... Korang berbincang lah ya. Aku nak jalan-jalan. Fatinnn oi, ingat pesan aku. Jangan gatal-gatal before nikah. Aku tahu, kau dah angau. Bye, assalamualaikum!" Hidayah terus berlalu, tanpa sempat mendengar apa yang Fatin ingin katakan.

Tapi.. Apa yang pastinya, Fatin nak marah Hidayah sebab tinggalkan mereka bertiga sahaja di situ. Termasuk mamat yang asyik usha Hidayah tu sekali.

"Bro, take a time lah eh. Aku chow dulu." Ujar mamat sebelah Ikhwan.

Ikhwan hanya mengangguk.

"So..."

Fatin makin resah.

"Terima orang tak?"

"Hah?"

Ikhwan tergelak. "Awak ni, mesti berdebar kan jumpa saya? Haha!"

"Eleh, mana ada." Fatin menafikan, walhal itu adalah perkara betul.

"Terima tak pinangan orang?" Tanya Ikhwan sekali lagi.

Fatin hanya mengangguk. Gila tak terima! Mamat punyalah handsome, siap pakai jubah lagi pergi taman. Haaaa, apa kau nak? Beriman tahap infinity tu! Tapi kenalah dengan Fatin... Fatin pun berjubah juga, kebetulan juga warnanya sama, turqoise gitu.

"Jadi... Kita nikah minggu depan lah! Alhamdullilah."

Fatin terkejut. "What?!"

"Kita nikah minggu depan, awak tak suka ke?" Soal Ikhwan, Ikhwan juga turut berdiri sama apabila Fatin berdiri daripada duduknya. Terkejut mungkin.

"Tak... Bukan tak suka.. Tapi, tak awal sangat ke? Awak nak ke isteri macam saya ni? Masak pun tak..."

"Shhhh..."

Fatin terus terdiam apabila Ikhwan mengisyaratkan dia supaya berhenti.

"Orang langsung tak kisah awak siapa. Malah, kalau awak buta sekalipun, orang terima awak juga. Janji, awak ada hati yang mulia. Awak tak pandai masak? Orang tak kisah, janji awak ada usaha nak belajar memasak. Awak kata awal sangat? Bagi orang... Tak adalah awal mana. Lagipun, benda yang halal, kenapa mesti kita lambatkan, tangguhkan? Kita nak bina masjid, bukannya nak runtuhnya tiang agama. Kita nak mencari cinta yang halal, bukannya nak mencari cinta yang haram. Kita nak buat benda halal, bukannya haram. Kalau boleh... Esok juga orang nak kahwin dengan awak tau." Ikhwan tersengih nakal.

Muka Fatin sudah merah menyala. Malu dengan sengihan Ikhwan. Betul juga kata Ikhwan tu... Benda yang halal, kenapa mesti lambatkan?

Ya Allah!

Nampaknya... Dia ada semua ciri-ciri yang aku nak!

"Awak... Memang betul serious dengan saya?" Soal Fatin, ingin mengambil kepastian. Supaya keputusan yang berada di dalam hatinya, adalah keputusan yang betul!

"Demi Allah... Orang terima awak, kerana Allah. Sebenarnya... Ibu orang yang teringin nak menantu macam awak. Mulanya, orang tolak.. Orang tak nak kahwin lagi, sebab orang tak nak, isteri orang cuma nakkan harta orang je... Tapi, lepas apa yang ibu orang cerita, ibu orang bagi gambar, ibu orang bagi link facebook awak... Orang terus terbuka hati nak terima awak. Daripada status facebook awak, orang dah boleh agak, awak ni jenis perempuan yang mempunyai prinsip. Pastinya orangnya garang, kerana menjaga maruah diri. Orang terus buat istikharah, dan orang dah dapat petunjuk. Orang terus beritahu ibu orang... Orang terima awak."

Panjang lebar Ikhwan menuturkan ayatnya. Ayat yang sebegini pun, dah berjaya buat Fatin menangis! Tapi dalam hati ajelah... Malulah nak menangis depan Ikhwan.

"Jadi... Awak terima orang tak? Sebagai suami awak di dunia dan di syurga nanti?" Soal Ikhwan.

Sesaat...

Dua saat...

Angguk.

"Alhamdullilah!"

Fatin pandang ke belakang apabila melihat ramai orang menjerit 'alhamdullilah'.

"Mama? Ayah? Akak? Abang Mirul? Hidayah...........!" Bila sebut nama Hidayah, Fatin terus menjerit.

Ni........ Mesti Hidayah pun dah tahu yang mamanya nak jodohkan dia dengan Ikhwan!

"Fatin... Jangan marah Hidayah. Dia dah tahu lama dah pun, pasal mama awak nak jodohkan dengan orang. Kalau tak kerana dorang semua, mesti kita takkan jumpa kan?"

Okay Hidayah... Nasib kau baik... Nasib baik Ikhwan pujuk aku! Jerit Fatin dalam hati.

"Yeayyy, kawan aku dah nak kahwin!" Jerit Hidayah. Gembira.

"Alhamdullilah, mama dapat menantu kedua!" Jerit mama Fatin pula. Ayah Fatin pula terdiam, diam dalam gembira.

**************************

"Aku tahu kau geli, tapi cubalah duduk diam-diam sikit!" Marah Hidayah, apabila Fatin asyik tergelak sahaja bila mak andam dok makeup dia.

"Hahahaha! Aku gelilah! Tak biasa..."

"Ish, bukannya dia nak make-up kau satu lori bedak pun. Touch up sikit je..."

"Ish yelah. Aku duduk diam. Kau ni asyik pot-pet-pot-pet ajelah."

Diam... Cuma terdengar bunyi bising si mak andam dok hempas berus sana sini. Bising.

"Hahahahaha!"

Fatin tergelak lagi bila mak andam sapukan bedak ke muka Fatin dengan menggunakan berus.

"Ish, aku kata diam!"

"Tak tahan lah..."

Selesai sahaja habis sesi touch up, tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk lafaz nikah dilafazkan.

"Berdebar..." Ujar Fatin, dia memegang erat tangan kakak dan mamanya.

Hidayah yang berada di belakang, berbisik. "Nanti aku kahwin, mesti berdebar macam kau jugak kan..." Hidayah tersengih.

"Eh, sempat lagi buat lawak!" Marah Fatin. Macamlah Fatin tak tahu... Hidayah lepas balik aje daripada Taman Putrajaya, terus tersenyum-senyum macam kambing.

Bila tanya kenapa, asyik-asyik tergelak. Dah macam orang gila, gayanya. Bila esoknya pula, Fatin terus tanya, kenapa asyik dok tersenyum lepas balik daripada taman semalam. Hidayah kata... Dia dah tersangkut.

Fatin pun pelik, tersangkut apa? Tersangkut apa pula sampai asyik tersenyum, tergelak bagai. Rupanya... Dah tersangkut dengan Fikri.. Siapa lagi, kalau bukan mamat yang sebelah Ikhwan hari tu lah...

"Alhamdullilah..." Ucap mereka yang berada di masjid kini.

"Kau dah sah jadi isteri orang..." Kakaknya, berbisik, gembira.

"Alhamdullilah..."

"Dah kahwin nanti... Jangan lupa aku... Jangan lupa bagi anak buah kat aku..." Pesan Hidayah.

"Ish, kau ni!" Fatin mencubit lengan Hidayah, tetapi sempat Hidayah mengelak.

"Tuuu, prince charming kau dah datang..." Hidayah memuncungkan mulutnya, menunjukkan ke arah Ikhwan yang sedang menuju ke Fatin, untuk sesi membatalkan air sembahyang.

Fatin menghulurkan tangannya. Dan... Cincin telah pun tersarung ke jari manis Fatin.

"Cium dahi pengantin." Arah Hidayah.

Hahaha! Hidayah pula terlebih over, orang lain jadi photographer, tapi dia pula yang terlebih-lebih. Dok ambil gambar sana sini. Suruh orang tu posing, suruh orang ni posing. Macam-macam...

******************

"Emmmmmmmmmmmmmm!" Fatin meneran lagi.

"Emmmmmmm!" Ikhwan yang berada di sebelah, memegang erat tangan Fatin.

"Abang, maafkan Anis kalau Anis ada buat salah... Halalkan makan minum Anis.." Ujar Anis. Dahinya berpeluh-peluh, menahan kesakitan.

Beginilah rasanya, bila mamanya melahirkan Fatin. Beginilah rasa, sakitnya...

"Shhh, sayang... Jangan cakap macam tu. Abang selalu maafkan sayang. Abang sayangkan Anis." Ikhwan tak sudah-sudah daripada mencium dahi Fatin.

"Emmmm!"

Dan...

"Uwekkk, uwekkkk!"

***********************

"Comelnyaaaaa!" Jerit Hidayah, bayi yang masih baru lahir dalam dua hari di dukungnya.

"Apa nama anak kau?" Soal Fikri, yang berada di sebelah Hidayah.

Hidayah dan Fikri sudah pun berkahwin, tiga bulan yang lepas. Dan Hidayah pun sudah mengandung sebulan... Alhamdulillah, lepas ni... Fatinlah pula yang bakal dapat anak buah. Haha!

"Khairul... Khairul Razqin..." Ucap Ikhwan.

"Comelllnyaaa!" Hidayah tak habis-habis lagi memuji budak tu.

"Well, tengoklah mamanya siapa." Fatin mentabik dada.

"Eleh, berlagakknyaa."

"Bro, kau dah ada keluarga dah kan. Alhamdullilah. Kejap je masa berlalu..." Ujar Fikri. Fikri menepuk bahu Ikhwan. Gembira.

"Kau pun Fik... Dah kahwin dah... Tak lama lagi, dapat anaklah kau..." Ujar Ikhwan pula.

"Tulah... Lepas ni, Dayah lah pula bagi abang anak kannn..." Fikri mengenyitkan matanya ke Hidayah.

Hidayah menjeling. "Apalah abang ni, malu tau."

"Nak malu apa, we're husband and wife now... Kalau abang nak buat macam ni pun.. Apa salahnya."

Cuppp!

Hidayah terpaku apabila Fikri dengan selambanya mencium pipi Hidayah. Merah muka dia, Fikri pula tersengih, suka lah tu dapat kacau isteri sendiri.

"Wooo, I think Razqin want his mama." Hidayah terus memberi Razqin kepada Fatin apabila Razqin menangis. Lapar lah tu.

"Sorry, korang layan diri ya. Mama Razqin nak bagi susu... Jom Razqin..." Fatin terus naik ke atas. Dengan perlahan-lahan. Pantang masih lagi belum habis.

"Kenapa tak duduk bawah?" Soal Fatin sebaik sahaja muncul Ikhwa di muka pintu. Pintu ditutup rapat dan dikunci. Ikhwan menuju ke katil dengan senyuman yang nakal.

"Emmm, ayah Razqin nak juga luangkan masa dengan mamanya... Tak acilah kalau Razqin je yang luangkan masa dengan mamanya..."

"Alolo, merajuk pula dia yaaaa."

"Yelah, abang merajuk dengan sayang." Ikhwan tarik muncung sedepa.

"Alaaa, Razqin, ayah Razqin merajuk dengan mamalah..."

Razqin yang sudah kenyang dengan minum susu, kini sudah pun terlena. Fatin meletakkan Razqin di katil Razqin. Fatin menuju ke Ikhwan yang masih lagi dengan merajuknya.

Fatin duduk di hadapan Ikhwan. Sambil tersenyum. Ikhwan memandang ke arah lain. Alahaiii, dah jadi bapak orang pun, masih nak mengada-ngada. Makin lebar senyuman Fatin.

"Abang tahu tak... Kenapa Anis pilih abang?"

Ikhwan geleng. Masih dengan rajuknya.

"Sebab... Abang ada 11 ciri-ciri yang Anis nak... Yang pertama, beriman, caring, romantik, pandai masak, pandai buat lawak, pandai pujuk, manja, handsome, baik, hormat orang tua, dan... tak pandai curang..." Fatin tersenyum.

Ikhwan tersenyum. "Pandai sayang pujuk abang kan..."

"Of courselah, you're my husband... And abang lah lelaki pilihan Anis..."

Ikhwan mengucup dahi Fatin, lama... Penuh syahdu.

Ikhwan, kaulah lelaki pilihan aku!

-TAMAT-

***************************

No comments:

Post a Comment