Cerpen : Ku Kunci Namamu Di Hati 14

By : Nur Hidayah


"Eh tak apalah ayah... Fik boleh drive, macamlah tak biasa."

Baguslah kalau dia menolak!

"Alah esokkan cuti, tidur ajelah dekat sini..."

Laaa, ayah lagi mengajak pula!

"Err, okaylah ayah..." Fikri mengalah.

Aduhhh, baru aje niat nak lepak dengan abang, nak tengok movie malam ni. Kalau dia ada... susahlah. Nak buat itu ini pun, mesti kena bertutup. Alaaaa.

"Haaa, Hidayah. Pergi ambil baju T-shirt, kain pelekat untuk Fikri kamu tu." Mak mengarah aku. Aku hanya mengangguk. Irfan di sebelah, aku suruh dia duduk diam-diam.

"Nak itut..." Irfan menarik hujung baju aku.

"Jom..." Aku mendukung Irfan.

Aku masuk ke dalam bilik Nazmi. Aku selongkar almari miliknya. Aku mencapai T-shirt round neck berwarna merah dan sehelai kain pelekat. Kemudian, aku pergi ke bilik aku pula. Aku mengambil tuala aku yang belum aku gunakan, dan juga sikat untuknya.

"Nah..." Aku hulurkan barang-barang yang aku ambil tadi, kepada Fikri.

"Lahhh, awatnya pi angkut semua barang tu... Mak suruh ambil baju-baju lepastu letak kat dalam bilik hang... Biaq Fik tukaq baju dalam bilik hang ja..." Haaa, mak kalau dah masuk bab-bab macam ni, memang keluaq habis dia punya loghat utara!

"Mak tak bagitahu awal-awal..."

Tak pasal-pasal aku kena naik atas balik. Aku letak barang-barang tu dekat atas katil aku. Aku perhatikan sekeliling bilik aku. Kot-kot ada benda yang 'kurang elok' untuk di mata Fikri kan.

Nothing...

Aku keluar bilik dan terserempak dengan Fikri. Sempat lagi aku nak berpesan dekat dia.

"Jangan buka almari baju saya eh!"

"Ya Cik..." Fikri tersengih.

"Ayah suruh awak tinggal sini berapa hari?" Soal aku.

"Ermm, mungkin sampai esok malam aje kot. Lepastu saya mungkin dah kena balik, nak siapkan pertunangan kita lagi... Nanti saya suruh Capek hantarkan baju saya. Takkan lah saya nak pinjam baju awak je kan..."

"Correction, baju abang saya, bukan saya." Aku tersengih.

Kalau dia pinjam baju aku... hahaha pondan gitu nyah!

"Heheh. Salah pula."

Aku melangkah nak turun ke bawah, tiba-tiba Fikri memanggil aku.

"Eh Yahh..."

"Ya?" Aku toleh ke belakang, pandang dia.

"Tak sabarnya..."

"Tak sabar apa?"

"Be with you forever."

Aku jeling dia. Fikri tersengih. "Gatalnya awak ni. Pergilah mandi cepat!"

Aku turun ke bawah, tak menghadap ke belakang dah. Kang kalau aku hadap, aku kalah dengan pandangan menggoda dia tu. Ishhh! Aku boleh dengar lagi Fikri dok ketawakan aku.

Sukalah tu dapat kenakan orang!

"Dah mandi belum ni?" Soal mak.

Aku sengih. "Hehe, belum."

"Ishh budak ni. Pi mandi sekarang!" Mak nak cubit aku, tapi cepat-cepat aku meloloskan diri. Aku boleh nampak mak dok menggeleng kepala tengok perangai aku.

Hahaha.

Aku terus masuk ke dalam bilik mak dan ayah. Nasib baik baju aku, ada di merata tempat. Dekat dalam bilik abang aku pun, aku ada simpan baju aku. Sebab, dalam bilik aku tak muat dah. Banyak sangat baju.

Aku ambil baju muslimah lengan panjang, seluar trek dan tudung pashmina. Tuala aku capai dan segera masuk ke dalam bilik mandi. Nak bersihkan diri, kemudian solat.

Lepastu... Tidurlah!

Tak ada aktiviti yang nak dibuat memandangkan ada Fikri kat rumah aku. Uishhh, semuanya tergendala tau!

************************

"Tengok movie jom!"

Nak tengok tapi... Fikri ada... segan kot.

Sudahlah aku dah siapkan popcorn awal-awal lagi. Masa masak mee tadi, sempat aku buat popcorn. Kononnya nak tengok movielah malam ni. Tapi bila ada Fikri... aku jadi segan pula. Tak tahu kenapa.

Aku baru sahaja melangkah nak naik atas, tiba-tiba Nazmi bersuara...

"Jomlah tengok movie! Tak payahlah nak malu-malu. Aku tahu kau nak tengok kan."

Macam mana abang aku boleh tahu ni...

"Mengantuklah..." Aku memberi alasan.

Sekarang ni, yang ada dekat ruang tamu cuma ada aku, Fikri, Ashraf, Nazmi dengan anaknya, Irfan. Yang lain semuanya dah tidur.

"Kau mana pernah mengantuk time macam ni. Ish nak menipu pun tak jadi. Jomlah!" Ashraf menarik tangan aku.

Orang dah paksa... Takkan nak tolak kot? Lagipun, memang aku nak tengok sangat movie Ju-On 3 tu!

"Afan, teman makcu tau..."

Aku meletakkan Irfan di atas peha aku. Aku memeluk badan Irfan. Sejuk pula malam ni. Aku lihat aircond, tak adalah kuat mana, slow je...

"Tutuplah aircond, sejuklah..." Adu aku.

"Lah, kitorang yang tak pakai tudung, lengan pendek ni pun tak terasa sejuk kot..." Ashraf bersuara.

Okay, biarlah mereka bertiga tu. Nak buka penghawa dingin tu sampai max pun tak apa. Aku dah malas dah nak gaduh. Kang kalau gaduh, sah-sahlah aku kalah. Macam tak kenal dengan dua orang mulut laser tu.

Dua minit aku tunggu... Tak pasang-pasang lagi movie tu. Ni yang tak boleh tahan ni!

"Cepatlah, kang aku naik kang..."

"Uishhh saberrr dong. Dah jumpa dah CD ni!"

Dan sekali lagi, aku diam semula. Malas nak bergaduh. Kalau tak adanya 'orang' tu, dah lama dah aku bersuara, lawan balik cakap abang-abang aku ni.

Daripada tadi lagi, aku dengar Ashraf dengan Fikri berbual. Yang aku pula, sibuk dok bergurau dengan Irfan. Dok geletek sana, geletek sini.

"And the movie is begin! Jom!!!"

Kami semua melihat skrin televisyen. Belum apa-apa lagi, dah ada scene seram. Uishhh, aku ni dahlah penakut. Mula-mula, rasa berani aje nak tengok. Sekali dah mula, jadi takut pula. Dahlah gelap... Mak takut...

"Kalau Afan takut, Afan peluk makcu kuat-kuat tau." Pesan aku kepada Irfan.

Aku tengok Irfan ni lagi berani daripada aku. Haihhh Hidayah, Hidayah...

"Kau peluklah Fik, apa barang peluk anak aku."

Hamboihhh! Cakap tu biar elok sikit! Aku belum ada apa-apa dengan Fikri, suruh orang peluk-peluk pula. Banyak cantik muka hang.

"Peluk Afan lagi best," Aku jelir lidah dekat abang-abang aku dan tiba-tiba Fikri kenyit mata.

Time-time macam ni juga dia nak bersweet. Haih.

Aku tengok Ju-On 3 ni... Tak adalah seram mana, kalau nak dibandingkan dengan Ju-on yang pertama. Tapi, aku tak tahu kenapa aku takut sangat nak tengok. Tengok pun aku dok tertutup sebelah mata, lepastu ambil tangan Irfan, tutup mata aku... Macam-macam aksi aku buat.

Kalau dah nama penakut tu, memang penakutlah kan...

Lagi menakutkan bila orang tu tengah tidur, boleh pula si 'kecil molek' tu muncul dalam selimut. Itu memang mengerikan gilalah bagi aku. Sah, malam ni aku tidur, aku tak nak pakai selimut!

Yang bengangnya, asyik-asyik cakap...

"There's a child there..."

Tak boleh ke bagi ayat yang betul lagi tepat dekat perempuan tu...

"There's a ghost there..."

Haaa, tu barulah betul. Kalau aku ada dekat tempat kejadian dalam cerita ni, lepastu dia cakap "there's a child" memang aku lagi pergilah dekat rumah tu. Sebab aku memang suka budak-budak.

Kalau dia pi kata "there's a ghost" memang simpang 44 malaikat, aku tak pergi!

Mengantuknya lahai... Cerita ni adalah lagi sejam nak habis...

Aku tengok Irfan dekat sebelah pun dah dok terlentok dekat bahu aku. Ni kalau aku tidur, aku rasa Fikri tak perasan kot. Sebab gelap kan.

Tidur kejaplah, mengantuknya...

*****************************

"Yahh, bangun..." Aku dengar, suara lelaki mengejut aku, lembut sahaja suaranya.

"Dayah, bangunlah..."

"Nur Hidayahku sayang, bangun..."

Bahu aku digoncangkan. Suara lembut milik lelaki itu buat aku lebih lena nak tidur.

"Woi bangunlah!" Aku buka mata aku apabila terdengar suara Nazmi dan Ashraf menjerit di kedua-dua belah telinga aku.

Mak oi...

Pekak aku nanti!

"Fik kejut kau dok tersenyum-senyum... Kitorang kejut baru nak bangun!"

Sengkek punya abang!

Aku tengok Fikri di sebelah, menahan gelak tengok aku. Bahunya terhenjut-henjut, tahan gelak. Irfan pun dah bangun kot, sebab ada dua 'ekor' ni dok menjerit. Tadi, sedap aje aku peluk Irfan kot... Lepastu dah kena kejut. Hish...

"Ni kalau kau jadi bini Fik... Silap-silap memang tak bangun pagi lah korang kan."

Aku bagi jelingan maut dengan dua-dua abang aku ni. Bencinyaaaa! Dah jadi bapak orang pun still nak mengacau aku. Penat kot!

"Dah ada bantal peluk dekat sebelah, of course lah payah nak bangun bang oi..."

Hamboihhh, pandai pula si Fikri ni menjawab!

"Hishhh, dahlah bising je kan korang ni. Orang naik atas, nak tidur! Bye, assa..."

"Eh, eh. Bilik awak tu, Fikri tidur dekat situ ya. Awak tidur dekat bilik tetamu..."

"Alahhh, apasal bilik tetamu orang pula kena tidur situ? Sepatutnya Fik la..."

Tak sempat aku nak habiskan ayat lagi, abang-abang aku dah menyampuk.

"Duduk ajelah jangan banyak cakap!"

Nak tak nak, aku kena juga dengar cakap dua-dua orang. Nasiblah bila dah jadi anak bongsu, mesti nak kena mengalah aje. Memang tak pernah menang langsung.

"Ye bos. Orang dah mengantuk dah ni."

"Ha, pergilah tidur." Ashraf bersuara.

"Oh ya, Ami, aku culik anak kau untuk malam ni tau. Bye!" Aku dukung Irfan, dan cepat-cepat aku lari naik atas tanpa sempat Nazmi nak bercakap.

Tulah, lain kali... Paksa orang lagi.

Sebagai balasannya, aku culik anak dia!

"Shhh, tidur sayang..." Aku mendodoikan Irfan.

Rindunya...

Sudah berbulan aku tidak mendodoikan Irfan, seperti dahulu. Kalau dulu... Aku selalu tidur dengan dia. Aku selalu bermain dengan dia. Tapi sekarang, sejak aku busy dengan study... Semua tu dah tak ada.

Aku cium dahi Irfan, matanya dan kedua-dua belah pipinya.

Irfan tersenyum melihat aku.

"Makcu... nyanyi." Pintanya.

Aku senyum.

Serta-merta aku teringat lagu yang Fikri nyanyikan.

"Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik Sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik-baik Sayang
Karna aku untukmu..."

"Makcu lupa tutup pintu..."

Terus terbeliak mata aku.

Mak... Sudahlah bilik tetamu dengan bilik aku berhadapan aje. Aku ni pun satu, macam manalah boleh terlupa ni?! Aduhaiiii... Sudahlah aku tak pakai tudung...

Aku capai pashmina yang aku sangkut di atas tempat penyidai, dan cepat-cepat aku pergi ke muka pintu. Sempat lagi aku mengintai di bilik hadapan, iaitu bilik aku.

Fikri dah tidurlah tu... Pintu tertutup je. Sebelum ni pintu aku mana pernah tutup kalau tak ada orang.

Harap-haraplah Fikri tak nampak rambut aku...

Pap!

Terus aku kunci pintu bilik.

"Jom tidur..." Aku baring di sebelah Irfan sambil mendodoikannya.

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi.

Good night, sweet dream ;) -Fikri-

Aku tersenyum. Sempat lagi tu hantar mesej! Ingatkan dah tidur.

You too :) -Hidayah-

Telefon aku kembali letak di atas meja. Dan aku tidur dengan nyenyaknya bersama mimpi yang indah.

****************

To be continued :D

No comments:

Post a Comment