Cerpen : Ku Kunci Namamu Di Hati 6

By : Nur Hidayah

"Insyaallah, I will."

"Don't worry, she's my future wife. And I will take care of her, insyaAllah."

Aku terdengar suara dua orang lelaki berbual sambil bergelak ketawa. Mata aku masih lagi berat, masih susah untuk aku buka.

Yang pastinya, itu adalah suara Fikri, yang seorang lagi, aku tak kenallah pula. Woo, wooo... Fikri kata tadi... My future wife? Dia nak kahwin lain? Haha, stop bersangka buruk!

Perlahan-lahan aku cuba untuk buka mata aku ini. Aku mahu lihat, aku sekarang di mana. Aku tak ingat apa-apa selepas kejadian yang berada di kedai hadiah di shopping mall tadi.

Usaha punya usaha, berjaya pun aku buka mata. Aku lihat ada Fikri di hadapan aku. Mukanya tampak risau, aku pula jadi blur. Macam mana boleh ada dekat hospital ni?

"Alhamdullilah." Ucapnya.

"Kat mana? Kenapa?" Aku harap, soalan aku Fikri dapat memahami. Kepala aku masih lagi terasa berat, sampai nak cakap pun memberi effect hingga ke kepala. Perut pula, rasa sakit lain macam.

"Awak dekat hospital, tadi awak pengsan. Don't worry, Irfan saya dah hantar dia balik."

Aku mengangguk. Aku pandang ke tempat lain. Malas mahu menghadap Fikri. Kalau aku hadap... Nanti tergoda pula dengan mata helang dia tu.

"Merajuk lagi ke?"

Aku buat tak endah dengan soalan dia tu. Boleh lagi tanya kalau dah tahu jawapannya! Tapi jawapan dia tak begitu tepat, aku tak merajuk tapi aku geram!

"Mana family saya?" Soal aku. Tapi mata masih lagi pandang tempat lain.

"Tadi dorang dah datang... Tapi dorang terpaksa pergi ke Prince Court, your sister in law nak beranak." Ujar Fikri. Bulat mata aku pandang Fikri.

"Alaaa, saya nak ikut dorang jugak..." Aku terus bangun daripada pembaringan. Rasa pening dan sakit perut, aku biarkan. Yang pentingnya sekarang ni... Kakak ipar aku nak beranak!

"Dayah, awak kan tak sihat. Family awak amanahkan saya suruh jaga awak." Ujar Fikri.

Aku baring semula.

"Dayah, jom makan."

"Tak nak." Dalam hati aku sambung, TAK NAK, KALAU KAU TAK ADA BARU AKU ADA SELERA NAK MAKAN!

"Degillah awak ni. Dah gastrik pun, nak buat perangai lagi. Nasib baik tadi, awak ada saya. Saya yang angkat awak tadi tau. Saya punyalah risau bila awak pengsan."

"Awak. Angkat. Saya?" Aku pandang Fikri tak percaya. Fikri... angguk.

Serta-merta wajah aku berona merah. Fikri pula tersenyum nakal. Kalaulah aku tak pengsan tadi, mesti aku tak rasa malu bila dia dukung tadi! Kalau lah aku makan tadi... Mesti aku tak pengsan!

"Gendong ke, piggy back?" Soal aku. Walhal aku malu sebenarnya nak tanya... Tapi aku terpaksa!

"Mula-mula piggy back, lepastu gendong."

"Kenapa mesti ada dua cara?"

"Suka hati sayalah."

Muka aku merah lagi. Marah campur malu! Ada pula dia sesuka hati ibu dan ayah dia aje nak dukung aku? Okay, nasib baik kecemasan tau!

"Awaklah punya pasal, sebab awak saya pengsan."

"Sorry, saya tak sengaja. Saya bukan apa, saya geram tau dengan awak ni. Awak selalu sangat mengelak dengan saya." Ujar Fikri.

Aku pandang Fikri pelik. "Biarlah saya nak mengelak pun, awak kan dah ada isteri? Saya bukan perempuan yang tergila-gilakan lelaki oranglah."

Kali ni, Fikri pula pandang aku pelik, lepastu... Senyum.

Aku pelik dengan senyuman dia tu. Senyum ada makna ke apa?

"I'm so sorry. Maafkan saya tak?"

Aku buat tak tahu, buat tak dengar, buat tak nampak.

"Tak apalah kalau awak tak nak layan. Tapi, tolonglah makan. Supaya hilang sikit rasa serba salah saya..." Heh! Kau nak hilang rasa serba salah, suruh aku makan lah pula!

"Ni, saya ada belikan mee goreng, kalau awak tak suka, saya ada beli mihun goreng. Kalau tak suka juga, saya ada kueyteow goreng, kalau tak nak juga, ada nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng biasa. Kalau tak nak juga, saya ada beli nasi kosong, lauk sambal ikan keli, sayur kangkung, sotong goreng tepung."

"Banyaknyaaaa. Awak ni nak suruh saya makan ke melantak?" Aku tergelak. Dah nak dekat sepuluh bungkus dah ni kot Fikri beli.

Fikri pun gelak sama. "Dua-dua pun boleh."

"Macamlah saya boleh habiskan."

"Kalau tak boleh, paksa bagi boleh!"

"Hamboiiihhh banyak cantik. Dahlah beli nak dekat sepuluh bungkus, lepastu paksa orang habiskan kesemuanya lah pula."

"Haha. Dahlah, makan. Nanti, makin bertambah sakit pula perut awak tu. Saya juga yang risau!"

"Yess boss!" Mata pandang atas, gaya menyampah.

Aku capai nasi berlauk. Nasi berlauk lebih nampak menyelerakan. Aku mencapai pula sudu dan garfu. Kemudian, air sirap yang berada di atas meja, aku membaca bismillah dan minum. Huhhh... Leganya tekak bila asyik bertengkar dengan Fikri!

Aku baru sahaja ingin memasukkan nasi ke dalam mulut, tetapi tangan Fikri lebih pantas merampas sudu dan garfu di tangan aku. Aku jeling Fikri. Tapi Fikri buat muka selamba. Siap isyaratkan lagi suruh aku buka mulut.

Amboiii, nak menyuap pula dia!

"Saya nak suap sendiri."

"Saya tak benarkan awak suap sendiri."

"Eh, saya sakit perut, bukannya tangan!"

Aku tenung Fikri, Fikri pun tenung aku sama.

"Makan jelaaa.. Bismillah, aummmm..." Terpaksa jugalah aku buka mulut bila Fikri menyuapkan ke mulut aku. Kalau tak buka nanti, mahunya dia tonyoh-tonyoh aku dengan makanan tu.

"Sedap?" Aku angguk. Malas nak bercakap bila mulut penuh.

Fikri meletakkan kembali sudu ke dalam bekas, dan menuju ke singki. Aku hanya memerhati dia membasuh tangan. Sambil-sambil tu, aku memerhatikan mukanya di balik cermin. Handsome seperti dulu. Kini, tangan pula aku pandang. Mana cincin?

Fikri datang semula ke arah aku. Sesaat kemudian, bulat mata aku mata Fikri bila Fikri kini tidak menyuap aku dengan menggunakan sudu. Dia guna tangan! Ouchhhh, jangan buat malu sini!

"Buka mulut tu Yahhhhhh."

Aku geleng. Mulut aku tutup dengan tangan. Kalau dia suap guna sudu, aku boleh terima lagi. Kalau guna tangan... Terlampau sweet lah pula!

Fikri membuka mulut aku dan nasi yang berada di dalam tangan Fikri, sudah pun mendarat di dalam mulut aku. Cemberut muka aku menahan marah sambil terkunyah-kunyah. Fikri pula sekadar tersenyum, menggeleng.

Lima suap sahaja, aku sudah menggeleng.

"Sikitnya makan. Cepatlah saya suap lagi." Aku geleng lagi.

"Cepat Yahhhh." Fikri tenung. Okay, aku kalah! Aku buka lagi mulut.

Sambil aku kunyah, aku pandang sahaja Fikri yang sedang mengacau nasi. Ikan dimasukkan ke dalam nasi bersama sayur. Kemudian, nasi yang digaul tadi, dia masuk pula ke dalam mulut dia.

Fikri ulang lagi perkara yang sama. Tapi, suapannya kini untuk aku pula.

Tak nak...

Tadi dia suap dekat mulut dia, lepastu masuk pula ke dalam mulut aku. Uishhh, tak nak!

"Makan ajelah... Bukannya air liur saya ada racun pun."

Geleng lagi.

"Awak ni kan, degillah."

"Berkkk..." Ini sahajalah cara aku yang paling teruk sekali untuk aku meyakinkan Fikri yang aku sudah kenyang. Lebih tepat lagi, aku tak mahu makan bekas air liur Fikri! Bukan geli tapi... Entahlah feeling aku sendiri pun tak tahu nak ungkapkan lagu mana.

"Sopannya sendawa." Fikri tergelak. Kemudian dia menuju ke singki, membasuh tangan. Sekali lagi aku pandang tangan kirinya. Tak ada cincin. Kanan pun sama. Masa dia suap aku tadi pun, langsung tak ada cincin di jarinya.

Or maybe, dia kahwin memang tak pakai cincin. Haaa, boleh jadi logik juga tu!

Ehhh, tadi suap aku, guna tangan. Tapi dia suap untuk diri dia, guna sudu pula. Aku hanya memerhati gelagat Fikri dengan mata yang sengaja aku kecilkan. Kononnya marah lah tu. Tapi Fikri buat tak tahu sahaja. Habis nasi, dia capai pula nasi goreng kampung.

Wah...

Memang boleh bertambah sado Fikri kalau makan banyak macam ni!

"Banyaknya makan..."

"Lapar."

Aku menggeleng. Baru tadi makan, ni lapar balik?

"Tadi kan baru makan."

Aku masih lagi tak puas hati. Aku pun makan lima suap aje. Dia tadi, dah melantak dekat restoran thai. Lepastu ni sambung lagi.

"Nasi goreng ni nampak berselera. Nak tak?" Soalan aku, Fikri buat tak endah.

Aku geleng, tak nak. Dah kenyang! Aku hanya perhatikan sahaja Fikri makan. Dia makan, tak adalah laju mana. Relax sahaja gayanya. Tulah yang nampak dia makin bertambah handsome tu.

Aish...

He's taken lah! Dah kahwin dah pun.

Aku ketawa bila tengok Fikri kepedasan, tergigit cili padi. Hahahaha, kelakar gila kot! Boleh nampak betapa comelnya dia bila dia dok tutup mata, tahan pedas.

"Nah." Aku hulur air sirap aku. Rasanya, kalau bekas perempuan, lelaki boleh minum. Tapi kalau bekas lelaki, perempuan tak boleh minum.

Fikri senyum. Huluran aku dia sambut. "Thanks."

Aku balas senyum Fikri.

Ya Allah... Kalau dia bukan milik aku, kenapa dia mesti muncul di saat aku ingin melupakan dia?

Mengeluh.

"Why?" Soal Fikri bila tengok aku mengeluh.

"Nothing." Aku senyum.

"Ceritalah, i'm open ear."

Aku tak tahu nak mulakan yang mana satu. Perlu ke aku beritahu dia, yang aku menagih cinta pada dia dulu? Kalau aku bagitahu... Nampak sangat aku ni masih menagih cinta pada dia, dia dah ada isteri!

"Just thinking."

"About what?"

Aku angkat bahu.

Fikri menggeleng sambil tersenyum. "Thinking, tapi tak tahu apa yang difikirkan?" Soalnya.

Aku pula tersengih. "Lebih kurang macam tulah."

"Hmmm... Fik.."

"Yup?" Fikri mengelap mulutnya, kemudian dia memandang aku. Pandangannya redup sahaja.

"Kenapa awak mesti temankan saya?" Soal aku.

"Your family, amanahkan saya."

"Maksud saya... Your wife tak marah ke?"

Dia mengeluh. "Awak mesti ingat saya dah kahwin kan?" Soalnya pula. Soalan aku tadi, tidak terjawab.

Aku angguk. "Hidayah, Rayhan tu anak buah sayalah. Dia tu anak Kak Sal. Kenal kan Kak Sal? Mestilah kenal, awak kan kaki stalker saya." Fikri jelir lidah. Aku pula merah padam dah muka ni. Mana tahu?

"Habis tu, dia panggil awak, daddy?"

"Dia manja dengan saya. Masa dia kecil dulu, saya yang selalu jaga dia. Saya yang selalu main dengan dia. Bila saya layan dia, saya teringatkan someone who is special in my heart. Sebab tu saya sayang dia, sepenuh hati saya, sebagaimana saya sayang seseorang tu."

"Ohhh..." Dalam hati aku sambung, MESTI SOMEONE TU, AIDA KAN?

"Someone tu, bukan Aida. I know what you've been thinking." Aku kerut dahi. Macam tahu-tahu aje.

"Kenapa pula bukan Aida?"

"Dia dah jadi sejarah. So, jangan pernah sebut nama dia lagi."

Aku pula sekadar angkat bahu. Malas nak ambil tahu pasal Fikri lagi. Mesti someone dia tu... Orang lain, dan semestinya bukan aku.

"Tapi, kalau family saya tak amanahkan awak, awak still juga ke nak jaga saya?" Soal aku.

"Yup, of course because you're my sweet... Err, sebab saya rasa bersalah dengan awak. Saya pasti akan jaga awak juga."

Sweet? Sweet apa? Tapi aku biarkan sahaja.

"Hidayah..."

"Ya?"

"Awak dah ada, someone special dalam hati?"

"Ada." Aku lihat muka dia berubah. Hampa.

"Bukan someone, tapi ramai. And of course, my family. Terutama sekali, Irfan. Saya jaga Irfan daripada kecil lagi. And... Selain daripada family, saya ada. Tapi, dia dah jadi milik orang."

"Oh. Siapa?" Soal dia. Mukanya mula berubah gembira bila aku cakap tadi, tapi sekarang seperti tak sabar apa yang ingin aku ungkapkan.

"Dia dekattt je dengan saya."

Fikri pandang depan belakang, kiri dan kanan. "Me?"

Muka aku merah. Aku malu nak cakap sebenarnya...

"Saya tak ada orang lain, selain awaklah." Fikri senyum. Matanya berair sedikit.

"Hah?"

"Awaklah someone special tu."

Melopong.

******************************

Sambungannya, mungkin lambat sikit. Busy kot dengan sekolah :)

No comments:

Post a Comment