Cerpen : PMR Tunang, Kahwin Lepas SPM! 1


By Nur Hidayah


"PMR bertunang, kahwin lepas SPM. Muktamad!"

Ayat itu masih lagi berlegar-legar di kepala aku. Tunang masa PMR?! Okey, bolehlah diterima lagi, tapi lepas SPM kahwin?!

Oh, no!

Aku seorang remaja, yang mempunyai cita-cita. Aku tak nak kalau aku kahwin nanti, suami aku menghalang untuk menyambung belajar. Ataupun suami aku tak bagi aku kerja lagi. Ahhh, kenapa!

Sudah banyak kali aku merayu kepada kedua orang tuaku, supaya aku berkahwin selepas aku berjaya mendapat gelaran 'doktor'. Kalau tak pun, ataupun kalau nak cepat sangat, sekurang-kurangnya kahwin kan lah semasa aku berumur dua puluh dua tahun.

Sekarang ni, aku sudah berumur lima belas tahun. Tinggal berapa bulan sahaja lagi untuk aku menghadapi ujian Penilaian Menengah Rendah.

"Mama nak, Firsya bertunang bulan depan."

Dan... Ayat itu juga masih berlegar-legar di kepala aku.

"Tapi kenapa? Fir baru lima belas tahun kot. It's too young for me!" Aku membentak, tak puas hati dengan keputusan yang mama berikan.

"Fir, ni semua kerana kawan mama. She's sick. And she want to see her son to get married. Lagipun, dia cuma ada anak seorang." Kata mama lagi.

"Tapi janganlah sampai jadikan Fir sebagai mangsa keadaan!" Aku masih lagi tak berpuas hati.

Kalau dia suruh aku buat benda lain selain berkahwin ataupun bertunang, aku masih lagi boleh terima. Tapi tolonglah jangan bertunang semasa PMR! PMR kot, PMR!

Kalau STPM ke, Ijazah je Degree ke, itu bolehlah sebab dah matang. Tapi, PMR! Apa yang tahu?

"Mama minta maaf, i love my bestfriend. Jadi, mama sanggup buat apa saja untuk dia."

"Sampai jual anak sendiri?" Okey, aku tak pernah sekasar ni dengan mama. Papa di sebelah yang tadinya mendiamkan diri, kini bersuara.

"Fir, jangan kurang ajar! Mama suruh bertunang aje kan, bukannya suruh bunuh diri!" Papa memarahi aku. Aku yang agak terkejut itu, hanya mampu menitiskan air mata.

Buat pertama kalinya, aku menitiskan air mata. Sebelum, hati aku amat keras untuk menitiskan air mata!

"Fir, mama minta satu aje. Bertunang dengan Firdaus? Boleh ya, sayang?" Pinta mama. Ah, aku memang kalah dengan pujukan mama, mahupun papa!

"Baiklah. Apa yang terbaik untuk mama dan papa, mungkin itu juga yang terbaik untuk Fir." Aku segera meninggalkan ruang tamu pada waktu itu.

Dan kini......... Aku berseorangan di dalam bilik. Pada siapa aku mahu luahkan perasaan aku? Pada kawan-kawan aku?

Ya!

Pantas sahaja jari aku menekan nombor Nurin. Aku tidak kuat untuk menghadapi masalah ini seorang diri. Aku kena luahkan juga.

"Rin...." Suara aku bergetar, menangis bersama seduan.

"Fir...? Don't you tell me that you're crying? Kau..."

"Aku menangis!" Aku tergelak. Tak pernah-pernah aku menangis selama ini. Walaupun tengok cerita sedih sekali pun, aku tak pernah menangis.

Kadang-kadang aku cuba untuk menangis, tapi sungguh tak boleh.

"Ish kau ni. Kejap nangis, kejap gelak. Kenapa ni?" Soal Nurin, mengambil berat.

"Rin..." Masih namanya juga aku panggil.

"Why? Just tell me, i'm open ear." Ujar Nurin.

Segera aku mengambil bantal peluk panda aku. "Aku... Kena.. Ber... tu..nang!" Dalam seduan aku menjawab.

"HAAA?!" Telefon yang berada di tangan aku, hampir dicampakkan jatuh dari atas katil dek kerana jeritan nyaring Nurin.

"Biar betul?" Soal Nurin, ingin mendapatkan kepastian.

"Ya." Sepatah.

"Bila kau nak bertunang?"

"Bulan depan."

"Kau. Bertunang. Masa. PMR?" Soal Nurin, sepatah-sepatah. Mungkin tak percaya dengan kenyataan yang aku sampaikan.

"Ya." Jawapan yang sama aku sampaikan.

"Jadi?" Soal Nurin.

"Kau tahu kan... Aku ada cita-cita, nak jadi doktor." Terang aku, masih juga dalam seduan.

"Itu tak menjadi masalah pun," Nurin berkata, tenang.

"Kau tak ada kat tempat aku, memanglah kau cakap macam tu." Aku berkata, bengang dengan ayat Nurin. Macam nak tak nak aje layan aku.

"Bukan macam tu. Maksud aku, kalau kau pandai bahagikan mana pelajaran, dan mana perkahwinan, aku pasti kau boleh je jadi doktor. Insyaallah."

"Dan, tak semestinya kalau kau kahwin awal, kau tak akan dapat kejar cita-cita kau. Semuanya dengan izin Allah." Tambah Nurin lagi.

Sedikit sebanyak, aku termakan juga dengan pujukan Nurin. Aku masih lagi diam tidak berkata.

"Mungkin jodoh kau sampai awal. Kau kena bersyukur. Dan, Allah telah tetapkan jodoh kau awal ni masa kau dalam perut ibu kau lagi." Ujar Nurin.

"Lagipun, kahwin muda best apa." Nurin cuba untuk berlawak. Aku turut tergelak sama.

"Kau tahu tak, cerita aku ni macam dah boleh buat novel..." Aku mengelap air mata. Pujukan Nurin, aku termakan juga akhirnya.

Dan, aku menerima seadanya qada' dan qadar Allah. Mungkin, jodoh aku sampai awal.

"Thanks Nurin kerana menadahkan telinga kau tu." Haha. Aku tergelak, gelak dengan lawak sendiri.

"Not a big deal. Lagipun, kau kan kawan aku. Ceh!" Nurin juga ikut gelak sama.

*************

"Bakal ibu mertua nak sarung cincin. Jari jangan keras sangat tau!" Pesan mama. Aku pula, sudah naik rimas apabila mama asyik berkata dengan ayat yang sama.

Majlis pertunangan, diadakan di rumah aku sahaja. Sekadar menjemput keluarga yang terdekat. Majlis pula dilakukan secara kecil-kecilan.

"Ya MAAAAAA. Masuk semalam, dengan harini dah sepuluh kali mama cakap." Aku tersengih.

"Mama ingatkan aje." Mama menjuih bibir.

"Tu, ibu dah sampai tu. Maniskan muka tu eh, jangan masam je." Pesan mama lagi.

"Yeee maaa." Aku tersenyum, lebar. Memerli mama kerana sudah terlalu banyak memesan benda yang sama.

"Alhamdullilah, Firsya dah jadi tunang orang. Terima kasih Firsya, kerana terima ibu sebagai mertua Fisya." Okey, belum lagi jadi ibu mertua, baru aje "BAKAL" kot. Tapi ibu ni... Ceh, ibu! Ibu ni dah gelarkan diri dia 'ibu'.

"Sama-sama ibu. Mungkin jodoh Firsya sampai awal." Aku tersengih. Budak-budak lagi kot, jawapan yang aku bagi tadi pun macam tak matang aje.

"Fir! Jom ambil gambar dengan tunang kamu." Ujar ibu, separuh menjerit.

Aku terpinga-pinga, FIR yang mana satu? Okey, FIRDAUS lah tu, bukannya FIRSYA. Kalau ibu panggil aku, buat apa nak menjerit? Aku cuma ada dekat sebelah dia aje kot. Buat hilang anak tekak aje.

Lima saat kemudian, muncullah seorang jejaka... Hm boleh tahan tampannya. Agak-agaknya, berapa umur tunang aku ni ya?

Firdaus mengambil tempat di sebelah aku, dan dia.... Senyum?!

Selalunya, dalam novel-novel yang pernah aku baca, kalau kena kahwin paksa ataupun kena tunang paksa sekalipun, mana ada lelaki nak senyuman semanis ni, kan?

"Awak dah jadi tunang orang. Jadi, jangan menggatal dengan lelaki lain tau," Pesan Firdaus, kemudian mengenyitkan matanya.

"Nice shot!" Jerit jurukamera yang sedang mengambil gambar kami berdua.

"Awak tak kisah ke, bertunang dengan budak bawah umur?" Soal aku. Tetapi, mata masih lagi memandang kamera dan bibir ini tidak pernah lekang daripada senyuman.

"Apa nak kisah? Orang pun bawah umur apa, tujuh belas tahun." Ooooooooooo, tujuh belas rupanya.

Tapi, nampak muka dia matang gila kot! Terasa macam aku ni bertunang dengan orang tualah pula. Bhahahaha!

"Oh, ingatkan awak dah tua." Ujar aku, lantas tersengih.

"Nice!" Jerit jurukamera itu lagi. Mungkin dia kata lagu tu, sebab aku ni dok tersengih tengok muka Firdaus, yang si Firdaus tu pulak, dok menjeling aku.

Okey, kita sweet lah tu kan? Huhu!

"Aish, tua sangat ke muka orang?"

"Hehe, tak tak!" Laju sahaja aku menafikan.

Selesai sahaja majlis pertunangan, ada pula majlis kesyukuran. Aku dengan Firdaus selalu betul bertentang mata dengan Firdaus.

Bila aku terasa seperti ada mata yang memandang aje, terus aku berpaling. Dan aku lihat Firdaus memandang aku, tetapi laju sahaja dia pandang ke tempat lain.

"Kenapa awak pandang saya?" Soal aku.

"Comel jugak awak ni kan," Ujar Firdaus, tiba-tiba.

"Ehhh?" Soal aku, pelik. Comel? Tang mana yang comel tu? Aku ni, mekap pun idok.

"Eh tak-tak! Comel tudung yang awak pakai tu."

"Ohhhh." Terus aku menangguk. Okey, yang itu aku percaya. Mungkin tudung aku kot yang comel, yelah tudung yang lebih comel daripada tuannya. Alahai! Haha.

"Awak suka tak tunang dengan orang?" Soal Firdaus.

"Kenapa awak tanya?" Soal aku. Yelah, takkan aku nak cakap 'Saya suka sangat tunang dengan awak! Awak romantik juga kan?' Uishhh! Dah macam aku ni tak malu sangat lah pula.

"Saja," Jawab Firdaus.

"Untuk soalan awak tu, orang tak ada jawapan." Ceh! Aku pulak yang terikut-ikut dengan gelaran Firdaus. 'orang-orang' gitu.

"Oh. Orang rasa, orang kena pergi sana. Lagipun, kita ni baru bertunang aje. Kalau dah kahwin, lainlah cerita." Firdaus mula menangkat punggung. Dan dia melangkah untuk pergi meninggalkan aku.

Baru tiga tapak, dia berpaling. "Oh, ya Firsya!" Panggil Firdaus.

"Ya?" Aku berpaling, menghadap Firdaus.

"Sekarang awak boleh dikatakan separuh milik saya, jadi jangan cari yang lain ya?" Pesan dia dan terus berlalu. Dan aku perasan, wajahnya yang putih sudah berona merah.

Aku tersenyum.

"Sekarang awak boleh dikatakan separuh milik saya, jadi jangan cari yang lain ya?"

Ayat itu berlegar-legar di kepala aku. Sweet juga ayat tu kan?

Hm... Firsya dan Firdaus...

Fir dan Fir. Wahhh! Haha. Aku tergelak sendiri. Jauh betul fikiran aku...

**************

"Untunglah, dah jadi milik orang!" Jerit Sofiya.

"SHHHH!" Aku memarahi Sofiya apabila dia menjerit. Nasib baik cuma ada berlima sahaja di dalam perpustakaan ketika itu. Itupun rakan-rakan aku yang empat orang tu aje.

Buatnya ada orang lain? Tak ke pecah tembelang?

"Ops, sorry!" Sofiya menunjukkan gaya 'peace' nya.

"Best tak jadi tunang orang?" Soal Farha, separuh berbisik.

Aku tersenyum. "Alhamdullilah." Jawab aku.

"Bestnyaaa kau. Kalau family aku, jangan harap nak kasi kahwin muda tau!" Arissa berkata dengan nada cemburu.

"Tulah." Sokong Farissa pula, kembar si Arissa.

"Dah jodoh aku awal, kan Nurin?" Soal aku, lalu Nurin hanya menanggukkan kepala.

"Haha. Dahlah, jom study! PMR is just around the corner!" Arah aku. Lantas, laju sahaja mereka membuka buku untuk dibaca.

Aku tersenyum.

"Sekarang awak boleh dikatakan separuh milik saya, jadi jangan cari yang lain ya?"

Ah, Firdaus!

Cara kau, langsung tak nampak sweet. Tapi, bagi aku kau ada cara kau yang tersendiri untuk menjadi 'sweet'. Gila, gila! Aku dah gila bayang!

13 comments:

  1. Replies
    1. Hi admin. nice cerpen. MMg i suke. Tkde sambungan ke ? Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

      >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

      Delete
  2. Cite ni mmg habis sampai sini ke??? Or ade sambungan???

    ReplyDelete
  3. Cerita ni ada sambungan lagi ka?

    ReplyDelete
  4. mane nak bace sambungan nye

    ReplyDelete
  5. mane nak bace sambungan nye

    ReplyDelete
  6. menarik cerpen sis...
    http://legasikekja.blogspot.my/2017/08/task-21-risiko-tanda-dan-rawatan-saya.html

    ReplyDelete