Musuh Dan Jodoh - Bab 4

By Nur Hidayah - Part 4


"Syafiqah, umi dengan walid nak cakap sikit ni." Puan Farihah terus menegur anaknya apabila melihat anaknya Syafiqah sudah pulang.

"Cakap apa umi, walid?" Soal Syafiqah. Dia kini mengambil tempat duduk betul-betul di hadapan umi dan walidnya.

"Duduk dulu," Pinta Encik Razali.

"Syafiqah, pertama sekali... Kami berdua nak minta maaf kerana buat keputusan tanpa berbincang dengan Syafiqah dulu." Encik Razali memulakan bicara. Puan Farihah cuma menganggukkan kepala mengiakan kata-kata suaminya.

"Macam serious je umi." Sebelah kening diangkat. Pelik apabila umi dan walidnya tiba-tiba sahaja pasang muka serious.

"Umi harap Syafiqah tak marah lah ya." Puan Farihah memegang erat tangan anaknya.

"Kenapa ni umi, walid? Hm?" Syafiqah tersenyum.

"Sebenarnya, walid dengan umi... Mummy dengan papa dah buat keputusan... Unt..."

"Chop! Chop! Mummy? Papa?" Syafiqah memandang Puan Farihah dan Encik Razali dengan pandangan yang pelik.

"Ya, ibu dan bapa mertua Syafiqah." Terang Encik Razali tenang.

"O....K.... Jadi, keputusan apa yang umi dengan walid dah buat?" Soal Syafiqah buat tak tahu. Walhal, dia sudah tahu perkara sebenar. Tengahari tadi Naim sudah beritahu dia segala-galanya.

Dan dia masih ingat lagi, betapa cerewetnya Naim apabila mereka memilih cincin tengahari tadi.

"Bentuk diamond ni okay kan?" Soal Syafiqah. Cincin berwarna silver itu disuakan ke arah Naim.
 "Nope." Naim geleng kepala.

"Bentuk heart ni? Sweet apa." Cincin yang berbentuk hati, ditunjukkan ke muka Naim.

Dan jawapan yang sama Naim berikan, "Tak."

"Yang ini? Simple gila." Syafiqah menyarungkan cincin ke jarinya. "Sesuai kan dengan tangan aku?" Soal Syafiqah, riak.

"TAK!" Naim geleng kepala.

Okay, dah tiga kali dia cuba pakai lepastu tanya pendapat Naim. Jawapan yang sama Naim bagi. Tak pernah nak angguk, asyik geleng kepala aje.

"Kau yang nak pakai ke aku?" Soal Syafiqah, bengang.

"Of course lah kau, tapi aku yang bayar." Sarkastik.

"Jadi, apa function kau ajak aku ni? Apa yang aku pilih, semua kau tak suka." Syafiqah menjeling.

"Hm... Yang nilah. Okay sikit dengan tangan kau, nampak sweet." Ujar Naim. Lantas cincin itu disambut apabila dihulur oleh jurujual. Naim menyarungkan cincin tersebut ke jari Syafiqah.

Syafiqah menjeling Naim apabila dengan selambanya Naim menyarungkan cincin ke jarinya. Ingat ni dah masa nikah ke sesuka hati boleh pegang tangan orang?

"Suka hati kau lah." Syafiqah mula tidak kisah. Yalah, tiga kali pilih kot, semuanya tak berkenan. Baik dia tak payah ikut tadi.

"Good. Miss, I nak yang ini. Saiz semua dah okay. Berapa harga?" Soal Naim. Tangannya mula mengambil purse daripada dalam poketnya.

"This only RM3000, sir." Ucap jurujual itu, lantas tersenyum.

Duit sudah pun bertukar tangan. Selesai sahaja membeli cincin, mereka terus pulang ke tempat kerja. Boleh tahan juga kerek si Naim ni...

"Dengar ke tidak walid cakap tadi?" Soal Puan Farihah, mengembalikan Syafiqah ke alam realiti.

"Err, apa tadi?" Soal Syafiqah, terpinga-pinga.

"Tulah, lain kali termenung lagi. Ingatkan Naim lah tu." Puan Farihah tergelak.

"Ish, mana ada!" Syafiqah menafikan, biarpun benar kata-kata uminya.

"Walid cakap, Syafiqah akan bernikah dengan Naim bulan depan. Kira-kira lagi dua minggu macam tu lah. Syafiqah okay ke?" Soal Puan Farihah.

"Emm okay aje umi. Mana yang terbaik untuk walid dan umi, itulah yang terbaik untuk Syafiqah." Tenang sahaja Syafiqah menjawab.

Langsung tak ada riak terkejut. Buat apa nak terkejut, kalau Naim dah beritahu dia awal-awal? Kalau dia buat-buat terkejut nanti, harulah jadinya.

"Alhamdullilah kalau itu yang Syafiqah cakapkan." Encik Razali mengucap syukur. Begitu juga Puan Farihah.

"Bila umi dengan walid bincang pasal benda ni?" Soal Syafiqah, ingin tahu.

"Err, sebenarnya... Kami memang nak sangat kamu berdua dijodohkan. Lepas Syafiqah naik atas masa dinner dengan mummy dan papa haritu, kami terus dah buat keputusan. Naim pun ada masa tu, cuma Syafiqah je tak ada." Terang Puan Farihah.

"Tapi... Kenapa tak bagitahu Syafiqah awal-awal?" Syafiqah mula merajuk.

"Bukannya kami tak nak beritahu, cuma tak ada masa yang sesuai." Ujar Encik Razali.

"Jadi, kami berdua tak bertunanglah?" Soal Syafiqah.

"Kamu berdua terus nikah." Ujar Puan Farihah dan Encik Razali serentak.

Okey, Syafiqah cuma ada beberapa hari sahaja lagi untuk hidup dan tinggalkan zaman bujangnya. Macam manalah reaksi rakan-rakannya bila tahu yang Syafiqah nak kahwin lagi beberapa minggu? Hm...

"Umi, walid. Syafiqah naik atas dulu nak mandi dan solat. Assalamualaikum." Syafiqah meminta diri.

Happiness is only when we shared it together...

Hm... Syafiqah mengeluh. Akankah dia berbahagia hidup bersama Naim? Itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Dia kena pasrah dengan ketentuan Allah. Rancangan Allah sudah tentu semuanya yang baik belaka.

**************

"Aku nak kahwin!"

Tiga perkataan. Satu ayat. Ayat ringkas. Cukup membuatkan dua orang rakannya ternganga satu minit.

"Oi, makruh kot nganga sampai seminit." Syafiqah tersengih. Tangannya digawang-gawangkan apabila masing-masing diam tak bergerak. Macam Syafiqah ni hantu.

"Kita mimpi ke weh?" Soal Adra, rakan baik Syafiqah.

"Ataupun kita tersalah dengar?" Soal Lila pula.

"Kau tak salah dengar dan tak bermimpi!" Lantas jarinya laju sahaja mencubit kuat pipi dua orang rakannya.

"Ouch!"

"Ouch!" Dua - dua mengaduh kesakitan.

"See, tak mimpi kan." Syafiqah tersenyum.

"Don't you tell us yang kau kena kahwin paksa." Adra menggeleng kepala.

"Aku tak cakap pun, tapi dah benda betul." Syafiqah mengeluh.

"What?" Dan sekali lagi, mulut Adra dan Lila ternganga.

Melihat Syafiqah yang mengangguk, lebih teruk mulut mereka berdua ternganga. Cuma kali ini berpakej, siap dengan mata terbeliak lagi.

"Uish, kau dahlah tak pernah bercinta." Lila dan Adra menggeleng.

"Tu tak jadi masalah sangat," Ujar Syafiqah, mukanya pasang riak wajah serius.

"Dah tu?" Soal Adra dan Lila serentak.

"Aku dan dia, musuh kot. Macam mana nak bersatu kalau masing-masing dah membenci." Ujar Syafiqah. Dia mencapai gelas yang berada di atas meja. Ingin membasahkan tekak yang sudah kering.

"Maksud kau............" Adra dan Lila saling berpandangan.

"NAIM?!" Dan kini, pandangan Lila dan Adra memandang tepat ke arah Syafiqah.

"Erm, siapa lagi musuh aku kalau budak poyo tu," Syafiqah juih bibir.

"Betullah kata orang, yang musuh tulah sebenarnya jodoh kita." Lila menggeleng tidak percaya.

"Tapi, dah tertulis dia tu jadi jodoh kau. Nak buat macam mana kan? Kalau dia bukan musuh kau sekalipun, dia tetap jodoh kau. Sebab Allah dah tetapkan masa kita dalam perut lagi." Ujar Adra.

Syafiqah cuma mampu mengeluh. Memang benar kata-kata Adra itu, tapi... Susah dia nak terima!

"Susah aku nak terima..." Syafiqah mengeluh lagi.

"Senang aje sebenarnya Syafiqah." Kata Lila tiba-tiba, dan tersenyum. Adra mengangguk dan tersenyum.

"Macam mana?" Soal Syafiqah, kening sebelahnya terangkat.

"Buang yang 'tak suka' tu jadi 'suka'. Buang 'susah' tu jadi 'senang'." Ujar Adra.

"Syafiqah, semuanya akan jadi senang dengan izin Allah." Kata Lila. Adra dan Lila memegang erat tangan Syafiqah. Cuba untuk berkongsi duka bersama rakan baiknya.

*****************

Naim mengeluh. Lagi berapa minggu, lafaz nikah akan dia ucapkan. Dan selepas itu, dia sudah sah menjadi suami kepada Syafiqah.

Macam manalah musuh aku boleh jadi isteri aku ni?

Naim bertanya kepada diri sendiri. Dan, dia menggeleng tidak percaya.

Dia ingat lagi, masa zaman sekolah dulu. Masa dia bergaduh dengan Syafiqah. Mula-mula dia memang tertarik dengan mata galak Syafiqah. Bibirnya yang mungil. Bulu matanya melentik. Sangat tertarik.

Tapi, kerana ego dia telah memarahi Syafiqah. Semua kecantikan Syafiqah ditolak ke tepi! Dan apa yang Naim fikir pada masa itu, dia hanya tahu nak marah Syafiqah.

Walaupun kesalahan Syafiqah nampak kecil, tapi kerana ego semuanya menjadi besar. Naim cuba sedaya upaya untuk menolak perasaan yang hadir apabila pertama kali berjumpa dengan Syafiqah.

Ya, Naim memang sukakan Syafiqah.

Tidak! Aku kena buat perempuan tu menderita kahwin dengan aku. Naim mengangguk sendiri, mengiakan kata-kata yang bergema di dalam hati.

"Ai bang, tadi menggeleng, sekarang ni angguk pula." Tegur Fareed, adik bongsu Naim.

"Eh Far. Bila kau masuk?" Naim terus bangun daripada pembaringannya.

"Lama dah. Abang je tak perasan." Ujar Fareed. Dia mengambil tempat di sebelah Naim.

"Abang okey?" Soal Fareed. Cuba mengambil berat tentang abangnya.

"Okey jelah, kenapa kau tanya?" Soal Naim, kehairanan.

"Mana lah tahu, fikiran kusut ke. Yelah, kena kahwin paksa." Fareed tergelak kecil.

"Haha. Tak ada apalah, abang okay je." Ibu jari dan jari telunjuk dicantumkan. Dan tiga jari lagi dinaikkan. Membuat gaya "ok".

"Bang, tak semestinya orang yang kita tak suka tu jadi sebahagian daripada hidup kita tak akan bahagia, bang." Ujar Fareed, tiba-tiba.

Tuuuuuuuuudiaaaaaaaaaa. Bila budak sastera sudah memulakan bicara.

"Dan tak semestinya, orang yang kita tak suka tu tak boleh buat kita bahagia. Selamat beramal dan renung-renungkanlah bang." Fareed menepuk-nepuk lembut bahu Naim.

Dia meninggalkan Naim yang kelihatan terpinga-pinga.

Okay, budak sastera tu dah berbicara, memang terdiam tak terkata lah jawabnya si Naim tu.

*****************

"Buang yang 'tak suka' tu jadi 'suka'. Buang 'susah' tu jadi 'senang'."

"Syafiqah, semuanya akan jadi senang dengan izin Allah."

 Ayat itu asyik bermain di mindanya. Dari tadi lagi. Daripada di rumah sewa dia dan rakannya Adra dan Lila, sampailah pulang ke rumah. Asyik ayat itu aje yang dia ingatkan.

"Mungkin lepas ni, aku kena jadi 'musuh' aku kepada 'cinta sejati' aku." Kata Syafiqah sendiri.

Ewah kau! Hahaha, Kalau 'musuh' tukar ke 'kawan' tak apa lagi. Ini 'musuh' jadi 'cinta sejati' lah pula. Dahsyat!

*************

Bersambung :D

No comments:

Post a Comment