Musuh Dan Jodoh - Bab 3

By Nur Hidayah - Part 3


"Kau dah dapat kan surat tu?"

"Dah!" Jawab Syafiqah kasar dan malas. Dah kau bagi dekat adik aku, haruslah dapat! Adik aku yang seorang itu, mana pernah tak kasi bila ada orang bagi something dekat dia.

"Okay." Jawab Naim. Pendek dan ringkas. Dan sangat menyakitkan hati Syafiqah.

"Okay je? Kau nak apa call aku ni?" Soal Syafiqah.

"Macam ni ke kau layan bakal suami kau?" Soal Naim, sarkastik.

"Selagi 'bakal' tu belum bertukar kepada 'suami', selagi tulah tak ada halangan untuk aku berkasar dengan kau, kan?" Sinis. Ceh, Syafiqah memang handal dalam bab-bab sinis!

"Oh gitu. Jadi, lepas ni jangan kau nak berkasar dengan aku. Dosa kan?" Sindir Naim.

"Ish, cepatlah! Kau nak apa call aku ni?" Soal Syafiqah, mendengus keras.

"Aku cuma nak mengingatkan aje."

"Ingatkan apa?"

"Pasal surat tulah."

"Ohh, kau tak ingatkan pun tak apa. Sebab aku memang dah tahu kau memang tak nak dan tak akan nakkan aku. Lagi-lagi berkahwin dengan aku." Ujar Syafiqah, penuh ketenangan tanpa riak sedih.

"Good, kalau kau dah tahu. Jadi, lagi sekali aku nak ingatkan... Aku memang betul-betul tak nak dekat kau." Ujar Naim, tanpa dipinta.

"So? Ingat aku nak sangat ke dekat kau?" Syafiqah buat mata pandang atas langit. Menyampah.

"Baguslah kalau kau tak nak." Balas Naim selamba.

"Ergh, dahlah. Kalau tak ada apa-apa, better aku letak sekarang okay... Bye, Assa..."

"Nanti!" Naim menghalang Syafiqah.

"Ish, apa lagi?" Soal Syafiqah. Syafiqah yang dari tadi baring di atas katil, kini keluar untuk mengambil udara. Tengok bulan lagi best! Hati tengah membara lah katakan.

"Eh, nak cakap dengan bakal isteri lama-lama pun tak boleh ke?"

"TAK! Selagi belum kahwin, selagi tu masih ada haram. Dan, bercakap dalam telefon ni pun dikira berzina tau." Ujar Syafiqah bersahaja.

"Ye aku tahu, aku nak tanya kau ni."

"Apa dia? Cepat sikit tak boleh ke? Aku nak tidur, esok ramai patient tau!" Syafiqah merungut. Jadi doktor pada usia muda macam ni? Dua puluh enam tahun? Okay, memang susah! Tapi, nak buat macam mana, dah minat.

"Kau terima aku ke tak?" Soal Naim, bernada lembut.

"Tak!"

Jawapan yang pendek, ringkas dan padat. Naim tergelak kecil.

"Apasal kau gelak pula?" Soal Syafiqah, pelik.

Naim yang sedang merenung bulan, duduk bersandar di kerusinya. "Saja,"

"Kau ada nak tanya apa-apa lagi ke tak?" Soal Syafiqah, dia menguap kecil. Mengantuk! Matanya pun dah macam berat semacam aje ni.

"Ada. Kau terima aku, sebab terpaksa ke ataupun sebab jodoh kau dah sampai?"

"Bukan ke, dua-dua tu sama je?"

"Tak, lain. Ayat lain, maksud pun mestilah berbeza." Terang Naim, tenang sahaja.

"Hm, maybe jodoh aku dah sampai. Aku percaya qada' dan qadar Allah."

"Kau dah buat istikharah?" Soal Naim, inginkan kepastian.

"Dah," Jawab Syafiqah.

"Dah dapat petunjuk?"

"Err, belum." Syafiqah masih lagi menguap. Naim ni sampai bila nak bertanya? Tak boleh ke kalau sambung esok? Ataupun sambung lepas mereka kahwin sahaja? Ah, mengantuk!

"Okay. Mesti kau mengantuk kan. Tidurlah. Goodnight, semoga mimpi indah pasal aku ya." Ucap Naim seraya ketawa kecil.

"Mimpi indah pasal kau? Euwww, mimpi buruk adalah!" Syafiqah mencebik? Mimpi indah dengan Naim? Geli-geliman aje!

"Haha. Dah, assalamualaikum." Pap! Telefon bimbit di letakkan di atas meja.

Naim mula menuju ke katil untuk merebahkan tubuhnya.

'Kata nak buat dia menyesal? Tapi kenapa kau berlembut dengan dia tadi?'

Naim berkata-kata sendiri.

'Takkk, tadi tu aku bertanya.'

'Ke, kau jatuh cinta dengan dia?' Uish, gila! Naim terus menggeleng kepala. Jatuh-cinta-dengan-musuh-sendiri?

Tak ada maknanya!

Tapi, kenapa dia perlu ada rasa berdebar bila bercakap dengan Syafiqah tadi? Nasib baik dalam telefon, kalau face to face, mahunya gagap Naim tu nanti.

Jujur, daripada pertama kali pertemuan mereka di rumah Syafiqah ketika Syafiqah menjemput dia makan kek batik, pada mulanya Naim agak terkejut.

Tapi, dia buat-buat tenang. Dan pastinya, dia tak mahu musuh dia menjadi isterinya!

Tapi, apabila pulang daripada rumah Syafiqah, ibunya terus membebel kerana tak mahu kahwin dengan Syafiqah. Pada malam itu, Naim terus melakukan istikharah. Mahukan petunjuk yang benar daripada Allah.

Dan... Dia mimpikan Syafiqah!

Naim tersenyum.

Nak buat dia menyesal? Caranya macam mana? Okay, soal jatuh cinta tolak tepi! Yang pentingnya, balas dendam! Ingat Naim ingat! Balas dendam! Jangan pernah suka dengan musuh kau sendiri, Naim!

*******************

Gila!!!

Syafiqah terus menyapu mukanya dengan telapak tangan. Dia bangun dari pembaringannya dan terus terduduk di atas katil.

"Mimpi indah pasal aku ya...." Ayat itu bergema di telinga dan fikirannya.

Kalau semalam aku tak fikir aje ayat tu, dan aku tak ingat pasal dia, dah lama aku mimpi Mario Maurer ke, Naded Kugimiya ke, ataupun paling kurang pun Amar Bahrin.

Tapi, semalam kenapa dia mesti mimpi lelaki itu?

Musuhnya?

Naim?!

Gila.

Boleh pula dia mimpi, mereka berpegang tangan, yang si Naim tu pula memeluk bahu Syafiqah. Okay, itu cukup buat Syafiqah terkejut. Yang lebih terkejutnya, bila Syafiqah gelar Naim sebagai,

"Abang"

Uishhh, mimpi apa ni?

Syafiqah memandang sekilas jam dindingnya. Baru pukul empat pagi dan masih sempat lagi untuk menunaikan tahajjud, istikharah dan solat sunat.

Syafiqah terus bangun dari duduknya, dan terus mencapai tuala di atas penyidai. Dia perlu membersihkan dirinya sebelum menghadap Ilahi.

*************

"Doktor Syafiqah in da house!" Jerit Faiez, rakan sekerja Syafiqah.

"Ceit, macam aku cuti dua bulan je. Padahal sehari!" Syafiqah mencebik.

"Dengar cerita, kau nak release tension. Kenapa? Ada masalah? Cer citer cer citer." Okay, nasib baik sekarang ni masa lunch. Kalau sekarang masa untuk rawat pesakit, yang si Faiez ni sesuka hati aje duduk dalam bilik aku, dah lama aku hempuknya dengan kerusi ni!

"Malas! Aku nak pergi lunch ni. Mana Doktor Dalyla?" Soal Syafiqah. Dia mula mencapai handbagnya di atas meja. Kot yang berwarna putih ditanggalkan.

"Dia dengan hubby dia. Kau lunch dengan aku jelah." Faiez jongket kening.

"No problem." Senyum.

Mereka jalan beriringan menuju ke restoran yang berdekatan di hospital tersebut. Makan tengahari aje pun, tak perlulah nak pergi jauh-jauh. Lagipun, jarak hospital ini dengan restoran di luar, memakan masa setengah jam untuk ke sana. Jauh.

"Makan apa? Aku belanja." Ujar Faiez seraya tersenyum manis.

Syafiqah yang mendengar ajakan itu, terus mengjongket kening kemudian tersenyum. "Tak payahlah."

"Lah, minta aje apa-apa pun. Aku belanja." Ajak Faiez lagi.

Akhirnya, Syafiqah terpaksa juga akur dengan ajakan Faiez. Bimbang jika Faiez berkecil hati dengannya.

"Kalau aku minta semua makanan dekat kedai ni, boleh?" Gurau Syafiqah.

"Uish, lebih tu." Faiez juih bibir.

"Hahaha gurau je. Aku makan sama macam kau ajelah." Ujar Syafiqah.

"Okay!" Laju sahaja Faiez ke kaunter untuk order makanan.

Masing-masing senyap apabila sedang menikmati makanan di hadapan mereka kini. Senyap tanpa suara. Faiez mula rasa bosan apabila suasana begitu senyap.

"Sya...." Faiez baru sahaja mahu memulakan bicara. Tiba-tiba sahaja ada satu suara yang menegur mereka berdua.

"Hai future wife!" Okay, bukan berdua. Tapi Syafiqah seorang.

Err... Future wife? Faiez garu kepala.

"Err..." Syafiqah terkedu. Lidahnya kelu.

"Lah bie, kenapa ni? Lupa eh kita ada lunch sama-sama?" Naim mula duduk di sebelah Syafiqah. Faiez pula kelihatan terpinga-pinga, tak faham dengan drama di hadapannya.

Syafiqah yang mendengar ayat Naim itu, terus geli-geliman. Panas telinganya apabila Naim berkata sebegitu. Nak meletop pun ada telinga ni.

"Bila pulak kita ada janji nak lunch?!" Bisik Syafiqah, Faiez yang di hadapannya dipandang sekilas kemudian tersenyum.

Naim tersenyum menggoda. "Siapa ni?" Soal Naim.

"Oh, kenalkan ni Faiez. Faiez, ni Naim. Bakal suami aku." Ujar Syafiqah, berat sahaja dia nak mengaku yang Naim itu bakal suaminya.

"Ohh." Faiez tersenyum pahit. Okay, Faiez. Kau dah melepas. Tulah, lain kali jadi gentleman sikit, bukan kayu susah sangat nak luahkan perasaan.

"Naim." Naim hulur tangan untuk berkenalan. Itupun sekadar buat-buat sahaja, tak mahu Syafiqah tengok yang dia sebenarnya cemburu apabila Syafiqah bersama lelaki lain.

Cemburu?

No!!!

"Faiez." Huluran disambut mesra.

"Hm, sayang, makan jom." Naim mengenyitkan matanya. Wah, hebat betul lakonan Naim ni!

"Makan ajelah dekat sini." Syafiqah menyuap makanan masuk ke dalam mulutnya. Langsung tak hiraukan Naim di sebelah.

Yang si Faiez pula, terus hilang selera.

"Mana boleh, kan dah janji." Naim mula mahu merajuk, pasang muka sepuluh sen minta simpati.

"Yelah - yelah." Syafiqah mencapai handbagnya. "Faiez, sorry aku kena makan dekat tempat lain. Really sorry."

Faiez sekadar tersenyum pahit. Makan seorang sahajalah jawabnya lepas ni Faiez!

**************

"Lakonan dah habis! So boleh lepaskan tangan aku ni!" Marah Syafiqah. Kahwin pun belum, dah nak pegang tangan anak dara orang. Hish!

"Kau tu dah ada bakal suami, tak payahlah nak keluar dengan jantan lain!" Giliran Naim pula yang marah Syafiqah.

"Bakal je, bukannya suami lagi pun." Sinis Syafiqah menjawab, cukup membuatkan hati Naim membara.

"Kau masuk sekarang!" Naim menolak tubuh kecil Syafiqah. Syafiqah hanya menurut, malas mahu bergaduh. Kang kalau gaduh, makin teruk pula cerita tu nanti.

"Ye aku masuk."

Tali pinggang keledar dipakai. Kereta pun meluncur laju. Naim memasang radio, bagi mengelakkan suasana sepi. Lagu Maroon 5 Misery bermain di radio.


Oh yeah
Oh yeah

 
So scared of breaking it
That you won't let it bend
And I wrote two hundred letters
I will never send
Sometimes these cuts are so much deeper than they seem
You'd rather cover up
I'd rather let them bleed
So let me be
And I'll set you free (Oh yeah)

 
I am in misery
There ain't nobody who can comfort me (Oh yeah)
Why won't you answer me?
The silence is slowly killing me (Oh yeah)

 
Girl, you really got me bad
You really got me bad
I'm gonna get you back
I'm gonna get you back

 
Your salty skin and how
It mixes in with mine
The way it feels to be
Completely intertwined
Not that I didn't care
It's that I didn't know
It's not what I didn't feel,
It's what I didn't show
So let me be
And I'll set you free

 
I am in misery
And there ain't nobody who can comfort me (Oh yeah)
Why won't you answer me?
The silence is slowly killing me (Oh yeah)

 
Girl, you really got me bad
You really got me bad
I'm gonna get you back
I'm gonna get you back

 
You say your faith is shaken
And you may be mistaken
To keep me wide awake and waiting for the sun
I'm desperate and confused
So far away from you
I'm getting there, I don't care where I have to run

 
Why do you do what you do to me, yeah?
Why won't you answer me, answer me, yeah?
Why do you do what you do to me, yeah?
Why won't you answer me, answer me, yeah?

I am in misery
There ain't nobody who can comfort me (Oh yeah)
Why won't you answer me?
The silence is slowly killing me (Oh yeah)
 
Girl you really got me bad
You really got me bad
I'm gonna get you back
I'm gonna get you back

Naim bernyanyi-nyanyi kecil. Syafiqah yang berada di sebelah turut sama menikmati lagu tersebut.

"Sampai dah." Ujar Naim. Tali pinggang dibuka.

"K." Balas Syafiqah. Malas mahu bercakap dengan Naim.

Kalau nak ajak aku keluar sekalipun, ajaklah malam nanti ke apa ke. Ni tak, time waktu kerja lah pula. Memang beratur patient aku dekat luar bilik aku tu. Nasib baiklah dia dah hantar pesanan ringkas untuk Doktor Dalyla, yang dia keluar sekejap. Ada hal.

"Kau nak makan dekat mana?" Soal Naim.

"Aku tak lapar,"

"Tapi masalahnya aku lapar. Jadi, kau kena temankan aku jugak!"

"Ada aku kata, aku tak nak temankan?" Sarkastik. Okay, Syafiqah memang handal dalam bab - bab sinis dan sarkastik.

Lagipun, bila lagi nak bersinis dengan Naim kan? Nanti dah jadi suami, mana boleh dah. Huhu!

"Err. Ish, dahlah jom. Aku lapar nasi ayam, so Chicken Rice Chop!" Naim terus berlalu tanpa menunggu Syafiqah.

**********

"Pergi mana pulak ni?" Soal Syafiqah apabila Naim tidak terus ke hospitalnya. Tapi... Jalan ni macam menuju ke Pavilion je...

"Beli cincin kahwin."

"What?!" Okay, ni memang kerja gila. Memanglah kau bakal suami aku. Tapi, bila pula mereka bincang pasal ni?

"Kenapa beli awal sangat?" Soal Syafiqah lagi, masih tidak berpuas hati.

"Awal kau cakap? Parents kita nak kita nikah bulan depan tahu tak. Next month!"

"Next month?!!!"

Kalau tahun depan, aku boleh terima. Tapi, bulan depan.... Aku belum bersedia lagi nak jadi isteri kepada si musuh!

*************

No comments:

Post a Comment