Cerpen : Bulan dan Bintang

"Uhuiiii, mahalnya." Aku menggeleng.

"Ya Allah, mahu pokai duit kau ni." Aku menggeleng lagi.

"Masyaallah, Ya Allah. Kau ni, aku suruh pilih tu, pilih ajelah. Setakat RM5000, tak luak kot." Abang berbisik.

"Berlagaknya! Sekali Allah tarik harta kau, baru tahu." Aku menggeleng kepala dengan tingkah laku abang.

"Dengan kau aje, aku berlagak." Abang tersengih.

"Ya cik, nak beli apa?" Tegur seorang lelaki. Tak.. Tak, mamat.

Dan dan juga aku memerhati dan menilik wajah mamat tersebut. Hm.. Not bad. Keningnya tebal, mata bundar, hidung kembang tetapi masyukkk, mulutnya boleh tahan. Ceit, apa kes aku ni?

"Nak beli sayur," Aku menjeling, dah tahu. Pi tanya aku lagi, haa, ambiklah jawapan berani mati aku!

"Dik, dia tanya hang elok-elok kot, jawablah elok-elok." Abang menegur. Abang berbisik.

"Uish, yelah. Menyampeehhh." Aku menjeling. Aku juga turut ikut berbisik seperti abang.

"Saya nak pilih cincin, untuk tunang si dia." Jari telunjuk aku menuding ke arah abang. Bulat mata abang memandang jari aku.

"Ohh, ingatkan nak beli sayur." Ceit, perli aku pula!

Aku menjeling, sedas. Dan dia hanya tersenyum, manis lagi.

Boleh tak, kalau aku nak tanya... Kau ada perasaan ke tak? Aku ni punyalah berkasar dengan dia, dia pula boleh aje tersenyum. Hati batu ke apa?

"Kedai ni, awak punya?" Soal aku. Kening aku angkat sebelah.

Dia tersenyum. "Yup,"

"Oh, bila buat bisnes?" Soal aku lagi.

"Almost one year," Balasnya tenang.

Abang yang berada di sebelah, menjeling. "Dik, kau jangan tanya dia macam dia tu penjenayah."

"Eh, tanya aje pun." Mata aku pandang atas, gaya menyampah.

Boleh tahan juga kedai si mamat depan aku ni. Kedai jual barang kemas aje pun, tapi gaya macam dah dalam istana. Memang sah lah, mamat ni orang kaya. Oh, ya jap! Ada lagi soalan aku nak tanya.

"Ni hasil titik peluh ke, hutang?" Oh, mulut! Kau memang tak pandai simpan dalam hati Darlina... Kalau simpan aje, mesti akan meletop. Keluar juga soalan yang bermain dalam fikiran aku.

"Alhamdullilah, hasil titik peluh saya selama ni." Dia tersenyum lagi, lagi dan lagi.

"Aku tampar kau kang, soalan tu jangan sampai buat orang lain sentap lahhh." Abang berbisik.

Dan aku cuma mampu tersengih dan membuat isyarat 'macam-lah-kau-tak-kenal-adik-kau-yang-come-lote-ni'

Mata aku yang dari tadi asyik dok menilik mamat di depan ni, kini menghadap pula ke cincin perkahwinan. Di depan aku ni, semuanya boleh buat aku nak beli semua. Macam-macam bentuk dan corak ada. Ada bentuk diamond di tengahnya. Ada juga rounded-edge ring diamond, high domed dan flat ring. Semuanya ada permata-permata kecil yang menghiasi cincin-cincin tersebut.

"Rambang matalah," Ujar aku, tiba-tiba.

"Pilih aje lah. Kalau kau nak pun, tak apa. Aku belikan."

"Biaaaaaarrrr beeeetuuulll?" Bulat mata aku pandang abang.

Melihat anggukan abang, aku terus mencapai rounded edge ring untuk aku dan high domed diamond untuk bakal kakak ipar aku. Alang-alang abang kasi 'can' tu kan, aku ambil dua sekaligus untuk aku. Hahaha!

"Kau yang kahwin ke, aku kahwin ni?" Soal abang. Keningnya diangkat gaya double jerk.

"Haruslah kau. Tapi kalau kau kahwin pun, bukannya kau yang pakai cincin-cincin ni kan..." Aku memerli.

Selesai sahaja menyatakan ukuran saiz cincin dan bentuk serta corak cincin, abang terus ke kaunter untuk membayar gelang dan rantai yang aku beli. Bak kata abang, tak luak pun RM5000 dia kan... Sekali aku beli... Hah! Hamek kau, beribu-ribu harganya. Cincin yang ditempah, dah siap baru bayar. Hahaha. Aku sendiri pun confuse, aku yang kahwin ke abang aku yang kahwin?

It seems like...

Aku yang kahwin!

"Anything else, you guys can call me anytime." Ujar mamat tadi secara tiba-tiba.

Aku yang terpinga-pinga, perlahan sahaja memandang dan mencapai kad yang dihulur oleh mamat tadi. Was-was juga nak terima kad dia. Tapi hati meronta-ronta nak ambil kad tu nak tengok nama dia apa...

Tapi pada masa yang sama, aku pun pelik. Tak boleh ke hulur kad ni dekat abang aku? Kenapa mesti hulurkan dekat aku? Ah, sudah! Tak payah fikir sangatlah.

Kad yang aku ambil tadi, aku pandang sekilas. Hm... Mr. Nazim Ahmad Bin Datuk Othman...

Nama dan sedap, kenalah dengan muka.... Ceit, apa aku ni?

"Dah! Cepatlah! Lepas ni nak beli barang hantaran pulak." Abang terus menarik tangan aku. Nasib baik juga aku sempat mencapai handbag aku. Kalau tak, menangis tak berlagu aku kalau tak ada phone dalam tangan.

Sempat juga aku berbalas senyuman dekat Nazim. Ops, mamat! Hahaha!

*******************

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"SAH!!!!" Ops!

Aku menekup mulut aku dengan tangan. Inilah akibatnya apabila terlalu teruja apabila mendapat kakak ipar yang terlampau baik hati. Sepatutnya orang yang cakap 'sah' , tapi aku pula yang terlebih 'sahkan'.

Bergema masjid itu dengan ketawa dengan perangai aku. Kecuali ibu dan ayah. Mereka menjeling dekat aku rupanya. Mana taknya, buat malu mereka sahaja dengan perangai aku ni.

Cuma... Ada sesuatu suara yang kurang enak di telinga aku ketika ni. Suara macam pernah aku dengar. Abang berbual dengan... Aku terus pandang belakang.

Nazim!

Bila pula abang jemput dia? Lagi pula, ni majlis nikah kot, bukannya wedding.

Dan, dan.. Lagi satu, bila pula abang rapat dengan Nazim ni?

"Lina!!!" Jeritan ibu, aku terus tak jadi melangkah untuk bertanyakan soalan kepada abang dan Nazim. Biasa lah aku, kalau tak puas hati, memang akan ditanya punya lah.

"Ye, ibu."

"Cepatlah siap, nanti kang baru pengantin pulak siap. Kita dah tak ada masa dah ni." Arah ibu.

"Eh, pengapit dengan pengantin sama-sama siaplah, baru fair and square. Pengapit pun nak melawa juga." Mata aku kerdipkan ke arah ibu, buat gaya comel.

"Banyak hang punya comei. Hang tu takat pengapit ja, bukannya pengantin. Dah, dah! Banyak cerita pulak dia." Tudia, sekali marah keluaqqq habieh ibu punya utara.

"Tulah buuu... Lain kalau buat lagi wedding lepas nikah. Kan dah rushing."

"Banyak songeh hang. Ni majlis abang hang, yang hang dok sebok pot-pet-pot-pet tu pasai apa? Abang hang dok tak kata apa-apa pun." Ibu juih bibir.

"Yelah bu, ibu menang." Aku mengalah. Kalau bertekang lidah dengan ibu, mana pernah menang. Lagi-lagi bila ibu keluar bahasa utara dia, lagilah aku kalah.

*********************

"You're so fake tonight."

Aku baru sahaja mahu menanggal semua segala make-up di muka aku, tiba-tiba sahaja ada seorang mamat menegur. Siapa lagi...

"Waalaikumussalam." Aku perli.

"Ehem." Nazim berdehem. Menahan malu letew.

"Awak kata apa tadi? FAKE? F-A-K-E? FAKE? Eh, sorry sikit! Ingat saya nak ke makeup tebal-tebal macam badut? Naik lori lah kan. Ingat saya suka ke pakai bedak satu lori ni? Buat semak muka je kot. Lagi satu, mak andam tu yang degil sangat, banyak kali saya bantah, tapi dia nak jugak buat. Hish!" Aku luahkan segala yang terbuku dalam hati.

"Sebab tu lah saya suka awak."

"Eh? Ulang balik?"

"Eh tak. Ehem. Maksud saya, saya tak suka perempuan yang pakai bedak satu lori. Haha." Nazim gelak. Tiba-tiba je. Apa yang lawaknya?

"Ha-ha-ha. I don't see any jokes there." Aku turut gelak, tak ikhlas seperti Nazim.

"Ehem. Sihat?" Aku tak paham betul mamat sebelah aku ni. Daripada tadi asyik-asyik berdehem, dok ehem-ehem! Lepastu, tanya soalan macam dia tak jumpa aku langsung.

Eh, cik abang! Yang dok terpacak kat sebelah kau ni.. Bukan ke namanya sihat? Kalau tak sihat, dah lama aku terlantar dalam hospital.

"Alhamdullilah, sihat." Balas aku. Kita layankan ajelah dia punya soalan ting-tong tu kan.

"Oh, ya!" Aku petik jari. Nazim melangkah ke belakang setapak. Terkejut mungkin.

"Ops, sorry." Aku tersengih.

"Saya nak tanya sikit ni." Aku memulakan bicara, dengan penuh berhati-hati.

"Ya, silakan."

"Awak dengan abang saya... Ada apa-apa ke? I mean, kawan rapat?"

"Erm..."

Aku menanti dengan penuh tanda tanya. Lambat betul dia ni bagi jawapan yang dah lama terbuku di dalam fikiran aku sekarang ni.

"Bakal abang ipar."

"Ehh?!!!"

"Saya tanya, kawan rapat ke.."

"Bakal abang ipar." Dia gelak. Dahlah potong cakap aku tadi.

Jap, jap! Aku tak salah dengar rasanya. Dua kali kot dia ulang ayat yang sama. Telinga aku belum pekak lagi. Nak kata tak korek telinga... Ish! Aku ni bukan pengotor orangnya.

"What do you mean by..."

"I'm your future husband."

"Haha. It's a joke, right?" Aku gelak. Cuba mengusir rasa gundah dalam hati.

Kalau betul... Ish... Takkanlah dia pun ada perasaan sama macam aku kot. Baru pertama kali jumpa, dah falling in love. Tak kott... Mungkin sahaja cuma bergurau. Dan tak mungkin dia nak jatuh cinta dengan aku dalam masa sehari. Eh, ni bukan cerita novellah.

"Deadly serious." Haa, sudah. Siap berdeadly lagi tu.

"Bila?" Sepatah perkataan yang keluar.

Aku harap dia faham dengan pertanyaan sepatah aku tu. Maklumlah, aku tak pernah suka sesiapa, kecuali mamat sebelah aku ni. Bercinta lagi tak. Jauh sekali.

"First day we meet."

"Aduh, sakit perut!" Aku mengaduh.

"Darlina, are you okay?" Soal Nazim, prihatin.

"Okay - okay. Saya masuk dulu. Sakit sangat ni!" Muka aku berkerut menahan kesakitan.

Terus sahaja aku masuk ke bilik. Kalau duduk di ruang tamu, nahas aku jumpa si Nazim. Baik aku masuk bilik terus. Tak adalah aku nak menghadap muka Nazim ke.. Abang ke.. Ibu mahupun ayah. Daripada bawah lagi aku dah boleh agak, mesti ibu nak tanya aku apa yang aku bualkan dengan Nazim. Tak pun nak tanya aku, kenapa terburu-buru sangat sampai tinggalkan Nazim macam tu aje.

Aku kan sakit perut... Sebab tu lah tinggalkan dia.

Eh, tak! Aku tak sakit perut pun...

Tapi disebabkan oleh si Nazim dok confess dekat aku, tu yang aku dok rasa berdebar lain macam. Kalau dia tak confess, sampai besok pun aku boleh layan dia.

Tapi, tengok kalau jantung aku belum gugur lagi.

Ish, sampai esok apanya... Haram!

"Ahaa! Berangan." Hani, kawan classmate aku di kolej menerjah aku.

"Uish, beri salam dulu lain kali." Aku menjeling.

"Kau ni, apahal tak happy ni? Dah dua minggu abang kau kahwin, dua minggu jugak kau murung tau." Hani mengambil di sebelah aku. Di katil aku.

"Ish, apa yang tak happynya." Aku gelak.

Makin pelik Hani pandang aku. "Tipu."

"Betullah." Aku juih bibir. Memang aku tipu pun, Hani oi. Hm...

"Kau ada masalah cinta, kan?"

Oh, Hani! Kau memang pandai dalam bab meneka hati dan fikiran orang. Sampai aku pun pelik, ilmu apa yang Hani guna? Semua yang dia teka, semua betul.

"Diam, maknanya betullah tu."

"Ish, yelah aku mengaku."

"Uiks, sejak bila kawan aku pandai bercinta?"

Kan aku dah kata, aku memang tak pernah bercinta. Sampai aku tangkap cintan dengan Nazim pun, Hani tak percaya. Mana nak percaya kalau aku ni hati batu. Kononnya dulu tak nak bercinta sebelum bekerja. Tapi, sekarang?

"Sejak aku pergi cari cincin untuk isteri Abang Az lah."

"Then, apa kena mengena ni? Can you please tell me from A to Z?"

"Alah, dia tauke kedai cincin. Lepastu, aku tangkap cintan dengan dia. Haa, dah habis." Segera aku menamatkan cerita aku. Malas nak panjangkan.

Sakit hati.

Mana taknya.

Haritu dok confess dekat aku, tapi lepas dua minggu ni, hilang entah ke mana! Entah-entah, haritu dia bergurau je. Lepastu, sekarang ni tengah syok dengan awek barunya.

"Amboi, cepatnya habis. Then, apahal kau sedih melebih ni?" Soal Hani.

"Dia confess dekat aku."

"Perlu ke kau bersedih?"

"Tak... Tapi, dia hilang macam tu je kot."

"Kau rindu dia lah ni?"

Aku angguk.

"Aku rasa, dia dah ada makwe lain."

"Uishhh, kau ni. Think positive. Mana tahu dia bekerja ke, ataupun dia busy gila-gila tak pun dia tengah ada dekat luar negara, kata tauke kedai emassss..."

"Tak semestinya, TAUKE kena pergi luar negara."

"Manalah tahu..."

Tapi, betul jugak cakap Hani. Dia kan tauke kedai emas, mestilah busy memanjang. Tak semestinya bos, duduk lenggang kaki, angkat kaki atas meja. Berlenggang. Tak semestinya. Ada juga bos yang kena angkat kaki, kena gerakkan kaki. Buat kerja. Tak semestinya kuli je yang buat kerja.

"Kau kan ada nombor dia..." Aku berkata-kata dalam hati.

"Aku tahu, kau nak call dia..." Hani bersuara, kemudian tersenyum senget.

"Tahu-tahu aje.." Aku terus capai handbag aku. Nak ambil kad Nazim yang haritu dia bagi masa dekat kedai milik Nazim.

"Okay, aku tak nak kacau orang bercinta sedang berdating. Goodluck, babe!"

Aku tak lengahkan masa. Terus sahaja mendail nombor Nazim.

Penuh bersabar aku menanti supaya Nazim angkat call aku...

Klik!

Aku tutup semula, tanpa menunggu Nazim angkat call aku. Sebenarnya, aku memang nak sangat call dia. Tapi masalahnya, tak ada kekuatan yang kukuh untuk aku bercakap dengan Nazim. Kang gugur jantung ni...

Eh, dalam telefon aje pun!

Yelah, tapi masalahnya, nak cakap apa?

Sekali Nazim dah angkat call aku, tiba-tiba aku diam tak kata apa-apa.

You said you love me,
I said I love you back.

What happen to that,
What happen to that.

Lagu Selena Gomez, Love Will Remember bergema di telefon Samsung S5 milik aku. Nak angkat ke tak? Kalau angkat, nak cakap apa? Kalau tak angkat, menahan rindulah pula.

Ehemm...

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Diam.

Aku mencari kekuatan untuk bersuara. Sempat lagi aku merenung bulan dan bintang. Ya, selama dua minggu ni, bulan dan bintang sahajalah aku tenung untuk melepaskan rindu kepada Nazim.

"Saya..."

"Saya...."

Gelak. Tak sangka pula, sama-sama bercakap apabila semua telah diam.

"Awak dulu." Ujar aku.

"Buat apa?" Tanya Nazim.

"Tengok bulan dan bintang."

"Oh, same with me."

Gelak.

Dan, kembali diam.

Habis kredit macam ni, kalau semuanya diam!

"Ehem!" Nazim berdehem.

"Nazim..." Panggil aku, meleret.

"Ya?"

"Mana awak?" Tanya aku. Terus aku tampar mulut aku. Sungguh, tak sayang mulut aku ni!

"Hmm, rindu eh?" Dia gelak. Aku cuma tersenyum dan mengangguk. Tak jawab soalan Nazim, malu!

Dia gelak lagi. "Saya dekat Amsterdam, jauhhhh."

"Buat apa?"

"Kerja dekat sini."

"Kerja apa?"

"An engineer."

"Ya Allah! Apa lagi yang saya tak tahu pasal awak?" Soal aku.

"Banyak. Kalau awak tahu daripada awal, mesti awak jatuh cinta dengan saya."

"Haha, banyaklah awak." Aku gelak.

"Ehem." Nazim berdehem lagi. Aku rasa Nazim ni, kalau berdebar mesti berdehem. Haha!

"Awak terima saya tak?"

"Terima apa?" Soal aku, buat-buat tak tahu.

"Pinangan saya lah."

"Eh, ibu saya tak bagi tahu apa-apa pun?" Aku tersenyum.

"Eh, la yeke.. Kantoi lah." Dia gelak.

"Haha. Saya gurau jelah."

"Ish, awak ni suka sangat main-main tau." Dia gelak. Aku pun gelak sama.

Diam lagi...

"Sebenarnya saya dah lama tunggu awak call saya..." Ujar Nazim.

"Eh, kenapa awak yang tak call saya dulu?" Soal aku. Sebenarnya nak tanya.... Kenapa awak hilangkan diri lepas dua minggu daripada majlis abang saya? Itu yang aku nak tanya sebenarnya...

"Saya tak ada nombor awak." Dia mengeluh.

"Oh..."

Diam lagi...

Aku tak faham kenapa perbincangan kami banyak diam.

"Awak..."

"Ya?" Aku menyahut.

"Jom kahwin?"

Wooahh, tak romantik langsung bila lelaki ajak perempuan kahwin dalam telefon. Tapi, untuk jawapan Nazim tu... YES!

Aku hanya diam. Bukannya diam tanda aku tak tahu nak cakap YES or NO. Tapi diam bagi aku, ialah tanda aku setuju.

"Awak?" Nazim panggil aku.

"Ya?"

"Awak nak tak kahwin dengan saya? Lepas saya balik daripada Amsterdam sebulan lagi?"

Aku angguk sahaja, walaupun anggukan aku sia-sia kerana Nazim tak akan dapat melihat aku. Sebenarnya malu nak cakap YES dekat dia. Takut dia fikir aku ni tak ada maruah lah pula. Aishhh.

"Diam lagi. Setuju lah tu." Dia gelak.

"Err..." Aku mati kata.

"Saya balik dari Amsterdam, kita tunang then nikah eh?" Soalnya lagi.

Ah, Nazim! Kenapalah aku malu sangat ni? Cuma perlu cakap YES, Y-E-S. Tak susah pun. Tapi, kenapa berat sangat lidah ni?

"Diam lagi.. Haha! Mesti muka awak dah merah sangat sekarang ni kan?" Soalnya.

"Uish, mana ada!" Laju sahaja aku menafikan walhal perkara betul yang Nazim teka.

"Saya tahu saya tak romantik, ajak perempuan kahwin pun... Dalam telefon aje. Tapi, sungguh saya tak tipu. Saya jujur nak ajak awak kahwin. So, will you marry me?"

Okay, kali ni, bagi aku dia romantik!

"YES!" Klik! Aku terus tutup telefon.

Malu!

Sesaat kemudian, aku tersenyum. Cinta bukan bermakna kita kenal beribu-ribu tahun, baru nak ada cinta. Tapi cinta, apabila ia datang, maka ia datanglah. Tak kira waktu, umur, rupa paras ataupun kekayaan.

-TAMAT-

***************

No comments:

Post a Comment