Cerpen : Suamiku Si Muka Ketat

By Nur Hidayah

"Kau dengan dia macam Tom and Jerry, macam kucing dan anjing, macam oggy and the cocroaches. Macam langit dengan bumi lah senang cerita." Aisya berkata dengan nada yang tak percaya.

"So?" Aku ambil tak peduli.

"Nur Salwa Aisya binti Faareed, hang biaq betui?"

Tudiaaa, kalau bab serious, Aisya memang selalu cakap Kedah. Okay, nama aku Nur Salwa Aisya. Yang nama kawan aku ni pula, Zaraa Aisya. Nama sama, tapi pendapat berbeza-beza.

Dan semestinya... Aku bukan kembar Aisya. Aku ni kawan baik dia aje.

"Sungguh la." Jawab aku.

"Hang kalau buat keputusan, mesti tak guna kepala otak hang!"

Aku orang Kuala Lumpur je. Tapi bila dah hari-hari dengar si Aisya ni membebel Kedah, memang aku pun sudah terbelajar sikit-sikit lah daripada bebelan Aisya.

"Biaq pi la."

"Hang memang gila lah."

"Kalau cek gila, cek tak akan dapat gelaran pensyarah." Aku jelir lidah.

"Hang kalau mak hang suh kahwin pun, toksah lah dok buat keputusan terburu-buru."

"Biarlahhh, aku tahu apa aku buat. Lagipun mak aku dah bising suruh kahwin. Balik rumah dia aje, mesti bangkitkan isu kahwin, kahwin, kahwin!" Aku sudah kembali ke bahasa asal. Penat juga sebenarnya nak cakap Kedah. Terbelit-belit lidah aku ni.

"Hang pun satu, time belajaq awat tak bercinta?" Uiii? Boleh tak aku nak lemparkan kusyen ni dekat Aisya.

Okey, aku tak minta izin pun aku dah lemparkan dah pun. "Awat hang dok baling-baling ni?"

"Kalau time belajar, tak payah dok menggedik nak bercinta! Tengok macam kau, bercinta sangat kan. Dah berapa kali tukar pakwe?" Perli aku.

"Eleh, hang dok jealous."

"Euww, siapa jealous? Ni aku nak tanyalah, kau bercinta daripada zaman kolej, awat hang tak kahwin-kahwin lagi Cik Aisya oiii?" Sekali lagi aku menyindir.

"Sindir aku pula!" Kusyen tadi aku baling ke kepala Aisya, kini mendarat pula ke kepala aku.

"Eleh, bergurau." Aku jelir lidah.

"Gurau tengkorak hang."

"Aku terpaksalah, Sya." Luahku. Sebenarnya, aku buat keputusan ni terpaksa!

Yalah, mak dok sibuk tanya aku bila lah nak kahwin. Sudahlah aku ni anak sulong. Ada adik bongsu pula, tapi tu pun baru sembilan tahun. Takkan yang si bongsu nak kahwin dulu kot? Lagipun, adik aku tu lelaki. Kerja pun belum lagi.

"Awat pula?"

"Dah mak aku suruh kahwin. Aku ikut ajelah. Lagipun, umur aku dah dua puluh sembilan kot. Tahun depan masuk tiga puluh. Memang kena cop anak dara tualah aku."

"Oh, hang sebenaqnya tak mau kena cop anak dara tualah ni?"

"Boleh dikatakan jugalah. Lagipun, aku memang nak sangat berkahwin. Aku dah tua. Hehe."

"Tapi dengan mamat ketat tu ka?"

"Tak ada pilihan lain."

"Ryzal?"

"No way. Dia tu aku kena daripada kecik. Dulu memang rapat, tapi sekarang ni aku dah malu-malu dengan dia. Lagipun, aku dengan dia sama pendapat. Selalu, orang kata pendapat berbeza ni baru sesuai."

"Hang dengaqlah cakap orang tua-tua. Ni, kalah Allah dah tetapkan jodoh, nak buat lagu mana." Aisya sudah mula membebel.

"Ya, Cik Aisya."

"Ni, yang dok minat gila kat hang tu. Erm, Ifham?"

"Uish, lagilah. Awal-awal lagi aku dah reject. Dia tu, dah aku memang tak suka nak buat macam mana. Lepastu, panas baran tak habis bila aku tak dengar cakap dia."

"Furqhan?"

"Handsome, tapi hampeh! Ada pula dia kata yang dia tu handsome daripada Robert Pattinson? Itu dah dikategorikan RIAK kau tahu tak. Tak nak aku dapat suami riak."

"Eleh, dia gurau ja tu. Hang ja dok take it serious."

"Gurau apa, kalau dah hari-hari jumpa berlagak memanjang." Aku mencebik.

"Ok, last... Kamal?"

"Tak nak... Ish, dahlah! Keputusan aku tetap juga!"

"Hang memang keras kepala la."

"Tau tak pa."

"Aku tak boleh nak kata apa-apa dahlah. Kau dah buat keputusan kan. Jadi, selamat pengantin baru." Aisya sudah mula cakap Kuala Lumpur. Penat ke kak cakap Kedah dengan aku? Haha.

"Aku baru buat keputusan, belum kahwin lagi."

"Memanglah, tapi apa-apa pun tahniah!" Aisya memeluk erat bahuku.

*********************

 "Aku dah cakap dengan mak aku, aku nak kahwin dengan kau."

"So?"

"Jadi, kau pun kenalah kahwin dengan aku."

"Oh, ya. Macam tu eh?"

"Haha. Tak. Kau tak payah kahwin dengan aku pun." Aku bersinis. Soalan entah apa-apa.

"Good. Aku tak nak kahwin dengan kau." Gila. Dia lagi sinis daripada aku kot.

"Kau ni! Kau kena jugak kahwin dengan aku!" Aku mengeras.

"Kalau tak nak?"

"Siap kau!"

"Tak payah siapkan, aku dah siap berbaju dah ni." Sinis. Sarkastik semua ada.

"Kau nak ke tak kahwin dengan aku?"

Okey, jarang sekali perempuan-perempuan di luar sana memaksa lelaki kahwin dengan perempuan. Selalunya, lelaki yang paksa perempuan. Tapi lain pula aku.

Sudah, apa nak jadi, jadilah!

"Kau orang pertama dalam sejarah, perempuan paksa lelaki kahwin!" Faris menggeleng, tidak percaya.

"Oh, so?"

"Malaslah nak cakap dengan kau."

"Whatever. Kau kena jugak jadi suami aku!"

"Okay... Aku pun ada permintaan untuk kau."

Sudah... Janganlah dia minta yang merepek. Kalau dia minta benda-benda yang merepek, macam mana? Kalau aku tak boleh tunaikan, macam mana? Tak jadi kahwin dengan dia?

Haa... Jangan!

"Err, apa?" Soal, aku tergagap-gagap.

"Hm, sini sikit. Nanti orang lain dengar."

"Apa kes? Biarlah orang nak dengar pun!"

"Kau nak kahwin dengan aku ke tak?"

"Okay - okay!" Aku turutkan juga permintaan dia yang suruh aku dekatkan sikit muka aku ke mukanya. Nak berbisik lah katakan.

"What?!" Aku menjerit. Sudah tidak mempedulikan lagi orang di sekeliling restoran itu.

TAK NAK!!!

****************************

"Salwa, kamu dah jadi isteri orang. Dengar cakap suami, jangan lawan cakap suami. Neraka tempatnya tau." Pesan babah.

Puas sudah tadi aku mengalirkan air mata. Yang si suami muka ketat dekat sebelah ni bukannya reti nak memujuk ke apa, lagi bersinis dengan aku adalah.

"Tak payah menangis, buruklah."

"Banjir masjid ni dengan air mata kau."

"Sudah-sudahlah tu menangis, penat aku tengok."

Macam-macam dia cakap dekat aku. Nasib kau bisik! Kalau dia cakap kuat... Pecah tembelang! Tadi aku menangis, babah dengan mak aje pujuk. Dengan adik aku sekali. Yang si suami.. Okey, sabar je lah.

"Babah serahkan Salwa, dekat Faris. Jaga anak babah elok-elok, sepertimana babah jaga Salwa sebelum ni..." Pesan babah dekat Faris.

Ayat babah memang nak buat aku menangis buat kali ketiga! Pertama kali aku menangis, bila Faris ucap akd nikah dengan sekali lafaz. Kali kedua aku menangis bila mak memesan aku dengan macam-macam.

"Insyaallah, bah..." Ucap Faris, tersenyum. Untuk babah aje. Untuk aku? Kirim salam!

"Dan, Salwa... Jangan pernah lawan cakap suami. Kalau dia cakap A, A lah kamu. Kalau B, kamu pun B lah. Dengar cakap dia." Pesan mak pula.

"Ye mak. Insyaallah Salwa dengar cakap Faris ni haaa." Aku menjeling si suami yang berada di sebelah.

Aku pandang dia, bukannya tahu nak senyum. Ketat dua puluh empat jam aje muka tu!

Muka tu, kalau boleh nak aje aku tonyoh-tonyoh suruh senyum. Tak payahlah nak pasang muka cemberut macam orang sembelit tak ada tandas sampai tertahan-tahan tak jadi nak lepaskan hajat. Ish!

Ceh, kutuk suami dalam hati!

********************

"Naik pelamin dah kau kan! Aku ni bilalah lagi..." Aisya berkata, dengan sayu.

"Ceit! Banggalah sikit kawan kau dah kahwin! Insyaallah, adalah jodoh kau tu. Jangan risau. Cuma belum sampai masanya lagi tu. Insyaallah." Pesan aku, cuba memujuk Aisya.

Kawan manalah yang tak sedih bila tengok kawan baiknya kahwin.

Okey, kalau kawan menangis... Itu mungkin sahaja ada dua air mata yang bermakna. Yang pertama, mesti rasa bahagia bila tengok kawan dah bahagia dengan pasangan. Tapi masalahnya, aku ni bahagia ke? Ceh!

Yang kedua, mungkin kawan tu menangis sebab dia keseorangan, macam Aisya! Hahaha jahatnya aku ni!

"Bertahun-tahun bercinta, last-last putus juga..." Aisya masih lagi dalam mood sedih.

Aku pula tidak senang duduk. "Aisy, kau ni... Korang tak ada jodohlah tu... Adalah tu jodoh kau tu nanti." Pujuk aku.

"Haha. Dahlah. Aku ni bersedih pulak di hari bahagia kau." Aisya mengesat air mata. Aku sendiri pun tak tahu kenapa dia boleh menangis.

Cakap pasal putus tu, baru dia menangis. Mungkin masih teringatkan kekasih lama kot... Insyaallah Aisy! Kalau ada jodoh, memang tak ke mana!

"Aku lapar nasi minyak lagilah. Boleh aku tapau?" Tanpa segan-silu, Aisya menuturkan kata-katanya itu.

"Banyak makan kau kan? Suka hatilah kau nak tapau berapa bungkus pun, tapaulah." Aku tersengih.

"Thanks kawan."

"No problem."

"Oh, yaaaa. Faris..." Aisya baru sahaja untuk melangkah pergi, tetapi berhenti dan menyeru nama Faris.

"Ya?"

"Jangan pernah deritakan kawan aku." Pesan Aisya, lantas tersenyum.

Faris juga turut senyum. Amboi, murahnya senyuman kau? Bila dengan aku, senyuman kau tu macam berjuta-juta harganya.

"Insyaallah."

"Dan...."

"Dan?"

"Jangan pernah buat dia menangis sebab kau. Kalau dia menangis sebab kau, nahas kau!" Ugut Aisya.

"Haha. Okey, mem!"

Amboi, Faris. Kau ni berjanji-janji pula. Last-last bila balik rumah nanti, hampeh! Macam ribut aje nanti kang. Kononnya nak jaga aku, eh? Kang tetiba jaga entah ke mana. Dok asyik bergaduh aje dua puluh empat jam.

Nasiblah, suami aku si ketat ni pasang muka ketat dengan aku je!

*******************

"Cepatlah..."

"Sabarlah, Mr. Faris!" Memang dah tak reti nak bersabar ke apa Faris ni?

Bukannya mati pun kalau tak boleh nak tunggu lama-lama. Kejap aje pun. Dah nak siap dah pun. Sudahlah jerit terpekik melalak macam orang gila.

"Aku dah tak boleh sabar dah ni!"

"Ish, yalah!"

Aku melangkah dengan penuh berhati-hati sambil menatang dulang yang berisi dua mangkuk sagu mata ikan, sebagai pencuci mulut.

Sebenarnya, itulah permintaan pertama yang dia minta masa sebelum aku berkahwin dengan Faris. Aku bukannya tak pandai masak, pandai! Ceh, teriak pulak. Hahaha.

Cuma, aku memang tak pandai buat kuih sagu mata ikan! Orang lain kata senang, tapi bagi aku... Ya Allah! Cabaran yang amat menyakitkan hati.

Ada sekali tu aku buat, bentuk dan dari segi paras rupa, memang dah okay. Lawa dah. Babah yang cakap. Tapi bila makan... Ya Allah! Terlebih garam pulak.

Kali kedua aku buat... Bentuknya pula tak okay. Dahlah bentuk tak okay, rasa dia lagilah KO! Dah penat sangat buat kuih tu, aku langsung tak buat dah. Malas.

"Sedap tak?" Mata aku sengaja dikerdip-kerdipkan. Sengaja mahu goda si suami.

Dalam nak merasa makanan tu pun, muka still lagi ketat.

"Ermmm..."

"Cepatlah bagi komen."

"Ermmm..."

"Kau ni, serius sikit boleh tak?!"

"Sedap." Ujarnya, kepalanya terangguk-anguk. Berkali-kali dia menyuap ke dalam mulutnya.

Ikhlas ke tidak pujian tu? Confuse aku bila tengok muka ketat dia. Macam tak ikhlas aje puji kuih aku tu. Lain kali, pasang muka cemberut macam kena sembelit pula, ya?

Aku tersenyum. "Alhamdullilah!"

"Hm... Permintaan kedua, bila kau nak tunaikan?"

"Erk!" Aku tersentak. Baru nak raikan kegembiraan yang kuih sagu aku menjadi. Dia ni memang meng-spoiled mood aku betullah.

Keningnya terjongket-jongket. Menanti jawapan aku.

"Aku belum bersedia!" Jerit aku, dan terus berlari masuk ke dalam bilik. Pintu aku tutup rapat-rapat dan, tombol pintu aku kunci.

**********************

Dua bulan kemudian...

"Wawa..."

"Apa Wawa, Wawa? Sesuka hati aje kau ni kan panggil nama aku macam tu." Aku mencebik.

"Elelehhh, tu pun nak marah ke Wawa sayang?"

Aku terkesima. Sayang?

"Dah, dah. Tak payah pasang muka macam cicak kena cekik. Ni, pasangkan tie aku." Pinta Faris.

"Pakailah sendiri!" Aku membetulkan tudung yang berada di atas kepala. Pukul lapan pagi sahaja aku mesti kena sampai ke dewan kuliah. Kalau tak... Kesian pelajar-pelajar aku, dok menunggu aje. Sudahlah jalan pun jam.

"Eh, aku ada isteri. Apa gunanya kalau ada isteri tapi tak tolong pakaikan tie, kan?" Sengaja je nak menyindir aku.

"Fine!" Tali leher yang berwarna hitam itu, aku capai ganas daripada tangan Faris.

Aku mula memasang tali leher di leher Faris. Nasib sahaja aku dah belajar cara-cara mengikat tali leher ni dekat Farish. Itu pun, Farish mengada-ngada nak sangat aku belajar.

Katanya, kalau ada suami... Si suami tu mengada-ngada sikit nak suruh kita pakaikan dia tali leher. Memang benarlah kata Farish...

"Kau nak bunuh aku ke apa?! Uhukkk!" Jerit Faris apabila aku sengaja mencebik Faris dengan menggunakan tali lehernya.

"Padan muka. Wekkk!" Aku jelir lidah.

"Ooo, kenakan aku ya?" Serta-merta ketawa aku meletus. Tolonglah, aku memang sensetif gila bila ada orang geletek dekat pinggang ke, leher ke mahupun kaki.

"Dah, dah. Penat aku nak lari. Akhirnya, kau juga dapat tangkap aku. Maklumlah, kaki aku kan pendek." Aku mengalah.

"Haha. Sedar pun yang diri tu sebenarnya katik."

Aku jelir lidah. "Biarlah, macamlah kau tu tinggi sangat." Aku mencebik.

"Haha. Kan bahagia kalau kita selalu macam ni. Kan?" Soalnya.

Aku kerut dahi. "Macam ni? Macam apa?" Soal aku, lurus.

"Yelah, macam pasangan suami isteri yang lain... Macam dalam novel tu..." Ujarnya.

"Ohh," Aku ambil tak peduli. Nak yang macam dalam novel? Kau kahwin lah dengan perempuan yang kau cinta!

Eh, no no no! Aku tak rela dimadukan!

"Jadi, kau boleh ke tak laksanakan permintaan aku, yang kedua? Hurm?" Soalnya, penuh syahdu.

Tolonglah, jangan goda aku!

"Err.." Aku mula mencari ayat yang sesuai.

"Tak apalah. Aku faham." Aku terkejut apabila tiba-tiba sahaja Faris menarik lembut tangan aku.

"Ops, sorry-sorry. Tadi tu diluar kawalan." Dia tersengih.

"Ha.Ha." Aku gelak tak ikhlas. LUAR KAWALAN YA? Luar kawalan sangat.

"Eleh, aku tarik tangan kau sebab nak suruh kau cepat keluar. Nanti lambat pula kan. Maklumlah kau kan pensyarah. Aku doktor, apa kisah sangat. Berlambak doktor dekat hospital tu." Faris sudah mula membebel.

"Ya, ya. Sudah-sudahlah jadi mak nenek. Bebel aje kerjanya." Aku juih bibir.

"Buatlah bibir macam tu, cium kang." Aku segera tutup mulut.

Eeeiii, miang!

No wonder.

Dia bergurau dengan aku tadi pun, mana ada senyum.

********************

"Kuranglah gula, tambahkan senyuman!" Faris menjerit dari arah ruang tamu.

Aku pula di dapur.

Selama empat bulan aku dan Faris berkahwin, tiada apa yang berubah pun. Masih macam Tom and Jerry juga.

"Aku tahulah!" Jerit aku pula.

"Mak pesan, jangan lawan cakap suami..." Ujarnya tiba-tiba.

Eleh, tak payahlah nak cakap pasal pesan-pesan ni. Dia pun dua kali lima je! Nak jaga aku konon. Bergaduh aje, jaga apanya?
 
Daripada dulu, sampai sekarang Faris memang asyik pesan benda yang sama sahaja apabila aku masakkan makanan ke, buatkan dia air sekalipun. Asyik-asyik pesan benda sama.

"Nah!" Aku menghulur mug berisi kopi, supaya si suami ni tak mengantuk ketika sedang membuat kerja. Kerja apa? Aku pun tak tahu. Tak tahu pulak yang doktor pun ada kerja part time di rumah.

"Kau tak ada letak racun kan?"

"Ish, tak ada maknanya aku nak bunuh suami aku sendiri! Suami aku, my only one." Ujar aku.

"Ceh, sayang juga kau kat aku kan?"

"Siapa tak sayang suamiiiii..." Kata aku, perlahan.

Ceh, si muka ketat ni tersenyum lah! Kalau lah rumah ni ada CCTV, dah lama aku SAVE kan. Buat jadi kenangan. First time kot dia bagi senyuman untuk aku!

Burrr!

Terus meletus ketawa aku. Yeah, terkena!

"Kau ni, nak bunuh aku betul-betul ke apa?" Soal Faris, kasar.

"Haha. Tak adanya orang mati minum air kopi garam!" Aku jelir lidah.

"Memanglah tak ada! Tapi, bila makan banyak garam, boleh terkena darah tinggi tau! Darah tinggi tu kan bahaya!"

"Ya doktor, ya doktor." Aku menjuih bibir. Sekali dia membebel, memang panas telinga aku ni. Haha.

"Empat bulan dah kita kahwin. Kau dah boleh laksanakan permintaan kedua aku?" Soalnya tiba-tiba.

"Err..." Gila! Macam mana pula dia boleh tukar topik ni?

"Jangan buat ibu bapa kita hampa, Wawa. Dorang dah tanya banyak kali pasal benda ni. They want a grandchild, from us."

"Aku bukannya apa.. Aku nak ke ada anak daripada aku? Aku kan..."

"Shhh, no matter who you are, you're my wife. Just like what you said, my only one. Aku dah lama cintakan kau, Wawa..."

"Aku cuma..."

"Shh, call me 'abang'"

Ceh! Apahal tiba-tiba mode jiwang pula ni? Okay tak apa, kita layankan aje.

"Ermmm.." Badan aku yang terduduk, dia cempung.

Tonight is the night, with the Si Muka Ketat!

-TAMAT-

*****************

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin!

1 comment: