Cerpen : PMR Tunang, Kahwin Lepas SPM! 4

By : Nur Hidayah

"Nanti dah kahwin, dah tak boleh dah nak manja dengan mama dan papa. Kalau nak sangat manja, dengan suami ajelah ya." Ujar papa kepada aku. Aku dah masam mencuka. Tak adalah mencuka sangat pun.

Terasa sikit aje, hehh.

Yelah, walaupun aku dah kahwin, tak semestinya hubungan keluarga aku dengan papa dan mama terus terpisah aje macam tu.

Manja tetap manja.

I'm their daughter, one and only! Hahaha.

"Haaa betul kata papa kamu tu, nanti kang jealous pulak orang tu dok asyik berkepit sampai suami pun tak layan." Mama pula bersuara kali ini.

Haihhh.

"Ayoyo. Mama dengan papa ni, apasal pulaklah dia nak jealous... Biarlah dekat dia kalau betul pun dia jealous. Bukan Sya bermesra dengan lelaki lain pun, Sya cuma manja dengan mama papa aje." Aku cuba mempertahankan diri aku.

"Hah, yelah. Suka hati kamulah. Jangan buat apa yang kamu cakapkan tadi sudahlah." Pesan papa, dia terus beredar keluar daripada bilik aku tanpa sempat aku mahu berkata-kata.

Sya dah ada suami. Mana boleh main kayu tiga.

Sambung aku dalam hati.

"Mama, dah start ke belum?" Soal aku, masih dalam perasaan yang agak nervous. Lebih nervous daripada waktu nak ambil SPM beb!

Seingat aku, waktu nak ambil soalan peperiksaan addmaths dengan biologi lah yang paling aku gemuruh. Sebab kedua-kedua pelajaran itu minat aku, dan aku tak mahu buat ala kadar. Tapi kali ni lebih gementar okey.

Maklumlah, nak melangkah masuk ke dunia alam perkahwinan.

Di mana, aku perlu kongsikan hidup aku dengan orang yang aku cinta. Cinta? Ihiks! Tersengih-sengih aku. Teringat pulak waktu aku masih dalam tingkatan tiga. Ni kalau buat novel ni... Mesti laku kisah hidup aku! Kah, perasan kau Firsya!

Dulu waktu mama dengan papa nak jodohkan aku dulu, aku tolak mentah-mentah. Tapi, disebabkan tak mahu lawan cakap dengan mama dan papa aku, aku terus terima tawaran mereka. Heh, tawaran? Haaa tak kisahlah tawaran ke ganjaran sekali pun, kalau tak kerana mama dengan papa dan jugak si ibu ayah Firdaus, mungkin aku dengan Firdaus tak akan disatukan pada hari ini.

Aku tergelak.

Dalam beberapa masa, saat, hari sangatlah kami bercinta. Tak sampai sebulan kenal pun. Jumpa pun jarang. Cinta jarak jauh lagi. Jauh ke? Rumah dekat aje, cuma masing-masing sibuk dengan sekolah dan pembelajaran. Mana ada masa mahu bercinta seperti orang lain.

Nak telefon pun, segan-segan. Cuma akhir-akhir selepas aku habis spm adalah juga selalu telefon. Yelah, aku pun sudah habis belajar, untuk sekolah lah. Dia pulak, adalah cuti sem. Bolehlah tu nak lepaskan rindu.

Aku tersengih-sengih lagi. Lama juga kan tahan rindu dengan orang tu? Haiii orang tu, dia pun berdegup macam aku jugak tak sekarang ni?

Semoga dia dapat melafazkan akad nikah dengan satu kali lafaz sahaja. Aminnn.

"Firsya..."

Aku tersenyum.

"Hei, Firsya! Ni apa anak dara ni! Itulah, orang dah kata semalam waktu dah habis majlis berinai terus aje masuk dalam bilik pergi tidur. Ini tak, degil!"

Mati senyum aku.

Aku dekat mana sebenarnya ni?

"BANGUNLAHHH!" Terkejut aku.

"Tersengih-sengih. Tersenyum-senyum dah kenapa? Tahulah tak sabar nak kahwin, tapi ni dah lambat dah ni. Apa pengantin siap lambat ni!" Aku tengok muka mama yang sedang marah.

Huaaa. Jahat punya mimpi. Aku mati-mati ingat aku nak dah kahwin. Rupanya belum! Tersengih-sengih aku pandang mama.

"Rilekslah mama..."

"Banyak kamu punya rileks! Ni dah pukul 8. Pengantin nak kena siap lagi, make-up lagi. Ingat pengantin perempuan ekspres macam pengantin lelaki?" Mama tak habis-habis lagi membebel.

"Sengih pulak! Pergi mandiii!!!" Jerit mama. Nasib baik pintu bilik aku ditutup. Dan nasib baik bilik aku kedap bunyi. Tak adalah terkejut orang dalam satu rumah ni.

Tapi, aku terkejutlah!

Sampai termimpi indah pun, tersedar macam tu aje. Baru nak sambung! Jahat betul mimpi ni, aku ingat dah nak kahwin dah. Siap berdebar, nervous semua ada. Rupanya, ek eleh!

***

"Ya Allah... Geli!" Aku tergelak. Hahaha! Serius tak tahan bila mak andam atau lebih tepat lagi ibu saudara aku sendiri tolong touch upkan muka aku.

Selama ni, bukannya aku tak pernah pakai make up pun. Adalah make up sikit-sikit. Apa itu blusher, bronzer semua aku tahu. Cumanya yang tak boleh nak tahan bila...

Ada orang lain yang make up kan!

You know that feel.

"Diamlah. Maksu nak buat apa-apa pun susah dah Sya asyik gelak sakan aje." Maksu dah mengeluh. Mana taknya, sekarang ni baru aje pakai concealer.

"Tak tahanlah maksu. Sya buat sendiri aje tak boleh ke?" Soal aku. Daripada lambat siap, baik aku buat sendiri. Senang sikit!

"Hei, pengantin duduk diam-diam eh! Jangan nak mengada. Baru geli sikit aje pun, dan melatah." Maksu ni betul-betul ikut perangai mama lah. Suka membebel. Haha!

"Hah, pengantin dah siap ke belum ni? Hailah anak mama ni, lambat dah ni!" Panggil mama di sebalik pintu. Mama mesti cari aku sebab aku dah lambat.

Alah, sekarang baru pukul 9.30 pagi. Pengantin lelaki pun sampai pukul 10 pagi kan...

"Awal lagi kan ma. Lagipun, Sya bukannya nak kena keluar pergi masjid ke apa pun, buat dalam rumah aje kan." Aku berkata rileks. Maksu yang tengah touch up muka aku, aku hanya biarkan. Lama-lama tak adalah geli sangat.

Mana taknya, maksu pakai tangan dia. Hahaha!

"Amboi. Memanglah, tapi kita ni kenalah on time. Kenalah siap awal. Menepati masalah sikit Sya oiii. Nanti kang malu aje bila orang lain nampak. Lagi-lagi keluarga si Firdaus tu haaa." Tudiaaa berdas-das mama balas. Padahal aku balas sikit aje pun.

Huhu!

"Akak ni pun satulah, kan Firsya tengah siap-siapnya ni haaa." Maksu bela aku. Hahaha, nasib ada maksu.

Mama terus mengalah.

"Yelah. Jangan lama-lama sangat. Orang dah tanya dah tu tak sabar nak jumpa pengantin perempuan." Kata mama dan terus beredar daripada bilik aku. Dalam erti kata lain, bilik pengantin.

"Nasiblah muka kamu ni tak ada jerawat. Flawless aje. Tak payah dah nak pakai bb ke cc cream ke. Cepat sikit." Kata maksu sambil tangannya ligat dok make up muka aku.

Aku ni perhatian ajelah muka aku. Flawless ke? Padahal akulah yang paling malas sekali nak pakai product kecantikan.

"Dah siap ke belum? Haii anak dara ni..." Mama geleng kepala apabila tengok aku yang masih lagi belum siap. Maksu baru sahaja buat eyeshadow dekat muka aku.

Katanya nak buat smokey eye lah apa lah, padahal aku nak nikah ajepun.

"Mashaallah Akak! Akak baru pergi tak sampai seminit lepastu dah datang sini balik dok tanya dah siap ke belum. Akak ni tak penat ke soal benda yang sama?" Aku hanya memerhatikan maksu dengan mama bertekak.

Haihlah adik beradik ni. Rileklah...

"Udah udah lah tu. Ni Sya tinggal nak pakai lipstik aje pun. Mama ni..."

Aku terus capai lipstik di atas meja solek bilik aku dan aku calitkan sedikit di bibir aku. Baru nak letak balik, tiba-tiba maksu bersuara.

"Eh eh! Apa ke sikit sangat lipstik tu? Kan maksu kata, maksu buat!" Marah maksu. Alah olok-olok aje.

Aku tersengih.

"Maksu sendiri umur 26 pun masih lagi solo. Awak tu 15 tahun dah ada tunang lepastu 17 dah kahwin. Untung awak ni tau jodoh sampai awal." Kata maksu.

Aku hanya terdiam. Kalau dulu aku tolak, tak tahulah apa yang akan terjadi pada saat ini. Dan pasti takkan terjadinya majlis pada hari ini.

Hebat perancangan Allah.

"Inshaallah maksu, nanti adalah tu jodoh maksu, jangan risau. Berdoa aje dekat Allah."

"Entah-entah jodoh maksu dengan ajal kot." Maksu tergelak sendiri.

Heeh maksu ni.

"Apa maksu ni... Cakap macam tu..."

"Apa salahnya ingat mati... Eh dahlah jomlah keluar, nanti lambat pula..." Kata maksu. Aku hanya menurut. Perlahan-lahan aku bangun. Yelah, baju mahal k! Bukan nak berlagak, tapi manalah tahu kan bila ada anak, aku boleh kasi anak aku pakai baju ni waktu dia nak nikah nanti.

Kah!

Berangan lebih. Kahwin pun belum lagi eh, berapa minit aje pun lagi.

Selamat tinggal dunia remaja, huhu!

***

"Alhamdullilah..."

Aku lihat, mama dan papa yang menangis. Padahal aku cuma berkahwin, bukannya tinggalkan mereka pun. Huhu, ni yang nak menangis sama ni!

Semua tadah tangan untuk membacakan doa. Aku panjatkan syukur di dalam hati. Alhamdullilah, selama bertunang banyak juga cabaran yang aku dengan Firdaus hadapi.

Tetapi, alhamdullilah harini kami sudah pun sah menjadi suami dan isteri.

Selesai sahaja doa habis dibaca, pengantin lelaki perlu menunaikan solat sujud syukur macam selalu yang dilakukan oleh pengantin lelaki di luar sana. Aku hanya memerhati si suami menunaikan solat. Entah kenapa, dalam hati masih lagi berdegup.

Walhal, akad nikah sudahpun dilafazkan. Dan aku pun sudah sah menjadi miliknya.

"Amacam dah jadi isteri orang dah kau kan..." Farha mencuit aku. Aku hanya tersengih.

"Lepas ni... Jangan lupa pula nak bagi aku anak buah eh!" Farissa tergelak-gelak. Aku terus jeling mereka semua yang sedang gelakkan aku.

Tak boleh kuat lagi ke cakap macam tu?

Aku bersarkastik di dalam hati. Nak marah pun tak boleh sebab hati aku teramatlah gugup apabila Firdaus datang menuju kepada aku setelah dia selesai menunaikan sujud syukur.

Ya Allah...

Relax, relax...

"Ehemmm." Aku menjeling kawan-kawan di sebelah aku. Mama pula sempat berbisik ke telinga aku, suruh aku lembutkan jarilah apalah.

Dan... Cincin tersebut sudahpun menjadi milik aku. Sudah tersarung di tangan aku. Aku perhatikan cincin yang berada di jari manis aku. Wahhh, lawanya okey! Ada corak diamond kecil di tengahnya. Simple and elegant. Tak ada banyak corak sangat...

"Hei makcik. Orang lepas sarungkan cincin kau salamlah tangan suami kau. Yang pi tenung cincin kau sampai nak terkeluar biji mata tu dah kenapa sistorrr..." Arissa tepuk bahu aku lembut. Terus aku terjaga dari lamunan.

Kelihatan si Firdaus hanya memandang aku sambil tersenyum.

Terus aku hulurkan tangan untuk bersalam dengan Firdaus dan cepat-cepat aku tutup mata takut-takut kalau si Firdaus tu cium dahi aku. Yelah, selalu dalam rancangan orang kahwin-kahwin ke, lepas salam tangan suami biasanya si suami akan cium dahi isteri.

Berdebar hati aku.

Lama aku berdebar tapi bila aku buka mata aku, Firdaus cuma letakkan tangannya di atas kepala aku dan mungkin di dalam hatinya sedang berdoa.

Fuhhh semangat...

Lepas ni, macam biasalah bersalaman dengan mama dan papa dan semestinya ada drama kejap lagi. Salam-salam dengan tetamu, sesi tangkap gambar. Malam ni pula, majlis bersanding.

Lepas dah salam dengan semua tetamu aku terus berjumpa dengan kawan-kawan aku. Tak boleh lupakan dorang ni! Kalau mereka ni semua tak ada, aku pun rasa aku tak kahwin harini. Sebab aku kan dah pernah salah faham dengan Firdaus dulu.

Huhu!

"Weh... Dah kahwin janganlah lupakan kitorang..." Kata Farha. Aku lihat mereka semua menangis. Wahhh, ni baru aku kahwin aje tau!

Aku tergelak.

"Beb, kan kita dah janji nak apply u sama-sama? So, takmo sedih-sedihlah aku cuma kahwin okey bukannya aku pergi luar negara ke apa pun." Balas aku bersahaja. Tersengih-sengih aku tengok mereka ni semua bersedih.

"Yelah, lepas ni lepak lama-lama pun dah tak boleh. Sebab kau kena jaga orang baru..." Kata Nurin. Aku tergelak. Aku tahulah tanggungjawab isteri, aku belajar bab-bab agama ni walaupun tak pro langsung dalam agama. Hm...

"Tapi, aku tahu tanggungjawab seorang isteri. Tapi tak bermakna k aku nak keluar dengan korang pun tak boleh."

"Hah yelah, tu si sayang dah datang." Baru aku nak membalas, tiba-tiba bahu aku disentuh oleh seseorang dan serentak itu juga, mereka semua pergi tinggalkan aku.

Heeh... Blah macam tu aje?

"Awak... Kawan saya nak jumpa tu." Kata Firdaus.

"Oh, okey." Balas aku. Awkward gila beb! Gugup pun ada. Dahlah dia sentuh bahu aku. Tapi dia tampak relax. Hek eleh, mestilah dia relax buat apa nak gelabah macam kau kan?

"Jom." Dia terus pegang tangan, dan sempat lagi kenyit mata dekat aku. Aaaaaaaaa...!!!

Jangan pengsan dulu!

"Hah, inilah isteri lepasan SPM aku. Kenalkan, Nur Firsya Mohd Zakri. Ni kawan saya, Mat, Dudu, Kamal, Qhaleeq, dan akhir sekali Khai.

Oh... Aku angguk-angguk. Aku hanya senyum sebagai tanda perkenalan. Mat, Dudu eh... Apa ke pelik sangat namanya? Mat okey lagi...

Tapi Dudu...

"Hai Firsya! Cantiknya you ni! I is jealousss aaaa! Oh my god, oh my god!" Dudu menjerit tiba-tiba. Terkejut aku. Apekehei mamat ni?

Aku angkat kening.

"Serius ke ni kawan awak?" Bisik aku ke telinga Firdaus. Yang lain semua tergelak. Dudu pula tak habis-habis pandang muka aku. Hei, aku ni isteri oranglah...

Firdaus tersenyum sambil mengangguk. "Dia ni patah sikit, tu yang menggedik tu."

"Patah?"

"Lembutlah sayang." Oh. Tergelak-gelak aku dalam hati. Kang gelak depan-depan kang kena marah pulak. Jangan memain wooo, orang lembut ni kalau marah, kalau kena sekali penumbuk dia boleh masuk ICU okey!

"Hai Dudu... Terima kasih." Balas aku sambil tersengih. Orang puji kot, kembanglah! Eh, no no. Tak baik.

"Kau ni Dudu, gelilah siot." Kata Qhaleeq.

"Cubalah jangan nak menggedik sangat. Kau tu harap aje ada janggut, jambang tapi perangai masyaallah...! Sorry eh Sya, dia ni memang macam ni. Tapi kami tak kisah pun kawan dengan dia." Balas Khai pula. Aku hanya tersenyum.

"Biarlah kat aku. Alah, korang ni gedik sikit pun tak boleh." Habis muncung bibir si Dudu ni hahaha!

"Tak apa, tak kisah pun. Korang semua ni dah makan ke belum?" Soal aku, yelah majlis tadi baru aje habis kan, kot-kot lah si suami sebelah aku belum jemput makan ke kan...

"Eh, Sya. Dorang ni semua puasa." Balas Firdaus sambil tergelak. Pelik aku.

"Kepala hotak kau puasa, dah ada jemputan makan free ada ke patut kata kami puasa!" Mat membalas kata-kata si Firdaus tadi. Hahaha...

Macam-macamlah korang ni... Aku geleng kepala.

"Gurau pun tak boleh."

Aku tepuk bahu Firdaus. Ada ke gurau. Firdaus cuma tersengih-sengih tengok aku.

"Hah, kami dah lapar ni..."

"Eh, pergilah makan. Jemput, jemput..." Aku menunjukkan arah ke tempat untuk tetamu makan. Padahal sudah semestinya mereka semua tahu kan dekat mana tempat untuk menjamu selera. Tapi tak apalah, layan ajelah kan tetamu...

"Eh Sya!" Panggil Dudu, dengan lentok tangannya sekali. Aku tahan gelak. Selama ni tengok aje orang lembut dalam televisyen, takpun dalam instagram ke twitter, tapi bila dah ada depan mata ni... Hahaha!

"Ya Dudu..." Jawab aku. Yang lain semua dah gerak dulu. Lapar mungkin, dan aku hanya biarkan sahaja mereka berlalu sementara si Dudu memanggil aku.

"Siapa makeupkan you eh? Lawalah, I suka!" Kata Dudu bersahaja. Aku dah tak tahan, terus aku gelak, tapi aku masih lagi cover buat gelak ayu gitu.

"Maksu saya, she's a make up artists," Balas aku. Pendek.

"Oh, no wonderlah cantik macam ni."

"Haha, thank you." Dan kami pun berlalu ke meja yang diduduki oleh rakan-rakan Firdaus. Kebetulan pula meja rakan aku hanya di hadapan mereka. Dan terus aku panggil Firdaus untuk berkenalan dengan sahabat aku.

"Awak."

"Ya, Sya?"

"Saya nak kenalkan awak dengan kawan saya jugak." Terus aku pegang lengan bajunya dan bawanya ke meja rakan-rakan aku. Aku tahu mereka dah kenal, tapi apalah salahnya kenalkan lagi kan?

"Haaa engkorang sumeeee." Tegur aku dengan gediknya. Haha! Sejak kenal dengan Dudu, perangai aku pun dah macam dia.

Ops!

Terkutuk pula.

Sorry, Dudu. Huhu!

"Hah, pehal? Nak kenalkan lah tuww. Kitorang dah kenal dah pun." Sarkastiknya Nurin, bersama dengan sengihan sinis dia tu. Heh dia ni, kalah kot dengan mamat yang poyo dekat luar sana tu!

"Dah kenal takpelah." Balas Firdaus, dan sempat lagi aku sambung sebelum aku dengan Firdaus beredar.

"Jemput-jemputlah berkenalan dengan kawan Firdaus yaaa."

Aku tergelak-gelak.

Alah, sakat sikit aje. Kot-kotlah jugak ada yang melekat ke kan? Kawan-kawan aku pun semuanya good looking, dengan kawan si Firdaus lagi pun apa kurangnya.

Haha!

***

"Sya."

"Yup?"

"Bukakkan butang baju melayu saya ni kejap."

Aku angkat kening.

"Memang lepas kahwin ni terus jadi tak tahu nak bukak butang sendiri eh?" Sinis aku membalas. Saja bergurau, takkan tak boleh? Haha!

Aku pun masih lagi dalam berbaju nikah tadi. Belum pun sempat nak tukar, baru aje nak capai baju di dalam almari tiba-tiba aje si Firdaus suruh aku bukakkan butang baju melayu dia.

"Alah, lepas ada isteri ni teringin pulak nak bermanja. Takkan tak boleh?" Balasnya pula. Aku hanya tergelak. Menggedik betul laki aku ni heh...

Lepas aje buka butang bajunya, terus aku pergi ke almari aku. Nak ambil baju buat persalinan. Nak mandi semua, badan aku sekarang ni pun dah teramatlah melekit dan perlu dicuci.

"Awak nak mandi tak?" Tanya aku. Kalau dia nak mandi, aku suruh dia aje yang mandi dulu. Sebab, dia nak kena solat lagi. Aku ni spesies yang mandi sampai berjam-jam jadi alangkah baiknya kalau dia yang mandi dahulu.

"Boleh jugak." Balasnya pendek. Aku tak banyak cakap. Masih awkward.

"Err, awak nak pakai baju apa?" Soal aku. Dekat rumah ni, memang tak adalah baju lelaki. Kalau baju papa tu adalah.

"Ehhh, haahlah! Alamak, mesti semua orang cari saya ni. Sepatutnya kan saya balik rumah saya dulu. Malam ni kita bersanding. Eh, macam mana boleh terlupa ni?" Bebelnya seorang diri, tangannya ligat membetulkan kembali butang baju melayunya.

First time okey...

First time pengantin terlupa yang malam ni ada bersanding. Aku pun boleh terlupa sama padahal tadi terang-terang aku ingat pasal bersanding tu malam ni...

Nasib malam, kalau petang? Mahu tak rushing ke?

"Dah, dah cepat. Satgi marah pulak orang lain tunggu awak lama sangat."

"Okey sayang. See you tonight!" Dan aku hanya terdiam bila dia cium dahi aku. Cepat-cepat dia capai songkok yang berada di atas meja solek aku.

Ciss, bikin orang gugup saja!

***

Untuk bersanding pula, temanya berwarna kelabu lembut. Firdaus yang pilih warna ini. Macam tadi punya tema nikah, aku yang pilih warna iaitu warna krim.

Dan bersanding pula buat di hotel. Agak meriah jugalah majlis aku, walaupun sebenarnya aku hanya mahukan majlis yang agak simple, yang tak mengeluarkan bajet yang banyak dan tidak membazir. Tapi tulah...

Mama dengan papa dan juga keluarga Firdaus nak buat juga dekat dewan. Senang, dua-dua belah pun buat dalam satu perkahwinan.

Mana taknya, aku ni seorang ajelah anak mama dan papa. Yang si Firdaus pula anak lelaki bongsu. Dia cuma ada kakak sulongnya sahaja, itu pun dah berkahwin setahun yang lepas. Mestilah masing-masing nak buat majlis yang besar-besaran lah kan...

Aku hanya memegang tangan si Firdaus. Alaa yang macam selalu orang kahwin yang buat waktu berjalan nak ke pelamin tu... Huhu. Bagus jugak kan pegang tangan dia, sebab buat pertama kalinya aku pakai kasut heels. Maksu punya pasallah ni, kalau tak, tak hingin eh aku nak pakai kasut pembawa bala ni!

Mana taknya, kasut tinggi tahap berapa aku sendiri pun tak tahu, maksu pakai tak apalah dia memang jenis yang bergaya. Tapi aku? Setakat wedges tu mampulah edenn.

"Kau ni confirm tak buat practise sebelum kahwin..." Bisik Farha. Harini, Farha jadi pengapit aku. Manalah tahu nanti dia nak kahwin aku pulak jadi pengapit dia. InshaAllah kalau aku tak buyung lah waktu dia kahwin nanti.

Buyung? Kah! Jauh kau fikir.

"Dah sebelum kahwin aku jawab SPM! Sepak satgi." Balas aku, eleh Farha ni buat-buat lupalah pula. Sebelum kahwin kan exam. Lepas exam mestilah nak nak rehat, lepastu nak kahwin pulak. Mana ada masa sangat nak buangkan masa untuk rehat tu...

Huhu!

"Uuuu Puan Firsya marahlah!" Gurau si Farha. Sempat lagi dia dok tersengih, dan sempat juga aku hadiahkan satu cubitan untuk dia, heh padan muka!

"Kau ni apahal garang sangat ni?"

"Aaa, diamlah. Nak sampai pelamin dah ni." Aku tergelak kecil. Farha ni macam tak biasalah pula. Aku kan memang garang daripada dulu. Heh.

Bila dah sampai pelamin, macam biasa baca doa. Kemudian upacara yang baling daun tu. Aku sendiri pun tak tahu apa functionnya. Eh, bukan baling daun ke muka, tapi ke telapak tangan. Kalau baling ke muka, kesian penat maksu makeup kan, dah cayaq habih.

"Lawa malam ni." Puji Firdaus. Sempat lagi dia kerling sebelah tengok aku. Aku hanya tersenyum dalam hati dan ketawa kecil.

"Biasaaa..." Jawab aku. Haha! Tak malu punya badan. Orang puji sikit kau dah mengada nak mengembang. Nasib tu suami kau, kalau orang lain mahu cepat-cepat reject kau sebab terlebih masuk bakul angkat sendiri!

Kami berdua tak banyak cakap pun ketika di pelamin. Lebih tumpukan kepada penonton, dan mulut pun sudah tidak larat lagi untuk senyum. Kejap-kejap aku sengih, kejap aku senyum. Padahal tak adalah lama mana pun bersanding, cuma aku sahaja yang mengada lebih senyum sikit dah penat. Heh. Yelah dekat sekolah dulu pengawas, muka masam aje huhu!

Waktu makan beradab pun sama aje, tak banyak cakap. Lebih selesa untuk senyum, kemudian suap-menyuap di antara aku dengan dia, ambil gambar dan upacara memotong kek. Bunyi macam meriah aje, tapi serious aku dah tersangatlah penat sekarang ni. Daripada pagi ada nikah, lepastu malam pula bersanding takkanlah tak penat kan.

"Jomlah, salam tetamu.." Ajaknya. Aku hanya menurut. Tak banyak cakap, walaupun badan dah cukup letih tapi kena gagahkan juga sebab tanpa tetamu tak berjaya majlis aku pada malam ini. Hanya tinggal sejam sahaja lagi majlis akan tamat.

Daripada tadi lagi aku sibuk tercari-cari sepupu aku. Mana eh dia? Mamat ni suka tau, menghilangkan diri. Ke dia memang tak datang? Sudahlah waktu aku nikah tadi dia tak ada langsung. Sejak kerja kapal terus sibuk aje memanjang. Nak luangkan masa macam dulu waktu kecik pun dah tak bolehlah kan.

"Sya!" Panggil seseorang. Aku kenal sangat suara orang itu. Haaa! Baru nak dengar suara dia, tadi langsung tak nampak langsung muka mamat tu. Aku terus toleh ke belakang, Firdaus daripada tadi lagi memang dengan rakannya mengambil gambar bersama.

"Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh." Enam harkat aku bagi perli dekat dia. Tahu main terjah aje, daripada dulu lagi tak reti-reti nak bagi salam.

"Amboih, perli hang noh."

"Dah tu main masuk aje takde salam langsung." Aku tak mahu kalah.

"Alah puan ni..." Haikal garu kepala. Aku dah malas nak layan. Dahlah langsung tak datang majlis aku tadi, datang sekarang ni pun waktu dah nak habis.

Haikal ni sepupu aku yang paling aku rapat. Dulu waktu kecik-kecik, selalu sangat main sama-sama. Dia selalu datang rumah aku, memandangkan mak dengan ayah dia pun dah bercerai jadi akulah orang yang akan selalu berada di sampingnya. Ops...

Bukan maksud berada di samping yang pakwe makwe tu eh. Aku dengan dia dah macam adik-beradik. Tapi kekadang adalah jugak bergaduh, tapi biasalahkan... sedangkan lidah pun kita gigit. Huhu, kemain kau ayat, berperibahasa tak sudah.

"Ala sorry lah Sya. Aku ada kerja, kau tahu kan. Ni pun aku dah fly pagi tadi, baru aje sampai Malaysia maghrib tadi lepastu aku siap-siaplah ingatkan cepat, tapi rupanya aku lambat jugak..." Katanya sedih. Heh, hilang terus bahasa utara dia. Haha.

"Rilek lah bro... Aku tak marah kau pun lah! Kau ni aku baru nak sambung drama kau dah potong. Haih." Aku tepuk-tepuk bahunya, buddy lah katakan. Walaupun perbezaan umur di antara aku dengan Haikal dalam 8 tahun, tapi kami tetap rapat.

Aku bukannya tak ada langsung sepupu yang lain, ada aje. Tapi tak berapa nak rapatlah, dan jarang jumpa. Cuma Haikal seorang ajelah yang selalu jenguk aku bila dia ada masa free dan cuti untuk pulang ke Malaysia.

"Eh, suami kau mana?"

"Tuuu. Handsome kan?" Aku berbisik ke telinganya sambil tersengih-sengih, Haikal cuma tergelak, "Puih, aku ni kau tak pernah nak puji pun."

"Buat apa puji kau? Hari-hari tengok muka kau, muak tahu tak?" Aku jelir lidah. Puji Haikal? Tak payahlah, kalau dia sendiri dah tahu apa jawapannya. Kalau dia tak tahu memang dia serius nak kena tampar! Yelah, ramai perempuan nakkan dia kot, dia aje yang jual mahal.

Nasib Haikal straight orangnya...

"Aku balik ni, aku balik..."

"Eh kau nak ugut aku pulak! Baliklah kalau nak balik. Aku tak kisah pun, tapi kaulah rugi... Kau tengok makanan-makanan tu..." Tunjuk aku dan aku lihat Haikal seperti menahan liur. Haha! Takkanlah tak terliur!

Ada ayam golek, siap tengah bergolek-golek lagi tu haa. Huihh, memang terliur habislah Haikal sebab tu memang favourite dia. Dan ada pula chocolate mountain dengan marshmallow memang terliur habis lagi-lagi aku yang masih lagi budak-budak dan naif mestilah suka benda tu semua kan.

"Sengkek betul, aku baru nak ugut kau ugut aku balik."

"Tak payahlah kau. Dahlah pergi makan, satgi makanan dah habis baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah." Aku tergelak-gelak, apahal senget sangat aku malam ni?

"Apa ke teruk sangat peribahasa kau tu? Eh dahlah aku nak makan dulu, lapar kau tahu?!" Aku angkat kening, ada aku kisah? Makanan berlambak, pergilah makan!

"By the way..." Langkahnya terhenti, "Tu hubby hang dah sampai." Dan tiba-tiba Haikal tunjuk 'thumbs up' dekat Firdaus. Aku dah angkat kening. Apahal dorang ni? Sejak bila pulaklah jadi kamceng ni?

"Awak,"

"Yup?"

"Balik, jom?"

Aku angkat kening. Awal lagilah, belum pun habis kemas lagi dewan ni. Aku kalau boleh naklah tunggu mama dan papa dulu. Sebab, aku mungkin balik rumah Firdaus malam ini, tidur di rumah Firdaus.

"Eh, awal lagi kan?"

"Lah, lupalah tu. Kita kan nak ambil gambar dekat tasik titiwangsa." Jawabnya. Aku terkejut, bukan terkejut sebab apa, cuma...

"Saya mengantuk ni!" Kata aku, tak tahu malu. Dia dah tergelak-gelak tengok gaya aku yang macam budak-budak. Yelah, biasanya remaja kan suka tidur lambat. Aku baru pukul 10 malam dah rasa mengantuk. Bukannya aku tak biasa tidur lambat, biasa aje. Cuma disebabkan penatlah aku mengantuk sangat ni!

"Tak apalah sayang. Malam ni aje." Aku dah tersipu-sipu. Gedik betul kau!

"Haa haa tak payah nak mengedik tersipu malu kucing sangatlah, geli aku tengok." Muncul Haikal yang entah daripada mana sambil membawa dua pinggan nasi. Mak oi?!

"Kau mencekik ke apa?" Soal aku, boleh tahan terbeliak juga aku tengok dia bawa dua pinggan nasi, dahlah penuh satu pinggan, dengan lauknya lagi. Tak sangka aku badan gitu punya kurus tapi kalau bab-bab menyental kuat jugak eh mamat ni?

"Entahnya bro, terkejut aku. Kau tak makan lagi ke daripada tadi?" Kini Firdaus pula menyoal Haikal. Aku angguk, setuju dengan pertanyaan suami aku.

"Aku lapar... Sibuk ah korang." Dia dah macam malas nak layan aku, eh biarlah dia. Dia nak habiskan lebihan lauk-pauk dan segala makanan yang ada pun tak apa. Tak adalah membazir, haha!

"Ni kitorang nak pergi ambil gambar, nak ikut ke tak?" Firdaus mula mengambil tempat duduk di sebelah Haikal dan diikuti oleh aku. Penat dah berdiri pakai kasut ni, alangkah baiknya kalau duduk sekarang, sebelum aku tumbang sebab kaki dah tak tahan!

"Boleh jugak, sekali sekala menyampuk. Siapa lagi pergi?" Balas Haikal. Aku jeling dia, menyibuk aje nak menyampuk hahaha.

"Parents aku dan parents Firsya pun ada sama. Bila lagi kan nak bergambar satu keluarga. Majlis pun dah nak habis, kejap lagi geraklah kot." Balasnya.

Aku terdiam, tapi kan... "Kalau semua parents kita ikut, siapa nak handle semua ni?" Tanya aku sambil tunjuk keadaan sekeliling dewan hotel. Yelah, majlis dah nak habis, mestilah tuan punya majlis kena tunggu sampailah catering habis kemaskan satu dewan.

"Maksu awaklah, dia yang kata dia boleh handle."

Ohhh... Aku angguk sahaja. Serius penat, tak tahu dah nak balas apa kenyataan yang Firdaus keluarkan tadi. Kalaulah selepas majlis boleh balik rumah, memang aku tidur terus. Tak payah mandi pun tak apa. Penat sangat dah ni.

Rakan-rakan aku pulak semua dah pulang ke rumah masing-masing. Memang patut pun mereka balik, sebab dah malam dah. Kalau datang dengan family tak apa lagi, ni datang sendirian. Aku yang duduk di sebelah Haikal hanya memerhatikan sahaja mamat tu makan. Dia memang tak perasan ke aku tengok je dia makan? Punyalah khusyuk mamat ni.

"Saya nak pergi dekat ibu kejap." Ujar Firdaus.

"Eh, saya ikut." Kata aku, dahlah bosan dan penat, baik aku ikut sahaja ke mana suami aku pergi. Tak elok tinggalkan dia, hehehe.

Baru sahaja bangun, terus dia pegang tangan aku.

Gulp. Sumpah nervous!

"Amboi-amboi." Kata Haikal yang memang dari tadi sedang khusyuk makan akhirnya bersuara. Aku menjelingnya.

Tapi dalam hati, bukan main aku seronok!

***

"Sini kejap." Panggilnya.

Okay, sabar Fir sabar. Jangan gelabah sangat boleh tak?

Lepas sahaja balik daripada sesi bergambar dekat Tasik Titiwangsa tadi, terus sahaja aku suruh dia mandi terlebih dahulu. Sebab aku memang akan mandi berjam-jam. Kang tak pasal-pasal tertidur pulak mamat tu tunggu aku mandi. Nasiblah sesi bergambar tak lama. Apa yang disuruh oleh photographer, senang sahaja kami ikut.

"Ye. Nak apa?" Tanya aku. Aku baru sahaja lepas mandi. Tengah sikat rambut dan sapu losen di tangan, tiba-tiba sahaja dia panggil. Ingatkan dah tidur mamat tu.

"Sini." Dia tepuk-tepuk katil, tanda suruh aku baring di sebelahnya.

"Err..."

Tapi aku ikutkan juga permintaan dia. Jantung aku ni sumpah dah macam nak terlompat keluar daripada tubuh badan aku.

Aku terus baring di sebelahnya. Tiba-tiba je dia peluk aku. Part peluk tu memang terkejut, yang terkejut beruknya, dia pi peluk dengan kaki-kaki sekali.

Apa ingat aku ni bantal peluk ke?

"Jangan risau, saya tak apa-apakan awak. Saya penat, tidur jom." Katanya, mata dah terpejam. Aku pandang muka dia. Handsome, tapi jelas kelihatan muka penat di wajahnya.

Kesiannya... Ujar aku di dalam hati.

Secara tiba-tiba aku terbelai wajahnya, dan dia tersedar.

"Opsss, sorry. Tidur lah tidur." Terus aku kalihkan tangan aku, tak nak kacau dia tidur. Sebab aku tahu dia penat, takut dia marah pulak bila aku buat macam tu. Aku ni pun satu, pergi belai dia dah kenapa? Apa ingat dia kucing ke nak belai-belai? Kutuk aku sendiri.

Dia senyum sambil geleng.

"Belailah lagi. Saya lagi suka kalau orang belai saya, terus lena." Dahsyat! Memang perangai anak last macam ni eh? Manja betul!

"Macam budak-budak." Kata aku sambil tergelak. Dia hanya senyum sambil mata terpejam. Aku masih membelainya, sampailah aku sendiri pun tertidur sama.

***

MAAF!

Cerpen ni ramai yang suruh sambung, tapi tak sambung-sambung pun. Hehe, maaf sekali lagi. Harap korang enjoy dengan part 4 ni, walaupun dah terlalu lama korang tunggu untuk sambungannya.

Kali Kedua 4

By : Nur Hidayah

"Hasya, kau betul jadilah ni nak balik kampung?" Soal Aisyah, waktu itu kami berada di restoran untuk makan pagi bersama. Awal-awal lagi dah terpacak depan kedai ni, lapar punya pasal. Semalam masing-masing balik langsung tak jamah makanan pun.

Humaira' lagilah, langsung tak pulang ke rumah... Busy dengan kerja dekat pejabat dia tu.

"Jadilah, dah mak aku suruh. Ingatkan suruh aku balik sebab rindu aku. Rupanya..."

"Rupanya?" Soal Aisyah, tak sabar nak tahu ayat aku yang tergantung itu.

"Suruh aku pilih bakal suami aku."

Aisyah tersentak. "Kau dah nak kahwin ke weh..." Suara Aisyah seperti sedih. Pelik aku dengan minah ni, apahal? Aku nak kahwin pun, bukannya jadi betul ke tak. Nak pilih calon aje. Bukannya nak menghadap ilahi.

Haih, mulut kau Hasya! Tapi kalau dah ajal jemput dulu, nak mengelak pun mana boleh kan. Sebab tu kita kena get ready, dan sebab itulah Allah masih bukakan pintu taubat untuk umatnya.

"Kenapa?" Soal aku, pelik. Biasanya perempuan kalau kahwin, kawan dia akan bahagia jugak. Itu apa yang aku bacalah dekat dalam novel. Tak pun kawan dia menangis, menangis dalam kebahagiaan.

"Nanti tinggallah aku dengan Humaira' aje..."

Haha!

"Aisyah... Aku cuma kahwin aje, itupun tak tahulah jadi ke tak. Setakat pilih aje, kalau jadi itu bermakna jodoh dah sampai seru. Lagipun, kalau aku kahwin kita tetap berjumpa. Aku janji, tiap-tiap minggu aku lawat korang!" Kata aku bersungguh-sungguh. Gila... Siapalah yang tak sayangkan bestfriend sendiri!

"Good to hear that. Untung kau Hasya, muka lawa, bijak... Tapi satu ajelah, blur!" Aisyah tergelak-gelak mengutuk aku. Ceit, perangai sama dengan Adlan!

Adlan lagiii!!! Jangan ingat pasal dialah. Huh.

"Kuangjaqqq. Kemain kutuk aku eh," Aku mencubit lengan Aisyah. Tapi sempat pulak Aisyah nak mengelak. Kami berdua sakan ketawa.

"Akhirnya, terbuka jugak hati kau kan."

"Terbuka hati?"

"Untuk lelaki." Aisyah tersenyum. Aku angkat kening, tanda tak mengerti. Aku.terbuka.hati.untuk... lelaki?

"Maksud kau?" Soal aku. Aisyah dah buat muka menyampah. Terus aku tergelak. Sebenarnya aku faham maksud aku walaupun aku blur pada awalnya. Tapi, aku sengaja buat-buat tak faham dengan apa yang Aisyah kata.

"Kau dulu kan... Suka senior kita tu. Sampai dekat memana nampak lelaki handsome ke, lelaki mintak couple sekali pun, kau langsung tak layan." Balas Aisyah. Aku mengeluh.

Aku mengaku, memang dulu aku pernah sukakan seorang lelaki ni. Dia cuma beza 3 tahun daripada aku. Senior aku dan juga Aisyah. Aisyah tahu cerita ni, sebab apa-apa pun aku pasti akan cerita dekat dia.

Tapi, bab yang aku tak terima mana-mana lelaki tu memang betul. Kalau sekarang, aku memang dah lupakan lelaki tu. Aku tahu, mengharap ni pedih. Sebab itulah aku dah malas nak fikir pasal lelaki tu dah. Akhir-akhir, aku yang pedih. Aku dah tanggung kesakitan seorang diri.

Lelaki tu langsung tak tahu yang aku sukakan dia, as I expected, dia pun dah ada makwe waktu aku masuk U. Padan muka aku, sibuk nak sama universiti dengan dia konon bolehlah hari-hari intai dia ke, jadi stalker tak berbayar. Last-last, hari-hari tengok dia selalu study dengan makwe dia. It hurts me a lot. Tapi tu dulu, sekarang ni...

Waktu aku dah mula nak buka pintu untuk lelaki, tiba-tiba rasa sakit tu datang. Bukannya aku tak dengar apa yang Adlan selalu cakap...

"Hati aku tergerak untuk ke sini, tu yang aku datang tu. Tiba-tiba terjumpa pulak kau. Ada jodoh kot."

"Tulah aku kata... Ada jodoh."

"Thank you so much Sya! I love you!"

Blur-blur aku pun, bukannya aku jenis yang langsung tak boleh nak tangkap apa orang cakap. Aku tak tahulah sama ada Adlan cuma cakap macam tu sekadar memain ataupun aku sahaja yang terlalu ambik perkara ini sebagai perkara yang serius.

Susah betul bila jatuh cinta.

Sebab inilah, aku malas dah nak bercinta. Aku nak fokuskan kepada kerjaya aku. Tapi, bila jumpa Adlan... Lainlah hidup aku. Tak tahu kenapa, bila aku dengan dia... selesa.

Yelah betullah tu, kau dah jatuh cinta Hasya.

"Woi, termenung!"

"Eh, haaa amenda?" Terbeliak mata aku apabila Aisyah tiba-tiba sergah aku. Aisyah yang berada di depan aku terus ketawa.

Apahal entah minah ni gelakkan aku.

"Ingat siapa ha? Sampai aku panggil berkali-kali tak dengar, aku balik daripada kaunter pun kau masih gini. Apasal?" Soal Aisyah, aku dah geleng kepala banyak kali tanda tak ada apa-apa.

"Kau dah bayar?"

"Dah..."

"Oh."

Suasana tiba-tiba jadi senyap. Aku hanya melayan perasaan aku, Aisyah hanya melihat skrin telefon dari tadi. Sebenarnya, memang susah bila berharap dalam diam ni. Macam yang aku katakan tadi, sendiri tanggung, sendiri rasa pedih, sedih. Luka sendiri balut dan jahit, sendiri ubatkan balik.

Huh.

"Hasya... Kau kenapa? Ada benda nak share?" Soal Aisyah, seperti tahu apa yang aku rasa. Aku cuma senyum. "Aku okey,"

Aisyah angkat kening, tanda tak percaya. Aku senyum lagi. Rasanya, senyuman aku dah cukup meyakinkan bahawa aku memang tak ada apa-apa nak share hakikatnya terlalu banyak masalah yang aku fikirkan.

"Tipu. Aku kenal kau Sya. Mata tu, nampak sangatlah menipu." Balas Aisyah. Aku senyum lagi. Waktu ni aje, dah berapa kali aku senyum betul-betul nak yakinkan Aisyah.

"Ish... betullah." Aku sedut air minuman kegemaran aku, jus epal. Fuh, lega tekak!

Tiba-tiba Aisyah pegang tangan aku. "Hasya, sebenarnya aku tahu... Kau suka Adlan kan?"

Goose bumps!

Macam ada batu dari langit jatuh ke atas badan aku. Terkejut. Macam.mana.pulak.Aisyah.boleh.tahu?

Aisyah senyum senget.

"Aku nampak perubahan air muka kau waktu dekat sephora haritu. Bukannya aku tak nampak kau nak tegur Adlan, tapi bila nampak perempuan tu dengan Adlan kau berhenti melangkah. Kan? Aku tahu sangat perangai kau Sya..."

Lagi sekali... aku senyum.

"Betul tak nak share? Sekurang-kurangnya kau boleh ringankan beban yang kau rasa." Aisyah macam dah psiko aku, dan aku termakan dengan psiko dia!

"Aku sedihlah..." Tiba-tiba air mata menitik.

Aisyah terkejut. "Eh, Sya! Janganlah menangis. Aku ada ni, aku dengar cerita kau." Aisyah menukar tempat duduknya dan kini berada di sebelah aku. Cuba untuk menenangkan aku.

"Susahlah Sya hidup ni. Waktu aku dah bukak hati untuk lelaki, kenapa lelaki tak pernah nampak cinta aku?" Walhal aku tak pernah pun tunjuk yang aku cintakan Adlan. Sambung aku dalam hati.

"Sabarlah Sya... Mungkin Allah tahu yang terbaik. Ini cuma ujian semata-mata untuk kau." Balas Aisyah, tak habis-habis mengusap lembut bahu aku.

Aku tergelak. "Aku pun tak sedar bila aku suka dia. Bila dah lama tak jumpa ni, barulah aku tahu yang aku tengah rindu dia. Dah jumpa, tiba-tiba ada dengan makwe dia pulak."

Aisyah langsung tak gelakkan apa yang aku cakap. Benda ni kelakar, kelakar dalam sedih. Bunyi macam entah apa-apa tapi itulah yang aku rasakan sekarang ini.

"Mana kau tahu makwe dia?"

"Dah nampak mesra." Balas aku, yakin. Yakin dengan jawapan sendiri, sebab Adlan tak ada adik-beradik perempuan.

"Sudahlah Sya... Menangis lah. Lagipun kau dah lama tak menangis, lepaskan ajelah air mata tu, jangan tahan." Bila Aisyah cakap macam tu, makin kuat pulak aku menangis. Benci!

Aku dah tak peduli dah apa orang nak kata ke, orang pandang-pandang sekali pun. Asalkan aku puaslah air mata dah keluar. Walaupun hati masih lagi sakit.

Aku cuma nampak Adlan dengan perempuan tu aje, dah cukup buat aku sedih. Apa benda lah hati tisu sangat aku ni.

"Pertama kali aku jumpa dia pun, aku dah berdebar waktu dia pandang aku. Haha." Aku teringat waktu Adlan datang ke klinik aku beberapa bulan yang lepas. Waktu tu, hanya Allah sahajalah yang tahu betapa cuaknya aku bila Adlan pandang mata aku. Macam panahan mata.

"Kitorang tak banyak kali keluar. Tapi tak tahu kenapa, aku suka dia waktu dia pandang mata aku... Sounds cliche, kan? Haha." Lagi sekali, aku tergelak. Dah macam orang gila dah aku, gelak bercampur dengan menangis.

"Aku faham kau Sya. Siapalah yang tak sakit bila cinta tak berbalas kan. Okey, think positive eh. Mungkin ada hikmahnya kenapa mak kau suruh balik dan dia suruh kau pilih calon suami. Mungkin sebab, Allah nak gantikan yang lebih baik daripada apa yang kau tengah rasa sekarang ni. So, what can I say is, always think positive in Him, believe in Him. He knows everything."

Aku mengangguk. Lega dah bila dengar advice daripada Aisyah. "Thanks Syah. Sayang kau."

"Ye, aku sayang kau jugak. Kahwin nanti, I pengapit you okay!" Kata Aisyah, sempat nak bergurau. Tapi aku gelakkan jua.

Ye, mungkin ada benda yang lebih baik akan berlaku lepas apa yang aku dah lalui. Think positive.

***

"Assalamualaikum..." Aku beri salam. Apasallah senyap aje orang dekat dalam rumah ni?

Sekali lagi, aku beri salam.

Senyap jugak.

Eh, tak boleh jadi ni, terus aku ke arah ruang tamu. Maklumlah, ruang tamu dengan pintu utama jauh sangat. Mungkin inilah sebab kenapa orang dalam rumah tak dengar. Tapi, sampai sahaja di ruang tamu, aku lihat keadaan sekeliling. Sangat riuh, dan...

"Siapa pulak nak kahwin ni?" Soal aku, tiba-tiba.

Gila tak tiba-tiba!

Masuk aje ruang tamu, tengok-tengok ada pelamin. Woihhh, setahu aku, aku cuma ada seorang adik dan baru aje tingkatan berapa. Takkan dia yang kahwin?

Ohh, kkk. Mungkin sepupu aku yang kahwin. Tapi buat dekat rumah aku. Tapi...!!! Sepupu aku cuma ada 4 orang dan 2 orang dah kahwin lagi 2 orang dah ada anak pun!

Eee, konpius lah aku.

"Ehhh, Sya! Waalaikumussalam."

Eh eh, nak perli aku pulak! Aku tadi kemain beri salam, tak ada pulak orang nak jawab.

"Assalamualaikum w.b.t." Dengan penuh harkat aku beri salam.

"Siapa yang kahwin ni?" Sekali lagi aku menyoal, tanpa sempat orang dalam rumah menjawab salam.

"Hehe, Sya... Ikut mak kejap." Tiba-tiba mak tersengih. Aku dah seram sejuk. Lain macam aje sengihan mak kali ni. Amat... meragukan.

"Kenapa ni mak?"

"Sya, harap Sya tak marahlah ye kalau apa yang mak buat ni terlalu drastik ke. Tapi Sya, mak cuma nak Sya tahu yang..."

"Mak!" Tanpa sempat mak nak menghabiskan ayat dia, aku dah menyampuk.

"Ye Sya." Mak angguk.

Aku memang dah agak. Pelamin tu sebenarnya untuk aku. Apa ke laju sangat keputusan mak ni. Aku baru balik, dah di ajak suruh kahwin. Calon pun belum kenal lagi.

"Bukan ke mak kata, Sya balik cuma untuk pilih calon aje?"

"Bila mak kata?"

"Dalam telefon haritu lah mak!" Aku macam nak menangis dah. Tak nak lah kahwin dengan orang yang aku tak cinta... Orang yang aku dok selalu ingat ni cuma... Adlan aje.

Haih dahlah, sibuk nak fikir pasal Adlan. Entah-entah Adlan tengah bahagia, kau aje dok sibuk tepuk sebelah tangan.

"Mak cuma kata... yang pilih calon. Tapi mak lupa nak bagitahu yang lepas pilih calon terus kahwin." Tersentak aku dengan ayat mak.

Mak boleh lupa perkara yang serius macam tu?

"Mak ni, biar betul nak suruh Sya kahwin terus? Mak tak takut ke kalau Sya kahwin cepat-cepat tanpa kenal siapa pun suami Sya, lepastu Sya tak bahagia. Sanggup ke mak?" Soal aku.

"Kali ni mak yakin, dia ni memang sesuai untuk Sya. Kami pun memang nampak kesungguhan dia nakkan Sya."

"Nampak kesungguhan dia? Siapa 'dia' tu mak? Entah-entah berlakon aje ke..." Soal aku, tak percaya dengan kata-kata mak. Yelah sekarang ni, bukan semua orang boleh percaya. Tapi aku tak kata lah yang semua orang baik tu sebenarnya jahat. Tak semestinya. Tapi, perspektif kau tu...

Eh entahlah serabut!

"Mak dah janji dengan mamat tu, bila majlis nya?" Soal aku. Nak buat macam mana, persiapan dah siap. Memang mak dengan ayah buat keputusan tanpa berbincang dengan akulah... Tapi, apa lagi yang boleh aku bantah?

Semua macam dah nak siap.

"Lagi sebulan Sya."

"Haaa! Nampak sangat Sya tak payah pilih calon, mak sendiri dah pilihkan." Aku memuncungkan bibir. Sedih menyelubungi diri.

"Maafkan mak Sya... Mak rasa, cuma dia ajelah yang sesuai dengan Sya. Kesian mak tengok dia, memang betul nakkan Sya. Gigih tiap-tiap minggu datang daripada KL semata-mata nak lawat Daniel." Beritahu mak.

Daniel?

"Ohh, Daniel pun terlibat lah ni?" Soal aku. Geram.

Mak angguk dan tergelak.

"Boleh pulak mak gelak! Sya serious ni, sampai hati buat keputusan tak berbincang LANGSUNG pun dengan Sya." Tak sayang aku ke apa, sampai paksa-paksa suruh aku kahwin dengan entah siapa-siapa lah mamat tu.

"Inshaallah Sya. Mak yakin dengan keputusan kami sekeluarga. Dia terbaik untuk Sya. Lagipun, Sya memang dah kenal orang tu."

"Dah kenal?"

Mak mengangguk.

Ah tak kisahlah. Yang pentingnya, mana DANIEL?!

Terus aku cari Daniel di sekeliling rumah. Tiba sahaja di belakang rumah, aku lihat Daniel sedang gigih bersihkan kawasan rumah.

"Daniel!!!" Sergah aku. Tercampak terus penyapu lidi yang dipegang oleh Daniel. Padan muka kau, terkejut. Aku lagi terkejut tiba-tiba balik tak ada ribut, tak ada angin kena kahwin ni!

"Haih kak, apahal tetiba aje ni?"

"Tetiba kau kata? Yang kau tetiba sokong keputusan mak dengan ayah dah kenapa?"

Daniel tergelak. Haih mak dengan Daniel, memang sama aje perangai!

"Tulah orang jerit dalam phone haritu... Abang ipar favourite." Aku jeling Daniel. Eleh kau, semua benda nak dijadikan favourite.

"Kak, orang tu memang dekaaattt sangatlah dengan akak. Jangan risau, dia baik. Dia pun rapat dengan Daniel." Kata Daniel, tiba-tiba. Aku angkat kening, "Siapa?"

"Nanti kau tahulah, kak." Balasnya.

Menyampah!

***

"Baphaaakkk lah!"

Terkejut aku. Gila tak terkejut, tiba-tiba aje minah dua orang tu menjerit dekat telefon.

"Woih, aku lagi terkejut tau! Tahu-tahu aje, lagi sebulan kena kahwin. Dorang kata, aku kenal siapa mamat tu. Tapi bila tanya, tak nak pulak jawab! Eee, geramnya!" Luah aku dekat mereka berdua. Siapa lagi, Aisyah dengan Humaira' lah.

"Weh, gila ah."

"Biar benar."

See, kawan aku sendiri pun tak sangka dengan keputusan yang dibuat oleh keluarga aku. Lagilah aku, yang berada di kasut sendiri. Rasa nak gugur jantung pun ada!

"Kalau aku cakap tak nak kang, takut jadi derhaka pulak. Sebab persiapan semua dah siap. Mana taknya, lagi sebulan!"

"Kau tak tengok ke kad kahwin kau? Kot-kot ada nama kau dengan mamat tu?" Soal Humaira'. Bijak! Humaira' memang bagus!

"Haah, kenapalah aku tak fikir macam tu dari tadi. Tulah, terkejut sangat sampai ting tong kepala otak aku nak fikir apa pun dah tak boleh dah."

Mereka berdua cuma tergelak. "Balik-balik terus kena kahwin. Untung kau Sya, awal-awal dah nak kahwin. Kami berdua ni, calon pun takdak aih!" Ujar Aisyah.

Aku tergelak sinis. "Untung kau kata? Kalau kau rasa apa yang aku rasa, kau tahulah nasibnya! Terkejut beruk aku. Rasa macam aku ni mangsa keadaan."

"Ada hikmahnya di sebalik apa yang terjadi." Balas Humaira'. Hm, kenapalah semua perkara ni terjadi dekat aku?

"Bersangka baik pada Allah." Kata Aisyah pulak. Bagaikan tahu apa yang aku fikir. Betul kata Aisyah, sepatutnya aku ingat Dia, bukannya salahkan takdir.

Susah mana pun situasi tu, kena jugaklah ingat apa yang terjadi semua rancangan Allah.

"Okaylah korang, aku letak dulu. Isnin ni aku balik."

"Okay Sya. Doalah dekat dia eh." Balas Humaira'. Aku cuma mengangguk, macamlah Humaira' boleh nampak anggukan aku.

Telefon diletak. Aku termenung seketika.

Orang tu... aku kenal? Eh siapa? Baik dengan Daniel?

Takkan semua yang baik dengan Daniel, semua suami aku? Sebab, Daniel ni ramai betul yang baik dan rapat dengan dia! Eee, serabut!

***

Short Story : Kali Kedua 3

By : Nur Hidayah

2 bulan kemudian...

"Kau tahu tak, aku rasa ego gila bila cakap cerita Ola Bola tu bosan... Padahal best gila okey!" Kata Aisyah tiba-tiba selepas sahaja kami baru keluar daripada panggung wayang.

"Kan aku dah kata, best! Tengoklah siapa producernya, producer cerita Polis Evo dengan The Journey. Kalau kau kata cerita tu pun bosan jugak, hati kau kering ni!" Balas Humaira'. Aku hanya menjadi pendengar setia perbualan mereka berdua.

"Mende keringnya... Kau ni, ayat tak kena dengan situasi lah!" Aisyah memukul bahu Humaira' secara perlahan. Tergelak aku tengok perangai mereka berdua ni, sempat lagi nak bergurau.

"Mulut aku, biarlah." Humaira' tersenyum berlagak.

Lepas tengok wayang, macam biasa... Mestilah nak makan! Disebabkan dah lama sangat tak makan sushi, jadi kami semua memang dah cadang awal-awal pun nak makan sushi. Aku memang gila-gila sushi sikit, kimbap pun sama. Apa-apa yang berkenaan dengan seaweed, memang favourite aku lah tu. Eh, senang ceritalah kan semua makanan dalam dunia ni semuanya favourite aku.

Ada jugak orang cakap, aku ni makan banyak tapi badan tak pernah naik. Macam tu ajelah, maintain tak pernah nak gemuk. Hehhh, depa tak tahu betapa gigihnya aku tiap-tiap minggu pergi gym semata-mata nak turunkan berat badan.

"Kau nak makan apa? Sushi plate ke order?" Soal aku setibanya di Sushi King. Favourite semua orang bagi penggemar sushi. Gila kauuuu, terliur habis aku bila sebut pasal sushi.

"Both." Jawab mereka berdua serentak. Aku tersenyum. Tahu sangat dah nak apa, mesti nak dua-dua sekali. Kalau aku, nasinya pun boleh tahan sedap jugak. Maklumlah, benda ni makan sekali-sekala. Kalau makan berkali-kali, boleh naik muak jugak.

Selepas order, terus kami berdua pilih plate yang biasa bergerak tu. Haha! Entahlah nakkk, tak tahu nak panggil apa. I panggil pinggan bergerak aje. Tak banyak pun kami pilih, seorang 5 plate dan itu sebenarnya sudah cukup banyak sebab sushi ni makan 2 plate pun dah kenyang. Bagi akulah. Bagi orang lain tahulah, lain orang lain perutnya kan. Huhu.

"Humaira', apa cerita kau punya bisnes?" Soal aku. Walhal dalam mulut masih lagi penuh dengan makanan. Kalau bakal mak mertua tengok, confirm meluat tengok aku dengan perangai yang tak senonoh ni. Tapi tak apa, aku comel. Uhuks, sekali sekala perasan apa salahnya.

"Just okay. Kadang-kadang kita ada dekat bawah, kadang-kadang kita berada di atas." Jawab Humaira' penuh tenang. Bila dia dah cakap macam tu, tahu sangatlah dia punya maksud tersirat.

"Life is like riding a bicycle, to keep balance, you must keep your moving." Balas Aisyah, juga tenang. Memang benda ni selalu sangat orang sebut dan ayat itu adalah sangat bermakna bagi mereka yang sedang berada di bawah. Aku hanya angguk sahaja dengan kata-kata Aisyah.

"I believe in Him. He just want to tease me whether I can through it or not. Chill." Kata Humaira' lagi sambil membuat gaya jari 'ok'. Aku hanya tergelak kecil, dia ni memang betul-betul rilekslah. Respek jugak aku dengan dia ni.

Humaira' sebenarnya ada mempunyai sebuah butik yang khas untuk baju-baju seperti dress, casual ke, ataupun man suit dan banyak lagi sebenarnya dia buat. Semuanya daripada idea sendiri, jahit sendiri, lukis sendiri semua sendiri. Bila dah maju sedikit, Humaira' ada upah dan mengambil beberapa orang pekerja untuk membantunya. Sebab susah juga nak handle sendiri kan.

Humaira' pulak, jenis yang susaaaahhhh sangat nak bercerita tentang masalah dia. Dah berbuih mulut kami berdua nak tolong dia, tapi dia tak nak. Alasannya, bisnes aku, biar aku settle. Sounds selfish, tapi sebenarnya dia nak berdikari. Tak mahukan pertolongan orang lain dulu.

"So, korang berdua pulak macam mana ha doktor?" Sakat si Humaira' pulak. Aku dan Aisyah dah tergelak kecil. Cis, macam dia tak tahu pula jawapannya apa.

"Macam itulah, rawat orang, bagi ubat, check conditions of the patient, on call, lari satu hospital bila emergency, dan ulang." Balas Aisyah. Walaupun agak penat kerja kami, tapi ianya agak berbaloi setelah bertahun-tahun belajar, dapat pulak berkhidmat di hospital selama 4 tahun. Seronok sebenarnya jadi doktor, tapi kena fizikal dan mental kuatlah. Cehhh.

"Kerja doktor kan amalan mulia. Hahaha."

"That's right!"

Tergelak kami semua. Macam-macam yang kami bualkan, bukan senang nak spend time sama-sama bila masing-masing dah sibuk dengan kerja even though satu rumah. Kadang-kadang ada sahaja di antara kami bertiga yang tak balik rumah sebab kerja takpun sebab balik kampung.

Lepas makan, kami semua bercadang nak ke Sephora. Wah kemain. Biasalah, perempuan kan memang suka benda-benda macam so do I. Aku kalau dekat sephora, mesti kena fikir dua-tiga kali dulu sebelum nak grab something. Jangan sampai tersalah beli, nanti menangis tak tentu hala pulak sebab dah TERmembazir. Haha.

Tengah khuyuk pilih mascara, tiba-tiba Aisyah tegur aku. Minah ni, lain kalilah tegur aku. Dahlah aku susah nak buat keputusan sebab barang-barangnya semua agak mahal tapi berbaloi. Huwaaa.

"Wehh, tu kan Adlan?" Kata Aisyah. Pada mulanya aku malas nak layan, tapi bila Aisyah dah sebut nama Adlan, aku tiba-tiba pandang pada arah yang ditunjuk oleh Aisyah.

"Adlan kan? Apa dia buat dekat kedai gegirl ni?" Soal Aisyah sambil tergelak. Aku pun tergelak sama. Mungkin dia jumpa makwe dia and belanja makwe dia makeup kot. Fikir aku positif. Dan-dan jugaklah hati aku tiba-tiba berdebar dan cemburu.

Gila ke apa?

Cemburu? Gila. Aku dengan Adlan kan nothing.

Entah kenapa, hati aku tergerak nak tegur Adlan. Aisyah di sebelah dah hilangkan diri. Selama ni asyik Adlan aje yang tegur aku, apa salahnya kali ni aku pula yang tegur dia. Tak salah kan? Tegur kawan aje pun.

"Ad..." Ohhh, okay. Terus terhenti panggilan aku bila tiba-tiba sahaja seorang perempuan muncul di hadapan Adlan. Langkah aku tiba-tiba berhenti dan niat aku untuk tegur Adlan, aku batalkan sahaja. Adlan dengan perempuan tu... serious nampak mesra gila. Nak kata Adlan ada adik, pun tak jugak. Sebab adik beradik dia semuanya lelaki.

Eh, eh rileks Hasya!

Makwe dia kot.

Okay makwe dia, mungkin. Perlu ke nak rasa sedih tiba-tiba?

Okey, aku betul-betul benci perasaan yang sebegini. Perasaan yang tiba-tiba aje muncul, tiba-tiba nak rasa sedih, tiba-tiba nak rasa cemburu. Pelik betul. Padahal Adlan pun tak pernah pun cakap yang dia sukakan aku.

Haha, kau ni Hasya! Tak payah nak menggelabah. Rileks, permainan syaitan aje.

Terus aku pandang tempat lain apabila mata Adlan melilau dan seperti mahu memandang ke arah aku. Aku tak rasa dia perasan aku pun, sebab dia dah mesra dengan makwe dia. Ceit, ayat memang nampak sangat jealous! Tak, tak. Ini memang semua bisikan syaitan aje ni. Terus aku berjalan ke arah rakan-rakan aku.

Sempat pulak aku kerling ke arah di mana Adlan dan perempuan itu tadi berada. Okey dah tak ada. Betullah tu, dia tak perasan aku.

"Kau nak beli apa-apa tak?" Soal Aisyah. Humaira' pun dah datang ke arah kami berdua, dah selesai beli lah tu.

"Tak kot, aku malas nak membazir."

"Eh, eh. Asal ni? Tiba-tiba macam tak ada mood?" Soal Humaira' pulak, aku hanya tersenyum. Ada pulak kata aku tak ada mood, padahal aku sentiasa okay aje kot.

"Lah betullah, aku ada banyak lagi barang makeup dekat rumah. So, baik habiskan dulu. Tak payah nak beli baru lagi. Lain kalilah beli baru." Kata aku, tenang. Macam tak ada reaksi, aku terus berlalu. Tiba-tiba tekak haus.

Dan sekali lagi... Aku nampak Adlan dengan perempuan.

Waaaaaa, tak sukanya ada feels macam ni! Apahal dengan aku ni tiba-tiba aje ni?

"Haa weh! Kita balik jom?" Ajak aku, ataupun dalam erti kata lain nak blah sebelum Adlan nampak aku. Gilalah, tiba-tiba berdebar, cemburu, sedih dalam satu masa. Gila, tiba-tiba aje padahal aku tak suka pun dekat Adlan.

Aku tak suka dia...

"Eh? Cepatnya? Kau kenapa? Tak sihat?" Tergelak kecil aku, 4 soalan sekaligus, serentak pulak tu mereka berdua tanya aku.

"Weh kau okey tak tiba-tiba gelak. Kitorang serious okey, tiba-tiba aje berubah."

"Aku okey aje kot, korang yang melebih nak concern."

"Gila tak concern weh, tiba-tiba berubah. Drastik sangat tau."

"Ya Allah, Lailahaillah! Aku okeylah. Jomlah balik, lagipun dekat rumah kita boleh tengok movie. Lama dah tak tengok movie malam-malam kan?" Soal aku, keriangan. Perasaan pelik itu tadi, aku biarkan sahaja. Tak payah layan.

"Haaa, betul jugak tu. Jomlah, great idea Hasya!" Aisyah dah menepuk-nepuk bahu aku.

Fuhhh, selamat!

Nasib dorang nak balik. Kalau tak, memang terserempak dengan Adlan lah jawabnya bila dah ada dalam satu mall ni.

Tapi kenapa aku perlu mengelak daripada Adlan? Eeeiii, bencinya perasaan ni!

***

Aku hanya merenung skrin telefon. Bukan tak mahu jawab panggilan yang aku tak kenal itu, cuma aku sekarang tengah sibuk. Bukannya aku tak silent kan phone aku, cuma aku asyik terganggu dengan skrin telefon yang bercahaya itu. Boleh kira 10 kali dah telefon aku berdering.

Terus sahaja aku menekup telefon tersebut supaya cahayanya tidak kelihatan agar tidak terganggu dengan kerja yang sedang aku lakukan.

"Okey puan, dah selesai." Ujar aku setelah aku selesai menyenaraikan semua jenis ubat yang perlu diberi kepada pesakit tersebut. Pesakit ataupun dikenali sebagai seorang kakak kerana wajahnya yang tampak lebih matang daripada aku.

Dia tersenyum seraya beredar. Aku membalas senyumannya. Dan sekarang adalah masa untuk balik ikutkan waktu kerja aku. Tapi disebabkan aku masih lagi ada kerja nak kena settlekan, aku harus pulang selepas maghrib. Terus aku teringat akan telefon aku yang mempunyai banyak panggilan itu tadi.

"Peh, 25 kali missed call." Sorry not sorry, I'm not that type of person who answer the call from the strangers. Waktu tengah scroll telefon aku, mata aku tersekat pada satu panggilan yang berbulan lalu. Dah lama dah, tapi masih kekal dalam ingatan aku perbualan di antara kami.

"Daniel sihat?" Soalnya.

"Kenapa tanya soalan yang memang aku tak tahu? Tapi inshaallah, Daniel sihat." Aku tergelak kecil. Pelik sungguh Adlan ni, padahal dia tahu yang sekarang ni aku ada dekat Kuala Lumpur, sedangkan keluarga aku semuanya masih berada di Negeri Sembilan.

Woppp, aku bukan orang nogori tau. Cuma keluarga ada pindah rumah, sebab ayah aku ada buat rumah tetap dekat Negeri Sembilan. Jadi the conclusion is, I'm not from Negeri Sembilan and I'm just staying there. Saja beritahu walaupun tak ada pun orang tanya. Kihkih.

"Oh, lupa lak. Hehe."

Aku pandang skrin telefon aku, Adlan ke yang telefon aku ni? Apasallah perangai pelik sangat? Tapi aku fikir positif, mungkin Adlan baru bangun tidur. Tapi bangun tidur terus call aku? Eh, apa-apa ajelah. Kemain kau nak fikir eh Hasya!

"Cadang nak call malam ni, tapi kau dah call aku dulu. Apa kes bro?" Soal aku, terus tanya perkara yang sebenardan memang dah lama aku tertanya-tanya dalam kepala otak aku sejak dari tadi lagi.

"Takde, kredit tengah banyak." Balasnya bersahaja. Ewah, kemain berlagak dia membalas! Lantak hengkolah Adlan, bukan duit aku yang habis.

"Kau nak cakap apa Adlan? Kalau tak ada apa-apa, I'm off. Busy." Kata aku, agak tegas. Bukannya apa, satu sebab aku tengah kerja. Keduanya sebab aku malas nak berbual kosong dengan Adlan. Benda-benda yang tak penting tak wajib pun untuk lelaki dan perempuan berbual walaupun sekadar dalam telefon kan.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Panggilan terus terletak. Terus tamat perbualan kami sehingga sekarang. Tiba-tiba jadi kosong bila Adlan dah jarang call aku, Adlan dah jarang jumpa aku. Ceit, jangan fikir macam tu! Semuanya tu adalah godaan syaitan!

Aku masih berfikir, dia merajuk ke dengan aku? Aku cuma menyuarakan perkara yang benar. Memang aku tengah busy sangat waktu tu. Dengan nak semak semua condition pesakit lagi, dahlah waktu tu tengah serabut. Biasalah perempuan kadang-kadang angin tak betul. Tapi masalahnya, yang si Adlan ni hati tisu sangat kenapa nak terasa dengan aku dah kenapa? Siap keluar dengan perempuan lain lagi.

Eh, aku tak jealous okey!

Sedang sibuk aku melayan perasaan, tiba-tiba sahaja aku terpandang skrin telefon aku yang berbunyi. Panggilan dari keluarga aku. Tanpa banyak berfikir, aku aku jawab. Rindu!

"Assalamualaikum mak...!" Jawab aku keriangan. Wah, umur dah 25 tapi masih perangai budak-budak. Biasalah, bila dah lama tak jumpa mereka kan.

"Haaa, waalaikumussalam. Apa cerita eh doktor sampai tak balik-balik lagi sampai sekarang?" Soal mak, macam perli. Eleh, mak macam tak tahulah pulak anak dia sibuk. Kihkih.

"Tulah mak, lately asyik busy aje. Nak buat macam mana kan." Balas aku pulak, mak tergelak kecil dengan balasan aku. Aku pun tergelak sama walhal benda tak kelakar tapi lucu. Macam tak ada beza tapi itulah yang aku rasa. Ceh, merepek hape haku ni!

"Bila kamu nak balik ni... Orang beratur dok masuk meminang." Ayat mak betul-betul buat aku tersentak. Ada orang nakkan aku?! Beratur pulak tu?! Gila apa, aku ni lawa pun biasa-biasa aje sampai beratur nak. Entah-entah emak propa aje dengan aku.

Sebab aku waktu sekolah ke university pun sibuk dengan belajar. Mana sempat nak pandang mamat handsome walhal banyak aje mamat-mamat handsome cuma tak berminat. Cara cakap berlagak betul macam aku ni cantik sangat aje sampai tak berminat dengan lelaki handsome kan haha.

"Siapa aje kot yang nakkan Hasya ni mak oiiii, sajalah tu nak attract orang suruh balik kampung. Jangan risau mak, Hasya balik minggu ni inshaallah, dah cadang pun sebab dah rindu dengan family dah haaa. Jangan riso mak jangan riso." Terang aku panjang lebar, tahu sangatlah, mak memang suka bergurau dengan aku. Aku dah masak pun dengan perangai mak. Haha! Saja tau mak ni nak buat aku perasan, kihkih.

"Yelah, daripada muda sampai ke gigi takde nakkan Hasya tahu. Tak faham betul mak part yang gigi takde nakkan Hasya tu."

"Hahaha! Mak, tak baik!" Kata aku gelak-gelak. Haih mak, mak... sekali dia jadi menantu mak baru tahu! Tapi, nak ke aku? Allahuakbar! Tak baik!

"Tak adalah, mak dah kata tanya Hasya dulu. Hormat keputusan Hasya sebab bukan mak yang nak kahwin dengan dia. Sebab tu mak kata tunggu keputusan Hasya. Hari-hari dia datang rumah nak tanya jadi ke tak. Nampak sangat dah tu tak saboo." Balas mak, aku di hujung talian terkekek-kekek ketawa dengar mak membebel.

"Mak, mak... Sabar mak. Biasalah tu, manusia mana yang tak sunyi bila keseorangan. Mestilah nak ada yang meneman kan..." Balas aku, mem-backup pakcik yang dimaksudkan oleh mak aku tadi.

"Tapi dia dah ada 3 bini, Sya!" Lagi sekali, aku tergelak. Mak ni, betul-betul buat aku hilang stress lah.

"Inshaallah mak, kalau ada jodoh bini keempat lah Sya."

"Haaa, jadi betul-betul nak ke? Jangan main-main Sya, kata-kata itu adalah satu doa tahu." Ujar mak, walhal aku cuma bergurau aje. Cuak aku bila mak cakap macam tu.

"Jadi, apa tujuan mak telefon Sya ni?"

"Aih, nak call anak sendiri pun kena ada tujuan ke?"

"Mestilah, kalau tak habis bill telefon naik nanti." Balas aku, bergurau. Mak tergelak kecil.

"Tak, mak ingat nak suruh balik. Tapi bila Sya kata nak balik minggu ni, alhamdullilah lah. Syukur mak, dah lama dah tak jumpa Sya ni. Dalam 2 bulan ada jugaklah. Dahlah dulu sekolah menengah asrama, universiti pun asrama, lepastu rumah sewa, sekarang ni dah kerja pun berpisah dengan mak lagi. Nanti kang kalau kahwin, berpisah lagi..." Balas mak. Haaa, ini yang lemah bila mak dah mula cakap macam ni! Rasa serba salah menyerbu diri.

"Mak jangan cakap macam ni... Sya akan balik minggu ni jugak, inshaallah. Lagipun memang minggu ni kurang sikitlah busy daripada sebelumnya. Inshaallah Sya balik, jangan risau." Balas aku, terpaksa berbohong dekat mak tentang kurang sibuk tu. Sebab aku nak sedapkan hati mak, maaf mak! Berdosa betul aku.

"Tak apalah kalau gitu Sya. Lega mak dengar, mak tak ganggu kamu kan?"

"Eh tak adalah mak, memang cadang nak balik minggu ni. Apa yang ganggunya. Sya tahu, sibuk macam mana pun, keluarga tetap jugak kena jenguk. Kan mak selalu pesan." Ujar aku, tiba-tiba aku dengar suara Daniel dari arah belakang.

"Balik cepat kak! Favourite bakal abang ipar masuk meminang!" Jerit Daniel. Aku dah berkerut muka. Favourite bakal abang ipar? Siapa? Pakcik tu ke?

Ehhh, takkan favourite Daniel kot? Habis aku!

"Kamu ni, pergilah main jauh-jauh. Sibuk aje." Kata mak pulak, aku boleh dengar perbualan mereka.

"Apa maksud Daniel mak?"

"Itulah mak kata... Ramai masuk meminang Hasya."

"Tu yang kata favourite abang ipar tu?"

Mak terdiam seketika. Pelik aku, apasal pulak tiba-tiba diam ni? Ke mak tengah rangka ayat apa yang sesuai untuk beritahu aku hal sebenar? Aku kenal sangat dengan mak aku! Kalau dia gelabah, dia kena diam dan fikir dulu, lepastu baru bersuara nak bagitahu apa. Kenal sangat!

Tiba-tiba aku boleh tangkap sesuatu.

"Ohh, sebab inilah mak beriya suruh Hasya balik? Sebab nak suruh Sya pilih dan suruh kahwinlah ni?" Soal aku, menduga. Tiba-tiba mak tergelak, "Hehe."

"Mak ni... Orang nak kerja dulu..."

"Kalau dah jodoh sampai awal, kahwin ajelah. Mana boleh tolak takdir Allah." Balas mak, amboi deep mak oi! Sebab aku selalu dengan mengelak nak kahwin. Bukannya aku tak suka alam perkahwinan, gila apa tak suka! Aku ni boleh dikatakan kaki novel juga, memang selalu dah baca novel cinta lepastu bayangkan diri sendiri cuma lelakinya aje samar-samar. Seronok okey! Cuma belum bersedia aje.

"Baliklah Sya, ehh..." Pujuk mak. Aku dah layu, kuyu, semuanya lah! Mana boleh lawan cakap mak, lagipun dah lama tak jumpa mak. Nak tak nak, kena jugak balik.

Alaaa, habislah kena kahwin!

"Inshaallah mak." Aku tersenyum dalam terpaksa. Alaaa, travel satu dunia pun belum habis dah kena kahwin!

"Alhamdullilah. Okeylah, mak letak dulu. Nak masak ni."

"Okey mak, kirim salam semua. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Terus aku letak telefon aku di atas meja. Aku lihat jam, hampir nak maghrib dah ni. Aku terus tanggalkan kot dan mencapai handbag aku di atas meja. Sambil berjalan, aku berfikir...

Baru 25 tahun dah kena kahwin, belum sempat lagi nak enjoy zaman bujang, tak sempat lagi nak travel satu dunia, uwaaaa!

Tiba-tiba teringatkan peristiwa Adlan dengan perempuan tu. Eeeii, aku ni sukakan Adlan ke? Tak kan? Tak, tak... Aku tak suka dia. Tapi kenapa aku sedih bila dia dengan perempuan tu?

Eeeiii, perasaan pelik tolonglah pergi main jauh-jauh!

***

Short Story : Kali Kedua 2

By, Nur Hidayah

"Aisyah, I have something interesting to tell you!" Ujar aku bila sampai aje dekat pintu rumah kami. Dalam rumah tu cuma ada 3 orang housemate. Iaitu Aisyah, aku dan Humaira'.

Aku dengan Aisyah memang dah kawan baik sejak sekolah rendah lagi. Sampai sekarang dia still stay dengan aku walaupun dah bertahun-tahun lama hidup. Alhamdullilah lah. Sebab sekarang ni kan ramai orang yang dulunya bestfriend tapi tiba-tiba dah jadi strangers.

Aku harap sangatlah tak jadi macam tu di antara aku dengan Aisyah. Aku sayang betul dekat dia, dah anggap macam adik dah pun walaupun kadang-kadang perangai dia lebih matang daripada aku. Ikut tarikh birthday leerrr.

Walaupun Humaira' cuma seorang penyewa dekat rumah ni, tapi kami anggap dia sebagai kawan rapat kami oleh kerana sifatnya yang humble dan funny. Nama pun Humaira' kan, cantik orangnya cantik seindah nama. Wahhh.

"Hah, hot story apa tu? Tak ajak aku nampak?" Soal Humaira' yang tiba-tiba muncul daripada dapur sambil memegang cawan, kopi mungkin?

Aku hanya tergelak kecil sambil menyambung, "Ingatkan kau kerja tadi, sorry beb. Jomlah join."

"Cuba kau teka, tadi aku dekat hospital aku jumpa siapa?" Soal aku, main-main tarik tali dengan Humaira' dan Aisyah. Dorang dah pandang sesama sendiri, lepastu pandang aku balik.

"Pesakit kaulah, siapa lagi?!" Kata mereka berdua serentak. Peh, terkejut aku. Datang bulan ke apa dua-dua orang ni?

"Lah tak payahlah sensetif, aku tanya siapa aje pun."

"Yelah intan payung... Oh okey, mesti kau jumpa doktor handsome tu kan? Alah senior kita tapi umur 3 lagi muda daripada kita tu." Kata Aisyah, dah gelak-gelak. Sekarang ni, aku pulak yang rasa macam nak datang bulan.

Humaira' dekat sebelah aku dah tergelak-gelak. Padahal dia bukan kenal pun siapa mamat tu. Hipokrit kau Humaira'... Hahaha.

"Kau ajelah. Dia tu harap aje handsome, tapi playboynya mashaallah. Macam mana kau boleh suka dia eh?" Soal aku. Aisyah di sebelah dah tersenyum-senyum kerang busuk. Rasa nak tampar bila budak sebelah aku ni tengah dok angau.

"Eh whatever. Cepatlah cerita." Aisyah dah gesa aku untuk cerita. Humaira' cuma pandang aje aku, menunggu untuk meneruskan kata-kata.

"Aku jumpa..."

Aku tarik nafas.

"Adlan!"

Semua ternganga. Yang si Humaira' tu aku tahulah sebab apa dia ternganga. Sebab dia mana tahu apa-apa pun kan, tu yang dok tu ternganga tu. Tapi yang kes Aisyah ni pulak, apa hal?

"Woi, mende kau?" Aku tepuk tangan tepat ke muka Aisyah.

"Weh serious ah?"

"Seriouslah..."

"Serious ah itu aje yang kau nak cerita?"

Aku dah jeling Aisyah dekat sebelah aku. Dasar si Aisyah nyamprengsong nyaptaikap betul. Haaa kan dah keluar bahasa thai merepek aku. Ni semua pasal P'sueaa dalam cerita Ugly Duckling, betul-betul buat aku minat dekat thailand, disebabkan oleh muka dan senyuman yang mampu mencairkan hati perempuan dekat luar sana. Ketagih aku dibuatnya. Kononlah.

"Ha maghoh maghoh. Rilek lerr, gurau aje." Aisyah dah gelak gelak tengok aku. Humaira' pulak dah macam tak mahu kacau kami berdua. Mungkin sebab dia langsung tak tahu apa yang kami ceritakan kot.

"Terkejut jugak aku bila jumpa dia tadi. Tak sangka." Kata aku. Mata aku dah tak fokus dekat mata Aisyah dah, aku lebih fokuskan kepada televisyen. Sambil itu, aku merampas cheesy wedges di tangan Humaira'. Alah, perkara macam ni memang biasa terjadi pun.

"Adalah tu, jodoh ke... Weeewiiittttt." Aisyah dah mula dengan loyar buruk aku. Menyampah aku. Ingat kelakar ke? Alah terjumpa aje pun, terserempak. Tak sengaja terjumpa. Itupun nak dikatakan sebagai jodoh. Mendelah.

Inilah manusia zaman sekarang punya mentality. Hahaha.

"Kalau ada jodoh pun apa salahnya. Kau tu bukannya tak ada rupa langsung." Sampuk Humaira' yang tengah khusyuk layan movie.

"Banyaklah korang punya jodoh." Kata aku sambil gelak. Aku dah mula bangun daripada duduk dekat sofa yang empuk ni. Boleh tertidur jugak aku kalau teruskan duduk dekat sini lama-lama.

Nak mandi semua dulu, lepastu tidur kejap. Letih benar aku padahal harini tak adalah balik lambat mana pun, pukul 6 petang dah sampai rumah.

Baru aje nak gerak naik atas ke bilik aku, tiba-tiba Aisyah bersuara, "Eh tapi kan, Adlan sakit apa tadi?" Soal Aisyah, mukanya nampak pelik.

"Dia kena tembak, dua peluru. Dekat kaki dengan tangan." Jawab aku, time-time aku dah semangat nak naik atas jugaklah Aisyah menyoal aku. Aku betul-betul nak segarkan badan, dan aku perlukan katil di saat ini.

"Eh? Kerja apa mamat tu?"

"Polis. Alahhh kau ni, kejap lagilah sambung cerita. Aku dah penat ni." Aku terus naik atas tanpa menghiraukan dua makhluk dekat bawah tu.

***

Lepas sahaja aku mandi dan menunaikan apa yang wajib, aku terus panjat ke atas katil. Tidurlah sejam dua, lepastu bangun makan kejap lagi. Mata aku pun dah hampir tertutup dah ni. Mengantuk gila.

Baru aje nak lelapkan mata, tiba-tiba telefon bimbit aku berdering.

Aku dah macam mamai. Tapi aku gagahkan juga membuka mata yang memang dah berat nak bukak ni. Manalah tahu umi ataupun walid ke yang call. Lagipun, aku adalah dalam dua hari tak telefon mereka, rindu pulak.

Terus aku capai telefon bimbit aku untuk tengok siapa yang call aku. Tertera di skrin telefon bimbit aku, nombor yang tidak dikenali.

Aku kalau bab-bab orang tak kenal yang dok telefon aku ni, aku malas nak sikit nak jawab. Memanglah orang kata, mana tahu emergency ke... Apa ke, tapi aku dah pernah kena sekali entah mamat cina mana yang call aku, mula-mula aku sengajalah cakap yang aku tak faham apa yang dia cakap.

Tiba-tiba pulak dia kata aku ni bodoh sangat senang kena tipu. Heh, dia ingat aku tak belajar bahasa cina ke apa? Tulah lain kali, jangan bodohkan orang. Nanti kena dekat diri sendiri. Rupanya mamat tu nak curi duit kredit aku melalui panggilan dia tu. Haih, zaman sekarang ni macam-macam...

Nauzubillahiminzalik lah...

Punya lama aku dok khayal, telefon aku dah berdering buat kali kedua. Ni nak angkat ke tak nak ni? Kalau tak angkat kang, takut emergency ke apa...

Terus aku slide untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello?"

"Assalamualaikum." Jawab pemanggil tersebut. Oh, islam rupanya.

"Waalaikumussalam. Siapa ni?" Tanya aku, kenapa orang yang call aku ni senyap lain macam? Aku pulak, dah rasa macam nak matikan aje panggilan ini sebab rasa macam tak ada emergency pun. Kalau emergency, tak sempat nak ber hello do you hear me lagi dah terus bagitahu hajat sebenar.

"Tekalah..." Katanya.

Aku dah hembus nafas, macam marah.

"Eh tak ada masa lah! Orang dahlah letih, tak ada kerja lain ke apa selain daripada nak kacau orang malam-malam macam ni?" Kata aku, mengantuk tahu tak, mengantuk! Stress aku. Bagilah aku nikmat untuk tidur tu sejam ke dua jam. Tak lama mana pun. Kejap lagi aku dah nak bangun balik. Ayoooo...

"Ya Allah garangnya. Ni akulah, Adlan!" Jawab si pemanggil tersebut. Aku terkejut. Tak pasal-pasal Adlan kena tempias aku. Padan muka dialah. Siapa suruh kacau aku, lepastu suruh orang main teka teki pulak. Ada ke patut.

"Lahhh, Adlan. Mimpi apa call aku ni?" Aku dah menguap. Tak tahulah Adlan boleh dengar ke tidak. Mata aku masih lagi cuba tahankan.

"Takde... Saja aje, rindu."

"Hah, rindu? Tumbuk nak?"

Aku dengan Adlan dah gelak-gelak. Ada ajelah mamat ni. Terus hilang sedikit mengantuk aku bila dah gelak macam ni.

"Kau tengah buat apa tu?" Soal Adlan. Aku dah menguap buat kali ketiga. Seriouslah mengantuk. Kang kalau aku letak telefon ni, menangis Adlan. Hahaha, konon menangis!

"Aku baru aje nak tidur. Tiba-tiba kau call aku. Kau pulak?" Heh, typical Hasya. Memang kalau orang tanya aku buat apa ke, makan dah ke belum, mesti aku tanya dia balik.

"Tengah call kaulah..."

"Loyar buruklah kau, Ad." Ceit, tiba-tiba pulak ada nama panggilan baru. Sesuka hati aku aje panggil dia Ad. Tapi sedap apa. Kahkah.

"Aku sebenarnya tak tahu nak pakai macam mana ubat yang kau bagi dekat aku ni..." Kata Adlan. Aku dah berkerut wajah aku. Dasar tak logik...

"Eh, dulu kau dengan aku belajar dalam kelas yang sama tau. Kita kan dah belajar macam mana nak sapu iodin semua tu?" Soal aku, pelik. Lagipun, benda yang Adlan nak buat ni senang sangatlah. Bukanlah nak berlagak, tapi memang betul kan.

Instruction semua dah ada dekat situ. Memang pihak hospital buat macam tu, senang untuk pesakit ikut langkah-langkah yang diberi.

Kalau susah pun, nak pakai kain gauze untuk tutup luka yang ada dekat kaki dan tangan.

"Memanglah... Tu dulu, sekarang aku dah lupa." Katanya. Apa-apa ajelah Adlan. Terus aku ceritakan macam mana dan cara-cara untuk bersihkan luka.

"Lepastu, kena lekatkan dengan tape lah kain ni?"

"Iyaaa, kan aku bagi tape tu. Takkan nak staple kot, bukannya main baik luka kau makin teruk adalah."

"Eh eh buat lawak."

"Hmm..." Aku serious dah mengantuk. Mata aku tutup, tapi masih lagi dengar suara Adlan yang tengah membebel kata susah nak gunting tape lah apalah. Macam-macam mamat ni...

"Siap!"

"Baguslah..." Aku dah tak bermaya lagi dah.

"Kau tidur ke?" Soal Adlan. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku mengangguk walhal bukannya ada Adlan pun dekat situ.

"Hello, Sya?"

"Haa haaa. Mana ada aku tidur..." Kata aku, lepastu Adlan cakap apa pun aku dah tak dengar langsung. Barulah terasa nikmatnya...

***

Bila ada masa terluang sikit, sikit aje tak banyak terus aku pergi ke tempat di mana ada senarai-senarai doktor yang perlu stay on call. Biasa yang akan stay ada dalam bawah 10 orang. Tak tentu juga, ikutlah nak berapa orang.

Kalau tiba-tiba ada emergency yang memerlukan ramai orang doktor, pihak hospital akan telefon para doktor. Itu kalau ada kes lah, macam aku dulu pernah sekali. Jadi doktor ni kena ada mental yang kuat. Lagi-lagi masa. Masa lah yang penting, nak kena on call bagai. Jadi bila ada masa rehat walaupun dalam sejam dua, itu adalah nikmat untuk tidur. Heh.

Tiba-tiba aku teringat semalam. Unexpected when he doesn't hang up his phone sebab waktu tu aku tertidur. Memalukan betul. Tapi nasiblah, siapa suruh Adlan call aku malam-malam, waktu paling sedap untuk aku tidur sekejap. Baru aje nak bangun daripada katil semalam, tiba-tiba aku teringat yang aku tertidur waktu Adlan tengah cakap-cakap dengan aku. Terus aku check phone kot-kot dia tinggalkan mesej ke apa. Tapi ni lebih daripada mesej beb. Dia langsung tak letak phone.

"Hello, Adlan!" Panggil aku. Mamat ni apa kes entah, tak habis ke duit dia call aku lama-lama sangat? Tak sayang duit langsung mamat ni.

"Ye Sya..." Jawabnya, suara serak.

Aku pelik. Terus aku pandang jam di dinding. Huh, memang patutlah suaranya serak semacam, seperti orang baru bangun tidur. Tiba-tiba rasa comel pulak.

Eh, jangan nak melebih.

"Apasal kau tak letak phone? Apa duit kau banyak sangat ke apa, membazir aje. Padahal masing-masing tidur." Bebel aku, aku tak tahulah dia dengar ke tidak, macam aku tadi waktu Adlan tengah membebel aku pergi tidur pulak.

"Biarlah duit aku, bukan kau..." Jawabnya, aku pulak yang bengang. Suka sangat membazir, tak suka betul aku.

"Kau ni, membazir lah duit kau... Dahlah Adlan, pergilah tidur. Nak dekat pukul 2 dah ni." Aku dah mengalah dengan Adlan. Biarlah dia, siapa suruh membazir. Duit habis nanti jangan salahkan aku.

"Hah pukul 2? Kau nak tidur jugak ke?"

"Eh tak, aku belum makan lagi ni ha. Terlajak tidur pulak. Tidurlah Adlan, kang kau tak bangun awal pagi pulak nak solat subuh esok."

"Yelah Sya... Makan elok-elok Sya, jangan tersedak." Okey, peringatan apakah yang dia cuba sampaikan untuk aku ni sebenarnya? Mamai lah tu.

"Ye Ad, aku lapar sangat dah ni. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Jawab Adlan dan terus aku letak phone. Kalau aku biarkan, takut dia terlupa pulak nak letak phone. Sampai bila nak sambung call pun aku tak tahu. Adlan ni betullah...

Asyik aku sedang teringat perkara semalam, tiba-tiba aku tersedar. Okey, hari ini tak ada. Aku perasan yang nama Aisyah ada. Nasiblah. 32 jam stay on call, ye Aisyah. Lama kan? Inilah pasal kenapa umi dengan walid asyik tanya aku ni nak kahwin ke tak nak. Wah, gaya soalan macam nak tanya aku ni nak makan ke tak aje kan.

"Awak ni, daripada tadi lagi saya nampak duduk depan ni. Fikir apa tu?" Tiba-tiba sahaja ada yang menegur. Terus aku toleh ke belakang, dan terpancarlah wajah tampan seorang senior aku. Doktor juga. Yang Aisyah sibuk kata doktor handsome tua 3 tahun daripada kami tu.

"Eh doc. Nothing." Jawab aku, ramah. Doktor ni, sumpah handsome. I really admit it. Siapa tak suka kan handsome, berkerjaya, pandai. Wah, bab pandai jangan cerita. Dalam umur 28 tahun sudah ada PhD. Kau rasa? Aku sendiri pun tak tahu dia makan apa sampai jadi geliga.

Rezeki dia, anugerah dia. Boleh dikatakan doktor ni memang perfect gila. Doktor Redzuan namanya. Selalu orang panggil dia Red aje, tapi kalau dekat hospital panggillah nama penuh. Pelik sangat panggil Red.

Nama zaman sekarang kan... Black lah, Red lah... Hijo betul.

"On call?" Soalnya. Aku geleng sambil tersenyum. Kalau jeling kang, kurang ajar sangat pulak sebab tak ada sebab pun nak jeling dekat doktor kacak ni.

"Nope, not today." Jawab aku. Doktor ni memang handsome, tapi bukan taste aku. Haaa, dah ada yang handsome depan mata pun aku menolak kan. Baguslah aku tolak, lagipun dia bukannya nakkan aku pun.

Muka handsome macam tu, mesti ada makwe. Kotlah, biasanya yang handsome lagi berkerjaya ni memang ada makwe. Kang kalau aku kahwin dengan dia, tak habis-habis aku jealous 24 jam sebab ramai sangat yang nak mengorat doktor ni.

Tak nak aku.

Ceit, fikir jauh!

"Okey ke tak kerja dekat sini? If it has anything wrong, just tell me. Remember, I'm your senior. Don't be afraid with me lah." Pesannya. Aku dah angguk-angguk macam burung belatuk. Memang selama aku kerja di sini, okey sahaja tidak ada apa-apa masalah pun.

Baik betul doktor ni.

"Inshaallah doc, I will. Thanks for your concern." Aku senyum, dan senyuman pun berbalas. Ni kalau Aisyah ada ni, mahu melting minah tu tengok doktor ni senyum. Cayaq habih satgi budak tu.

"No need to. I have to go, excuse me."

"Yeah, sure." Aku hanya memerhati si Doktor Redzuan ni berlalu. Selepas sahaja dia berlalu, terus aku pergi ke kaunter di mana terletaknya fail-fail pesakit yang perlu aku rawat.

"Yani, breakfast dah?" Soal aku. Memang hari-hari aku akan tanya mereka ni semua makan dah ke belum. Saja aje tanya, sebab malaslah nak bermasam muka dengan staff dekat sini. Haa gitu.

"Doktor Hasya, it's almost 1 p.m. and it's a lunch time." Tergelak Yani tengok aku. Aku dah berkerut dahi. Eh? Terus aku pandang jam di tangan aku.

"Haahlah, kenapa saya boleh terlupa. So, Yani... Lunch jom?" Ajak aku. Aku memang selalu jugak ajak doktor perempuan ataupun nurse perempuan lain makan-makan dengan aku bila Aisyah tak ada.

Aku pandang muka Yani dengan penuh simpati. Sebab aku dah lapar sangat ni. Patutlah lapar lain macam, rupanya dah lunch time. Almost forget. Pagi tadi langsung tak sempat nak jamah nasi goreng yang Humaira' buat. Kesian dia, dia buat susah-susah aku pulak yang tak makan.

Mana taknya, pagi tadi bolehlah pulak aku sambung tidur lepas subuh. Kalau bakal mak mertua tengok, confirm reject 100%!

"I'm so sorry, doctor. Saya postpone lunch time saya pukul 2. Sekarang ni ada something yang perlu settlekan. Really sorry." Yani dah pandang muka aku dengan wajah kesian dekat aku. Aku hanya tersenyum bila dia cakap macam tu.

Orang ada hal, mana boleh nak paksa kan. Memang kerja dia, takkan nak halang pulak.

"No, it's okay. But as long as, you makan eh Yani. Jangan terlupa makan pulak." Pesan aku, lepastu tiba-tiba pulak Izzati, nurse yang turut berada di kaunter tersebut menyampuk perbualan kami berdua.

"Hah, borak apa ni?"

"Zati, nak lunch dengan saya?" Soal aku, terus kepada topik perbualan di antara aku dengan Yani apabila ditanya oleh Izzati.

"Bukan tak boleh, tapi dah ada lunch date. Hehe." Izzati dah senyum macam kerang busuk. Terus aku pandang dia dengan senyuman bahagia. Cehh..

"Sejak bila ni?" Soal aku, angkat kening. Pandai Izzati eh, dah pandai lepastu tak nak cerita pulak dekat aku pasal love story dia. Hahaha!

Nurse yang setahun muda daripada aku pun dah ada yang punya. Aku? Kahwin dengan ubat ajelah. Kehkeh.

"Baru sebulan aje doctor. Sekarang ni nak kenal-kenal dulu, saya dengan dia kawan sahaja dulu. Belum sampai ke tahap special lagi." Sengih Izzati.

"Hah, eloklah tu Zati. Jangan jadi macam aku sudah. Kenal kejap terus mintak couple. Lepastu dapat tahu dia kaki buaya. Tapi, nasib baiklah dah jumpa suami kita. Haaa, kenal dulu Zati." Sampuk si Yani.

"Tulah Zati. Kenal dulu hati budi dia, kalau dia suka suruh aje dia masuk meminang. Kita perempuan ni relax aje, lelaki yang patut ngorat bukan kita." Terus tergelak dua-dua orang tu. Aku pun join sama. Tak boleh blah sangat ke statement aku sampai mereka ketawakan aku?

Haha!

"Betullah tu doc. Kita perempuan pun kena ego kan. Kalau tak, nanti kita ni dikira desperate sangat nak berlaki. Jadi, biarlah lelaki yang mulakan langkah pertama dia." Seloroh Izzati. Aku hanya menggeleng tengok perangai mereka berdua. Macam-macam mereka ni. Nampak sangat expert. Ewah.

Terus aku pandang jam di tangan aku.

"Apa-apa ajelah Zati, Yani. Saya pun dah lapar ni, nak pergi makan." Kata aku, seperti mahu beredar. Ya, memang mahu beredar pun sebab dah lapar sangat. Perut dah berkeroncong daripada tadi. Nasib baiklah boleh tahan sebelum lunch time.

"Okey doc. Jalan elok-elok, haha." Pesan mereka, sempat aku hadiahkan senyuman aku sambil kenyitkan mata tanda 'ok' sebelum beredar.

***

Waaaa, nak makan dekat mana ni. Dah dua kedai aku pergi, tapi semua parking lot full. Menyedihkan betul. Betul-betul mencabar iman dan kesabaran aku waktu tengah lapar ni. Haih, sabarlah Hasya... dugaan untuk kau.

Aku dah malas nak fikir. Terus aku ke shopping mall. Banyak jugak tempat makanan dekat situ. Parking pun inshaallah ada sebab ianya berbayar. Ceit, kalau berbayar pun belum tentu ada tempat kosong nak parking.

Positif, inshaallah ada!

Masuk sahaja dekat tempat parking lot yang biasa ada dekat shopping mall tu, terus-terus dah terang-terang ada tempat kosong. Haaa, bagus! Dekat pulak tu dengan pintu masuk utama. Bangga aku sebab fikir positif. Alhamdullilah.

Dah masuk dalam shopping mall tu, terfikir-fikir juga aku nak makan apa actually. Kalau tadi teringin nak makan nasi arab. Tapi dekat sini tak adalah pulak.

Kalau makan sushi... Tak kenyang nanti!

What about pizza? Haaa, macam okey. But I'm still asking myself, whether dominos or papa johns? Dua dua sedap sebenarnya. Tapi disebabkan aku dah lama tak makan hawaiian chicken extra cheese, terus aku pilih dominos.

Dah selesai order semua, aku ke surau sekejap untuk menunaikan apa yang wajib. Pizza tu biasanya memakan masa yang agak lama untuk tunggu. Customer dia pun boleh tahan ramai. Aku redha aje kalau tak ada tempat duduk nanti, pepandailah aku duduk atas semen ke.

Haaa, kemain redha kau! Sanggup jatuhkan maruah. Haha!

Selesai sahaja solat, terus aku pergi ke kedai dominos tadi. Dah sampai, ambik order lepastu terus duduk. Memang rezeki ada banyak tempat duduk. Mungkin ramai customer tadi sebab dia beli bawak balik kot. Haaa positif habis aku harini.

Boleh tahan banyak aku order, hawaiian chicken size large, chicken wing dengan mushroom soup. Air, air mineral aje sebab dah makan benda yang menggemukkan, aku tak naklah tambahkan lagi gemuk aku. Cecece. Kalau tak habis, pepandailah aku bawak balik. Bungkus. Alah macam tak biasa buat dekat kedai mamak. Haha.

"Amboi Sya! Banyaknya kau melantak!" Sergah seseorang daripada belakang. Hampir tersedak aku. Terus sahaja aku capai air mineral tanpa sempat memandang si pengacau itu.

Homosapien mana pulaklah yang kacau aku time tengah layan habis ni?

Terus aku pandang belakang. Bila dah nampak muka orang tu, terus aku pandang depan dan sambung balik apa yang dah tertangguh tadi. Biarkan dia, malas nak layan.

"Aduh Sya! Sorrylah. Tak ada niat pun nak terkejutkan kau. Tak tahu pulak kau lemah semangat." Ujar Adlan. Aku dah jeling dia. Macamlah dia tak kenal aku!

"Eh, aku kan kaki terkejut. Kau lupa ke apa siapa minah yang paling kuat menjerit bila terkejut?" Sekali lagi, aku jeling Adlan bila dia dah tersengih-sengih tengok aku.

"Sorry Sya. Bukan lupa, ingatkan dah okey perangai kau. Rupanya, sama aje." Peh! Mendadak angin kepanasan aku. Kemain perli mamat ni eh.

"Diamlah kau."

"Uuu, garangnyewww."

Adlan. Memang. Gedik.

"Kau melantak ke apa ha?" Soal Adlan, dengan selamba badaknya dia ambik chicken wing aku. Bulat mata aku tengok dia. Mamat ni memang tempah maut, ke tempah batu nisan terus?

"Amboihhh! Selambanya... Tak adalah, aku lapar! Baru aje nak melayan, tiba-tiba ada orang tu kacau sampai tersedak aku dibuatnya." Perli aku sambil menghadiakan jelingan maut. Adlan tergelak-gelak.

"Relax Sya. Jangan marah sangat, nanti tak lawa." Ujarnya.

"Banyaklah kau tak lawa. Aku marah ke apa ke, tetap lawa jugak." Wahhh, puji diri sendiri! Tak apa, confident itu penting!

"Heh, perasan."

"Ehhh, it's not wrong pun kan, I'm just being confident." Aku angkat kening. Adlan dah nampak macam mengalah.

"Whatever Sya." Adlan cuma pandang sahaja makanan aku. Naklah tu. Pergilah order. Hahaha, kedekut sangat aku ni. Tulah, tadi siapa suruh ambik ayam aku without my permission kan.

"Ambiklah Adlan, nampak sangatlah kau tengah telan liur." Ujar aku, sempat pulak aku pandang kerongkong mamat ni. Ternyata memang dia terliur bila aku nampak dia seolah-olah menelan liur. Haha!

"Haaa tak apa. Kalau kau tak habis, baru aku habiskan."

"Kau nak ke makan sisa aku?"

"Lah, sisa kau tu bukannya sampah pun. Jadi, ianya tetap boleh dimakan, kan?" Soal Adlan. Wah Adlan sekarang. Sesetengah orang dia tak suka makan sisa makanan orang lain. Tapi Adlan lain, dia boleh makan sisa makanan aku.

Ni boleh buat calon suami!

Maksud aku... Kalau-kalau aku ada adik atau kakak, dah lama aku suruh dorang ngorat Adlan. Haaa, jangan salah faham!

"So, kalau aku terludah pun kau akan makan ke?"

"Kau jangan pengotor sangat Sya."

Terus aku tergelak. Seronok aku kenakan orang. Haha.

"Kau ludah ke apa ke, aku makan aje."

"Eeeeeeeeeee..." Aku buat muka jelek. Kononnya lah. Padahal dalam hati dah terharu. Eh, Sya! Kau nak terharu bagai ni, apahal??!

"Hahaha, cepatlah makan. Pot pet pot pet daripada tadi." Adlan tergelak. Aku buat muka menyampah. Kurang asam betul Adlan ni.

Sambil makan, aku terfikir, macam mana Adlan boleh jumpa aku eh? Macam mana dia tahu aku ada dekat sini? Adlan memang misteri lah. Mentang-mentang dia polis.

"Macam mana kau boleh jumpa aku ni, Ad?" Soal aku, bila puzzle dalam kepala otak aku tidak dapat diselesaikan.

"Hati aku tergerak untuk ke sini, tu yang aku datang tu. Tiba-tiba terjumpa pulak kau. Ada jodoh kot." Terus terdiam aku. Adlan mungkin tengah usik aku, macam yang dia usik aku tadi. Adlan kan memang suka mengusik orang. Haha.

Padahal dalam hati dah berdebar lain macam kauuu. Aku gagahkan jua untuk makan bila Adlan pandang mata aku. Tak sanggup nak balas pandangan dia tu.

"Auchhhhhhh, sweet kan aku?" Kata Adlan, tiba-tiba. Gedik betul mamat ni nak ber'auch auch' bagai. Geli aku.

"Hahlah, sweet gila manissssss sangaaaaaat."

"Well, I'm a sweet talker."

"Sweet talker ni biasanya playboy." Aku usik Adlan balik. Tadi dia kenakan aku, sekarang ni, aku pulaklah yang kenakan dia balik. Baru fair and square.

"Allahuakbar... Kita kan kawan berapa lama, kau masih tak percayakan aku? Macam nilah member..." Kata Adlan dengan muka seposennya tu. Eee, mamat ni memang gedik betullah harini. Geram aku.

"Drama lah kau! Harap aje badan sado, tapi cepat tacing! Nahlah ambik. Aku dah kenyang." Ujar aku, boleh tahan kenyang jugak padahal tinggal banyak lagi kot. Mujur ada Adlan, dialah tukang habiskan! Kehkeh.

"Kau ni, makan sikit dah kenyang? Nasib aku tak order yang lain. Kalau dulu, kemain melantak kau makan tak ingat dunia. Sekarang dah insaf ke kak?"

"Tiba-tiba kenyang. Alah kau ni, banyak pulak bunyinya. Makan ajelah, rezeki kau tu." Aku tersengih-sengih.

"Yelah... Alhamdullilah, terima kasihhh..." Kami sama-sama tergelak.

***

"Harini jumpa... Semalam pun jumpa..." Kata aku. Dua hari jumpa dah ni, Aisyah masih lagi tak berkesempatan nak jumpa Adlan.

"Tulah aku kata... Ada jodoh."

"Eee, kau ni sukakan kacau aku!"

Adlan tergelak-gelak. "Adlan, aku nak cepatlah. Sebab tempat kerja aku dengan shopping mall ni boleh tahan jauhnya. So, aku gerak dulu eh."

"Err, okey."

Terus aku masuk ke dalam kereta aku. Nak cepat takut lambat pulak nanti.

Tiba-tiba sahaja Adlan ketuk tingkap kereta aku. Adlan ni suka tau, aku dah nak masuk kereta ke, aku dah nak start enjin, mesti ada sahaja benda yang dia nak cakap bila aku dah nak gerak.

"Apa?"

"Nak mintak alamat rumah mak ayah kau boleh?"

"Hah buat apa?"

"Alah, dulu kan aku selalu main-main dengan adik angkat kau. Sekarang ni, aku dah lama tak jumpa dia. Teringin nak jumpa. Bolehlah. Nak jugak tengok dia besar mana. Dulu aku main pun waktu datang beraya rumah kau, dia baru 4 tahun."

Betul jugak tu, memang patutlah Adlan nak jumpa. Adlan dulu, boleh tahan rapat dengan adik angkat aku.Memang waktu beraya rumah aku, semua rapat dengan Daniel. Aku ajak semua classmate aku dulu. Daniel ni jenis yang mudah bergaul dengan orang luar. Lagi-lagi bila Adlan layan dia, siap bagi coklat bagai. Walhal waktu tu, aku dengan Adlan langsung tak rapat. Tapi dia layan adik angkat aku macam adik dia sendiri.

Dah berapa lama dia tak jumpa dengan Daniel. Terus sahaja aku bagi alamat rumah mak ayah aku tanpa fikir panjang.

"Thank you so much Sya! I love you!"

"Hah?"

"Eh tak, maksud aku... I love your brother!"

"Yelah Adlan. Dia pun sayang kau, inshaallah. Haha. Dahlah, nak gerak. Bye..."

"Okey bye. Drive elok-elok Sya."

***

Short Story : Kali Kedua

By : Nur Hidayah

"Doktor, emergency!" Jerit seorang jururawat. Aku masih blur, aku ke ataupun Aisyah? Tak guna betul aku ini. Aisyah kan cuti!

Emergency weh emergency!

"Ye ye, bawak dia cepat ke bilik saya." Arah aku dengan cepat. Aku sendiri pun tak tahu lagi siapa orangnya. Cedera parah mungkin, sebab dah sampai tahap emergency.

Dan dengan pantas aku mencapai steteskop di atas meja aku dan memakai mask yang memang sudah tersedia di dalam bilik bagi setiap doktor. Tanpa berlengah lagi aku terus menuju ke katil di bilik aku.

"Pesakit ditembak dua peluru, doktor." Beritahu jururawat, aku dah tak ada masa nak tengok muka dia dan siapa namanya. Bukan tak ada masa apa, cuma tengah kecemasan ni haruslah tak ada masa.

"Tolong suntikkan bius, hurry please!" Arah aku dengan tegas. Nampak pesakit memang tengah tahan sakit gila-gila sampai muka berkerut sangat dah tu.

Aku pula yang sakit tengok muka dia, dan serentak itu aku masih pandang pada tangan dan kakinya yang terkena tembakan sambil itu tangan aku ligat mencari bahan yang sesuai untuk aku membuka kulit pesakit bagi mengeluarkan butir peluru.

"Encik tahan ya, nurse dah tolong suntikkan bius." Tiada respon.

Mukanya masih sama, tetapi tiada tanda-tanda pesakit ni akan pengsan sebab aku tengok dia macam kuat. Yelah dua peluru sekali kena tibas, dia cuma tahan sakit aje.

Tapi biasalah lelaki kan kuat. Heh. Sambil tangan aku ligat membuat kerja aku, mata aku sibuk pandang muka dia. Macam kenal. Dia tampak lebih rileks sedikit tetapi muka masih kerut sedikit. Lebih sedikit daripada tadi.

Serious, macam kenal.

Tapi aku lantakkan aje, biarlah mungkin adalah tu terserempak dekat mana-mana kan.

Lepas buang peluru di kakinya, aku cepat-cepat membuat beberapa jahitan di kakinya bagi menutup lubang lukanya. Dan terus beralih pula ke tangannya. Nurse di sebelah tolong bersihkan darah yang masih terdapat di kakinya walaupun dan banyak kali dicuci.

Tapi mata aku masih lagi tak habis-habis pandang mamat yang tengah baring di hadapan aku sekarang ini. Sebab aku rasa, memang aku betul-betul kenal dia. Cuma, aku tak pasti aje bila masa entah aku pernah berjumpa dengan dia.

Tiba-tiba dia pandang aku. Aku dah cuak. Cepat-cepat aku pandang tangannya yang hampir siap walaupun mata aku asyik kalihkan dekat muka dia. Lepas tu aku jahit dan aku balut lukanya selepas dah bersihkan darah.

"Ada rasa sakit-sakit lagi tak, encik?" Soal aku dengan ramah. Aku cuma pandang muka dia dengan sekilas sebab dia pulak sekarang ni yang pandang aku. Aku dah tak sedap hati.

Aku memang tak boleh bila orang pandang-pandang aku ni. Bukan sebab aku perasan cantik. Tapi sebab takut. Maklumlah sekarang ni macam-macam jadi. Tapi aku tak naklah bersangka buruk dengan pesakit aku sendiri. Tak elok.

"Not really, sebab ada bius kan." Jawabnya pendek, kemudian dia tersenyum. Kerut di wajahnya dah pun lama hilang. Baguslah, tak adalah rasa sakit-sakit lagi dah.

Sebab aku sendiri pun takut jugak tengok peluru dengan kaki dan tangannya. Lepastu kena pulak jahitan, yelah nak tutup lubang. Lepas dia beredar daripada hospital ni, kena buat sendirilah jawabnya pesakit aku ni untuk bersihkan lukanya.

Amboi, take care nampak?

Pesakit, kenalah take care.

"By the way, doktor..."

Ayatnya tergantung.

"Yup... Anything else?" Aku masih lagi ralit dengan menulis ubat apa yang sepatutnya untuk bagi dekat dia ni. Bila dah kena tembak macam ni, makin banyaklah barang-barang yang dia kena beli. Kain, tapenya lagi, ubat sapu lagi dan lain-lain.

"Saya rasa saya macam kenal doktor. Mata awak, sama macam mata dengan classmate saya dulu. Cantik." Jawab dia. Aku dah angkat kening. Aku ni mudah blur orangnya, dan lembab dalam bab-bab macam ni.

"Ha?"

"I mean, haha tak apa lah. Dah siap dah ke senarai ubat saya tu?"

Aku angguk. Masih tak faham. Dia kata aku cantik ke? Ke aku perasan? Oh no Hasya, jangan nak blur dekat sini! Malu orang tu tengok kau.

"Err dah." Jawab aku, mukanya langsung aku tak pandang waktu dia dah nak beredar. Sebab malu pulak. Tiba-tiba aje malu. Mungkin sebab lepas dia kata mata cantik tu kot tapi pada firasat aku dia bukan kata aku yang cantik.

Ha whateverlah.

Laju sahaja aku pandang name card pesakit itu. Memang biasa name card ada dua, satu untuk pesakit bawa pulang dan satu lagi untuk pihak hospital simpan. Dekat kad itu, tertera besar namanya.

Adlan Izzuddin Mohd Shah.

Eh?!

"Adlan!" Panggil aku, kuat. Tapi masih lagi boleh di cover. Sebab tak boleh lah nak buat bising dekat hospital ni. Terus dia pandang aku.

"Yes, doc? Saya tertinggal apa-apa ke?" Soalnya. Aku tersenyum di balik mask yang aku pakai. Patutlah dia kata dia macam kenal aku. Tapi bab cantik tu, mungkin orang lainlah kot. Aku malaslah nak syok sendiri.

Tapi yang penting sekarang ni, aku jumpa classmate aku! Haaa, benda ni patut bagitahu dekat Aisyah. Tapi nasib aje Aisyah tengah cuti sekarang ni.

Adlan nampak macam dah bingung sebab aku masih mendiamkan diri dengan masa yang lama. Tak adalah lama mana pun.

Terus aku buka mask yang aku pakai, dan sempat lagi aku menghadiahkan senyuman dekat Adlan. Adlan nampak speechless dan macam terkejut.

"Hey classmate!" Aku melambai tangan dekat Adlan. Terus Adlan senyum sampai telinga. Heh! Tadi kemain membisu, sekarang baru nak balas senyum aku.

"Wehhh Hasyaaa! I told you, aku kenal kau! Tak ubah perangai kau kan, blur!" Adlan tergelak-gelak mengutuk aku. Aku dah jeling dia tetapi aku tak heran pun sebab aku memang blur.

"Sedap kau kutuk depan-depan kan?"

"It's better lah kalau belakang amacam? Terbatuk-batuk kau nanti aku sebut nama kau." Balasnya, loyar buruk. Tapi aku layankan aje.

"Kau busy tak?" Soalnya. Aku tengok jam di tangan aku. Sekarang ni tak adalah busy sangat pun, lagipun dah nak lunch time lagi 15 minit.

"Tak sangat, kenapa?"

"Jomlah keluar sekejap. Lama dah tak jumpa ni." Balasnya. Aku masih teragak-agak nak cakap ya ataupun tak boleh. Sebab aku belum pernah lagi keluar dengan lelaki sebelum ni. Walaupun cuma kawan.

Alah, nak takut apa. Classmate aje. Bagaikan ada syaitan membisik, terus aku balas, "Jomlah."

Adlan dah senyum sampai ke telinga.

"Tapi, aku still ada dalam 10 minit macam tu. Kau tunggu lah dulu dekat ruang menunggu. Aku still ada kerja lagi sikit nak settlekan. Sikit aje." Kata aku dan dia cuma mengangguk. Aku dah tak cakap banyak terus aku masuk semula ke dalam bilik aku dan tinggalkan dia.

Kejam tak aku? Hahaha. Kejam apanya, kan aku dah suruh dia tunggu dekat ruang menunggu dulu kan. Pandai-pandai dialah. Hahaha!

***

Aku terus bukak kot putih yang ada di badan aku. Malas nak berkot-kot bila nak keluar. Buat panas aku. Dan sempat lagi aku perhatikan diri aku di cermin yang memang dah tersidai besar-besaran di dalam bilik aku.

Ceh, macam nak berdating pulak. Konon.

Aku capai handbag aku dan terus menuju ke ruang menunggu di mana pesakit perlu menunggu sebentar sebelum giliran tiba untuk masuk ke bilik merawat. Emergency accepted macam kes Adlan tadi.

"Okey dah, jom." Ajak aku apabila Adlan masih lagi tak perasan kehadiran aku. Khusyuk sangat tengok telefon bimbit dia tu. Layan makwe kot. Ke dah kahwin? Umur dah 25 aku rasa ada kemungkinan besar dia dah kahwin kan.

"Eh, haa jom." Jawabnya apabila dia baru aje tersedar akan kehadiran aku. Aku ni boleh tahan besarnya takkanlah dia tak perasan aku langsung. Kehkeh.

Aku hanya memerhati Adlan yang masih terkial-kial nak bangun. Baru sahaja pijak tanah, tiba-tiba kakinya tak seimbang dan terus aku sambut Adlan dengan pantas. Kalau jatuh nanti naya dia, double pulak kena sakit nanti.

"Eh kau ni okey ke tak? Kalau tak okey, balik ajelah." Ujar aku, berat jugak Adlan ni. Haha! Aku cuba bantu dia untuk berdiri, dan akhirnya berjaya.

"Kau halau aku ke apa ha?"

"Bukan halaulah! Tapi dah kalau condition kau macam ni, kau still lagi ke nak keluar berjalan ni?" Soal aku, risau. Tak sayang nyawa ke apa Adlan ni? Dahlah baru aku lepas kena jahitan tu. Aku sure memang sakit gila kalau banyak berjalan. Tangan tu okeylah lagi.

"Okey aje, mungkin sebab bius dah habis tu yang aku sakit sikit tu. Aku kan lelaki, no worries lah. Lagipun aku dah lama tak jumpa kau." Ujarnya. Tak mahu kalah lagi. Aku biarkan aje dia tu, siapa suruh degil sangat.

"Suka hati kaulah. Ni nak pergi mana ni?" Soal aku. Tak mahu buang masa. Masa rehat cuma ada sejam sahaja, dan sekarang ni kira-kira tinggal 50 minit sahaja lagi.

"Ikut kaulah, aku tak tahu sangat direction sini."

"Dekat sini ajelah, lagipun tak banyak masa sangat ni." Sambil bercakap, sambil-sambil itu kami berjalan serentak keluar daripada hospital. Adlan di sebelah aku berjalan agak slow sebabkan kakinya itu. Jadi terpaksalah aku perlahankan langkah aku.

"Dwap Barbarian okey tak?" Soal aku. Dia kerutkan wajahnya. Tahan sakit kot?

"Apa tu?"

"Haaa tak tahulah tu. Jom! Tu, restoran favourite aku dekat Shah Alam ni."

"Nampak sangat expert dengan kedai-kedai makan." Dia tersenyum.

"Of course." Aku balas confident. Yelah, aku hantu makan kot. Daripada gerai ke kedai grand semua aku makan. Wah, cakap macam bajet aje hahaha. Nak buat macam mana, dah memang favourite aku bila cuti aje mesti pergi keluar makan dekat kedai yang belum pernah rasa, tak pun shopping ke. Kahkah.

"By the way, ikut aku dari belakang."

"Iya doktorrr..."

***

"Waaaa, sekarang ni tengahari takkan nak makan sandwich?" Soalnya apabila kami sudahpun sampai di restoran yang kami tuju.

"Kau order aje apa yang kau nak, aku belanja. Favourite aku ni," Tunjuk aku tanpa disoal pun oleh Adlan. Aku memang suka gila dengan Roasted Chicken. Waaa siapa tak suka ayam kan.

"Nampak sedap aku tengok orang sebelah makan. Okaylah, sure kau belanja? Kalau gitu, aku nak smoke bbq beef." Ordernya, macam big boss.

Waaa, mentang-mentang aku offer dia aku yang belanja. Kemain.

Lepas sahaja order, terus aku minta diri untuk solat zuhur.

"Emm Hasya. Kau mesti tahu kan surau dekat mana. So janganlah tinggalkan aku seorang dekat sini." Kata Adlan. Aku tersengih-sengih. Pentingkan diri betul aku ni.

"Takpelah, biasanya bila order dia lambat sampai sikit. Jomlah." Ajak aku. Terus aku berjalan pantas keluar daripada restoran tersebut untuk menuju ke surau. Aku memang kena cepatlah kan kalau nak pergi solat. Well, you know that girl stuffs. Nak kena settlekan tudunglah, make uplah. Ceit.

Lepas sahaja solat, kami terus menuju semula ke restoran tadi. Aku memang dah pesan dekat Adlan yang aku ambik masa lama sikit untuk solat. So, aku suruh aje dia tunggu dekat luar surau perempuan. Senang aku nak cari dia. Lagipun dekat sini tak selamat sikit kalau jalan seorang. Ada Adlan okey sikit. Keh!

"So... Apa kes kau kena tembak ni? Kau buat jenayah eh?" Soal aku, angkat kening. Saja nak test. Hahaha, lama tak kenakan orang. Lagi-lagi Adlan, tak pernah sekali pun.

Maklumlah dulu, aku dengan dia harap aje classmate, tapi tegur pun boleh kira dengan jari aje. Selama 5 tahun sama kelas, bila masing-masing masuk aje ke dunia 18 tahun semua lost contact. Tu yang bila jumpa tu, agak excited sikit.

"Eh kau! Tak baik ada negative thinking dekat kawan."

"Alah gurau sikit aje pun."

"Hahaha gurau aje kau ni. Cuba teka." Dia angkat-angkat kening. Hm... Aku langsung tak boleh nak expect dia kerja apa. Sebab, sekarang ni dia cuma memakai t-shirt hitam di dalam dan di luarnya dia pakai macam lebih kurang sweater. Aku pun tak tahu apa benda, baju lelaki kan. Kalau aku gelarkan aje cardigan. Kahkah!

"Kau nak buat kepala aku berpuzzle pulak. Cakaplah kau kerja apa sampai ada orang tak puas hati dengan kau sampai dok tembak-tembak ni? Kau tahu kan... Selalu tembak-tembak ni, orang ada rasuah ke..."

"Eh, eh! Kau merepek apa ni?" Potong dia tanpa sempat aku habis bercakap. Terus aku gelak. Hahaha! Tahu pun. Aku pulak yang angkat-angkat kening macam dia tadi, tapi mungkin a bit awkward sebab aku buat tak jadi.

Dia tergelak kecil sebelum membalas, "Polis."

"Waaaaaaaaaaa!" Panjang harkat 'wa' aku. Patutlah dia kena tembak-tembak ni semua. Hebat lah.

"Tak payah nak waa waa sangat. Kerja aku bukannya hebat macam kau, kau lainlah doktor. Banyak dapat gaji. Macam aku ni, tak adalah kaya macam kau tapi bolehlah untuk sara diri sendiri dengan mak ayah aku." Dia balas ayat deep. Kemain.

"Amenda kau ni. Doktor ke polis ke, pencuci tandas sekali pun, bukannya ada beza pun. Lainlah kalau kita tahu iman dalam diri kita ni bolehlah nak insecure bagai." Balas aku. Aku masih lagi layan roasted chicken ni.

"Kemain kau advise. Hahahaha, eh nak sikit ayam kau."

"Ambiklah."

Aku tengok dia yang tengah layan makan ayam aku tu. Memang layan habis muka dia. Lepastu, bila Adlan makan beef pun, kemain layan lagi mukanya. Aku pulak terliur walhal aku dah kenyang.

"Lain macam aje pandang aku? Tahulah rindu."

"Eh tak ada maknanya. Sedap sangat ke?" Soal aku. Aku memang dah tahu pun macam mana rasanya beef tu, tapi teringin pulak nak merasa lagi. Huhu.

"Nak lah tu." Adlan tersenyum-senyum. Aku pandang tempat lain. Memang lah nak. Tapi bukanlah makanan Adlan. Sebab Adlan lelaki. Seganlah pulak kalau kata nak.

"Eh, apa cerita eh classmate kita semua? Kau ada contact dorang lagi tak?" Soal aku, tukar topik. Pasal beef tu, lain kali pun boleh lagi singgah kalau dah kebulur sangat. Huhu.

"Em, tak adalah pulak cuma Ammir ajelah sebab dia kan kawan baik aku. Yang lain tu, cuma kau seorang aje. Ada jodohlah kot." Jawabnya.

"Ohh, kau dengan Ammir kan memang dah macam pakwe makwe." Aku tergelak-gelak. Aku rasa aku ada perkataan jodoh tadi, tapi aku buat tak tahu aje. Mungkin maksud lain daripada apa yang aku fikirkan. Heh.

"Kau ni memang tak berubah kan. Susah nak pick up." Adlan menggeleng-geleng kepala dia. Aku dah pelik.

"Mendenya?"

"Haha, tak ada apa-apa. Jomlah, nanti kau lambat pulak." Adlan dah mula bangun daripada duduknya. Aku masih lagi terkial-kial nak keluarkan wang saku daripada dompet aku.

Dan belum sempat aku nak menuju ke kaunter, Adlan dah tarik lengan baju aku. "Dah, jom,"

Apa benda mamat ni, kata polis. Takkan makan pun tak nak bayar?

"Eh kan belum bayar lagi," Kata aku, tangannya yang masih di lengan baju aku, aku lepaskan. Main tarik tarik pulak dia ni.

"Dalam drama melayu, selalunya lelaki gentleman yang bayarkan bila dah keluar dengan perempuan...."

"Oh kau nak kata yang kau dah bayar lepastu kau dah cukup gentleman lah ni?" Soal aku, sarkastik. Dia pandang aku sambil tangannya bersilang di dadanya.

"Amacam, romantik tak aku?"

"Haaa romantik sangaatt... Dah ambik balik duit aku ni. Kan aku kata tadi, aku yang belanja." Aku hulurkan duit aku dekat dia. Terus dia tolak tangan aku, tapi dengan cara lembutlah.

"Aku tahu kau banyak duit, tapi tak payahlah aku yang belanja."

"Banyak duit apanya, dah aku janji tadi." Aku dah mengalah. Malas nak gaduh lama-lama dekat dalam restoran ni. Ada sesetengah daripada pelanggan restoran ni dah pandang kami berdua.

"Tak apa, simpan aje. Lain kalilah belanja aku. Beli hadiah anniversary ke apa ke."

"Banyak anniversary kau." Aku tergelak. Kahwin pun belum lagi aku ni. Pakwe pun tak ada. Maklumlah, malas nak cari pakwe. Sebab sekarang ni aku tengah enjoy bekerja lagi. Hahaha.

Kami berdua menuju ke tempat parkir kereta. Kereta kami parkir sebelah-sebelah aje. Ada rezeki, tu yang sebelah aje tu.

"Okeylah, ada masa lagi kita jumpa eh Adlan. Gerak dulu. Assalamualaikum." Ujar aku, sambil tersenyum. Dia pun tersenyum sama.

"Eh, Hasya!" Aku baru aje nak masuk kereta, tapi terhenti pergerakan aku disebabkan Adlan memanggil aku.

"Yup?"

"Kau... hmmm..."

"Apa dia Adlan? Aku nak cepat ni." Adlan dah garu-garu kepala.

"Apa Adlan..."

"Kau ada sesiapa tak yang special? I mean... suami ke... boyfriend ke?" Soalnya. Aku pelik lagi. Adlan ni memang suka kot buat aku jadi pelik pelik ni.

"Emm, tak ada pun. Kenapa? Hahaha nak masuk meminang eh?" Soal aku, bergurau dengan Adlan. Cis, berani kau bergurau guna ayat tu. Tak malu betul kau ni Hasya.

"Ohh... Baguslah..." Aku angkat kening. Apa mamat ni tanya soalan macam tu, ni?

"Apa-apa lah Adlan... Bye." Aku terus masuk ke dalam kereta.

Sebelum aku nak beredar tinggalkan dia yang masih lagi belum masuk ke dalam kereta, sempat lagi aku pandang dia dan hadiahkan senyuman aku dengan siap lambaian lagi.

Haih Adlan, Adlan...

Tak sangka jumpa lepas dah 6 ke 7 tahun tak jumpa. Selama ni pun cuma classmate aje, lebih kepada strangers. Bila dah jumpa, tak sangka pulak boleh bergurau-gurau bagai.

Aku pandang sekilas nombor telefon yang ditulis oleh Adlan sewaktu di dalam restoran tadi. Sempat pulak kami berdua tukar nombor. Dia kata, whatsapp dia kalau rindu dia. Heh, tak ada makna nak rindu kau Adlan...

Aku tergelak kecil.

Kecil dunia ni.

***

To be continued.