Cerpen : Ku Kunci Namamu Di Hati 1

By Nur Hidayah


Aku yang mula-mula duduk senang bersama seorang kakak senior bersama Mastura, kini sudah tidak senang duduk. Sudahlah aku berada di tengah-tengah, sebelah kanan aku sudah ada seorang lelaki senior.

Itu, okay lagi...

Tapi bila, ada seorang lagi lelaki yang duduk sebelah kiri aku... Memang sudah tak senang duduk. Tersepit di tengah-tengah. Lagi-lagi kalau yang sebelah kiri aku ni, orang yang aku...

Ehem, pehe-pehe kan je lah.

Dok pehe, boddo. Haahaha!

Aku yang tadi hyperactive, kini jadi tunggul. Duduk diam aje tak bersuara. Kalau boleh... Aku nak cabut lari masuk dalam bawah tanah! Malu beb! Orang sebelah kiri aku, aku buat tak endah. Kalau boleh, sebenarnya nak aje pandang dia sampai bila-bila. Hahaha...

Aku duduk pandang bawah sahaja. Malas mahu menyampuk bila senior sedang bercakap. Tapi budak sebelah kiri aku ni... Diam aje. Aku ternampak dia sedang mencapai kertas jadual, yang ditulis oleh aku.

"Cantik gila tulisan..."

"Gila cantik tulisan..."

"Ni tulisan orang ke, tulisan apa ni?"

Aku yang mendengar pujian mamat di sebelah, kembang-kempis hidung aku. Kalau boleh, badan ni pun nak kembang sama. Gila kau... Pujaan hati memuji kot!

"Tulisan siapa ni?" Soal dia.

"Tulisan budak sebelah kau." Jawab kakak senior aku, sebaya dengan SI DIA.

Aku sudah mula tak senang duduk, lagi. Tadi dah tak senang duduk, sekarang ni makin bertambah tak senang duduklah aku bila dia dok khusyuk tenung aku.

Sesaat...

Dua saat...

Tiga saat...

Empat saat...

Lima saat...

"Ehem, ehem." Okay, disebabkan si Mastura dok 'ehem-ehem' tu, si DIA pun dah berhenti tengok muka aku. Kalau tak, boleh lah lama-lama sikit dia dok menilik muka aku. Haha! Gatalnya kau, Hidayah...

"Oi!"

"Oi!" Aku melatah.

Anis ni... Kalau sekali nampak aku tengah berangan, memang takkan lepaskan 'peluang' dia tu, nak juga terkejutkan aku. Suka sangat dengan kerja dia tu. Benci.

"Again and again, berangan." Anis menggeleng.

Aku tersengih.

"Kau fikir apa, ha?" Soal Anis.

"Haha. Nothing." Aku mencapai novel yang berada di dalam rak bilik aku.

Fuh! Rak dalam bilik aku ni, kalau buat jual... Kaya kot! Novel berlambak. Ni baru aje dekat rumah sewa... Belum masuk lagi dekat rumah mak dan ayah, rumah mak saudara, rumah sepupu lagi...

Novel aku berlambak sangat dekat rumah itu, rumah ini pun sebab aku ni rajin sangat dok angkut novel dua tiga buah. Lepastu bila balik, lupalah nak bawa novel tu balik...

"Teringat first love ke?"

"Uish, mana adaaaa." Aku menafikan.

"Mata bundar kau, tak pandai menipu, Hidayah." Anis tersenyum.

Sukalah tu... Tekaan dia betul.

"Yelah-yelah." Mata aku pandang atas, gaya menyampah.

"Kalau rindu, carilah." Ohoiiii, senangnya jawapan.

"Ingat senang ke? Lagipun, aku rasa dia dah kahwin sekarang ni." Novel yang aku baca tadi, kini dipandang sayu. Bukan sebab cerita tu sedih, tapi hati ni...

"Mana tahu? Entah-entah sekarang ni dia tengah kerja je, makwe pun tak ada lagi." Anis berkata dengan yakin.

"Yakin sangat kau ni..." Aku menggeleng.

"Firasat aku, selalunya betul." Anis tabik dada.

"Banyak lah kau." Aku baling bantal ke muka Anis. Anis tergelak.

"Haha. Kau jadi ke, kerja esok?" Soal Anis. Telefon Iphone 5s nya dari tadi tak lepas-lepas. Dan aku perasan yang ada sahaja mesej yang masuk.

"Haruslah jadiiiii, that's my job that I love and I want to do since I was forteen tauuuu." Aku tersengih.

Tapi memang betullah, masa umur aku empat belas tahun, aku memang suka gila nak jadi doktor. Tak tahu sebab apa, tapi itulah yang aku mahukan. Tapi, lepas SPM aku memang nak gila-gila cari kerja. Adalah satu kerja ni... Sampai sekarang aku buat lagi.

Asal cuti sem je... Aku mesti buat kerja ni... Tak kisahlah, cuti minggu sekalipun, memang aku akan kerja ni jugak... Sebelum dapat jadi doktor, biarlah aku jadikan satu kenangan sebelum menjadi doktor.

"Eh, aku nak tanya soalan ni dah lama dah."

"Soalan apa?" Aku kerut dahi. Soalan apa yang Anis nak tanyakan ni?

"Kau tak penat ke.. Buat kerja, lepastu jadi student dalam masa yang sama? Penat kot.. Kau kena ingat, nak jadi doktor, ambil course medic ni, tough gila tau. Bukannya ringan-ringan. Aku takut kau penat aje, lepastu kalau banyak sangat berfikir boleh pecah otak tau."

"Janganlah kau risau Nis, aku suka dengan kerja aku yang sekarang ni. Lagipun, lepas buat kerja tu... Aahhhh, tenangnya!"

Dan, untuk keberapa kalinya, telefon Anis berbunyi lagi menandakan mesej masuk. Aku angkat kening. Anis yang seperti faham dengan soalan aku, terus tersengih.

"Ikhwan call lah, hehe."

"Angkat lah, aku buat pekak aje." Aku tersengih. Dan-dan juga aku capai headphone di atas meja dan letakkan di telinga. Yelah, buat pekak ajelah bila Anis dan Ikhwan sedang bergayut.

Macam best aje bercinta... Aku ni, daripada tingkatan satu sampai sekarang, masih bertepuk sebelah tangan... Hailahhh awak, apa awak buat sekarang ni? Mesti tengah bahagia dengan awak punya teman suka sama suka tu kan?

Hahahaha, berfeeling pulak lah aku ni...

********************

"Cikgu!"

"Makcu!"

Dua kanak-kanak lelaki umur empat tahun berlari ke arah aku. Aku pandang mereka pelik. Tetapi tangan aku laju sahaja mencapai mereka yang seperti mahu memeluk aku. Peliknya, masing-masing menangis dah kenapa?

"Makcu, dia curi pensel Afan!" Irfan, anak buah aku mengadu bersama tangisan.

"Tak, cikgu! Han pinjam je.. Lepastu terpatah." Rayhan pula, anak murid didikan aku. Ceh!

"Dah tu, kenapa menangis?" Aku soal mereka lembut.

Ya, kerja di tadika aku sekarang ni sementara menunggu cuti sem habis.

"Afan marah Han!" Jerit Han.

Mata aku pandang ke muka Irfan. "Afan, betul ke Afan marah Han?"

"Afan marah sebab dia curi..." Irfan menunduk.

"Tak, Han tak curi cikgu!" Jerit Han lagi.

"Sudahlah, Han, Afan... Pasal pensel ajepun. Minta maaf cepat." Arah aku.

"Tak nak!"

"Nanak!"

Haha! Haiiilahhh, anak buah aku ni. Yang si Rayhan okay aje sebut tak nak, yang anak buah aku si Irfan ni pula sebut tak nak jadi nanak. Manja dan comel aje suaranya...

"Cepat... Minta maaf, kalau tak cikgu tak nak belanja aiskrim dah." Ugut aku. Haha! Dengan budak-budak kecil ni... Aiskrim ajelah untuk aku pancing mereka. Ceh!

"Ahhh, tak nak lah macam tu cikgu... Nanti, Han dah tak boleh makan aiskrim dah..."

"Haah, Afan pun sama... Daddy dahlah kedekut!" Irfan tarik muncung sedepa. Aku tergelak. Aduhlah abang aku ni. Dah ada anak pun masih kedekut ke?

"Kalau nak aiskrim, minta maaf cepat."

"Han, Afan minta maaf."

Han tersenyum. "Han pun minta maaf jugak."

Salam bersambut. "Good boy... Dah-dah jangan menangis, tak comel dah tauuu."

Mereka tersenyum. Sejuknya hati pandang mereka berdua ni tersenyum. Baru aku perasan, adegan tadi sebenarnya ada ramai penonton rupanya, tapi rata-rata penonton mereka semuanya bawah umur. Hahaha...

"Cakap dengan cikgu, nak aiskrim apa?"

"Coklat!"

"Vanila!"

Aku tergelak.

"Okay... Siapa nak aiskrim, angkat tangan!"

Aku soalkan kepada semua muridku di dalam kelas tersebut. Tak acilah kan kalau belanja Han dengan Afan je... Kesian yang lain-lain. Aku tersenyum. Kadang-kadang, terasa juga nak ada anak sendiri, ecehhhh!

*******************

"Hidayah ni, bila nak kahwin? Hidayah dah dua puluh tiga tahun." Seperti biasa, mak mesti membebel walaupun di dalam telefon.

Tapi sekarang ni... Face to face, bukannya dalam talian. Jadi, kalau dah face to face tu kan, berjam-jam jugalah aku kena dengar hujah mak. Maklumlah, face to face tak ada kredit yang digunakan.

"Orang nak study dululah mak..."

"Hang tu perempuan..."

"Yalah, perempuan pun perlu study apa."

"Kang mak jodohkan hang dengan Daniel, baru tahu."

Aku yang dari tadi malas mahu mendengar mak membebel, kini bulat mata aku memandang mak. Tepat ke arah mata bundar mak. Mata bundar mak diwarisi oleh aku.. Ceh!

"What, Daniel?! NO WAY LAH." Kepala aku gelengkan, tangan aku gawangkan ke kiri dan ke kanan.

Daniel? Gila, tak nak! Dia tu aku rapat daripada kecil. Banyak masa yang aku luangkan bersama dia. Lagipun, kebanyakan minat aku dengan Daniel sama... Jadi, rasa macam tak.. sesuai. Jadi, Daniel aku reject!

"Zulkarnain?"

Makin bulat mata aku pandang mak.

"Dia?!!! TAK NAK!" Laju sahaja aku membantah.

Kahwin dengan budak tu? Sepupu aku? Ish, tak tak tak! Aku dengan Zulkarnain dah macam adik-beradik... Tak sesuai untuk jadi suami dan isteri. Jadi, Zulkarnain pun... Aku REJECT!

 "Dah tu? Budak bujang sebelah ni jelah..." Mak tersengih.

"Erk?! Lagi lah tak mauuu." Aku gelengkan kepala laju. Memang tak setuju sangat dengan cadangan mak tu. Gila apa nak kahwin dengan bujang tua? Memanglah handsome... Tapi tak sesuai dengan aku... Aku dua pula tiga tahun, dia dah nak dekat lima puluh.

Tak, tak, tak!

"Senang, ayah kahwinkan dengan anak kawan ayah." Ayah bersuara.

"Ish, tak nak!!!" Aku menjerit lantas terus berlari masuk ke dalam bilik.

Apa ni? Semuanya nak cerita pasal kahwin, kahwin, kahwin! Masa abang aku belum kahwin dulu, tak adalah pula nak bising-bising. Lagilah... Abang kahwin umur tiga puluh lebih kot.. Tak bising lah pula.

"Boleh aku masuk?" Soal abang aku yang kedua, Ashraf.

"Masuk jelahhh, tak adalah halangan pun."

Ashraf mengambil tempat di sebelah aku. Anaknya yang masih sebelas bulan digendong dan dipaskan kepada aku supaya mendukung anaknya. Aku hanya menurut. Lagipun, aku memang suka gila gila dengan budak-budak.

Ohooo, tapi budak baik jelah. Budak jahat, kirim salam!

"Dah kenapa senyum sorang-sorang?" Soal aku.

"Ada ciri-ciri keibuan." Ashraf tersenyum lagi.

"Well," Aku tabik dada, hahaha terbajet pulak.

"Bilik ni... Still sama macam dulu, kan?" Soal Ashraf sambil memerhati keadaan sekeliling bilik tersebut. Aku juga turut ikut memerhati sekeliling bilik aku.

"Memanglah, kenapa?"

"Kalau bilik ni seperti dulu... Maknanya kau suka dia lagi lah kan?"

Goose bumps!

Tekaan tepat.

Jangan Ashraf tanya aku... Sebab tulah tak nak kahwin sampai sekarang kan? Haaaa, jangan...

Aku mengangguk perlahan. Feeling gila harini. Rasa nak menangis pun ada. Aku pandang anak buah aku yang baru dilahirkan ni. Wajah ni, buat aku teringat dekat dia... Even muka langsung tak sama.

"That's why kau tak nak kahwin, kan?"

Goose bumps, again!

"Aku dah kunci nama dia, dalam hati aku..." Luah aku.

Memang daripada dulu lagi, aku memang lebih rapat aku abang kedua aku. Jadi, segala cerita aku ceritakan dekat Ashraf. Termasuk cerita SI DIA pun, aku ceritakan juga. Sebab tulah, Ashraf tahu aku suka siapa...

"Kau masih cintakan dia?"

Aku angguk.

"Then, find him."

"Tapi, macam mana?"

"Use your brain. I can't tell you, because it's your story, not me."

"Uishhh, tapi tolonglah sikit." Aku menggeleng.

Mentang-mentang ni cerita aku.. Kau tak nak tolong pula!

"Memang tak. Tapi aku percaya, dia masih ada dekat sini, and he's still single."

"Tapi... Aku rasa dia dah kahwin. Dia kan dengan..."

"Shhhhh, percaya dengan Allah. Kau dah doakan kau dengan dia siang dan malam. Yakin sahajalah."

"Hemmm."

"Okay, bak mai balik my lovely son.. Atototooo diaa, ngantuk eh?"

"Wow, so sweet." Aku tersengih. Sweet gila abang aku layan anak dia. Dengan aku, part sweet tapi muka masih masam!

"Anak aku, of course lah."

********************

"Makcu! Kenapa makcu balik awal sangat semalam? Tak sempat nak ajak main sama..." Irfan berkata dengan nada merajuk.

"Alololo, merajuk pulak dia... Makcu ada kerjalah sayang.." Aku memujuk Irfan. Biasalah Irfan, memang manja sangat dengan aku. Dulu masa dia kecik-kecik, aku yang selalu jaga dia selain daripada ibunya.

Irfan melentokkan kepalanya ke bahu aku. "Makcu... Tu Han kan?"

Mata aku kecilkan, memandang Rayhan.

"Haahlah, tapi kenapa dia sesorang je dekat taman ni? Bahaya lah..." Aku mendukung Irfan dan terus ke Rayhan yang berseorangan.

"Rayhan... Kenapa duduk seorang ni?" Soal aku, prihatin.

"Rayhan nak main layang-layang..." Rayhan buat muka sedih.

Aku yang tengok muka sedih si Rayhan ni pun, terasa macam nak menangis. Haiiilahhh air mata, senang betul kau nak gugur sekarang ni. Kalau dulu... Punyalah susah.

"Mana mak dan ayah Rayhan?"

"Tak tahu..."

Aku tersenyum. Cuba menggembirakan Rayhan. "Okaylah, Rayhan nak main kan? Jom kita main!" Ajak aku penuh ceria.

Melihat senyuman Rayhan, aku kembali lega.

Aku, Irfan dan Rayhan masing-masing ketawa gembira apabila melihat layang-layang superman milik Rayhan sudah pun terbang di awan.

"Aloooo, dah tersangkut." Irfan mengadu.

"Hm, tak apalah. Jomlah kita balik. Emmm, Rayhan mana mak dengan ayah Rayhan?" Soal aku sekali lagi.

"Assalamualaikum... Maaflah saya tadi ada kerja sikit.." Tegur seorang lelaki.

Suara itu, aku tak berapa nak cam sangat. Aku palingkan muka. Pasti ini adalah ayah kepada Rayhan. Kalau tak, mana mungkin dia nak minta maaf dekat aku, kan?

"Waa..."

Him or not him?

And the true is, HIM!

"Fikri..."

"Daddy!" Jerit Rayhan lantas memeluk kaki Fikri.

Daddy?

Betullah jangkaan aku... Dia dah bahagia! Alhamdullilah, aku akan bahagia bila tengok kau bahagia, Fikri...

"Hidayah?"

Aku angguk. Rupanya, selama ni dia kenal aku rupanya. Tapi, itu semua dah tak bermakna kalau dia sudah bahagia, dah ada anak lagi.

"Daddy, laparrr." Adu Rayhan.

Aku tersenyum. Cuba mengusir rasa sedih dan kecewa dalam hati.

"Anak ke?" Soal Fikri.

Aku tersenyum. "Anak buah. Irfan." Aku kenalkan anak buah aku kepada Fikri.

"Salam uncle." Arah aku kepada Irfan. Irfan hanya menurut.

"Cute." Puji Fikri.

Aku tersenyum. "Balik dululah." Ujar aku.

Aku ingin segera beredar dari situ. Aku dah tak boleh tengok dia dan sepatutnya tak payah tengok dia langsung kalau dah sakit macam ni! Tapi, apa nak buat... Ketentuan Allah.

"Eh, wait."

"Yes?" Aku berpaling, menghadap Fikri.

"Ermm, tak ada apalah." Dia terus tak jadi cakap.

Aku pula... Perasaan dah bercampur baur. Gembira? Mestilah gembira bila dah jumpa dengan dia lepas bertahun lamanya aku menanggung rindu. Kecewa, sakit hati? Lagilah ada bila dapat tahu anak murid kesayangan aku ialah... anak dia sendiri. Kecil sungguh dunia ni...

"Orang balik dulu, assalamualaikum. Byee, Rayhan..." Aku lambai tangan ke Rayhan.

Irfan dah Rayhan pun lambai tangan sama. Aku pula semakin jalan laju. Malas dah nak pandang belakang. Biarlah aku jumpa dia untuk kali terakhirnya...

Pergilah kau jauh-jauh! Pergilah Fikri...

Kau dah bahagia...

Aku bahagia bila tengok kau bahagia, Fikri......

***********************

Oit-oit, sabar dulu... Belum tamat lagi. Hahaha.

No comments:

Post a Comment