Cerpen : Ku Kunci Namamu Di Hati 7

By : Nur Hidayah

"Saya mengantuk..." Ujar aku. Bantal aku capai dan aku terus menutup muka aku.

Muka aku dah merah! Memang kalau aku tak tutup muka ni, memang aku akan meletop lah! Muka merah lain macam dah, kalau aku tahan... Haih.

Dalam bantal tu, sempat lagi aku senyum...

Oh, Fikri! Kalaulah engkau jadi milik aku... Pasti dunia ini ana yang punya! Ceh.

"I can see it. I can feel it. I know that awak tengah senyum sekarang ni."

Muka aku pelik. Aku rasa, aku dah tutup bantal ni sepenuhnya. Sampai tak ada ruang langsung untuk Fikri tengok. Cuma, adalah terbuka sedikit untuk aku bernafas. Macam mana dia boleh tahu?

Okay, macam yang dia cakap tadi...

He can feel it.

He can see it.

Aku terus tutup mata aku. Tidur lagi bagus.

"Hidayah... Kalau awak nak tidur, tidur lah. Saya teman awak sepanjang hayat saya. Saya janji, saya takkan apa-apa kan sayang saya. Tidurlah sayang..."

Melebih pula Fikri ni... Tolonglah jangan buat aku perasan tiga hari tiga malam! Hati ni, dah kembang setaman. Tapi memang betullah, dunia ini ana yang punya! Bahagia lain macam aje hari ini.

Mata yang aku pejam, aku rapatkan lagi. Kemudian, bibir aku mengukir senyum.

Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi airmata darimu
Yang aku ingin
Arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu
Sayang...
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan... Dengarkan aku

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik Sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik-baik Sayang
Karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku Sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan... Dengarkan aku

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik Sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik-baik Sayang
Karna aku untukmu

Perlahan sahaja suara Fikri. Mata aku yang tertutup, sudah pun terlelap, terlena dengan suara alunan Fikri. Sayup-sayup sahaja suaranya, sangat menyentuh hati.

**********************

"Nak jumpa Rizqin!" Aku masamkan muka.

Aku terus tutup telefon. Merajuk dengan semua orang, tahulah happy bila dapat sambut orang baru. Tapi orang lama dekat hospital ni, tak reti nak jenguk ke?

Aaaa... Rasa teringin pula nak masuk balik dalam perut, lepastu keluar balik. Biar semua orang boleh tengok aku jeee. Dahlah rindu dengan keluarga, tiga hari kot tak jumpa!

Yang aku tak fahamnya... Kenapalah hospital ni berat sangat nak lepaskan aku keluar? Aku gastrik aje kot, bukannya sakit apa-apa pun.

Tapi tulah, doktor kata, aku ena tinggal lama-lama dekat sini, supaya senang doktor nak jaga. Sebab, masa tu aku demam, campur dengan pengsan sebab tak makan. Memang sebab tulah kot aku kena tinggal lama-lama dekat sini.

Sudahlah tinggal seorang je sekarang ni, yang si Fikri tu pula, sekarang ni masa dia kerja. Kata tak mahu tinggal aku... Tapi, tak apalah.

Urgent katanya, ada meeting last minute.

Yang kawan aku pula... Lagilah! Sekarang ni cuti sem dah habis. Kelas pun kenalah pergi. Cuma aku kena ambil cuti lah. Duduk dekat hospital, takkan nak pergi kelas kot.

Ekau gilo ko apo?

"Amboiii, muncung aje dia."

Aku pandang ke arah muka pintu. Tersenyum-senyum orang itu melihat aku. Kejap senyum, lepastu tersengih. Lepastu senyum menyenget pula.

"Awalnya balik?" Soal aku.

Aku pandang Fikri lama. Memang tak reti nak masuk ke apa? Duk tercegat aje dekat pintu tu, dah kenapa?

"Surprise!"

Aku tergamam.

Kemudian aku...

"Yeayyyy!!!!"

Akhirnya...

"Saja kan buat orang merajuk..." Ujar aku. Aku capai Rizqin yang berada di dalam dukungan abang aku, Ashraf.

"Kitorang nak buat surprise lah, nasib baik Rizqin dapat keluar awal tau.. Kalau tak, lagi enam hari baru boleh jumpa!"

"Haha. Mana kakngah?" Soal aku, mata aku melilau mencari Kak Najihah, isteri abang aku.

"Dia kan pantang, mana larat nak jalan sangat!"

"So, dia tinggal dengan siapa?"

"Mak laaa, dengan Kaklong."

"Oh. Siapa dalang semuanya ni?" Soal aku.

"Bakal adik ipar lah, siapa lagiii..." Nazmi mengerling Fikri. Aku pun pandang Fikri sama, kemudian aku jeling dia. Ohhh, pandai dah nak kenakan orang dia sekarang ni kan?

"Bakal adik ipar?" Soal aku, kening aku angkat sebelah, tapi tulah, tak menjadi langsung.

"Hahaha, comel kan anak aku?" Aku angguk, soalan tadi, terus lupa dalam fikiran aku bila tengok wajah comel Rizqin. Memang sama dengan Kak Najihah lah, alaaaa cute sangat!

"Nanti... Anak buah aku of course comel juga bila kau kahwin dengan Fikri!"

Aku tersentak.

Fikri tersentak, mata bulat, terkedu, terkejut.

"Eh, eh. Ayah dekat sini, korang tak layan pun kan."

"Hahaha! Ayah kalau nak layanan special, minta dekat mak." Gurau aku.

"Aip, aippp. Fik, macam ni ke perangai dia bila kitorang tak ada? Mengada lain macam."

"Bila masa pula aku mengada."

"Yelah, sepanjang ketiadaan kami, mesti kau mengada dengan bakal suami kau kan?" Aku jeling Ashraf dan Nazmi bila mereka ketawa berdekah-dekah, sukalah tu dapat kenakan aku.

Aiii, ayah pun geng abang juga? Aku jeling pula Fikri, okay, Fikri pun sama! Dok tahan gelak, terhenjut-henjut bahu dia tahan gelak.

"Baik tak payah datang kalau tahu nak menyakitkan hati orang aje."

"Haha. Fik, japgi kau ubatkan lah hati dia yang tersakiti tu." Berair mata Ashraf dan Nazmi sebab banyak gelak.

"I will."

"Eh, eh. Nak ubat pun, biar halal dulu." Ayah menyampuk. Makin galak mereka semua ketawa.

"Rizqin... Jangan layan dorang semua eh, layan makcu je... Alololo diaaa." Aku buat tak endah dekat makhluk lelaki depan aku ni. Malas nak layan! Layan Rizqin lagi bagus.

***********************

Aku terhenti.

"Oiii oittt, apa kes berhenti tengah jalan ni?" Soalnya.

"Heheh, lupa something lah."

"Podiaaa?"

"Adalah." Aku senyum menyenget. Makin pelik Anis pandang aku.

Sebenarnya, kawan-kawan aku semuanya tak tahu siapa yang jaga aku masa aku dekat hospital haritu. Sebab, aku tak nak bagitahu dorang yang Fikri jaga aku hari itu.

Malu!

"Birthday abang kau ke?" Soal Anis, dia peliklah tu bila aku beli jam Rolex, untuk lelaki pula tu.

"Adalah."

"Ceit, berahsia dengan aku pula." Anis mencebik.

"Haha, bukan tak nak bagitahu, tapi ni memang rahsia!" Agak pelik juga ayat aku, tapi aku biarkan sahaja. Aku masih meneliti jam-jam di hadapan aku.

Aku memilih dua utas jam tangan. Satu untuk perempuan, dan satu lagi untuk lelaki. Aku pilih, macam set couple punya. Bentuk, corak dan rekaannya sama sahaja. Harga sahaja yang lain. Dan saiz juga lain.

"Eheeeh, kau ada pakwe baru eh?" Soal Anis.

"Ish, kau ni banyak tanyalah." Hilang concentrate aku dekat jam Rolex kesayangan aku ni!

"Eleh, poyo!"

**********************

Siap!

Balut dah, kad ucapan pun dah.

Cuma, aku tak tahu nak bagi macam mana.

Nak cakap apa?

Ish, malulah pula...

Think, Hidayah think!

Dia nak sampai lagi berapa minit aje lagi. Sengaja aku datang awal, supaya hilang sikit nervous bila tengok muka dia. Aku takut, kalau bila depan mata dia, aku tak terkata. Kang tak pasal-pasal buat silent treatment pula.

Ahaaa!

Ting ke ting ting tong tingggg!

Serta-merta idea datang dalam kepala aku.

Elok aje idea datang dan berputar dalam kepala aku, elok juga dia pun sampai. Siap tersenyum-senyum lagi. Aku pun membalas senyuman manis dia tu. Ohoooo, aku bukan senyum gatal okay, aku senyum ikhlas!

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Diam.

"Ehem."

"Ehem."

Aku dengan Fikri tergelak. Sama-sama terdehem lah pula. Haha!

"Kenapa nak jumpa saya? Rindu eh nak saya jaga awak?" Fikri senyum senget.

"Eh, sorry sikit. Saya nak jumpa sebab... Err... Terima kasih sebab sudi jaga saya haritu."

Haaa! Tadi dok tinggggg ke tinggg tong tinggg, tapi sekarang idea tu dah terjunam ke laut. Tiba-tiba ayat jadi lain daripada yang lain lah pula. Nak cakap lain, keluar lain.

Haiii mulut, tak reti ke kau nak memberi kerjasama sikit?

"Oh, bagilah ganjaran."

"Ceit, macam tak ikhlas je jaga saya, siap nak ganjaran lagi." Aku tersengih.

"Haha, joking. Dah makan?"

"Belum, tunggu awak."

"So sweet."

Aku cuma tersenyum. Bukannya apa, dah aku ajak dia makan, mestilah aku tunggu dia dulu. Takkan aku nak makan dulu kot? Macam tak hormat pula.

Masa makan, semuanya senyap. Macam kekok aje aku dengan Fikri. Aku lagilah, lidah ni kelu lain macam. Nak cakap pun, rasa berat aje.

Yang Fikri pula, makan tak pandang tempat lain, pandang bawah aje. Nampak sangat dia malu tu... Tertunduk-tunduk aje dia. Haha!

"Err..."

Kelu lagi!

"Terima kasih jaga saya."

"Saya tahu awak hargai saya. Tapi, banyak kali dah awak cakap dekat saya." Fikri gelak. Aku sengih.

Banyak kali eh aku cakap?

Tak perasan pula!

"Ni... Hadiah tak seberapa daripada saya... Err, harap awak terima lah ya." Ujar aku, aku hulurkan bungkusan itu kepada Fikri.

Fikri menerima huluran aku bersama senyuman.

"Sweetnyaaaa..."

Aku pandang tempat lain. Malu nak pandang mata dia, malu nak tenung mata dia. Entah apa yang aku tak malu pun, aku sendiri pun tak tahu. Payah sebenarnya bila berdepan dengan orang yang kita suka. Happy memang happy. Berdebar nak sorok mana?

Aku melangkah ke kaunter pembayaran. Kali ni, biar aku pergi senyap-senyap. Malas dah aku nak bertekak dengan Fikri, siapa yang nak bayar. Haritu dia dah bayar, biarlah kali ni turn aku pula.

Baru fair and square...

Tapi...

"Siapa cepat, dialah yang bayar dulu."

"Hish!" Aku mencebik. Tulah Dayah... Kau berangan lagi siang hari macam ni.

"Haha. Tak payahlah awak bersusah payah keluarkan duit awak tu ya."

"Duit saya, suka hatilah."

Fikri terus berlalu. Malas nak layan cakap akulah tu. Tapi, aku biarkan sahaja. Kalau dia malas nak layan, aku seribu kali malas nak layan dia. Ceh, last-last besok dah rindu!

"Eh, janganlah buka dulu." Aku menghalang Fikri daripada membuka pembalut hadiah. Sebenarnya... Aku tak nak tengok reaksi dia bila dia tengok hadiah aku.

"Laaa, gapo dio?"

"Nantilah buka. Err, saya balik dulu eh?"

"Laaa, awalnya nak balik?"

"Err, saya nak... Haa prepair untuk esok! Esokkan kan ada kelas? So..."

"Siapkan assignment?"

"Tepat sekali!" Aku mengangguk. Bukan tu tujuan aku. Aku dah tak betah dah duduk lama-lama dekat situ. Rasa macam cacing kepanasan aje.

"Okaylah kalau macam tu." Fikri bangun. Aku pun bangun sama. Baru aje nak beredar...

"Hidayah!"

"Ya?"

"Belajar elok-elok, semoga dapat kejar cita-cita jadi doktor. Jangan lupa doa, solat, dan baca Al-Quran. Ingat, kalau kita ingat Allah, Allah ingat kita... Goodluck and fighting!"

Aku tersenyum.

Boleh tak kalau aku nak menangis sekarang?

Ayat yang dia bagi tu, sebijik macam ayat yang aku bagi surat untuk dia dulu! Dia ingat lagi ayat-ayat yang aku bagi dekat dia? Terharunya!

"Terima kasih..."

"And..." Aku pandang dia lagi. Baru nak buka pintu, dia dah menyeru kembali.

"Selalu ingat orang dalam doamu."

Dia masuk ke dalam kereta.

Aku terpana.

Ayat tu...

Ayat yang aku bagi dia dulu! Sebijik juga macam dalam surat tu. Surat masa dia nak ambil SPM beberapa tahun yang lepas. Surat yang aku letak di bawah meja.

Aku menghantar Fikri dengan pandangan aku sahaja. Hilang sahaja dia, aku terus masuk ke dalam kereta dan aku hidupkan enjin kereta.

Aku tersenyum sendiri. Fikri... Kau memang pujaanku! CEHHH.

*******************

"Jam yang cantik, untuk orang yang handsome? Hermmm?" Aku ketap bibir.

Nak jawab apa ni?

Okay... Bismilah...

"Suka tak?"

Itu yang aku tanya.

Takkan aku nak cakap... "Awakkan handsome, sebab tu boleh dapat hadiah cantik daripada saya."

Wahhh, macam apa je.

"Suka tapi..."

"Tapi?"

"Saya tak suka Rolex."

"Ohhh..." Hampa. Ingatkan dia pun suka Rolex macam aku juga.

"Saya suka Cartier. Tapi tak apa, apa pun pemberian awak, saya terima dan saya suka dan saya akan jaga macam saya jaga nyawa saya. And... Kalau awak tak bagi apa-apa pun, saya tetap sayangkan awak."

Ceh, melebih pula dia.

"Blushing lah tu." Ujarnya.

"Eh, tak adalah."

"Hidayah..."

"Ya?"

"Ingat lagi tak zaman dulu?"

Gila tak ingat... Aku yang dulu, jenis yang bila nampak Fikri, mesti jadi gila-gila. Lepastu bila dia hilang dari mata, aku terus jadi benci. Tak tahulah kenapa. Tiba-tiba aje aku nak benci Fikri. Tapi betullah orang cakap, benci benci jadi cinta...

"Ermm..."

"Saya ingat lagi, awak kalau jumpa saya, mesti jadi gila kan?"

Haha! Dia pun perasan ke?

"Saya ingat lagi, awak babai dekat saya haritu. Sweet sangat."

Haha! Yang ini lagilah... Waktu tu, aku happy gila bila jumpa dia. Siap dok melambai lagi. Lepastu, tiba-tiba kawan dia semuanya pandang. Aku pun jadi gelabahlah. Nasiblah Ain dengan Huda ada waktu tu, bolehlah aku cover. Haha!

"Dan... Semestinya saya pasal surat tu. Surat tu... Buat saya bersemangat nak exam..."

Diam.

"Surat tu... Saya simpan sampai sekarang, dan daripada dulu lagi, saya berharap orang yang bagi saya surat tu, saya dapat jumpa dia semula..."

Goose bumps!

Rasa macam terharu lah pula bila surat yang bertahun lamanya, orang itu dia masih lagi simpan.

"Dan Allah makbulkan doa saya, saya berharap sangat... kalau saya dah jumpa dia, saya harap dia tu jadi milik saya forever."

Allah, pengsan!

**********************

Kehilangan idea kot! Haha. Bersambung. Aku ni dah lama menunggu Fatin, bilalah agaknya dia nak update cerita terbaru dia kan? Rindu kot! Hahaha.

No comments:

Post a Comment