Cerpen : PMR Tunang, Kahwin Lepas SPM! 2

By Nur Hidayah - Part 2



Selama setahun lebih aku bertunang dengan Firdaus, aku tidak pernah jumpa dengan dia selepas daripada majlis kesyukuran semasa majlis pertunangan kami.

Dan sekarang, hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk aku menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia. Barapa bulan sahaja lagi!

Rindu? Bolehlah sikit-sikit. Ceh, sikit sangat!

Walaupun aku berjumpa dia dalam masa satu hari, aku sudah mula tertarik dengan keimanannya. Kenapa? Sebab, aku pernah tengok dia mengimamkan solat maghrib dan isyak di rumah aku, sewaktu majlis aku dan dia.

Pernah juga sekali, aku ternampak dia membaca al-quran selepas solat, walaupun hanya sekejap sahaja. Aku sudah mula tertarik dengan keimanannya.

Dan aku faham, tunang aku itu dulu akan menghadapi SPM ketika pertunangan kami. Sebab itulah, aku tak mahu kacau Firdaus. Walaupun hati ini meronta-ronta suruh telefon si Firdaus tu.

Tapi sekarang... Aku nak jumpa dia, sebelum aku SPM!

"Maaaaaa, paaaaaaa!" Jerit aku, sekuat hati. Memanggil mama dan papa yang berada di luar rumah. Aku percaya, aku jerit sekuat tadi pun mereka tidak sedar. Kat luar kot, nak dengar apanya, kan?

"Mama, papa!" Jerit aku lagi, di muka pintu.

"Ya?" Mama dan papa berpaling menghadap aku. Ketika itu, mama dan papa sedang berdua-duaan di gazebo. Dating ler tu. Haha.

"Firdaus sekolah mana?" Soal aku, tanpa segan-silu.

"Dia dah habis sekolah, lupa ke?" Soalan mama itu, membuatkan aku terus menepuk dahi.

"Haah, lupa pula. Hehe. Dia tinggal mana?" Soal aku lagi.

"Dia tinggal dekat sini-sini aje, kenapa?" Soalan aku, dibalas dengan soalan. Papa pula, lebih senang mendiamkan diri. Membiarkan kami dua beranak bercakap.

"Kalau Fir nak jumpa dia, boleh kan?" Soal aku, sekaligus meminta izin.

"Boleh, apa salahnya." Papa memberi keizinan, dan lantas mulut aku mengorak senyuman.

"Tapi, kenapa tiba-tiba aje ni?" Soal mama, keningnya terangkat sebelah.

"Lama tak jumpa, lagipun dulu last kitorang jumpa masa Fir bertunang. Boleh kan, ma?" Soal aku lagi, meminta keizinan daripada mama pula.

"Hm, boleh je. Rumah dia pun, tak adalah jauh mana." Mama telah pun memberi keizinan. Makin lebar senyuman aku.

"Yeayyy, terima kasih ma, pa!" Terus aku peluk mama dengan papa. Mama dan papa cuma tersenyum melihat gelagat aku.

Firdaus, tunggu saya!

*******************

Aku perhatikan betul-betul alamat yang bertulis di dalam Galaxy Note 3 aku, dan nombor rumah di hadapan aku kini.

Sungguh ka ni rumah dia?

Tak percaya nyaaaaa. Aku fikir, dia ni orang yang biasa-biasa aje. Tapi rupanya, uish tengok daripada rupa rumahnya, aku dah tahu yang dia mesti orang yang lebih berada daripada aku.

"Assala..."

"Firsya?" Tegur seorang lelaki. Aku sudah mengukir senyuman, suara itu milik Firdaus!

Senyuman aku mati tatkala melihat Firdaus bersama perempuan lain, memeluk bahu lagi.

"Si.. Siapa ni?" Soal aku, tergagap-gagap. Cuba menahan rasa pedih di dalam hati.

Dua tahun tak jumpa, dia sudah ada pengganti? Kalau aku tahu aku bakal disakiti, aku pasti tak akan terima pujukan mama supaya aku bertunang dengan Firdaus!

"Ni..." Tangan yang melingkar di atas bahu, kini di lepaskan.

"Siapa?!" Soal aku, marah.

"Err..." Dia masih lagi diam, perempuan yang di sebelah cuma memandang kami dengan pandangan yang pelik.

Tanpa menunggu lagi, aku terus pergi. Aku tak sanggup lagi untuk melihat kemesraan di antara Firdaus dan perempuan itu. Patutlah tak jumpa aku langsung, rupanya dah pasang yang lain!

Cincin pertunangan yang elok berada di jari manisku, aku tanggalkan. Aku mengcampak cincin itu ke muka Firdaus. Biar dia tahu, aku benar-benar sakit dengan perangai Firdaus!

Dan... Aku menangis untuk kali kedua... Terima kasih kerana membuatkan hati aku ni berkecai pecah! Terima kasih, kerana buat menangis!

***********************

"Kau. Menangis?" Soal Farissa.

Ketika itu, Farissa, Arissa, Farha dan Nurin menemani aku di taman permainan yang berdekatan di rumah aku, dan pasti berdekatan dengan rumah Firdaus.

Bila teringatkan Firdaus... Hati aku rasa sakit, pedih.

Aku tergelak dalam hati. Aku sangka... Rindu akan terubat apabila berjumpa dengan Firdaus, tetapi sebaliknya. Tapi sebenarnya rindu aku tidak terubat, tetapi telah menjadi racun yang bisa sehingga memedihkan hati aku apabila melihat kemesraan Firdaus dan perempuan itu.

Siapa sangka? Orang yang pernah buat aku jatuh cinta dalam sehari, kini telah berjaya buat aku menangis. Terima kasih banyak-banyak.

"Aku rasa, aku nak putus tunang."

"HAAAAAAA?!" Keempat-empat orang sahabatku terlopong mulutnya.

"Tapi aku rasa, aku dah putus dah pun. Cincin tunang tu, aku campak dekat muka dia. Haha!" Aku tergelak. Gelak walaupun hati ini masih pedih.

"Kau biar betul? Cuba cerita dekat kami!" Nurin, macam biasalah. Semuanya nak diceritakan kepada dia bila aku ada masalah.

"Aku nampak dia dengan perempuan lain, mesra." Aku tergelak lagi. Cuba menyembunyikan rasa sakit di hati.

"Patutlah tak berjumpa bertahun." Masih lagi tergelak, tetapi kali ini bersama tangisan.

Terus mereka memeluk aku. Mungkin mahu berkongsi masalah dengan aku. Apabila dipeluk sebegitu, makin kuat tangisan aku. Pedihnya hati ini. Hati yang telah pecah, payah untuk diperbaiki.

"Aku percaya, tu bukan perempuan simpanan dia." Kata Arissa, dengan penuh yakin.

"Haha. Apa-apa ajelah. Aku dengan dia bukannya ada apa-apa pun." Gelak lagi.

"Ish kau ni. Aku percaya, dia memang betul-betul tak ada apa-apa dengan perempuan tu." Kata Farissa pula. Makin galak pula ketawa aku, walaupun masih pedih hati ini.

"Sudah-sudahlah pujuk aku." Aku berkeras hati. Benarlah kata orang, hati yang disakiti, selalu menjadi keras.

"Firsya... Kau kan pernah bagitahu kitorang, yang Firdaus tu pandai jadi imam dalam solat... Pandai baca al-quran.. Kan?" Soal Farha pula.

"Memanglah." Aku mengangguk.

"Dan aku rasa, orang yang beriman macam tu tak mungkin nak buat benda yang tak senonoh. Aku percaya seratus peratus, dia tak ada apa-apa dengan perempuan yang kau cakapkan tu." Kata Farha lagi.

Maaf, hati aku sekarang tak akan mudah untuk dipujuk lagi!

"Tak semestinya lah. Lelaki, iman dia kuat sekalipun, mesti ada nafsu juga." Aku angkat bahu.

"Haha. Dahlah. Jom, balik." Aku angkat punggung. Kelihatan empat orang sahabat aku menggeleng kepala.

"Oh ya. From now on, aku nak lupakan dia. Jadi, tiada nama Firdaus dalam hidup dan kamus hidup aku, okey?" Aku tersenyum bersama gerlingan air mata.

Aku kena kuat!

Pantas sahaja jari aku menyapu air mata. Tak perlu kot nak menangis sebab lelaki? Nasib baik baru bertunang, kalau bernikah dah?

Aku berpaling ke belakang. "Dan jangan pernah sebut pasal Firdaus lagi." Pesan aku lagi.

"Firsya... Firsya... Kerasnya hati kau." Kedengaran Nurin bersuara daripada arah belakang.

Aku membiarkan sahaja mereka itu. Biarlah apa orang nak cakap. Janji, aku tak nak ingat pasal orang yang pernah buat aku sakit, pedih hati!

Firdaus, get out from my life!

******************

"TAPI KENAPA?!" Jerit mama, kuat.

"Firsya tak suka dia! Benci!" Aku menyilang tangan ke dada.

"Fir ingat, suka-suka hati je boleh putuskan pertunangan macam tu aje?" Soal papa, garang.

Aku pun gerun melihat mama dan papa memarahi aku. Tapi sedaya upaya aku memberanikan diri untuk menjadi berani dengan kemarahan mama dan papa.

"Bagitahu mama, kenapa nak putuskan pertunangan?" Soal mama, suaranya yang tadi kuat, kini perlahan.

"Sebab Fir tak suka dia." Tenang sahaja aku membalas.

Sebenarnya mulut aku ini, susah untuk meluahkan perkara yang sebenar. Hati aku ini, macam tak yakin dengan apa yang aku buat. Ah, aku perlu yakin dengan keputusan yang aku buat.

"Itu aje?" Soal papa, mukanya bengis.

"Ya." Jawab aku, tenang. Tanpa ada riak wajah muka yang bersalah.

"Fir, jangan buat keputusan yang terburu-buru." Ujar mama.

"Fir tak akan pernah menyesal ma."

"Tapi kenapa, Fir?" Soal mama lagi, masih tak berpuas hati dengan jawapan aku tadi.

"Fir belum bersedia nak kahwin lepas SPM!" Lain yang aku mahu katakan, lain pula yang aku ucapkan. Ah, mulut ni!

"Fir..." Aku dengar suara mama bergetar. Seperti mahu menangis.

"Maaf ma... Fir tak boleh teruskan. Sorry ma, pa. Fir naik dulu," Aku memohon maaf.

Terus kaki aku naik ke atas, masuk ke dalam bilik. Badan yang terasa letih, aku hempaskan ke atas katil. Tambah lagi dengan hati yang pedih!

Maafkan Fir, mama , papa... Fir tak boleh teruskan pernikahan ni, sebab Fir dah terluka.

Kata-kata itu, aku hanya ucapkan di dalam hati. Mata yang terasa berat, aku pejamkan. Tetapi, seketika kemudian, wajah Firdaus yang sedang tersenyum manis terbayang di mataku kini.

Gila, lupakan jelah budak tu!!!

******************************

Tinggal seminggu sahaja lagi, untuk aku menghadapi SPM.

Aku bersama rakan baikku Nurin, Arissa, Farissa dan Farha bersama bersama di perpustakaan Shah Alam. Masing-masing menumpukan perhatian di buku Chemistry Form Five.

"Psstt...!" Bisik Arissa.

"Apa?!" Aku juga turut berbisik. Bengang pula bila sedang khusyuk membaca, tiba-tiba sahaja Arissa menguis kaki aku.

"Tuuu..." Arissa memuncungkan bibir, menunjukkan ke sesuatu arah, di belakang aku.

"Apa?" Soal aku, kurang mengerti.

"Tuuuu." Yang lain juga turut sama memuncungkan bibir.

Aku tergelak melihat gelagat kawan aku. Haihhh, empat kawan tapi sekepala.

Pantas sahaja aku berpandang ke arah belakang aku. Dan... Mati terus gelak aku apabila melihat seorang jejaka yang sedang berdiri di belakang aku, dengan wajah yang seperti orang bersalah.

Tangannya pula, disilangkan kebelakang.

"Jom balik." Aku menyusun barang-barang di atas dan memasukkan ke dalam tote bag aku.

"Firsya..." Suaranya bergetar. Dia memegang lengan baju aku.

"Apa?!" Soal aku, kasar.

"Kenapa awak layan orang macam ni?"

Tangannya yang berada di belakang, kini di hadapan. Huluran sejambak bunga ros, aku tidak endahkan. Aku gamble kan aje bunga ros tu. Ingat aku nak sangat ke bunga ros? Kau fikir aku ni jenis perempuan yang suka bunga bila nak kena pujuk? Sorry!

"Awak kan dah ada pengganti, kenapa nak mengharapkan saya pula?"

"Pengganti?" Soal Firdaus. Keningnya terangkat sebelah.

"Lah, mana pergi pengganti awak tu? Dah lupa ke?" Soal aku, sinis.

"Yang haritu tu ke?" Soal Firdaus.

"Eh tak, yang besok." Sarkastik.

"Awak salah faham dengan oranglah." Firdaus tersenyum.

Aku pula yang semakin tak mengerti. "Apa maksud awak?"

"Tu..." Firdaus memuncungkan bibirnya ke arah seorang gadis. Gadis yang bersamanya dulu.

"Assalamualaikum, adik ipar." Tegur perempuan itu.

"Err.. Waalaikumussalam.." Aku terpinga-pinga.

Adik ipar? Apa maknanya ni?

"Ni... Kakak orang... Tulah, lain kali kalau orang belum habis explain, jangan pergi dulu..." Ujarnya, tersenyum mengusik.

Aku pula, semakin teruk merah muka ni. Dan benarlah kata orang, ikut kata ego, semuanya menjadi tak tentu hala.

"Jadi... Jangan buang cincin ni lepas korang dah bernikah tau," Kakak Firdaus menyarung cincin yang pernah aku campak dulu.

"Orang ingat lagi pesan orang dulu dekat awak. Pesan orang untuk awak tu, pesan untuk orang juga... Supaya orang jangan cari yang lain." Ujar Firdaus.

Aku tersenyum. "Hehe." Sengih. Malu dengan sikap sendiri.

"Ehemmm! Kami masih di sini." Keempat-empat orang rakan aku berdehem.

Aku dan Firdaus hanya tersengih. "Kita bernikah, lepas awak SPM tau?" Soal Firdaus.

Aku tersipu-sipu, mengangguk untuk soalan Firdaus tadi.

"Phewwwiiittt! Untunglah, pengantin muda." Kata Nurin, bergurau.

"Ish, diamlah." Marah aku, aku pula malu-malu apabila Firdaus tenung muka sebegitu.

"Buat elok-elok..." Pesan dia. Yang lain, cuma memerhatikan drama aku bersama Firdaus.

Ceh, nak berdrama dalam perpustakaan jugak!

"Doa dulu sebelum jawab exam..."

"Ya.."

"Jangan lupa, solat lima waktu."

"Yeeee."

"Ingat orang selalu, doa orang dalam solat awak tau.."

"Yaa.. Eh???" Bulat mata aku memandang Firdaus. Beraninya dia buat drama depan rakan-rakan aku!

"Haha. Dan, jangan pernah tanggalkan cincin ni tau."

"Ermmm."

"Kita jumpa masa nikah nanti tau. Bye, assalamualaikum.." Firdaus mula angkat punggung, begitu juga kakaknya.

"Waalaikumussalam." Aku menjawab salam.

"Firsya... Jangan lupa doakan orang tau." Pesan Firdaus, aku pula kurang mengerti dengan permintaannya.

"Untuk apa?" Aku angkat kening.

"Untuk akad nikah nanti lah. Doakan tau," Dia mengenyitkan matanya. Aku pula tersipu-sipu.

Maaaaaaaaaaaaaaaa, paaaaaaaaaaa! Fir dah bertunang balik!

*****************************

2 comments: