Musuh dan Jodoh - Bab 2

By - Nur Hidayah


"Akak kenal dengan Abang Amir Naim tu?" Soal Faiqah. Syafiqah yang duduk termenung di atas katil, kini tersedar.

"Huh, apa yang tak kenalnya dengan mamat poyo tu." Syafiqah mencebik.

"Ohh okay. Ni abang Amir ada bagi surat."

Syafiqah mengjongket kening. Surat? Untuk apa? Surat apa?

"Surat apa dik?" Soal Syafiqah.

"Abang Amir kata, tu surat lovey-dovey untuk akak," Faiqah mengenyitkan matanya. Syafiqah yang mendengar ayat itu terus mencebik dan menjelirkan lidahnya.

"Euwww. Geli aku dengar dik!"

"Haha. Bacalah, jangan risau, adik tak baca lagi dan tak akan pernah baca surat loving daripada Abang Amir akak tu ya. Bye!" Faiqah terus menghilangkan dirinya.

Surat yang berwarna merah jambu yang berada di atas katil itu di pandangnya sekilas.

"Baca?"

"Ke tak payah baca?"

"Baca ajelah kot?"

"Tak payah baca kot?"

Syafiqah berkata-kata sendiri. Selepas penat berfikir, pantas sahaja tangannya mencapai surat yang berada di sebelahnya.

Dadanya berdebar untuk melihat isi yang ada di dalam surat itu.

Bismillahirrohmanirrahim...

"Whattttttt?!!! Aku pun tak inginlah!" Jerit Syafiqah lantas surat itu direnyuknya dan di campakkan di dalam tong sampah.

***************

Naim tersenyum-senyum sendiri. Iphone 5 yang berada di tangannya giat dipusingkan. Sesekali, dia mengetuk-ngetuk perlahan meja kerjanya sambil tersenyum.

"Aiii Mir, you tersenyum-senyum apa ni?" Tegur seorang perempuan yang agak seksi, Sally.

Naim yang mendengar teguran itu, terus tersenyum pahit.

'Okay, minah gedik sedang mencuba untuk try line aku.'

Senyuman pahit itu, terus dia tukarkan kepada senyuman yang manis. Itupun sekadar keterpaksaan.

"Eh, Salmiah. Waalaikumussalam, duduklah." Sindir Naim. Sengaja Naim menekan perkataan 'Salmiah' itu. Supaya Sally sedar dengan namanya yang sebenarnya.

"Ish apa you ni! Sally lah!" Sally memasang muka cemberut, macam orang terkena sembelit.

"Relax. You nak apa datang bilik I ni?" Soal Naim. Sekadar mahu tahu niat sebenar Sally yang berada di biliknya.

"If you don't mind, lunch with me?" Soal Sally, penuh berharap.

Sally yang tadinya duduk di hadapan Naim, terus berdiri di sebelah Naim. Sally cuba untuk menggoda Naim dengan mengurut bahu Naim.

"Sally what are you doing? Nanti staff nampak malulah!" Marah Naim. Tangan yang berada di atas bahunya, ditepis kasar.

Sally hanya tergelak. "You malu? Habistu, nak dekat hotel? Or, rumah I?" Sally senyum menggoda.

Naim menelan liur. 'Okay, minah gedik ni memang melampau. Tapi, apa boleh buat, she's woman. Tak boleh kasar.'

"Kau merepek apa? Kau keluar sekarang!" Kalau Naim dah hilang sabar, dah lama ditamparnya muka Sally bertalu-talu.

Tapi disebabkan Sally ni seorang perempuan, dia bersabar. Kalau kau lelaki, dah lama dia tumbuk. Choppp! Lelaki? Lelaki goda lelaki?

Uish, tak siorr teman!

"Fine!" Sally memberontak. Terus dia keluar daripada bilik Naim.

Naim tersenyum puas.

"Faham bahasa pun! Agaknya, nak kena semua orang tengok aku kasar dengan kau, baru kau boleh blah kot," Naim masih lagi tersenyum menang.

Patutlah Sally keluar, rupa-rupanya semua staff di pejabat itu memandang Sally dan Naim.

Dan... Fikiran Naim sekarang masih lagi teringat tentang Syafiqah.

"Tak sangka, orang yang nampak kasar, rupanya lembut akhlaknya." Naim berkata-kata sendiri.

Naim tersenyum. "Dan, aku akan balas dendam! Untuk lihat sejauh mana kelembutan kau. Dulu, bukan main kasar lagi kan? Now, terimalah!"

Naim masih ingat lagi, surat yang pernah diberikan untuk Syafiqah. Kononnya, surat 'lovey-dovey' padahal, isinya...

Kau akan menyesal kahwin dengan aku.
Dan, aku akan buat kau menyesal.

Oh, ya. Aku kahwin dengan kau bukan sebab kau kaya or kau doktor. 
Even kau cantik sekalipun.
Aku tak kisah pun semua tu.

Sebab, kau nak dibandingkan aku atau kau, aku lebih kaya.
Nak kata kau cantik....? Hm...
No! Nenek aku seratus kali ganda lebih lawa.
Nak kata aku kahwin dengan kau sebab doktor... Hmm...
Langsung TAK!
Sebab, aku ni ahli korporat. Tak ada bezanya pun.

Nak kata kau tu lembut, buktinya sudah ada dua belas tahun yang lepas.
Kau pandai masak?
Okay, itu aku kisah. Of course lah nak bini pandai memasak!
Tapi, aku tak nak air tangan kau.
Sebab, kau musuh aku!

Remember, aku kahwin dengan kau because of my mom! My mummy! That's it!
Dan, jangan sesekali lupa tentang status kita yang satu itu,
KAHWIN PAKSA!

Dan, aku langsung tak nak kahwin dengan kau.
Jangan fikir aku ni sangap nak beristerikan kau.

Semoga mimpi indah lepas baca surat ni.
Goodbye, future wife.
Assalamualaikum.

Okay, Naim nak aje tergelak. Agak-agaknya, apa reaksi Syafiqah lepas baca surat tu?

Benci Naim?

Sedih sebab dapat bakal suami macam Naim?

Ketawa besar?

Atau.. Menangis?

Itu, Naim dah boleh agak. Mestilah, sedih! Dapat suami yang kejam macam tu, kan? Tapi, ada Naim kisah? Yang dia tahu, dia nak balas dendam!

*********************

To be continued :D

No comments:

Post a Comment