Ku Kunci Namamu Di Hati Bab 15


Aku bangun awal pagi pada hari itu.

Sekarang, barulah aku tahu kenapa ayah beriya-iya sangat suruh Fikri tidur sini.

Nak beli barang pertunangan rupanya...

Nak masak, lagipun mak dah tak larat... Jadi yang kena masak selalunya, adalah aku. Kadang-kadang kakak-kakak ipar aku tu menolong, tapi disebabkan dua-dua ada anak baby, terpaksalah aku masak seorang sahaja.

Macam sekarang ni...

Yang abang aku ni pun satu... tolonglah sikit...

Minta dekat aku macam-macam. Nasi goreng nak, yang seorang lagi nak mihun goreng. Yang Fikri lagi hebat... nak nasi lemak.

Mak oi...

Ingat aku ni mamak ke? Minta itu ini semuanya dapat.

Last-last, aku masak nasi lemak aje. Senang kerja sikit. Lagipun, cili dah sedia ada dalam peti ais. Cuma tinggal nak masak aje. Nasi pula, nasib baik ada santan. Senang sikit kerja aku. Nasi cuma perlu letak santan dan daun pandan sahaja untuk wangi.

Kemudian sambal...

Seterusnya telur, timun dan ikan bilis.

Senang je...

Sebagai lauk tambahan, aku buat sambal sotong kegemaran Ashraf. Dia kalau sambal sotong, memang lima enam kali tambah kot. Manalah tak boroi perut dia tu.

"Masak apa ni dik?" Tegur Kak Najihah. Aku pandang sekilas orang di belakang aku.

Ada Kak Najihah dan Kak Nadia. Mereka tersenyum melihat aku. Aku membalas senyuman mereka berdua.

"Nasi lemak je." Jawab aku, sambal yang ada di dalam kuali, aku kacau supaya tidak hangus di tepi kuali.

"Mesti sedap... Nak akak tolong tak?" Soal Kak Nadia.

Aku menggeleng. "Tak apalah, jagalah anak akak tu. Kesian dekat akak. Orang dah biasa buat kerja sorang-sorang..."

"Alah, anak akak ni abang boleh jagakan... Kan Jihah?"

"Tak apa... Orang buat seorang je. Orang tak nak susahkan akak-akak cun berdua ni. Hehe." Aku tersengih.

"Kalau macam tu, kitorang duduk depan dulu okay? Kalau nak minta tolong, jerit aje okay?" Kak Najihah kenyit mata dekat aku.

Aku juga kenyit mata dekat dia dan Kak Nadia. Ibu jari dan jari telunjuk aku cantumkan, membuat gaya "ok".

Selalunya, aku akan pasang lagu dekat dapur, sebab bosan tak ada orang kan. Aku seorang aje. Nak menyanyi, mak selalu pesan dekat aku...

"Kalau nak menyanyi, nyanyi kat suami hang ja..."

Masa tu, aku baru tingkatan dua, mak dah cakap pasal kahwin.

"Nak sangat kahwin dengan orang tua kan? Haaa, nyanyilah puas-puas."

Aku terus berhenti menyanyi masa tu. Aku bukannya percaya habis-habisan dekat ayat mak tu, lebih tepat lagi aku malas nak lawan cakap mak. If she said 'A', maka 'A' jugalah untuk aku. Kalau 'tak', 'tak' jugalah bagi aku. Cakap mak jangan dilawan!

"Alooo ciannya dia buat kerja sorang-sorang."

Aku toleh ke belakang. Aku lihat Fikri sudah pun duduk di atas kerusi sambil meneguk air oren. Matanya tepat memandang ke arah aku. Kemudian aku terus pandang ke depan balik. Tak boleh nak lawan balik pandangan mata helang milik dia tu.

"Duduklah depan. I'm busy." Ujar aku.

Kalau dia datang nak menolong... tak apalah. Kalau dia datang nak mengacau aku... sorry to say! I'm busy, something work to do right now!

"Alah orang nak tolong, bukannya nak kacau awak pun..."

Ceit, macam tahu-tahu aje apa yang aku sedang fikirkan!

"Betul nak tolong?"

Haaa, inilah masanya untuk kita menguji tahap kesabaran lelaki dan kepandaian lelaki dalam bab masak-memasak ni. Kalau Fikri past ujian aku ni...

I bagi you 100% marks!

"Tolong apa?" Soalnya.

Dalam otak aku... Aku nak suruh dia kopekkan ikan bilis, buang dia punya sisa-sisa di dalam badannya dan menjadikan dua bahagian. Kemudian, aku nak suruh dia potongkan sotong mengikut kreativiti dia. Kalau aku... aku potong mengherot. Lepastu...

"Yahhh, asyik tenung muka saya aje, lama-lama hangus sambal tu."

Aku lihat mulut dia memuncungkan, menunjukkan ke arah kuali.

Makkk....

Nasib baik tak hangus sambal aku!

Ni kalau mak yang tegur tadi, memang mak 'basuh' aku habis-habisan kot.

Nasib Fikri yang tegur...

"Cepatlah awak nak saya tolong apa ni?" Sekali lagi dia menyoal.

Senyuman nakal menghiasi di bibir aku. "Tolong kopekkan ikan bilis tu. Ada dekat atas meja."

"Okay, anything for you dear..."

Anything konon... Sekali buat, tahun depan tak siap-siap lagi!

Sambal kalau nak sedap lagi mantoppp, mak kata... jangan masak terlalu cepat. Masak lama-lama sikit, yang pentingnya api mesti kena kawal. Kena perlahan aje. Biar perlahan asalkan sedap. Tambahkan senyuman dan yang penting ikhlas! Haaa tu pesanan mak dekat aku.

Lepas ni...

Aku nak turunkan pesanan mak dekat anak aku pula.

Ceh...

"Wak, macam mana ni, betul ke?" Soal Fikri. Aku meluru ke arahnya.

Ketawa aku terbahak-bahak apabila melihat ikan bilis aku dah tak serupa ikan bilis. Dah macam belacan dah gayanya. Bak kata adik Syafiqah...

Ikan bilis boleh, belacan pun boleh.

Hahaha.

"Awak ingat ni ayam ke apa nak potong-potong? Ikan bilis ni dahlah kecil, awak bagi lagi kecil pula tu." Ketawa aku masih lagi bersisa. Kelakar gila... Ikan bilis tu boleh pulalah dia pi potong kecil-kecil.

"Janganlah gelak, tunjukkanlah cara yang betul." Fikri tersengih.

Jurutera kan... Tahu pegang pen dan menaip aje...

Aku tersenyum seraya menggeleng. "Mula-mula macam ni... Buang dulu kepala ikan bilis ni, then picit di tengah-tengahnya. Dah picit tu, bukak jadi dua bahagia. Buang tulang dengan tahi dia ni dan... siap."

"How easy it is."

"Easy konon... Tapi potong halus-halus. Easyyyy sangat kannn..."

"Alah, tu saya tak tahu. Sekarang dah tahu..."

"Ya ya..."

Aku kembali bangun dari tempat duduk. Dan menuju ke dapur memasak. Sambal lagi sikit sahaja nak siap. Nasi pula, dah lama pun siap. Aku cedok nasi, masuk ke dalam mangkuk. Kemudian, aku sediakan mangkuk untuk letak sambal pula.

"Ni cukup tak?" Soal Fikri.

"Cukup..." Aku capai bekas ikan bilis yang Fikri hulur. Aku basuh ikan bilis dengan selawat sebanyak tiga kali. Ini pun, petua daripada mak, zaman turun-temurun lagi katanya.

"Nak saya tolong apa lagi?"

"Ermmm, ambil sotong dalam fridge lepastu tolong basuhkan then potong." Aku tersengih nakal apabila Fikri hanya menurut tanpa membantah apatah lagi merungut.

Hm...

Ini memang calon suami aku.

Cehhh!

Ikan bilis yang aku basuh, sudah pun selamat mendarat ke dalam minyak yang panas. Aku campakkan sahaja ikan bilis itu, tanpa ada rasa takut terkena minyak. Fikri yang dekat sebelah pula takut melebih-lebih. Daripada tadi mengelak nak sampai dekat dengan aku. Takutlah tu...

Aku tengok sahaja cara Fikri buka bekas sotong... Lepastu sotong tu dia letak ke dalam penapis. Basuh dahulu sebelum dipotong.

"Selawat tiga kali tau." Ujar aku, erti kata lain memberi petua mak.

"Yesssss bos."

Aku sengih, Fikri pun sengih sama.

Dan kini... Ikan bilis sudah pun siap mendarat pula ke dalam pinggan lain. Hahaha! Ikan bilis aku ni asyik selamat mendarat aje kan...

"Ehhh mana boleh potong teruslah." Aku menghalang Fikri daripada memotong sotong tersebut.

Berkerut Fikri pandang aku. "Why?"

"Sotong ni... kita kena buang dulu tulang dengan dakwat dia. Lepastu, barulah boleh potong." Aku senyum, Fikri pun senyum pandang aku.

"O..kk... Macam tu. Thanks yayang." Aku jeling Fikri, dan Fikri mengenyitkan matanya.

Tak habis-habis lagi aksi gatal dia tu!

Siap dah sambal tumis aku, sekarang ni aku buat pula untuk sambal sotong. Sebenarnya, aku kurang suka dengan sambal sotong, tulah sebabnya kenapa aku buat sambal tumis.

"Done." Fikri membasuh tangannya.

"Okay thanks Fik... Pergilah duduk depan dulu,"

"Tak nak, saya nak teman buah hati."

"Tapi buah hati suruh duduk depan."

"Tapi saya tetap juga nak teman dia."

Kalau masing-masing tak mahu mengalah, memang sampai esok pun takkan habis. Last-last aku jugalah yang kena mengalah. Dahlah dengan abang-abang aku kena mengalah, dengan Fikri pun aku kena mengalah juga. Nasiblah...

"Up to you lah Fik."

Sotong yang Fikri potong kecil comel tu, aku masukkan ke dalam kuali bersama sambal. Lagi sikit sahaja nak siap. Cuma nak kena buang kulit telur dahulu. Lepastu... dah boleh makan dah.

Nasib aku mula memasak pukul 7.30 pagi. Tak adalah breakfast lama sangat sebab tunggu nasi lemak ni siap. Nasi tu kejap aje masak, yang jadi lama adalah sambalnya.

Dalam beberapa minit, sambal sotong aku dan telur semuanya sudah pun siap. Cuma tinggal nak buat air sahaja. Aku selongkar almari...

Ada air koko, white coffee, earl grey tea, teh dan segala jenis minuman ada dalam almari ni. Aku pun dah buntu tak tahu nak buat yang mana satu.

Kang kalau aku buat earl grey... aku seorang sahaja yang minum kang. Sebab, earl grey favourite aku, tapi bukan favourite family aku. Kalau buat air white coffee... ishhh tak mahulah. Family aku ni asyik minum kopi aje kot.

Last-last, aku buat dua jenis air. Earl grey tea dengan air koko. Senang. Air koko semua minum. Aku sahaja yang tak minum sebab aku kurang gemar dengan coklat.

Siap dah semuanya, cuma perlu nak letak dekat meja makan di hadapan sahaja.

"Fikkk tolong... erk..." Mata aku terbeliak tengok Fikri yang tengah sedap beradu.

Amboi... Patutlah diam aje.

Rupanya tengah enak dibuat mimpi dekat meja makan aku ya.

"Fikkkkk oiii." Aku kejutkan Fikri.

"Ermmm..." Dia masih lagi mamai.

Alahai, comel pula terasa bila dia tengah mamai macam ni.

Kalau aku kenakan dia pun best juga... Haha!

Aku ambil tangan dia, ibu jarinya aku letakkan di bibirnya, gaya seperti kanak-kanak kecil tengah tidur sambil menghisap jari.

Oh my...

So cute!

Ishhh tak boleh ni, tak boleh...

Aku mengambil telefon bimbit di dalam poket seluar aku dan...

Klik!

Klik!

Klik!

Comelnya lahai... Haha!

Gambar yang pertama, gambar dia tengah tidur. Gambar yang kedua, aku menyelit masuk, buat gaya macam orang tengah khusyuk tengok orang tidur. Gambar yang ketiga, gaya yang aku buat ialah... aku pun ikut tidur sama macam dia. Hahaha!

Macam-macamlah aku ni...

Aku tersengih-sengih. Telefon bimbit aku kembali simpan di dalam poket. Tak nak tinggalkan di sebarang tempat. Kang tak pasal-pasal ada orang tengok gambar aku dengan Fikri. Malu beb...

"Fik... breakfast dah siap, bangunlah." Kejut aku lagi.

"Tak nak tangkap gambar saya lagi ke? Suka-suka dia aje kan letak ibu jari dekat mulut orang..."

Aku pandang Fikri, Fikri pandang aku sambil tersenyum herot. Menggoda.

Alamak, kantoi!

***********************

No comments:

Post a Comment