Cerpen : Ku Kunci Namamu Di Hati 2

 

By Nur Hidayah

Aku tenung siling, siling tenung aku.

Rupanya, tekaan Anis salah! Dan tekaan aku, adalah betul.

Dia dah bahagia lahhh Hidayah...

Buat apa lagi aku nak fikirkan dia? Dia dah bahagia dengan isteri dia. Aku? Tepuk sebelah tangan ajelah kan daripada zaman sekolah lagi. Kan aku dah kata... Aku tersalah mencintai orang, orang itu bukan jodoh aku.

Fikri... Kau bukan jodoh aku lah... Haha! Sakitnya bila bertepuk sebelah tangan.

Apa nak buat... Kumbang bukan seekor dekat dunia ni. Tapi tulah, payah nak cari, susah nak dapat yang macam Fikri tu. Beriman. Aku selalu betul nampak dia solat dekat surau zaman sekolah dulu-dulu. Dulu, aku suka gila stalk dia. Sampai balik waktu petang pun, sempat lagi aku masuk ke kelasnya. Nak ucap selamat tinggallah katakan...

Haha!

Dulu, selalu aku tengok dia senyap-senyap. Aku selalu nampak dia tersenyum.. Kadang-kadang masam mencuka aje mukanya. Haha, tapi memang itulah stail Fikri... Masam mencuka tapi muka ada muka manja! Anak bongsu lah katakan. Sama juga macam aku.

Aku lahir dua puluh dua haribulan lima, dia pula lahir pada dua hari bulan dua. Dah nak dekat sama tu... Dulu, bangga betul aku bila tengok birthday dia nak sama dekat aku. Haha!

Dulu, aku ada rapat dengan seorang kakak senior ni. Masa tu, beberapa hari sebelum kem pengawas, aku tanya kakak tu yang SI DIA tu pergi ke tidak kem pengawas. Aku dapat tahu yang DIA tak pergi. Dalam hati gembira, tapi bila depan kakak tu... Senyum sampai ke telinga aku. Ego kan aku? Haha!

Tapi... Bila esoknya, kakak tu kata yang dia dah pujuk Fikri suruh pergi jugak kem tu. Haha! Aku mula-mula happy gila masa tu. Tapi bila ingat balik, mana pergi prinsip aku? JANGAN JATUH CINTA PADA YANG SUDAH ADA HAK!

Banyak betul kenangan aku dengan Fikri. Mungkin bagi Fikri, itu adalah cuma kebetulan bila terjumpa di mana-mana. Tapi bagi aku... Perjumpaan dengan seseorang yang kita cinta itu adalah satu kenangan bagi aku.

Hahaha!

Sudah-sudahlah kau nak ingat 'kenangan lama' kau tu, Hidayah...

He's taken!

But...

I'm single!

Hahaha. Rasa macam hati ni dah tak nak suka siapa-siapa dah. Sebab takut. Takut kalau akan bertepuk sebelah tangan macam sekarang ni lah.

Bertahun lamanya aku tunggu, aku nak jumpa dia, bertahun lamanya aku menanggung rindu... Tapi akhirnya suka bertukar duka.

Mengeluh.

"Haaa, panjang mengeluh dah kenapa?" Dan lagi sekali, Anis mengejutkan aku.

"Waalaikumussalam." Perli aku.

"Ops, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Jawab aku, menggeleng.

"Pahal mengeluh-mengeluh ni?"

"Biarlah, aku malas nak cerita. Pedihhh." Aku capai Samsung S5 ku, nak dengar lagu... Tenangkan fikiran. Aku PMS. Sepatutnya luangkan masa dengan sejadah. Tapi tulah, disebabkan pms ni lah aku tak boleh nak bersujud.

"Lah, dah kenapa?"

"Tak ada apa."

Anis tenung aku. Tak percaya lah tu. Tapi memang wajar pun dia tak percayakan aku. Lagipun, aku ni tak pandang menipu. Daripada riak wajah aku ni, memang payah nak menipu.

"Menipu tak sudah. Aku bukan jenis yang senang tertipu dan ditipu."

"Suka hati kau lah."

Dan lagi sekali Anis tenung aku. Aku hanya buat tak tahu. Lagu Light oleh Ellie Goulding sedang bermain di telefonku. Baik aku buka lagu yang rancak sedikit. Kalau buka lagu sedih? Banjir bilik aku ni nanti.

"Ceritalahhh."

Seperti biasa, Anis memang akan selalu memujuk aku untuk melakukan sesuatu. Tak pun, memaksa. Macam sekarang ni lah. Paksa aku bercerita.

"Aku. Jumpa. Dia." Sepatah-sepatah aku cakap. Pedih!

"DIA? SIAPA?" Aduh, Anis! Soal macam kau tak tahu makna 'dia' tu ditujukan kepada Fikri.

"Capang, Ceplos, Astro, Wifi, Telinga Kuali, Telinga gaja...."

"Wooo wooo, aku tahu kau benci dia, tapi tak perlu senaraikan semua jenis-jenis telinga capang." Anis tergelak.

Tapi aku diam sahaja.

"Okay-okay, sambung."

Aku menarik nafas dalam-dalam. Bismillah...

"Dia dah kahwin." Jangan, jangan! Jangan menangis!

"Hah? Kau biar betul?" Seperti biasa, Anis memang tak akan percaya.

"Betul. Tak tipu dan tak auta." Jawab aku, selamba. Dalam hati ni, bagaikan disiat-siat dengan pisau yang tajam.

"Ish, mana kau tahu?"

"Aku jumpa dia tadi, dekat taman layang-layang masa main dengan Irfan. Lepastu terjumpa Rayhan anak murid aku.. Seorang aje kat situ. Aku pun temanlah dia main layang-layang sama. Bila dah habis main tu, tiba-tiba Fikri datang tegur. Rayhan pergi dekat Fikri, and jerit 'daddy!'. Dalam hati aku, tak tahu nak gembira ke nak kecewa ke marah ke sakit hati ke..." Luah aku.

Air mata ni aku cuba tahankan. Orang kata, hati mesti kena sado!

"Aku tahu kau nak menangis. Lepaskan jelah... Menangislah! Supaya hari lain kau tak akan rasa sedih lagi. Menangis!" Cara Anis gertak aku supaya menangis, memang berjaya.

Setitis...

Dua titis...

Tiga...

Empat...

Laju!

"Hahaha, bodoh kan aku? Cinta pada yang salah." Aku tergelak.

"Ish, kau tak bodoh. Lumrahlah manusia... Nak merasai cinta dan dicintai."

"Tapi... DICINTAI tu tak bagi aku." Gelak lagi.

"Mana tahu... One day, kau akan jumpa jodoh yang lebih baik ke... Allah tu kan maha adil. Adalah tu sebab dia kenapa kau dengan dia.. Ermm." Anis tak jadi nak sambungkan ayatnya. Aku faham sebenarnya ayat dia.

"Aku nak tidur. Esok nak kerja." Ujar aku. Malas nak cerita lebih pasal benda ni. Biarlah...

Let it go.

Lupakan kenangan masa lalu.

Sekarang ni...

Start with a new book!

*************************

"Cikgu Dayah, handsome tak daddy Han semalam?"

Apa punya soalan ni Rayhannnnnnnnn!

"Erm, Rayhan, cuba buat yang ini pula. Cikgu nak tengok." Ujar aku. Malas nak bangkitkan isu pasal orang dah punya hak ni.

"Ok." Jawab Rayhan. Aku menghela nafas. Nasib baik.

Aku memerhati kanak-kanak yang sedang membuat latihan. Sesekali aku pandang Rayhan. Muka Rayhan ni comel.. Tapi.. Langsung tak ada sama dengan Fikri. Cuma, keningnya mungkin diwarisi oleh Fikri.

"Cikgu!" Jerit Rayhan.

"Ya?"

"Daddy tanya, cikgu dah kahwin ke belum?" Soal Rayhan.

"Eh, ni Han yang nak tahu ke.. Daddy Han yang tanya?" Aku kerut dahi. Apa kes Fikri tanya aku macam tu? Dah isteri, dah ada anak lagi!

"Daddy yang tanya..."

"Oh, cikgu belum kahwin lagi lah."

"Ohhhhhhh." Panjang betul 'oh' nya.

"Daddy kata... Cikgu ni..."

"Makcu..."

Belum pun sempat Rayhan ingin melanjutkan bicaranya, aku terus berpaling memandang Irfan yang sedang menjerit nama aku. Suaranya kuat, tetapi seperti...

"Ya Allah, Irfan!"

Aku menangis.

*******************

"Insyaallah, dia akan pulih."

Aku terus berpaling menghadap si empunya suara.

"Eh, Encik Fikri..."

Sudah... Aku dahlah tengah sedih ni. Dahi Irfan berdarah, sebab terjatuh. Dia sebenarnya nak hantar buku latihan kepada aku. Tapi tulah, tersilap langkah, habis terjatuh.

"Tak payahlah awak nak berencik-encik. Fikri je sudah..."

Aku tersenyum. Fikri... Aku rindu! Tapi, aku tak nak tersalah merindui orang lagi. Jadi, rindu, cinta, kasih, sayang, pergilah jauh-jauh! Jangan engkau datang lagi.

"Kenapa awak dekat sini? Tak kerja ke?" Soal aku.

Sebenarnya nak tanya... 'Mana isteri awak? Kenapa duduk sini layan orang? Tak kesian ke dekat isteri, awak pula dok main kayu tiga.'

Haaa, itu yang aku nak tanya!

"Lunch hour. Saya ke sini pun... Sebab... err... Sebab... Haa, sebab Rayhan suruh. Dia kata Irfan pengsan." Jawabnya tergagap-gagap.

Aku cuma menangguk. Malas dah nak cakap lebih.

Diam...

Doktor keluar daripada bilik sakit Irfan. Laju sahaja aku menuju ke arah doktor tersebut. Fikri pun turut bangun sama menuju ke arah doktor.

"Alhamdullilah, Irfan mengalami luka kecil aje. Cuma, saya nak ingatkan, jangan abaikan dia. Dia perlu jaga makan minum dia." Pesan doktor.

"Dia pengsan tadi.. Sebab tak makan ke doc?" Soal aku.

"Yup. Lepas ni boleh ambil ubat, Irfan pun dah sedar." Ujar doktor.

"Baik, terima kasih doktor." Ucap aku. Fikri di sebelah cuma tersenyum apabila aku memandang dia. Senyuman pun berbalas.

"Makcuuu, lapar..." Adu Irfan.

"Alololo, Afan lapar eh? Kita pergi ambik ubat dulu, lepastu kita pergi makan. Cakap je nak makan apa, makcu belanja.." Ada balutan di dahinya. Aku mendukung si kecil itu. Aku cium pipinya bertalu-talu.

"Nak... Erm... Kepci!" Jerit Irfan.

Aku ketawa. "Mana ada kepci, KFC adalah." Aku tergelak lagi apabila melihat wajah cemberut Irfan.

"Atototo diaaa, makcu bergurau ajelah sayang." Aku tersenyum.

Aku berjalan menuju ke kaunter. Ops, tertinggal barang!

"Err, sorry lupa pula ada orang. Hehe." Aku tersengih.

"Haha, it's okay." Fikri senyum.

"Kalau tak kisah... Jomlah makan tengahari dengan kami. Bawa Rayhan sekali." Ajak aku. Sengaja aku ajak Rayhan sama, tak adalah awkward sangat nanti.

"Boleh juga. Rayhan ada dalam kereta tengah tidur.." Ujarnya.

"Ya Allah, Rayhan!" Dia mengucap.

Aku memandang Fikri pelik. Tiba-tiba aje nak gelabah dah kenapa? Aku biarkan sahaja Fikri berlari keluar daripada hospital ini. Nak pergi sampai bila-bila pun tak apa... Jangan jumpa aku lagi dah.

Aku segera mengambil ubat di kaunter ubat. Selesai membayar aku segera keluar daripada hospital. Aku menuju ke kereta Fikri dulu. Baru aku ingat, aku belum ucap terima kasih lagi kepada dia.

"Kenapa terburu-buru sangat tadi?" Soal aku.

"Tertinggal Rayhan dalam kereta. Nasib aircond buka... Fuh..." Fikri menghela nafas, lega.

"Alhamdullilah lah. Err, Fik.. Terima kasih sudi datang hospital ni. Sepatutnya awak pergi lunch, tapi awak..."

"Ehh tak apa. Saya ikhlas. Setakat lunch tu, apalah sangat.. Saya boleh skip makan." Potong Fikri laju.

Aku pula semakin rasa serba-salah. "Err, jomlah lunch. Lagipun tak elok tau lambatkan makan. Kita makan dekat KFC Giant Batu Caves. Saya belanja." Ajak aku sekali lagi.

"Boleh je." Fikri tersenyum.

"Emm, tapi ajaklah isteri awak sekali." Ujar aku tiba-tiba. Tapi memang aku nak pun Fikri ajak isteri dia sekali. Supaya aku boleh lah tengok perempuan mana yang berjaya memikat buah hati aku ni.. Opss, BEKAS!

"Isteri?" Dia kerut dahi.

"Haah, isteri awaklah. Ajaklah dia sekali lagi. Kita pergi KFC dekat sini ajelah. Giant KFC Batu Caves. Saya gerak dulu. Assalamualaikum."

"Ehhh... Jap, jap! Saya mana ada is..."

"Sorry." Aku segera mengangkat talian apabila telefon bimbitku berbunyi.

Sempat lagi aku berpesan kepada Fikri, yang aku nak beredar dulu. Fikri mengangguk, tapi nampak muka macam... Muka hampa. Dah kenapa?

Aku hanya biarkan sahaja. Aku tak nak ambil berat pasal dia. Takut... Takut kalau aku.. Jatuh cinta dengan dia lagi! Walaupun perasaan cinta tu ada lagi, tapi aku sedang berusaha untuk membuang perasaan itu, bukannya makin tumbuh perasaan tu...

******************

Bab 3, insyaallah esok :D

No comments:

Post a Comment