Cerpen : Ku Kunci Namamu Di Hati 3

By Nur Hidayah

"Sorry, I'm late..."

"Waalaikumussalam, tak apa..."

Fikri tersenyum malu. Alamak! Terlajak mengusik dia pula. Aku memandang Fikri. Langsung tak ada orang di sebelahnya. Cuma adalah Rayhan dalam dukungannya.

"Hehe. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Jawab aku.

"Mana isteri awak?" Soal aku. Aku ni kalau boleh, ajaklah isteri dia sekali. Tak mahulah keluar dengan suami orang. Dahlah berduaan macam ni. Ishhh!

"Saya mana ada... Eh, sorry.."

Fikri mengangkat telefon. Aku pula sekadar memerhati. Isteri dia telefon lah tu kan. Tersenyum-senyum aje daripada tadi. Dok tersengih-sengih je kan. Alahaiii, Fikri kenapa kau mesti jadi milik orang lain?

"Sorry, tadi ada call. Shall we?"

Aku menggangguk. Fikri hanya tersenyum dan pergi mengambil pesan di kaunter. Aku pula menunggu dia bersama Irfan dan Rayhan.

"Rayhan... Irfan, lepas makan kita nak pergi mana?" Soal aku. Bagus juga kalau petang ini, aku pergi jalan-jalan dulu. Tak adalah rasa bosan duduk di rumah. Lagipun, Irfan mana ada dekat rumah.

Biasanya lepas sahaja balik daripada tadika, aku terus hantar Irfan ke rumah abang aku, Nazmi. Tapi disebabkan aku ni sesuka hati aje buat Irfan macam anak aku, aku bawalah dia pi jalan-jalan. Huhu!

"Tengok cerita Frozen!"

"Beli mainan!"

Haaa... Yang Rayhan tu bolehlah tahan bagusnya. Tengok cerita movie, Frozen. Tapi yang si Irfan... Mainan aje kerjanya!

"Hm... Nak yang mana satu ni?" Soal aku. Sengaja aku soal kepada mereka. Seronok pula tengok mereka bergaduh, nak pilih yang mana satu dulu aktiviti selepas makan tengahari ni.

"Pergilah dua-dua sekali. Saya pun temankan."

Aku pandang belakang. Nampak Fikri sedang menatang dulang bersama dengan KFC bucket. Mak oiiiii! Banyaknya!

"Awak ni nak buat jamuan ke? Makan empat orang je..."

"Kalau tak habis, awak bawalah balik." Selamba.

Aku menjeling. Dia tersenyum, manis. "Banyak sangat ni... Awaklah ambik, lagipun ni kan guna duit awak." Ujar aku.

Dia masih lagi dengan senyuman. Aduhhh, parah ni! Ingat Hidayah, dia tu suami orang. He's taken! He's not yours.

Tapi tulah... Dulu muka dia masam mencuka. Dulu, susah betul nak tengok dia senyum. Tapi sekarang... Hm, biarlah. Lagipun dia dah jadi hak milik orang lain.

"Dah saya belanja awak, awaklah ambil."

"Kalau saya tak nak?" Aku masih lagi berdegil. Lagipun, aku dengan Anis je yang ada dekat rumah. Bucket ni pula lebih kurang ada empat puluh lebih kot... Haa entahlah. Aku pun tak pernah makan bucket, banyak sangat!

"Awak memang degil." Dia kecilkan matanya memandang aku.

Aku pula dah kecut perut. Ayam yang berada di pinggan aku, aku makan dengan rakus. Mula dah...

Mulalah tu muka masam dia!

"Tahu takuttt." Fikri gelak.

Aku terus pandang Fikri. Jeling. "Cepatlah makan!"

"Eiii, makcu dengan pakcu ni, asyik gaduh jee..." Irfan bersuara.

"Pakcu? Irfannnn, ni bukan pakcu Irfanlah." Aku berkata kepada Irdan separuh berbisik.

"Itulah pasal, apalah daddy ni. Kesian cikgu, merah dah muka cikgu daddy buat..." Rayhan pula bersuara.

Aku jeling Fikri. Tengok... Budak dua ekor ni pun dah tengok adegan tak berapa nak mesra aku dengan Fikri tadi.

Fikri masih lagi dengan gelak tawanya.

******************

"Four ticket Frozen!" Jerit aku, empat tiket aku tunjukkan ke arah mereka bertiga.

"Yeayyyyyy!" Jerit Rayhan dan Irfan serentak. Aku dan Fikri tersenyum, gembira.

Aku dengan mereka bertiga semua bergerak menuju ke panggung. Sesaat kemudian, baru aku teringat sesuatu... Ya, aku perlu tanya ni!

"Isteri awak tak kisah ke saya keluar dengan awak?" Soal aku. Aku ni straight orangnya. Ayat aku tak ada selok-belok langsung dah.

"Ish, saya tak ada is..."

"Makcu cepatlah jalan!" Aduh, Irfan! Belum sempat aku nak dengar apa yang Fikri cakap, terus Irfan potong.

"Ye sayang, makcu lari!" Aku terus berlari menuju ke Rayhan dan Irfan. Aku biarkan sahaja Fikri di belakang. Dia dah besar, kaki panjang, tahulah dia nak kejar kami kan! Kalau hilang sekalipun, dia boleh balik sendiri!

*****************

"Let it gooooooo, let it goooooooo." Aku tergelak.

Budak di sebelah pandang aku, tak puas hati. Aku pula cuma tersengih, meminta maaf kerana gelak terlampar kuat. Ek eleh budak sebelah aku ni, poyooo betul! Kau tu budak lagi, toksah lah dok marah aku lebih-lebih, tak baik tau!

"Can't hold it back anymore... Let it gooooooooooooooooo, let it goooooooooooooo!"

Dan............

"HAHAHAHAHAAHAHAHA!"

"Ish, apa ni gelak kuat sangat? Tengok budak sebelah awak tu, menjeling tak habis-habis." Fikri menegur.

Tapi teguran Fikri langsung aku tak endahkan. Gila ah, begini punya tua dia boleh nyanyi lagu budak-budak. Minat sangat kot Fikri dengan lagu Let it go ni. Aku pun tak adalah minat sampai nak menyanyi macam melalak macam Fikri ni. Nasib suara sedap...

"Dah awak tu menyanyi lagu budak-budak, mana saya tak gelak." Aku masih lagi dengan sisa ketawa aku.

"Makcu, diamlah!" Marah Irfan.

"Opss, sowwy." Aku meminta maaf dengan pelat, meniru gaya Irfan.

Sangka aku Irfan nak marah, tapi... Khusyuk sangat tengok Frozen!

"Kalau saya yang mati macam dalam cerita ni, agak-agak awak sedih tak?" Soal Fikri tiba-tiba. Aku terus pandang Fikri di sebelah.

"Hah? Soalan apa ni?" Aku kerut dahi. Haruslah... SEDIH! Tapi, aku rasa isteri kau lebih sedih kot...

"Random question. Let it go jelah. Anggap je saya tak pernah tanya." Aku menangguk. Lantas tersenyum nipis. Sah... Sah, dah gilakan Frozen!

"Kecik-kecik dulu, mesti awak macam Anna ni jugak kan? Dok kira jam... Ajak orang tu, orang ni main sama lah... Selalu..."

"Wooo wooo, saya dulu budak baik tau." Aku terus potong cakap Fikri.

Memang patut pun aku dengan Fikri banyak cakap dalam panggung ni. Cerita budak-budak kot... Lainlah kalau cerita transformers ke... Ironman ke... Barulah syok sikit!

"Eleh, berlagak." Fikri mencebik.

Aku tergelak.

"Awak... Er... Still suka... Ermmm."

"Apa dia?!"

"Awak suka saya lagi tak?!" Fikri terus cakap laju. Terkejut dengan kejutan aku mungkin.

Aku pula... Terpana, terkedu, terkelu dan semua jenis 'TER' di hadapan lah!

"It is a random question or..."

"Love question. Its about love." Potong Fikri laju. Haaa, aku pula nak tergagap sekarang ni!

Mata aku, bukan lagi memandang Fikri, tapi pandang skrin di hadapan. Walaupun cerita itu menarik, tetapi fikiran aku melayang jauh ke lain.

Apa makna dia?

Dia dah ada isteri kot.

Mungkin sahaja isterinya... Aida.

Mestilah dia bahagia kan? Yelah, dulu... Teman suka sama suka katakooo.

Hm...

Let it go.

Buat je macam dia tak pernah tanya kau, Hidayah...

Ataupun kau gamble je...

Tak pun, kau anggap its just a dream.

"Awak suka orang lagi tak?"

Aku baru aje nak gamble...

"Awak kan dah ada isteri..."

Aku pandang ke skrin kembali. Tolong, jangan buat hati aku gugup! Jangan buat aku terkedu... Dan... Jangan buat aku jatuh cinta sekali lagi!

"Saya tak ada..."

"Makcu, sakit perut!"

Jerit Irfan. Fikri terus menekup mulut Irfan. Aku pula rasa lega. Nasib baik... Kalau tak, habis kena balik popcorn sebab buat bising. Macam dalam drama Melayu...

"Sayang sakit perut ke? Jom-jom." Ajak aku.

"Hidayah..." Panggil Fikri.

"Ya?"

"Saya tak ada isteri lagi..."

"Hah?" Aku bukannya pekak lagi. Tapi... Suara Fikri tu perlahan sangat!

"Saya belum..."

"Makcu, nak berry!" Okay, aku faham benar makna berry Irfan ni. Irfan... Biasalah dia. Perkataan semuanya nak manja-manja.

"Sorry Fik. Afan buat hal. I'll back in 10 minutes!" Aku terus mendukung Irfan dan membawa dia ke toilet. Nasib sahaja Irfan ni dah besar... Kalau umur tiga tahun, tak ke naya aku nak basuh dia punya berry?

Naya... Aku belum ada pengalaman!

**********************

Bab 4, insyaallah esok! :D

No comments:

Post a Comment