Cerpen : Ku Kunci Namamu Di Hati 5

By : Nur Hidayah

"Makcu, Makcu! Nak tu, nak tuuu..." Irfan menjuihkan bibirnya ke arah patung Ironman yang terletak di sebuah kedai permainan kanak-kanak.

"Alah, Afan... Afan punya mainan kan dah banyak..." Aku cuba memujuk Irfan. Kalau Irfan ajak aku pergi tengok wayang, okay aku on sahaja! Tapi kalau bab beli mainan... Bukan aku kedekut, tapi satu bilik tidur dia tu, dah boleh dijadikan stor. Penuh dengan mainan sahaja, sampai atas katil pun dah tak ada rupa katil.

"Alaaa, nak tuuu. Ironman Afan belum ada lagi..."

"Tapi Spiderman kan dah ada dekat rumah..."

"Tapi Afan nak Ironman..."

"Afan, Afan kan dah besar, mana boleh main mainan ni semua dah..."

Pujukan aku, langsung tak dilayan olehnya. Tetapi sebaliknya, Irfan menjeling aku. Haihhh budak ni, nasib aje kau ni anak buah aku yang aku sayang. Dan nasib baik jugalah, muka kau tu comel bila merajuk.

"Alahhh, Afan membazirlah beli banyak mainan. Makcu bukannya tak nak beli... Tapi, membazir tu kan amalan syaitan, Afan nak ke berkawan dengan syaitan?" Soal aku, dalam keadaan memujuk.

"Tak nak..." Irfan laju menggeleng.

Aku tersenyum. Berjaya!

"So, kita tengok wayang ajelah, nak tak?" Soal aku.

"Nak!" Irfan terlompat-lompat seperti anak kecil. Eh jap, memang dia anak kecil pun!

Come up to meet you, tell you I'm sorry
You don't know how lovely you are
I had to find you, tell you I need you
Tell you I'll set you apart

Lagu The Scientist berkumandang di dalam telefon aku menandakan ada talian yang masuk. Aku lihat skrin telefon. Ada nombor yang tidak aku kenali.

"Siapa ni?"

"Afan, jap eh, makcu nak angkat call..." Aku pegang tangan Irfan, supaya Irfan tidak lari kemana-mana.

Punat hijau aku tekan segera.

"Assalamualaikum..." Aku memberi salam.

"Hello..." Sekali lagi aku menegur apabila orang di hujung sana terdiam.

"Eh, ni nak cakap ke tak nak ni?" Aku dah mula naik angin.

Kalau tak nak cakap apa-apa, baik tak payah call. Buat habis kredit kau sahaja call aku. Bisu ke apa orang yang call aku ni?

"Ehem, hello."

"Oh, ingatkan bisu." Aku bersinis. Lelaki rupanya, ingatkan perempuan tadi...

"Eh, taklah. Ni Fikri, ingat lagi tak?"

Ohhh, Fikri... Fikri?!

"Mana dapat nombor ni?" Soal aku. Dingin sahaja. Fikri ni... Ada aje time dia nak kacau aku. Kacaulah isteri kau tu! Janganlah kacau aku.

"Ujikaji, lepastu dail punya dail, dapatlah..."

"Ha-ha-ha, FUNNY." Aku gelak tak ikhlas.

"Ehem, itu rahsia saya dapat daripada mana..."

"Oh, nak apa call saya ni?"

"Awak busy tak?"

"Busy, busy gila ni."

"Yekeeeee?" Soalnya tak percaya.

Aku rasa, suara dia ni lain macam aje. Apasal terasa dekat lain macam?

"Yelah, betullah busy. Hish..."

"Mana ada orang busy dekat shopping mall..."

Melopong.

"Errr..." Aku segera menutup telefon bimbit aku. Mataku kini memandang orang yang ada di hadapan. Orang yang sedang tersenyum ke arah aku.

Segera aku menutup mulut apabila dia mengisyaratkan aku supaya menutup mulut aku yang ternganga. Aku terpaku seketika.

"Bulatnya mata..." Fikri senyum.

Segera aku pandang ke tempat lain.

Gila. Fikri ni hantu ke apa? Sudahlah tahu nombor telefon, itu pun entah dari mana dia ambil nombor aku. Lepastu, boleh pula dia ada depan mata aku sekarang ni. Macam magic pula dah.

"Macam manalah mamat ni boleh ada dekat sini..." Aku bisik perlahan.

"Makcu, pakcu cepatlah... Afan nak tengok wayang..." Tangan Irfan yang aku pegang, Irfan goncangkan.

"Irfan nak tengok wayang eh? Jom, pakcu temankan."

"Awak jangan nak mengada jadi pakcu Irfan eh." Aku jeling Fikri. Fikri pula sekadar tersenyum.

Asyik senyummmm je. Sorrylah, aku dah tak tergoda dengan senyuman kau tu. Eiiii hipokrit gila! Dah ada isteri tu, buatlah macam dah ada isteri.

"Suka hati sayalah." Kali ni, Fikri pula menjeling aku.

Tangan Irfan yang aku pegang, kini Fikri pula menarik tangan Irfan dan berlalu meninggalkan aku di belakang.

"Eh, eh. Awak jangan nak culik anak buah saya eh..."

"Biarlah."

Mata aku tenung Fikri. Fikri tenung mata aku.

Mata aku terus pandang ke tempat lain. Tak boleh, tak boleh... Kali ni, aku mengaku kalah. Tak boleh... Menggoda betul mata helang milik Fikri.

"Irfan, kita asyik tengok wayang je. Jom pergi makanlah, nak tak?"

"Nak!"

Dan sekali lagi... Aku dipinggirkan. Fikri ni memang nak cari pasal ni!

"Dahlah culik anak buah aku, lepastu dia sesuka hati aje tinggal aku sorang-sorang dekat sini. Hish..." Aku membebel sendiri. Tetapi kaki aku, aku gerakkan juga mengikuti langkah Fikri dan Irfan.

Fikri memasuki ke dalam sebuah restoran thai yang menjual makanan thai dan melayu. Menarik restoran ni. Rupanya macam ada moden sedikit. Pakai kerusi rotan, meja pun, macam meja yang selalu ada dekat sekolah. Nampak simple tapi menarik perhatian aku.

"Hmm... Nasi goreng paprik, kailan ikan masin, nasi goreng daging merah... Aaa, banyaknyaa..." Fikri buntu. Aku hanya memandang Fikri sekilas. Kemudian mata aku kini melirik ke Samsung S5 milikku.

"Sayang, nak makan apa?"

"Hah?"

Aku terkedu seketika. Sayang?

"Perasannya, saya cakap dengan Afan lah. Afan nak makan apa sayang?"

Ohhh, dengan Irfan dia bercakap rupanya... Ingatkan dengan aku. Aduhhh, apa lah aku ni. Apahal tahap perasan kau sampai level 100% ni?

"Ikut pakcu lah..." Balas Irfan.

Wahhh, pakcu? Tak... Ni tak boleh jadi.

"Afan, ni bukan pakcu Afan lah!" Aku memarahi Irfan, tetapi masih lagi boleh dikawal suara aku supaya Irfan tidak terasa hati dengan aku.

"Pakcu kata, pakcu dengan makcu nak..."

"Afan, kita makan nasi dengan lauk nak tak?" Aku pandang Fikri. Irfan nak cakap, Fikri cepat-cepat potong. Aku pula semakin pelik dengan perangai Fikri.

Irfan hanya mengangguk.

"Saya tak nak tanya?" Aku yang tadi jadi bisu dengan Fikri, kini bersuara. Janganlah Fikri order nasi untuk Irfan dengan dia aje. Habis aku ni? Takkan nak tengok aje dorang makan? Ish, memang taklah! Aku ni daripada pagi tak makan kot...

Fikri hanya diam.

Aku pula, malas nak bersuara. Merajuk! Biarlah, lepas ni, apa nak jadi, jadilah... Aku dah tak kisah, salah Fikri juga kalau dia tak layan aku!

Fikri memanggil pelayan perempuan dan dia mula mengambil pesanan. O...k...a...y... Dia pesan dua pinggan nasi aje. Air pula, air fresh orange dua gelas, dan satu gelas air mineral. Memang sah, sah! Sahlah air mineral tu untuk aku. OK FINE FIKRI!

Aku hanya buat tak peduli bila makhluk dua orang depan aku ni, tengah rancak bermain. Tak apa... Biarlah mereka berdua. Mereka ada dunia mereka tersendiri. Aku ada dunia aku tersendiri. Dunia aku, dengan gadget Tablet aku ni. Whatsapp dengan Anis, Adel, Atin, Hawa, Dayana dan Nisa.

Setelah lima belas minit aku dan makhluk depan aku ni tunggu, makanan yang telah diambil pesan sudah pun sampai. Ada nasi kosong biasa, lauknya pula daging merah, ikan siakap tiga rasa, kangkung, belacan, ulam-ulaman. Nampak sedap betul. Aku hanya menelan liur sahaja bila tengok semua makanan tersebut.

Sumpah... Fikri memang kejam!

"Afan, makanlah..."

"Makcu tak makan ke?"

Aku hanya geleng dan tersenyum ke arah Irfan. Kemudian mata aku melirik ke Fikri pula. Kami bertembung mata, terus sahaja aku menjeling Fikri dan melihat skrin telefon.

"Aummmm..."

Okay, ini memang double triple million tribillion kejam!

Saja aje dia ni kannnn! Saja je nak buat aku rasa cemburu. Allahu... Dahlah lapar ni, daripada pagi lagi tak makan. Tapi... Sebab ego, aku tolak lapar aku!

Biarlah... Biar. Biar Fikri tahu, yang akan ada masalah kalau aku tak makan!

"Berkkk..."

Sekali lagi, dia buat aku rasa cemburu bila tengok dia makan. Gila tak macho, sendawa kuat depan aku pula tu!

"Kenyang kan Afan? Rugi makcu tak makan..."

Eleh! Dia yang buat tak tahu dengan aku. K fine, Fikri!

Fikri bangun dari tempat duduknya. Dia memegang tangan Irfan. Dan... Sekali lagi aku dipinggirkan! Mereka menuju ke kaunter pembayaran. Aku pula, hanya melirik sahaja mata aku melihat mereka berdua.

Amboi... Dah macam bapak dengan anak!

Hebat juga Fikri ni... Kenal Irfan baru berapa hari aje kot, tapi macam kenal dah lama macam beribu tahun. Rapat semacam! Senang pula Irfan ni nak rapat-rapat dengan orang, macam Fikri ni!

Well, Fikri dah anak kan... Haruslah tahu macam mana layan budak-budak.

Fikri memimpin tangan Irfan keluar daripada restoran tersebut, meninggalkan aku. Gila lah. Aku memang taubat, taubat tak nak jumpa ataupun keluar dengan Fikri dah!

"Fikri!" Jerit aku. Biarlah, kalau orang ramai nak pandang aku yang tiba-tiba memekik dekat shopping mall ni pun, aku dah tak kisah. Sudahlah tak layan aku, lepastu bawa lari anak buah aku lagi.

Berganda-ganda tu...

Opsss, aku tak nak layanan Fikri! Tapi sekurang-kurangnya... Tanyalah aku ni nak makan apa... Huhu, sadisnya hidup.

Fikri langsung tak mengendahkan aku. Fikri ni nak buat silent treatment dengan aku ke apa? Daripada diam aje. Yang aku dengar daripada mulut dia pun...

Aummm...

Berkkkk...

Tu jee...

Langsung tak cakap dengan aku.

Merajuk?

Ehhh pirahhh! Pi lah merajuk dengan bini kau. Tak payah nak menggatal merajuk dengan aku pula. Marah? Ingat aku takut, kau marah aku?

Fikri yang semakin laju berjalan, aku kejar dari arah belakang. Mereka masuk ke dalam kedai yang menjual hadiah-hadiah. Aku hanya mengikuti.

Tiba-tiba kepala aku berat.

Gelap...

"Fikri..." Seru aku.

*************************

Sambungannya, esok-esoklah haha.

No comments:

Post a Comment