Short Story : Kali Kedua

By : Nur Hidayah

"Doktor, emergency!" Jerit seorang jururawat. Aku masih blur, aku ke ataupun Aisyah? Tak guna betul aku ini. Aisyah kan cuti!

Emergency weh emergency!

"Ye ye, bawak dia cepat ke bilik saya." Arah aku dengan cepat. Aku sendiri pun tak tahu lagi siapa orangnya. Cedera parah mungkin, sebab dah sampai tahap emergency.

Dan dengan pantas aku mencapai steteskop di atas meja aku dan memakai mask yang memang sudah tersedia di dalam bilik bagi setiap doktor. Tanpa berlengah lagi aku terus menuju ke katil di bilik aku.

"Pesakit ditembak dua peluru, doktor." Beritahu jururawat, aku dah tak ada masa nak tengok muka dia dan siapa namanya. Bukan tak ada masa apa, cuma tengah kecemasan ni haruslah tak ada masa.

"Tolong suntikkan bius, hurry please!" Arah aku dengan tegas. Nampak pesakit memang tengah tahan sakit gila-gila sampai muka berkerut sangat dah tu.

Aku pula yang sakit tengok muka dia, dan serentak itu aku masih pandang pada tangan dan kakinya yang terkena tembakan sambil itu tangan aku ligat mencari bahan yang sesuai untuk aku membuka kulit pesakit bagi mengeluarkan butir peluru.

"Encik tahan ya, nurse dah tolong suntikkan bius." Tiada respon.

Mukanya masih sama, tetapi tiada tanda-tanda pesakit ni akan pengsan sebab aku tengok dia macam kuat. Yelah dua peluru sekali kena tibas, dia cuma tahan sakit aje.

Tapi biasalah lelaki kan kuat. Heh. Sambil tangan aku ligat membuat kerja aku, mata aku sibuk pandang muka dia. Macam kenal. Dia tampak lebih rileks sedikit tetapi muka masih kerut sedikit. Lebih sedikit daripada tadi.

Serious, macam kenal.

Tapi aku lantakkan aje, biarlah mungkin adalah tu terserempak dekat mana-mana kan.

Lepas buang peluru di kakinya, aku cepat-cepat membuat beberapa jahitan di kakinya bagi menutup lubang lukanya. Dan terus beralih pula ke tangannya. Nurse di sebelah tolong bersihkan darah yang masih terdapat di kakinya walaupun dan banyak kali dicuci.

Tapi mata aku masih lagi tak habis-habis pandang mamat yang tengah baring di hadapan aku sekarang ini. Sebab aku rasa, memang aku betul-betul kenal dia. Cuma, aku tak pasti aje bila masa entah aku pernah berjumpa dengan dia.

Tiba-tiba dia pandang aku. Aku dah cuak. Cepat-cepat aku pandang tangannya yang hampir siap walaupun mata aku asyik kalihkan dekat muka dia. Lepas tu aku jahit dan aku balut lukanya selepas dah bersihkan darah.

"Ada rasa sakit-sakit lagi tak, encik?" Soal aku dengan ramah. Aku cuma pandang muka dia dengan sekilas sebab dia pulak sekarang ni yang pandang aku. Aku dah tak sedap hati.

Aku memang tak boleh bila orang pandang-pandang aku ni. Bukan sebab aku perasan cantik. Tapi sebab takut. Maklumlah sekarang ni macam-macam jadi. Tapi aku tak naklah bersangka buruk dengan pesakit aku sendiri. Tak elok.

"Not really, sebab ada bius kan." Jawabnya pendek, kemudian dia tersenyum. Kerut di wajahnya dah pun lama hilang. Baguslah, tak adalah rasa sakit-sakit lagi dah.

Sebab aku sendiri pun takut jugak tengok peluru dengan kaki dan tangannya. Lepastu kena pulak jahitan, yelah nak tutup lubang. Lepas dia beredar daripada hospital ni, kena buat sendirilah jawabnya pesakit aku ni untuk bersihkan lukanya.

Amboi, take care nampak?

Pesakit, kenalah take care.

"By the way, doktor..."

Ayatnya tergantung.

"Yup... Anything else?" Aku masih lagi ralit dengan menulis ubat apa yang sepatutnya untuk bagi dekat dia ni. Bila dah kena tembak macam ni, makin banyaklah barang-barang yang dia kena beli. Kain, tapenya lagi, ubat sapu lagi dan lain-lain.

"Saya rasa saya macam kenal doktor. Mata awak, sama macam mata dengan classmate saya dulu. Cantik." Jawab dia. Aku dah angkat kening. Aku ni mudah blur orangnya, dan lembab dalam bab-bab macam ni.

"Ha?"

"I mean, haha tak apa lah. Dah siap dah ke senarai ubat saya tu?"

Aku angguk. Masih tak faham. Dia kata aku cantik ke? Ke aku perasan? Oh no Hasya, jangan nak blur dekat sini! Malu orang tu tengok kau.

"Err dah." Jawab aku, mukanya langsung aku tak pandang waktu dia dah nak beredar. Sebab malu pulak. Tiba-tiba aje malu. Mungkin sebab lepas dia kata mata cantik tu kot tapi pada firasat aku dia bukan kata aku yang cantik.

Ha whateverlah.

Laju sahaja aku pandang name card pesakit itu. Memang biasa name card ada dua, satu untuk pesakit bawa pulang dan satu lagi untuk pihak hospital simpan. Dekat kad itu, tertera besar namanya.

Adlan Izzuddin Mohd Shah.

Eh?!

"Adlan!" Panggil aku, kuat. Tapi masih lagi boleh di cover. Sebab tak boleh lah nak buat bising dekat hospital ni. Terus dia pandang aku.

"Yes, doc? Saya tertinggal apa-apa ke?" Soalnya. Aku tersenyum di balik mask yang aku pakai. Patutlah dia kata dia macam kenal aku. Tapi bab cantik tu, mungkin orang lainlah kot. Aku malaslah nak syok sendiri.

Tapi yang penting sekarang ni, aku jumpa classmate aku! Haaa, benda ni patut bagitahu dekat Aisyah. Tapi nasib aje Aisyah tengah cuti sekarang ni.

Adlan nampak macam dah bingung sebab aku masih mendiamkan diri dengan masa yang lama. Tak adalah lama mana pun.

Terus aku buka mask yang aku pakai, dan sempat lagi aku menghadiahkan senyuman dekat Adlan. Adlan nampak speechless dan macam terkejut.

"Hey classmate!" Aku melambai tangan dekat Adlan. Terus Adlan senyum sampai telinga. Heh! Tadi kemain membisu, sekarang baru nak balas senyum aku.

"Wehhh Hasyaaa! I told you, aku kenal kau! Tak ubah perangai kau kan, blur!" Adlan tergelak-gelak mengutuk aku. Aku dah jeling dia tetapi aku tak heran pun sebab aku memang blur.

"Sedap kau kutuk depan-depan kan?"

"It's better lah kalau belakang amacam? Terbatuk-batuk kau nanti aku sebut nama kau." Balasnya, loyar buruk. Tapi aku layankan aje.

"Kau busy tak?" Soalnya. Aku tengok jam di tangan aku. Sekarang ni tak adalah busy sangat pun, lagipun dah nak lunch time lagi 15 minit.

"Tak sangat, kenapa?"

"Jomlah keluar sekejap. Lama dah tak jumpa ni." Balasnya. Aku masih teragak-agak nak cakap ya ataupun tak boleh. Sebab aku belum pernah lagi keluar dengan lelaki sebelum ni. Walaupun cuma kawan.

Alah, nak takut apa. Classmate aje. Bagaikan ada syaitan membisik, terus aku balas, "Jomlah."

Adlan dah senyum sampai ke telinga.

"Tapi, aku still ada dalam 10 minit macam tu. Kau tunggu lah dulu dekat ruang menunggu. Aku still ada kerja lagi sikit nak settlekan. Sikit aje." Kata aku dan dia cuma mengangguk. Aku dah tak cakap banyak terus aku masuk semula ke dalam bilik aku dan tinggalkan dia.

Kejam tak aku? Hahaha. Kejam apanya, kan aku dah suruh dia tunggu dekat ruang menunggu dulu kan. Pandai-pandai dialah. Hahaha!

***

Aku terus bukak kot putih yang ada di badan aku. Malas nak berkot-kot bila nak keluar. Buat panas aku. Dan sempat lagi aku perhatikan diri aku di cermin yang memang dah tersidai besar-besaran di dalam bilik aku.

Ceh, macam nak berdating pulak. Konon.

Aku capai handbag aku dan terus menuju ke ruang menunggu di mana pesakit perlu menunggu sebentar sebelum giliran tiba untuk masuk ke bilik merawat. Emergency accepted macam kes Adlan tadi.

"Okey dah, jom." Ajak aku apabila Adlan masih lagi tak perasan kehadiran aku. Khusyuk sangat tengok telefon bimbit dia tu. Layan makwe kot. Ke dah kahwin? Umur dah 25 aku rasa ada kemungkinan besar dia dah kahwin kan.

"Eh, haa jom." Jawabnya apabila dia baru aje tersedar akan kehadiran aku. Aku ni boleh tahan besarnya takkanlah dia tak perasan aku langsung. Kehkeh.

Aku hanya memerhati Adlan yang masih terkial-kial nak bangun. Baru sahaja pijak tanah, tiba-tiba kakinya tak seimbang dan terus aku sambut Adlan dengan pantas. Kalau jatuh nanti naya dia, double pulak kena sakit nanti.

"Eh kau ni okey ke tak? Kalau tak okey, balik ajelah." Ujar aku, berat jugak Adlan ni. Haha! Aku cuba bantu dia untuk berdiri, dan akhirnya berjaya.

"Kau halau aku ke apa ha?"

"Bukan halaulah! Tapi dah kalau condition kau macam ni, kau still lagi ke nak keluar berjalan ni?" Soal aku, risau. Tak sayang nyawa ke apa Adlan ni? Dahlah baru aku lepas kena jahitan tu. Aku sure memang sakit gila kalau banyak berjalan. Tangan tu okeylah lagi.

"Okey aje, mungkin sebab bius dah habis tu yang aku sakit sikit tu. Aku kan lelaki, no worries lah. Lagipun aku dah lama tak jumpa kau." Ujarnya. Tak mahu kalah lagi. Aku biarkan aje dia tu, siapa suruh degil sangat.

"Suka hati kaulah. Ni nak pergi mana ni?" Soal aku. Tak mahu buang masa. Masa rehat cuma ada sejam sahaja, dan sekarang ni kira-kira tinggal 50 minit sahaja lagi.

"Ikut kaulah, aku tak tahu sangat direction sini."

"Dekat sini ajelah, lagipun tak banyak masa sangat ni." Sambil bercakap, sambil-sambil itu kami berjalan serentak keluar daripada hospital. Adlan di sebelah aku berjalan agak slow sebabkan kakinya itu. Jadi terpaksalah aku perlahankan langkah aku.

"Dwap Barbarian okey tak?" Soal aku. Dia kerutkan wajahnya. Tahan sakit kot?

"Apa tu?"

"Haaa tak tahulah tu. Jom! Tu, restoran favourite aku dekat Shah Alam ni."

"Nampak sangat expert dengan kedai-kedai makan." Dia tersenyum.

"Of course." Aku balas confident. Yelah, aku hantu makan kot. Daripada gerai ke kedai grand semua aku makan. Wah, cakap macam bajet aje hahaha. Nak buat macam mana, dah memang favourite aku bila cuti aje mesti pergi keluar makan dekat kedai yang belum pernah rasa, tak pun shopping ke. Kahkah.

"By the way, ikut aku dari belakang."

"Iya doktorrr..."

***

"Waaaa, sekarang ni tengahari takkan nak makan sandwich?" Soalnya apabila kami sudahpun sampai di restoran yang kami tuju.

"Kau order aje apa yang kau nak, aku belanja. Favourite aku ni," Tunjuk aku tanpa disoal pun oleh Adlan. Aku memang suka gila dengan Roasted Chicken. Waaa siapa tak suka ayam kan.

"Nampak sedap aku tengok orang sebelah makan. Okaylah, sure kau belanja? Kalau gitu, aku nak smoke bbq beef." Ordernya, macam big boss.

Waaa, mentang-mentang aku offer dia aku yang belanja. Kemain.

Lepas sahaja order, terus aku minta diri untuk solat zuhur.

"Emm Hasya. Kau mesti tahu kan surau dekat mana. So janganlah tinggalkan aku seorang dekat sini." Kata Adlan. Aku tersengih-sengih. Pentingkan diri betul aku ni.

"Takpelah, biasanya bila order dia lambat sampai sikit. Jomlah." Ajak aku. Terus aku berjalan pantas keluar daripada restoran tersebut untuk menuju ke surau. Aku memang kena cepatlah kan kalau nak pergi solat. Well, you know that girl stuffs. Nak kena settlekan tudunglah, make uplah. Ceit.

Lepas sahaja solat, kami terus menuju semula ke restoran tadi. Aku memang dah pesan dekat Adlan yang aku ambik masa lama sikit untuk solat. So, aku suruh aje dia tunggu dekat luar surau perempuan. Senang aku nak cari dia. Lagipun dekat sini tak selamat sikit kalau jalan seorang. Ada Adlan okey sikit. Keh!

"So... Apa kes kau kena tembak ni? Kau buat jenayah eh?" Soal aku, angkat kening. Saja nak test. Hahaha, lama tak kenakan orang. Lagi-lagi Adlan, tak pernah sekali pun.

Maklumlah dulu, aku dengan dia harap aje classmate, tapi tegur pun boleh kira dengan jari aje. Selama 5 tahun sama kelas, bila masing-masing masuk aje ke dunia 18 tahun semua lost contact. Tu yang bila jumpa tu, agak excited sikit.

"Eh kau! Tak baik ada negative thinking dekat kawan."

"Alah gurau sikit aje pun."

"Hahaha gurau aje kau ni. Cuba teka." Dia angkat-angkat kening. Hm... Aku langsung tak boleh nak expect dia kerja apa. Sebab, sekarang ni dia cuma memakai t-shirt hitam di dalam dan di luarnya dia pakai macam lebih kurang sweater. Aku pun tak tahu apa benda, baju lelaki kan. Kalau aku gelarkan aje cardigan. Kahkah!

"Kau nak buat kepala aku berpuzzle pulak. Cakaplah kau kerja apa sampai ada orang tak puas hati dengan kau sampai dok tembak-tembak ni? Kau tahu kan... Selalu tembak-tembak ni, orang ada rasuah ke..."

"Eh, eh! Kau merepek apa ni?" Potong dia tanpa sempat aku habis bercakap. Terus aku gelak. Hahaha! Tahu pun. Aku pulak yang angkat-angkat kening macam dia tadi, tapi mungkin a bit awkward sebab aku buat tak jadi.

Dia tergelak kecil sebelum membalas, "Polis."

"Waaaaaaaaaaa!" Panjang harkat 'wa' aku. Patutlah dia kena tembak-tembak ni semua. Hebat lah.

"Tak payah nak waa waa sangat. Kerja aku bukannya hebat macam kau, kau lainlah doktor. Banyak dapat gaji. Macam aku ni, tak adalah kaya macam kau tapi bolehlah untuk sara diri sendiri dengan mak ayah aku." Dia balas ayat deep. Kemain.

"Amenda kau ni. Doktor ke polis ke, pencuci tandas sekali pun, bukannya ada beza pun. Lainlah kalau kita tahu iman dalam diri kita ni bolehlah nak insecure bagai." Balas aku. Aku masih lagi layan roasted chicken ni.

"Kemain kau advise. Hahahaha, eh nak sikit ayam kau."

"Ambiklah."

Aku tengok dia yang tengah layan makan ayam aku tu. Memang layan habis muka dia. Lepastu, bila Adlan makan beef pun, kemain layan lagi mukanya. Aku pulak terliur walhal aku dah kenyang.

"Lain macam aje pandang aku? Tahulah rindu."

"Eh tak ada maknanya. Sedap sangat ke?" Soal aku. Aku memang dah tahu pun macam mana rasanya beef tu, tapi teringin pulak nak merasa lagi. Huhu.

"Nak lah tu." Adlan tersenyum-senyum. Aku pandang tempat lain. Memang lah nak. Tapi bukanlah makanan Adlan. Sebab Adlan lelaki. Seganlah pulak kalau kata nak.

"Eh, apa cerita eh classmate kita semua? Kau ada contact dorang lagi tak?" Soal aku, tukar topik. Pasal beef tu, lain kali pun boleh lagi singgah kalau dah kebulur sangat. Huhu.

"Em, tak adalah pulak cuma Ammir ajelah sebab dia kan kawan baik aku. Yang lain tu, cuma kau seorang aje. Ada jodohlah kot." Jawabnya.

"Ohh, kau dengan Ammir kan memang dah macam pakwe makwe." Aku tergelak-gelak. Aku rasa aku ada perkataan jodoh tadi, tapi aku buat tak tahu aje. Mungkin maksud lain daripada apa yang aku fikirkan. Heh.

"Kau ni memang tak berubah kan. Susah nak pick up." Adlan menggeleng-geleng kepala dia. Aku dah pelik.

"Mendenya?"

"Haha, tak ada apa-apa. Jomlah, nanti kau lambat pulak." Adlan dah mula bangun daripada duduknya. Aku masih lagi terkial-kial nak keluarkan wang saku daripada dompet aku.

Dan belum sempat aku nak menuju ke kaunter, Adlan dah tarik lengan baju aku. "Dah, jom,"

Apa benda mamat ni, kata polis. Takkan makan pun tak nak bayar?

"Eh kan belum bayar lagi," Kata aku, tangannya yang masih di lengan baju aku, aku lepaskan. Main tarik tarik pulak dia ni.

"Dalam drama melayu, selalunya lelaki gentleman yang bayarkan bila dah keluar dengan perempuan...."

"Oh kau nak kata yang kau dah bayar lepastu kau dah cukup gentleman lah ni?" Soal aku, sarkastik. Dia pandang aku sambil tangannya bersilang di dadanya.

"Amacam, romantik tak aku?"

"Haaa romantik sangaatt... Dah ambik balik duit aku ni. Kan aku kata tadi, aku yang belanja." Aku hulurkan duit aku dekat dia. Terus dia tolak tangan aku, tapi dengan cara lembutlah.

"Aku tahu kau banyak duit, tapi tak payahlah aku yang belanja."

"Banyak duit apanya, dah aku janji tadi." Aku dah mengalah. Malas nak gaduh lama-lama dekat dalam restoran ni. Ada sesetengah daripada pelanggan restoran ni dah pandang kami berdua.

"Tak apa, simpan aje. Lain kalilah belanja aku. Beli hadiah anniversary ke apa ke."

"Banyak anniversary kau." Aku tergelak. Kahwin pun belum lagi aku ni. Pakwe pun tak ada. Maklumlah, malas nak cari pakwe. Sebab sekarang ni aku tengah enjoy bekerja lagi. Hahaha.

Kami berdua menuju ke tempat parkir kereta. Kereta kami parkir sebelah-sebelah aje. Ada rezeki, tu yang sebelah aje tu.

"Okeylah, ada masa lagi kita jumpa eh Adlan. Gerak dulu. Assalamualaikum." Ujar aku, sambil tersenyum. Dia pun tersenyum sama.

"Eh, Hasya!" Aku baru aje nak masuk kereta, tapi terhenti pergerakan aku disebabkan Adlan memanggil aku.

"Yup?"

"Kau... hmmm..."

"Apa dia Adlan? Aku nak cepat ni." Adlan dah garu-garu kepala.

"Apa Adlan..."

"Kau ada sesiapa tak yang special? I mean... suami ke... boyfriend ke?" Soalnya. Aku pelik lagi. Adlan ni memang suka kot buat aku jadi pelik pelik ni.

"Emm, tak ada pun. Kenapa? Hahaha nak masuk meminang eh?" Soal aku, bergurau dengan Adlan. Cis, berani kau bergurau guna ayat tu. Tak malu betul kau ni Hasya.

"Ohh... Baguslah..." Aku angkat kening. Apa mamat ni tanya soalan macam tu, ni?

"Apa-apa lah Adlan... Bye." Aku terus masuk ke dalam kereta.

Sebelum aku nak beredar tinggalkan dia yang masih lagi belum masuk ke dalam kereta, sempat lagi aku pandang dia dan hadiahkan senyuman aku dengan siap lambaian lagi.

Haih Adlan, Adlan...

Tak sangka jumpa lepas dah 6 ke 7 tahun tak jumpa. Selama ni pun cuma classmate aje, lebih kepada strangers. Bila dah jumpa, tak sangka pulak boleh bergurau-gurau bagai.

Aku pandang sekilas nombor telefon yang ditulis oleh Adlan sewaktu di dalam restoran tadi. Sempat pulak kami berdua tukar nombor. Dia kata, whatsapp dia kalau rindu dia. Heh, tak ada makna nak rindu kau Adlan...

Aku tergelak kecil.

Kecil dunia ni.

***

To be continued.

1 comment: