Cerpen : Ilham & Nabilla 3

By : Nur Hidayah

"Macam mana? Okay ke... belum?"

Sekali lagi, dia bertanya. Dan aku... hanya terpaku. Betul ke apa yang aku lihat sekarang ni? Ini adalah sekadar bayangan atau... realiti? Tak sempat aku nak menjawab pertanyaan dia tadi, dia sudah pun duduk di atas kerusi, berhadapan dengan aku.

"By the way, I'm not a ghost, jadi jangan tengok saya macam saya ni hantu."

Aku geleng kepala beberapa kali.

Percaya pada rancangan Allah, percaya pada ketentuan Allah!

"Alhamdullilah, okay..." Jawab aku, gugup.

"If you said so... Oh ya, saya dah tak deal dengan Dato' Malek,"

Aku kerut dahi. Apa kena mengena dengan aku? Apa pasal dia bagitahu aku, yang dia deal ke tak? Aku kisah... tapi aku tak tanya pun? Persoalan pun tak terlintas dalam kepala aku, dia tiba-tiba aje bagitahu. Pelik.

"Saya tak tanya pun?"

"Saja bagitahu."

Aku angguk. Agaknya... Ilham memang macam tu kot. Memberi jawapan tanpa ditanya. Aku kembali membaca novel yang aku pegang, walaupun jalan ceritanya susah untuk aku fahami kerana fikiran aku melayang jauh terpesong ke tempat lain.

"Minat fixi?" Aku pandang dia, dia pandang aku sambil tersenyum.

"Tak pun, ni pun first time baca buku Fixi."

"Ohhh..." Dia mengangguk.

Aku kembali membaca, Ya Allah. Sungguh aku tak pandai nak berlakon. Tapi, disebabkan keadaan memaksa, aku kena berlakon pura-pura sibuk depan dia.

Even aku tak sepatutnya lepaskan peluang yang ada depan mata kan...

Nak buat macam mana lagi, hati dah tak tentu hala kot!

"It seems like you're so busy right now. Langsung tak layan saya. Penting sangat ke paranoid daripada Ilham?"

Oh my...

Soalan apakah ini?

"Eh, errr... Awak nak apa jumpa saya ni?"

Dia angkat bahu. "Dah terjumpa, baik saya jumpa aje. Bak kata orang, rezeki depan mata jangan ditolak."

Hah? Apa kena mengena pula?

"Straight to the point ajelah Encik Ahnaf Ilham. What do you want from me?" Soal aku, novel paranoid aku letak di sebelah aku. Aku menghadap Ilham dan matanya cuba aku tenung.

Tapi, gagal.

Aku pandang cawan kopi aku sahaja.

"Do you still love me?"

Mak, ayahhh! Apa aku nak jawab ni?

Jawapan dia adalah... OF COURSE I'M STILL LOVES YOU!

"Mata awak, tak boleh menipu. Langsung tak boleh... Dan, saya tahu jawapannya." Kalau tahu... janganlah ditanya. Malu aku nak menjawab!

"Encik Ilham, kalau awak tak ada benda yang nak dicakapkan selain daripada soal hati dan perasaan, you better leave me now."

"Suka hatilah saya nak pergi atau datang sekalipun."

Aku tenung dia.

"If you said so... I'm better make a move now. Bye, assalamualaikum." Aku terus bangun, tanpa menghadap dia langsung.

Like what I'm said...

Aku memang main lepas cakap kalau dah berdebar!

**************************

"Lusa aku nak balik kampunggggggg!" Jerit aku dari atas, dari dalam bilik aku.

Aku tengah siap-siap kemas beg untuk hari Selasa ini. Aku nak balik kampung, duduk dekat sana sekejap. Bolehlah aku tenangkan fikiran. Lagipun, duduk dekat kampung lebih aman daripada bandar. Di samping boleh menikmati suasana laut di waktu pagi... ataupun suasana sawah padi di waktu petang.

Kot-kot idea nak mereka baju aku datang kan bila duduk dekat suasana yang nyaman...

Percaya dengan rezeki Allah, ada di mana-mana sahaja! Tak dapat jadi accountant sekali pun, aku still boleh reka baju. Kot-kot dapatlah juga jadi fashion designer... who knows kan.

"Alaaaa, baliklah minggu depan! Nak ikut!" Izzatul datang ke dalam bilik aku, dia duduk di atas meja belajar aku. Ohhh, lebih tepat ialah, meja tempat untuk aku meluahkan segalanya tentang rekaan baju-baju aku.

"Aku rindu mak aku... Ala, nanti-nanti kita singgahlah lagi. Lagipun, aku nak release tension, lepastu... bolehlah aku mereka something bila tengok laut... tenang je." Luah aku.

Izzatul mengangguk lemah.

"Okaylah. Aku bukannya apa... aku pun nak juga singgah kampung kau. Kampung kau, aku dengan Hidayah kan dekat aje. Alang-alang dah sampai Kedah, bolehlah sama-sama singgah. Tapi, masing-masing busy. Aku, minggu ni ada orang nak buat braces, appointment banyak kot minggu ni. Tapi minggu depan, free. Hidayah pulak... minggu ni aje dah ada dua orang nak bedah! Fatin pulak... kena layan budak-budak dekat hospital tu."

Aku tergelak kecil. "Busy betul doktor-doktor ni..." Aku geleng kepala. Nasiblah kalau dah tiga-tiga sekawan ni, sekepala. Minat pun sama, semua nak jadi doktor. Cuma lain-lain aliran aje.

"Nak buat macam mana..." Izzatul tersenyum memandang aku. Lumrahlah kan, doktor busy memanjang. Haishhh, entah bilanya lah aku dapat spend time dengan kawan-kawan aku ni. Semua busy. Tiga orang doktor, dua orang lawyer, seorang lagi cikgu. Aku ni... accountant pun tak lepas lagi!

"Lainlah aku... langsung tak ada kerja." Aku mengeluh.

Izzatul tepuk lembut bahu aku. "Percaya aje dekat Allah. Kau dah berdoa. Kau tak dapat accountant, maybe kau akan dapat jadi fashion designer, macam yang kau minat dulu. Lagipun... kau memang berbakat tau. Aku tengok semua rekaan kau ni, semuanya... WOW!"

Aku tergelak kecil.

"Okaylah Ila... I've got something to do. Bye, night."

"Bye, night too." Faham, faham... Kalau dah tersengih-sengih macam kerang busuk tu kan...

Mestilah, dia nak bercalling-calling dengan Fattah! Halaahhh, macamlah tak tahu, Izzatul tu tiap-tiap malam berdating on the phone.

Untunglah...

Aku masih lagi bertepuk sebelah tangan.

***********************

Sebelum bertolak, aku mesti pekena white coffee dulu pagi-pagi ni! Kalau tak pekena white coffee, menangis tak berlagulah aku nanti. Mengantuk aje!

Aku park kereta aku betul-betul di hadapan kedai Oldtown White Coffee. Memang cantiklah, parking depan kedai aje. Tak perlu aku nak pusing-pusing banyak kali. Depan mata aje.

Mak oiii, ramainya!

Adalah dalam lima orang tengah mengambil pesan dekat kaunter. Kalau aku tak sabar... dah lama aku rempuh! Tapi, disebabkan aku bersabarlah, aku tunggu dan beratur. Selalunya tak adalah begini ramai.

Seorang demi seorang keluar dari barisan, setelah habis mengambil order. Aku orang kedua pula untuk menunggu. Aku memerhati keadaan sekeliling sementara orang depan aku ni habis mengambil pesan.

Lah...

Patutlah ramai orang.

No wonder.

Ada diskaun rupanya! Jadi, alang-alang dah diskaun tu, baik aku beli dua sekaligus!

"Sayang, awak punya turn."

Ehhh!

Aku terus toleh belakang. Aku lihat orang di belakang aku, hanya tersengih-sengih gatal. Aku jeling dia tajam.

"Two white coffee please! Bawa balik punya!" Order aku cepat-cepat, duit aku hulurkan kepada mamat cashier depan aku ni, lepastu aku terus blah dah mengambil tempat duduk.

Siot... main sayang-sayang pula.

Pi lah bersayang dengan makwe hang!

Tapi, perlahan-lahan bibir aku menguntum senyum.

Sedar sahaja, tiba-tiba dia dah pun duduk depan aku. Turut tersenyum macam aku juga. Aku menjeling dia. Sibuk aje.

"Pergilah order. Penat beratur tak order pulak." Ujar aku.

"Buat apa nak order kalau... awak dah order dua white coffee?"

Bulat mata aku pandang orang depan aku ni.

"Ilham... dua-dua tu saya punyalah! Mana boleh share." Ujar aku, geram. Kalau boleh, dah lama aku tonyoh-tonyoh muka dia ni. Tak malu betul!

"Kedekut. Alaaa, share ajelah. Saya malaslah nak beratur, ramai orang." Mulut dia, dia muncungkan ke arah sekumpulan orang-orang yang sedang beratur, mengambil pesan.

Ramai betul orang... Ni kalau hari-hari ada diskaun, memang kaya gilalah Oldtown!

"Tadi dah beratur bukan nak order, huh!" Aku mencebik, geram. Ada ajelah mamat ni nak muncul tau.

Datang pulalah mamat bawa dua cawan white coffee. Satu aku ambil untuk aku, satu lagi, aku bagi dekat Ilham. Nak sangat tadi kan...

Kacau betul. Aku baru nak minum masa drive nanti. Tapi, dia dah cop pula! Kacaunyaaa.

Aku terus bangun, ingin cepat-cepat beredar dari situ.

Tiba sahaja di pintu kereta, tiba-tiba Ilham memanggil nama aku. Serentak itu, aku menoleh ke arahnya yang sedang melambai-lambai dekat aku, supaya tunggu dia. Aku hanya menurut.

Dia datang dekat aku. "Nah, novel awak... Semalam tertinggal."

Aku terkejut. Lahhh, patutlah ringan lain macam aje beg ni haritu! Rupanya, aku tertinggal dekat kedai ni rupanya. Serius, aku terlupa langsung pasal novel ni.

"Thanks..." Ujar aku. Aku maniskan wajah. Pintu kereta aku buka, dan bersedia untuk masuk ke dalam perut kereta. Tiba-tiba dia menahan.

"Thanks aje?"

"Yelah, thanks ajelah. Awak nak apa lagi? Kiss? Hug? Sorry, itu untuk bakal suami saya aje."

Dia tersenyum nakal.

"Kalau macam tu... kahwin lah dengan saya. Dapatlah saya kiss awak, hug awak. Uishhh, best tu." Bulat mata aku pandang dia.

"Dahlah, saya nak balik!" Sekali lagi, dia menahan pintu kereta aku daripada ditutup. Sedaya upaya aku menarik, nak tutup pintu. Tapi, disebabkan tangannya yang sasa, kudrat aku tidak mampu menahan.

Lama-lama, tercabut pintu aku tau. Dua-dua dok menarik! Last-last, aku mengalah juga. Kang tak pasal-pasal aku drive dari KL ke Kedah tak ada pintu nanti...

"Tercabut juga pintu saya ni. Apa dia?" Soal aku.

"Nak pergi mana ni? Nak ikut boleh?"

"Eh, nak buat apa? Saya nak balik kampung kot, perlu ke awak ikut?"

"Alaaa, please. Nak release tension. Nak ikuttttt!" Aku seperti budak-budak kecil sedang merayu.

Alohhh so cute!

"Kampung saya tu, dekat Kedah. Dekat sawah padi, banyak nyamuk... lintah... belut, cacing semua ada. Tahan ke?"

"Alah, setakat nyamuk, apalah sangat! Yang pentingnya, saya nak ikut awak juga!"

Aku mengeluh.

"Kita tak kenal pun, tapi awak tiba-tiba nak ikut saya. Tak takut ke kalau saya kidnap awak?" Soalan aku, dia gelak sekuat hati.

Aku tahu... soalan aku langsung tak masuk dek akal!

"Apa punya soalanlah... Sah-sah kita dah kenal waktu sekolah dulu. Awak siap bagi saya hadiah coklat... teddy bear... surat..."

"Okay, okay! Kita dah kenal. Tapi, awak tak kisah ke kalau makwe awak marah sebab ikut saya balik kampung? Mesti dia fikir lain..." Aku terus memotong cakap dia daripada dia dok ungkit kisah dulu-dulu tu.

Dia tersengih nakal. "Bunyi macam jealous aje...? Don't worry, kalau dia boleh main kayu tiga, tapi kenapa tak boleh bagi saya?"

Jealous? Mestilah jealous! Tapi, aku cakap tadi bunyi macam ada bunyi jealous ke sampai dia boleh perasan?

Uishhh.

Awek dia main kayu tiga, dia pun nak kayu tiga sama. Apa bendalah Ilham ni...

"Awak ni, cubalah setia sikit." Aku geleng kepala.

"Buat apa nak setia kalau dah putus?"

Bulat mata aku pandang dia.

"Pu...tus?" Soal aku, gagap.

Dia angguk.

Aku terdiam, tak terkata. Gembira? Gila tak gembira! Gembiralah bila rahsia sudah pun terbongkar. Aku tak naklah Ilham terus disakiti.

"Jadi... boleh saya ikut awak balik?"

Aku diam lagi. Bukannya tak nak dia ikut. Nanti, mak dan ayah fikir aku bawa balik calon menantu pula. Hehhh!

"Diam maknanya setuju. Jom!" Dia terus masuk ke dalam kereta aku, di sebelah tempat memandu. Aku pandang dia tidak berkelip.

Oh Tuhan, rancangan apakah kali ini?

********************************

"Tak perlulah tunggu saya. Kalau mengantuk, tidurlah. Jauh lagi nak sampai ni." Ujar aku, apabila melihat dia dah tersengguk-sengguk menahan mengantuk.

"Eh, tak apalah. Err, boleh nak kita berhenti kejap? Laparlah..." Ujarnya, sambil mengusap perut.

Aku tergelak.

"Okaylah. Boleh saya rehat kejap."

Dalam setengah jam, sampai di Tapah. Tempat untuk aku berehat. Ilham pula, mengajak aku untuk teman dia makan, tapi aku menolak lembut. Nak rehat dalam kereta aje, penat, tak larat. Nak jalan pun dah malas.

Aku mengambil Iphone 5s aku di dalam handbag, nak Whatsapp kawan-kawan aku dulu.

I'm at Tapah right now! Don't worry too much okay? -Fatin Nabilla

SEND!

Elok sahaja aku send mesej, Ilham pun masuk ke dalam kereta membawa dua bekas polisterin kecil, dan satu cawan air Milo. Aku pandang dia pelik.

"Dah makan ke belum?"

Dia geleng. "Nak makan dengan awak. Ni saya ada belikan burger ayam, kalau tak suka... saya ada beli daging. Air ni... saya beli satu aje, kita share. Sebab air Milo dah habis."

Burger ayam dan daging dia hulur untuk aku. Perlahan-lahan aku mengambil burger ayam dari tangannya. Aku tak suka burger daging sangat... tulah yang pilih burger ayam tu.

Dia senyum. "Nah."

"Eh, tak apa, minum ajelah." Aku menolak lembut.

Share? Share minuman dengan dia? Satu straw? Tunggu dah sah dulu baru aku sharelah!

"Tak apa... awak minum dulu, lepastu baru saya minum. Lelaki share bekas perempuan tak apa..."

Perlahan-lahan aku mengambil air Milo tersebut. Aku sedut tiga kali sahaja, kemudian aku kembali menghulur dekat dia.

Burger ayam aku, dah pun habis. Dan masa untuk bergerak!

"Erm, family awak sporting tak?"

Aku kerut dahi. "Okay aje, kenapa eh awak tanya?" Soal aku kembali.

"Tak adalah... takut kalau dia tak terima pula bila anak dara dia, bawa balik bakal suami."

"Gurauan atau........"

"Saya tak bergurau."

Terus berhenti kereta aku.

*****************************

No comments:

Post a Comment