Musuh dan Jodoh - Bab 1

 Musuh Dan Jodoh (Bab 1) By Nur Hidayah




"Huhhh..." Penat. Syafiqah menghempaskan tubuhnya di atas katil.

"Hoi, kak! Sempat lagi tidur." Tegur seorang gadis berumur 15 tahun. Faiqah, adik Syafiqah.

"Ye, kejaplah akak penat ni..." Adu Syafiqah. Matanya cuba dipejam untuk mengambil rehat selama beberapa minit tetapi seketika kemudian matanya kembali terbuka apabila satu suara.

"Cepat kak! Your future husband dah nak sampai dah kak..." Faiqah bersuara lagi. Ish, budak ni!

"Ye akak tahu. Akak siap sekarang. Okay puas hati?" Gumam Syafiqah. Dia memegang tombol pintu dan Faiqah bersedia untuk keluar memberi ruang untuk kakaknya bersiap.

"Good luck!"

"Eh?" Dah kenapa dengan Faiqah ni? Aku nak jumpa bakal-suami aje pun. Takkan nak ber-goodluck segala bagai?

Syafiqah buntu. Sama ada nak balik ke rumah sewanya ataupun bersiap sekarang. Dia masih belum mahu kahwin!

Asal tak ada calon aje, mesti kena umi dengan walid yang tentukan jodoh. Ish, dah macam cerita novel lah pula! Masalahnya, aku baru 26 tahun. Muda lagi apa. Rakyat Malaysia sahaja yang cakap umur dua enam tahun ni dah anak dara tua. Aish, masih muda lagi! Gumam Syafiqah.

Tetapi tangannya laju sahaja mencapai tuala yang tersangkut di atas tempat penyidai.

***************

Syafiqah melihat dirinya sebelum turun ke bawah. Bimbang jika ada yang ter cacat celanya.

Pada malam itu, dia memakai gaun lebih lengan panjang yang menutup aurat berwarna emerald green, dan wide shawl yang berwarna kelabu.

Gaun itu dibeli oleh umi, kata uminya, dia mesti nampak lawa di hadapan bakal ibu mertua. Dan Syafiqah hanya menurut. Malas mahu ambil tahu. Kalau dulu, memang dia akan sentiasa bertikam lidah dengan umi kerana masih belum ada calon suami. Tapi sekarang... Tiada bantahan!

Perlahan-lahan Syafiqah menuruni anak tangga. Bimbang jika jatuh tergolek di hadapan khalayak ramai. Dengan bacaan bismillah, Syafiqah cuba bersenyum di hadapan bakal mertuanya.

"Assalamualaikum, auntie." Tegur Syafiqah.

Auntie yang sedang sibuk berbual dengan umi mula berpaling ke arah Syafiqah dan tersenyum manis. Huluran tangan Syafiqah di sambut mesra.

"Waalaikumussalam. Lawanya Syafiqah. Sesuai dengan Amir." Puan Dahlia yang dikenali sebagai auntie itu mengusap lembut bahu Syafiqah.

"Alhamdullilah," Jawab Syafiqah ala kadar. Ohh, Amir rupanya aku punya bakal suami tu ya?

"Syafiqah, pergilah ambilkan kek batik yang kamu buat tadi," Arah Puan Farihah, umi Syafiqah.

Syafiqah sekadar mengangguk. "Baik umi."

Seketika kemudian, Syafiqah datang dengan dua pinggan kek batik. Dia meletakkan dua pinggan tersebut di atas meja, di hadapan uminya dan Puan Dahlia.

"Lagi satu pinggan, letak dekat luar. Ada kaum lelaki." Ujar Puan Farihah yang tersenyum-senyum.

Syafiqah yang tidak mengerti makna senyuman uminya, hanya mengangguk sahaja.

"Makan, walid, pakcik dan... Awak." Tanpa menoleh, Syafiqah terus berlalu.

Syafiqah perasan, mata yang memandang dia hanya dua orang. Walidnya dan bakal bapa mertuanya. Dan 'dia' bakal suami Syafiqah langsung tak pandang. Sibuk dengan telefon tu. Entah-entah dah ada makwe agaknya.

Syafiqah kembali duduk di ruang tamu bersama ibu-ibunya dan adik perempuannya.

"Kak, handsome gila kau punya husband!" Faiqah membisik di telinga Syafiqah.

"Oh, yeah? By the way, correction, FUTURE HUSBAND not HUSBAND." Ujar Syafiqah. Malas mahu ambil mode tentang bakal suaminya.

Kan dah kata, dia belum bersedia nak kahwin!

"Huh, whateverlah. Nanti jadi suami tercinta kau jugak."

"Ye dik ye dik." Gumam Syafiqah.

"Okaylah, rasanya kita dah boleh makan ni." Ujar Puan Farihah.

"Faiqah, pergi panggil walid dengan tetamu kita. Syafiqah, tolong sendukkan nasi." Arah Puan Farihah sekali lagi.

Syafiqah dan Faiqah hanya menurut tanpa banyak soal.

Seketika kemudian, penuhlah orang di meja makan itu.

Syafiqah yang menyendukkan nasi diam tanpa bicara. Segan untuk bersuara. Lagi-lagi bakal suami ada di situ.

"Syafiqah, sendukkan lah nasi untuk Amir." Arah Encik Razali, walid Syafiqah.

Syafiqah mengangguk. Matanya yang kini hanya memandang nasi kini memandang mata di sebelahnya. Dan....

"Kau?!"

"Kau?!"

Suasana di meja makan kini menjadi senyap dek kerana jeritan Syafiqah dan Amir.

"Kau. Buat. Apa. Dekat. Sini. Naim?" Soal Syafiqah, sepatah-sepatah. Bengang.

"Kau fikir aku nak ke jumpa kau?" Soal Amir sinis.

Peristiwa dua belas tahun yang berlalu kini bermain di minda masing-masing...

"Jalan tengok depan bukan atas!" Tengking seorang lelaki, suaranya garau.

"Err, sorry sorry." Syafiqah meminta maaf. Salahnya juga, dari tadi jalan pandang atas, sibuk duk pi tengok burung-burung berterbangan. Sampai terlanggar orang.

"What?! Sorry? Kau tahu tak, sorry kau tak bawa apa-apa makna? Habis baju aku kotor!" Syafiqah agak terkilan.

Dah minta maaf pun nak marah lagi? Okay, sabar Syafiqah sabar...

Syafiqah menghulurkan sapu tangan berwarna hijau muda ke arah lelaki tersebut. Dia melihat nametag yang tersemat di bajunya.

Hm.. Amir Naim.

"Huh, kau fikir dengan sapu tangan ni boleh hilang segala lecak dekat baju aku?" Sarkastik. Huluran sapu tangan Syafiqah tidak diendahnya tetapi sebaliknya membuang sapu tangan tersebut ke dalam longkang.

"Eh hello! Sekurang-kurangnya, bolehlah juga hilang sikit-sikit daripada awak tak lap langsung!" Giliran Syafiqah pula bersinis.

"Kurang ajar kan kau, dahlah buat salah!" Tengking Amir lagi.

"Saya dah minta maaf, so apa lagi awak nak?" Soal Syafiqah, dengan nada yang agak tinggi.

"Ganti rugi!"

"No way!"

"Ah, aku akan adu dekat Pengetua! Baru kau tahu," Ugut Amir.

"Ada aku kisah? Even aku kena buang sekolah sekalipun, do I care? Aku tak akan sesekali tunduk dekat orang yang berlagak sombong ni!" Syafiqah masih mahu berkeras.

"Kau... Memang! Ergh! Kurang ajar! Berani kau lawan senior sekolah kan?!" Marah Amir. Syafiqah yang memandangnya hanya ketawa sinis.

"Senior? Macam mana nak hormat senior kalau perangai macam ni? Euww yerk." Syafiqah menunding jari ke arah Amir dari atas hingga bawah. Dia memandang sinis ke arah Amir.

"Jangan sampai aku buat yang macam-macam dekat kau."

"Buatlah! Aku takkan tunduk dekat kaulah!" Syafiqah masih lagi mahu berkeras. Jelingan tajam Amir langsung tidak diendahkannya.

Amir yang bengang mula mengangkat tangan ingin menampar Syafiqah. "Kalau kau anak jantan, kau tak pukul perempuan!" Tengking Syafiqah.

Syafiqah ketawa sinis. "Asal tak tampar? Takut sebab saham kau jatuh sebab pukul perempuan, macam tu?" Sinis lagi Syafiqah menyoal.

"Ahhh! Aku benci kau! Ingat, kau musuh aku! Jangan pernah muncul depan aku!" Amir menahan malu. Malu kerana kalah dengan perempuan.

Syafiqah tersenyum sinis. "Ingat aku nak sangat jumpa orang yang berlagak macam kau ni?"

"Eiii, sampai ke tua kau takkan dapat suami!" Marah Amir.

Syafiqah yang tersenyum sinis terus ketawa, terbahak-bahak. Kelakar dengan kenyataan yang baru keluar daripada mulut Amir.

"Kau pun takkan dapat isteri sampai ke tua kalau perangai berlagak kau ni!"

"Katik, kau diam!" Amir memarahi Syafiqah.

"Daripada kau, kalah dengan perempuan!"

"Erghhh!"

"Erghhh!" Masing-masing menjerit dan terus berlalu. Tidak betah duduk lama-lama di situ dek kerana pertengkaran. Takkan pernah habis kalau tak ada yang mahu menyerah kalah.

"Oi, oi! Ni apa kes dua-dua duk pandang mata sesama sendiri ni?" Faiqah menepuk tangan ke arah kakaknya dan Amir.

Masing-masing tersedar daripada lamunan dan membawa ke alam realiti.

"So, nikah kita buat..."

"Tak nak kahwin dengan Naim!!!"

Syafiqah terus memotong ayat uminya dan terus naik ke atas biliknya.

"Good, aku pun tak nak kahwin dengan kau!" Jerit Amir, dari tingkat bawah tetapi masih dapat didengari oleh Syafiqah.

"Huh, berlagak punya jantan! Benci! Benci! Benciiiiiiiiii!" Jerit Syafiqah.

*******************

No comments:

Post a Comment